KENYATAAN MEDIA DSAI

KENYATAAN MEDIAOktober 13, 2020Assalammualaikum waramatullahiwabarakatuh dan Salam sejahtera kepada semua yang hadir.Alhamdulillah, menjunjung setinggi kasih kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, di atas perkenan Baginda menerima saya mengadap hari ini. Saya berdoa agar Baginda sentiasa sihat walafiat.Sebagaimana yang saya janjikan pada sidang akhbar 23 September lalu telah saya tunaikan hari ini dengan mempersembahkan dokumen sahih mengenai majoriti kukuh Ahli Parlimen yang menyokong saya kepada Yang di-Pertuan Agong.Sebagai hamba Allah yang insaf dengan segala ujian yang saya lalui, saya dengan rendah diri memanjatkan setinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana di atas Rahmat dan Hidayahnya memberi kekuatan, kesabaran dan iltizam untuk saya meneruskan perjuangan membela agama, bangsa dan negara tercinta ini.Saya pohon rakyat dan semua ahil politik tanpa mengira parti dan fahaman supaya bersabar. Kita serahkan kepada kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong membuat keputusan yang terbaik untuk masa depan negara.Saya juga berterima kasih dan menyanjung tinggi kesabaran, pengorbanan dan doa seluruh rakyat kepada saya.Kini bukanlah masa untuk merayakan kemenangan sesiapa atau menangisi kekalahan sesiapa. Tidak ada kemenangan atau kekalahan kepada sesiapa pun hari ini. Kemenangan sebenarnya ialah apabila kita berjaya menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju, makmur, adil dan harmoni untuk seluruh rakyatnya.Sekarang juga bukan masanya untuk menyebar maklumat dan berita palsu. Oleh itu, saya pohon agar kita semua mainkan peranan untuk hanya menyebar maklumat dan berita yang sahih. Marilah kita semua bekerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh membina semula negara tercinta ini.Akhir sekali, saya mendoakan agar pandemik Covid-19 ini akan dapat kita tewaskan, agar rakyat Malaysia terselamat dari wabak ini, dan agar ekonomi kita pulih. Saya pohon semua untuk terus bertenang dan sentiasa patuhi semua arahan dan SOP pihak berkuasa untuk melandaikan lekuk Covid-19.InshaAllah, berkat usaha dan doa, kita akan berjaya. Sekian Terima Kasih, Wassalam.ANWAR IBRAHIM

https://web.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/photos/a.10151324968561840/10161028866871840/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s