Adik Zahid beli 2 banglo RM5.9 juta guna cek pemegang amanah Yayasan Akalbudi, kata saksi

Lee Kim Yew yang juga pengasas dan pengerusi Country Heights Holdings Berhad bersetuju 2 banglo yang asalnya rumah contoh itu dijual di bawah harga pasaran kerana keadaannya tidak terurus disebabkan lama tidak berpenghuni.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu adik Ahmad Zahid Hamidi, Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi membeli 2 banglo di Country Heights, Kajang bernilai RM5.9 juta menerusi cek Tetuan Lewis & Co, pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik bekas timbalan perdana menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-57, Pengarah Bee Garden Holdings Sdn Bhd, Lee Kim Tiong @ Lee Kim Yew, 65, berkata cek itu untuk pembayaran penyelesaian jualan 2 banglo setingkat milik syarikatnya, yang dijual kepada Yayasan Al-Falah dengan Nasaee ialah pengerusi lembaga pemegang amanah yayasan itu.

Beliau berkata, tujuan pembelian 2 banglo menerusi sekeping cek bertarikh 4 Jan 2017 berkaitan keagamaan kerana lokasinya berdekatan surau.

“Datuk Eric ada beritahu pihak yang mahu beli ada kaitan dengan keagamaan, tetapi saya tidak pasti kesahihannya,” katanya ketika menjawab soalan tambahan semasa pemeriksaan balas oleh peguam Ahmad Zaidi Zainal.

Ahmad Zaidi: Tadi Tan Sri (Lee) beritahu kenal Datuk Zahid (Ahmad Zahid). Adakah Tan Sri tahu Yayasan Al-Falah yang membeli lot-lot banglo ini ada kaitan dengan Datuk Zahid?

Lee: Saya tahu.

Ahmad Zaidi: Tan Sri tahu atau tak lot-lot tersebut akan ditukarkan untuk tujuan keagamaan, tahfiz atau pun sekolah agama Islam?

Lee: Saya tak tahu dia tukar ke apa. Tapi saya memang tahu bila mereka (Yayasan Al-Falah) beli tanah ini kerana banglo-banglo itu dekat dengan surau, dan ada kaitan pembelian tanah ini dengan surau itu.

Lee yang juga pengasas dan pengerusi Country Heights Holdings Berhad turut bersetuju dengan cadangan Zaidi 2 banglo yang asalnya rumah contoh itu dijual di bawah harga pasaran kerana keadaannya tidak terurus disebabkan lama tidak berpenghuni.

“Kedua-dua rumah itu dijual pada 2017 dengan harga RM150 sekaki.

“Saya bersetuju menjual satu lot pada haga RM3,022,500, kemudian dilaraskan menjadi RM3 juta, manakala satu lagi pada harga RM2,885,250, kemudian dilaraskan menjadi RM2.9 juta.”

Ahli perniagaan itu berkata, perjanjian urusan jual beli itu ditandatangani olehnya dan seorang lagi pengarah Bee Garden Holdings, Nik Hassan Nik Mohd Amin bagi pihak penjual, manakala Nasaee sebagai wakil pembeli.

Ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazilee Abdul Khairi, saksi itu bersetuju dengan cadangan pengurangan harga banglo itu tiada kena-mengena faktor dekat dengan surau seperti yang dibangktikan pembelaan.

Dalam pertuduhan pengubahan wang haram ke-26, Zahid didakwa memberi arahan dalam pembelian 2 rumah jenis banglo bernilai RM5.9 juta menggunakan cek milik Tetuan Lewis & Co.

Zahid berdepan 47 pertuduhan, 12 daripadanya membabitkan pecah amanah melibatkan dana Yayasan Akalbudi, 8 tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan di depan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/06/16/adik-zahid-beli-2-banglo-rm5-9-juta-guna-cek-pemegang-amanah-yayasan-akalbudi-kata-saksi/

PAS GESA HARAMKAN KASINO GENTING, MAGNUM, SPORTS TOTO DAN DA MA CAI.

1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 HARAM TAK KIRA

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=688090858296486&id=446352142470360

SOKONG USAHA KPN PERANGI JUDI HARAM, NAMUN KERAJAAN HARAPAN DIGESA HARAMKAN KASINO GENTING, MAGNUM, SPORTS TOTO DAN DA MA CAI.

Saya menyokong penuh kenyataan, usaha dan amaran yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara dalam memerangi judi haram.

Kenyataan beliau sepatutnya menjadi komitmen semua menteri kabinet khasnya Menteri Agama dan Menteri Dalam Negeri.

Tiada pihak yang dapat menyangkal bahawa usaha memerangi judi dalam negara telah lama dipelopori oleh Parti Islam Semalaysia (PAS).

Ini dibuktikan dengan kepimpinan Arwah Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Menteri Besar Kelantan yang terus mengharamkan premis judi ‘halal’ di Kelantan sebaik sahaja PAS memenangi Pilihan Raya Umum Negeri Kelantan pada tahun 1990. Kelantan menjadi model kerajaan negeri pertama dalam negara yang bersih daripada premis judi.

Justeru itu saya menggesa usaha memerangi judi ini bukan terhenti setakat perjudian haram, bahkan termasuk diharamkan judi yang ‘dihalalkan’ oleh kerajaan, khasnya Kasino Genting, Magnum, Sports Toto dan Da Ma Cai.

