Baru kalah saman, Razman kena saman lagi!

Baru kalah saman, Razman kena saman lagi!

Baru kalah saman, Razman kena saman lagi!

Seolah tidak serik dengan kekalahan saman akibat fitnah yang dilemparkan, hari ini Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berdepan satu lagi saman fitnah.

Kali ini melibatkan Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Hari ini berlangsungnya perbicaraan tersebut di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Difahamkan saman tersebut berkaitan kenyataan Razman yang mengatakan Guan Eng anti-Melayu dan anti-Raja apabila pemimpin DAP itu enggan menerima darjah kebesaran.

Perbicaraan tersebut telah berlangsung di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini.

Perkara ini dimaklumkan oleh Guan Eng di laman Facebooknya hari ini.

“Kes saman saya terhadap fitnah oleh YB Razman Zakaria, Pesuruhjaya PAS Perak.

“Orang ini sudah pernah didapati bersalah kerana menfitnah YB Datuk Seri Mohammad Nizar satu masa dahulu.

Semua agama tolak budaya fitnah. Amar makruf nahi mungkar,” tegas Guan Eng.

Sebelum ini, Razman yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak itu didapati bersalah kerana memfitnah pemimpin AMANAH, Dato’ Seri Nizar Jamaluddin.

Beliau diarah membayar ganti rugi sebanyak RM200,000 serta kos guaman RM10,000.

Sumber: https://perakinsights.com/2020/09/10/terkini-razman-kena-saman-lagi-kali-ini-dengan-guan-eng/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s