PAS & UMNO AKAN BERTANDING ATAS NAMA BN BUKAN MN – RJ Rithaudeen

1 MCA PERGUNAKAN MELAYU1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 3

Sebelum PRU14, kita diberitahu “BN akan menang besar” biarpun pakar-pakar analisis keluar dengan laporan terperinci bagaimana PH akan menang. Akhirnya, BN kalah, dan ramalan pakar-pakar terbukti tepat.

Hari ini, kita diberitahu “MN akan menang besar” biarpun pakar-pakar yang sama (sebaik sebelum PH tumbang) dakwa PH masih akan menang. Anehnya, MN (dan juga PN) masih belum didaftarkan.

Ini bermakna, jika PRU diadakan, semua parti pro kerajaan (PAS, UMNO, dsbg) perlu bertanding di bawah bendera BN. Jadi ianya masih BN lawan PH (sebab PH Plus turut belum didaftarkan). Tapi kita diberitahu “MN akan menang besar” walaupun pakar-pakar kata tidak.

Kesimpulannya, dari segi teknikal, kenyataan ini palsu. Dari segi pengalaman, ianya masih palsu. Dan sekadar yang saya faham dan berdasarkan kajian yang saya buat sendiri, kenyataan ini palsu dan merupakan propaganda sama yang dimainkan oleh BN sebelum PRI14.

Pada ketika itu – dua tiga bulan sebelum PRU – kepimpinan utama UMNO menerima laporan terperinci bagaimana BN akan kalah (atau menang teramat tipis). Tapi kita diberitahu “BN akan menang besar.”

Saya sebenarnya kasihankan ummah dan marah dengan mereka yang masih sibuk mencatur hingga berjaya sabotaj perjuangan penyatuan ummah semata-mata kerana dendam dan kepentingan politik peribadi…

RJ Rithaudeen

Thanks
t.me/PERPAD

MUAFAKAT NASIONAL DAN KERAJAAN PINTU BELAKANG AKAN MEMPERGUNAKAN CINA MCA UNTUK MERAMPAS PULAU PINANG DALAM PRU KE 15.

1 MCA PERGUNAKAN MELAYU

STRATEGI MENGUASAI DUN PULAU PINANG PILIHANRAYA 15

Muafakat Nasional (MN) mempunyai Potensi besar untuk kuasai DUN Pulau Pinang pada pilihanraya 15 jika semua sepakat dan menyumbang. Ini kalilah ! Sudahlah bagi kepada DAP ! Kita perlu bina Pulau Pinang baru yang menjaga kepentingan semua bukan hanya kelompok elit Cina.

Secara umumnya Pulau Pinang mempunyai 40 DUN. Pada Pilihanraya ke 14, 18 DUN adalah majoriti Cina dan kawasan ini dimenangi oleh DAP. Baki lagi 22 DUN, 3 dimenangi oleh UMNO dan PAS manakala terdapat 12 kawasan lagi sepatutnya dimenangi sama ada oleh UMNO atau PAS jika satu lawan satu dengan PH. Manakala 7 kawasan lagi yang mempunyai majoriti Melayu 30% dan ke atas.

Untuk Pilihanraya ke15, Ada 15 Kerusi DUN yang berpotensi untuk Muafakat Nasional menang dengan kesepakatan pengundi Melayu dan sokongan pengundi India. Jika MCA dan Gerakan mampu kerja kuat yakinkan pengundi cina ditambah dengan sokongan padu pengundi Melayu dan India, InsyaAllah ada peluang untuk menambah 8 kerusi DUN lagi. 15+8 = 23 Kerusi. Tumbang Kerajaan DAP ! Sinar baru untuk Pulau Pinang ! MN berkuasa di Pulau Pinang.
Untuk kerusi Dewan Rakyat, MN mampu menyumbang 6 kerusi parlimen kepada MN.

