8 NASIHAT AMAT BERGUNA DARI IMAM AL-GHAZALI

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 31 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.

_- NASIHAT IMAM AL-GHAZALI.._

_Sesiapa sahaja yang sering duduk bersama 8 orang kelompok manusia, Allah akan memberinya 8 perkara ;_

_1. من جلس مع اﻷغنياء زاده الله حب الدنيا والرغبة فيها._
_1. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang kaya, Allah akan menambahkan cinta kepada dunia & semangat untuk mendapatkan dunia._

_2. ومن جلس مع الفقراء زاده الله الشكر والرضا بقسمة الله تعالى_
_2. Barangsiapa yang duduk bersama orang-orang miskin, Allah akan menambahkan perasaan syukur & redha atas pemberian Allah._

_3. ومن جلس مع السلطان زاده الله الكبر وقساوة القلب_
_3. Barangsiapa yang duduk dengan para pemimpin/raja, Allah akan menambahkan perasaan sombong & kerasnya hati._

_4. ومن جلس مع النساء زاده الله الجهل والشهوه_
_4. Barangsiapa yang duduk dengan perempuan, Allah akan menambahkan kebodohan & syahwat._

_5. ومن جلس مع الصبيان زاده الله اللهو والمزاح_
_5. Barangsiapa yang duduk dengan anak-anak kecil, Allah akan menambahkan lalai & gurau senda._

_6. ومن جلس مع الفساق زاده الله الجرأة على الذنوب والمعاصي واﻹقدام عليها،والتسويف في التوبة_
_6. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang fasik, Allah akan menambahkan berani berbuat dosa & kemaksiatan serta mendorongkan diri untuk berbuat maksiat kemudian menunda-nunda akan taubat._

_7. ومن جلس مع الصالحين زاده الله الرغبة في الطاعات_
_7. Barangsiapa yang duduk dengan orang-orang soleh, Allah akan menambahkan perasaan cinta kepada amalan-amalan ketaatan._

_8. ومن جلس مع العلماء زاده العلم والورع_
_8. Barangsiapa yang duduk dengan para ulama’, Allah akan menambahkan ilmu & perasaan tidak cintakan dunia._

_(Kitab Tanbihul Ghofilin)_

_Perhatikanlah dengan siapa kita bersahabat.._

TGNA MEMUJI TUN M – NIK OMAR

1 3 PEMIMPIN DUNIA ISLAM 21 HARAM TAK KIRA

Nik Omar Nik Abdul Aziz memberitahu Allahyarham bapanya pernah memuji Tun Mahathir Mohamad sewaktu memegang jawatan perdana menteri dahulu.

“Dulu Tun (Tun Mahathir) dan ayahanda ada berbeza pendapat. Bila ada wartawan tanya, Tok Guru akan puji Tun.

“Tun ini pemimpin, perdana menteri yang ada kebijaksanaan. Tun ini pemimpin hebat, dihormati rakan seluruh dunia dan Asia, pandu negara ke arah yang lebih baik.” katanya dalam ceramah kebangkitan rakyat, di sini, malam ini.
Dengar sendiri pujian arwah TGNA pada Tun M dalam ucapan rasminya.
“Alhamdulillah. Saya perlu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah di atas keberanian Tun menyuarakan pendirian tegas yang mewakili hati nurani masyarakat Islam mengenai kebiadaban Blair dan Bush serta poket beliau di benua Australia yang diwakili oleh John Howard ke atas tragedi yang menimpa bumi Iraq. Jika di Daffour dan Chad mereka boleh bercakap mengenai mesej kemanusiaan sepenuh mulut, mereka juga harus konsisten ke atas pembunuhan 500,000 kanak-kanak di kota Baghdad. Jika mereka boleh menjadikan isu WMD (senjata pemusnah massa) Saddam sebagai alasan untuk menyerang Iraq, mereka juga harus menghantar skuadron pengebom udara untuk meleburkan Pyongyang. Anehnya, walaupun telah gagal membuktikan Saddam dengan tuduhan memiliki industri nuklear, bumi anbia itu masih terus diganyang.