Ahmad Marzuk Shaary
Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
18 Jun 2019

UMNO YANG MENGHANCURKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM.

1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 TSMY 26 BILION1 HARAM TAK KIRA

Latest blog entry >

DAP HANCUR MELAYU II

1. DAP akan hancur orang Melayu – demikian dakwaan Najib dan Muhyiddin.

2. Apakah benar orang Melayu mudah dihancur sehingga sebuah parti politik pun boleh hancur orang Melayu.

3. Apa buktinya dalam sejarah orang Melayu dihancur.

4. Bagi Melayu yang takut dihancur ingin saya rujuk kepada sejarah orang Melayu.

5. Ya. Memang mereka lemah dari segi kewangan. Tetapi mereka tidak hancur. Diserang dan ditawan oleh Portugis, Belanda dan British. Melayu tidak hancur. Ditawan sebahagian oleh Siam, Melayu tidak hancur. Dikuasai oleh Jepun bangsa Melayu terus kekal tidak jadi seperti tamadun Egypt yang sudah hilang, tamadun Greek (Yunani) yang runtuh, tamadun Rome, tamadun Aztec, tamadun-tamadun asli Amerika Tengah dan Selatan yang dihancur dan banyak lagi.

6. Semasa semua tamadun dan negara-negara ini muncul, tubuh dan diri tamadun mereka bangsa Melayu berada dan turut berada

7. British balik dan cuba rampas Tanah Melayu – mereka gagal

8. Melayu tuntut kemerdekaan dari sebuah kuasa besar, berjaya

9. Setelah ambil alih negara, pentadbiran Melayu selamatkan negara dari gerila komunis – mereka diri Kerajaan yang berwibawa, maju berbanding dengan tanah jajahan orang Eropah yang lain, yang hancur jadi serbuk, tidak stabil, tidak maju, tetapi Malaysia dapat ditadbir dengan baik, maju dan Melayu tidak hancur.

10. Orang Melayu memalukan British apabila paksa British gugurkan Malayan Union setelah dirasmi hanya dua tahun.

11. Apabila merdeka pada 1957, Malaysia diancam dengan gerila komunis. Pentadbiran Melayu yang ambil alih dari British berjaya mengalahkan pengganas pada 1960, hanya tiga tahun lepas mentadbir sendiri negara yang baru merdeka. Pentadbiran Melayu, pimpinan Melayu dapat majukan negara lebih dari British.

12. Pada 1969, rusuhan kaum berlaku – tidak seperti negara lain, termasuk Amerika Syarikat (A.S) kita selesai masalah dan negara terus maju.

13. British tidak hormat kita. Kita orang Melayu tolak barangan British dan British tunduk.

14. Penyangak mata wang serang kita. IMF dan World Bank nasihat supaya kita beri kuasa kepada mereka untuk tangani masalah ini. Kita, orang Melayu tolak IMF, tolak World Bank dan kita banteras penyangak mata wang dengan cara kita sendiri.

15. Dalam dunia kita orang Melayu sahaja yang berani tolak pendapat seluruh dunia.

16. Secara terbuka kita kutuk Bush kerana serang Iraq, kerana cetus rusuhan di negara-negara Islam, kerana sokong Israel. Demikian juga dengan Trump. Di UN kita terang-terang tolak pendirian U.S. berkenaan Israel.

17. Dalam dunia hanya pemerintahan Melayu sahaja yang tegur kuasa besar apabila mereka lakukan kesalahan.

18. Inilah Melayu apabila mendiri pemerintahan 96% Melayu selepas merdeka. Kita tidak takut, kita berani dan kita berjaya.

19. Tetapi ada Melayu yang takut kepada DAP. Konon DAP boleh hancur orang Melayu. Orang yang bacul macam ini tidak layak panggil diri mereka Melayu. Demikian juga orang yang terikut-ikut dengan orang Melayu bacul seperti ini.

20. DAP bukan institusi dunia seperti IMF dan World Bank. DAP hanya parti politik. Apa yang ada pada DAP yang perlu kita takut dihancur oleh mereka.

Wahai Melayu

Bersikap beranilah sedikit

Konon saya dikuasai DAP

Konon Pakatan Harapan (PH) dikuasai DAP

Tak masuk akal

21. Kamu ditipu oleh Najib yang takut kena penjara. Setelah ditolak rakyat, Najib mempermain ketakutan orang Melayu untuk kembali diterima ke dalam Kerajaan pintu belakang.

22. Dengan mengguna orang Melayu yang hendak sangat jadi Perdana Menteri, Najib berjaya. Sekarang anak tirinya terlepas. Jika rakyat tidak bantah, dan dengan izin Muhyiddin, Najib juga boleh terlepas dari penjara.

23. Bolehkah kita fikir Najib berusaha bantu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri dan dia sendiri masuk penjara.

24. Bolehkah kita terima Najib begitu murah hati

25. Fikirlah

http://chedet.cc/?p=3103

HAKIKATNYA MELAYU YANG MENGHANCURKAN AGAMA ISLAM DAN BANGSA MELAYU.

BUKTI MALAYSIA BERADA DIBAWAH KAWALAN MCA KOMUNIS.

