SAUDI BERMINAT DENGAN DRONE BAYRAKTAR TURKI.


عبد الحميد العوني
109K subscribersSUBSCRIBEDرابط صفحتي على الفيسبوك : https://www.facebook.com/عبد-الحميد-ا… رابط صفحتي على الانستغرام : https://www.instagram.com/abdelhamide…SHOW LESS

Anwar Ibrahim Sudah Boleh Buang Ke Laut.

Kualiti pembangkang bawah Anwar sudah ke laut

Terdapat banyak suara dan cemuhan bahawa pentadbiran Perikatan Nasional yang dipimpin Muhyiddin Yassin adalah kerajaan paling teruk dalam sejarah negara ini. Tambahan pula, yang menjadikannya lebih nista dan menjengkelkan ialah ia tidak diundi dan direstui majoriti rakyat sebagai blok politik yang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

Blok politik ini hanya terbentuk selepas PRU14, dan dijadikan satu platform sendal terompah untuk mengkhianati mandat rakyat. Lebih sadis, blok ini terlalu mewakili satu kaum.

Namun, satu hal yang kurang juga diperkatakan ialah negara ini juga memiliki barisan parti pembangkang paling haruk, cacamarba, bercemperaan, kelam-kabut, tidak bersatu, tiada hala tuju, wawasan ke laut, serbah-serbih, tunggang-langgang, simpang-siur, mabuk, tak semenggah, hiruk-pikuk, tertonggeng, terlentang dan ke laut. Bukan sebarang laut, tetapi laut lepas; nun jauh di Laut China Selatan.

Terdapat banyak sebab-musabab untuk menyangkut semua kata sifat dalam perenggan di atas dengan barisan pembangkang, Pakatan Harapan.

Saya akan beri 3 yang paling membuatkan pengundi atas pagar meluat, dan berfikir banyak kali; wajar dan berbaloikah jika mereka diberikan undi sekali lagi pada PRU15?

Pertama, ini ialah barisan pembangkang yang paling tidak jelas siapa ketuanya. Sebagai ketua pembangkang, si dia adalah calon bayangan perdana menteri untuk pentadbiran paling tidak stabil, paling entah apa-apa dan paling kemaruk dalam sejarah Malaysia moden, dan sejarah orang Melayu berparlimen.

Ketua pembangkang misalnya bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong dengan sangkaan punya angka. Kita, yang duduk di atas pagar; selaku rakyat memerhatikan dengan jelak tikaman angka itu.

Kita diberikan khabar yang angin-angin bahawa angka itu mungkin saja ampuh dan kukuh kerana ada sekumpulan penyangak bersedia menghulurkan tangan. Like what?

Gara-gara itu, barisan pembangkang ini menjadi lebih kacau-bilau. Ada wakil dari Amanah misalnya, melompat ke parti gabungan itu, iaitu PKR, yakni sesama sendiri entah sebab apa.

Khabar angin secara meluas juga tersebar sesetengah wakil Amanah yang “kaki usrah rahmatan lil-alamin” ini cenderung kepada ketua pembangkang sebagai perdana menteri.

Dalam benak mereka, maqasid maqasid maqasid. Manakala yang selebihnya pula menerima dengan suam-suam kuku, suam-suam gusi, suam-suam ketiak dan suam-suam kelangkang ketua pembangkang itu.

Dalam DAP pula, ada yang tidak dapat menerima ketua pembangkang yang akan menenggek di atas punggung sehimpunan mereka yang ada kes. Sementara sekumpulan lain pula terhegeh-hegeh mengulum gula-gula yang diberi. Rakyat tidak faham. Rakyat tidak diberi isyarat yang betul.

Hal yang sama juga terkesan dalam parti ketua pembangkang itu sendiri. Terdapat satu falasi, jika ahli tidak menerima si A, maka ahli itu adalah puak B. Ini tidak benar.

Terdapat juga wakil atau ahli dewan yang tidak mesti memuja ketua pembangkang, dan tidak pula mesti berselimut dengan kumpulan yang meneran keluar dirinya, iaitu kaum pengkhianat.

Ada ahli atau wakil dalam parti itu memang ada fikiran dan kepala otak sendiri. Makanya, sokongan untuk ketua pembangkang itu sendiri tidak pernah padu padat.

