APAKAH ANWAR SANGGUP MELIHAT PH HANCUR ?

1 TUN DAN ANWAR

BERBANDING PERLUNYA PH BEKERJASAMA DENGAN MAHATHIR, MAHATHIR JAUH LEBIH PERLU BEKERJASAMA DENGAN PH
Shahbudindotcom 19/06/2020

Tindakan Tun Mahathir Mohamad mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri PH Plus dan dalam masa yang sama menganggap Anwar Ibrahim tidak boleh diterima untuk jawatan tersebut kerana mengetuai parti yang berbilang kaum, hakikat ini lebih menyerlahkan keinginan Pengerusi Bersatu terpecat itu untuk menghalang kemaraan Presiden PKR mengambil alih kedudukan ketua kerajaan daripada Muhyiddin Yassin.
Ini juga menunjukkan kemungkinan yang lebih tinggi Tun Mahathir akan memungkiri sekali lagi janji peralihan kuasa kepada Anwar, meskipun berjanji hanya mahu menjadi Perdana Menteri selama enam bulan saja.
Belum pun permintaannya untuk memegang jawatan Perdana Menteri buat kali ketiga dipersetujui serta berjaya menjadi kenyataan, Tun Mahathir sudah secara berterus-terang mengatakan Anwar tidak boleh diterima untuk menerajui negara.
Logiknya, sudah tentulah setelah beroleh kuasa nanti, dalil-dalil enggan menyerahkan kuasa itu menjadi lebih dahsyat lagi didendangkannya.
Selain Anwar menjawab bahawa selepas enam bulan nanti di mana ketika peralihan yang dijanjikan itu berlaku beliau masih lagi Presiden PKR, sebuah parti berbilang kaum, Tun Mahathir ketika mengucapkan perkara itu seolah-olah lupa hakikat kedudukan dirinya sendiri.
Jika Anwar yang menerajui parti berbilang kaum dianggapnya tidak layak, adakah dirinya yang tidak berparti itu lebih layak menjadi Perdana Menteri?
Kiranya begitu juga, bagaimana pula dengan logo PKR yang digunakan untuk bertanding dalam PRU14 lalu, termasuk oleh Tun Mahathir, tetapi masih diberi sokongan oleh pengundi?
Dalam hal ini, jika PH mahu menganggap Tun Mahathir sebagai kawan yang mesti diberikan kerjasama sebagaimana yang ditekankan oleh Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong, jauh lebih mustahak daripada itu ialah Tun Mahathir mesti lebih dulu menganggap PH yang diterajui oleh Anwar juga sebagai kawannya untuk beliau bekerjasama.
Tetapi, adakah tingkah laku Tun Mahathir memperlihatkan yang beliau menganggap PH sebagai kawannya?

Kalau PH saja yang mahu menganggap Tun Mahathir sebagai kawan, namun beliau pula melihat keberadaannya bersama PH hanya sebagai peluang melakukan khianat dan dendam, sebenarnya hanya membuang masa saia meneruskan hubungan dengannya.
PH sebagai sebuah gabungan yang stabil berbanding Tun Mahathir yang tidak berparti serta partinya sendiri, Bersatu sudah jadi Berdua, mesti jelas dalam membawa jati diri serta hala tuju perjuangannya.
Tidak harus ada pihak dalam PH jadi lemah, mudah terpedaya dan seolah-olah mahu menjemput pengkhiatan secara sengaja buat kesekian kalinya.
Tidakkah kita lupa bagaimana sebelum ini Tun Mahathir memperlekeh janji manifesto, mempermain-mainkan tempoh peralihan kuasa dan meletak jawatan tanpa berunding dengan PH?
Bak kata pepatah, janganlah sudah terhantuk dua tiga kali pun tapi masih juga tak reti-reti menjaga dahi.
Meskipun PH atau sesiapa saja daripada gabungan itu boleh menarik sokongan terhadap Tun Mahathir agar kerajaan terbubar dan PRU baru diadakan jika janji kepada Anwar dimungkiri sekali lagi seperti yang cuba diyakinkan oleh Anthony Loke, nasi ketika itu telah menjadi bubur dan niat Tun Mahathir untuk menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri dengan sendirinya sudah pun tercapai.
Pasti selepas itu, Tun Mahathir akan tersenyum puas, bukan saja kerana berjaya menghalang Anwar, tetapi sekali lagi dapat memperbodoh-bodohkan PH.

Pada waktu ini, makanya mengajak PH untuk bekerjasama, berbaik, berkawan dan memberi peluang sekali lagi kepada Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri adalah kerja sia-sia, membuang masa dan hanya menjadikan PH ditertawakan oleh sejarah.
Langkah yang betul ialah Tun Mahathir mesti diajak untuk bekerjasama, berkawan dan berbaik dengan PH serta menerima Anwar sebagai calon Perdana Menteri tanpa sebarang keraguan.
Jika Tun dikatakan sebagai orang yang boleh mencukupkan nombor bagi mengembalikan mandat rakyat kepada PH, beliau mesti berusaha melakukannya biar pun bukan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.
Itu barulah dinamakan ada kejujuran dan keikhlasan, bukan hanya sedia mencukupkan nombor jika dirinya saja dinamakan sebagai Perdana Menteri.
Janganlah lupa dengan kedudukan PKR yang ada 38 nombor dan PH yang mempunyai 91 Ahli Parlimen.
Lagi pun, selain mengambil balik kerajaan adalah mustahak bagi PH demi maruah mandat rakyat yang telah diperolehi, lebih penting bagi Tun Mahathir adalah mengambil semula Bersatu yang drampas Muhyiddin daripadanya.
Tanpa PH menjadi kerajaan semula dalam waktu terdekat ini, Bersatu akan terus berada dalam genggaman Muhyiddin dan mungkin akan terhapus pendaftarannya tidak lama lagi melalui penggabungannya dengan UMNO.