1 ERIC PAULSEN 21 ERIC PAULSEN1 TSMY SELAMATKAN PEROMPAK1 MELAYU BODOH1 MALAYSIA RASUAH 1

Datuk A Kadir Jasin dedahkan Jalil Rashid dipaksa keluar PNB kerana telah mengenal pasti beberapa kes “meragukan” yang melibatkan wang PNB beratus juta.

Monday, June 15, 2020.

Ada Percubaan Jadikan PNB “Gravy Train”

A Kadir Jasin

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Zeti dan Abdul Jalil: Jadi mangsa kerana bongkar keburukan.

KALAU orang Melayu kenal diri dan mengamalkan ciri-ciri bangsa dan agama mereka maka jadilah mereka insan yang unggul, iaitu seorang yang berbudi kerana dia Melayu dan beriman kerana dia Muslim.

Insan budiman kerana berbudi dan beriman.

Tetapi maaf cakaplah kalau saya ulang sebut bahawa sangat banyak Melayu hari ini yang palsu budi dan imannya.

Bangsa sekadar slogan politik dan agama bahan peragaan untuk dihebahkan melalui tampalan media sosial.

Walaupun semakin ramai Melayu berpendidikan tinggi tetapi ramai tidak kenal diri. Mereka menjadi hamba kepada kejahilan dan kemiskinan, feudalisme dan kebergantungan.

Akibatnya banyak usaha murni untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu dan agama Islam, khususnya dan negara, amnya bukan saja menjadi sia-sia malah ditentang habis-habisan.

Cerita Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dinyahkan daripada jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dan Abdul Jalil Rasheed daripada kerusi yang sama di Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah petanda kehilangan budi dan iman orang Melayu.

Orang Melayu yang diuar-uarkan sebagai sabar dan bertolak ansur sedang dihasut supaya mengamuk atas nama maruah Melayu dan pemerintahan Melayu-Islam.

Dendam Neo-Kleptokrasi

Maka ahli profesional dan eksekutif Melayu taraf dunia yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang ada DAP di dalamnya – untuk membersihkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada korupsi elit politik era kleptokrasi Umno-Barisan Nasional telah dan sedang dibuang secara sistematik.

Kalau kerajaan Umno-BN zaman kleptokrasi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak korup dan hegemonik, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin adalah semberono (reckless) dan pendendam (vengeful).

Lebih malang bagi ahli profesional Melayu, kaki pukul (hatchetman) yang dihantar untuk membelasah mereka adalah teknokrat Melayu sendiri.

Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa dalam konteks ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, perlu menilai dirinya sendiri kerana besar kemungkinan beliau kini menjalankan peranan itu.

Ini adalah kerana sebagai Menteri Kewangan beliau mempunyai kuasa yang amat luas ke atas GLIC dan GLC. Siapa lagi kalau bukan beliau yang memecat ahli profesional Melayu dan membawa masuk ahli politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah?

Wan Zulkiflee ditunjukkan pintu keluar kerana mempertahankan hak Petronas daripada dijadikan pertaruhan dalam perjudian politik Muhyiddin untuk mendapat sokongan elit politik Sarawak dan mungkin juga selepas ini, Sabah.

Dua buah negeri Borneo ini adalah pengeluar utama minyak dan gas di mana peranan Petronas adalah besar.

Abdul Jalil, anak pegawai imigresen dari Raub, Pahang telah berjaya dihambat keluar daripada PNB atas alasan keraguan mengenai persekolahannya – beza di antara London School of Economics & Politics (LSE) dan University of London. Beliau meletakkan jawatan hari ini.

Isu persekolahan beliau hanyalah alasan. Kalau pihak berkuasa pasaran modal di Singapura, Hong Kong dan United Kingdom yang lebih tinggi piawaiannya boleh memberi lesen kepada Abdul Jalil mengapakah tiba-tiba persekolahan beliau menjadi isu kepada Muhyiddin dan Zafrul serta budak-budak mereka?

Mengapa ia menjadi isu kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) sekarang apabila ia telah meluluskan permohonan beliau pada bulan September lalu?

Jumpa Najis

Jawapannya adalah Abdul Jalil dan Pengerusi baru PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, telah mula menemui dan mengambil tindakan ke atas pelaburan-pelaburan PNB yang meragukan dan bermasalah.

Di sini, saya mengutuk sekeras-kerasnya usahawan Melayu yang berjaya kerana bantuan kerajaan, termasuk melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi masih bergantung kepada kerajaan dan menjadikan PNB “gravy train” mereka.

Saya kenal ramai daripada mereka. Malah saya kenal ibu bapa mereka. Saya menulis seawal tahun 1980-an tentang bagaimana ibu bapa mereka mendapat kontrak dan konsesi di bawah DEB.

Sehingga ini, saya telah berjaya mendapat maklumat mengenai dua atau tiga kes yang mungkin menjadi punca tercetusnya usaha untuk menyingkirkan Abdul Jalil. Satu mengenai pembelian tanah dan satu lagi mengenai pelaburan dalam kegiatan minyak dan gas.

Saya akan menyebut hanya satu kes dulu kerana ia sudah pun dibincangkan secara meluas sejak 2017 lagi. Yang lain itu, tunggu dulu. Kita tengok apa pengganti Abdul Jalil akan buat.

