Anwar Ibrahim ulas isu moratorium, KWSP dan peruntukan besar kepada JASA

Anwar ulas isu moratorium, KWSP dan peruntukan besar kepada JASA

Mengulas mengenai Belanjawan 2021, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada keperluan untuk membahaskan beberapa unjuran yang menurutnya “membimbangkan”, antaranya unjuran cukai korporat yang hanya berkurang sebanyak RM4 bilion.
Berdasarkan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 oleh Kementerian Kewangan, unjuran cukai korporat bagi 2021 adalah RM59.4 bilion berbanding RM63.7 bilion pada 2019.

“Itu sukar diterima kerana perniagaan banyak yang hampir bangkrap atau kerugian atau (hanya mendapat) keuntungan kecil, melainkan (syarikat seperti) Top Glove, ada satu dua (seumpanya).
“Dalam mengira unjuran, ini membimbangkan. Perlu ada sikap yang lebih telus, yang menyatakan fakta kerana ia akan mempengaruhi dasar kita,” katanya lagi.

Anwar turut membandingkan peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) – yang membabitkan peruntukan sebanyak RM85.5 juta – dengan peruntukan kepada beberapa golongan seperti orang kurang upaya (OKU) yang menurutnya, mendapat peruntukan yang kecil.

“Oleh itu, dalam perbahasan kita, saya akan mulakan Isnin, saya akan tunjukkan angka-angka ini, kerana bila kita lihat, baru kita tahu.
“Kalau tidak, rakyat hanya lihat, ‘saya dapat RM500, RM300’, tapi kita kena lihat keseluruhannya bagaimana,” tambahnya.
Menurut Anwar, pemberian bantuan tunai kepada golongan memerlukan adalah baik tetapi bukanlah jawapan untuk pemulihan ekonomi.
“Tetapi (apa yang diperlukan adalah) satu rangka yang teratur (untuk memulihkan ekonomi),” katanya.

Ketiadaan moratorium bayaran balik menyeluruh kepada semua peminjam serta ketiadaan kebenaran menyeluruh untuk semua pencarum mengeluarkan wang KWSP, turut disentuh Anwar.
“Saya ingat menteri kewangan ini lebih memihak kepada kepentingan bank, bukan kepentingan peminjam dan ekonomi,” katanya mengulas soal moratorium menyeluruh.
“Keduanya soal pinjaman KWSP, walaupun ada hujah (untuk) mempertahankan kepentingan masa depan (pencarum), tetapi bila orang itu dalam keadaan sesak pada masa sekarang, maka sejumlah pinjaman itu harus diperluaskan, tidak hanya kepada satu kategori kecil,” katanya. 
-MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/anwar-ulas-isu-moratorium-kwsp-dan.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s