Berbeza dengan Anwar dan PH, di samping kedudukannya lebih kukuh dan boleh mengharungi masa depan dengan asas reformasi yang diperjuangkannya bersama DAP dan Amanah, Tun Mahathir mungkin akan mengakhiri kehidupan ini dalam sengsara dan duka lara jika Bersatu gagal diperolehinya semula.
Untuk mencapai semua tujuan itu, jika benar Tun Mahathir tiada niat dalam hati untuk khianat dan menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri, pilihan yang terpuji baginya ialah mengalah dan bersama-sama PH menggembleng tenaga mengambil semula kerajaan.
Kepada pemimpin-pemimpin PH pula, berhentilah merasionalkan perlunya kita bekerjasama dengan Tun Mahathir, sebaliknya cubalah rasionalkan Tun Mahathir bahawa beliau jauh lebih perlu memberikan kerjasamanya kepada PH.

PERMINTAAN KAMI PENYOKONG PH KEPADA ANWAR IBRAHIM.

MOHON ANWAR TERIMA TUN M SEBAGAI PM BUAT SEMENTARA WAKTU, DEMI MARUAH PH. ANWAR BOLEH MAIN PERANAN SEBAGAI PELAPIS KEDUA SELEPAS KETIADAAN TUN M. PRU KE 15 MAKIN HAMPIR, MASA DEPAN ANWAR AMAT CERAH DALAM PRU KE 15 – IN SYA ALLAH.

HADI SANGGUP MENGUBAH HUKUM ALLAH SWT DEMI KE PUTRAJAYA,

APAKAH ANWAR TIDAK SANGGUP BERSABAR DALAM MASA 2 TAHUN LEBIH TANPA MENGUBAH HUKUM ALLAH SWT UNTUK MENJADI PM SELEPAS PRU KE 15 ?

SEMOGA ANWAR BERSABAR SEKETIKA, DAN MENERIMA TUN M SEBAGAI PM, SESUNGGUHNYA TUN M DAN MEREKA YANG SEANGKATAN DENGAN TUN M TIDAK AKAN BERTAHAN LAMA LAGI, MEREKA SEMUA AKAN DIJEMPUT MENGADAP ALLAH SWT DAN ANWAR AKAN TERUS MEMIMPIN PH SELEPAS PRU KE 15 DENGAN GEMILANG – IN SYA ALLAH.

50 JASA- JASA TERBAIK PH SEMASA MEREKA MEMERINTAH NEGARA

1 HARAM TAK KIRA1 TSMY 26 BILION1 KATAK BEROMEN1 TANGAN PENGKHIANAT1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH

50 JASA- JASA TERBAIK PH SEMASA MEREKA MEMERINTAH NEGARA

1. Yang kurangkan harga internet Unifi dan mobile data – PH
2. Yang laksanakan tender terbuka bukan direct nego – PH
3. Yang bayar hutang 1mdb – PH
4. Yang hapuskan GST – PH
5. Yang kurangkan tol dan mansuhkan tol motorsikal – PH
6. Yang stabilkan dan subsidi harga minyak – PH
7. Yang naikkan cukai judi dan kasino – PH
8. Yang meneruskan BR1M melalui BSH – PH
9. Yang perkenal skim carum KWSP untuk suri rumah – PH
10. Yang berjaya pulihkan Tabung Haji – PH
11. Yang bawa perasuah ke muka pengadilan – PH
12. Yang bawa balik dana 1mdb dari luar negara – PH
13. Yang turunkan usia mengundi ke 18 tahun – PH
14. Yang naikkan denda kepada pencerobohan nelayan asing – PH
15. Yang tubuhkan unit anti hina islam di Jakim – PH
16. Yang kekalkan institusi raja-raja – PH
17. Yang mengekalkan kebebasan bersuara – PH
18. Yang beri kebebasan media tiada lagi tv3 suku – PH
19. Yang bagi duit RM1.2Billion untuk Jakim – PH
20. Yang kurangkan beban guru-guru – PH
21. Yang tambah bajet kepada Kementerian Kesihatan – PH
22. Yang jimatkan projek-projek mega tanpa membatalkannya – PH
23. Yang hapuskan akta anti berita palsu yang mudah disalahguna – PH
24. Yang naikkan ranking anti rasuah Malaysia di dunia – PH
25. Yang lantik teknokrat dan pakar ketuai GLC – PH
26. Yang mansuhkan jabatan kerajaan berunsur politik seperti JASA, BTN dan MEIA – PH
27. Yang bagi royalti minyak kepada negeri pembangkang – PH
28. Yang beri duit kepada sekolah tahfiz – PH
29. Yang beri duit RM600 juta kepada kelantan & terengganu – PH
30. Yang naikkan elaun guru KAFA – PH
31. Yang beri bantuan khas kepada imam, bilal, guru takmir dan tok siak – PH
32. Yang berjaya kekalkan kes Covid19 bawah 50 kes – PH
33. Yang bagi bantuan persekolahan RM100 – PH
34. Yang perkenal pas bulanan tanpa had RM100 untuk rapidkl dan rapidpenang – PH
35. Yang hapus kadar faedah pinjaman peneroka FELDA – PH
36. Yang samaratakan gaji minimum semenanjung dan S&S dan naikkan gaji minimum – PH
37. Yang perkenal skim Mysalam insurans kesihatan untuk B40 – PH
38. Yang berjaya tangani krisis pencemaran air sungai kim kim dan menangkap pelaku – PH
39. Yang berjaya tangkap dan dakwa beberapa orang menghina islam dan Raja – PH
40. Yang perkenalkan wawasan kemakmuran bersama 2030 – PH
41. Yang turunkan tarif elektrik – PH
42. Yang pulangkan kontena sampah plastik haram ke negara asal – PH
43. Yang berjaya lesenkan E-hailing – PH
44. Yang berjaya tangguhkan UEC – PH
45. Yang usul Sabah&Sarawak diberi taraf seperti perjanjian asal – PH
46. Yang kekalkan demokrasi berparlimen dan beraja di Malaysia – PH
47. Yang bagi rebat bil elektrik RM40 untuk keluarga miskin – PH
48. Yang perbaiki sekolah daif (bukan buat projek solar) – PH
49. Yang set harga minimum getah sekerap – PH
50. Yang perkenalkan Skim Kesihatan Khas untuk atlet – PH

Inilah agenda PH yg mahu berkuasa di Malaysia. Selama mereka memerintah negara kita walaupun sekejap lihatlah kejayaan demi kejayaan yg telah berlaku. Sedarlah wahai seluruh bangsa tanah air ini.. Apa yg berlaku sebelum ini kita jadi kan pengajaran buat generasi baru.