Kes ini adalah berkaitan penjualan sebidang tanah kerajaan seluas 19.14 ekar berhampiran Istana Negara kepada Jakel Land Sdn Bhd dengan harga RM646 juta atau 22 peratus di bawah harga yang diiklankan.

Kita semua tahu bahawa Jakel adalah syarikat anak emas zaman Mohd Najib. Baru-baru ini ia menjadi berita besar apabila salah seorang adik beradiknya menuduh “orang Melayu tak pandai baca”.

Apa kena mengena Jakel dengan PNB? Jakel Land Sdn Bhd adalah perkongsian sama rata di antara Jbiz Development Sdn Bhd (mewakili Jakel) dengan Symphony Life Bhd dan PNB.

Yang menjadi masalah dan persoalan adalah mengapa hanya PNB yang mengeluarkan lebih banyak duit untuk bayar harga tanah tersebut sedangkan nisbah pegangan saham sama iaitu masing-masing 33.3 peratus. Nampak seolah-oleh peranan Jakel cuma mendapatkan kebenaran membeli tanah dan Symphony menjadi pemaju.

Saya dimaklumkan yang PNB telah memberi “pinjaman” RM225 juta kepada syarikat usaha sama itu. Keseluruhan jumlah yang ditanggung oleh PNB adalah RM250 juta manakala Symphony dan Jakel hanya mengeluarkan RM25 juta setiap satu.

Jakel mendakwa dirinya 100 peratus Bumiputera. Kepala empayar adik-beradik ini ialah Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.

Mohamed Feroz saudagar nombor satu Jakel
Symphony pula adalah syarikat senaraian Bursa Malaysia yang dimiliki oleh Tan Sri Azman Yahya yang terkenal sebagai Pengarah Urusan Danaharta zaman krisis ekonomi Asia 1997-98.

Diura-urakan yang Ahmad Zulqarnain dari Khazanah Nasional Berhad akan mengambil tempat Abdul Jalil. Beliau pernah bekerja di bawah Azman di Symphony (dulunya Bolton Bhd) dan Danaharta.

Azman adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah Khazanah yang dilantik oleh Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Khazanah.

Peralat PNB

Bagi usahawan Bumiputera yang cuba memperalatkan PNB dengan melobi Muhyiddin dan Zafrul supaya memecat Abdul Jalil atau bertindak dengan cara yang menguntungkan mereka, saya kata “sialan kamu”.

Tidak cukup lagikah apa yang kamu dan ibu bapa kamu dapat daripada kerajaan sehingga mahu memperkudakan PNB?

PNB adalah instrumen DEB yang bertujuan memberi peluang kepada Bumiputera miskin memiliki sebahagian kecil kekayaan negara. Itu pun mereka hendak “pelekoh” juga?

Kesimpulannya, kalau inilah cara kerajaan Melayu-Islam PN mempolitikkan GLIC dan GLC, kesudahannya hanya profesional dan eksekutif yang tidak berjiwa rakyat dan “mediocre” saja akan bersedia bekerja dengannya.

Dewan Bahasa mentakrifkan “mediocre” sebagai “tidak berapa baik”.

Cuma satu saja. Kita bernasib kerana keadaan tidak seperti dahulu lagi. Kerajaan dan pesekongkolnya tidak selamat lagi bersembunyi di belakang tembok kuasa, undang-undang dan kerahsiaan.

Media sosial telah memberikan rakyat jelata kuasa untuk memperkasakan mahkamah pendapat umum – the court of public opinion – untuk melawan kerajaan kleptokrasi baru ini.

Namun saya masih ada sedikit keyakinan bahawa masih ada sebilangan kecil melayu profesional yang tidak sanggup menjadi tali barut kepada pencuri dan penyangak kerana di sanubadi mereka tersemat nilai murni untuk melakukan kebaikan kepada negara dan rakyat jelata.

Wallahuaklam. Terima Kasih.

SENARAI 10 YB MELAYU MUSLIM DALAM DAP BERBANDING MCA KOMUNIS TIADA YB MELAYU ISLAM.

1 TSMY BERDOA1 MELAYU BODOH1 HARAM TAK KIRA

SENARAI YB MELAYU MUSLIM DAP

Yang memenangi kerusi PARLIMEN / DUN PH PRU14;

1- Ustaz Sheikh Umar Bagharib Ali, Adun Paloh Exco Johor.

2- Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, PARLIMEN Raub Pahang.

3- Young Syefura Othman, Adun Ketari Pahang.

4- Dr. Aziz Bari, Adun Tebing Tinggi Exco Perak.

5- Noorita Sual, PARLIMEN Tenom, Sabah.

6- Norhizam Hasan Baktee, Adun Pengkalan Batu, Exco Melaka.

7- Zairil Khir Johari, Adun Tanjung Bungah, Exco Pulau Pinang

8- Syerleena Abd Rashid, Adun Sri Delima Pulau Pinang.

9- Edry Faizal Eddy Yusof Adun Dusun Tua Selangor.

10- Jamaliah Jamaludin, Adun Bandar Utama Selangor.

Tidak pernah berlaku dlm sejarah 13 kali pilihanraya umum, parti Dap memecah tradisi mencalonkan sebegitu ramai melayu islam pada PRU14, 10 darinya menang kawasan cina hasil majority undi MAJMUK.

Parti Dap pernah dipimpin oleh seorang india iaitu Karpal Singh. Dap parti majmuk keahliannya ada melayu cina india pribumi Sabah Sarawak.

