BURUNG HUD-HUD AKAN MELAKSANAKAN HUDUD

Air di Kelantan dah selesai ke? Tuan Ibrahim kena serang

Rakaman menteri hud hud sedang temberang pasal Islam sebelum PRU14.

Menteri hud hud ini mendakwa Pas tak boleh bergabung dgn PH (dalam PRU14) kerana PH tidak mahu laksanakan Islam.

Dia beri contoh keputusan Mahkamah Persekutuan memutuskan terjemahan ‘parent’ kepada ‘ibu dan bapa’ (dalam isu hak perkenan kanak2 masuk Islam) sebagai bercanggah dengan Islam. Dia yang jahil tentang pendapat ulama, dia kata orang lain menyanggahi Islam. Maka PH dikatakan melanggar Islam kerana menyokong keputusan mahkamah tentang terjemahan ‘parent’ kepada ‘ibu dan bapa’, bukan ‘bapa’ sahaja. Perkara khilaf sepatutnya dilihat pendapat mana yg lebih maslahah, bukan melabel pendapat bertentangan sebagai melanggar Islam. Ayat al-Quran dan hadis mana yg memutuskan perkataan ‘parent’ itu terjemahannya ‘bapa’ sahaja atau ‘ibu’ sahaja? Tiada.

Menteri hud hud beri alasan Pas tak perlu bergabung dgn PH kerana PH tak mahu laksanakan Islam. Soalnya Islam yang mana PH tak mahu laksanakan? Dan Islam yang mana sekarang telah dilaksanakan oleh parti menteri hud hud sejak mereka menjadi kerajaan secara tebuk atap?

Hudud?
Tutup pusat judi?
Tutup kilang arak?
Semua pramugari menutup aurat?
Adib terbela?
Zakir Naik boleh berceramah?
Tutup sekolah vernacular?
Haramkan Dong Zong?

Semuanya kekal dengan status quo, tak berubah pun.

Mana Islam yang kamu laksanakan dan kamu tuduh PH tak nak laksanakan itu Lebai?

Oh.. Islam yang kamu laksanakan ialah membezakan hukuman bagi kesalahan yang sama, iaitu rakyat kena denda dan penjara setelah sabit bersalah langgar SOP tak kuarantin sedangkan kamu yang melakukan kesalahan sama bahkan pergi merata tempat dlm tempoh kuarantin, masih bebas. Itulah Islam yang kamu dah laksanakan!

Menteri hud hud juga mendakwa Pas tak boleh kerjasama atau bergabung dengan Umno BN dan akan terus melawan parti itu ‘demi melaksanakan Islam’. Kini Pas telah melanggar ikrarnya sendiri untuk lawan Umno dengan terjebak dalam kerajaan perampas mandat PRU14 untuk duduk bergabung dgn Umno. Sedangkan Umno dan pemimpinnya yang ramai terlibat rasuah serupa itu juga, tak berubah. Umno tak berubah, Pas pula yang berubah kpd lunak dengan kemungkaran Umno. Puas hati sentiasa dengan penjelasan Umno.

Di hujung klip video ini menteri hud hud kata Pas tak akan bergabung dengan Umno lagi setelah ditendang drp Kerajaan Perikatan pada tahun 1978 dahulu, berdalilkan maksud hadis “orang Islam tak akan dipatuk ular dua kali..”

Setelah menonton video ni, hangpa nak gelak ka..🤣, nak teghiak..😭?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s