APAKAH AQIDAH IMAM-IMAM 4 MAZHAB?

1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 HARAM TAK KIRA

Sollu ‘alan Nabiy

APAKAH AQIDAH IMAM-IMAM 4 MAZHAB?

Ada orang mempersoalkan apakah sebenarnya aqidah imam-imam 4 mazhab, iaitu Imam Hanafi, Malik, Syafi’i dan Hanbali. Bagaimana mengatakan mereka adalah pengikut ajaran aqidah Imam Abu Hasan al Asya’ri jikalau mereka telahpun wujud dan wafat sebelum masa kelahiran Imam Asya’ri dan Imam Abu Mansur al- Maturidi di dunia ini?

Rujuk tarikh lahir imam-imam (atau wafat) di bawah :

1) Imam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) Imam Malik lahir: 93 hijrah
3) Imam Syafi’i lahir: 150 hijrah
4) Imam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) Imam Asy’ari lahir: 260 hijrah
6) Imam Maturidi : wafat 333 hijrah

Jawapannya mudah. Jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah telah bersepakat, bahawa walaupun Imam Asya’ri dan Maturidi hidup di era yang berbeza dari masa kehidupan imam-imam 4 Mazhab, namun tiada apa perbezaan aqidah diantara Imam Hanafi, Malik, Syafi’i dan Hanbali dengan apa yang diajarkan oleh Imam Asy’ari dan Maturidi. Kerana Asya’ri dan Maturidi tidak memunculkan sesuatu yang baru, apa yang mereka ajarkan sama seperti ajaran Nabi ﷺ, manakala imam-imam 4 mazhab pendahulunya juga menganut kefahaman aqidah yang sama.

Cuma apa yang berlaku adalah, berbeza dengan alim-ulama salafussolih sebelum mereka termasuk imam-imam 4 mazhab, Imam Asya’ri dan Maturidi adalah tokoh ulama terawal yang bertanggungjawab menyusun secara sistematik bab aqidah atas keperluan mendesak di zaman mereka, kerana waktu itu wujud pelbagai fahaman aqidah yang tersasar dari yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ, khususnya dari golongan Syiah dan Muktazilah.

Malahan, pada waktu itu agama Islam telah mula berkembang di merata dunia dan pengikutnya muncul dari pelbagai latarbelakang seperti ex Kristian, Buddha, Majusi, termasuk ahli-ahli filsafat Yunani, para pendeta, rahib serta guru-guru kitab injil.

Setelah menganut agama Islam, golongan yang membawa saki-baki ‘bagasi alam pemikiran’ dari fahaman agama serta kepercayaan lama telah terikut-ikut sama dalam membahaskan soal-soal iktiqad, ketuhanan, alam ghaib dan hukum-hakam, padahal fikiran, akal dan kefahaman mereka masih belum bebas sepenuhnya daripada kepercayaan-kepercayaan serta kefahaman-kefahaman agama mereka yang terdahulu.

Sehingga apabila membicarakan hal ehwal Islam, maka dicampur adukkan ilmu-ilmu Islam yang sebenar dengan unsur-unsur daripada agama, kepercayaan atau falsafah-falsafah agama mereka yang dahulu, seperti faham Israiliyat (Israil), Filsafat (Yahudi), Majusi (Parsi), batiniyah dan sebagainya.

Contohnya, Khalifah Makmun al-Rashid (Khalifah Abbasiyyah) sendiri, dengan niat baik demi kepentingan ilmu pengetahuan, telah memerintahkan pegawainya untuk menterjemah kitab-kitab Yunani ke dalam Bahasa Arab, namun akibatnya kecelakaan bagi Islam kerana falsafah-falsafah Yunani telah bercampur aduk ke dalam ruang agama Islam yang suci.

Di zaman ini bermula kewujudan golongan Muktazilah yang membahaskan Ilmu Kalam, kerana terpengaruh dengan pelbagai aliran bid’ah. Masalahnya beberapa khalifah Abbasiyyah waktu itu turut mendokong ajaran Muktazilah khususnya pada zaman Al-Makmun (198-218H/813-833 M), Al-Muktashim (218-228H/833-842M) dan Al-Watsiq (228-233H/842-847 M) yang menjadikan Muktazilah sebagai mazhab resmi negara.

Khalifah Al-Makmun dalam upayanya menanamkan fahaman Muktazilah, telah melakukan pemaksaan kepada seluruh jajahan pemerintahnya, sehingga ramai ulama panutan masyarakat menjadi korban paksaan, misalnya Imam Ahmad bin Hanbal sendiri telah menerima hukuman sebat dan dipenjarakan.

Maka sebagai reaksi dari kemunculan pelbagai ajaran sesat khususnya Syiah & Muktazilah, sekitar waktu inilah Allah swt takdirkan hidup dua tokoh ulama yang masyur, iaitu Imam Abu Hasan Asy’ari dan Abu Mansor al-Maturidi, yang memurnikan ajaran Rasulullah ﷺ, seterusnya menyusun Ilmu Usuluddin/Ilmu Tauhid secara sistematik. Mereka inilah yg disebut sebagai pembangun mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, iaitu jalan orang-orang yang mengikuti Rasulullah ﷺ dan para sahabat radiallahuanhum, kerana telah berjasa dalam menghimpun serta menyenaraikan iktiqad yg benar berpandukan ajaran al-Quran dan Hadith Nabi ﷺ..

Ringkasnya, gerakan Ahlus Sunnah wal Jamaah merupakan suatu respon kepada kecelaruan faham agama yang didokong oleh sebuah kuasa politik Islam yang besar waktu itu. Walaupun istilah ini belum muncul pada zaman sahabat radiallahuanhum, ianya hanya mula digunakan secara berleluasa di zaman kemudian; hakikatnya keperluan zamanlah yang telah mencipta istilah-istilah, namun tetap tidak ada perbezaan apapun dari segi ‘content’. Istilah-istilah ini bersanad sampai kepada Nabi ﷺ.

Ringkasnya, golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah para sahabat, tabiin, tabit tabiin dan salafussolih serta para pengikut yang bersanad sambung menyambung kepada mereka, bermula zaman Khaira Quroon (1-3 Hijrah) manakala tidak ada perbezaan pegangan aqidah imam 4 mazhab dengan yang diajarkan oleh Imam Asya’ri dan Maturidi, bersanad kepada sumbernya yang asal dan asli, iaitu Rasulullah ﷺ sendiri.

Sabda Rasulullah ﷺ : “Barangsiapa yang berumur panjang di antara kalian, kelak dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaknya kalian tetap berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya. Gigitlah kuat-kuat dengan gigi geraham kalian (suatu kiasan untuk kesungguhan).” (HR Abu Daud)

Wallahu ‘alam bissawab

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s