Sebaliknya MCA adalah parti 100% cina. MIC solid india tanpa elemen melayu!

Justeru tuduhan Dap agen komunis cina adalah langsung tidak masuk akal kecuali bagi psikiatri tegar umno haprak saja.

SABAH MEMILIKI KEKAYAAN 12 TRILION TETAPI UMNO MENZALIMI RAKYAT SABAH

1 ERIC PAULSEN 21 MELAYU BODOH

Wahai rakyat Sabah sedarlah, bersatu lah kita dlm memperjuangkan hak Sabah demi masa depan anak cucu kita. Kekuatan kita adalah kesatuan kita dalam kuasa politik tempatan dan tidak lagi memberi kepercayaan Parti luar untuk pecah perintah selama ini. Perjuangan kita baru bermula selepas kita menumbangkan parti Malaya Umno yang selama ini mengawal ahli2 politik Sabah. Peluang kita sudah terbuka kerana perpecahan parti politik di Malaya.

Bersatu lah atas nama Sabah dan Parti Sabah iaitu Parti Warisan Sabah yang telah memulakan rundingan PERJANJIAN 1963 ( MA63) melalui jawatankuasa MA63 selepas PH mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

APAKAH AQIDAH IMAM-IMAM 4 MAZHAB?

1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 21 HARAM TAK KIRA

Sollu ‘alan Nabiy

APAKAH AQIDAH IMAM-IMAM 4 MAZHAB?

Ada orang mempersoalkan apakah sebenarnya aqidah imam-imam 4 mazhab, iaitu Imam Hanafi, Malik, Syafi’i dan Hanbali. Bagaimana mengatakan mereka adalah pengikut ajaran aqidah Imam Abu Hasan al Asya’ri jikalau mereka telahpun wujud dan wafat sebelum masa kelahiran Imam Asya’ri dan Imam Abu Mansur al- Maturidi di dunia ini?

Rujuk tarikh lahir imam-imam (atau wafat) di bawah :

1) Imam Hanafi lahir: 80 hijrah
2) Imam Malik lahir: 93 hijrah
3) Imam Syafi’i lahir: 150 hijrah
4) Imam Hanbali lahir: 164 hijrah
5) Imam Asy’ari lahir: 260 hijrah
6) Imam Maturidi : wafat 333 hijrah

Jawapannya mudah. Jumhur ulama Ahlus Sunnah wal Jamaah telah bersepakat, bahawa walaupun Imam Asya’ri dan Maturidi hidup di era yang berbeza dari masa kehidupan imam-imam 4 Mazhab, namun tiada apa perbezaan aqidah diantara Imam Hanafi, Malik, Syafi’i dan Hanbali dengan apa yang diajarkan oleh Imam Asy’ari dan Maturidi. Kerana Asya’ri dan Maturidi tidak memunculkan sesuatu yang baru, apa yang mereka ajarkan sama seperti ajaran Nabi ﷺ, manakala imam-imam 4 mazhab pendahulunya juga menganut kefahaman aqidah yang sama.

Cuma apa yang berlaku adalah, berbeza dengan alim-ulama salafussolih sebelum mereka termasuk imam-imam 4 mazhab, Imam Asya’ri dan Maturidi adalah tokoh ulama terawal yang bertanggungjawab menyusun secara sistematik bab aqidah atas keperluan mendesak di zaman mereka, kerana waktu itu wujud pelbagai fahaman aqidah yang tersasar dari yang diajarkan oleh Rasulullah ﷺ, khususnya dari golongan Syiah dan Muktazilah.

Malahan, pada waktu itu agama Islam telah mula berkembang di merata dunia dan pengikutnya muncul dari pelbagai latarbelakang seperti ex Kristian, Buddha, Majusi, termasuk ahli-ahli filsafat Yunani, para pendeta, rahib serta guru-guru kitab injil.

Setelah menganut agama Islam, golongan yang membawa saki-baki ‘bagasi alam pemikiran’ dari fahaman agama serta kepercayaan lama telah terikut-ikut sama dalam membahaskan soal-soal iktiqad, ketuhanan, alam ghaib dan hukum-hakam, padahal fikiran, akal dan kefahaman mereka masih belum bebas sepenuhnya daripada kepercayaan-kepercayaan serta kefahaman-kefahaman agama mereka yang terdahulu.

Sehingga apabila membicarakan hal ehwal Islam, maka dicampur adukkan ilmu-ilmu Islam yang sebenar dengan unsur-unsur daripada agama, kepercayaan atau falsafah-falsafah agama mereka yang dahulu, seperti faham Israiliyat (Israil), Filsafat (Yahudi), Majusi (Parsi), batiniyah dan sebagainya.

Contohnya, Khalifah Makmun al-Rashid (Khalifah Abbasiyyah) sendiri, dengan niat baik demi kepentingan ilmu pengetahuan, telah memerintahkan pegawainya untuk menterjemah kitab-kitab Yunani ke dalam Bahasa Arab, namun akibatnya kecelakaan bagi Islam kerana falsafah-falsafah Yunani telah bercampur aduk ke dalam ruang agama Islam yang suci.