“Seperti yang diletakkan oleh Tun selantang-lantangnya, tidak salah lagi yang Bush, Blair dan sekutunya perlu dihukum melalui satu tribunal. Setelah disabitkan kesalahannya, mereka layak dihambat dari empat penjuru alam walau di mana. Mereka wajib menanggung malu, dilabelkan oleh buku-buku sejarah sebagai pembunuh kanak-kanak, pembohong dan pengganas nombor satu dunia.

“Dalam hal ini, entah bagaimana hati saya masih terasa Tun sebagai pemimpin di dunia sebelah sini. Saya tidak nampak seorang pun pemimpin dalam kabinet Malaysia bersedia berdiri tegak menyatakan pendirian walaupun di atas platform OIC atau pentas pergerakan Negara-negara Berkecuali.

“Ini sekaligus membawa saya terasa seakan-akan kabinet Malaysia sudah menjadi sehelai kain sempit, semakin terpinggir dan terkurung dari arus intelektualisme global sezaman serta degup jantung dan denyut nadi kebencian masa yang sedang kencang membenci kezaliman perang bawaan Bush, Blair dan para sekutu.

“Tahniah sekali lagi di atas kelantangan suara Tun menyergah kezaliman. Walaupun saya mungkin mempunyai pandangan dan kesimpulan yang berlainan di atas layanan Tun dalam sesetengah isu setempat di Malaysia, tetapi saya masih perlu berkongsi kegembiraan kerana di atas titik ini kita boleh bersatu.

“Walaupun di mana, kita perlu lihat mana-mana pihak yang zalim itu sebagai “common enemy”. Dalam hubungan ini, Bush dan Blair yang takabur ini perlu dilabelkan sebagai pembunuh kanak-kanak, penjenayah perang dan pembohong.

“Jika Tun bertanyakan sikap saya dan PAS pada keseluruhannya, maka kita sependapat untuk bersetuju di atas perkara-perkara yang boleh kita bersetuju. Kita juga boleh bersetuju untuk mengatakan, tidak setuju. Salam hormat.”

MCA tetap bertegas bertanding Tg Malim walaupun UMNO tak setuju

1 MCA WANITA1 MCA WEE KA SIONG.1 MCA TOLAK HUDUD1 MCA IKRAR HUDUD

Inilah bukti MCA Abang Long dalam PN.

Kan saya sudah kata. MCA adalah Abang Long dalam PN.
Bersenjatakan hanya dua Ahli Parlimen sahaja (Wee Ka Siong Ayer Hitam & Wee Jeck Seng Tanjung Piai), MCA telah membiulkan lebih 100 Ahli Parlimen Melayu Muslim Bumiputera.

Pelabuhan MCA sapu.
Ruang udara MCA control.
Peruntukan sekolah swasta Cina MCA naikkan.
Pembantah Jawi MCA naikkan jadi Timbalan Menteri Pendidikan.
Penentang RUU355 MCA angkat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.

MCA tetap bertegas bertanding Tg Malim walaupun UMNO tak setuju

RAKYAT SAUDI MENGUTIP MAKANAN DI TONG SAMPAH, SEDANGKAN RAJA SAUDI BERFOYA-FOYA DENGAN KEMEWAHAN.