16 kerusi DUN berpotensi untuk MN
1. Penaga
2. Bertam
3. Pinang Tunggal
4. Permatang Berangan
5. Sungai Dua
6. Telok Air Tawar
7. Seberang Jaya
8. Permatang Pasir
9. Penanti
10. Sungai Bakap
11. Sungai Acheh
12. Batu Maung
13. Bayan Lepas
14. Pulau Betong
15. Telok Bahang

8 Potensi kerusi DUN untuk MN dengan kerja kuat dari pasukan MCA/Gerakan

1. Machang Bubok
2. Bukit Tengah
3. Sungai Pinang
4. Pantai Jerjak
5. Dato Keramat
6. Jawi
7. Tanjung Bunga
8. Bagan Dalam

Parlimen MN
1. Kepala Batas
2. Tasek Gelugor
3. Permatang Pauh
4. Nibong Tebal
5. Bayan Baru
6. Balik Pulau

Bermula dengan perancangan rapi. Ini adalah langkah berani. Manifesto perlu menggambarkan Pulau Pinang untuk semua. Menjaga kepentingan Melayu, India dan Cina. Membina peluang pekerjaan untuk semua. Memberi peluang pemilikan rumah kediamanan untuk semua terutama kaum Melayu. Pendekatan mesra pelabur dengan insentif jangka masa panjang untuk jadikan Pulau Pinang destinasi pelaburan impak tinggi. Pengundi India hampir tidak ada suara yang mewakili mereka. Ini adalah peluang untuk mereka bangun bersama MN.

Pengundi Cina telah termakan dengan dakyah palsu sejak dari puluhan tahun dan sangat sukar untuk ditembusi tembok ini. Trend pengundi cina kekal bersama DAP. Tidak mengapa …mereka akan sedar apabila melihat kehebatan dan kewibawaan pemimpin MN mentadbir Pulau Pinang dengan gaya pentadbiran yang cekap, telus dan berwawasan.
Pemimpin MN perlu tampil dengan imej kepimpinan yang berkaliber dan bersedia memimpin kerajaan negeri dan membawa suara rakyat ke dewan rakyat dengan penuh kesungguhan. MN diperingkat Pulau Pinang perlu tampil dengan pemimpin yang segar,muka baru dan tidak terpalit dengan sebarang kes-kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pelan strategi perlu bermula dengan meramaikan pengundi yang layak mengundi di DUN dan Parlimen di kawasan masing-masing. Hak untuk mengundi adalah hak yang tidak boleh dinafikan. Hak ini perlu disedarkan dikalangan orang melayu kerana mereka adalah majoriti penduduk negeri ini.
Langkah tindakan:

1. Kempen pendaftaran pengundi secara besar-besaran
2. Anak muda Melayu Pulau Pinang WAJIB mendaftar sebagai pemilih
3. Semua anak Melayu yang berkerja di Pulau Pinang daftar sebagai pengundi dikawasan tempat kerja masing-masing walaupun mereka tinggal di kuarters
4. Isteri dan anak-anak yang layak mengundi daftar sebagai pengundi dikawasan yang mereka sewa. JANGAN balik kampung !

Mengikut Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.
Setiap hari boleh mendaftar ! Tidak ada alasan untuk tidak mendaftar

SPR menjalankan dua (2) jenis pendaftaran pemilih iaitu:
a. Pendaftaran Baru: SPR menerima permohonan warganegara yang memohon untuk mendaftar sebagai pemilih buat pertama kali.
b. Pendaftaran Tukar Alamat dan Pusat Mengundi:

Pemilih berdaftar yang telah berpindah alamat tempat bermastautin boleh menukar alamat pusat mengundi dengan cara membuat pertukaran alamat terlebih dahulu dalam Kad Pengenalan di Pejabat Pendaftaran Negara (JPN). Selepas itu bawa resit pertukaran alamat yang dikeluarkan oleh JPN dan pergi ke mana-mana kaunter SPR untuk membuat permohonan pertukaran alamat pusat mengundi dengan mengisi Borang A.