Di zaman ini bermula kewujudan golongan Muktazilah yang membahaskan Ilmu Kalam, kerana terpengaruh dengan pelbagai aliran bid’ah. Masalahnya beberapa khalifah Abbasiyyah waktu itu turut mendokong ajaran Muktazilah khususnya pada zaman Al-Makmun (198-218H/813-833 M), Al-Muktashim (218-228H/833-842M) dan Al-Watsiq (228-233H/842-847 M) yang menjadikan Muktazilah sebagai mazhab resmi negara.

Khalifah Al-Makmun dalam upayanya menanamkan fahaman Muktazilah, telah melakukan pemaksaan kepada seluruh jajahan pemerintahnya, sehingga ramai ulama panutan masyarakat menjadi korban paksaan, misalnya Imam Ahmad bin Hanbal sendiri telah menerima hukuman sebat dan dipenjarakan.

Maka sebagai reaksi dari kemunculan pelbagai ajaran sesat khususnya Syiah & Muktazilah, sekitar waktu inilah Allah swt takdirkan hidup dua tokoh ulama yang masyur, iaitu Imam Abu Hasan Asy’ari dan Abu Mansor al-Maturidi, yang memurnikan ajaran Rasulullah ﷺ, seterusnya menyusun Ilmu Usuluddin/Ilmu Tauhid secara sistematik. Mereka inilah yg disebut sebagai pembangun mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah, iaitu jalan orang-orang yang mengikuti Rasulullah ﷺ dan para sahabat radiallahuanhum, kerana telah berjasa dalam menghimpun serta menyenaraikan iktiqad yg benar berpandukan ajaran al-Quran dan Hadith Nabi ﷺ..

Ringkasnya, gerakan Ahlus Sunnah wal Jamaah merupakan suatu respon kepada kecelaruan faham agama yang didokong oleh sebuah kuasa politik Islam yang besar waktu itu. Walaupun istilah ini belum muncul pada zaman sahabat radiallahuanhum, ianya hanya mula digunakan secara berleluasa di zaman kemudian; hakikatnya keperluan zamanlah yang telah mencipta istilah-istilah, namun tetap tidak ada perbezaan apapun dari segi ‘content’. Istilah-istilah ini bersanad sampai kepada Nabi ﷺ.

Ringkasnya, golongan Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah para sahabat, tabiin, tabit tabiin dan salafussolih serta para pengikut yang bersanad sambung menyambung kepada mereka, bermula zaman Khaira Quroon (1-3 Hijrah) manakala tidak ada perbezaan pegangan aqidah imam 4 mazhab dengan yang diajarkan oleh Imam Asya’ri dan Maturidi, bersanad kepada sumbernya yang asal dan asli, iaitu Rasulullah ﷺ sendiri.

Sabda Rasulullah ﷺ : “Barangsiapa yang berumur panjang di antara kalian, kelak dia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaknya kalian tetap berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah Khulafa’ ur Rasyidin yang mendapat petunjuk. Berpegang teguhlah dengannya. Gigitlah kuat-kuat dengan gigi geraham kalian (suatu kiasan untuk kesungguhan).” (HR Abu Daud)

Wallahu ‘alam bissawab

Kerajaan Pintu Belakang PN Memperjudikan Nasib Melayu Dan Islam

1 TSMY BERDOA1 MELAYU BODOH1 MUSA AMAN 991 RUU YANG HILANG1 HADI SYAITAN 31 HADI SYAITAN 2

1 KATAK BEROMEN1 HARAM SEPERTI BABI

Naib Presiden AMANAH Nasional, Datuk Mahfuz Omar menempelak kerajaan PN walaupun dibentuk tanpa DAP, tapi merupakan kerajaan kaki judi.

Beliau berkata, tindakan PN membenarkan pengoperasian pusat judi adalah satu keputusan yang mengejutkan walhal kerajaan ketika ini mempunyai ramai pemimpin berlatar belakangkan pendidikan agama.

Katanya, PN seharusnya melewatkan operasi perjudian dan bukan menjadikannya sektor tersebut lebih awal dibuka berbanding daripada masjid yang ketika ini dihadkan pengoperasiannya.

“Saya terkejut apabila kerajaan tanpa DAP dan lebih ramai Menteri yang berlatarbelakangkan pendidikan agama, menganggap perjudian sebagai sektor ekonomi yang sangat penting kepada mereka.

“Paling tidak, mereka seharusnya melewatkan atau menyukarkan operasi pusat-pusat perjudian ini. Kalau kita lihat, masjid nak beroperasi pun masih terhad.

“Sedangkan jika dibandingkan antara masjid dengan pusat perjudian, saya fikir lebih baik diberikan peluang untuk masjid beroperasi agar masyarakat kita lebih mendekatkan diri dengan Tuhan,” katanya ketika dihubungi Malaysia Dateline hari ini.

Terdahulu, tular satu surat yang memaklumkan bahawa semua operator perjudian yang dilesenkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dibenarkan untuk beroperasi semula mulai hari ini.

Surat tersebut dilihat ditandatangani Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Dr Anuar Ariffin yang dikeluarkan pada semalam, 16 Jun.

Dalam surat itu juga, kerajaan meminta kerjasama semua operator perjudian untuk mematuhi Standard Operating Procedures (SOP) bagi pencegahan dan kawalan Covid-19 seperti lampiran yang disertakan.

