Bekas pegawai MITI sekolahkan Najib

1 NAJIB ASWAJA 21 MUNAFIK DAN KAFIR

Bekas pegawai MITI sekolahkan Najib
MALAYSIA DATELINE

Hari ni ‘team’ media FB Najib Razak kena kerja lebih masa hendak menjawab posting FDI saya pagi tadi. Maaf la ya, harap dapat elaun lebih hari ini.

Kita hanya sebarkan benda baik hasil laporan akhbar The Star yang dimilik MCA. Ia juga merujuk kepada pengumuman FDI 2019 oleh Jabatan Statistik Malaysia (DOSM) tiga hari lepas. Bukannya fakta atau graf yang dibuat sendiri.

Seperti biasa, team media Najib Razak jawab posting penuh dengan spin nak bagi rakyat keliru. Ada dua benda utama yang disebut:

(1) Pelaburan Langsung Asing (FDI) zaman PH tinggi sebab jual aset dan disebabkan pemilikan langsung asing dalam syarikat tempatan. Hujahnya PH manipulasikan data.

(2) Pelaburan Langsung Domestik ke luar negara (DIA) itu tak sepatutnya dibangga. Kerana duit kita mengalir keluar negara.

Pohon saya jawab satu persatu.

(1) Pengiraan FDI

(i) Pengiraan FDI ni oleh Jabatan Statistik dan Bank Negara Malaysia sama saja ya tuan/ puan. Baik zaman PH atau PN atau zaman BN. NR sembang kononnya FDI tak termasuk pemilikan ekuiti atau jualan aset. Ia secara tidak langsung menyatakan data yang Jabatan Statistik umumkan tiga hari lepas salah kiraannya.
Tapi mungkin dia terlupa atau buat lupa2, zaman diapun FDI ni dikira turut termasuk jualan aset dan ekuiti.

Ini saya sertakan laporan ekonomi BNM tahun 2016 mengenai FDI. Muka surat 26 menyatakan:

“However, FDI in the services and construction sector increased, reflecting mainly the LARGE ACQUISITION OF DOMESTIC POWER GENERATION ASSETS BY FOREIGN ENTITY… “

Click to access cp01.pdf

Jelas dalam laporan BNM mengenai FDI tahun 2016, FDI tahun 2016 meningkat kerana pembelian (acquisition)/ divestment aset dalam industri penjana kuasa tempatan.

Untuk pengetahuan tuan puan, tahun 2016 FDI negara adalah antara yang tertinggi sebelum ia menurun tahun 2017.

Jadi ni apa cerita? Kenapa tahun 2016 masuk jualan aset, tahun 2018 dan 2019 tak boleh pula?
Adakah NR dan team medianya hidup dalam bubble ketika jadi Menteri Kewangan tahun 2016. Tak ambil tahu cara yang digunakan oleh BNM dan DOSM untuk kira FDI. Sama saja apa yang dipratikkan sekarang.

Yang pasti tahun 2016 aset 1MDB dan syarikat IPP dilelong kepada pelabur China untuk cover hutang 1MDB. Itu tak nak pulak NR bagi fakta? Ini saya sertakan keratan akhbar antarabangsa mengenainya.

https://www.reuters.com/article/us-malaysia-1mdb/malaysias-1mdb-sells-power-assets-to-china-firm-for-2-3-billion-idUSKBN0TC0PT20151123

https://www.wsj.com/articles/malaysias-1mdb-to-sell-energy-assets-to-china-nuclear-firm-1448280084

Patutlah dia dinobatkan Menteri Kewangan paling teruk di Asia tahun 2016. Belum pernah lagi mana2 PM Malaysia dinobatkan sedemikian.

https://www.financeasia.com/article/najib-razak-asias-worst-finance-minister-2016/405600

Yang saya tak paham, dia tuduh PH manipulasikan data mengenai FDI tahun 2019 ni. Tapi yang umum mengenai FDI 2019 ni ialah Jabatan Statistik tiga hari lepas. Tang mana yang PH boleh manipulasikan data tu? Nak jugak saya tahu.

Kalau salah pengiraan yang dibuat oleh PH terdahulu dan masukkan nilai jualan aset dalam pengiraan FDI, kenapa Kerajaan PN tak betulkan dan NR tak bagi nasihat? Kenapa umumkan juga kenaikan FDI tahun 2019?
Konklusinya senang, kerja NR asyik menidakkan keupayaan kerajaan terdahulu. Walaupun faktanya ke laut. Hanya dialah yang pandai uruskan pelaburan dan ekonomi walaupun media antarabangsa iktiraf dia Menteri Kewangan Asia paling teruk.

(2) Domestic Investment Abroad (DIA)

Ni lagi satu spin team media NR. Katanya DIA meningkat tu tak elok sbb wang kita mengalir keluar. Sekarang baru la kita tahu. Patut la DIA zaman Najib asyik menurun.

DIA ni tuan/ puan menunjukkan keupayaan syarikat Malaysia melabur ke luar negara dan bersaing di peringkat antarabangsa. Takkan la syarikat kita nak jadi jaguh kampung saja. Macam Petronas tu, takkan nak disekat melabur ke luar negara hanya semata2 kerana taknak wang kita mengalir keluar?

Habis tu kalau DIA tu tak elok, kenapa pulak berlumba2 syarikat luar negara membuat pelaburan ke negara luar? Kena ingat, FDI pada kita jadi DIA pada mereka.

Hujah yang kata DIA meningkat tak baik itu juga salah dari segi ekonomi ya. Sebab yang penting kita ada imbang antara FDI dan DDI. Untuk Balance of Payment dalam negara. Mana-mana negara di dunia akan sentiasa tingkatkan FDI dan juga DDI. Bukan hanya fokus untuk naikkan satu segmen saja.

Team media NR mungkin boleh baca rencana BNM mengenai kebaikan DIA ni kepada ekonomi Malaysia. Banyak kebaikan yang boleh kita dapat, bukan cerita pasal wang keluar saja ya.

https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_publication&pg=en_work_papers&ac=64&bb=file

Yang pasti, apa yang saya nampak, hujah DIA team NR ini hanya nak cover kelemahan pentadbiran NR tahun 2015-2017 yang menunjukkan DIA Malaysia menurun dengan banyak. Bila PH berjaya tingkatkan pada tahun 2019 terus dispin katanya tak baik.

Makanya, senang saya cakap. NR bolehlah tukarkan team media dia. Setakat copy paste keratan akhbar tanpa konteks yang tepat, dan spin fakta pun dah banyak kali terkantoi. Lama2 rakyat akan nampak. Rakyat makin bijak. Jangan dia ingat semua Rakyat “kurang cerdik” macam cytro2 yang beliau bayar saban bulan.

Nasihat saya pada semua, berhati2lah menerima fakta daripada seorang bekas Perdana Menteri yang mengaku beliau ditipu oleh Jho Low hidup2. Kalau akaun sendiri pun tak ambil tahu, macam mana la dia jaga ekonomi Malaysia dulu? Mintak simpang kalau ada yang nak dia jadi PM9 gantikan TSMY. Pilihlah orang lain bukan bekas Perdana Menteri yang mudah tertipu.

Umno kembali berkuasa dan Pas akan ditendang bila-bila masa.

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 RUU YANG HILANG1 MALAYSIA RASUAH 11 HARAM TAK KIRA

Hari ni nk beri pencerahan sedikit…moga2 pencerahan ini dpt “menyembuhkan” sedikit sebanyak “Luka ukhuwwah” di kalangan pendokong PH+

Pertama2nya, jgn sekali2 Kita (pendokong PH+) lupa walau sedetik bahawa musuh (pendokong PN) x pernah berehat hatta sekejap dr terus memikirkan cara utk terus melemahkan kita (PH+)

Perkara yg paling ditakuti dan amat berbahaya kepada kem PN skrg adalah semangat setiakawan di kalangan PH+. Lagi mantap kerjasama dan persefahaman antara PH+, lagi lambat kebah demam PN.

Maka, pertarungan politik di Malaysia skrg ini adalah siapa yg lebih berjaya mengharmonikan kumpulan sendiri dan mencari jalan menghuru-harakan kem musuh, merekalah yg berjaya.

Dlm situasi skrg, PN nampak amat tidak harmoni dgn gabungan rojak di kalangan mereka. Komponen2 baru payung terjun penebuk atap dan pintu belakang amat tidak disenangi oleh rakan sekutu mereka yg lain.

Maka sepatutnya tidaklah sukar mana utk PH+ memanipulasi situasi ini dgn pakar2 CT mereka yg hebat seperti Shabudin, Ipoh Mali, RMS, King Jason dan yg sewaktu dngnnya. Sket saja boh “penambah perisa” pasti porak poranda rumahtangga kerajaan tebuk atap ini.

Namun..benar spt “anutan” DSN ttg CASH IS KING….Maka dipergunakan segala ‘kelebihan’ ini utk memastikan dua perkara.

1. Mengharmonikan kocak2 dalaman PN dgn agihan jawatan dan sebagainya.

2. Upah seramai mungkin CT menyusup masuk ke dalam KEM PH+, create apa jua isu (x kisah sahih atau tidak, yg penting ada potensi utk menghuru-harakan PH+), hilangkan keyakinan antara pimpinan malah sehingga ke peringkat akar umbi antara parti komponen PH+. Sebaiknya jadikan panglima2 PH+ yg selama ini tegar dgn PH dan amat licik menghuru-harakan PN, kpd pejuang yg hanya mementingkan parti (PH dan rakyat jatuh no 2) dan lebih dr itu tukar halatuju serangan dr terus menerus menyerang PN kpd menyerang rakan2 sendiri….

Dlm kata lain, biar mereka ini sanggup melihat PH ranap…yg penting parti aku hidup. Malah jadikan mereka seperti apa yg pernah terjadi kpd pejuang2 PAS sedikit masa lalu sewaktu mereka bersama PR… Kita belum terlupa bagaimana bongkaknya kawan2 dlm PAS waktu itu melaungkan kata2 bahawa PAS akan lebih kuat apabila bersendiri berbanding sewaktu mereka bersama kawan2 dlm PR.

Akhirnya kita semua tahu di mana PAS berakhir kalau bukan dihujung telunjuk UMNO.

Aku tekun melihat suasana terkini yg berlaku samada dlm PN mahupun PH+….

Jujur…aku agak bimbang dgn perkembangan mutakkhir.

Lbh senang berhadapan dgn musuh yg kita kenal mereka adalah musuh…walau mereka mungkin kelihatan lbh gah….berbanding terpaksa berjuang di kalangan mereka yg kelihatan seperti rakan/shbt, tetapi “menganut” fahaman spt yg aku jelaskan diatas.

Harap masih belum terlambat utk Kita semua bermuhasabah..dr pimpinan yg paling tinggi…sehinggalah kpd penyokong biasa di hujung2 kpg.

Moga Allah merahmati perjuangan kita Dan sentiasa memandu kita semua berada di atas jalan yg terbaik..demi Agama, Negara Dan seluruh rakyatnya.

Tinta Pmtg Pauh.

Noh Omar letak jawatan selepas 17 hari dilantik pengerusi MISC

MISC Bhd berkata, peletakan jawatan Noh Omar sebagai pengerusi syarikat berkuat kuasa 17 Jun ini.
1 DEDAK TSMY1 AMANAT TSMY1 ERIC PAULSEN 21 ERIC PAULSEN1 TSMY BERDOA1 MELAYU BODOH

KUALA LUMPUR: MISC Bhd mengumumkan bahawa Noh Omar yang baru sahaja dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pengarahnya pada 1 Jun lepas meletak jawatan tersebut, berkuatkuasa 17 Jun 2020.

“Tan Sri Noh Omar telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatan selepas berbincang dengan perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noh berharap, Lembaga MISC dan pengurusannya akan mencatatkan kejayaan dalam usaha menerajui syarikat itu ke tahap yang lebih tinggi.

Sebaliknya, Lembaga Pengarah MISC turut memberikan harapan yang serupa ke atas Noh dalam usaha dan masa depan beliau.

MISC merupakan perkhidmatan serta penyelesaian maritim yang berkaitan dengan tenaga antarabangsa yang terkemuka.

Perniagaan utama kumpulan terdiri daripada perkhidmatan pengangkutan bahan api dan aktiviti yang berkaitan, pemilikan serta pengoperasian penyelesaian terapung luar pesisir, pembaikan termasuk kerja naik taraf marin, kejuruteraan dan pembinaan, perkhidmatan maritim bersepadu, khidmat pelabuhan dan terminal serta pendidikan dan latihan kelautan.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/18/noh-omar-letak-jawatan-selepas-17-hari-dilantik-pengerusi-misc/

RUU 355 KINI MENUJU KE NERAKA, DULU KE SYURGA

1 HADI TOTO1 ALLAH IZIN MENIPU

1 RUU YANG HILANG1 MCA IKRAR HUDUD1 KHIANAT AMANAH1 ARAK MCA1 AGAMA GAGAL1 HADI KHADAM MCA1 PAS SYITAN1 ARAK HALAL KN1 MAZA PEROMPAK

Bersama Ke Syurga :

Itu adalah Moto atau prinsip atau congankata atau konsep atau visi Parti PAS untuk bersama ke Syurga berdasarkan ingin laksanakan Hukum Hudud diMalaysia amnya dan diKelantan dan Terengganu khasnya.

Momentum “Bersama Ke Syurga” adalah himpunan berskala besar besaran himpunan RUU 355 dikuala Lumpur sebelum pru-14.

Ketua DHPP ( kapir Pas ) pun hadir bersama menyatakan sokongan. Namun, ianya ditentang oleh MCA secara vokal dan bercadang dibawa ke Mahkamah.

Akhirnya setelah PAS menduduki diatas empuknya dikerusi Menteri Kabinet diPutrajaya maka, Moto atau prinsip berbunyi ” Bersama ke Syurga ” telah dikuburkan oleh Presiden Pas sendiri.

Ini adalah semata mata KUASA yang telah PAS perolehi setelah menjadi kerajaan pusat melalui panjat bumbung rumah. Jika kalian rindu untuk PAS kembali bersuara an perjuangkam Hidud semula..jadikanlah PAS sebagai pembangkang tegar.

KERAJAAN PINTU BELAKANG TERUS MENGHANCURKAN EKONOMI MALAYSIA.

1 TSMY BERDOA1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 HARAM TAK KIRA

KOPERASI PERMODALAN FELDA RUGI RM 60 JUTA JUAL 17.6 JUTA UNIT SAHAM FGV. FGV PERLU KEMBALI KEPADA FELDA

Mengejutkan apabila berita melalui laporan The Star, 10 Jun 2020, Koperasi Permodalan FELDA (KPF) milik peneroka, generasi dan kakitangan bukan lagi antara pemegang utama saham FGV Holding Berhad (FGV). Berita hanya dikeluarkan dalam edisi bahasa Inggeris dan tidak mendapat liputan akhbar berbahasa Melayu.

1. KPF pada mulanya memegang lebih kurang 5.8% dengan jumlah lebih 211 juta unit saham dan FELDA memegang 33% pegangan saham dalam FGV. Namun pegangan mula berkurangan pada 2017 melalui penjualan lebih 10 juta unit saham dengan pengurangan pegangan kepada 5.3%. The Star melaporkan hari ini, KPF hanya memegang 4.75% setelah menjual 17.6 juta saham pada awal bulan Jun 2020 dan kini bukan lagi sebagai pemegang utama dalam FGV.

2. Kiraan bagi jumlah penjualan saham pada RM 1.15 ini berbanding RM 4.55 harga belian, KPF kerugian RM 60 juta. Pada 2017, KPF boleh dikatakan mencatatkan kerugian menjual 5 juta saham FGV pada nilai RM12.5 juta. Mengikut kenyataan mantan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri pada 2017, FELDA mencatatkan RM 2 bilion rugi tidak nyata kerana kejatuhan harga saham FGV.

3. Tindakan ini dilihat tidak selari dengan hasrat warga FELDA melalui kenyataan wakil peneroka dan generasi Jawatankuasa Perundingan Peneroka (JKPP) yang mahukan pegangan FELDA dan KPF ditingkatkan kepada satu nilai sebagai pemegang terbesar dalam FGV. Ini bagi memastikan penguasaan ke atas FGV dapat menjamin objektif FGV yang sepatutnya memberi keuntungan kepada FELDA dan warganya sebagai pemegang taruh.

4. KPF dilihat begitu terdesak sehingga terpaksa menjual sebahagian sahamnya dalam FGV samada untuk membayar dividen yang berpatutan atau mencairkan aset bagi melabur ke sektor pelaburan yang lebih menguntungkan.

5. Prestasi FGV sejak 2013 melalui laporan kertas putih FELDA tidak memberangsangkan terus mencatatkan kerugian RM 163 juta bagi suku pertama 2020 dan RM 1.03 bilion pada 2018. Prestasi FGV telah memberi tekanan kepada pemegang utama saham dan keadaan memaksa untuk menjual bagi membolehkan cairan tunai hasil dari penjualan boleh dilabur ke dalam pelaburan yang lebih baik.

6. Jalan keluar bagi masalah ini kini terletak pada bahu kerajaan dan Pengerusi baru FELDA. Ladang dan kilang perlu diserahkan semula kepada FELDA. FELDA Holding Berhad FHB telah menunjukkan prestasi yang baik sebelum ia disenaraikan ke bursa saham. FELDA dan peneroka perlukan pendapatan lebih baik dari ladang dan kilang yang dipegang oleh FGV.

Ridhuan Esa
24 Syawal 1441H
17 Jun 2020
Generasi Ke-2
FELDA Sungai Sibol
Generasi Ke-3
FELDA Bukit Serampang

BIL TNB ADALAH PISAU SMBELIHAN PERTAMA KERAJAAN MALAYSIA TERHADAP RAKYAT MALAYSIA.

1 BIL ELETRIK PARAH1 MELAYU BODOH1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 KATAK BEROMEN

Pening dengan bil TNB ke tu?

Sebelum terus marahkan situasi bil TNB, apa kata kita renungkan sebentar, Masihkah kau ingat?

IPP. Independent Power Producer.

Sedia maklum kita tahu bekas CEO TNB, Tan Sri Ani Arope meletakkan jawatan kerana enggan disuruh menandatangani perjanjian terhadap kroni IPP-YTL.

“Selepas itu, pasukan saya kecewa. EPU hanya memberikan kami terma dan meminta kami bersetuju. Saya kata tidak mungkin,” Tan Sri Ani Arope.

Ketika itu kami masih ingat bermula pada jam 5:17 petang pada 3 Ogos 1996 (24 tahun yg lalu) satu semenanjung Malaysia ‘black-out’ bergelap tiada elektrik selama 12 jam. Keesokan harinya baru pulih.

Insiden tersebut telah menyebabkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) di bawah Tun Mahathir yang ketika itu adalah Perdana Menteri ke-4, meminta Allahyarham Tan Sri Ani Arope menandatangani kontrak perbekalan elektrik oleh penjana elektrik bebas (IPP) kepada TNB.

Harganya tidak munasabah, di mana pada akhirnya TNB terpaksa membeli pada harga yang mahal seterusnya membebankan pengguna.

IPP yang pertama itu tidak lain tidak bukan, adalah YTL Power Generation Sdn Bhd. Perjanjian berat sebelah itu adalah untuk selama 21 tahun iaitu dari 1994-2015.

Selepas peristiwa itu, TNB menghasilkan elektrik pada 8 sen seunit (kWh) dan membekalkannya pada 17 sen seunit.

Namun, IPP menghasilkan elektrik pada 23 sen seunit yang menyebabkan TNB perlu mengenakan caj dengan kadar tidak kurang daripada 30 sen seunit. 300% perbezaan!

IPP pertama yang dibina YTL pun di atas tanah milik TNB. TNB dipaksa untuk menyerahkan tanah mereka kepada beberapa IPP untuk pembinaan loji janakuasa.

Dibina dengan wang dipinjamkan oleh kerajaan. Hasilnya, anak cicit YTL kaya raya 7 keturunan. Melayu Malas!

Kemudian tumbuh lagi IPP lain membekalkan elektrik kepada TNB antaranya
Powertek Bhd,
Genting Sanyan Power Sdn Bhd,
Segeri Energy Ventures Sdn Bhd,
Malakoff Bhd,
Tanjung plc,
EPE Power Sabah Energy Corp,
Alpha Intercount’l Bhd,
Sutera Bhd,
Cergas Unggul Sdn Bhd dan
Ekran Corp.

SEMUANYA kawan siapa?

Kesemuanya IPP ini memberikan keuntungan berbilion-bilion ringgit di atas secara mudah.

Memoirs of Tan Sri Ani Arope

Al-Fatihah buat Allahyarham Tan Sri Ani Arope, seorang berani dan tidak tunduk kepada desakan yang menganiaya rakyat Malaysia dan menguntungkan segelintir pihak tertentu sahaja.

Pas Terengganu didakwa sasarkan dana RM30 juta pada PRU 15 untuk menentang UmnoBN.

1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 HARAM TAK KIRA

Pas Terengganu berazam untuk memastikan dalam akaun mereka mempunyai RM30 juta menjelang pilihan raya umum ke 15 nanti.

Menurut sumber, berdasarkan sasaran itulah, semua pemimpin Pas di negeri itu dilihat berusaha dengan gigih bagi memastikan sasaran RM30 juta dicapai.

“Saya diberitahu, sasaran ini bertujuan untuk membolehkan Pas menghadapi pilihan raya ke 15 dengan penuh persediaan,” kata seorang ahli perniagaan kepada Malaysia Dateline.

Menurut sumber itu, beliau sendiri juga disasarkan oleh agen-agen Pas untuk mendapatkan dana pilihan raya itu.

“Setiap projek yang saya dapat akan ada wakil parti yang akan cuba dapatkan sumbangan untuk parti dari saya. Kadang-kadang naik rimas kita,” kata beliau.

Menurutnya, di pejabat Menteri Besar Terengganu, terdapat seorang Pegawai Khas yang dilantik untuk mengumpul dana ini dari projek-projek yang melibatkan kerajaan negeri.

“Kami panggil dia Pegawai Khas Projek,” kata beliau lagi sambil menunjukkan gambar pegawai berkenaan yang sebelum ini berserban dan jubah sudah bertukar watak.

Selain pejabat MB, Exco dan Adun, turut berusaha “mengumpulkan dana” ini adalah para anak-anak wakil rakyat dan pemimpin kerajaan negeri.

“Baru-baru ini saya diminta RM150,000 dari satu cadangan projek. Terkejut saya. Adakah benar untuk parti atau untuk individu berkenaan,” kata beliau lagi.

Ekoran itu, ahli perniagaan itu telah menarik diri dari terlibat dalam cadangan projek itu.

Keghairahan usaha untuk mengumpulkan dana ini menyebabkan sesetengah ahli perniagaan di negeri ini menyifatkan apa yang berlaku terlalu teruk bahkan lebih teruk dari apa yang berlaku semasa Umno mentadbir negeri ini.

“Apa yang berlaku ini sudah lebih teruk dari masa BN dulu. Tak padan dengan parti Islam,” kata seorang ahli perniagaan lain.

Pas Terengganu didakwa sasarkan dana RM30 juta untuk PRU 15

Diberitakan Polis yang dipenjara dan dilepas atas kes tembakan rambang arwah adik Amirulrasyid telah kembali ke Rahmatullah

Kes Aminulrasyid: Rakan tidak sangka polis lepas 15 tembakan

SHAH ALAM: Seorang pelajar kolej swasta berkata dia telah memberi cadangan kepada Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak anggota polis dalam kejadian hampir lima tahun lepas, supaya memberhentikan kereta berkenaan ketika dikejar peronda polis.

Muhamad Azamuddin Omar, 20, ketika perbicaraan kes saman sivil yang difailkan oleh keluarga Aminulrasyid terhadap Koperal Jenain Subi dan empat yang lain di Mahkamah Tinggi di sini petang ini, berkata sebaliknya rakannya itu terus memandu kereta berkenaan.

Ketika disoal balas peguam Zulkifly Omar yang mewakili Jenain, Muhamad Azamuddin yang ketika kejadian berumur 15 tahun berkata: “Saya beri cadangan supaya dia (Aminulrasyid) berhenti untuk berbincang (dengan polis) tetapi dia diam sahaja dan terus pandu kereta,” katanya.

“Kalau kamu yang pandu kereta dan dikejar ketika itu, adakah kamu akan berhenti,” soal Zulkifly dan Muhamad Azamuddin menjawab “mungkin”.

 

“Kalau kamu dikejar apa tindakan kamu, adakah kamu akan terus memandu,” soal Zulkifly dan saksi keempat pihak plaintif itu menjawab “mungkin”.

Bagaimanapun, Muhamad Azamuddin bersetuju dengan cadangan Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub yang mewakili empat defendan lain bahawa Aminulrasyid sepatutnya memberhentikan kereta apabila diarahkan berbuat demikian dan dalam keadaan kereta peronda polis yang mengejar mereka turut memasang siren.

Saksi itu juga bersetuju dengan cadangan Normastura bahawa insiden tembakan itu berlaku disebabkan kegagalan Aminulrasyid untuk memberhentikan kereta.

Ibu Aminulrasyid, Norsiah Mohammad, 66, dan kakak sulung Aminulrasyid, Nor Azura, 45, selaku plaintif menamakan Jenain, bekas Ketua Polis Selangor Tan Sri Khalid Abu Bakar (kini Ketua Polis Negara), Ketua Polis Daerah Shah Alam, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia selaku defendan.

Saman sivil itu difailkan bagi menuntut gantirugi hampir RM50 juta atas dakwaan kematian Aminulrasyid akibat luka tembakan di kepala berpunca daripada kecuaian Jenain.

Pada November 2013, Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang melepas dan membebaskan Jenain daripada tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid ketika mengejarnya di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara 1.10 pagi dan 2 pagi pada 26 April 2010.

Ketika membebaskan Jenain pada 2012, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Jenain tidak berniat menyebabkan kematian Aminulrasyid, tetapi menembak kereta yang dipandu remaja berumur 15 tahun itu dengan tujuan menghentikannya.

Kepada soalan oleh peguam N.Surendran yang mewakili keluarga Aminulrasyid, Muhamad Azamuddin berkata dia tidak menyangka bahawa pihak polis bertindak melepaskan tembakan semata-mata kerana rakan baiknya itu memandu kereta dengan laju.

Dia juga juga tidak menyangka bahawa pihak polis telah melepaskan kira-kira 15 das tembakan ke arah kereta Iswara Aeroback yang dinaiki oleh beliau dan Aminulrasyid dalam kejadian awal pagi 26 April 2010 itu.

Muhamad Azamuddin turut tidak menyangka bahawa kereta yang dipandu rakan baiknya itu akan ditembak oleh pihak polis ketika Aminulrasyid sedang cuba sedaya-upaya untuk pulang ke rumahnya di Seksyen 11 di sini.

“Aminulrasyid memandu dengan laju kerana dia dalam ketakutan dan rasa bersalah kepada keluarganya kerana dia telah melakukan kesalahan besar iaitu memandu kereta tanpa kebenaran ibunya,” katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim bersambung pada 5 dan 15 Mei ini.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-aminulrasyid-rakan-tidak-sangka-polis-lepas-15-tembakan-55400

PENJELASAN BERKENAAN ISU PERBINCANGAN MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK

KENYATAAN MEDIA

18 Jun 2020

PENJELASAN BERKENAAN ISU PERBINCANGAN MENGEMBALIKAN MANDAT RAKYAT

Saya terpanggil untuk memberi sedikit penjelasan berkenaan usaha Pakatan Harapan mengembalikan mandat rakyat ke tempatnya. Sejak beberapa hari kebelakangan ini, beberapa rakan Pakatan Harapan telah mengemukakan beberapa persoalan serta memberi sedikit penerangan tentang perbincangan Pakatan Harapan dan gabungan yang disebut Pakatan Harapan Plus.

Pada masa yang sama KEADILAN sentiasa menghormati dan menghargai sokongan dan dokongan parti dan individu dari DAP dan AMANAH sepanjang dua dekad perjuangan.

Bagi maksud menjelaskan garis masa dan konteks perbincangan, di sini saya ingin memberi penjelasan seperti berikut.

30 Mei
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah membuat keputusan untuk membentangkan cadangan Pakatan Harapan mencalonkan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-9 kepada YB Tun Dr Mahathir Mohamad.

1 Jun
YB Hj Mohamad Sabu, YB Anthony Loke dan saya telah menjadi wakil Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam pertemuan bersama YB Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam pertemuan itu, Tun Dr Mahathir tidak menolak cadangan DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri, dan memaklumkan bahawa beliau perlu berbincang dengan Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang bersama beliau serta YB DS Shafie Apdal. Tiada opsyen lain yang dibentang atau dibincangkan pada waktu itu.

3 Jun
Majlis Presiden Pakatan Harapan telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa DS Anwar perlu bertemu dengan DS Shafie untuk berbincang dan memaklumkan keputusan Pakatan Harapan mencalonkan DS Anwar sebagai Perdana Menteri dan satu mesyuarat pimpinan utama Pakatan Harapan Plus perlu diadakan.

4 Jun
DS Anwar telah mengadakan pertemuan dengan DS Shafie dan memaklumkan keputusan Pakatan Harapan.

9 Jun
Mesyuarat Pakatan Harapan Plus telah diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN. Pada mesyuarat ini, semua wakil parti komponen Pakatan Harapan telah mengangkat hujah DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri, manakala Tun Dr Mahathir telah memohon agar diberi masa 6 bulan sebagai Perdana Menteri. Beliau juga berkata DS Anwar tidak boleh diterima sebagai PM kerana beliau memimpin parti berbilang kaum; DS Anwar menjawab dalam senario ini bila berlaku peralihan, selepas tempoh 6 bulan itu DS Anwar masih Presiden sebuah parti berbilang kaum. Mesyuarat memutuskan tempoh seminggu untuk membuat keputusan.

12 Jun
Majlis Presiden PH sekali lagi bermesyuarat dan bersetuju menghantar wakil terdiri YB Khalid Samad, YB Shamsul Iskandar dan YB Anthony Loke untuk berjumpa YB DS Shafie dan YB Tun Dr Mahathir.

13 Jun
Mesyuarat Pakatan Harapan Plus telah diadakan, di mana semua wakil parti komponen Pakatan Harapan mengangkat hujah DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri. Kali ini Tun Dr Mahathir memaklumkan bahawa beliau masih mohon dicalonkan sebagai Perdana Menteri, tetapi 6 bulan tidak mencukupi. Beliau berhujah bahawa sekurang-kurangnya 12 bulan diperlukan untuk membetulkan masalah yang dilakukan bukan sahaja oleh DS Najib, tetapi juga yang kini dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin. DS Shafie Apdal pula menyatakan bahawa 12 bulan itu terlalu lama, dan 6 bulan seharusnya mencukupi. Tun Dr Mahathir tidak menetapkan cadangan tempoh masa, dan Pakatan Harapan kekal dengan pendirian DS Anwar sebagai calon Perdana Menteri.

Selesai mesyuarat Pakatan Harapan Plus, perbincangan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan telah diadakan dengan persetujuan keputusan dibuat pada Selasa, 16 Jun. Pada hari berkenaan saya telah memaklumkan kepada YB Hj Mohamad Sabu dan YB Anthony Loke bahawa DS Anwar membuat kunjungan ke Sarawak dan mesyuarat Pakatan Harapan perlu ditangguhkan.

Oleh yang demikian, adalah tidak benar jika ada sumber yang menceritakan bahawa Pakatan Harapan mengangkat nama selain DS Anwar dalam siri perbincangan Pakatan Harapan Plus. Sebaliknya nama Tun Dr Mahathir dicadang sendiri oleh beliau dan DS Shafie memberi sokongan. Tiada keputusan konklusif dicapai dalam mesyuarat Pakatan Harapan Plus.

Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN akan mengadakan mesyuarat bulanan esok, 19 Jun dan pendirian parti akan dimuktamadkan.

YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung KEADILAN
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan

ALLAH SWT MENGHARAMKAN RASUAH TETAPI HADI MENGHALALKAN RASUAH.

1 DEDAK TSMY1 AMANAT TSMY1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA

Mesti korang nak tahu berapa banyak ahli politik yang dah dilantik mengetuai GLC kan? Berikut kitorang senaraikan lantikan Ahli Parlimen, ADUN atau Ahli Politik Perikatan Nasional (PN) ke GLC dan Agensi Kerajaan (setakat 1 Jun 2020):
Umno:
1. MP Jelebu/Umno – Dato Jalaluddin Alias – Pengerusi UDA Holding
2. MP Gerik/Umno- Dato Hasbullah Osman – Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad
3. MP Cameron Highlands/Umno – Dato Ramli – Pengerusi Amanah Raya Berhad
4. MP Padang Terap/Umno – Dato Seri Mahdzir Khalid – Pengerusi TNB
5. MP Pasir Salak/Umno – Dato Sri Tajudin Abd Rahman – Pengerusi Prasarana
6. MP Jerantut/Umno – Dato’ Hj Ahmad Nazlan Idris – Pengerusi Lembaga Getah Malaysia
7. MP Machang/Umno – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Pengerusi MPOB
8. MP Besut/Umno – Dato Seri Idris bin Jusoh – Pengerusi FELDA
9. MP Kimanis/Umno – Datuk Mohamad Alamin – Pengerusi MyIPO
10. Calon (Kalah) Umno Parlimen Pasir Gudang PRU14 – Datuk Seri Khaled Nordin – Pengerusi Boustead Holding Berhad.
11. MP Jempol/Umno – Dato’ Salim Sharif – Pengerusi RISDA
12. MP Tanjong Karang/Umno – Tan Sri Noh Omar – Pengerusi MISC Bhd

MCA:
13. Calon PRU14 kalah Parlimen Tanjung Malim/MCA – Dato Seri Mah Hang Soon – Timbalan Menteri Pendidikan.
14. Calon PRU14 kalah Parlimen Seremban/MCA – Datuk Ching Sin Woon – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.
15. Calon PRU14 kalah DUN Machang Bunok/MCA – Dato’ Tan Teik Cheng – Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang
16. Calon PRU14 kalah DUN Bemban – Datuk Koh Chin Han – Pengerusi Pelabuhan Melaka.
17. Naib Presiden MCA – Dato Sri Tian Li Ker – Timbalan Menteri Perpaduan Nasional

PAS:
18. MP Marang/PAS – Datuk Seri Abdul Hadi Awang – Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri
19. MP Bachok/PAS – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Pengerusi Kesedar
20. MP Pasir Putih/PAS – YB Dr. Nik Muhammad Zawawi bin Haji Salleh – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.
21. MP Pasir Mas/PAS – YB Ahmad Fadhli Shaari – Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.
22. MP Dungun/PAS – Wan Hassan Mohd Ramli – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
23. MP Setiu/PAS – YB Tuan Shaharizukirnain Bin Abdul Kadir – Pengerusi TEKUN
24. ADUN Jabi, Exco Terengganu/PAS – YB Dr Azman Ibrahim – Pengerusi Lembaga Kenaf & Tembakau Malaysia

GPS:
25. MP Bintulu/GPS – Datuk Seri Tiong King Sing – Duta Khas Ke China Bertaraf Menteri
26. MP Hulu Rajang/GPS – Datuk Wilson Ugak Kumbong – Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh)
27. MP Sibuti/PBB – YB Lukanisman Awang Sauni – Pengerusi SEDA
28. MP Tanjung Manis/GPS – Datuk Yusuf Abdul Wahab – Pengerusi CIDB
29. MP Betong/PPB – Datuk Robert Lawson Chuat – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.
30. MP Serian/SUPP – Dato Sri Richard Riot – Duta Khas Ke Asia Timur Bertaraf Menteri
31. MP Baram/GPS-PDP – Anyi Ngau – Pengerusi Lembaga Koko Malaysia
32. MP Igan/GPS-PBB – Ahmad Johnie Zawawi – Pengerusi Bukan Eksekutif Indah Water Berhad (IWB)

PPBM:
33. ADUN Permas/PPBM – Che Zakaria Mohd Salleh – Pengerusi Kejora.
34. MP Beaufort/PPBM – Datuk Azizah Mohd Dun – Pengerusi MARA
35. Ahli Dewan Negara/PPBM – Razali Idris – Pengerusi Ketengah
36. MP Sabak Bernam/PPBM – Dato Hj Mohd Fasiah Hj Mohd Fakeh – Pengerusi FAMA
37. MP Tasek Gelugor/PPBM – Shabudin Yahaya – Pengerusi Felcra
38. ADUN Kempas/PPBM – Dato Osman Sapian – Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia
39. ADUN Bukit Kepong/PPBM – Dato Dr Sahruddin Jamal – Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia
40. MP Bukit Gantang/PPBM (Sebelum ini Bebas) – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – Pengerusi LKIM.

MIC:
41. Bekas KP MIC – Datuk Nelson Renganathan – Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Memberikan ahli politik jawatan besar dalam GLC bukanlah amalan yang baik

Seperti yang kami dah pernah tulis sebelum ni, selalunya ahli politik yang dilantik ke dalam GLC ni, makan gaji buta je. Sebabnya tak semua daripada mereka ada pengalaman untuk memimpin syarikat besar; akhirnya gaji mereka yang berlipat kali ganda daripada gaji orang biasa tu akan dibazirkan. Lagipun, sebagai Ahli Parlimen, diorang tu dah banyak komitmen untuk dipenuhi, kenapa perlu bagi lagi diorang komitmen yang berat? Takut-takut nanti, gaji GLC dapat, tapi kawasan terabai.

SEMAKIN RAMAI AHLI POLITIK DILANTIK MENGETUAI GLC? KAMI SENARAIKAN 41 DARIPADA MEREKA

F1
SEMAKIN RAMAI AHLI POLITIK DILANTIK MENGETUAI GLC? KAMI SENARAIKAN 41 DARIPADA MEREKA


Tan Sri Muhyiddin Yassin, 72 tahun, angkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lepas, setelah kemelut politik berlarutan selama kira-kira seminggu. Dia dapat sokongan daripada anggota parlimen Bersatu, Azmin Ali dalam PKR, Umno-BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), menyebabkan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) runtuh.

Jawatan-jawatan ni seperti ganjaran lumayan kepada mereka yang menyertai kerajaan hari ini, selain usaha Muhyiddin dan Azmin Ali untuk mengikat atau memancing para pimpinan Umno-BN, PAS dan GPS supaya untuk bersama Bersatu (kumpulan Muhyiddin). Secara logiknya, bukan senang untuk seorang wakil rakyat kerajaan – yang biasanya dah selesa dengan pelbagai kelebihan dan layanan yang diterima – untuk beralih angin menyertai pembangkang.

Mandi duitlah jawabnya. Via Giphy

Jadi sementara menunggu Pilihan Raya Umum (PRU), Muhyiddin cuba sedaya upaya untuk nampak stabil dan selesa. Sama ada habuan ni dah dijanjikan sebelum diorang bergabung atau tak, itu antara diorang dengan Tuhan sajalah yang tahu.

Malangnya, barisan Kabinet Muhyiddin ni tak membayangkan kompisisi kaum kat Malaysia. Sebagai perbandingan, masa pentadbiran PH, kabinet Tun Dr Mahathir Mohamad ada 17 menteri Melayu, 2 bumiputera Sabah dan Sarawak, 5 Cina dan 4 India. Bagi timbalan Menteri pulak, 15 daripada 25 menteri terdiri daripada orang Melayu, 7 Cina dan seorang India.

Kami senaraikan ahli politik yang dah dilantik mengetuai GLC, memang banyak gila. Jumlah Kabinet pun apa kurangnya? Ramai.

Jumlah anggota Kabinet Muhyiddin agak ramai – ada 70 jawatan (31 menteri dan 38 timbalan Menteri) termasuk kerusi PM, berbanding hanya 55 anggota kabinet di bawah kerajaan PH dulu. Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang dulunya dipegang Yeo Bee Yin seorang, sekarang dipecah jadi 3: Kementerian Alam Sekitar [Tuan Ibrahim Tuan Man (Pas-Kubang Kerian)], Kementerian Tenaga dan Sumber Asli [Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (UMNO-Lenggong)] dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi [Khairy Jamaluddin Abu Bakar (UMNO-Rembau)].

Fahmi Fadzil 0702
Via Berita Harian

Hakikatnya, lebih ramai Menteri dilantik dan dibayar gaji, lebih tinggilah kos ditanggung kerajaan. Fakta ni menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat apatah lagi lepas mengambil kira keadaan ekonomi negara yang perlahan dan lembab.

Kalau sebelum ni zaman PH kira-kira RM7.4 juta setahun dibelanjakan nak tanggung kos gaji Jemaah Menteri, PN perlu membelanjakan hampir RM10 juta setahun sekurang-kurangnya, sebab kabinet diorang lagi besar. Dari segi ilmu hisabnya, memang kosnya sangatlah tidak efisyen. Jumlah tu belum mengambil kira pelbagai jenis elaun yang disediakan macam keraian dan rumah.

Macam tu je duit dibuang. Via Giphy

https://orangkata.my/politik/semakin-ramai-ahli-politik-dilantik-mengetuai-glc-kami-senaraikan-41-daripada-mereka/