Urusan pertukaran alamat pusat mengundi hanya boleh dibuat di kaunter-kaunter SPR di Ibu Pejabat SPR dan Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri dan kaunter-kaunter Pejabat Pos besar yang ada sistem komputer.
Ayuh anak muda ! Kita buat sedikit pengorbanan dengan daftar sebagai pemilih. Ini hak Kita !

Dr Zaki Ibrahim
Timb Pengerusi Ummah
Pulau Pinang
Thanks
t.me/PERPAD

BUKTI MCA MEMPERGUNAKAN MELAYU

1 MCA PERGUNAKAN MELAYU 21 MCA PERGUNAKAN MELAYU1 PAS PEMBURU HARAM1 HARAM TAK KIRA

Mungkin ramai tidak perasan yang minggu ini, MCA bergaduh pula dengan UMNO bahagian Tanjung Malim apabila UMNO menyatakan keinginannya untuk bertanding di Tanjung Malim pada PRU akan datang. MCA berhujah bahawa kerusi tersebut merupakan ‘kerusi tradisi’ mereka.

Sememangnya UMNO lebih berhak bertanding di Tanjung Malim memandangkan majoriti penduduknya ialah orang Melayu beragama Islam. Manakala kaum cina hanyalah 20% lebih. Saya juga mengharapkan agar Pakatan Harapan mengetengahkan calon Melayu dari PKR atau AMANAH untuk kerusi ini nanti.

Apa yang menarik perhatian saya dalam isu ini ialah, situasi ini serupa dengan peristiwa PRK Tanjung Piai yang lalu di mana UMNO dan MCA di kawasan tersebut saling berbalah berkenaan kerusi tersebut sehinggalah MCA mengugut untuk keluar BN. Akhirnya UMNO terpaksa berkempen untuk memenangkan calon BN walaupun tidak rela tetapi apakan daya, mereka tidak sanggup lihat BN kalah walaupun ada alternatif calon Melayu lain iaitu BERJASA.

Saya tidak menolak jika MCA akan guna ‘modus operandi’ yang sama untuk PRU yang akan datang kerana peluang mereka untuk memenangi kerusi parlimen atau DUN hanyalah di kawasan majoriti Melayu dan mereka tahu pengundi Melayu akan setia dengan ‘lambang dacing’. Manakala, pengundi cina memang sudah lama pun menolak mereka kerana majoritinya lebih percayakan PH.

GERAKAN telah meninggalkan BN dan kerusi yang ditandingi mereka sangatlah banyak. Sepatutnya MCA fokus untuk mengisi ‘kekosongan’ ini. Tetapi, tidak mustahil juga MCA memang tamak jika mahukan kerusi majoriti Melayu dan kerusi majoriti bukan Melayu yang ditinggalkan oleh GERAKAN.

Sebagai contoh, kerusi-kerusi di seluruh Pulau Pinang yang didominasi oleh DAP, kenapa MCA tidak mahu fikir pula selepas GERAKAN sudah tinggalkan BN? Apakah MCA mahu DAP terus memerintah Pulau Pinang?

Kepada UMNO pula, apakah mereka akan bertolak ansur dengan MCA lagi untuk PRU akan datang dengan menggadaikan kerusi-kerusi majoriti Melayu kepada mereka? Pada masa yang sama, UMNO berebut kerusi dengan BERSATU pula. Lebih baik kerusi-kerusi majoriti Melayu, termasuk yang ditandingi oleh MCA dahulu dibahagi-bahagikan antara UMNO, BERSATU dan parti-parti Melayu lain juga. Tidakkah itu lebih rasional?

Kita sudah saksikan, wakil-wakil rakyat MCA yang memenangi kerusi majoriti Melayu selama ini tidak pernah pun menyebelahi agenda Melayu dan Islam. Malah, mereka melukakan hati kita lagi dengan kenyataan-kenyataan mereka terutamanya dalam membela sekolah vernakular, isu jawi dan sebagainya.

