10 pengundi parlimen Gombak saman Azmin kerana Langkah Sheraton

Seramai 10 pengundi berdaftar dalam kawasan Parlimen Gombak memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen mereka Datuk Seri Mohamed Azmin Ali atas dakwaan menipu dan melanggar kewajipan fidusiari melalui ‘Langkah Sheraton’ yang menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang, Februari lalu.

Kesemua mereka, selaku plaintif, memfailkan saman itu melalui Tetuan Yohendra Nadarajan di Mahkamah Tinggi di sini pada 27 Nov lalu dengan menamakan Mohamed Azmin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, selaku defendan tunggal.

Melalui semakan mahkamah, kes itu ditetapkan Jumaat ini di hadapan Timbalan Pendaftar Maslinda Selamat.

Dalam penyataan tuntutan, kesemua plaintif, berumur antara 36 hingga 64 tahun, memohon perisytiharan antaranya Mohamed Azmin adalah pemegang amanah dan mempunyai tanggungjawab selaku Ahli Parlimen Gombak terhadap kawasan parlimennya termasuk 10 plaintif itu.

Mereka juga memohon perisytiharan bahawa Mohamed Azmin telah melanggar kewajipan fidusiari, menipu selain memungkiri representasi yang dibuat terhadap kesemua plaintif dalam pilihan raya kawasan berkenaan.

Menurut kesemua plaintif, representasi yang dibuat Mohamed Azmin itu adalah dengan menawarkan diri untuk bertanding pilihan raya 2018 untuk menyingkirkan kerajaan pada ketika itu, iaitu Barisan Nasional (BN), dan pegawai awam yang korup.

Dakwa kesemua plaintif, Mohamed Azmin hanya mengetahui bahawa representasi yang diberikannya itu adalah palsu dan beliau hanya mahu mendapatkan undi serta tidak berusaha untuk memenuhi representasi berkenaan.

Kesemua plaintif mendakwa mereka telah bergantung kepada representasi tersebut dan mengundi defendan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14.

“Hak untuk mengundi yang dijaminkan di bawah Perkara 119 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah hak perlembagaan. Pengundi-pengundi termasuk kami telah melaksanakan hak tersebut dengan merujuk kepada representasi yang dikemukakan oleh calon semasa proses pilihan raya.

“Defendan terikat kepada representasi yang dibuat olehnya dan manifesto PH yang digunakan untuk bertanding. Oleh itu, beliau tidak boleh bertukar sepenuhnya dengan menyertai kerajaan (sekarang) dengan ahli gabungan BN yang dikutuk sekeras-kerasnya ketika bertanding dahulu.

“Dengan memungkiri representasi berkenaan, defendan telah melanggar hak perlembagaan terutamanya prinsip demokrasi berparlimen dan demokrasi perwakilan yang membentuk sebahagian struktur asas perlembagaan,” kata mereka menerusi penyataan tuntutan.

Oleh itu, kesemua plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah melanggar kewajipan fidusiarinya dan tugas-tugas yang terhutang kepada plaintif selain melakukan penipuan terhadap mereka selain menuntut ganti rugi keterlaluan dan teladan, kos dan perintah lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553347

Warisan kembali mengundi tolak bajet kementerian Azmin

Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2021 bagi peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) melalui undian belah bahagi.

Perkara itu diputuskan Speaker Azhar Azizan Harun berdasarkan peraturan mesyuarat selepas 15 orang wakil rakyat bangun menyokong RUU itu diputuskan menerusi kaedah berkenaan.

Dalam pengundian hari ini, 110 wakil rakyat menyokongnya, mannakala 104 menentang dan enam lagi tidak berada di dalam Dewan Rakyat.

Parti Warisan yang sebelum ini tidak mengambil bahagian dalam belanjawan di peringkat jawatankuasa, hari ini turut mengundi kecuali presidennya Mohd Shafie Apdal yang tidak hadir.

