FORMULA TERBAIK DARI DAP UNTUK PH

1 129 MP

EKSKLUSIF | DAP hari ini mendedahkan perancangan berkenaan kebuntuan dalam “PH plus” dalam soal calon perdana menteri.

Menurut Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke, beberapa minggu ini PH dan sekutunya telah meneroka dua kombinasi pilihan bagi jawatan perdana menteri dan timbalan perdana menteri.

Kombinasi pertama melibatkan Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dan Mukhriz Mahathir sebagai timbalannya.

Bagaimanapun ia tidak menerima sokongan daripada sekutu PH, justeru cadangan baru dibangkitkan, iaitu menggandingkan Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dengan Anwar sebagai timbalannya.
Menurut Loke, ketika mesyuarat “PH plus” pada 9 Jun, kedua-dua pilihan itu dibincangkan dengan Warisan membantah kombinasi Anwar-Mukhriz dan Mahathir mencadangkan beliau diberi masa enam bulan untuk memimpin.

Kemudian satu mesyuarat susulan dibuat pada 13 Jun untuk meneliti pilihan kedua iaitu menggandingkan Mahathir bersama Anwar selepas kombinasi Anwar – Muhkriz menemui jalan buntu.

Kata Loke, dengan pilihan gandingan Mahathir – Anwar itu, mereka menyerahkan kepada presiden PKR berkenaan untuk membuat keputusan sama ada menerimanya atau tidak.

“Tarikh akhir sepatutnya semalam. Tetapi sehingga kini kita tidak mendengar apa-apa dari Anwar secara rasmi. Ini adalah kedudukannya sekarang,” katanya.

Dengan mengambil kira perkara itu, Loke menggesa PKR agar tidak berlengah dan menyatakan pendirian berkenaan perkara itu.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini hari ini, bekas menteri pengangkutan itu berkata PKR sepatutnya menyatakan pendiriannya semalam (16 Jun) tetapi setakat ini ia belum disampaikan.
Katanya, penting untuk PKR menyatakan sama ada parti itu bersetuju atau tidak dengan cadangan itu.

“Perlu ada hala tuju jelas berkenaan langkah ke hadapan. Tidak boleh ada ketidakpastian…Sebaik saja kita buat keputusan, kita boleh melangkah ke depan. Inilah pendirian DAP.

“Kami memutuskan untuk bercakap (secara terbuka) hari ini kerana kami mahukan keputusan. Kami mahu tarikh akhir ditepati dan tidak mahu sebarang kepimpinan yang tidak tegas dalam PH,” katanya.

Terdahulu hari ini, Anwar memohon maaf bagi pihak PH kerana belum dapat memuktamadkan calon perdana menteri.

‘Warisan bantah kombinasi Anwar-Mukhriz’

Sementara itu, Loke berkata beliau diberi kuasa oleh DAP untuk menyatakan secara terbuka perincian rundingan dalam “PH plus” kerana tarikh akhir 13 Jun untuk PKR sudah berlalu.

“Kini masanya untuk meletakkan hal ini dalam perspektif. Kami tidak mahu penyokong kami dalam keadaan terawang-awang. Perlu ada hala tuju jelas daripada kepimpinan. Semua orang keliru dengan apa yang sedang berlaku.

“DAP sedia untuk bercakap kerana tarikh akhir telah berlalu semalam. Kami ada tanggungjawab untuk memaklumkan penyokong, anggota Parlimen dan ahli berkenaan apa yang berlaku dan pendirian parti,” katanya lagi.
Loke menjelaskan bahawa DAP konsisten menyokong Anwar sebagai calon perdana menteri sejak 7 Januari 2018, ketika Bersatu menyertai PH.

Pada hari itu, penandatangan untuk keempat-empat parti menyatakan mereka menyokong Mahathir sebagai perdana menteri dan Anwar akan menggantinya.

Sebaik saja selepas “Langkah Sheraton”, kata Loke, PH sekali lagi menegaskan sokongan kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru tetapi ketua pembangkang itu tidak dapat menarik sokongan yang mencukupi.

Susulan itu, PH setuju untuk menyokong Mahathir sebagai perdana menteri baru, tetapi ia sudah terlambat memandangkan Istana Negara telah memutuskan pada 29 Februari bahawa Muhyiddin Yassin memiliki cukup sokongan untuk menjadi perdana menteri baru.

Selepas pertukaran kerajaan, Loke berkata parti-parti dalam PH serta sekutu mereka meneroka kemungkinan untuk membentuk semula kerajaan demi memenuhi mandat pengundi.

Katanya, mengambil langkah sebaliknya merupakan suatu yang tidak bertanggungjawab.

“Bagi DAP, kami tidak boleh mengecewakan penyokong kami. Jadi kami perlu mendapatkan semula mandat rakyat.

“Kami tidak akan kata kami sedia untuk kekal sebagai pembangkang kerana rakyat mengundi PH untuk menjadi kerajaan.

“Mandat kami telah diambil, maka kami perlu cuba yang terbaik untuk mendapatkannya semula,” katanya lagi.

Ketika peringkat awal perbincangan, Loke berkata PH telah mencadangkan kombinasi Anwar-Mukhriz tetapi Warisan tidak setuju dan maka kombinasi Mahathir-Anwar dibangkitkan.
Shafie Apdal
Beliau berkata Warisan tegas mahu Mahathir memimpin kerana parti itu percaya beliau mampu mendapat jumlah sokongan yang diperlukan untuk membentuk majoriti.

Mahathir juga mencadangkan beliau diberi enam bulan untuk memimpin sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

“Bagi kami, dua pilihan telah pun dibincangkan oleh PH, dan pendirian alternatif (fallback position) kami adalah untuk Mahathir memimpin dan kemudian Anwar mengambil alih selepas satu sela masa.

“Selepas keputusan itu, kami memutuskan bahawa kini terpulang kepada Anwar sama ada beliau setuju atau tidak. Tarikh akhir sepatutnya semalam. Setakat ini kami belum mendengar apa-apa keputusan daripadanya,” katanya lagi.

PRU KE-15 LEBIH MENJIJIKKAN KERANA DIBINA MELALUI PINTU BELAKANG ?

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 HARAM TAK KIRA

PH tak akan menang dlm PRU 15 dgn mengharapkan pertembungan yg akan berlaku seperti lain2 PRU. Politik pilihanraya telah masuk era yg lebih rencam dgn pelbagai tipu helah. Jika hanya menunggu akan lebih banyak MP yg dibeli oleh PN dan menguatkan kedudukan mereka serta menggoyangkan kerajaan negeri PH plus. Jangan buang masa dengan retorik pilihanraya bersih. Cara PN berpolitik pintu belakang hendaklh di lawan dgn pintu belakang sementara pintu masih ada sebelum PRU 15 untuk membersih semula kekotoran politik hari ini. Anwar tak perlu risau tentang PM in waiting kerana sudah memang haknya Dan hanya perlu kukuhkan kedudukannya dlm parlimen untuk mengesahkan beliau nanti cukup sokongan yg padu.