Saya harap agar rakyat di akar umbi dapat bangkit memulakan gerakan bagi mendesak blok-blok parti politik, sama ada PN atau PH untuk meletakkan calon-calon yang sesuai terutamanya di kawasan majoriti Melayu Muslim. Selepas itu, terserahlah untuk anda memilih sesiapa pun kerana hak mengundi ialah hak masing-masing. Yang paling utama ialah selepas PRU-15 nanti, ahli-ahli parlimen majoritinya ialah orang Islam, sesuai dengan Malaysia sebagai negara Islam.

Dengan ini, lebih mudah untuk kita mengangkat hak-hak orang Islam di peringkat penggubalan undang-undang di parlimen nanti. Kita perlu memikir melangkaui kerangka politik kepartian, kerana sebenarnya ekosistem politik itu jauh lebih penting.

Wallahu’alam.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
20 Jun 202

____

Sumber:

https://web.facebook.com/450309788374603/posts/3990919684313578/?_rdc=1&_rdr

https://www.sinarharian.com.my/…/MCA-tetap-pertahan-kerusi-…

https://www.sinarharian.com.my/…/MCA-carilah-kerusi-lain-se…

Lantikan senator-senator dan menteri, mendedahkan kerakusan-kerakusan MCA dan Umnopas – Aminuddin Yahaya Presiden ISMA

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 41 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 PAS PEMBURU HARAM1 TUN M INTAI 2

Kini terdapat pihak yg memfitnah saya menjadi parasit yang cuba untuk melemahkan kerajaan. Saya tidak pasti apa hujah mereka.

Tetapi apa yang pasti ialah, mereka tidak selesa apabila saya mengkritik akan sistem politik yang ada hari ini. Mungkin mereka rasa tergugat dengan kritikan saya mengenai lantikan GLC, lantikan senator-senator dan menteri, mendedahkan kerakusan-kerakusan MCA dan sebagainya.

Ada juga yang tidak suka apabila saya mencadangkan agar kita bergerak ke arah sistem ‘semi-demokrasi’ bagi menyelesaikan masalah berebut jawatan di mana jawatan-jawatan menteri dilantik dari kalangan pakar bidang, profesional dan teknokrat sebagaimana Menteri Agama dan Menteri Kewangan kita sekarang. Dengan cadangan ini, sebenarnya saya mencadangkan agar kuasa Agong dipertingkatkan.

Tidak mengapalah, memang lumrah perjuangan. Apa jua kritikan yang diberikan pasti ada yang akan berasa tidak selesa walaupun kritikan itu adalah untuk kepentingan negara. Yang sombong, angkuh dan lupa diri pasti akan jatuh satu hari nanti.

Saya harap agar rakyat akan lebih bijak menilai akan isu-isu semasa terutamanya isu berkenaan dengan politik dan tidak mudah tergugat serta terhasut dengan naratif serangan gerombolan ‘cybertroopers’ milik politikus yang hanya mahu menutup kelemahan mereka.

Kepada pemimpin-pemimpin politik, didiklah penyokong dan ahli untuk berpolitik secara matang berlandaskan kebenaran, bukannya atas kepentingan parti semata-mata. Sentiasalah mendengar teguran-teguran dari marhaen seperti kami, terutamanya NGO-NGO Islam yang bergerak di nadi masyarakat.

Kamilah yang akan menjadi ‘check and balance’ yang sebenar, yang akan setia menasihati kalian tanpa sebarang kepentingan dan propaganda kepartian demi kepentingan agama, bangsa dan tanah air. Takkanlah nak harapkan pembangkang (Pakatan Harapan) menjadi ‘check and balance’ kerajaan dalam isu-isu agama, bangsa dan tanah air?

Maka, jangan cuba ‘diamkan’ suara kami.

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA
21 Jun 2020

Thanks
t.me/PERPAD

APAKAH CALON BN/MN DI PRK DUN 23 CHINI MEMERLUKAN SOKONGAN GERAKAN UNTUK MENANG?

1 PAS PEMBURU HARAM1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.

1 HARAM TAK KIRA

APAKAH CALON BN/MN DI PRK DUN 23 CHINI MEMERLUKAN SOKONGAN GERAKAN UNTUK MENANG?

