Cakap berdegar-degar, tahi tersangkut di gelegar!!

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Pada petang tadi dalam jam lebih kurang 3.30 petang, DEWAN RAKYAT telah meluluskan Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 pada BACAAN KEDUA melalui “UNDI DENGAR SUARA” menurut Peraturan 46(3) Peraturan Meyuarat Dewan Rakyat, tanpa keperluan untuk diadakan “UNDI BELAH BAHAGI” di bawah Peraturan 46(4) yang sama, disebabkan permintaan MP POKOK SENA untuk diadakan “UNDI BELAH BAHAGI” di bawah Peraturan 46(4) itu, tidak memperolehi sokongan 15 Ahli Dewan Rakyat atau lebih, dengan jumlah Ahli Dewan Rakyat yang berdiri untuk menyokong permintaan itu cuma berjumlah 13 ORANG !

PERSOALAN PERTAMA – Adakah Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 itu sudah menjadi AKTA UNDANG-UNDANG disebabkan kelulusan BACAAN KEDUA pada petang 26.11.2020 ?!

JAWAPAN kepada PERSOALAN PERTAMA :

  1. Setiap Rang Undang-undang yang dbentangkan di DEWAN RAKYAT, termasuk Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 cuma boleh dikatakan telah diluluskan sepenuhnya oleh DEWAN RAKYAT selepas ianya diluluskan dengan jayanya selepas BACAAN KETIGA yang masih belum tiba masanya.
  2. Walhal, menurut peruntukan PERKARA 66, 67 dan 68 PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN dengan pengecualian-pengecualian tertentu untuk Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) seperti Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021, ianya cuma SAH menjadi AKTA UNDANG-UNDANG selepas kelulusan KETIGA-TIGA BACAAN di DEWAN RAKYAT dan kemudiannya DEWAN NEGARA dan akhirnya meterai KeBawah Duli YDPA.
  3. Menurut Peraturan Meyuarat Dewan Rakyat pula, secara khusus Peraturan 66 (4), selepas kelulusan pada BACAAN KEDUA ini, Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 itu akan dimajukan untuk Perbahasan di Peringkat JAWATANKUASA DEWAN, yang menurut Takwim Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas 2020 adalah ditetapkan kini mulai hari Isnin 30.11.2020 hingga Khamis, 03.12.2020 (melainkan adanya perubahan tarikh lanjut di peringkat JAWATANKUASA DEWAN), di mana jika ada mana-mana pindaan yang perlu dan dipersetujui untuk dilakukan, akan kemudiannya dilakukan sebelum ianya dipulangkan untuk BACAAN KETIGA untuk mengambilkira pindaan yang dibenarkan sebelum UNDI AKHIR di DEWAN RAKYAT menurut Peraturan 66(19).
  4. Walhal PERATURAN 66(5) hingga 66(17) Peraturan Meyuarat Dewan Rakyat memperuntukkan cara dan kuasa pindaan yang boleh dilakukan kepada Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021, sebelum dihantar semula ke DEWAN RAKYAT untuk BACAAN KETIGA itu.

Justeru, secara rumusan walaupun Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 itu telah diluluskan DEWAN RAKYAT pada BACAAN KEDUA pada petang tadi, ianya masih WAJIB diluluskan di BACAAN KETIGA kelak sebelum ianya SAH diiktiraf sebagai diluluskan secara penuh oleh DEWAN RAKYAT.

PERSOALAN KEDUA – Apakah efek dan kesan cuma 13 orang Ahli DEWAN RAKYAT berdiri untuk sokong permintaan POKOK SENA untuk diadakan “UNDI BELAH BAHAGI” sehinggakan ianya tidak memenuhi keperluan Peraturan 46(3) Peraturan Meyuarat Dewan Rakyat itu ?!

JAWAPAN kepada PERSOALAN KEDUA :

  1. Sepanjang tempoh perbahasan sejak pembentangan Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 oleh Menteri Kewangan pada 06.11.2020 sehingga petang tadi, 26.11.2020, ramai daripada Ahli Dewan Rakyat, sama ada dari Parti PKR, DAP, AMANAH dan blok BEBAS (PEJUANG yang belum diluluskan pendaftaran) serta juga beberapa yang lain dari Parti UMNO, telah sampaikan hujah berdegar-degar bahawa sekiranya TIADA PEMBAIKAN WAJAR pada BELANJAWAN 2021 itu, maka mereka AKAN TOLAK !
  2. Walhal, ada juga pelbagai pihak yang telah menyenaraikan dengan terperinci bantahan masing-masing berhubung perkara itu, sehinggakan RAKYAT di luar sesungguhnya percaya bahawa Ahli Dewan Rakyat akan secara majoriti TOLAK Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 pada BACAAN KEDUA petang tadi, yang mana tidak berlaku !
  3. Yang lebih mengejutkan adalah permintaan oleh POKOK SENA untuk diadakan “UNDI BELAH BAHAGI” yang memerlukan sokongan sekurang- kurangnya 15 Ahli Dewan Rakyat pun tidak memenuhi keperluan ke arah pengadaan “UNDI BELAH BAHAGI” itu, dengan cuma 13 orang yang berdiri !!
  4. Walaupun senarai penuh mereka yang telah berdiri seramai 13 orang itu belum diperolehi lagi pada masa penulisan ini, namun dari tontonan persidangan DEWAN RAKYAT secara langsung, kelihatan ianya cuma terdiri dari Parti AMANAH dan BEBAS (PEJUANG yang belum diluluskan pendaftaran), TANPA KELIHATAN walau seorang pun dari Parti PKR dan DAP, mahupun segolongan UMNO yang terdahulu yang bangkitkan hasrat yang serupa itu, sama sekali !!
  5. Sejujurnya, Ahli DEWAN RAKYAT dari Parti PKR dan DAP kini adalah BERKEWAJIBAN untuk memberi PENJELASAN WAJAR perubahan ini, walaupun kelulusan BACAAN KEDUA tidak secara sepenuhnya meluluskan Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 lagi, namun mengapakah masa persidangan DEWAN RAKYAT perlu dibazirkan untuk Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 itu dihantar bagi tujuan Perbahasan di Peringkat JAWATANKUASA DEWAN dan BACAAN KETIGA kelak yang akan mengambil masa sekurang-kurangnya DUA (2) MINGGU lagi ??!!

Di tahap ini, segolongan RAKYAT prihatin yang tidak yakin dengan HAK SAH tadbir urus negara oleh KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL disebabkan cara salah mandat RAKYAT dicabuli dengan rampasan kuasa mulai 01.03.2020, kini berhak juga untuk mempunyai kesangsaian berhubung KEJUJURAN PRINSIP terhadap Ahli Dewan Rakyat PKR dan DAP dan yang lain yang telah kononnya menyuarakan bantahan terhadap  Rang Undang-Undang Bekalan (Belanjawan) 2021 selama beberapa minggu yang lalu ??!!

Adakah DEWAN RAKYAT kini dihuni hampir kesemuanya oleh mereka-mereka yang bersifat :

“Cakap berdegar-degar, Tahi tersangkut di gelegar !!!”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s