Kenyataan Media Bersama DAP dan AMANAH bertarikh 19 Jun 2020

1 TUN DAN ANWAR1 MELAYU BODOH 21 HADI TOTO1 ERIC PAULSEN 21 TSMY BERDOA

1 TANGAN PENGKHIANAT

1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA1 SELURUH DUNIA TAHU PM DAYUS

Kenyataan Media Bersama DAP dan AMANAH bertarikh 19 Jun 2020

1. Kami mengucapkan terima kasih kepada Parti Keadilan Rakyat atas kenyataan media yang dikeluarkan oleh mereka pada hari ini. Ia menjelaskan keputusan yang dibuat oleh Keadilan berhubung keadaan politik semasa, khususnya mengenai persoalan sama ada menerima atau tidak Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri untuk tempoh 6 bulan dalam usaha mengambil balik kerajaan yang telah dirampas melalui tindakan khianat.

2. Kami menghormati hak Keadilan untuk menetapkan keputusan mereka berhubung persoalan ini namun kami agak hairan dengan pendirian ini kerana pilihan ini telahpun diterima sebagai opsyen kedua dalam Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Mei 2020 di Ibupejabat Keadilan.

3. Mesyuarat tersebut memutuskan bahawa sekiranya opsyen pertama yang mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak berjaya mendapat sokongan yang memungkinkan pengambilalihan kuasa dilakukan, maka opsyen kedua yang menamakan Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri akan pula dikemukakan.

4. Setelah berusaha sedaya upaya atau “exhausting all efforts”, kita mendapati bahawa opsyen pertama hanya mampu mendapat sokongan maksima 96 Ahli Parlimen, iaitu 91 dari Pakatan Harapan (38 PKR, 42 DAP Dan 11 Amanah) dan 5 lagi termasuk Tun dan 4 Ahli Parlimen PPBM yang bersamanya. Usaha terakhir Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan sokongan GPS juga tidak berjaya dan tempoh masa yang dipersetujui telahpun tamat dan gagal mendapat sokongan yang mencukupi.

5. Kami berharap usaha untuk mendapatkan sokongan melalui opsyen kedua boleh seterusnya dilakukan sepertimana dipersetujui kerana pentadbiran kerajaan PN adalah jelas mendatangkan kerosakan kepada institusi dan kewangan negara.

6. Memandangkan ianya opsyen yang pernah dibincang dan dipersetujui untuk dipertimbangkan bersama, sekiranya opsyen satu gagal mendapat sokongan yang mencukupi, adalah diharapkan pihak Keadilan kembali kepada keputusan mesyuarat Majlis Presiden pada 30 Mei 2020 yang telah dipengerusikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri iaitu menerima opsyen kedua.

YB Khalid Samad
Pengarah Komunikasi,
Parti AMANAH Negara.

YB Loke Siew Fook
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP

KEMBALI KE LANDASAN REFORMASI, GEMBLENG TENAGA UNTUK KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT – Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN

1 HARAM TAK KIRA

1 TUN DAN ANWAR

KENYATAAN MEDIA

19 Jun 2020

KEMBALI KE LANDASAN REFORMASI, GEMBLENG TENAGA UNTUK KEMBALIKAN MANDAT RAKYAT

Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN telah mengadakan mesyuarat khas bersama Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN hari ni.

KEADILAN mengambil kira pandangan semua pihak dalam mencari jalan terbaik mempertahankan kebajikan rakyat dan membawa keadilan untuk semua rakyat.

KEADILAN menghargai usul dan usaha rakan-rakan dalam DAP dan AMANAH yang secara konsisten menyokong pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Permasalahan berbangkit apabila Tun Dr Mahathir Mohamad berpendirian mahu kembali buat kali ketiga sebagai Perdana Menteri.

Dalam mesyuarat hari ini, KEADILAN telah membuat keputusan-keputusan berikut:

1. Sekiranya KEADILAN kembali menjadi sebahagian dari Kerajaan Persekutuan, dasar dan program pentadbiran yang dianggotai KEADILAN itu mestilah mengangkat semangat keadilan untuk semua, mempertahan Perlembagaan Persekutuan serta hak dan kuasa Raja-Raja Melayu, membela nasib rakyat terutama orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, dan memperjuang agenda reformasi serta pembaharuan tata kelola pentadbiran Kerajaan.

2. Kerajaan Persekutuan ini mestilah memberi tumpuan kepada penyelesaian masalah golongan rakyat miskin bandar dan desa, memperjuangkan nasib peneroka dan pekerja, serta membangun semula negara dalam keadaan tiada mana-mana kumpulan yang tertinggal jauh di belakang. Pentadbiran baharu ini juga mestilah bersifat stabil dan tidak tertakluk kepada pertukaran kepimpinan yang berkali-kali.

3. Keadaan menjadi lebih parah selepas penularan wabak Covid-19 di mana tumpuan harus diberi untuk memulihkan ekonomi negara, menyelamatkan pekerjaan atau mewujudkan peluang pekerjaan baharu, serta memperjuang nasib pekerja. Kerajaan Persekutuan yang baharu mestilah memberi fokus menyeluruh untuk melaksanakan agenda ini.

4. Keputusan pilihan raya-pilihan raya kecil dan pandangan rakyat termasuk masyarakat Melayu yang kritis ketika Pakatan Harapan mentadbir mesti diteliti, difahami, dan dijadikan iktibar untuk perbaiki keadaan. Keinsafan ini memerlukan bukan sahaja muhasabah tetapi juga ikhtiar reformasi dalaman yang menyeluruh, untuk sekali lagi memenangi hati rakyat dengan mengutamakan nasib mereka.

