Kebodohan Umnopas sanggup melayan kebuasan nafsu MCA – Adrian Lim

1 MCA WEE KA SIONG.1 MCA WANITA1 MCA TOLAK HUDUD

Posting oleh Adrian Lim ini sepatutnya membuka mata orang Melayu yang sokong Umno dan Pas secara taksub dan membabi buta, dan menyalahkan DAP dalam segala hal.

Dengan pembongkaran rancangan halus MCA dan mendedahkannya kepada orang Melayu, Adrian telah dimaki hamun oleh penyokong2 tegar MCA dan dipanggil pengkhianat bangsa Cina.

Saya tak hairan dengan perbuatan MCA. Ia sepatutnya memang boleh dijangka. Yang saya hairan ialah mengapa Umno dan Pas bersikap munafiq tidak mengawal kebuasan MCA tetapi sebaliknya terus menerus menakut-nakutkan bangsa Melayu sepanjang masa dengan DAP dan PH, dengan dakwaan bahawa kononnya bangsa Melayu tidak selamat di bawah kerajaan PH.

Bukankah sudah tebukti sekarang bahawa MCA yang dijunjung oleh Umno dan Pas itu ternyata lebih merbahaya kepada bangsa Melayu?

Dengan hanya 1 Menteri dan 3 Timbalan Menteri dari 70 orang ahli kabinet kesemuanya dalam “all-malay government” Muhyiddin Yassin, MCA boleh lakukan apa yang DAP tidak berani lakukan dengan bilangan mereka jauh lebih besar seramai 6 Menteri dan 6 lagi Timbalan Menteri dalam kerajaan PH sebelum ini yang jumlah anggota kabinetnya ialah seramai 49 orang.

Dalam bentuk peratus, komposisi MCA sebanyak 4.3% dari jumlah anggota kabinet kerajaan sudah cukup luarbiasa kuasa dan pengaruh mereka ke atas nasib bangsa Melayu berbanding 24.5% komposisi DAP sebelum ini.

Sentimen Melayu cukup mudah dipermainkan hanya dengan momokan bunyi salakan beberapa kerat sahaja pemimpin2 DAP di luar kerajaan yang sepatutnya boleh ditangani dengan tegas oleh Menteri KDN pada waktu itu, tetapi dikelabukan sepenuhnya terhadap tindakan “jahat” yang halus oleh MCA di dalam “all-Malay government” sekarang.

Siapa lagi yang sebenarnya mengkhianati bangsa Melayu kalau bukan lanun2 Umno dan lebai2 gila dunia Pas yang bekerjasama dengan MCA melaksanakan rancangan licik mereka? Mereka semua bersatu hanya untuk satu matlamat dan tujuan saja, iaitu : Menjarah (i.e. plunder) kekayaan negara bagi diri masing2..

Masih buta lagikah orang Melayu? Mengapa sampai begini anda sanggup perbodohkan diri?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s