Selain itu, antara mereka yang tidak mengundi termasuk Chow Kon Yeow (DAP-Tanjong), Tengku Razaleigh Hamzah (Umno- Gua Musang) dan Liew Chin Jin (PKR-Tawau).

Menteri MITI, Mohamed Azmin Ali sebelum itu menggulung perbahasan peringkat kementeriannya dengan peruntukan Sidang APEC sebanyak RM25 juta dibincang secara panjang lebar.

Sebanyak RM1.2 bilion diagihkan kepada Miti sebagai anggaran perbelanjaan pengurusan dan pembangunan bagi tahun 2021.

Perbahasan hari ini turut disertai seteru ketatnya, Anwar Ibrahim (PH – Port Dickson) dan Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi).

Azmin sebelum ini adalah timbalan presiden PKR sebelum berpaling tadah melalui Langkah Sheraton pada Februari lalu sehingga menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan yang diterajui Dr Mahathir turut tumbang. Begitu juga dengan beberapa kerajaan peringkat negeri.

Kekalahan kepada Azmin merupakan tamparan hebat buat Anwar, yang berada di bawah tekanan untuk membuktikan bahawa dia mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.

Selepas Belanjawan 2021 diluluskan pada peringkat dasar pada 26 Nov lalu, pembangkang menjanjikan cabaran sengit apabila ia dibahas dan diuji di peringkat jawatankuasa.

MITI adalah kementerian keempat yang ditentukan kelulusan RUU Perbekalan 2021 melalui kaedah undian belah bahagi.

Sebelum ini, kaedah yang sama digunakan untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan pada Isnin dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) pada Selasa lalu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553624

9 POLIS DITAHAN KERANA EDAR DADAH DALAM LOKAP

Edar dadah dalam lokap, 9 polis ditahan

Sembilan anggota polis dan seorang awam ditangkap terbabit dalam pengedaran dadah di dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi pada 29 November lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata sembilan anggota polis yang ditahan berusia antara 20 hingga 36 tahun termasuk seorang anggota wanita.

Mereka yang berpangkat Koperal hingga Konstabel adalah penjaga lokap di IPD berkenaan manakala, orang awam yang ditahan wanita berusia 23 tahun, anak kepada salah seorang tahanan di lokap itu yang dikenali sebagai ‘Datuk Ajim’.

“Penangkapan ini adalah susulan tindakan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) IPD Kota Tinggi membuat ujian saringan air kencing ke atas 16 banduan daripada Penjara Ulu Choh yang ditahan di lokap itu, pada 22 November lalu.

“Dalam ujian itu lima tahanan positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Ayob Khan berkata, susulan itu pada 29 November JSJN IPK Johor dibantu Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard IPK membuat pemeriksaan di lokap berkenaan.

Katanya, hasil pemeriksaan polis berjaya merampas sejumlah dadah jenis syabu seberat 38.65 gram bernilai RM3,865; 42.25 gram dadah jenis heroin bernilai RM2,112.50 dan sejumlah tembakau.

“Susulan itu, polis menjalankan ujian saringan terhadap 129 banduan di lokap IPD berkenaan dan 22 daripada banduan terbabit didapati positif dadah.

” Seramai 10 banduan positif dadah jenis methamphetamine, 11 positif jenis dadah Morfin dan satu jenis THC.

“Seramai 21 banduan yang positif dadah adalah warga tempatan dan seorang warganegara asing berusia lingkungan 20 hingga 45 tahun. Mereka disiasat di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya

Ayob Khan berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952 dan Seksyen 6 ADB 1952 bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

“Selepas itu, tangkapan dibuat terhadap sembilan anggota polis dan seorang awam ini. Hasil ujian saringan mendapati dua anggota polis lelaki dan wanita awam itu positif dadah jenis methamphetamine.

“Seorang daripada anggota yang positif itu juga dikesan mempunyai satu rekod kesalahan lampau pada tahun 2017 di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan).

“Tangkapan dibuat bagi membantu siasatan di bawah di bawah Seksyen 39B ADB 1952, Seksyen 39A (1) ADB 1952, Seksyen 6 ADB 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) ADB 1952,” katanya.

