Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan. Gambar: Bernama

Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan atau Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara yang berhubung usul undi tidak percaya kepada perdana menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

“Antaranya Yang di Pertuan Agong boleh menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, termasuklah dengan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan mahupun dengan mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam jawapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 hari ini.

Sebanyak 25 usul undi tidak percaya diterima dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga, bagaimanapun Takiyuddin menegaskan perkara tersebut tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, 43. (4) Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong.

Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

“Walaupun Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai kedudukan jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Fasal tersebut tidak memperuntukkan tatacara untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Oleh itu, tatacara tersebut hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Takiyuddin berkata, usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dibawa ke Majlis Mesyuarat sekiranya teratur dan mematuhi Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang berhubungan dengan kehendak mengenai pemberitahu usul.

Katanya, usul undi tidak percaya juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15 dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat masing-masing mengenai susunan Aturan Urusan Mesyuarat dan peruntukan bagi mendahulukan Urusan Kerajaan.

Bagaimanapun katanya, Yang di Pertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menentukan bila perbahasan usul boleh dibuat dengan mengambil kira urusan kerajaan.

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

“Sehubungan itu, urusan-urusan lain termasuk usul persendirian yang turut terdiri daripada usul tidak percaya hanya akan dibahaskan selepas semua urusan kerajaan selesai,” katanya.

Berhubung Usul Undi Percaya terhadap perdana menteri seperti yang dikemukakan Ahmad Zahid Hamidi (BN- Bagan Datuk), Takiyuddin berkata, usul ini juga termasuk sebagai usul persendirian.

Katanya, ianya juga tertakluk kepada Peraturan 15 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dimana urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s