Pada 23 Jun 2018 parti GERAKAN keluar Barisan Nasional ekoran BN kalah mengejut di PRU ke-14 lalu. Sejak dari tarikh itu cukup cergas membelasah BN.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/gerakan-umum-keluar-barisan-nasional-178690

Pada 30hb Oktober 2019 umum lawan calon BN/MN di PRK Tg Piai.
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2019/10/623049/tanjung-piai-medan-pelbagai-ujian-bagi-gerakan

Dan pada 25hb Februari 2020 Gerakan menyatakan secara terbuka menyokong kerajaan PH dibawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
http://www.astroawani.com/berita-politik/malaysia-2020-gerakan-sokong-tun-mahathir-demi-kestabilan-negara-231660

Pda 15hb Mei 2020 GERAKAN menyatakan sokongan kepada TSMY pula.
https://www.sinarharian.com.my/article/83630/BERITA/Politik/Gerakan-sokong-Muhyiddin-demi-rakyat

Tetiba hari ini 20hb Jun 2020 GERAKAN buat pengumuman menyokong calon BN di PRK DUN N23 Chini pula.

PRK Chini: Gerakan sokong calon BN

Apakah GERAKAN masih relevan dalam politik perdana negara setelah ghuyub habis kalah melingkup di PRU ke-14 lalu tanpa sebarang kerusi sama ada DUN atau parlimen???

Apakah sokongan GERAKAN ini jujur dan ikhlas memandangkan sejarahnya yang cukup mengusarkan dan dipertikaikan???

Apakah GERAKAN akan mampu menambah jumlah sokongan kepada calon BN/MN di PRK Chini???

Jika ditanya kepada Omak. Dengan jujur dan ikhlas kesemuanya adalah TIDAK!!!

Bagi Omak GERAKAN dalam keadaan terdesak .. lebih buruk dan teruk dari melukut ditepi gantang .. jenis cuba nak kembali relevan tapi secara persendirian ditolak secara total oleh rakyat terutamanya dari kaum Tionghua iaitu warga tapak sokongannya sejak wujud pada 24hb Mac 1968.

Cukuplah nak berkawan perangai macam GERAKAN ini. Parti yang dianggap hidup segan mati masih lagi liat. Saya ULANG!!!

TENKIU
Thanks
t.me/PERPAD

Cina berpolitik pecah2pun sbb nak gilir ?

1 TUN M INTAI 21 HARAM TAK KIRA1 MCA TOLAK HUDUD1 KHIANAT AMANAH

Cina berpolitik pecah2pun sbb nak gilir… Xdpt bg MCA pastikan dapat kt gerakan… Xdpt bg MCA n gerakan pastikan jatuh ke tgn Dap…

Diorg main Bola tanggung je dgn pemimpin umno… Sampai lebih 60 tahun umno xpernah dpt tewaskan Bola tanggung Tu… Kene game n kene buli je dgn diorg.

Masa untuk Rakyat Sedar Sudah ke Tahap Tidak Perlukan PGRM MCA n MIC dalam Semua Urusan Pemerintahan Negara.

DNA Melayu Sabah Serawak Harus Diutamakan daripa Pemerintahan Negara…
Kita tidak Perlukan Lagi Apa2 Perkongsian dgn Keturunan Pendatang Bawaan Penjajah British itu

DNA Melayu telah Cuba Memberi Sedikit Simpati pada Kaum Pendatang terlibat sama dlm Pemerintahan Negara ini tetapi Sayang Mereka Ibarat Lebih Sudu dari Kuah…

Thanks
t.me/PERPAD

ORANG MELAYU WAJIB MENOLAK UMNOPAS KERANA BANGSA MELAYU BOLEH MEMILIH BERSATU DAN AMANAH.