Sementara itu, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, jika waktu dahulu PH sentiasa dihujani kecaman yang mendakwa mereka tidak sensitif terhadap isu tersebut, PN seharusnya tampil berbeza dengan pemerintahan PH.

Namun katanya, mereka yang dahulu membangkitkan hal berkenaan nampaknya lebih tidak sensitif.

“Saya percaya keputusan ini adalah keputusan yang disepakati oleh Kabinet termasuk Menteri Agama dan Menteri Pas. Jadi merekalah yang telah bersetuju untuk pengoperasian judi dibuka kembali.

“Jadi kalau begitu saya ulangi sekali lagi, sama saja rupanya kerajaan tanpa DAP ini merupakan kerajaan kaki judi,” tambahnya lagi.

Benarkan operasi, Kerajaan PN dilabel kaki judi

MCA Komunis Kuasai pelabuhan, gesa kemasukan pelancong China

Kuasai pelabuhan, gesa kemasukan pelancong China: MCA jadi Abang Long dalam kerajaan PN

Bekas Bendahari MCA Datuk Seri Chuah Poh Khiang secara terbuka menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka semula pintu negara kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat termasuk China.

Dalam kenyataannya semalam, Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia itu berkata, langkah tersebut penting bagi menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.

Walau bagaimanapun gesaan Poh Khiang yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal MCA-Republik Rakyat China itu dianggap berbahaya untuk keselamatan dan kedaulatan negara.

Ramai warganegara China yang kononnya melancong ke Malaysia tidak pulang ke negara mereka termasuk pembongkaran sindiket menjual MyKad selain ancaman penularan pandemik Covid-19.

Untuk rekod, Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendedahkan 76,258 (95.6 peratus) daripada 79,799 warga China mengikut Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang melawat ke negara ini sepanjang 2016 hingga 2018 tidak mempunyai rekod tarikh keluar.

Tahun lalu gempar pengakuan seorang wanita warga China yang gagal dalam sesi temu bual berikutan tidak boleh berbahasa kebangsaan bagi mendapatkan pasport.

Wanita warga asing itu kemudiannya mengaku membeli MyKad itu daripada sindiket sebelum polis berjaya menahan seorang lagi lelaki warga China di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 9 Ogos tahun lalu.

Ekoran itu, sekurang-kurangnya 20 individu berusia 32 hingga 70 tahun termasuk Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang ditahan setakat September tahun lalu.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga kemudiannya membatalkan semua MyKad yang dijual kepada warga China ekoran kes tersebut.

Berusaha membanjiri 

Mengulas gesaan pemimpin MCA itu, aktivis Adrian Lim Chee En berpendapat MCA sekarang sedang berusaha membanjiri Malaysia dengan kemasukan warga China.

“Covid-19 belum selesai, ratusan ribu warganegara China belum diusir, tapi Cina Komunis MCA sudah bersuara menggesa pembukaan sempadan agar warga China boleh ramai-ramai masuk,” bidasnya dipetik dari Facebook beliau.

Menurutnya, majoriti Ahli Parlimen Muslim PN berjaya diperbodohkan oleh MCA yang hanya mempunyai dua wakil sahaja dalam kerajaan.

“Begitulah hakikatnya. Bersenjatakan hanya dua orang Ahli Parlimen Cina kafir sahaja, MCA telah berjaya menjinakkan dan membiulkan lebih 100 orang Ahli Parlimen Melayu Muslim PN,” tempelaknya.

Adrian juga menyifatkan MCA telah menjadi ‘Abang Long’ di Putrajaya pada masa ini termasuk menguasai semua pelabuhan utama dan ruang udara.

Selanjutnya, beliau berkata, penguasaan MCA dalam kerajaan PN dapat dilihat pada pertambahan dana untuk sekolah swasta Cina serta biasiswa pendidikan tanpa had.

“MCA mempunyai hanya dua Ahli Parlimen iaitu Dewa Wee Ka Siong dan Penaja Pakej Umrah Wee Jeck Seng. Namun, mereka sudah menjadi Abang Long dalam Kerajaan sekarang.

“Semua pelabuhan utama Malaysia seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Penang dan Pelabuhan Melaka kini dikuasai oleh Pengerusi Cina Kafir yang dilantik oleh MCA.

“Selain itu, MCA telah pecat bekas CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Pihak Berkuasa Ruang Udara (CAAM) yang merupakan orang Melayu Muslim dan menggantikannya dengan seorang Cina Kafir.

“Selepas sempadan laut dan udara dikuasai, mereka berjaya naikkan peruntukkan sebuah Sekolah Swasta Cina dari RM40 juta ke RM58 juta.

“Sekolah Cina swasta tersebut memberi biasiswa UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) tanpa had. Unlimited UEC Scholarships,” jelasnya lagi.

Untuk rekod, tiga pelabuhan utama iaitu di Pulau Pinang, Kelang dan Melaka didominasi pemimpin MCA mulai April lalu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Presiden MCA turut melantik Chester Voo Chee Soon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu CAAM berkuatkuasa 1 Jun lalu.

Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, pelantikan Chee Soon yang merupakan seorang juruterbang dan pengarah operasi penerbangan di sebuah syarikat penerbangan domestik itu mengikut Seksyen 21 selepas disyor dan dipertimbangkan oleh CAAM.

