SELEPAS PKR DIPECAHKAN, APAKAH PH JUGA AKAN PECAH ANGKARA MAHATHIR?

1 MAHATHIR DALAM TONG SAMPAH

SELEPAS PKR DIPECAHKAN, APAKAH PH JUGA AKAN PECAH ANGKARA MAHATHIR?
Shahbudin Husin
Bermulanya PKR pecah ialah apabila Azmin Ali yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 pada 2018, tiba-tiba dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir Mohamad.

Dengan memegang jawatan sebuah kementerian baru yang kanan itu, Azmin mula dilihat sebagai anak emas baru kepada Tun Mahathir.

Apa lagi, oleh kerana sudah memegang jawatan Menteri Besar Selangor, PKR tidak pernah menyenaraikan nama Azmin untuk dilantik sebagai menteri kabinet.

Apabila dijadikan menteri, gambarannya ialah Azmin dilantik itu bukan oleh syor PKR, tetapi melalui kuasa mutlak Tun Mahathir.

Selepas itu, Azmin bukan saja memperlihatkan mentor politik yang didewakannya ialah Tun Mahathir, malah mula bercakap dengan nada yang berbeza berkaitan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Seterusnya, itulah yang mendorong Rafizi Ramli mengambil keputusan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan laluan Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan menjadi sukar jika Azmin terus kekal di jawatan itu.

Kemenangan Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR, meskipun dengan undi tipis, bukan saja tambah meretakkan PKR dan menjauhkan lagi hubungannya dengan Anwar, malah Azmin mula secara terbuka mahukan Tun Mahathir kekal sehingga penggal, suatu hakikat benarnya jangkaan Rafizi.

Sehinggalah mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu, itulah pendirian keras Azmin, sebelum pada 23 Februari beliau menganjurkan Langkah Sheraton yang membuatkan kerajaan PH tumbang jadinya.

Harus difahami, gerakan Azmin bersama UMNO, Pas, GPS, Warisan, serpihan PKR dan kemudian disertai oleh Muhyiddin Yassin pada awal dan sepanjang masa perancangannya adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru yang mengenepikan PKR, DAP serta amanah.

Kerajaan baru itu masih mengekalkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan oleh kerana Muhyiddin setuju menyertainya, beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, suatu jawatan yang sepatutnya diperuntukkan kepada Azmin sebelum itu.

Itulah sebabnya pada petang 23 Februari itu mereka mengadakan pertemuan di rumah Tun Mahathir yang mana gambar pertemuan itu telah tersebar luas baru-baru ini.

Hakikatnya, semua kecelaruan dalam PKR dan PH tidak akan berlaku jika Azmin tidak dijadikan menteri dan ketika ini beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Semuanya adalah agenda Tun Mahathir untuk memecah-belahkan PKR dan memperlihatkan Anwar hilang kawalan terhadap partinya sendiri – suatu alasan paling mudah untuk berhujah bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Tun Mahathir kekal selama-lamanya memegang kuasa.

Di waktu yang sama, Tun Mahathir pula terus melengah-lengahkan peralihan kuasa, sambil mengukuhkan kedudukan dengan menjalin hubungan di belakang tabir dengan Pas dan juga UMNO.

Hari ini, walaupun PH sudah tumbang dan Tun Mahathir turut jatuh daripada kerusi Perdana Menteri, perpecahan dalam PKR terus berlaku susulan racun yang ditaburnya melalui sikap memanja, memberi keselesaan serta memberi harapan masa depan kepada Azmin.

Adalah difahami, semuanya berpunca daripada Tun Mahathir yang memang tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Hari ini juga, di sebalik sudah terjatuh, Tun Mahathir tetap berusaha menyekat kemaraan Anwar, walaupun beliau tiada apa-apa dan bukan sesiapa lagi dalam Bersatu dan juga PH.

Hanya dengan kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PH, Tun Mahathir secara berterusan masih mengikat DAP dan Amanah bersama-samanya dengan selalu memanggil pemimpin kedua-dua parti itu bertemu serta bermesyuarat dengannya.

Tidak tahulah apa yang dijanjikannya kepada mereka, tetapi pemimpin DAP dan Amanah seolah-olah begitu terpikat dengannya sekarang ini, walaupun sejarah masa lalu Tun Mahathir terhadap mereka tidaklah baik sangat sewaktu berkuasa di era BN dahulu.

Sebab itu, baik apabila Tun Mahathir mahu mencalonkan dirinya sekali lagi atau menonjolkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, kecenderungan DAP dan Amanah ialah menyokong beliau.

Malah, pemimpin DAP dan Amanah juga, tanpa perasaan hormat, sudah berani menyanggah Anwar dan membela Tun Mahathir melalui kenyataan media, walhal mereka adalah anggota rasmi PH bersama PKR yang secara logiknya segala permasalahan sepatutnya diselesaikan melalui mesyuarat atau saluran parti.

Malangnya, Tun Mahathir yang tiada apa-apa dan bukan sesiapa itu pula yang lebih mereka sanjungi.

Sekali lagi, sama seperti beliau memecah-belahkan PKR sebelum ini, Tun Mahathir sekali lagi ternampak mahu memperlihatkan PH yang dipimpin oleh Anwar sebagai tidak stabil dan berpecah akhirnya.

Kalau dulu Azmin adalah tempatnya menabur racun kepada PKR, kini DAP dan Amanah pula tapak semaian untuk memecah-belahkan PH.

Kepada DAP dan Amanah, lihatlah sejarah dan bukalah mata sementara PH pada ketika ini masih lagi belum terlambat untuk diselamatkan. (Shahbudindotcom 30/06/2020

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s