1 TUN M INTAI 21 ZUL FITNAH AMAT BESAR 3

1 PAS PEMBURU HARAM

Sekiranya UMNO berdegil dan Buat2 Keras Kepala Sendiri saja pasti Akan terhukum dgn Penyokong sendiri dan Rakyat

Sekarang Zaman 2020 bukan sama mcm Zaman 22thn Tun M jadi PM dulu Whatsapp group dan alat2 Perhubungan tiada…

Tidak Rugi Pon Sekiranya Rakyat tidak Memilih UMNO sebagai Wadah Perjuangan….
Kini Ada Amanah dan PPBM sebagai Wadah Baru Perjuangan Orang2 Melayu…

UMNO Harus Tinggalkan PGRM yang Lupa Diri Kaum Pendatang Pembelit…

Thanks
t.me/PERPAD

Undang-Undang Pengharaman Vape di Singapura (Lagi tegas berbanding undang-undang memandu secara mabuk di Malaysia)

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 41 ZUL FITNAH AMAT BESAR

Undang-Undang Pengharaman Vape di Singapura (Lagi tegas berbanding undang-undang memandu secara mabuk yang menyebabkan kematian di Malaysia)

Under section 16(2A) of the Tobacco (Control of Advertisements and Sale) Act (TCASA), it is illegal to possess, purchase and use vaporisers in Singapore as of 1 February 2018. This includes e-cigarettes, e-pipes and e-cigars as the TCASA covers any toy, device or article:

That resembles, or is designed to resemble, a tobacco product;
That is capable of being smoked;
That may be used in such a way as to mimic the act of smoking; or
The packaging of which resembles, or is designed to resemble, the packaging commonly associated with tobacco products.
Persons found guilty of this offence can be fined up to $2,000.

In addition, under section 16(1) of the TCASA, it has been illegal to import vaporisers from 1 August 2016 onwards.

This means that buying vaporisers online and shipping them to Singapore for personal use is illegal. Those guilty of the offence are liable to a fine of up to $10,000 and/or up to 6 months’ jail. Repeat offenders are liable to a fine of up to $20,000 and/or to 12 months’ jail.

Bil Elektrik Percuma: Cubaan bekas Menteri “claim kredit” bawa padah, Najib dedah PH tekan rakyat sejak PRU14

NAJIB TIDAK PERNAH MENGAKU BUAT SALAH DAN DAN TIDAK PERNAH ZALIMI RAKYAT.

1 NAJIB MENYUSAHKAN RAKYAT.

NAJIB BUAT-BUAT LUPA, DENGAN APA DIA LAKUKAN DAHULU TETAPI MENUDUH PH YANG MENZALIMI RAKYAT.

1 MELAYU BODOH 2

1 TSMY 26 BILION

HAKIKATNYA TSMY TELAH MENGHABISKAN HARTA NEGARA DAN KINI BERSELINDUNG DI ATAS KENAIKAN BIL ELETRIK.

“Najib boleh tanya menteri tenaga UMNO dari manakah dana yang digunakan untuk memberi bantuan elektrik yang diumumkan setakat ini? Ia dari Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE). Tolonglah UMNO, jangan sibuk claim credit. Najib tak tahu kira? YBY (Yeo Bee Yin) sedia membantu.”

Begitulah pertanyaan yang dilontarkan oleh bekas Menteri Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pertanyaan itu dilontarkan oleh Bee Yin berikutan pengumuman Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah seolah-olah semua bantuan yang diberikan adalah jasa kerajaan Perikatan Nasional.

Menurut Bee Yin, bantuan yang disalurkan itu datangnya daripada KWIE. Jelas beliau, semasa menjadi menteri PH  membuat keputusan untuk meningkatkan dana KWIE supaya ia boleh digunakan pada masa mencabar bagi menampung beban rakyat serta menstabilkan tarif elektrik.

“Sebelum perubahan kerajaan pada 1 Mac 2020 KWIE dianggar akan mencatat lebih daripada RM 1.5 bilion pada Jun. RM200 juta dari KWIE sedia ada dan RM 1.368 bilion dari anggaran hasil mekanisme Imbalance-Cost-Past-Through (ICPT) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Pakatan Harapan untuk tempoh Januari ke Jun 2020.