Dr M, Mukhriz, 4 lagi gagal kekal keahlian, jawatan dalam Bersatu

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 MUSA AMAN 991 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 KATAK BEROMEN1 HARAM TAK KIRA

Dr Mahathir Mohamad, anaknya Mukhriz dan empat lagi gagal dalam mengekalkan kedudukan keahlian dan jawatan mereka dalam Bersatu selepas Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan mereka untuk injuksi ad-interim.

Keenam-enam mereka, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Dr Maszlee Malik, Amiruddin Hamzah dan Marzuki Yahya telah memohon perintah ad-interim bagi mengekalkan kedudukan masing-masing, sementara menunggu permohonan injuksi utama kedua-dua pihak didengar pada 9 Julai ini.

Hakim Rohani Ismail menolak permohonan injuksi ad-interim untuk beberapa deklarasi sementara menunggu perbicaraan injuksi inter parte berhubung saman mereka terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dan dua lagi.

Pada 9 Jun, Dr Mahathir, Mukhriz, Syed Saddiq, Dr Maszlee, Amiruddin, Marzuki dan parti itu sendiri telah mengemukakan saman terhadap Muhyiddin, yang juga presiden Bersatu dan pemangku pengerusi; Setiausaha Agung, Hamzah Zainudin; Setiausaha Kerja, Kapten (B) Muhammad Suhaimi Yahya dan Ketua Pengarah ROS, Masyati Abang Ibrahim sebagai defendan, terhadap pembatalan keanggotaan mereka dalam Bersatu bulan lepas.

Peguam Muhyiddin, Rosli Dahlan (gambar, bawah) memberitahu pemberita bahawa kesemua enam plantif yang mendakwa bahawa mereka masih anggota parti berkenaan tidak memperoleh injuksi ad-interim yang mereka tuntut.

Mahkamah selepas melihat kepada hujah semua pihak membuat keputusan bahawa imbangan prinsip perundangan tidak mewajarkan ia dibenarkan berdasarkan kepada nas dan prinsip perundangan.

“Jadi status quo kekal hari ini, jadi kedudukan kami ialah mereka bukan lagi ahli parti itu disebabkan tindakan dan tingkah laku mereka sendiri, bukannya daripada tindakan kami atau Bersatu yang menamatkan keahlian mereka,” katanya kepada pemberita selepas prosiding di kamar.

Peguam itu juga berkata bahawa anak guamnya dengan tiga lagi defendan telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan saman yang difailkan terhadap mereka dan mahkamah akan mendengar perkara itu juga pada 9 Julai.

‘Bersatu tak boleh dinamakan sebagai plaintif’

Beliau menjelaskan bahawa permohonan untuk pembatalan itu antara lain berhubung dengan kedudukan perundangan bahawa Bersatu tidak boleh dinamakan sebagai plaintif dalam saman itu kerana ia adalah salah.

Ända tidak boleh menjadikan sebuah pertubuhan sebagai plaintif, sebaliknya ia perlu sebagai defendan kerana anda memperkatakan pertubuhan itu sebahagian daripada yang melakukan kesalahan, katanya dan menambah bahawa permohonan itu difailkan semalam.

Rosli selanjutnya berkata, defendan juga memohon untuk membatalkan keseluruhan tindakan kerana ia adalah satu tindakan buruk, remeh, menjengkelkan, melampau dan penyalahgunaan proses mahkamah, dan Dr Mahathir dan plaintif yang lain tidak mempunyai locus standi untuk memfailkan tindakan undang-undang.

Sementara itu, peguam Dr Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla (gambar, atas)  memberitahu pemberita bahawa hari ini ditetapkan untuk perbicaraan bagi permohonan mereka untuk pelbagai perintah sementara.

“Malangnya kerana terdapat keperluan mendesak perkara itu telah difailkan minggu lepas, defenden memerlukan masa untuk memfailkan afidavit dan penyerahan,” katanya

Mohamed Haniff berkata, mereka mendapatkan perintah sementara agar status quo plantif dalam parti itu mulai hari ini perlu diterima agar tidak ada kerosakan sehingga perkara itu didengar pada 9 Julai.

Dalam penyataan tuntutan, Dr Mahathir, plaintif pertama, memohon pengisytiharan yang beliau adalah ahli dan pengerusi Bersatu yang sah dan beliau kini pengerusi yang telah memenangi jawatan itu tanpa bertanding pada pemilihan Bersatu akan datang.

Mukhriz memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah ahli dan timbalan presiden Bersatu yang sah dan calon sah untuk pemilihan Bersatu akan datang.

Syed Saddiq memohon satu pengisytiharan bahawa beliau adalah ahli dan Ketua Armada Bersatu yang sah manakala Maszlee dan Amiruddin memohon pengisytiharan bahawa mereka juga ahli parti yang sah dan Marzuki memohon pengisytiharan bahawa beliau adalah setiausaha agung Bersatu yang sah.

Para plaintif berkenaan juga memohon pengisytiharan bahawa semua surat pemberhentian yang ditandatangani Muhammad Suhaimi bertarikh 28 Mei lepas dan pengesahan melalui mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti bertarikh 4 Jun lepas adalah tidak sah dan terbatal.

Plaintif juga memohon perisytiharan bahawa keahlian Muhyiddin, Hamzah dan Muhammad Suhaimi di dalam Bersatu adalah terlucut, berkuat kuasa pada 28 Feb, 2020 dan/atau 29 Feb, 2020, menurut Fasal 10.2.3 perlembagaan parti.

Yang turut dimohon, perisytiharan bahawa Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966 adalah tidak terpakai untuk menghalang pelupusan pertikaian berkenaan oleh mahkamah dan bahawa Fasal 10.2.6 Perlembagaan Bersatu tidak terpakai di atas hal melucutkan/ memberhentikan keahlian semua plaintif.

Mereka juga memohon perintah injunksi dikeluarkan kepada ROS untuk membuat pendaftaran atau pembetulan ke atas semua dokumen Bersatu seperti diperintahkan mahkamah secara serta merta, ganti rugi am dan relif lain difikirkan wajar oleh mahkamah.

 Bernama

Malaysia sebuah negara yang amat malang di zaman Pintu Belakang (PN).

 

SURAT TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA

Ada yang tidak kena di Parlimen Malaysia sekarang ini sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

2. Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum dan juga para senator perlu menyedari perkara yang tidak kena itu. Satu jalan mundur yang berbahaya sedang cuba dibawa oleh PM Muhyiddin Yassin. Jika tidak diperbetulkan mulai sekarang akan menghancurkan institusi Parlimen di Malaysia.

3. Pada mulanya, Kerajaan PH yang lalu melalui surat bertarikh 7 Oktober 2019 ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat ketika itu Datuk Roosme Binti Hamzah memaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Takwim Bagi Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas Tahun 2020 ditetapkan selama 24 hari bermula 9 Mac hingga 16 April 2020.