5. Beberapa kes mutakhir ini turut menimbulkan keresahan di kalangan rakyat, bila mana mereka yang berkedudukan atau dilihat mempunyai hubungan dengan pemerintah dilepaskan atau dikenakan hukuman ringan, manakala rakyat pula ditekan atau dihukum dengan cukup berat sekali. Oleh yang demikian, Kerajaan Persekutuan yang baharu perlu mengatasi persepsi ini agar prinsip keadilan bukan sahaja dilakukan tetapi juga dilihat dilakukan.

6. KEADILAN yakin isu-isu ini selari dengan aspirasi parti mengangkat prinsip keadilan, memperjuang suara rakyat dan meneruskan agenda reformasi, serta menjadi wadah politik pelbagai kaum yang menghargai sumbangan setiap rakyat dan mengangkat martabat mereka.

7. KEADILAN tetap terbuka untuk berbincang dengan semua pihak termasuk Tun Dr Mahathir demi usaha menyelamatkan Malaysia dan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya. Walau bagaimanapun, parti memutuskan untuk tidak menyokong cadangan mencalonkan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri, dan kekal dengan konsensus Pakatan Harapan mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

8. KEADILAN komited untuk terus mengukuhkan Pakatan Harapan, dan akan meneruskan usaha menggembleng tenaga dari semua pihak yang sefahaman untuk mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya dalam masa terdekat.

9. Pada masa yang sama KEADILAN akan terus menumpukan tenaga dan bersiap siaga menghadapi Pilihanraya Umum mengejut yang mungkin dipanggil pada bila-bila masa.

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN
Ahli-Ahli Parlimen KEADILAN

Rahsia Tun Dr.Mahathir Muhamad kekal berkuasa selama 24 tahun

1 3 PEMIMPIN DUNIA ISLAM1 ERDOGAN DAN COVID

1 TUN DAN ANWAR1 MELAYU BODOH 2

Rahsia Tun Dr.Mahathir Muhamad kekal berkuasa selama 24 tahun

Ketika Dr.Mahathir berada di puncak kuasa sekitar tahun 1997, saya telah menghadiri bengkel politik, bagi membincangkan isu-isu politik semasa pada ketika ini.

Saya tertarik dengan pembentangan dari seorang pensyarah sains politik dari UM. Pensyarah tersebut membicarakan berkenaan rahsia Tun Dr.Mahathir boleh kekal lama dalam politik. Menurut pensyarah tersebut strategi Dr.Mahathir mudah difahami, gunakan kekuatan orang lain dan pecah belahkan orang bawah.

Ketika Dr.Mahathir naik menjadi Perdana Menteri, beliau telah menggunakan kekuatan naib-naib presiden UMNO ketika itu. Antaranya Dato’ Haron Idris untuk sokongan melayu, Dato’ Wan Mokhtar untuk sokongan ulama dan Tan Sri Ghazali Hamzah.

Dalam masa yang sama Dr.Mahathir membiarkan orang nombor duanya bergolak dengan membiarkan Dato’ Musa Hitam (kini Tun) berlawan dengan Tengku Razali Hamzah. Dengan isu kedudukan Dr.Mahathir akan terus selamat dan orang bawah sentiasa bergantung kepada Dr Mahathir.

Apabila Dato’ Musa Hitam bertambah kuat menguasai UMNO. Dr.Mahathir telah menekan Dato’ Musa Hitam dan membiarkan merajuk dan seterusnya meletakkan jawatan dalam UMNO dan dalam kabinet. Hingga sekarang tidak siapa tahu kenapa Dato’ Musa Hitam meletakkan jawatan secara mengejut.

Bila berlaku pergolakkan dalam UMNO tahun 1987, Dr.Mahathir menggunakan kekuatan Tun Gafar Baba dan Dato’ Sri Anwar Ibrahim sebagai tapak sokongan. Pergolakkan hebat ini berlaku dalam UMNO hingga wujud Team A dan Team B. Team A di bawah kepimpinan Dr. Mahathir dan Team B di bawah kepimpinan Tengku Razali Hamzah. Hinggalah akhirnya UMNO di bawa ke mahkamah dan mahkamah memutuskan UMNO di haramkan pada tahun 1988. Dr.Mahathir membiarkan UMNO di haramkan dan menubuhkan UMNO baharu dan inilah kesempatan terbaik untuk menghapuskan musuh-musuh politiknya dalam UMNO.

Dalam UMNO baharu, Dr.Mahathir menggunakan kekuatan dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Bila kekuatan Anwar Ibrahim terus meningkat dalam UMNO hingga boleh mencabar kekuasannya.

Dr.Mahathir telah memecat Dato Sri Anwar Ibrahim dari UMNO dan seluruh jawatan politiknya. Ekoran dari isu ini, lahir gerakan reformasi rakyat di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim untuk menegakkan keadilan dalam pentadbiran negara.

Dr.Mahathir diam seketika sewaktu Tun Dato Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri. ketika terdapat “arahan” mengurangkan liputan media terhadap Dr.Mahathir. Dr.Mahathir kembali aktif dalam politik sebelum pilihan raya umum ke-14 dengan tertubuhnya parti Bersatu. Sekali lagi, Dr.Mahathir menggunakan kekuatan PKR, Amanah dan DAP untuk naik berkuasa. Oleh kerana kepimpinan PH tidak begitu yakin untuk menang dalam PRU ke -14, mereka bergantung dengan Dr Mahathir untuk meraih sokongan pengundi Melayu.

