Statemen Bodoh Pas – Burung Hud-Hud

Statemen bodoh oleh menteri bodoh piang. Mu ingat PAS ni agama, menentang PAS bermakna menentang agama? Menentang PAS yg perkuda/perlembu/peralat (bkn ikut agama, agama kena ikutmu) agama ni jihad bro. Dah tentu dpt ganjaran pahala d sisi Allah

PAS dimusuhi kerana bawa Islam

KUALA LUMPUR: Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Dato’ Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, PAS tetap teguh berdiri membawa perjuangan Islam sejak sekian lama walau pelbagai tohmahan dan fitnah telah dilemparkan.

“PAS berjuang dalam tempoh yang panjang sejak dari (tahun) 1951 sehingga sekarang, kita dihina, kita dikeji, kita dihamun, dikata macam-macam semata-mata kerana kita membawa Islam,” katanya dalam video berdurasi 2 minit yang disiarkan dalam akaun Facebook miliknya semalam.Advertisement

Justeru itu beliau berkata, oleh kerana PAS membawa perjuangan Islam, parti DAP dan parti seangkatan dengannya sering memusuhi PAS.

Namun katanya, jika PAS tidak membawa perjuangan Islam seperti mana yang diperjuangkan hingga ke hari ini, PAS pasti tidak akan dimusuhi.

Dalam pada itu beliau turut memetik cerita dari sirah perjuangan para sahabat yang mana Rasulullah s.a.w dan para sahabat ketika itu telah berhijrah meninggalkan Kota Mekkah Al-Mukarramah ke Madinah Al-Munawwarah.

Golongan tersebut telah diizinkan oleh Allah untuk berperang dan mereka diperangi oleh kaum Quraisy.

“Allah sebut, jika tidak kerana Allah yang menolak hati seorang manusia untuk menentang manusia lain, dengan maksud membangkitkan rasa untuk berjuang di hati orang-orang yang berjuang dengan Allah, untuk menentang orang-orang yang menyeru ke arah kebatilan.

“Jika tidak kerana hal seumpama ini, sudah lama tempat ibadah seperti mana tempat ibadah Yahudi, Nasrani termasuk masjid-masjid orang Islam akan dirobohkan,” katanya. – HARAKAHDAILY 7/9/2020

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s