Kedua, kita mempunyai jumlah pembangkang tertinggi dan ramai dalam sejarah negara, akan tetapi blok pembangkang ini gagal memiliki Kabinet bayangan yang utuh untuk dicermin dan dinilai rakyat.

Kami, tidak tahu markah yang harus diberikan kepada barisan pembangkang ini. Mereka terlalu bercempera sesama sendiri.

Di tengah-tengah itu, juga ada GPS yang kononnya keinginan mereka hanya untuk mengutamakan hasrat rakyat Sarawak. Macam ya!

Dalam masa sama, kita juga tidak merasakan kejelasan solidariti antara Warisan, Pejuang dengan blok pembangkang ini; yang jelas kerana mereka itu konon – bebas – ya ampun bebas macam apa? Manakala yang memilih untuk betul bebas, sekerat dua orang juga tidak terlihat punya kejelasan yang berwibawa.

Seorang manusia tidak ada istilah bebas, merdeka sesifar-sifarnya, dia si manusia ini tentu memiliki satu kecenderungan. Akan tetapi apa? Yang ini juga gagal dibaca rakyat menyebabkan kekeliruan berganda. Ini kerana ideologi yang sekerat dua ini juga menyebabkan kita pengundi biasa gagal menebak.

Pembentukan Kabinet bayangan ini tidak susah mana, jika blok pembangkang memang kuat dan tidak bercemperaan. Bahkan sesetengah wakil pembangkang ini sudah pun ada pengalaman dalam kerajaan selama 22 bulan, tetapi mereka tidak dilihat benar-benar bersedia menyelamatkan rakyat.

Ketiga, di tengah sorak-sorai belanjawan yang ditawarkan kerajaan sedia ada ini banyak kepincangannya, barisan pembangkang yang ramai ini tetapi kualitinya entah ke mana, tidak pun dapat menawarkan bajet alternatif jujur dan telus untuk rakyat.

Padahal sebelum ini, ketika pembangkang tidak seramai ini, mereka pernah dan telah menyediakan belanjawan tawaran secara tradisi dan ia menjadi panduan kepada rakyat atau pengundi atas pagar yang celik politik. Kali ini, tidak kali ini. Mereka ikut sama terbuai dengan ketidakstabilan kerajaan sedia ada. Orang bergaduh, dia pun syok bergaduh.

Tidaklah menghairankan sesetengah pihak melihat pihak kerajaan mahupun pembangkang patut dilaga dan dihantukkan kepala mereka antara satu sama lain.

Kegagalan jentera kerajaan dan pembangkang dapat dilihat pada satu sosok manusia. Nama manusia itu adalah Ebit Lew.

Kelihatan Lew tanpa berpijak mana-mana blok boleh menyediakan harapan untuk rakyat negara ini. Cuma, beliau masih berkebajikan atas nama kepercayaan agamanya. Jika Lew berlari membantu segala kaum lain dan agama selain Islam; maka beliaulah abah sebenar Malaysia.

Agak menyedihkan dalam keadaan krisis politik dan kesihatan yang begitu sengit ini, barisan pembangkang gagal muhasabah dan munasabah untuk menawarkan sesuatu yang hebat, dan memaparkan diri sebagai ganti yang berguna untuk kerajaan megafon hari ini.

Lebih dahsyat ialah formula pembangkang dan kerajaan hampir sama, iaitu gantinya; orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Iaitu orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua dari dekad 1980-an. Jadi, rakyat tidak dapat melihat bezanya.

Adakah Malaysia terperangkap dalam dekad 1980-an? Helo pembangkang, orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Orang tua. Pembangkang tua.

Terima atau tidak, bajet paling mahal kali ini bukan soalnya. Siapa pun yang dipilih ke Parlimen nampak gayanya macam hampas. Baik di pihak kerajaan, mahupun pembangkang. Kekal atau tidak pemimpin atau pimpinan sedia ada ini selepas hari ini bukan lagi bicaranya.

Kami, rakyat sudah meluat. Apa maksud meluat? Dewan Bahasa dan Pustaka menjelaskan ia bererti “berasa hendak muntah; meloya”. Reti? Reti tidak duhai pembangkang?

Kami sudah jeran dan jelak. Kami malas. Tutup radio. Tutup TV. Tutup telefon bimbit. Tutup Twitter dan Facebook. Lagi satu, rencana ini tidak berbayar. Tiada jasa menabur bakti pada huruf dan perenggan yang sedang kamu baca ini.