Berita penuh : https://www.bharian.com.my/berita/kes/2020/12/761091/9-polis-ditahan-edar-dadah-dalam-lokap

Mahathir dedah Usaha Ku Li untuk bentuk kerajaan baru

Dr Mahathir Mohamad mendedahkan Tengku Razaleigh Hamzah memaklumkan kepadanya usaha beliau mendapatkan Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baharu.

Bekas perdana menteri itu berkata, bagaimanapun sebaliknya berlaku apabila Tengku Razaleigh atau Ku Li gagal memperolehi sokongan yang diperlukan untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin Yassin.

“Dia (Tengku Razaleigh) adalah di sebelah kerajaan. Dia mempunyai cadangan kononnya untuk kita tukar kerajaan.

“Dia berpendapat dia boleh cari cukup orang daripada pihak kerajaan untuk keluar daripada kerajaan. Tetapi benda itu tak berlaku,” katanya dalam program khas eksklusif bersama Astro Awani malam ini.

Mahathir berkata, beliau sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja jika seseorang itu mempunyai majoriti yang kuat.

“Saya bersetuju dengan siapa sahaja, tapi hendaklah dapat sokongan majoriti, kalau dapat sokongan majoriti kepada Ku Li dia boleh jadi perdana menteri,” katanya.

Oktober lalu, Mahathir dikatakan berusaha mengetengahkan idea kerajaan perpaduan, selepas gambar menunjukkan pertemuannya dengan Tengku Razaleigh dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu dimuat naik di media sosial.

Sumber yang rapat dengan Mahathir mendakwa perbincangan itu menyentuh cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan.Sumber berita

Bersatu perlu terima hakikat, UMNO paling dominan

Menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Umno, parti itu mesti menjadi entiti yang dominan dan isu berkenaan tidak sepatutnya dipertikaikan.
Ketua Penerangan Umno Shahril Sufian Hamdan berkata ia adalah hakikat yang perlu diterima oleh semua pihak.

Jelas menyasarkan kenyataan tersebut kepada Bersatu, Shahril berkata, isu dominan memang mudah diucapkan oleh sesebuah parti yang melahirkan dua perdana menteri walaupun memiliki kerusi yang kecil di parlimen.

“Bagi Umno jelas, apa pun formula akhir menjelang PRU ke-15, Umno mesti dominan. Jika tidak terima hakikat itu, game over (tamat) dan no deal (tiada persefahaman),” katanya di Facebook.
Kenyataan Shahril itu dibuat dengan diiringi laporan berita membabitkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Saifuddin Abdullah, yang menyatakan pandangannya agar ahli politik tidak terikut-ikut kerangka politik lama.
Saifuddin – yang menjadi ahli parlimen Indera Mahkota sebagai wakil PKR sebelum berpindah ke Bersatu – dilaporkan berkata, ahli politik perlu bersikap terbuka dan isu dominan tidak harus timbul dalam gabungan parti Melayu.

Kenyataan Shahril itu hadir tidak lama selepas Naib Presiden Umno, Mohamed Khaled Nordin, menegaskan parti Melayu yang dominan wujud sejak lama dulu dan ia penting bagi memastikan kestabilan politik negara.
Khaled juga secara jelas menempelak Bersatu apabila menyifatkan kekuatan Umno dan PAS mencukupi untuk memenangi PRU.
Kata Shahril, kenyatannya itu bukanlah bermaksud Umno sempurna dan telah menyelesaikan semua masalah, atau parti itu tidak memerlukan bantuan pihak lain hingga “perasan” boleh memenangi PRU dengan hanya sokongan ahli mereka semata-mata.
“Tidak,” katanya.

