Kelantan Mundur Dibawah PAS, Umno Mampu Membawa Kemajuan Kepada Rakyat Kelantan.

1 BEZA PAS DAN EBIT1 TH BUKAN MELAYU1 BALAK PAS1 ULAMAK BALAK

Kelantan Mundur Dibawah PAS :

Pembangunan rancak berlaku dizaman BN ( Umno ) memerintah Kelantan dimana jambatan terpanjang pada waktu itu dirancang serta dibina dibawah pemerintahan Umno. Pada waktu pemerintahan Umno tersebut Kelantan masih lagi mempunyai bekalan paip paip air yang bersih dan tidak berkarat dan bersusu teh. Ekonomi bergerak subur dizaman itu, bangunan tinggi mula dibina yang dimiliki oleh PKINK disewa oleh Konglomorat seperti Hankyu Jaya shopping Mall terbesar pertama diKelantan. Oleh itu, kawasan sekitarnya pesat membangun dengan bangunan kedai yang baru serta pembangunan baru seperti bangunan baru SUK, Bazar Buluh Kubu, Pasar Buluh Kubu ( ditukar nama pasar siti khatihah selepas PAS memerintah ), tambahan baru Masjid Muhammadi Kota Bharu telah merancakkan ekonomi persekitaran diKota Bharu.

Pemikiran mundur jumud PAS mulai dirasa apabila Umno tumbang diKelantan pada tahun 1990 akibat pergolakan politik didalam Umno diantara Tun Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah. ( Ku Li ).

Ku Li yang tewas tipis dalam pemilihan Presiden Umno dengan separuh daripada Menteri kabinet meletak jawatan yang diikuti awalnya juga oleh Pak Lah ( Tun Abdullah Badawi ). Akhirnya tertubuhlah parti Semangat 46, ditubuhkan oleh Ku Li dan Umno Baru ditubuhkan oleh Tun M, setelah Umno yang asalnya telah diharamkan oleh Mahkamah.

Semangat 46 bersama PAS + Berjasa dikenali sebagai blok Angkatan Perpaduan Ummah – APU ( Hamim tiada kerusi, setelah keluar daripada BN menyertai APU ), APU cuma menang diKelantan sahaja. Manakala kerjasama DAP- S46 mulai mendapat beberapa kerusi disebelah pantai barat semenanjung.

Setelah PAS + S46 + Berjasa menguasai satu satunya negeri iaitu Kelantan, sikap kerajaan negeri PAS yang dasarnya yang kolot dengan menutup pintu hubungan politik dan ekonomi dengan kerajaan pusat mengakibatkan banyak pembangunan ekonomi dan infrastruktur terbengkalai dan mundur kebelakang. Banyak perancangan asalnya oleh Kerajaan Umno Kelantan awalnya tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan negeri pimpinan PAS. Perancangan bersekala besar antaranya seperti Pelabuhan Antarabangsa Tok Bali & Pusat Petrokimia gas termoden diMalaysia diBachok, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Timur Barat, Lebuhraya lingkaran Tengah Karak- Gua Musang ( Central Spine Road/CSR ), Lebuhraya Pesisir Sungai Kelantan serta Tebatan Banjir dan pembangunan ‘riverfront’ dan ‘ water balance’ yang moden, Jambatan Ke-3 sungai kelantan, pembangunan satelit bandar bandar baru dikawasan Kota Bharu, Rantau Panjang, Tumpat, Bachok, Jeli serta Gua Musang, pembesaran Lapangan Terbang Sultan Ismail bertaraf antarabangsa semuanya terbantut dan terbengkalai bila PAS mula memerintah Kelantan.

Dasar PAS hangat hangat taik ayam seperti pengasingan lelaki dan perempuan dalam panggung wayang, pengasingan pembayaran dipusat membeli belah, pengasingan tempat duduk dalam pengangkutan awam, pengasingan kolam renang awam/ hotel, tidak boleh memakai pakaian mendedah aurat dan seksi bagi bukan non muslim, larangan perempuan bekerja pada waktu malam telah menakutkan para pelabur dan penutupan beberapa sektor bidang ekonomi yang dapat memacu ekonomi negeri Kelantan. Kononnya semua itu tidak selaras dengan konsep Islam sebagai Addin. ( Hari ini di Kedah , di Terengganu dan bila sudah menjadi kerajaan Pusat, dibenarkan pula perkara yang diharamkan diKelantan pelik pula PAS ni). Malah Pawagam juga diharamkan diKelantan, tapi diTerengganu dan Kedah dibawah pemerintahan PAS dibenarkan pula pawagam….kononyaa kata pemimpin PAS Kelantan didalam pawagam dijadikan tempat muda mudi pengundi PAS untuk melakukan maksiat dan berzina.😝😅 Disebabkan itu muda mudi Pas atau rakyat Kelantan ke Terengganu pula untuk menonton pawagam dan bermalam diTerengganu. ( Duit mengalir pula ke negeri lain ).