Ini bukan rencana terserempak menteri sedang mengayuh basikal sambil mendengar lagu Whitney Houston.

Rasa hendak muntah dan loya ini tulen. Kerajaan dan pembangkang sama. Semua tentang kuasa. Kami rakyat menunggu mati.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/pandangan/2020/11/26/pembangkang-yang-kualitinya-ke-laut-lepas/

Berbagai kebajiakan rakyat boleh diberikan kepada rakyat dalam bajet baru, bukan sekadar 2 perkara ini sahaja. Jangan terlalu fikir dalam kotak fikiran umnopas tetapi biar ada wawasan lain yang lebih hebat. Kini nasi sudah menjadi bubur dan anwar terus tertipu dengan belitan media umnopas.

TERBUKTI ANWAR TERTIPU DAN KURANG BIJAK BERTINDAK .

Muhd Khusairy

Mudah difahami :1. Moratorium 6 bulan lulus.2. KWSP RM10K boleh dikeluarkan.Kalau tolak, nampak sangat tololnya, pasal keduanya utk kepentingan rakyat. Bukti DS ANWAR IBRAHIM itu tidak penting diri & gila kuasa spt yg diFitnah MAHACHAI SAKA TUA95 dan Walaun2 PASPISPUS PN MN PNgkhianat selama ini… C&P.

KENAPA 2 PERKARA INI MENJADIKAN ANWAR DAN PH TERLALU BODOH :

1. Moratorium 6 bulan lulus.

2. KWSP RM10K boleh dikeluarkan.

Dua perkara diatas dan lain-lain kebajikan rakyat boleh ditambahbaik lagi jika mahyuddin disingkirkan terlebih dahulu. Ekonomi negara akan muflis jika muhyiddin masih jadi PM Malaysia.

Saari Sungib mahu cabar Azmin di Parlimen Gombak

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang Saari Sungib menawarkan diri untuk mencabar menteri kanan Azmin Ali di parlimen Gombak dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Untuk itu dia bersedia meninggalkan partinya Amanah dan menyertai PKR, memandangkan Gombak adalah kerusi PKR.

“Saya ingin menawarkan diri berdepan dengan Mohamed Azmin Ali di Parlimen Gombak dalam pilihan raya akan datang sekiranya saya sihat serta dianggap oleh pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebagai seorang calon boleh menang.

“Memandangkan kerusi Gombak milik PKR, maka jika saya terpilih saya bersedia untuk menjadi ahli PKR,” katanya dalam kenyataan kepada Malaysiakini hari ini.

Azmin, orang kuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, adalah penyandang kerusi Parlimen Gombak selama tiga penggal.

Pada PRU 2018, Azmin yang ketika itu pemimpin kanan PKR, menang di Gombak dengan dalam pertarungan tiga penjuru menentang Umno-BN dan PAS.

Dia bagaimanapun berubah angin dengan mendukung pembentukan kerajaan baru melalui Langkah Sheraton pada Februari lalu yang menyaksikan kejatuhan PH.

Sebelum ini, Saari dispekulasikan akan mengikuti jejak Adun Meru Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar, yang keluar Amanah untuk menyertai PKR.

Saari menafikannya sebelum ini.

Sementara itu, Saari berkata pelbagai kumpulan di kawasan tersebut telah menyatakan sokongan kepadanya untuk melawan Azmin pada PRU15 kelak.

“Beberapa kelompok masyarakat India, Serani, Cina, Punjabi, India, kelompok orang asli seperti Temuan bertemu saya memberi sokongan kepada saya untuk melawan Azmin Ali.

“Di Gombak mereka dapat dikumpulkan antara 5,000 hingga 7,000 orang.

“Di samping itu menurut seorang pimpinan pemuda PKR, persatuan-persatuan Minang, Bawean dan etnik Sumatera yang bilangannya hampir 20,000 orang di Gombak turut memberi sokongan kepada siapa sahaja yang akan menentang Azmin Ali.

“Maka menyertai PKR bagi saya adalah untuk kesepaduan kerja, meluaskan demokrasi serta mengukuhkan solidariti PH,” katanya.

Gombak adalah kerusi majoriti Melayu (77 peratus), manakala pengundi Cina dan India masing-masing sekitar 11 peratus.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/552306

Menteri pengangkutan umum akan letak jawatan

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mendakwa Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2) bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) “tidak mengikut prosedur perolehan kerajaan”.

Wee memberitahu Dewan Rakyat, beliau akan meletak jawatan jika kenyataannya terhadap PH terbukti salah.

Pada awal ucapannya, Wee mendakwa bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook gagal memaklumkan kepada Kabinet anggaran kos projek KVDT 2 boleh dikurangkan, selepas mendengar dua laporan dibentangkan Opus Consultants pada 2018.

Dua minit selepas menteri berucap, Loke (PH-Seremban) mencelah dan berkata: “Itu fakta yang salah, beliau mengelirukan Dewan dan tipu fakta.”

Speaker Azhar Harun kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya membenarkan Wee menamatkan ucapan.

Wee meneruskan dengan mempersoal cadangan Loke kepada Kementerian Kewangan supaya mempertimbangkan Opus Consultants sebagai sebuah perunding bebas, apabila bekas menteri itu mendakwa laporan dibentang kepadanya tidak rasmi.

“Surat niat juga telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada masa itu kepada Opus Consultants, cuma sebelum surat setuju terima sempat dikeluarkan, kerajaan PH telah runtuh,” katanya.

Pekikan tercetus apabila Wee berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan projek KVDT 2 bawah PH tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan kerajaan dan ia harus dilakukan melalui tender terbuka.

“Itu lagi satu tipu, itu lagi satu fakta yang mengelirukan Dewan. Apa yang (kita) tidak mengikut prosedur?” soal Loke.

“Saya sedang membaca satu fakta yang telah dikeluarkan oleh SPRM,” kata Wee. “Kalau ada apa-apa unsur yang (menunjukkan) saya menipu, saya (akan) meletak jawatan.”

“Projek itu diberikan oleh (bekas menteri pengangkutan) Liow Tiong Lai, kamu pun menjadi (sebahagian) Kabinet (pada) masa itu,” kata Loke dan mendorong Azhar mematikan mikrofon mereka sekali lagi.

Sebelum ini, dilaporkan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd, kontraktor projek KDVT 2 memfailkan saman terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas keputusannya membatalkan kontrak itu.

Keputusan Kementerian Pengangkutan membatalkan pemberian projek dan membuka semula kepada tender dilakukan susulan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengatakan, kerajaan PH menganugerahkan 101 projek melalui rundingan terus.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2017 menganugerahkan projek itu kepada Dhaya Maju LTAT tetapi kontrak berkenaan dibatalkan susulan perubahan kerajaan pada 2018.

Kerajaan PH kemudian melantik semula Dhaya Maju LTAT untuk meneruskan projek itu selepas pengurangan skop dan kosnya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/24/saya-letak-jawatan-kalau-terbukti-bohong-di-dewan-rakyat-kata-wee/

Polis gesa mangsa lain kes rogol ustaz selebriti tampil buat laporan

Polis gesa mangsa lain kes rogol ustaz selebriti tampil buat laporan

Polis menggesa jika ada wanita yang mendakwa menjadi mangsa rogol seorang penceramah bebas yang juga bekas peserta program realiti keagamaan untuk tampil membuat laporan bagi tindakan lanjut.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, siasatan menyeluruh akan dijalankan termasuk mengesan mereka yang membuat posting di laman media sosial seperti Instagram atau medium lain untuk diambil keterangan susulan tular dakwaan terdapat individu yang dikatakan menjadi mangsa.

“Kita meminta mangsa atau saksi yang membuat pendedahan tampil buat laporan polis untuk membantu siasatan.

“Perdebatan dan komen-komen di media sosial semata-mata tanpa tindakan lanjut untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis tidak banyak membantu siasatan. Kepada mereka yang mendakwa menjadi mangsa, sila tampil membuat laporan segera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, buat masa ini hanya terdapat satu laporan polis diterima dan siasatan masih di peringkat awal.

Semalam, penceramah bebas berusia 25 tahun itu direman selama lima hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, penahanan penceramah bebas itu dibuat susulan laporan polis yang dibuat mangsa berusia lingkungan 20-an, Rabu lalu.

Berdasarkan keterangan mangsa, pada 11 September tahun lalu, dia telah keluar dengan suspek yang baharu dikenali di laman sosial Instagram menaiki kereta suspek jenis BMW untuk berbincang mengenai masalah kemurungannya.