Sebaik sahaj Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri semula, Dr.Mahathir telah memecah belah PKR dengan memberi ruang kepada Dato’ Sri Azmin selaku Timbalan Presiden PKR berbanding Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Presiden PKR. Bahkan perlantikan menteri kabinet Dr. Mahathir tidak merujuk kepada PKR. Selaku parti terkuat dalam komponen PH, akhirnya PKR berpecah ada pihak menyokong Azmin dan sebahagian besar terus bersama Presiden Parti Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kini Dr.Mahathir hendak kembali berkuasa untuk menjadi Perrdana Menteri. Ini telah menyebabkan PH pula berpecah ada yang bersetuju untuk Dr.Mahathir kembali berkuasa. Srmentara PKR mahukan Presiden parti Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Inilah kekuatan Dr.Mahathir untuk terus berkuasa menggunakan kekuatan orang lain dan memecah belahkan orang bawah, menjadikan orang terus bergantung kepadanya

YB Senator Dr Yaakob Sapari
Ahli Dewan Negara

THAILAND DAN VIETNAM TERBAIK MEMERANGI COVID-19 BERBANDING MALAYSIA.

1 MELAYU BODOH 2

Semalam aku mengulas setelah Kerajaan membuka ruang Ekonomi 4 Mei.. kelihatan Ekonomi masih lembab.. Dalam pemerhatian aku, sektor paling terjejas adalah sektor F&B.. antara sektor penyumbang cukai terutama SST dan perbelanjaan Rakyat.. Sudah pasti menyentuh peluang pekerjaan..terbukti data perangkaan negara pengangguran sudah cecah 5%..

Baca Paper pagi ini, muka depan Sinar..kenyataan Ismail Sabri semalam..sekarang ini tidak ada lagi kekangan syarat duduk di restoran..Boleh duduk ramai ramai.. dan dah boleh melepak lah..Sedangkan tempoh PKPP akan tamat pada 30 ogos..

Data jangkitan kita tidak lah sebaik Thailand dan Vietnam.. Thailand semalam mereka mencatatkan 21 hari berturut turut kes sifar jangkitan tempatan.. tetapi mereka masih berhati hati melonggarkan ekonomi..Mengapa tiba tiba Kerajaan melonggarkan syarat ini selonggar longgarnya ?

Sebenarnya Kerajaan sedang terdesak..Ekonomi Negara sedang tenat.. tidak ada perbelanjaan dan kitaran dalam ekonomi.. seperti aku sebut, Kapasiti Ekonomi masih dalam 30%..Tidak bergerak.. Jadi Kerajaan perlu segera merancakkan Ekonomi..

Bukan kali pertama Kerajaan buat tindakan terdesak..Ketika Kerajaan memaksa negeri negeri lain membuka Ekonomi.. Sehinggakan jarak selamat dalam pengangkutan awam tidak lagi diambil kira..bas dan keretapi sudah boleh mengambil penumpang atas kapasiti penuh..begitu juga penumpang Kenderaan persendirian..

Hatta Kedai Judi & Kasino kini mula dibuka..Seminar dan Mesyuarat besar besaran kini dibenarkan..Biarpun Kerajaan boleh membiarkan sektor perjudiab ini kerugian kalau betl ada niat nak haramkan Judi.. Malangnya…Dalam waktu yang sama, Solat Jumaat dan Jamaah, masjid masih tidak dibuka atas kapasiti penuh dan dihadkan waktu..

ini bermakna kerajaan sudah membuka Ekonomi seluas luasnya.. dalam makna lain yang mudah difahami….Kerajaan kata..Percepatkan rakyat Berbelanja.. Kerajaan sudah ketiadaan Duit.. realitinya tidak begitu… dan tak seperti diharapkan..

RM 100 billion sebulan kecairan dalam tindakan kerajaan memperkenalkan dasar Moratorium hanya dapat menampung sebahagian kehilangan pendapatan dan kerugian dalam kitaran ekonomi disebabkan dasar kerajaan sendiri menutup rapat Ekonomi sebelum ini….

Tindakan kerajaan Bukan Menambah kesan Ekonomi… maknanya kesan Ekonomi akan lebih teruk menjelang tamatnya tempoh Moratarium.. Jadi Kerajaan hari ini sudah ternampak jelas wajah keresahan mereka..

Kita hanya tunggu dan lihat apa episod seterusnya.. Jika gelombang kedua covid-19 yang sedang melanda Beijing ini berterusan..dan berlaku jangkitan tempatan dalam Negara.. Nampak gaya Ekonomi dan negara kita akan runtuh.. 🙂

Ipohmali

Kita Sebenarnya Buang Masa Untuk Bincang Siapa PM

1 MELAYU BODOH 21 MELAYU BODOH

 

Kita Sebenarnya Buang Masa Untuk Bincang Siapa PM

1. Sepatutnya, bukan jawatan Perdana Menteri yang perlu dibincang dalam mesyuarat Pakatan Harapan Plus, termasuk dalam beberapa rundingan tepi. Soal siapa PM ini sepatutnya sudah muktamad sebelum perbincangan bermula.

2. Apa yang perlu dibincang kalau jawatan menjadi persoalan ialah siapakah TPM, siapa menteri-menteri kabinet (dari kelompongan terdahulu), dan lebih penting ialah dasar-dasar kerajaan PH Plus sekiranya berjaya menjadi kerajaan semula.

3. Mengambil semula tampuk pemerintahan ini tidak sesekali dengan cara tawar menawar. Tidak wajar jika ada calon PM yang mengaku mendapat sokongan dari sebilangan MP sedangkan persetujuan telah dimuktamad dalam perjanjian Januari 2018.

4. Perjanjian Januari 2018 tetap laku selagi penggal ke-14 masih berjalan, melainkan jika parlimen dibubar sekaligus menamatkan penggal ke-14

5. Tempoh seminggu ini kita membuang masa untuk menamakan siapa PM, yang sebenarnya kita tahu siapa lebih layak. Kita wajar cakna siapa yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri Interim untuk satu tempoh sebelum memberi laluan kepada yang hak.

6. Tidaklah dikatakan 2 kali masuk penjara selama berbelas tahun itu layak, tetapi ianya di atas kapasiti pengalaman, hubungan antarabangsa, keutuhan prestasi dalam soal ekonomi serta dalam soal mengangkat martabat rakyat, dan ketokohan dalam membawa agenda Reformasi.

7. Jika benar-benar mahukan perubahan dan memperbaiki kesilapan 22 bulan dalam pentadbiran yang kadang-kala melukakan hati rakyat, masih belum terlambat untuk berbuat demikian.

8. Kita bukan seperti mereka, yang maruah politiknya begitu rendah apabila menawarkan jumlah paling ramai menteri demi membeli kuasa, dan melelong kedudukan demi mengekalkan kuasa. Kita jauh lebih baik, kita ada prinsip dan kita adalah jenis manusia yang menunaikan janji.

9. Kita akan mengambil semula #MandatRakyat tetapi bukan dengan cara yang lebih kurang sama dengan mereka. Dalam erti kata lain, kita mendambakan peluang untuk sekali lagi mentadbir, maka tawarkanlah kesepakatan dengan memberi peluang kepada ‘pembaharuan’.

10. Sebenarnya segala rundingan telah gagal sebelum perbincangan bermula, apabila kita tidak mampu menilai dan tidak mampu mengekalkan setiakwan dalam melaksanakan janji.

11. Ini mungkin peluang terakhir untuk satu keputusan paling tepat, untuk menafikan pengguguran pelbagai dakwaan dalam kes berprofile tinggi, dan seterusnya mengelakkan negara ini dari terus dijarah.

12. Ini juga mungkin peluang terakhir, untuk seorang negarawan ulung membuktikan bahawa pengorbanan itu bukanlah milik sebelah pihak semata-mata. Dia juga boleh lakukannya demi menebus kesilapan terdahulu.

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger

‘Cukuplah Hadi, tak perlu semai perpecahan, kebencian lagi’

1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 KATAK BEROMEN1 MELAYU BODOH

https://www.malaysiakini.com/news/530720

‘Cukuplah Hadi, tak perlu semai perpecahan, kebencian lagi’

18 Jum 2020

ULASAN l Minggu lepas, apabila seorang rakan Twitter membuat komen, “Abdul Hadi Awang kata lebih baik Melayu-Islam yang jahat berbanding kafir yang jahat” pada salah satu gambar semasa seorang pemimpin PAS menerima kunjungan hormat delegasi dari parti MIC.

Saya pun tidak begitu percaya, bahawa Abdul Hadi tergamak mengeluarkan kenyaatan sebegitu dan bertanya, “Betulkah beliau bagi kenyataan begitu? Ada link (pautan) tak?”. Beliau memberitahu saya untuk merujuk kepada Twitter presiden PAS itu.

Apabila saya membuka laman Twitter rasmi Presiden PAS, Duta Khas (bertaraf Menteri) ke Timur Tengah, Abdul Hadi Awang, saya telah melihat memang ada ciapan sebegitu dimuat naik pada 10 Jun lalu.
Abdul Hadi Awang

· Jun 10, 2020
Replying to @abdulhadiawang
PAS mempunyai kaca mata dan kaca teropong yang putih bersih sehingga dapat melihat semua warna yang sebenar tanpa tersilap.

PAS tidak boleh dikelirukan dengan kaca mata yang berwarna sehingga tidak kenal warna yang di luar atau warna yang diubah untuk mengelirukannya.
Abdul Hadi Awang

@abdulhadiawang
PAS berpegang dengan konsep sejahat-jahat seorang Muslim yang beriman diterima taubatnya oleh Allah SWT, manakala sebaik-sebaik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada Hari Kiamat nanti.

102
3:28 PM – Jun 10, 2020
Twitter Ads info and privacy
174 people are talking about this
Dalam ciapan itu, Abdul Hadi berkata, “PAS berpegang dengan konsep sejahat-jahat seorang Muslim yang diterima taubatnya oleh Allah SWT, manakala sebaik-baik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada Hari Kiamat nanti”.

Beliau memberi komen sedemikian dalam bebenang (thread) Twitternya bertajuk, Minda Presiden PAS: Politik Berpandukan Hidayah Allah.

Saya tidak mahu mengulas tentang perkara lain yang telah dibincangkan dalam bebenangnya itu, kerana ia bersifat politik sepenuhnya. Beliau menyatakan bahawa ‘PAS mempunyai kaca teropong putih bersih’ yang kononya dapat melihat semua warna.

Saya rasa, ungkapannya itu adalah untuk menjustifikasi kerjasama politik PAS terbaru, iaitu Perikatan Nasional (PN). Sebagai satu pertubuhan politik, PAS ataupun pemimpinnya mempunyai segala kebebasan untuk menyatakan pandangan mereka.
Pandangan pemimpin politik itu akan dinilai oleh rakyat terbanyak, yang akan membuat keputusan dalam medan demokrasi. Itulah lumrah dalam negara yang berasaskan demokrasi berparlimen.

Apa yang saya tidak faham ialah, kenapakah Abdul Hadi perlu setiap kali ‘merendahkan‘ masyarakat bukan Islam dalam kenyataan politiknya itu?

Setelah membaca bebenang presiden PAS itu, saya pun merujuk kepada beberapa artikel di internet. Saya telah membuat sedikit kajian untuk mengetahui kesahihan kenyataan Abdul Hadi itu.

Artikel pertama yang telah saya merujuk, telah bermula dengan ayat “Bismillah al-Rahmani al-Rahim” yang bermaksud “Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihini”. Tuhan yang Maha Pengasih, akan mengambilkira setiap perbuatan manusia, dalam penghakimanNya, pada Hari Kiamat.

Bagaimanakah seorang manusia boleh membuat kesimpulan bahawa “Manusia berketurunan ini dan itu tidak akan diterima oleh Tuhan?”
Malah, apabila merujuk kepada Surah Al-Maaidah 5:18, yang bermaksud “Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: “Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya”. Katakanlah (wahai Muhammad): “(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya, demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali”.

Surah ini digunapakai untuk menafikan hujah bahawa Tuhan menyayangi sesuatu kaum itu lebih daripada yang lain. Adakah Surah ini tidak digunapakai untuk merujuk kepada masyarakat bukan Islam, saya tidak tahu. Yang saya faham adalah, Tuhan yang Maha Pengasih akan mengampunkan sesiapa yang dihendakiNya.

