MB Kedah Melayu/Islam Bergembira Dengan Kemiskinan Rakyat Kedah

MB Kedah ketawakan orang miskin, dedah maklumat peribadi di media sosial

Tular satu rakaman video menunjukkan Menteri Besar Kedah, menjawab panggilan telefon di PKOB Kota Setar. Apa yang menyedihkan, pemanggil yang menelefon untuk meminta bantuan makanan itu diketawakan beramai-ramai selain maklumat peribadinya termasuk nama, alamat, no. kad pengenalan dan no. telefon didedahkan secara terbuka.

Tular hari ini satu rakaman video menunjukkan Menteri Besar Kedah, Mohamad Sanusi Md Nor menjawab panggilan telefon di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar.

Panggilan yang dibuat oleh seorang wanita dari Hutan Kampung itu bertujuan untuk meminta bantuan bekalan makanan akibat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuatkuasa di daerah ini, yang menyebabkan suami beliau tidak dapat keluar bekerja.

Wanita berkenaan yang dipercayai tergolong dalam kategori miskin, kemudian bertanyakan kepada ‘operator’ mengenai bantuan lain selain bantuan makanan. (wanita tersebut tidak mengetahui bahawa yang menjawab panggilan itu adalah MB).

Sanusi kemudiannya menyatakan bahawa beliau akan membawa perkara berkenaan ke pengetahuan menteri besar sambil diikuti gelak tawa pegawai-pegawai yang mengiringinya. Beliau kemudian menjelaskan kepada wanita berkenaan bahawa beliau adalah menteri besar.

Apa yang dikesalkan, di dalam rakaman video berkenaan, disebut dengan jelas butir peribadi pemanggil seperti nama penuh, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah termasuk nombor rumah yang mana tidak sepatutnya didedahkan. Perbuatan berkenaan menyalahi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 kerana mendedahkan maklumat peribadi seseorang di media sosial.

Perbuatan merakam panggilan daripada pemohon bantuan dan kemudian ditertawakan beramai-ramai itu amat mengguris hati rakyat. Tidak cukup dengan itu, video berkenaan dimuat naik kedalam media sosial dan menjadi tatapan jutaan pengguna.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s