Kuasai pelabuhan, gesa kemasukan pelancong China: MCA jadi Abang Long dalam kerajaan PN

COVID 19 BELUM SELESAI, PATI CHINA BELUM DIHUMBAN KELUAR, TAPI MCA SUDAH GESA KEMASUKAN WARGA CHINA BERAMAI-RAMAI KE MALAYSIA

1 MCA ANTI HUDUD

Datuk Seri Chuah Poh Khiang- FOTO: SUMBER INTERNET
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/86655/BERITA/Nasional/Kerajaan-digesa-buka-pintu-kepada-pelancong-perniagaan-ASEAN-China?fbclid=IwAR1XoSsjw1Ixs5zhWDVkEplbv0gLquZyUtGzwPO2TgEYc7a9yc0guZ9-qJs
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

COVID 19 BELUM SELESAI, PATI CHINA BELUM DIHUMBAN KELUAR, TAPI MCA SUDAH GESA KEMASUKAN WARGA CHINA BERAMAI-RAMAI KE MALAYSIA

Hello, Melayu Iseley PN semua masuk gua ka?

Covid19 belum selesai, ratusan ribu warganegara China belum diusir, tapi Cina Komunis MCA sudah bersuara menggesa pembukaan sempadan agar warga China boleh ramai-ramai masuk.

Siapa Chuah Poh Khiang?

1. Bekas Timbalan Bendahari MCA yang kemudiannya naik pangkat jadi Bendahari MCA.

2. Kini Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia (Belt and Road), iaitu projek Kerajaan Komunis China di seluruh dunia termasuk di Malaysia.

Gesaan Komunis MCA dilapor oleh Sinar Harian di https://www.sinarharian.com.my/article/86655/BERITA/Nasional/Kerajaan-digesa-buka-pintu-kepada-pelancong-perniagaan-ASEAN-China?fbclid=IwAR1XoSsjw1Ixs5zhWDVkEplbv0gLquZyUtGzwPO2TgEYc7a9yc0guZ9-qJs

MCA mempunyai hanya 2 orang Ahli Parlimen iaitu Dewa Wee Ka Siong dan Penaja Pakej Umrah Wee Jeck Seng. Namun mereka sudah menjadi Abang Long dalam Kerajaan sekarang.

Semua pelabuhan utama Malaysia seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Penang dan Pelabuhan Melaka kini dikuasai oleh Pengerusi Cina Kafir yang dilantik oleh MCA.

Selain itu, MCA telah pecat bekas CEO Pihak Berkuasa Ruang Udara (CAAM) yang merupakan orang Melayu Muslim dan menggantikannya dengan seorang Cina Kafir.

Selepas sempadan laut dan udara dikuasai, mereka berjaya naikkan peruntukkan sebuah Sekolah Swasta Cina dari RM40 juta ke RM58 JUTA. Sekolah Cina Swasta tersebut memberi biasiswa UEC tanpa had. Unlimited UEC Scholarships.

Kini, MCA sedang berusaha membanjiri Malaysia dengan kemasukan warga China.

Begitulah hakikatnya. Bersenjatakan hanya 2 orang Ahli Parlimen Cina Kafir sahaja, MCA telah berjaya menjinakkan dan membiulkan lebih 100 orang Ahli Parlimen Melayu Muslim PN.

 

KUALA LUMPUR – Kerajaan perlu membuka semula pintunya kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat terutamanya ASEAN, China dan negara-negara Jalur dan Laluan dengan syarat keselamatan tertentu sejajar dengan usahanya untuk membuka lebih banyak sektor ekonomi.

Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia Datuk Seri Chuah Poh Khiang berkata, membenarkan pelancong perniagaan yang memenuhi syarat keselamatan untuk melancong ke Malaysia penting untuk menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.

“Memandangkan situasi pandemik Covid-19 di Malaysia dan beberapa negara seperti China, Thailand dan Vietnam telah stabil, serta lebih banyak langkah-langkah keselamatan yang menyeluruh dilaksanakan oleh kerajaan, tiba masanya untuk mempertimbangkan bagi memulihkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan secara berperingkat,” katanya dalam kenyataan.

Walaupun warga asing masih dilarang untuk memasuki banyak negara, bagaimanapun Poh Khiang berkata, terdapat negara dengan kawalan pandemik yang lebih baik telah mula melonggarkan peraturan mereka seperti Thailand membenarkan warga asing dengan permit kerja atau kebenaran untuk memasuki negara tersebut.

Katanya, dengan mengenakan prosedur operasi standard (SOP) dan syarat keselamatan tertentu, kerajaan juga boleh membuka semula sempadannya secara berperingkat dan memberi keutamaan kepada pelancong perniagaan dari negara dan rantau yang diklasifikasikan sebagai zon hijau. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/86655/BERITA/Nasional/Kerajaan-digesa-buka-pintu-kepada-pelancong-perniagaan-ASEAN-China?fbclid=IwAR1XoSsjw1Ixs5zhWDVkEplbv0gLquZyUtGzwPO2TgEYc7a9yc0guZ9-qJs
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

https://www.sinarharian.com.my/article/86655/BERITA/Nasional/Kerajaan-digesa-buka-pintu-kepada-pelancong-perniagaan-ASEAN-China?fbclid=IwAR1XoSsjw1Ixs5zhWDVkEplbv0gLquZyUtGzwPO2TgEYc7a9yc0guZ9-qJs