Isu- isu lain seperti masaalah ketiadaan peluang pekerjaan yang tidak setimpal dengan Kelayakan lulusan universiti, kadar pengangguran belia di Kelantan yang semakin meningkat, pembangunan ekonomi yang terbantut dan masih mundur, Kelantan satunya negeri yang tiada bekalan air paip bersih, tiada likaran jajaran lebuhraya yang baik dan terurus dan isu isu yang lain menyebabkan negeri Kelantan terus ketinggalan. Apatah lagi dengan kenyataan pemimpin PAS Kelantan yang perlukan masa sehingga 40 tahun lagi untuk menyelesaikan isu pembekalan air bersih diKelantan. 🤭🤣Disebabkan dasar sebegitu jugalah, maka satu satunya hotel yang betaraf 6-bintang, Rennaisance Kota Bharu telah menutupkan operasinya diKelantan. Banyak juga kilang kilang pelabur luar yang memindahkan operasinya ke negeri lain yang mesra pelabur.

Sebagai contoh, isu pembekalan air paip bersih amat serius sebenarnya diKelantan. Sikap kerajaan PAS yang tiada usaha dan solusi idea untuk menanganinya maka rakyat Kelantan sendiri telah mengambil solusi dengan mengunakan air telaga yang dipasangkan paip tebuk untuk kegunaan harian dan minuman. Dikebanyakan tempat diKelantan air minuman bersih penduduk Kelantan terpaksa dibeli berton ton daripada kedai runcit. Kelazaliman ini boleh dilihat bilamana Perantau Kelantan pulang bercuti panjang dikampung masing masing. Namun begitu, takkanlah untuk bangunan hotel atau ruang pejabat yang tingginya berbelas sehingga berpuluh tingkat atau kawasan perkilangan yang luas hendak memakai air paip telaga menerusi kaedah “Gali Telaga Tiub” atau ” Pipe Boring ” untuk rumah bunglo atau perumahan boleh lerrr.

Walaupun hakikatnya, kerajaan PAS Kelantan sudahpun menerima peruntukan rm600 juta dan rm400 juta hasil wang royalti minyak namun tidak nampak duit royalti minyak tersebut telah digunakan untuk pembangunan ekonomi negeri dan diberikan nikmatnya kepada rakyat Kelantan untuk merasai nikmat Wang Royalti minyak. Sedangkan Lebuhraya Rakyat, iaitu pakej pembangunan milik bahagian kerajaan negeri bermulanya diKuala krai ke Gua Musang masih gagal disiapkan sehingga ke hari ini seperti dijanjikan, siap pada 2015. Juga janji PAS bagi penukaran paip paip air bersih semenjak tahun 1990 juga masih gagal dilakukan oleh Kerajaan negeri PAS , malah janji PAS dulunya disiapkan kesemua paip baru pada tahun 2010, terkini ditambah lagi sehingga janji disiapkan pada tahun 2040. Lama terrr..

Sesungguhnya, PAS cuma pandai menukar kereta rasmi Exco negeri dan ahli parlimennya sahaja kepada model jenis mahal Mercedes-benz dan menadah Tin Milo sahaja dari dulu hingga kini. Lain lain cuma pandai tebang balak, jual tanah Kubur dan guna dallil agama sahaja.

Eloklah Umno kelantan meletakkan calonnya dikesemua kerusi dewan undangan negeri dan Parlimen diKelantan sepertimana dilakukan oleh pihak Umno Terengganu. Jika masih lagi diberikan kuasa kemenangan kepada kejumudan pemikiran pemimpin PAS, maka selama 40 tahun lagilah air teh dan kopi free di Kelantan dapat diminum hari hari percuma oleh rakyat Kelantan sehingga cirit birit.

Dulu rakyat Kelantan serta Perantau Kelantan yang mencari kerja diluar Kelantan tiada asbab dan dalil untuk membuang atau menolak PAS. Sekarang setelah PAS memerintah kerajaan Persekutuan diPutrajaya secara campuran dan telahpun menerima royalti minyak maka rakyat Kelantan sudah nampak sandiwara dan lakonan PAS. Cukuplah PAS memerintah selama 40 tahun lebih diKelantan. Sayangnya negeri milik Melayu Islam terbesar masih lagi tetap mundur dan termiskin ( berdasarkan data terkini pada tahun 2019 – Menteri Radzi Jidin).

Eloklah rakyat Kelantan undi Umno semula ataupun parti lain selain daripada PAS.

#JOM UBAH KALER HIJAU !!!

Ikhlas daripada :

# rakyat Kelantan yang sudah bosan mengundi PAS, undilah umno demi kemajuan kelantan.

Tinggalkan komen

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan