CADANGAN NAK KELUARKAN EPF/KWSP DALAM USIA 65 TAHUN.

BERITA DALAM TV 3 HARI INI DENGAR CERITA CADANGAN NAK KELUARKAN EPF/KWSP DALAM USIA 65 TAHUN.
RAMAI DAH TERLANTAR ADA YANG MUNGKIN DAH ARWAH. KERJA DARI MUDA SAMPILAH KETUA DALAM KWSP ADA LAH SIKIT UNTUK BEKALAN,
KALAU DULU DAPAT JUGA MERASA KINI ENTAHKAN IA ATAUPUN TIDAK.
KENAPA BEGITU ZALIM PADA DUIT MEREKA.

Bersangka Baik Dengan Allah

1 HARAM TAK KIRA1 MELAYU BODOH1 MALAYSIA RASUAH 11 TSMY 26 BILION

Bersangka Baik Dengan Allah
========
1. al-Imam Ibn al-Jauzi merekodkan satu insiden penting tentang pandangan Khalifah Umar Abdul Aziz terhadap al-Hajjaj bin Yusuf al-Saqafi. Al-Hajjaj adalah gabenor yang zalim dimata kebanyakan penulis sejarah.

2. Al-Hajjaj dikatakan mengetuai misi ketenteraan bagi memerangi sahabat yang ternama iaitu Abdullah bin al-Zubayr. Kematian Abdullah bin al-Zubayr dalam insiden yang tragis itu menimbulkan lebih kuat kebencian terhadap al-Hajjaj.

3. Namun dalam gambaran kezaliman yang dipotretkan oleh lembaran sejarah, terdapat perkara positif yang pernah diungkapkan oleh Umar Abdul Aziz tentang al-Hajjaj. Pertama, Umar Abdul Aziz pernah berasa jealous terhadap kecintaan al-Hajjaj terhadap al-Quran. Kata Umar Abdul Aziz:

ما حسدت الحجاج ، عدو الله ، على شيء حسدي إياه على حبه القرآن ، واعطائه أهله

“Aku tidak pernah merasa dengki terhadap al-Hajjaj (musuh Allah) melainkan terdapat beberapa perkara yang aku cemburu terhadapnya iaitu: Kecintaannya terhadap al-Quran dan pemberiannya terhadap ahli-ahli al-Quran.” (Ibn al-Jauzi, Sirah Umar Abdul Aziz)

4. Malah apa yang lebih menarik lagi, al-Hajjaj sangat bersangka baik dengan Allah. Beliau tetap memohon agar Allah mengampunkan dosanya sekalipun manusia menyangkakan Allah tidak akan mengampunkan dosanya. Inilah yang diceritakan oleh Umar Abdul Aziz yang menceritakan tentang saat kematian al-Hajjaj. al-Hajjaj dikatakan berdoa ketika dihujung nyawanya:

اللهم اغفر لي ، فإن الناس يزعمون أنك لا تفعل

“Ya Allah, ampunkanlah dosaku, sesungguhnya manusia menyangkakan bahawa engkau tidak akan berbuat demikian (iaitu tidak akan mengampunkan dosaku). (Ibn al-Jauzi, Sirah Umar Abdul Aziz)

5. Perhatikan di sini dua sifat utama yang disebutkan oleh Umar Abdul Aziz tentang al-Hajjaj. Sekalipun beliau diungkapkan sebagai gabenor yang zalim, terdapat dua perkara yang dipuji oleh Umar kepadanya iaitu sikap dia menyayangi dan berkhidmat buat al-Quran, serta al-Hajjaj sangat bersangka baik dengan Allah.

6. Ingatlah, banyak mana dan besar mana sekalipun dosa kita dengan Allah, jangan pernah putus asa untuk kembali kepada Allah. Dan al-Quran adalah jalan yang terbaik untuk kita mendekatkan diri kepada Allah. Kembali kepada Allah, perbanyakkan membaca dan menghayati al-Quran dan jangan jemu berkhidmat buat al-Quran.

Semoga Allah membimbing kita.

Ust Ahmad Marzuk Marahkan Timb. Menteri Agama Sebab Tidak Berani Haramkan Kasino Genting, Sport Toto, Magnum, Da Ma Cai

1 PAS HARAM KASINO GENTING

Harap Ust Ahmad Marzuk marahkan Timb Menteri Agama sbb x berani bersuara haramkan Kasino Genting, Sport Toto, Magnum, Da Ma Cai.. Ramai rindu ngan ketegasan Ustaz sorang ni..

Penagihan Dadah Cara Ulamal Semakin Meningkat Di Serambi Mekah Kelantan.

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad ketika ditemui di Pejabat AADK di Lubok Jong, Pasir Mas. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kelantan, Rohayu Ahmad ketika ditemui di Pejabat AADK di Lubok Jong, Pasir Mas. NSTP/NIK ABDULLAH NIK OMAR

PASIR MAS: Kegiatan penagihan dadah di Kelantan meningkat walaupun kerajan mengenakan sekatan pergerakan menerusi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bagi membendung penularan COVID-19.

Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Rohayu Ahmad, berkata sepanjang PKP dan PKPP, bekalan dadah tidak terputus malah maklumat polis memaklumkan ramai individu melanggar sekatan jalan raya bagi mendapatkan bekalan dadah.

Rohayu berkata, sepanjang PKPP 129 individu ditahan dalam Operasi Total Enforcement II (Ops TE II) yang dijalankan bermula 22 Jun sehingga hari ini.

“Daripada jumlah itu, 113 penagih berusia 18 hingga 50 tahun, positif dadah melalui ujian saringan air kencing yang dijalankan.

“Lebih banyak tangkapan akan dibuat malah kami sudah mengenal pasti 15 kawasan berisiko tinggi di negeri ini membabitkan lima daerah iaitu di Kota Bharu, Machang, Tumpat, Bachok dan Pasir Mas,” katanya ketika sidang media di Pejabat AADK Pasir Mas, di sini, hari ini.

“Operasi yang dijalankan bukan untuk menghukum penagih sebaliknya bertujuan memberikan rawatan dan pemulihan kepada mereka,” katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2020/06/703664/pkp-penagihan-dadah-di-kelantan-meningkat