Suspek didakwa membawa mangsa makan di kedai makan di Shah Alam sebelum dibawa ke rumahnya di Seksyen 7, Shah Alam dengan alasan untuk memberikan penerangan berkenaan penyakit tersebut.

Bagaimanapun, semasa di rumah itu, mangsa dikatakan telah dirogol.

Sebelum ini, tular apabila seorang pemilik akaun Twitter mendakwa pendakwah terbabit merogol seorang gadis. Pemilik akaun berkenaan mendakwa rakannya mengalami trauma akibat menjadi mangsa rogol.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/112322/KHAS/Isu/Kes-rogol-penceramah-selebriti-Polis-gesa-mangsa-lain-tampil

PEMIMPIN PAS HIDUP MEWAH DENGAN MENJADIKAN HUDUD SEBAGAI PROPAGANDA UTAMA PARTI

Rang Undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 yang lebih dikenali sebagai RUU 355 perlu dirunding dengan negeri sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Ahmad Marzuk Shaary.

Katanya, langkah itu bertujuan untuk mendapatkan pandangan kerajaan negeri berhubung RUU itu.

“Walaupun RUU 355 merupakan undang-undang persekutuan, peruntukan di bawahnya berkaitan bidang kuasa Mahkamah Syariah dan undang-undang bertulis yang memperuntukkan kesalahan jenayah syariah yang terletak di bawah bidang kuasa negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (PAS-Pasir Mas) jika RUU 355 dibentang di Dewan Rakyat terlebih dahulu, barulah pindaan itu dibincangkan dengan setiap negeri.

Perbahasan RUU 355 ditangguhkan sejak 2017, selepas Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pertama kali membentangkan usul persendirian itu di Dewan Rakyat pada Mei 2016.

RUU 355 mencadangkan hukuman penjara ke atas pesalah syariah ditambah kepada 30 tahun, denda maksimum RM100,000 dan sebat 100 kali berbanding maksimum 3 tahun penjara, denda RM5,000 dan 6 sebatan yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah ketika ini.

Marzuk berkata, kerajaan Perikatan Nasional komited membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, katanya, ada beberapa proses penting yang perlu diteliti dan diselesaikan terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Dewan Rakyat.

“Ini agar ia dapat digubal dan dibentangkan mengikut tertib dan teratur berdasarkan kerangka Perlembagaan Persekutuan.”

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/26/ruu-355-perlu-dirunding-dengan-negeri-sebelum-ke-parlimen-kata-timbalan-menteri/

Anwar Ibrahim Terus Menipu

Pembangkang memutuskan untuk tidak mendedahkan bilangannya di Dewan Rakyat hari ini, selepas sekumpulan ahli Parlimen Umno memutuskan untuk menyokong Belanjawan 2021 ketika undian pertama.

Walaupun mereka menyuarakan bantahan menerusi undi suara, mereka tidak meminta agar undian belah bahagi diadakan, yang memerlukan setiap undi menyokong dan menolak dikira.

Ia akan mendedahkan jumlah sebenar ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, jika pembangkang tewas dalam undian itu, ia akan menunjukkan Muhyiddin memiliki majoriti dan seterusnya mengesahkan kedudukannya sebagai perdana menteri.

Ahli parlimen yang bercakap dengan Malaysiakini dan enggan nama mereka didedahkan, memberitahu mereka menerima arahan saat akhir daripada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim untuk tidak meminta undi belah bahagi.

Ia selepas Anwar menerima isyarat dari dalam Umno yang parti itu akan menyokong Belanjawan 2021 pada undi pertama hari ini.

Ketika ini, seramai 112 ahli Parlimen berada di pihak kerajaan dan 108 orang di pihak pembangkang.

Setakat ini, hanya Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yang membayangkan tidak akan menyokong Belanjawan 2021.

Sekumpulan ahli Parlimen Umno pula tidak menunjukkan secara jelas pendirian mereka menjelang pengundian hari ini, dan mendesak beberapa perubahan dibuat dalam belanjawan itu.

Dalam ucapan penggulungannya, Menteri Kesihatan Tengku Zafrul Abdul Aziz menuruti sebahagian daripada desakan itu, termasuk meluaskan pengeluaran akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kepada lebih ramai pencarum.

Keputusan untuk tidak mengadakan undi belah bahagi mungkin dilihat sebagai strategi prosedur atas faktor mereka tidak akan menang dalam proses itu, tidak semua anggota Parlimen pembangkang setuju dengannya.

Beberapa ahli Parlimen Amanah mengambil langkah berbeza dengan menyokong undi belah bahagi. Malah permintaan untuk undian itu dimulakan oleh Mahfuz Omar (Amanah-Pokok Sena).

Dia disokong oleh ahli Parlimen dari Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang diketuai Dr Mahathir Mohamad (Bebas-Langkawi).

Turut menyokong adalah Hassan Karim (PKR-Pasir Gudang) yang dikenali dengan pendirian menongkah arusnya, serta Baru Bian (PSB-Selangau).

Bagaimanapun mereka hanya 13 orang, kurang berbanding jumlah minimum 15 ahli Parlimen untuk membolehkan undi belah bahagi diadakan.

Setakat ini, Malaysiakini telah mengenal pasti 11 daripada mereka.

Ahli Parlimen lain yang menyokong ialah Khalid Samad (Amanah-Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Amanah-Lumut), Hasanuddin Mohd Yunus (Amanah-Hulu Langat), Dzulkefly Ahmad (Amanah-Kuala Selangor), Shahruddin Md Salleh (Independent-Sri Gading), Amiruddin Hamzah (Independent-Kubang Pasu) and Mukhriz Mahathir (Independent-Jerlun).

‘Digagalkan pembangkang sendiri’

Selepas sesi pengundian, Mukhriz menciap di Twitter: “Biar mati berdiri, dari hidup melutut.”

Setiausaha Agung BN Annuar Musa pula berkata percubaan pembangkang untuk undi belah bahagi digagalkan oleh pembangkang sendiri.

Proses mengenal pasti ahli Parlimen lain yang menyokong sedang dibuat. Malaysiakini tidak termasuk dalam organisasi media yang dibenarkan membuat liputan di Parlimen.

Bagaimanapun, berdasarkan sejumlah rakaman dan pemeriksaan dengan ahli Parlimen, jelas kalangan dalam PKR dan DAP tidak menyokong permintaan Mahfuz walaupun menyuarakan pandangan ketika perbahasan sebelum proses undian.

Sejak September, Anwar mendakwa dia memiliki majoriti yang cukup di Dewan Rakyat dan malah mengisytiharkan kerajaan Muhyiddin sudah jatuh.

Dia turut mengadap Yang di-Pertuan Agong pada 13 Oktober untuk menunjukkannya.

Hari ini, Anwar tidak mencelah ketika Zafrul menyampaikan ucapan penggulungan.

Ketika dihubungi selepas undian, beberapa ahli Parlimen PKR dan DAP enggan menjelaskan sebab mereka tidak menyokong permintaan undi belah bahagi.

“Anda tanya Port Dickson (Anwar),” kata seorang ahli Parlimen. Beberapa ahli Parlimen lain juga menunjukkan sentimen sama.

Abdullah Sani Abdul Hamid (PKR-Kapar) pula dilihat pada mulanya bangun untuk menyokong Mahfuz, tetapi kembali duduk tidak lama kemudian setelah menyedari kebanyakan ahli Parlimen PH tidak berbuat demikian.

Beberapa ahli Parlimen PH kini berdepan kritikan daripada penyokong masing-masing yang menuntut penjelasan mereka.

Misalnya Dr Kelvin Yii (DAP-Bandar Kuching) dan Kasthuri Patto (DAP-Batu Kawan) menyuarakan bantahan mereka terhadap belanjawan di media sosial.

Yii menyatakan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 masih belum lulus sepenuhnya.

“Bandar Kuching tidak meyokong belanjawan ini dan akan bersedia untuk membahaskannya di peringkat jawatankuasa,” katanya di Facebook.

Ahli Parlimen masih ada peluang untuk menggesa undi belah bahagi untuk menguji majoriti Muhyiddin memandangkan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 perlu melepasi peringkat kedua (jawatankuasa) dan bacaan ketiga.

Bagaimanapun hanya masa dapat menentukan sma ada Anwar dapat meraih cukup sokongan untuk menghalang Belanjawan 2021 di peringkat itu.

Ia amat penting bagi membuktikan dakwaannya yang Muhyiddin sudah kehilangan majoriti di Dewan Rakyat. Belanjawan ini juga dilihat sebagai satu bentuk undi percaya terhadapnya.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/552679