4. Tetapi Kerajaan PH tumbang pada 24 haribulan Februari 2020. Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah Perdana Menteri pada 1 haribulan Mac 2020. Kabinet dibentuk beberapa hari kemudiannya. Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin telah memutuskan supaya Takwim Parlimen Bagi Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas Tahun 2020 yang dijadualkan bermula pada 9 Mac 2020 telah dipinda ke tarikh baharu selama 15 hari bermula dari 18 Mei hingga 23 Jun 2020 bagi Dewan Rakyat (Surat Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 4 Mac 2020). Notis Penangguhan Mesyuarat tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat yang baru Riduan Bin Rahmat, juga bertarikh 4 Mac 2020.

5. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan oleh Kerajaan PN bermula pada 18 haribulan Mac 2020. Keputusan Kerajaan menangguhkan sidang parlimen kepada 18 Mei 2020 diterima dengan sangka baik dan menasabah memandangkan penularan wabak penyakit Covid-19 yang membimbangkan.

6. Pada 17 April 2020 keluar satu Notis Pemberitahuan dari Setiausaha Dewan Rakyat dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 9(2)(a) iaitu Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan diadakan pada 18 Mei 2020 hanya satu hari mesyuarat sahaja.Ini bermakna ketetapan untuk mengadakan mesyuarat selama 15 hari dari 18 Mei hingga 23 Jun 2020 dibatalkan.

7.Di dalam Notis bertarikh 17 April 2020 dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Rakyat bahawa pada 18 Mei 2020, jam 10.00 pagi dilakukan Istiadat Perasmian Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Selepas keberangkatan Yang di-Pertuan Agong meninggalkan Majlis, maka Mesyuarat Dewan Rakyat selama satu (1) hari itu akan bermula.Dinyatakan juga di dalam surat tersebut bahawa persidangan Dewan Rakyat akan diadakan bagi membincangkan Rang Undang-Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja. Selanjutnya dimaklumkan bahawa TIADA sesi pertanyaan Jawab Lisan, tiada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, tiada Usul-Usul daripada Ahli-ahli Parlimen.

8. Pemimpin parti-parti dari blok pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Mohamad Sabu, Presiden Amanah dan Dato’ Shafie Afdal, Presiden Warisan telah menghantar notis permohonan bersama kepada Speaker Dewan Rakyat menuntut supaya jumlah hari Parlimen bersidang ditambah kerana satu hari bersidang itu terlalu suntuk dan tidak menasabah. Banyak perkara perlu dibahaskan seperti perlaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan pemulihan ekonomi serta usaha-usaha pencegahan wabak penyakit Covid-19.

9. Pertubuhan-pertubuhan madani atau Civil Societies seperti ALIRAN juga telah membuat petisyen kepada Speaker Parlimen supaya hari bersidang pada 18 Mei 2020 itu ditambah jumlah hari yang menasabah supaya cukup masa untuk membincangkan dan membahaskan isu-isu penting sejak tertubuhnya Kerajaan baru PN pada awal Mac 2020.

10. Adalah tugas Parlimen untuk menyemak dan meneliti dasar-dasar dan tindakan kerajaan yang memerintah selaku pihak Eksekutif. Tempat semakan dan penelitian itu ialah di parlimen.Parlimen bukanlah tempat adat istiadat dan pentas rasmi-rasmian sahaja.Parlimen adalah tempat cabang perundangan atau legislatif melakukan semakan ke atas Eksekutif yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

11.Pagi tadi 14 haribulan Mei 2020 apabila saya datang ke Parlimen untuk menjalani Ujian wajib Covid-19 bagi setiap Ahli Parlimen untuk hadir Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen pada 18 Mei ini telah diserahkan kepada saya satu surat atau Notis bertarikh 13 Mei 2020 yang ditandatangani oleh Riduan Bin Rahmat, Setiausaha Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa YAB. Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan Tuan Yang di-Pertua pada 12 Mei 2020 di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) dan 15(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas yang akan berlangsung pada Isnin, 18 Mei 2020 jam 10.00 pagi hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selanjutnya disebut di dalam Notis itu ialah Tiada sidang selepas Titah Diraja. Notis bertarikh 13 Mei 2020 mrupakan notis terbaru yang membatalkan Notis bertarikh 17 April 2020. Soalan saya: Berapa banyak kali penangguhan, pindaan dan pembatalan hendak dilakukan ke atas suatu persidangan Parlimen yang penting ini?

12.Pada hemat saya, pindaan terbaru ini adalah pindaan yang ketiga.Pindaan ini dibuat dengan tergesa-gesa dan tidak mengikut kaedah peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, kerana tempoh Notis dikeluarkan tidak mematuhi syarat.Jika pada peringkat awal saya bersangka baik tentang perubahan tarikh Sidang Parlimen tetapi dengan pindaan-pindaan yang tidak masuk akal ini, saya mulai berasa syak wasangka.Ada niat tidak baik atau ‘’malice’’ di pihak Perdana Menteri Mahyuddin Yassin dan Kerajaan PN.

13. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakan kuasanya sebagai Ketua Majlis Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya mengubah agenda mesyuarat Parlimen. Ini tidak betul.

14. Sekarang jelas pada saya bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah melanggar konvensyen prinsip Pengasingan Kuasa (Separation of Powers) dalam institusi bekerajaan di negara kita. Muhyiddin yang mengetuai Cabang Eksekutif sebagai Perdana Menteri mestilah menghormati institusi Speaker dan juga Parlimen terutamanya Dewan Rakyat yang seramai 222 orang dipilih oleh rakyat melalui suatu pilihanraya umum berdasarkan Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan.

15. Di dalam Notis terbaru bertarikh 13 Mei 2020 yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat telah merujuk YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat. Saya lihat inilah yang menjadi punca masalah.Justeru itu Parlimen Malaysia perlu melakukan reformasi.Bagaimana kita hendak menjadikan Parlimen Malaysia suatu institusi perundangan atau legaslatif yang bebas, merdeka dan berwibawa sekiranya di dalam buku peraturan mesyuarat Dewan Rakyat atau Standing Order bahawa Perdana Menteri diberi kedudukan sebagai Ketua Majlis Dewan Rakyat? Siapa yang jadi ketua di Dewan Rakyat, Speaker atau Perdana Menteri? Sudah 63 tahun amalan berjalan di mana Perdana Menteri diangkat menjadi Ketua Majlis Dewan Rakyat yang menentukan perjalanan Dewan Rakyat.

16. Di dalam konvesyen prinsip Pengasingan kuasa, tiga badan iaitu Parlimen (legislatif atau perundangan), Kerajaan (Eksekutif) dan Kehakiman (Judiciary) mempunyai bidang kuasa masing-masing yang perlu dihormati dan dijaga serta tidak menceroboh bidang kuasa pihak yang lain.

17. Sebagai contoh, Perdana Menteri tidak boleh melakukan sesuka hati mengikut kehendaknya terhadap sistem kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim Negara adalah ketua institusi kehakiman.Sebarang pencerobohan pihak Eksekutif terhadap kebebasan Mahkamah akan dianggap sebagai perbuatan menghina mahkamah, suatu kesalahan yang boleh mengundang hukuman di sudut jenayah.

18. Tetapi kenapa dibiarkan di dalam institusi Parlimen suatu kedudukan yang bercanggah di mana Perdana Menteri diberi kedudukan sebagai Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat? Di mana kuasa Speaker Dewan Rakyat?

19. Kita menyedari bahawa Parlimen Malaysia tidak mempunyai status ‘’supremacy of parliament’’ seperti Parlimen di United Kingdom. Di Malaysia, yang ‘’supremacy’’ ialah Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, ahli-ahli Parlimen Malaysia perlu melakukan reformasi ke atas institusi Parlimen supaya kuasa Perdana Menteri menentukan urusan di parlimen ditamatkan.

20. Lihat betapa mencengkamnya kuasa Perdana Menteri Malaysia. Ini mengancam konvensyen prinsip pengasingan kuasa. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekarang Perdana Menteri PN. Beliau mengetuai Eksekutif dan mengetuai Kabinet. Menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang juga merupakan ahli parlimen frontbenchers adalah terikat dengan Perdana Menteri Muhyiddin di bawah prinsip collective responsibility bagi kabinet.Ertinya, menteri-menteri dan timbalan menteri tidak boleh bercanggah pendirian dengan Perdana Menteri di Parlimen. Jika hendak melawan pendirian Perdana Menteri, mereka terpaksalah terlebih dahulu meletakkan jawatan.
21. Ramai ahli-ahli Parlimen PN sekarang yang tidak menjadi menteri atau timbalan menteri dilantik menjadi ketua-ketua GLC atau agensi-agensi penting kerajaan. Ini satu cara lagi PM Muhyiddin Yassin mengikat ahli-ahli parlimen PN dan menutup mulut serta suara mereka dari mengkritik dan menentang kerajaan PN dan Muhyiddin Yassin sendiri sebagai Perdana Menteri.

22.Tidak tahu sebenarnya berapa ramai anggota parlimen yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Cukupkah 112 orang? Adakah 114 orang? Berapa jumlah sebenarnya yang Muhyiddin Yassin ada sokongan dari kalangan ahli parlimen di Dewan Rakyat untuk beliau layak dan sah menjadi Perdana Menteri.Sangat malang jika Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak sah taraf sebagai Perdana Menteri kerana terdapat was-was, kekaburan, tidak pasti dan tidak telus boleh dihitung. Tempat sebenar untuk mempastikan sokongan ahli parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 lalu ialah di Parlimen.Ujian ini Muhyiddin perlu lalui. Jika ia lulus baik untuknya dan juga PN.Jadilah Perdana Menteri dan Kerajaan sehingga tamat penggal keempat belas Parlimen sekarang, sebelum Pilihanraya umum ke-15 sekiranya anda ada majoriti sah yang cukup.

23. Perlu diingat satu usul tidak percaya terhadap PM Muhyiddin Yassin telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad. Usul itu telah diterima oleh Speaker Dewan Rakyat sebagai satu agenda mesyuarat Parlimen yang akan diadakan pada 18 Mei 2020 ini. Sama ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyidddin Yassin itu akan dibentangkan pada 18 Mei ini atau akan ditangguhkan kepada mesyuarat selanjutnya bermula pada 13 Julai sepatutnya ditentukan oleh Speaker bukannya Perdana Menteri.Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin takut dengan bayang-bayangnya sehingga mesyuarat Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk mendengar Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong? Selepas itu Dewan Rakyat ditangguhkan dan semua ahli-ahli parlimen balik ke kawasan masing-masing dan Perdana Menteri selamat dari berdepan dengan ahli parlimen pembangkang yang ada pelbagai usul untuk dibawa, selain usul tidak percaya itu.Hendak jadi apa Parlimen Malaysia kini di bawah Muhyiddin Yassin?
24. Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya menyeru rakan-rakan ahli parlimen seluruhnya, sama ada dari PH dan blok pembangkang, juga dari kalangan ahli parlimen PN di pihak kerajaan sekarang supaya menegur dan membetulkan tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang cuba mengawal Parlimen sehingga akhirnya nanti Parlimen Malaysia hanya akan menjadi semacam boneka dan rubber stamp sahaja.

25. Parlimen Malaysia mesti diselamatkan dan diangkat maruahnya, kebebasannya dan kedaulatannya supaya benar-benar menjadi suatu institusi perundangan atau legislatif yang menjadi punca kuasa bagi menggubal undang-undang, meminda perlembagaan, memansuhkan undang-undang yang lapuk dan zalim, meluluskan belanjawan dan cukai, menggubal dasar-dasar penting negara serta menjadi badan yang menyemak dan menilai prestasi dan tindakan kerajaan atau pihak Eksekutif.

26. Runtuhnya institusi Parlimen di negara kita ini, jika tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibendung dari awal akan membawa keruntuhan demokrasi yang telah dibina oleh rakyat dan pemimpin terdahulu selama lebih 63 tahun.

27. Cabaran adalah kepada seluruh Ahli Parlimen di Malaysia sekarang. Berdiam diri membisu atau berbuat sesuatu? Menyerah kalah kepada sebarang bentuk kediktatoran yang berselindung dibawah jubah institusi parlimen yang terkongkong bukanlah suatu option.

Hassan Abdul Karim
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Hubungan Negeri-Negeri dan Persekutuan

Ahli Parlimen Pasir Gudang
Khamis, 14 haribulan Mei 2020

Kerusi tradisi kepala bapak MCA yang menang – Mohd Ridhuan Tee Abdullah

 

Kerusi tradisi kepala bapak MCA yang menang

Masih ingat artikel saya dua hari lepas pasal MCA. Hari ini meletup. Apabila baru satu isu kerusi parlimen majoriti Melayu yang ditandingi oleh MCA dibangkitkan seperti Tanjung Malim, tiba-tiba MCA seperti cacing kepanasan, mengatakan, itu kerusi tradisinya. Memberikan gambaran, jangan ada yang berani usik. Walaupun dia kalah.

Ini belum termasuk kerusi bapaknya yang lain kawasan majoriti Melayu yang dia gagal untuk menang seperti kerusi tradisi bapak MCA PRU14

Kuantan 67% Melayu – MCA kalah
Alor Setar 64% Melayu – MCA kalah
Alor gajah 61% Melayu – MCA Kalah
Padang Serai 59% Melayu – MCA kalah
Ayer Hitam 58% Melayu – MCA menang undi Melayu
Tanjung Piai 57% Melayu – MCA kalah PRU14, menang PRK undi Melayu
Tanjung Malim 56% Melayu – MCA kalah
Ampang 56% Melayu – MCA kalah
Selayang 53% Melayu – MCA kalah
Raub 52% Melayu – MCA kalah

Jangan kira lagi kawasan Melayu hampir 50 peratus yang ditandingi MCA atas nama kerusi tradisi seperti, Bangi (49% Melayu), Seremban (49% Melayu), Tebrau (48% Melayu), Bentong (47%) Melayu, Petaling Jaya (47% Melayu), Pandan (46% Melayu). Kalau kerusi ini nak diberikan kepada MCA, saya masih bolehlah terima. Tetapi bukan kerusi majoriti Melayu 52% ke atas.

Jika tanya pada saya, kerusi parlimen Ayer Hitam pun dia tidak layak untuk bertanding. Kerana kemenangannya dalam hasil sokongan Melayu. PRU15 belum tentu presidennya boleh menang.

Maaflah kali ini guna bahasa kasar kelapa atuk, dan kepala bapak. Jika itu kerusi tradisi atuk dan bapak MCA, kenapa kamu lingkup dalam PRU14. Dasar tak tahu malu, kekuatan tak ada, tumpang undi Melayu untuk menang, kemudian nak berlakon jadi hero.

PN tanpa parti ultra kiasu ini, pastikan akan menang di kawasan majoriti Melayu pada PRU15 akan datang. Kerusi majoriti Melayu separa dan luar bandarlah yang paling banyak di parlimen. Justeru, kenapa mahu menempa kekalahan lagi dengan memberikan kepada MCA. Menangpun MCA tidak menguntungkan Islam.

Saya ingin ingatkan parti ultra kiasu yang tidak ada kekuatan ini, kerusi kamu yang sebenar adalah di kawasan majoriti Cina. Pergi main jauh-jauh kat sana, jangan kat kacau kat sini. Begitu banyak kerusi parlimen dan DUN majoriti Cina, kawasan majoriti Melayu yang kamu idamkan.

Kamu, MCA ultra kiasu pasti akan kalah jika PH meletakkan calonnya, tanpa sokongan orang Melayu (UMNO dan PAS). Ingatan saya kepada UMNO dan PAS, jika kamu menangkan juga MCA di sana, bertambah lagi kerusi dia, makin bongkak dan ultra kiasu dia. Dia akan minta macam-macam. Makin ultra kiasu dia. Makin kuat dia mengguris dan menghiriskan hati hati umat Islam Melayu seperti sebelum ini.

Masuklah bertanding wahai UMNO, jangan pedulikan MCA. Biarlah MCA tidak mengundi calon UMNO di Tanjung Malim. Tak apa. UMNO tetap akan menang walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru. Undi solid UMNO dan PAS sudah cukup untuk memenangkan calon UMNO di sana. Percayalah, terlalu sukar untuk untuk Cina undi MCA, walaupun MCA parti Cina tulin. Cina tetap pilih DAP.

Pandai kamu MCA nak menumpang tuah hasil Muafakat Nasional. Nanti bila kamu menang lebih kerusi, lagi kuat kuasa ugut kamu dalam PN. Kamu pulak jadi ‘king maker’, ketika itu MCA akan menjadi semakin kuat, malah terduduklah UMNO dan PAS dalam MN

Lebih elok PN mendekati Parti Cinta Malaysia (PCM) yang boleh menjadi wakil orang Cina. Parti ini lebih mesra Melayu dan Islam, dan tidak pernah mengguris dan melukai hati-hati Melayu dan Islam. MCA, seperti menyimpan biawak hidup, Melayu Islam menangkan dia, dia lawan balik Melayu Islam. Malah, dia menjadi rasis, secina-cinanya. Berbaloikah menyimpan biawak hidup ini

KERAJAAN MUHYIDDIN

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 TSMY BERDOA1 MELAYU BODOH1 MALAYSIA RASUAH 1

 

KERAJAAN MUHYIDDIN (II)
16 Jun 2020

1. Di waktu Malaysia memilih sistem demokrasi, harapan rakyat ialah Kerajaan Malaysia akan terdiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat.

2. Inilah yang berlaku dalam PRU 14, apabila Kerajaan Kleptokrasi dijatuhkan dan parti-parti yang menentang kleptokrasi diangkat oleh rakyat untuk mendiri Kerajaan Malaysia.

3. Tetapi sekarang kita dapati parti yang ditolak oleh rakyat berjaya merampas kuasa dan mendiri Kerajaan.

4. Ini berlaku kerana parti yang ditolak oleh rakyat berjaya menakutkan sebilangan dari ahli politik Pakatan Harapan (PH), khususnya ahli parti Bersatu, bahawa Kerajaan PH dikuasai oleh parti DAP dan DAP akan hancurkan orang Melayu. Untuk menghalang dari ini berlaku Kerajaan hendaklah terdiri daripada Melayu Islam.

5. Presiden Bersatu melihat peluang untuk jadi Perdana Menteri jika Bersatu jatuhkan Kerajaan PH dan Bersatu menyertai gabungan baru bersama parti kleptokrat untuk dirikan Kerajaan baru.

6. Mungkin ada pemimpin Bersatu yang percaya bahawa DAP boleh hancurkan orang Melayu sehingga mereka sanggup jatuhkan Kerajaan PH, tetapi ramai yang nampak peluang daripada penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (yang belum ada) untuk jadi Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya.

7. Hari ini kita tahu bahawa untuk mendapat sokongan, Muhyiddin menawar jawatan kepada mereka yang lebih utama perolehan untuk diri sendiri dari perjuangan. Mereka ini sanggup lupa akan sebab mereka dipilih oleh rakyat. Mereka tidak pun berasa terhutang budi kepada rakyat. Yang mereka nampak ialah peluang dan upah dari tawaran oleh Muhyiddin. Untuk ini mereka sanggup bekerjasama dan mendukung kleptokrat yang kononnya mereka benci dahulu.

8. Dengan tindakan mereka ini ramai dalam Kerajaan Muhyiddin terdiri dari perasuah yang utamakan diri sendiri. Hampir semua yang menganggotai Kerajaan Muhyiddin terdiri dari mereka yang utamakan tawaran jawatan dan upah yang lumayan. Perjuangan untuk hapuskan kleptokrat dilupakan. Sebaliknya terdapat sokongan oleh mereka untuk bebas kleptokrat yang sekarang menjadi rakan mereka.

9. Amat malang bagi rakyat yang telah kalahkan parti kleptokrat, tetapi sekarang sekali lagi mendapat Kerajaan Kleptokrat melalui pintu belakang.

10. Jika Melayu hendak dihancur, Kerajaan Kleptokrat seperti inilah yang akan hancur mereka. Betapa tidak. Kehendak rakyat mudah digugurkan. Dan Kerajaan pemimpin mereka yang mudah mungkir janji, yang utamakan kepentingan diri, yang mudah terpengaruh jawatan dan upah, yang kebanyakan tidak mempunyai kelayakan selain dari menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Kerajaan seperti ini akan rosakkan dan hancurkan negara termasuk orang Melayu.

11. Hari ini tokoh-tokoh di antara penyokong Muhyiddin ke sana ke sini untuk menawar jawatan dan wang untuk menambah sokongan. Siapa yang menolak tawaran mereka akan diugut dan didera.

12. Saya ucap syabas kepada mereka yang berani tolak tawaran Muhyiddin dan sanggup digugur dari parti (secara tidak sah) dan kehilangan pelbagai peruntukan untuk kawasan.

13. Orang seperti ini sahaja yang boleh selamatkan negara dan orang Melayu.

14. Percayalah mereka yang sanggup menjual diri mereka, mereka yang terima “cash is king”, mereka ini akan hancurkan negara bersama orang Melayu.

15. Inilah mereka yang mendiri Kerajaan sekarang.

http://chedet.cc/?p=3097

 

KERAJAAN MUHYIDDIN (II)
16 Jun 2020

1. Di waktu Malaysia memilih sistem demokrasi, harapan rakyat ialah Kerajaan Malaysia akan terdiri oleh mereka yang dipilih oleh rakyat.

2. Inilah yang berlaku dalam PRU 14, apabila Kerajaan Kleptokrasi dijatuhkan dan parti-parti yang menentang kleptokrasi diangkat oleh rakyat untuk mendiri Kerajaan Malaysia.

3. Tetapi sekarang kita dapati parti yang ditolak oleh rakyat berjaya merampas kuasa dan mendiri Kerajaan.

4. Ini berlaku kerana parti yang ditolak oleh rakyat berjaya menakutkan sebilangan dari ahli politik Pakatan Harapan (PH), khususnya ahli parti Bersatu, bahawa Kerajaan PH dikuasai oleh parti DAP dan DAP akan hancurkan orang Melayu. Untuk menghalang dari ini berlaku Kerajaan hendaklah terdiri daripada Melayu Islam.

5. Presiden Bersatu melihat peluang untuk jadi Perdana Menteri jika Bersatu jatuhkan Kerajaan PH dan Bersatu menyertai gabungan baru bersama parti kleptokrat untuk dirikan Kerajaan baru.

6. Mungkin ada pemimpin Bersatu yang percaya bahawa DAP boleh hancurkan orang Melayu sehingga mereka sanggup jatuhkan Kerajaan PH, tetapi ramai yang nampak peluang daripada penubuhan Kerajaan Perikatan Nasional (yang belum ada) untuk jadi Menteri, Timbalan Menteri dan sebagainya.

7. Hari ini kita tahu bahawa untuk mendapat sokongan, Muhyiddin menawar jawatan kepada mereka yang lebih utama perolehan untuk diri sendiri dari perjuangan. Mereka ini sanggup lupa akan sebab mereka dipilih oleh rakyat. Mereka tidak pun berasa terhutang budi kepada rakyat. Yang mereka nampak ialah peluang dan upah dari tawaran oleh Muhyiddin. Untuk ini mereka sanggup bekerjasama dan mendukung kleptokrat yang kononnya mereka benci dahulu.

8. Dengan tindakan mereka ini ramai dalam Kerajaan Muhyiddin terdiri dari perasuah yang utamakan diri sendiri. Hampir semua yang menganggotai Kerajaan Muhyiddin terdiri dari mereka yang utamakan tawaran jawatan dan upah yang lumayan. Perjuangan untuk hapuskan kleptokrat dilupakan. Sebaliknya terdapat sokongan oleh mereka untuk bebas kleptokrat yang sekarang menjadi rakan mereka.

9. Amat malang bagi rakyat yang telah kalahkan parti kleptokrat, tetapi sekarang sekali lagi mendapat Kerajaan Kleptokrat melalui pintu belakang.

10. Jika Melayu hendak dihancur, Kerajaan Kleptokrat seperti inilah yang akan hancur mereka. Betapa tidak. Kehendak rakyat mudah digugurkan. Dan Kerajaan pemimpin mereka yang mudah mungkir janji, yang utamakan kepentingan diri, yang mudah terpengaruh jawatan dan upah, yang kebanyakan tidak mempunyai kelayakan selain dari menyokong Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, Kerajaan seperti ini akan rosakkan dan hancurkan negara termasuk orang Melayu.

11. Hari ini tokoh-tokoh di antara penyokong Muhyiddin ke sana ke sini untuk menawar jawatan dan wang untuk menambah sokongan. Siapa yang menolak tawaran mereka akan diugut dan didera.

12. Saya ucap syabas kepada mereka yang berani tolak tawaran Muhyiddin dan sanggup digugur dari parti (secara tidak sah) dan kehilangan pelbagai peruntukan untuk kawasan.

13. Orang seperti ini sahaja yang boleh selamatkan negara dan orang Melayu.

14. Percayalah mereka yang sanggup menjual diri mereka, mereka yang terima “cash is king”, mereka ini akan hancurkan negara bersama orang Melayu.

15. Inilah mereka yang mendiri Kerajaan sekarang.

http://chedet.cc/?p=3097

Tip Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai.

1 PAS AKHLAK BURUK

Tip Bagaimana Orang Jepun Didik Anak Mereka Supaya Cepat Pandai.

1. Mereka menggunakan teknik merangsang otak kanan. Otak kanan adalah lebih kreativiti, otak kiri adalah cenderong kepada kira-kira dan fakta. .
Bila anak kita mula nak tidur ayam, cakap pelahan pada mereka ” mama sayang adik, adik anak yang hebat”.Berikan perkataan yang positif pada mereka. Anak-anak ini akan menyimpan memori imeginasi. .
2. Biasakan anak bermain warna dan melukis dikertas, bermain tanah liat, menggunting kertas. Biarkan mereka conteng kerana proses ini merangsang otak kanannya.Ada kajian yang menunjukkan penggunaan penyepit ketika makan oleh bangsa cina dan jepun membolehkan menambah rangsangan pada otak kanan anak-anak. Tak salah ikut benda yang baik. Kayu penyepit sebenarnya mengaktifkan kerja tangan sekaligus merangsang otak kanan anak-anak ini. .
3.Jangan marah dengan menengking anak-anak kerana semuanya akan disimpan melalui otak kanannya. Orang kita selalu dengar perkataan “jangan” , jangan itu, jangan ini sehingga anak-anak itu takut mencuba perkara yang baru. Akhirnya sampai besar mereka sukar bercakap di khalayak. .
4. Isteri saya selalu menggunakan teknik imagenasi. Perasan tak anak kita selalu cerita perkara dalam imaganasi nya. Layankan. Selalukan bercerita dengan mereka dan minta mereka sambungkan cerita itu. Cerita itu akan jadi merapu dan mengikut imagenasi mereka. Sebenarnya baik untuk melatih otak kanan mereka.
.
5. Satu teknik lagi adalah selalu bermain teka-teki atau masukkan barang dalam kotak dan minta dia teka apa barang dalam kotak itu. Membuatkan mereka mula berfikir dan mengaktifkan otak kanan.
.
Semua tip itu hanyalah sebahagian perkongsian cara merangsang anak – anak lebih fokus dan cepat pandai. .
Adakah anda suka perkongsian ini. Kemahiran berfikir sangat penting. Jangan anak kita berfikir dan membuat perkara pattern. Sehingga besar mereka menjadi orang yang biasa. 80% orang melakukan perkara yang orang biasa lakukan hanya 20% antara kita berani melakukan perkara yang orang biasa tak nak buat.
Opp nanti dulu.Membaca tip ini adalah perkongsian ilmu. Maksudnya kita hadamlah dengan baik. Utamakan tip ajaran anak cara islam.

Biodata Ustaz Ebit Lew

1 ISLAM DALAM BAHAYA

Biodata Ustaz Ebit Lew

Nama Penuh : Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau
Tarikh Lahir : 21 Disember 1984
Umur: 36 Tahun
Asal : Muadzam Shah, Pahang Darul Makmur
Keluarga: Anak ke-3 dari 12 orang adik-beradik
Bangsa : Cina
Agama: Islam
Status : Berkahwin
Pendidikan :

SK Bukit Ridan (1991-1996)
SMK Muadzam Shah (1997-1999)
SM Teknik Johor Bahru (2000-2001)
SMK Abdul Rahman Talib (2002-2003)
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Ustaz Ebit Liew
21 Pesanan Bermakna Dari Beliau
Posted on April 21, 2020

1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia”

2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.”

3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.”

4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.”

5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.”

6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan hati. Hati yang kenal Allah SWT akan sentiasa belajar mencari kebaikan orang.”

7- “Kemusnahan hidup seseorang bermula apabila dia mula bersangka buruk terhadap sekelilingnya. Dan kemuncak kemusnahannya adalah apabila dia mula bersangka buruk dengan Tuhan.”

8- “Tak mengapa orang hina atau aibkan kita, kita bukan hidup untuk penghormatan manusia tapi hanya untuk Allah sayang.”

9- “Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan pasti ada dagingnya. Sebaik-baik orang pasti ada buruknya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Buang yang keruh ambil yang jernih, carilah baik dalam buruk orang, itulah akhlak. Carilah buruk dalam kebaikan diri sendiri, itulah ikhlas.”

10- “Untuk Allah bantu kita, kita kena dapat doa orang yang makbul doanya. Pertama doa mak ayah kita. Kedua, doa isteri. Ketiga, doa orang baik-baik serta kawan-kawan kita walau melalui ucapan di Facebook. Doakanlah semula kebaikan buat mereka.”

11- “Bila kita bawa orang yang jauh dari Allah kembali kepada Allah,itulah cinta yang sebenar.”

12- “Biar apa orang nak kata, yang penting kita hidup untuk Allah sayang.”

13- “Kita cuba tutup kesedihan dengan hiburan. Tetapi, akhirnya tiada apa yang kita dapat. Kerana ubat kesedihan adalah sujud dan mengadu kepada Allah.”

14- “Dalam hidup ini, kita kena ingat Allah sentiasa sayang kita. Bila Allah sayang dia beri kebaikan, dia beri kita hati yang tenang. Jadi kita kena banyak puji Tuhan.”

15- “Bila kita dakwah orang tapi orang tak dengar, kita doa; Ya Allah, mereka tak tahu, tak faham, mereka lupa. Ya Allah, beri hidayah kepada dia.”

16- “Segala benda tak ada yang kebetulan, tak sengaja dan sengaja, itu semua Allah dah aturkan. Allah dah pertemukan. Tujuannya untuk kebaikan.”

17- “Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi, dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga. Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita. Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya.”

18- “Semua manusia ada hati dan keinginan untuk jadi baik.”

19- “Jangan risau kalau kita buat baik orang tak nampak, yang penting Allah nampak.”

20- “Bila cinta kerana Allah, untuk Allah sayang. Cinta itu akan kekal. Tapi jika cinta selain dari itu belum ada jaminan apa-apa. Berusaha mengasihi keluarga kita kerana Allah untuk redha Allah.”

21- “Kita sentiasa mengharapkan kasih sayang daripada manusia. Namun para sahabat hanya mengharapkan kasih sayang daripada Allah. Anugerah yang sebenar-benarnya adalah daripada Allah. Orang yang paling disayangi oleh ramai orang boleh jadi akan dibenci sekelip mata. Tetapi itu tidak penting, yang penting apabila Allah sayang.”

Pesanan Bermakna Dari Ustaz Ebit Liew

Pengkhianat Dalam Politik.

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 MANGSA PN1 HARAM TAK KIRA1 TSMY 26 BILION

*Khianat Dalam Berpolitik*

Ramai sahabat berkata, Tun khianat sebab tak bertindak terhadap pengkhianat seperti Azmin. Malah takda apa apa komen tentang Azmin apalagi melibatkan pengkhianat dalam parti Bersatu ketika jadi PM.

Dalam politik macam tu lah. Bukan mudah buat keputusan dalam politik. Samalah betapa lama pemimpin PH, Wan Azizah tahu sikap khianat Azmin dalam PKR sebelum PRU 2018. Tetapi begitu susah untuk depa buat keputusan. Sebab apa? Sebab ada kepentingan yang lebih besar dalam menghadapi regim Najib pada masa itu.

Hatta ketika pemilihan PKR, beberapa kali Azmin menghina DS Anwar, PKR tetap bersabar dan sukar mengambil keputusan untuk memecat Azmin.

Samalah situasi di Selangor hari ini. Dengan pengumuman Ketua Wanita PKR Selangor semalam, apakah DSAI dan PKR tidak tahu kecenderungan Daroyah tu? Dah lama PKR tahu tapi susah untuk buat keputusan.

Kalau pandangan aku, ini waktu dan ketikanya DS Anwar perlu segera merombak Kerajaan Selangor. Juga menggantikan MB yang ada hari ini biarpun dia melafazkan ikrar taat setia dengan DD Anwar.

Bukan Daroyah seorang, ada lebih 8 nama lagi. Ramai lagi nama yg dikaitkan dengan kartel Azmin malah nama Amiruddin MB Selangor pun pernah disebut sebut orang kuat Kartel Azmin.

Apakah DS Anwar tidak tahu? Tahu…tapi itulah politik, ada kepentingan yg lebih besar untuk dicapai.

Begitu juga aku masa dalam PAS. Bukan kita tidak tahu Haji Hadi, Nasaruddin Mat Isa, Hassan Ali khianat berunding dengan UMNO. Semua AJK PAS pusat tahu tapi nak buat keputusan melawan pengkhianatan ini bukan mudah. Ada kepentingan yang lebih besar menjaga kekuatan parti dan jamaah.

Dalam sejarah politik, apa yang aku lihat cuma Almarhum Tok Guru Nik Aziz yang punya aura luar biasa. Putih kata dia maka putih lah. Hitam kata dia maka hitam lah. Ijtihad Almarhum Tok Guru Nik Aziz jarang salah sepertinya Almarhum Tok Guru Nik Aziz ada sixth sense. Seperti Saidina Umar yang Wahyu Allah benarkan ijtihadnya.

Sebelum ni aku sendiri tak faham, Almarhum Tok Guru cukup marah dengan Nasaruddin Mat Isa. Walhal tak pernah dikata apa pada Tok Guru Nik Aziz. Hari ini baru kita faham peranan depa. Beberapa kali Almarhum Tok Guru berjaya menyelamatkan Pakatan Rakyat dari dikhianati.

Itulah hebatnya Tok Guru Nik Aziz dalam Politik. Apa yg pernah dia kata, dia ucapkan termasuk hal rampasan kuasa, boneka UMNO, ia berlaku di hadapan kita hari ini. Begitu juga ketika Tok Guru memuji Tun Mahathir biarpun Tun ketika itu berlaku zalim pada DS Anwar dan Tun cukup tidak suka malah sering menghina Tok Guru Nik Aziz. Tapi bagi Tok Guru semua itu tak penting melainkan mencapai matlamat politik dan dakwah.

Walhal kalau kita tengok Tok Guru Nik Aziz ni perwatakan dia lekeh jer. Takda lah bijak sangat berpidato. Hanya beserban dan berkain pelikat, jarang dia pakai jubah kemegahan, gaya Ulama Kabir macam Presiden PAS hari ini.

Jadi dalam politik memang mudah kita nak cakap buang orang ni, buang orang tu, orang ni pengkhianat. Kadang2 ada yang kita rasa salah walhal dia betul, ada yg kita rasa betul, dialah pengkhianat. Contohnya PM tebuk Atap.

Cuma ahli I’rfan mcm Tok Guru Nik Aziz dan Almarhum Sheikh Said Ramadhan Al Bhuti saja bukan orang politik tapi mereka faqih dalam urusan masyarakat dan politik. Ulama yang boleh nampak fitnah dan apa bencana yang akan berlaku di masa depan.

Jarang ada Mujtahid dan Mujaddid seperti ini..:)

*Ipohmali*

Kafir Harbi MCA Sentiasa Berusaha Memecahbelahkan Umat Islam.

1 MCA WANITA1 MCA WEE KA SIONG.1 MCA TOLAK HUDUD

Mohon maaf tuan/puan, bukan saya bermaksud menganggu.

Ini sangat penting untuk kita ketahui bersama. Supaya terjaga Iman dan islam kita.

1. Kafir HARBI MCA menyedari kesulitan mereka untuk MEMBINASAKAN Ummat Islam, selama Ummat Islam MASIH BERSATU. Kenapa?!

Karena mereka yakin bahawa selagi masih bersatu Ummat Islam ini mereka akan mendapatkan PERTOLONGAN ALLAH.

Oleh karena itu mereka (kafir harbi MCA itu) SELALU BERUSAHA untuk MEMECAH-BELAH atau MENCERAIBERAIKAN Ummat Islam.

Di antaranya, dengan membuat (menggunakan) media sosial sebagai Alat perang saraf mereka.

2. Ada 4 persoalan yang paling sering mereka ketengahkan sebagai the subjek untuk MEMBUAT KEGADUHAN di tengah Ummat Islam iaitu:

POLITIK (pencapaian kekuasaan dengan segala gejolaknya)

IKHTILAF (khilafiyyah atau perbedaan pemahaman yang diperkeruh dengan rasa paling benar)

STATUS SOSIAL (termasuk di dalamnya urusan kekayaan, derma/kontribusi, dan kesenjangan), dan

‘AIB (keburukan-keburukan, termasuk di dalamnya ghibah dan fitnah PH).

3. Mereka mengeluarkan belanja untuk MENGERAHKAN ORANG-ORANG UPAHAN seperti umnopas supaya mengolah keempat subjek tadi agar menimbulkan GEJOLAK dan HURU-HARA di tengah Ummat Islam.

4. Orang-orang upahan terdiri dari umnopas  melakukan BERBAGAI MACAM CARA untuk melaksanakan tugasnya. Berbagai media mereka pergunakan demi mencapai objektif mereka.

5. AKSI PECAH-BELAH dengan menggunakan media sosial merupakan aksi yang mereka anggap paling EFEKTIF dan paling MUDAH DIPANTAU oleh bos-bos MCA.

Penentuan bayarannya pun dianggap paling mudah untuk diperkirakan sebagai upahan mereka.

6. Apabila seorang AKTOR PEMECAH-BELAH membuat POSTINGAN dan mendapatkan 100 komen dalam sehari, maka di hari itu dia mendapatkan insentif sebanyak RM50.00 yang akan dikreditkan dalam akaunnya.

Kemudian dibayar di akhir bulan tersebut. Jadi dalam sebulan dia mampu mendapatkan upah sebanyak RM1500.00 bahkan kadang-kadang melebihi nya.

Kalau perolehan komennya lebih banyak, tentu insentifnya juga lebih banyak. Bahkan ada juga yang boleh mendapatkan insentif RM5000.00 dalam sebulan.

Lalu bagaimana kalau komen yang mereka dapatkan cuma sedikit? Ya, tentu sedikit juga perolehan insentifnya. Bahkan kalau dalam sebulan dia hanya mendapatkan komen RATA-RATA di bawah 20 perhari, maka pasti dia DIPECAT. Oleh kerana itu, setiap aktor akan berusaha HABIS-HABISAN untuk mendapatkan komen sebanyak-banyaknya.

7. Informasi ini dihimpun dari BERBAGAI SUMBER yang dapat dipercaya. Lantas….. Bagaimana menghadapinya?! JANGAN KOMEN… JANGAN KOMEN… JANGAN KOMEN, inilah tindakan paling bijak kita.

Kalau kita komen, berarti kita MEMBERI SOKONGAN kepada umnopas untuk mendapatkan wang dengan cara MEMECAH-BELAH UMMAT. Bahkan…..secara tidak disedari, kita telah MEMBANTU KAFIR HARBI MCA untuk MEMBINASAKAN Ummat Islam!.

Bukankah postingan si aktor PEMECAH-BELAH itu berisi ghibah dan fitnah? Apakah dibiarkan saja? Jangan dikomen?! Ya. Jangan komen! Maksudnya, jangan komen DI BAWAH POSTINGANNYA.

Jadi….. Bagaimana cara MENYANGGAH atau melawannya? Buat saja POSTINGAN BARU. Dan jawab dan sanggah di postingan baru kita itu.

8. Mari kita pertahankan KEUTUHAN UMMAT dan menjauhkan diri dari MCA Harbi Dan Umnopas.
Semoga Allah SWT sentiasa menolong kita semua. Aamiiin…..