Pas Terengganu didakwa sasarkan dana RM30 juta pada PRU 15 untuk menentang UmnoBN.

1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 HARAM TAK KIRA

Pas Terengganu berazam untuk memastikan dalam akaun mereka mempunyai RM30 juta menjelang pilihan raya umum ke 15 nanti.

Menurut sumber, berdasarkan sasaran itulah, semua pemimpin Pas di negeri itu dilihat berusaha dengan gigih bagi memastikan sasaran RM30 juta dicapai.

“Saya diberitahu, sasaran ini bertujuan untuk membolehkan Pas menghadapi pilihan raya ke 15 dengan penuh persediaan,” kata seorang ahli perniagaan kepada Malaysia Dateline.

Menurut sumber itu, beliau sendiri juga disasarkan oleh agen-agen Pas untuk mendapatkan dana pilihan raya itu.

“Setiap projek yang saya dapat akan ada wakil parti yang akan cuba dapatkan sumbangan untuk parti dari saya. Kadang-kadang naik rimas kita,” kata beliau.

Menurutnya, di pejabat Menteri Besar Terengganu, terdapat seorang Pegawai Khas yang dilantik untuk mengumpul dana ini dari projek-projek yang melibatkan kerajaan negeri.

“Kami panggil dia Pegawai Khas Projek,” kata beliau lagi sambil menunjukkan gambar pegawai berkenaan yang sebelum ini berserban dan jubah sudah bertukar watak.

Selain pejabat MB, Exco dan Adun, turut berusaha “mengumpulkan dana” ini adalah para anak-anak wakil rakyat dan pemimpin kerajaan negeri.

“Baru-baru ini saya diminta RM150,000 dari satu cadangan projek. Terkejut saya. Adakah benar untuk parti atau untuk individu berkenaan,” kata beliau lagi.

Ekoran itu, ahli perniagaan itu telah menarik diri dari terlibat dalam cadangan projek itu.

Keghairahan usaha untuk mengumpulkan dana ini menyebabkan sesetengah ahli perniagaan di negeri ini menyifatkan apa yang berlaku terlalu teruk bahkan lebih teruk dari apa yang berlaku semasa Umno mentadbir negeri ini.

“Apa yang berlaku ini sudah lebih teruk dari masa BN dulu. Tak padan dengan parti Islam,” kata seorang ahli perniagaan lain.

Pas Terengganu didakwa sasarkan dana RM30 juta untuk PRU 15

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s