Tambahnya, meskipun ahli Umno menghormati Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan membantu kerajaan yang dipimpinnya, isu dominan akan timbul dan tetap timbul.
Justeru katanya tidak timbul istilah apologetik dalam kalangan ahli Umno berkenaan hal itu.
“UMNO mesti dominan. 
“Apa maksud terjemahan dominasi dan apa strategi ke arah itu khususnya dalam konteks PRU ke-15, pimpinan akan bincang dan tetapkan, selain apa dinyatakan sebelum ini misalnya kerusi yang dimenangi Umno kekal Umno,” 
“Jika ada pihak luar UMNO yang berkehendakkan kerjasama yang realistik, selain menerima hakikat tertentu, barangkali boleh hentikan kenyataan-kenyataan yang menyusahkan diri sendiri. Contoh, jika mahu mengulas soal dapat dua Perdana Menteri meskipun setahun jagung, mungkin ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih kepada kawan, bukan mendabik dada menyakat orang.”katanya lagi.
-MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/12/bersatu-perlu-terima-hakikat-umno.html

ANWAR IBRAHIM TERUS PAMERKAN KEBODOHANNYA

Tiada asas tolak belanjawan jika cadangan dipenuhi – Anwar

(SEBAB ANWAR TIDAK PANDAI BUAT BELANJAWAN BOLEH MEMBELA RAKYAT)

Presiden PKR Anwar Ibrahim hari ini menegaskan kompromi yang dibuat Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dalam Belanjawan 2021 adalah kemenangan untuk rakyat dan pembangkang.

Anwar mempertahankan langkah PH yang tidak meminta pengundian belah bahagi untuk Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat khamis lalu.

“Seminggu sebelum (pengundian), saya keluarkan kenyataan. Jika cadangan kami tidak dipenuhi, kami akan tolak Belanjawan 2021 secara keseluruhan. Apa yang berlaku ialah menteri kewangan membuat kompromi besar,” katanya dalam wawancara bersama portal The Vibes yang diterbitkan hari ini.

“Jika kompromi dibuat membantu mereka yang menyimpan wang di bank, nelayan, petani, penjawat awam, pegutas barisan depan yang melawan Covid-19, mengapa kita perlu tolak (belanjawan)?

“Bagaimana kita akan jelaskan kepada orang ramai? Ini yang mereka mahu. Tengku Zafrul akur (kepada desakan PH). Adakah kita masih tolak? Atas dasar apa?” katanya.

Antara perubahan yang dibuat adalah meluaskan progran pengeluaran akaun 1 KWSP i-Sinar untuk merangkumi semua pencarum yang terjejas pendapatan, dengan peningkatan had keluar kepada RM10,000, serta moratorium pinjaman bank secara automatik kepada golongan B40 dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

“Secara (undi) suara kita menolak tetapi tidak menggesa belah bahagi untuk memberi laluan kepada perbahasan di peringkat jawatankuasa. Keputusan besar adalah pada 15 Disember, untuk menerima atau menolak belanjawan. Itu pusingan terakhir,” katanya lagi.

Menurut Anwar, penolakan di peringkat jawatankuasa masih memberi kesan sama dengan penolakan di peringkat dasar.

Dalam kenyataannya selepas sidang 26 Nov lalu, Anwar berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.

Menjelaskan tindakannya setelah mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen PH, Anwar berkata gabungan itu tetap menentang belanjawan yang dibentangkan Perikatan Nasional (PN) atas sebab beberapa isu utama yang tidak dijawab, seperti perbelanjaan “tidak realistik”.

Terdahulu, Anwar dihujani kritikan termasuk dari dalam PH sendiri setelah arahan saat akhir agar gabungan itu tidak meneruskan undi belah bahagi.

Keesokannya, tiga ahli Parlimen PKR menyifatkan arahan itu sebagai mengecewakan memandangkan mereka sudah bersedia untuk menolak Belanjawan 2021.

Kenyatan itu dikeluarkan bersama oleh Akmal Nasir (Johor Bahru), Hassan Karim (Pasir Gudang) dan Nurul Izzah Anwar (Permatang Pauh).

“Ahli parlimen dipilih oleh rakyat untuk mewakili kepentingan mereka; dan sepanjang menggalas tanggungjawab itu, jelas kami tidak sempurna; tetapi kami perlu terus berusaha memenuhi harapan ramai,” kata mereka.

Ketua Parlimen DAP Anthony Loke turut memohon maaf kepada anggota dan penyokong parti itu kerana tidak meneruskan undi belah bahagi.

“Sebagai ketua Parlimen untuk ahli Parlimen DAP, saya mengambil tanggungjawab sepenuhnya terhadap keputusan saya untuk memberikan arahan kepada ahli-ahli Parlimen DAP untuk tidak bangun meminta undi belah bahagi selepas mendapat mesej daripada pihak ketua pembangkang,” katanya.

Ada juga pihak yang mendakwa Anwar bekerjasama dengan sejumlah pihak dalam Umno yang tidak berpuas hati dengan kerajaan PN, tetapi mereka akhirnya tidak jadi untuk menolak belanjawan itu.

Sumber berita

https://www.malaysiakini.com/news/552998

Pengundi Gombak failkan saman terhadap Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pengundi Gombak memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen mereka, Azmin Ali, atas dakwaan penipuan dan melanggar kewajipan fidusiari (amanah), sembilan bulan selepas Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Sepuluh plaintif mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin, selaku Ahli Parlimen, mempunyai tugas fidusiari dan/atau pemegang amanah dalam hubungannya dengan pengundi.

Dalam saman yang difailkan Tetuan Yohendra Nadaraja di Mahkamah Tinggi minggu lepas, plaintif juga mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin sudah melakukan tort penipuan terhadap mereka.

Mereka juga mahu suatu pengisytiharan bahwa Azmin sudah memungkiri sumpah perlembagaan mengikut Perkara 59(1) yang dibaca bersama Jadual Keenam Perlembagaan.
Plaintif juga meminta ganti rugi dan perintah lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Dalam penyata tuntutan yang dilihat FMT, plaintif berhujah Azmin membuat representasi bahawa beliau bertanding pilihan raya pada 2018 untuk menyingkir Barisan Nasional dan pegawai awam yang korup.

Selepas itu, kata mereka, Azmin menyebabkan dan/atau menyumbang kepada peletakan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, dan menyertai pentadbiran Perikatan Nasional yang turut mengandungi BN, termasuk orang yang Azmin sendiri akui dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah.
Azmin dan beberapa Ahli Parlimen PKR antara watak penting yang dikaitkan dengan krisis politik yang menyusuli pertemuan melibatkan beberapa pemimpin BN, PAS, PPBM, dan PKR di Hotel Sheraton.
Dengan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada 1 Mac, dengan sokongan gabungan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/12/pengundi-gombak-failkan-saman-terhadap.html

Nazri tak hadir pengundian, tetapi ditanda sebagai sokong

Timbalan Speaker Dewan Rakyat Rashid Hasnon memaklumkan kepada Dewan Rakyat bahawa jumlah ahli parlimen yang menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan, semalam adalah 106 dan bukannya 107 seperti diumumkan.

Katanya, kesilapan berlaku apabila ahli Parlimen Tasek Gelugor Shahbudin Yahya tersilap menandakan bahawa Nazri Abdul Aziz (BN-Padang Renggas) turut menyokong RUU itu.

“Saya memberi makluman bahawa saya telah mendapat makluman daripada Shahbudin Yahya, ahli parlimen Tasek Gelugor semalam berkenaan senarai undi bagi blok C bagi undi belah bahagi bahawa beliau telah tersilap menandakan bagi ahli parlimen Padang Rengas bersetuju walaupun ahli parlimen tidak hadir.

“Oleh itu saya meminta keputusan belah bahagi anggaran perbelanjaan Kementerian Kewangan ditukar kepada 18 tidak hadir kepada 19. Dan 107 ahli setuju, kurang satu akan jadi 106. Manakala, 95 ahli kekal tidak setuju.

“Dengan itu, saya memerintahkan setiausaha untuk betulkan bilangan undi tersebut. Dengan perubahan undi tersebut ia tidak menjejaskan keputusan belah bahagian tersebut,” kata Rashid ketika membaca kenyataan Speaker Azhar Aziz Harun.

Untuk rekod, Shahbudin adalah ahli parlimen Bersatu merupakan penghitung bagi blok C di Dewan Rakyat.

Dewan Rakyat semalam meluluskan RUU Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kewangan melalui undian belah bahagi.

Dia juga mengumumkan berdasarkan peraturan mesyuarat, keputusan menunjukkan 107 anggota parlimen menyokong usul peringkat jawatankuasa itu berbanding 95 yang menentang manakala 18 lagi tidak berada di dalam Dewan Rakyat.

Undian belah bahagi dijalankan selepas lebih 15 ahli parlimen, sebelum itu bangun menyokong RUU itu diputuskan menerusi kaedah berkenaan.

Pada pembentangan Belanjawan 2021 pada 6 November lalu, kementerian kewangan diperuntukkan RM35.1 bilion iaitu RM20.8 bilion bagi perbelanjaan mengurus dan RM14.1 bilion bagi perbelanjaan pembangunan.

Hari ini, tiga lagi kementerian dijadual menggulung iaitu kementerian luar, kementerian perpaduan negara serta kementerian perusahaan perladangan dan komoditi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553259

Ku Li tetap tegas tidak mahu sertai undian belanjawan

Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah terus mempersoalkan keabsahan pentadbiran Perikatan Nasional (PN).

Tengku Razaleigh, juga dikenali sebagai Ku Li, adalah salah seorang daripada lima ahli parlimen kerajaan yang tidak hadir dalam dua undi belah bahagi mengenai peruntukan Belanjawan 2021 untuk Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan hari ini.

Peruntukan itu diluluskan selepas mendapat undi menyokong yang lebih banyak berbanding undi tidak bersetuju.

Ketika dihubungi, pembantu Tengku Razaleigh berkata bahawa ahli politik veteran itu menghadiri sidang hari ini tetapi pulang sebelum jam 2 petang ketika undi belah bahagi pertama dijalankan.

“Kita balik sebelum tu… Tengku Razaleigh dah kata dia tak akan turut serta dalam perbincangan belanjawan selagi dia tidak iktiraf keabsahan (kerajaan),” kata pembantu itu.

Dia menambah bahawa Ku Li itu akan terus tidak terlibat dalam undian selagi sokongan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di Dewan tidak ditentukan melalui usul tidak percaya.

Untuk rekod, 10 hari berikutnya akan menyaksikan 27 pusingan pengundian lagi sebelum belanjawan dapat diluluskan secara keseluruhan.

Tengku Razaleigh sebelumnya menghantar surat – yang kini sudah didedah kepada umum – untuk memberitahu Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengenai rancangannya untuk tidak terlibat dalam perbahasan belanjawan selagi majoriti kerajaan PN masih belum diuji.

Dia juga berpendapat Azhar telah melanggar kebebasa parlimen yang dilindungi perlembagaan dengan menyarankan agar dia meminta persetujuan kerajaan untuk mengemukakan usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Menjelang pengundian peringkat dasar Belanjawan 2021 sebelum ini, Ku Li telah mengedarkan suratnya kepada anggota parlimen lain di Dewan Rakyat tetapi tidak hadir semasa pengundian 26 November.

Tengku Razaleigh, yang mempengerusikan majlis penasihat Umno, bukan satu-satunya ahli parlimen Umno yang tidak hadir pada kedua-dua pusingan pengundian belah bahagi hari ini.

Menariknya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi (BN-Bagan Datuk) dan Najib Abdul Razak (BN-Pekan) juga tidak hadir.

Dua lagi tidak hadir dari bangku kerajaan ialah Richard Riot (GPS-Serian) dan Willie Mongin (PN-Puncak Borneo).

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/553210

TERBUKTI MAHYUDDIN MENIPU YDP AGONG DAN PEMERINTAHANNYA TIDAK SAH.

Muhyiddin dah tipu Agong la. Ye dok? Kata ada majoriti 112?