SUDAH SAMPAI MASANYA PKR BERSENDIRIAN

Syukurlah jika Anwar lepaskan jawatan Ketua Pembangkang………………………

SUDAH SAMPAI MASANYA PKR BERSENDIRIAN

Saya sgt bersetuju jika benar DS Anwar Ibrahim ingin meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan Pengerusi PH walaupun ia adalah provokasi fake news. Ia adalah baik utk rakyat dan PKR sendiri. Saya juga berharap biarlah DAP dan Amanah terus berang dgn PKR agar mereka mohon keluar PH. Maaf kerana saya mendoakan perpecahan PH ini berlaku. Bagi saya PKR kena move on segera.

1. Ia lebih memudahkan PKR parti pelbagai kaum ini membawa hala tujunya tanpa gangguan2 yg merimaskan. Jika PKR terus bersama PH yg ada Amanah di dlmnya ia hanya menyukarkan agenda PH dibuat. Lagipunnl PKR adalah parti yg disertai pelbagai kaum di seluruh Malaysia.

2. 8 bulan PH dilemahkan oleh Mahathir apabila dari pemimpin hingga penyokong PKR dan Amanah sering bercakaran. Masa terbuang begitu sahaja akhirnya fokus utk menumbangkang kerajaan kleptokrasi. Gangguan Mahathir bukan sahaja menghancurkan harapan rakyat dan PH tetapi PKR sendiri.

3. PKR fokus kpd negeri Melaka, N9, Selangor dan PP serta beberapa Parlimen di Johor, Kedah dan Perak. Manakala DUN yg mempunyai 30-60% Melayu di pantai barat wajar PKR bertanding.

4. Elakkan pertembungan kerusi bersama DAP walaupun tidak bersama lagi di dlm PH. Kerusi yg ditandingi DAP biarkan parti itu bertanding semula. Walaupun tiada lagi kerjasama di dlm PH tetapi ia lebih memudahkan tugas PKR menyakinkan rakyat terutama org Melayu. Biarlah selepas PRU15 nanti perbincangan antara parti2 yg ada akn membentuk kerajaan.

5. Kumpulkan kembali pejuang2 yg mahu kembali bersama PKR dan wira2 baru yg mahu bersama PKR dlm pembinaan semula parti ini. Abaikan mulut penyokong yg hanya mahu mengikut kemahuan mereka siapa pemimpin yg boleh menyertai parti ini.

6. Rafizi, Husam Musa, Saari Sungib, Ezam, Nurul Izzah, Siti Aishah, Fahmi, Saifuddin Nasution, Fuziah Saleh, Akmal, Iswardy, Syamsul Iskandar, Nik Nazmi, Wong Chan dan ramai lagi mesti dikumpulkan sebagai pemidato2 membantu DS Anwar Ibrahim dlm kempen PKR utk PRU 15 nanti. Ini bukan masa kita bercerita kisah2 silam lagi dia pengkhianat dan sebagainya.

7. Masa sudah terlalu suntuk. PKR mesti bina semula kekuatan baru secara sendirian. Jgn lupa jalinkan hubungan baik dgn Reformis 98 dan Blogger2 yg ada. PKR kena guna segala senjata yg ada utk membentuk pasukan yg jitu bila secara sendirian.Jika ia berlaku akn memberi kelebihan yg besar kpd PKR. Lebih dari itu fokus terutama penulis blogger, penulis dan penyokong PKR boleh fokus kpd isu yg asas iaitu menumbangkan kerajaan PN tanpa gangguan Mahathir dan Amanah yg boleh dianggap duri dlm daging di dlm PH.

8. PKR wajib mengambil kawasan2 seperti Titiwangsa, Kota Raja, Shah Alam, Sepang dan beberapa Parlimen lagi kerana itu adalah kubu kuat PKR. Jgn kecewakan ahli PKR di kawasan tersebut.

9. Biarlah Amanah bersama Mahathir. Amanah parti besar sebab itulah mereka tidak lagi menghormati DS Anwar. Bagi mereka Mahathir jauh lebih berpengaruh dan mampu membawa perubahan utk masa depan rakyat. Hormati sahaja pendiran Amanah tersebut dan tidak perlu lagi penyokong2 PKR melayani karenah pemimpin dan ahli2 Amanah lagi.

10. Jika ia berlaku dlm tempoh beberapa bulan PKR akn menerima puluhan ribu keahlian. Cukup sekadar PKR fokus dgn idealisma Reformasi perubahan utk rakyat Malaysia. Saya yakin 80% ahli PKR sgt gembira jika PKR bersendirian tanpa memburukkan bekas rakan2 PH samada DAP mahu pun Amanah. Biarlah mereka dgn ideologi bersama Mahathir dan ia bagus utk parti2 tersebut memahami kenapa PKR menolak utk bersama bekas PM itu. DS jgn terkejut jika 30% ahli Amanah akn menyertai PKR.*

Bagi saya walaupun tidak berparti saya menyokong penuh jika DS Anwar mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Pengerusi PH dan Ketua Pembangkang. Sekurangnya maruah sebagai ketua dan insan yg dihormati pemimpin dunia tidak tercalar lagi kerana sudah 8 bulan ada sahaja pendapat tidak sehaluan pemimpin Amanah terhadap DS Anwar.Saya yakin rakyat ramai rakyat akn bersama DS atas segala pengorbanan yg DS lakukan selama ini telah byk merubah pemikiran org Melayu yg taksub dan diperbodohkan oleh parti UMNO.(Maaf ye… kerana saya bersetuju dengan tulisan dari “entah sapa²” ini).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s