 

السعودية تدفع الملايين لكي يتم حذف هذا الفيديو من اليوتيوب #تقرير_شامل##فهيد_الشمري#
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته لا تنسوا الاشتراك في القناة وتفعيل زر الجرس ودعمنا باعجاب وشكرا جزيلا لكم . * مرحبا بك لزيارة و الاطلاع على خدماتي التي اق

 

أميرات وأمراء سعوديون بملابس البحر في يخت قيمته 160 مليون دولار في تركيا
أميرات وأمراء سعوديون بملابس البحر في يخت قيمته 160 مليون دولار في تركيا نشرت وسائل إعلام تركية ، عددا من الصور والفيدوهات التي يظهر فيها أمراء وأميرات سعودي…

KERAJAAN SAUDI SEBENARNYA DIBAWAH KEKUASAAN AMERIKA TETAPI AMERIKA MELANTIK SEORANG RAJA UNTUK MENJAGA MEKAH DAN MADINAH UNTUK MENGELIRUKAN UMAT ISLAM, SEMENTARA KELUARGA RAJA SAUDI YANG LAIN MENJADI KHADAM KEPADA AMERIKA UNTUK MENGURUS HARTA KEKAYAAN ARAB SAUDI. SETIAP KRITIKAN KEPADA KERAJAAN ARAB SAUDI AKAN DIKENAKAN HUKUMAN QISAS ATAU PANCUNG KERANA DIANGGAP MENENTANG UNDANG-UNDANG ISLAM.

Kesepakatan dicapai, Tun M dan Anwar kembali berganding?

1 3 PEMIMPIN DUNIA ISLAM1 ERDOGAN DAN ANWAR

Pakatan Harapan bersedia mengembalikan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri, tetapi kali ini dengan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai timbalannya, walaupun kedua-dua pemimpin itu bergelut menunjukkan mereka mempunyai majoriti sokongan ahli Parlimen di Dewan Rakyat, sumber beritahu FMT.

Menurut sumber laporan FMT, difahamkan pemimpin PH berjumpa sekurang-kurangnya 2 kali di sebuah hotel di pusat bandar Kuala Lumpur sejak mesyuarat antara pemimpin tertinggi gabungan itu di ibu pejabat PKR pada Selasa minggu lalu, yang membayangkan calon perdana menteri akan diumumkan dalam masa seminggu.

Ia menyusul selepas gabungan itu, yang dalam keadaan kucar-kacir sejak ia kehilangan kuasa 4 bulan lalu, berdepan satu siri pembelotan daripada PKR yang boleh menggagalkan kempennya untuk kembali berkuasa.

Keputusan memilih Mahathir tidak disenangi penyokong kuat Anwar, kerana Mahathir “memungkiri janji” untuk menamakan Anwar sebagai penggantinya ketika PH berkuasa selama 22 bulan.

“Tetapi ia berlaku selepas beberapa cadangan lain dan cadangan balas yang dilihat lebih teruk daripada membawa 2 pemimpin itu yang dilihat berpecah belah dalam politik kita sekarang,” kata orang dalam PKR yang rapat kepada pemimpin DAP dan Amanah.

PH dikatakan bersetuju Mahathir akan berkhidmat “sehingga akhir tahun”, dengan satu perjanjian “hitam putih” ditandatangani untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar.

Seorang pemimpin kanan PH enggan mengulas ketika dihubungi.

“Satu pengumuman akan dibuat kemudian,” katanya.

PH, yang kini terdiri daripada PKR, DAP, Amanah dan 5 ahli Parlimen dipecat daripada PPBM, berkempen untuk kembali berkuasa.

SEMOGA TUN M DAN ANWAR BERSAMA ERDOGAN MENYAMBUT 2023 DI TURKI.

Kesepakatan dicapai, Tun M dan Anwar kembali berganding?

Asyraf Wajdi perlu insaf, tegur Mujahid

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 3

1 ZUL FITNAH AMAT BESAR 2.

*Asyraf Wajdi perlu insaf, tegur Mujahid*

1. Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda UMNO pada 18hb Jun yang meminta penjelasan isu Tabung Haji dan ‘penjualan 18 asset’. Beliau mendakwa tindakan saya ‘lelong aset TH’ dan saya ‘berbohong’ kononnya saya menyatakan tidak ada campurtangan politik dalam keputusan yang dibuat.