Saya bukanlah seorang yang celik Al-Quran untuk mentafsirkan ayat Surah ini. Tetapi, ini yang saya faham selepas pembacaan berulang-kali sejak seminggu yang lalu. Saya mohon panduan daripada rakan-rakan yang lebih arif dalam bidang ini untuk tunjuk ajar.

Apakah motif Abdul Hadi apabila membuat komen-komen sedemikian? Jika beliau menjustifikasi hubungannya dengan Barisan Nasional, beliau boleh membuat justifikasi itu tanpa merendahkan sesiapa.

Beliau tidak perlu menyatakan pun, bahawa “manakala sebaik-baik amalan orang yang tidak beriman akan ditolak juga pada Hari Kiamat nanti”. Sebagai seorang ulama, kita harap supaya Abdul Hadi menunjukkan contoh yang baik untuk mengeratkan hubungan di antara kaum dan agama di Malaysia.

Saya masih ingat pertemuan saya dengan Allahyarham Tok Guru Nik Aziz di rumahnya di Pulau Melaka, Kelantan. Allahyarham Tok Guru sangat mesra dengan kami, dan menyatakan, “Ini yang Umno takut; apabila orang bukan Islam mendekati dan mengenali PAS.”

Di zaman beliau, orang-orang bukan Islam rasa begitu tertarik dengan cara pimpinannya. Malah apabila beliau meninggal dunia, ramai yang menitiskan air mata, kerana sayang kepada beliau.
Itulah pemimpin Islam yang begitu disenangi, disegani masyarakat bukan Islam, yang tak pernah merendahkan masyarakat bukan Islam dalam apa jua keadaan pun. Cukup berbeza cara Abdul Hadi sekarang.

Apabila kita melihat orang-orang seperti Ustaz Ebit Liew, membantu orang miskin tanpa mengambilkira keturunan atau agama mereka, masyarakat, tak kira Muslim atau bukan Muslim begitu menghargainya dan tidak teragak-agak untuk mendekatinya.

Malah, saya nampak ramai orang bukan Muslim mempertahankan Ustaz Ebit Liew kalau ada orang yang memberi komen negatif tentang beliau.

Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia menghormati mereka yang mempunyai akhlak dan nilai tinggi, tanpa melihat kepada kaum dan agamanya. Jangan kerana politik, kebencian disemai menggunakan agama, di antara kita yang hidup harmoni.

Saya berharap Abdul Hadi akan menghentikan kenyataan-kenyataan politiknya yang merendahkan orang bukan Islam, dan menunjukkan ketokohan yang boleh dihormati. Abdul Hadi kini sebahagian daripada kerajaan persekutuan, cukuplah dengan politik perpecahan dan kebencian.

SATEES MUNIANDY adalah Adun Bagan Dalam, Pulau Pinang.

PERJUANGAN BELUM SELESAI – TUN M

1 3 PEMIMPIN DUNIA ISLAM 2

EKSKLUSIF | Dr Mahathir Mohamad, 95, kini berusaha untuk menjadi perdana menteri sekali lagi dalam langkah mengambil alih kerajaan dari Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, ia menyebabkan perselisihan dengan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH).

Sejak dua hari lalu, pelbagai kenyataan terbuka oleh pemimpin PH mendedahkan bahawa Mahathir mencadangkan agar diberi tempoh memegang jawatan perdana menteri selama enam hingga 12 bulan sekiranya mereka berjaya mengambil alih kerajaan.

Namun, ada keraguan terhadap Mahathir untuk melepaskan jawatan itu mengikut tempoh yang ditetapkan, sekiranya PH dan sekutu mereka berjaya membentuk kerajaan baru.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini pagi ini, Mahathir memberi jaminan bahawa beliau sentiasa menunaikan janjinya,

“Kalau sampai masa saya janji, saya akan tunaikan janji.

“Boleh semak saya punya kelakuan sejak saya jadi perdana menteri bahkan sebelum itu, saya tak pernah mungkir janji,” katanya.

Sebagai contoh, Mahathir berkata beliau menepati janjinya untuk mengundurkan diri pada tahun 2002, yang memungkinkan peralihan kuasa yang lancar setelah 22 tahun menerajui pentadbiran.

“Pada masa itu, (Lim) Kit Siang berkata saya tak mungkin letak jawatan. Ini semua sandiwara. Tapi seperti mana yang kita tahu, sampai masa yang cukup, saya letak jawatan. Saya tak pernah mungkir janji. Tunjuk di mana saya mungkir janji?” katanya.

Sokongan parti Melayu

Ketika ini, Pakatan Harapan (PKR, DAP dan Amanah) sedang berunding dengan Warisan dan bekas anggota parlimen Bersatu yang setia kepada Mahathir mengenai kemungkinan pembentukan kerajaan baru.

Namun sejak rundingan bermula pada 30 Mei, timbul pertikaian berhubung peneraju utama pentadbiran baru itu kelak, sama ada Mahathir atau Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Daripada kenyataan umum yang dibuat oleh pemimpin parti setakat ini, Warisan, DAP dan Amanah nampaknya menyebelahi Mahathir sementara PKR memihak kepada Anwar.

Mahathir mendedahkan bahawa pendirian Warisan dalam perundingan setakat ini adalah bahawa beliau harus dicalonkan sebagai calon perdana menteri PH Plus kerana ia penting untuk menunjukkan “parti Melayu” adalah sebahagian daripada gabungan itu.

“Kalau PH ternampak seolah-olah ini gabungan parti campuran berbagai kaum, saya khuatir ahli-ahli Dewan rakyat Melayu tidak akan bagi sokongan dan kalau tak ada bagi sokongan, tak apalah.

“Nak jadi perdana menterikah, nak jadi apa pun, tetapi kalau tak dapat sokongan tak dapat jadi kerajaan.

“Pemilihan (calon) sebagai perdana menteri pun tak ada makna. Bukan calon yang penting, tapi kemenangan mendapat majoriti yang penting.

“Saya tak boleh guarantee (jamin), tapi itu pengalaman kita, bila tak ada sokongan parti titik Melayu, parti lawan tak pernah menang,” katanya.