“Dengan mengambil kira peruntukkan yang digunakan untuk menampung diskaun-diskaun yang telah diumumkan di bawah pakej-pakej rangsangan ekonomi Covid-19, dianggarkan lebih kurang RM 1 billion lagi dana KWIE yang boleh disalurkan. Angka ini bersamaan dengan jumlah yang dijangka untuk bantuan bil elektrik yang diumumkan oleh menteri,” kata Bee Yin.
Najib balas kenyataan Bee Yin, dedahkan bagaimana PH naikkan dana KWIE

Persoalan itu dibalas oleh Najib. menurut Ahli Parlimen Pekan itu,  Tabung KWIE diilhamkan ketika beliau menjadi Perdana Menteri iaitu pada 1 Jan 2016 selepas Kerajaan Barisan Nasional meminda undang-undang Akta Bekalan elektrik pada tahun 2015.

“Tujuan utama Tabung KWIE ini memang untuk menguruskan impak tarif elektrik terhadap pengguna. Mekanisme ICPT dan IBR juga diperkenalkan oleh kerajaan BN masa saya PM untuk menstruktur semula tarif elektrik supaya lebih adil bagi pengguna selepas kita menyelesaikan masalah Penjana Elektrik Bebas (IPP) berat sebelah dengan penyertaan 1MDB pada tahun 2012.

“Soalan yang perlu tanya kepada Yeo Bee Yin ialah kenapa Tabung KWIE naik? Wang dari mana? Ianya kerana tarif elektrik tetap tinggi selepas PH menaikkan kadar beberapa kali selepas PRU14 walaupun kos bahan api menjunam ke paras paling rendah sejak 10 tahun yang lalu. Sebab itu, wang dalam KWIE naik,” balas Najib.

Harga bahan api jatuh mendadak ketika PH  mentadbir, tetapi PH naikkan bil

Banyak kali persoal kenapa PH suka-suka naikkan tarif elektrik

Menurut Najib, sejak April 2019 beliau telah beberapa kali bertanya mengapa kerajaan PH masih naikkan tarif elektrik walaupun kos kedua-dua bahan api utama iaitu arang batu dan gas menjunam.
“Bukan saya seorang yang tanya. Masa itu, industri pembuatan Malaysia juga tertanya-tanya kenapa kerajaan PH naikkan harga elektrik serta gas walaupun kos bahan api telah turun mendadak. Mereka tuntut untuk harga elektrik dan gas diturunkan.

“Sejak itu dan sehingga mereka tumbang, kerajaan PH tak pernah turunkan harga elektrik dan harga gas dengan ketara walaupun harga bahan api jatuh mendadak.

“Tanya Yeo dan PH sekali lagi: Kenapa tarif elektrik tidak pernah diturunkan dengan ketara di bawah PH selepas PH menaikkannya selepas PRU14 walaupun kos kedua-dua bahan api utama jatuh mendadak?” kata Najib.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini meluluskan Bantuan PRIHATIN Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung berjumlah RM942 juta bagi mengurangkan beban pengguna elektrik sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Pemberian bantuan itu diumumkan Shamsul Anuar.

Seramai empat juta atau 52.2 peratus pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan kurang RM77 atau penggunaan bawah 300kWj, akan menikmati bekalan elektrik percuma selama tiga bulan di bawah Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan.

Bagi pengguna domestik yang menggunakan elektrik lebih 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil sebanyak RM231 iaitu RM77 sebulan bagi bulan April, Mei dan Jun 2020 dan bayaran itu juga akan dikreditkan semula dalam bil Julai.

Secara keseluruhan seramai 7.99 juta pengguna menikmati bantuan tersebut. – SM

Cubaan Bee Yin claim kredit memakan diri, terdedah beliau dan PH telah mengerah wang rakyat dengan menaikkan kadar elektrik di saat kos bahan api turun menjunam.
KWIE diwujudkan ketika zaman Najib

BACA: Najib dedah PH senyap-senyap tarik balik potongan harga elektrik selepas PRU14

https://www.tuncarlos.com/2020/06/bil-elektrik-percuma-cubaan-bekas.html