2. Saya kurang faham apa mesejnya namun pastinya ia adalah kenyataan berbau politik untuk memburukkan reputasi dan nama baik saya dan sekaligus pengurusan dan Lembaga Pengarah TH. Demi kebaikan Tabung Haji dan kepentingan bakal Jamaah Haji, saya menyarankan Ketua Pemuda Umno memahami terlebih dahulu realiti kedudukan kewangan TH yang semakin tenat ketika saya mengambil alih. Titik permulaan memahami ini sangat penting kerana ia menjawab segala tohmahan ‘separuh masak’ yang tidak kenal hujung pangkal permasalahan. Awal tak faham hujungnya akan bercelaru!

3. Walaupun sebelum ini telah dibuat penjelasan demi penjelasan tetapi kerana Ketua Pemuda Umno ini mungkin ada masalah ‘mudah lupa’, saya akan jelaskan keadaan sekali lagi kerana saya bertanggungjawab kepada dasar pemulihan TH di bawah kerajaan PH.

4. Kedudukan kewangan TH sangat kritikal dengan mengambil kira tahun kewangan 2017. Jabatan Audit Negara (JAN) telah membuat 2 teguran dalam Emphasis of Matter tentang polisi rosot nilai yang tidak konsisten dan kegagalan merekodkan rosot nilai yang secukupnya.

5. Pada Ogos 2018 TH melantik PwC bagi mengesahkan penemuan JAN dan jurang defisit. Penemuan mendapati pendapatan yang tidak disokong aliran tunai, pelanggaran pematuhan piawaian pelaporan kewangan dan pengistyharan hibah yang melanggar Akta Tabung Haji 1995. TH sepatutnya mencatat kerugian RM 1.4 bilion bagi tahun 2017 bukan keuntungan RM 3.4 bilion.

6. Kedudukan defisit TH sudah pun diberi teguran oleh Bank Negara Malaysia (BNM) sejak tahun 2014 kerana tidak layak memberi hibah yang tinggi. Namun Menteri dan Timbalannya ketika itu meneruskan pemberian hibah yang tinggi sehingga defisit menjadi semakin melebar. Keadaan ini berpotensi menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan 9.3juta pendeposit umat Islam sehingga boleh berlaku pengeluaran panik yang akan menjejaskan pasaran saham secara keseluruhan.

7. Menyedari hal ini Menteri Agama dan Timbalannya semasa kerajaan PH telah menetapkan dasar pemulihan TH dengan mensasarkan matlamat untuk melindungi kepentingan 9.3 juta pendeposit, memastikan kelangsungan operasi pengurusan haji dan mematuhi sepenuhnya akta Tabung Haji khususnya kelayakan pemberian hibah di seksyen 22 Akta Tabung Haji (1995).

8. Langkah pertama ialah mengenalpasti ‘aset sakit’ yang membawa kerugian 20% dari ekuiti, bangunan dan hartanah yang membawa pulangan kurang 2.5% setahun. Hasilnya ‘aset sakit’ yang dikenal pasti ialah 106 sekuriti domestik, 29 bangunan dan hartanah serta 1 syarikat perladangan yang tidak tersenarai.

9. Aset sakit dipindahkan kepada UJSB iaitu sebuah syarikat bertujuan khas di bawah Kementerian Kewangan dengan nilai premium iaitu RM19.9b dan diganti dengan penerbitan sukuk kepada TH. Perjanjian dengan UJSB juga menetapkan bahawa TH ada hak “First Right of Refusal” Hak Penolakan Pertama jikalau UJSB hendak menjual mana-mana aset yang dipindahkan kepadanya.

10. Semua proses dibuat secara telus dalam menjayakan Dasar Pemulihan TH melalui kelulusan kabinet setelah mendapat penjelasan dan maklumat berfakta daripada pengurusan tertinggi dan lembaga pengarah TH. Adalah keutamaan kami untuk mengimbangi kedudukan aset dari defisit untuk pemberian hibah yang layak dan untuk kelestarian kewangan TH.