Perbetul kerosakan Muhyiddin

Dalam jangka waktu enam bulan, menurut Mahathir, beliau akan berundur setelah Sidang Kemuncak Asia Pasifik (APEC), yang dijadualkan pada bulan November.

“Walaupun APEC mungkin tidak diadakan, tapi lepas APEC, iaitu akhir tahun ini, saya akan letak jawatan.

“Tetapi saya yakin bahawa perkara-perkara yang perlu dilakukan, saya boleh tunjuk cara-cara untuk melakukannya,” katanya.

Sekali lagi, Mahathir menekankan bahawa penting untuk memastikan PH Plus mengalahkan PN terlebih dahulu, dengan mengatakan bahawa mereka mempunyai “banyak kerja” yang harus dilakukan.

Tambahnya, ini kerana PH Plus mempunyai tugas tambahan, iaitu membetulkan kesalahan yang dilakukan pemerintahan Muhyiddin.

Mahathir berkata bahawa ketika PH membentuk kerajaan setelah memenangi pilihan raya umum (PRU) ke-14, mereka telah mengubah amalan meletakkan ahli politik mengetuai entiti yang berkaitan dengan kerajaan, dan menggantinya dengan golongan profesional yang sesuai dengan peranan tersebut.

“(Sekarang) bukan saja kesalahan Najib (Razak) dulu perlu diperbetulkan, tapi kesalahan Muhyiddin ini lebih besar.

“Kita telah tukar dari orang politik kepada (golongan) profesional (dalam mengetuai GLC), orang yang cekap dalam bidang perniagaan dan sebagainya.

‘Sekarang ini dia (Muhyiddin) tukar kepada orang politik balik. Sekali lagi akan berlakulah penyelewengan, curi duit dan sebagainya,” katanya.

Mahathir berkata, jika rancangan PH Plus berjaya untuk mengambil alih semula kerajaan, gabungan itu juga harus melihat campur tangan politik dalam urusan pemerintahan dan sistem kehakiman.

Mahathir berkata bahawa beberapa kes mahkamah telah menyaksikan mereka yang didakwa dengan pengubahan wang haram, rasuah dan curi wang dibebaskan dari tuduhan baru-baru ini.

“Ini kita kena kaji semula. Kerana kalau kita mendapati ada pengaruh politik dalam sesuatu urusan kerajaan, kita mesti mengurangkan pengaruhnya.

“Kerajaan mesti berjalan sesuai dengan tatatertib kerajaan, undang-undang dan peraturan,” katanya.

Berhubung sama ada beliau bersedia memainkan peranan sebagai pembangkang sekiranya tawaran PH Plus tidak berjaya, Mahathir berkata beliau tidak akan mempunyai pilihan kerana beliau tidak bersedia untuk bekerja dengan Muhyiddin.

“Kalau kita tak dapat menang, apa nak buat? Tunggulah pilihan raya. Dalam pilihan raya, rakyat akan tentukan walaupun rakyat akan disogok seperti dulu.

“Sebab cash is king (wang adalah segala-galanya). Slogan itu sudah kembali, didokong orang yang (dulu) menentang.

“(Tapi) saya yakin rakyat umumnya tidak suka amalan cash is king. Seperti mana PRU ke-14, mereka tolah cash is king, saya yakin dalam PRU ke-15 pun (rakyat akan tolak).

“Walaupun banyak duit akan diberi kepada rakyat untuk sokong parti Muhyiddin, Umno dan PAS, saya yakin rakyat tidak akan pilih mereka,” katanya.

PERJUANGAN BELUM SELESAI.

#KGTM
#MMFC

Riba al-Jahiliah

1 JENIS RIBA1 HADI TOTO

Riba al-Jahiliah berlaku apabila sebarang manfaat atau kadar tambahan melebihi pinjaman asal dikenakan apabila bayaran pinjaman dilakukan melebihi tempoh yang ditetapkan sama ada disebabkan kelewatan atau penangguhan.

Boleh juga dikatakan riba al-Jahiliah adalah sebarang denda atau penalti yang dikenakan apabila peminjam lambat atau menangguhkan membayar pinjaman sepertimana tempoh yang ditetapkan.

Riba al-Jahiliyyah boleh berlaku dalam pelbagai bentuk dan contoh situasi bagi riba ini adalah seperti yang berikut:

Contoh #1 Ali meminjam buku daripada perpustakaan dan lewat memulangkan buku tersebut, perpustakaan mengenakan denda dalam bentuk bayaran kepada Ali.

Denda itu adalah riba al-Jahiliyyah.

Selain daripada denda ke atas pinjaman, riba jahiliah juga berlaku ke atas denda kerana lewat menjelaskan bayaran hutang.

Contoh #2
si B meminjam daripada si A dan berjanji akan bayar sepenuhnya dalam tempoh 5 bulan.

Tetapi, si B gagal bayar pada bulan ke 5, sebaliknya bayar pada bulan ke 8, menyebabkan si B didenda atas kelewatan membuat bayaran tersebut.

Denda itu adalah riba al-Jahiliyyah.

Riba ini bukan sahaja berlaku apabila meminjam wang, tetapi juga apabila meminjam barang-barang.

Contoh #3
si C membeli sofa daripada kedai perabot dan membayar secara ansuran.

Tetapi, si C terlepas bayaran beberapa bulan, menyebabkan beliau didenda, maka denda tersebut adalah riba Al-Jahiliyyah.

Dalam contoh lain, katakankan si L membeli komputer daripada si M dengan harga RM 2,000 dan bersetuju membayar secara tunai selepas 30 hari.

Tetapi, selepas 30 hari, si L meminta penangguhan bayaran selama 30 hari lagi disebabkan masalah tertentu.

Si M bersetuju tetapi menetapkan harga baru komputer tersebut sebanyak RM 2,500.

Tambahan harga tersebut adalah riba Al-Jahilliyyah.

secara ringkas berkaitan riba Al-Duyun dan pecahannya Al-Qard dan Jahiliyyah.