11. 18 aset yang dirujuk oleh Ketua Pemuda dalam dakwaannya termasuk dalam senarai ‘aset sakit’ dan menjadi keutamaan Lembaga Pengarah TH untuk menilai secara profesional sejauhmana kuasa ‘first right of refusal’ hendak digunakan. Setelah berpuashati aset yang dimaksudkan tidak berbaloi untuk diambil balik, Lembaga Pengarah dan Pengurusan akan menasihati Menteri untuk kecualikan kuasa dan hak ini. Tiada campurtangan politik dalam membuat penilaian secara profesional dan jauh sekali dakwaan ‘lelongan aset TH’ yang dituduh oleh Ketua Pemuda UMNO.

12. Bagaimana Ketua Pemuda UMNO ini yang memilik ijazah Phd boleh mendakwa saya ‘melelong harta TH’ sedangkan di bawah pentadbiran PH, kami cuba menyelamatkan kewangan TH yang tenat malah ‘nazak’ yang kami warisi dari BN sebelumnya. Semasa beliau menjadi Timbalan Menteri Agama dari Julai 2015 hingga Mei 2018, apakah tindakan yang diambil sedangkan keadaan defisit sudah pun mula membengkak? Sila jelaskan kepada umat Islam.

13. Bagi Menteri Agama dan Timbalannya di bawah PH, usaha pemulihan yang dibuat berjaya menyelamatkan TH dari sudut, segala rosot nilai yang tidak dipatuhi dibuat pembersihan, aset telah melebihi tanggungan (pindahan aset sakit berjaya tangani defisit) dan akta TH khususnya pada seksyen 22 dalam pemberian hibah telah dipatuhi. Lebih utama kebajikan para Jamaah Haji dijaga, dan pengurusan yang lebih berhemah dilaksanakan demi kelestarian TH serta budaya tiada campurtangan politik dilaksanakan sehingga menjadikan TH kini lebih kukuh kedudukannya.

14. Saya sarankan kepada Ketua Pemuda UMNO, Asyraf Wajdi untuk rujuk kepada Lembaga Pengarah dan Pengurusan TH untuk bertanya penjelasan ringkas saya ini, sejauhmana kebenaran penjelasan saya. Malah beliau boleh meminta UJSB untuk bertanya apakah 18 aset yang dimaksudkan sudah terjual di pasaran setelah pengecualian hak penolakan pertama diluluskan, kalau ada berapa dari aset itu yang dah terjual. Jika tidak keberatan boleh rujuk kepada Menteri Kewangan kerajaan PN.

15. Aset Hotel yang dimaksudkan tidak dijual kepada sesiapa tetapi dikendalikan oleh anak syarikat UJSB (kini di bawah Menteri PN) dan semua kakitangan dahulunya diserap. Alhamdulillah langkah pemulihan awal kami tanpa disedari telah menyelamatkan TH dari bebanan kerugian sektor perhotelan akibat covid 19.

16. Saya turut mencadangkan Asyraf Wajdi bertemu dengan Menteri Agama hari ini dan bertanya kepadanya apakah benar dakwaan Mujahid melelong harta TH ataukah Mujahid telah menyelamatkan TH dari legasi kepimpinan TH semasa BN.

17. Saya tiada halangan jika dakwaan yang telah meracuni pemikiran sebahagian umat Islam ini dibuat satu Suruhanjaya Di Raja Bebas bagi kita selesaikan fitnah, penipuan dan berita palsu terhadap TH yang dimainkan oleh pencetus utamanya Ketua Pemuda UMNO dan yang seangkatan dengannya. Saya bersedia untuk membantu siasatan dalam Suruhanjaya bebas ini.

Sekian

Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa
Ahli Parlimen Parit Buntar
Naib Presiden AMANAH