CHINA PASANG KABEL DASAR LAUT DI PARACEL UNTUK KESAN KAPAL SELAM ASING?

1 ARAK MCA

1 AGAMA GAGAL

1 MCA KOMUNIS

1 MCA ANTI HUDUD

CHINA PASANG KABEL DASAR LAUT DI PARACEL UNTUK KESAN KAPAL SELAM ASING?
Salam sahabat semua,
Aktiviti sebuah kapal China memasang kabel dasar laut di antara pulau-pulau buatan manusia di Pulau Paracel, Laut China Selatan telah menimbulkan banyak persoalan.
(GAMBAR 1) Aktiviti kapal dikenali dengan nama “Tian Yi Hai Gong” berjaya dirakam oleh satelit komersial.
Operasi pemasangan kabel dengan fungsi-fungsi ketenteraan itu hanya akan meningkatkan aktiviti ketenteraan di pulau-pulau rebutan di Laut China Selatan.
Kapal itu mula memasang kabel dasar laut itu dua minggu lepas, selepas belayar dari Shanghai.
Menurut beberapa pakar yang dipetik oleh Benar News, sebuah media berpengkalan di Amerika Syarikat, bersetuju bahawa kapal itu sedang melakukan sesuatu berkenaan kabel dasar laut.
(GAMBAR 3) Imej satelit menunjukkan kapal China itu memasang kabel dasar laut di antara Tree Island, North Island dan Woody Island.
Woody Island merupakan pulau buatan manusia yang memainkan peranan penting dalam strategi keseluruhan tentera China di Laut China Selatan.
Pulau buatan manusia itu adalah pengkalan utama tentera China di Paracel dan Laut China Selatan.
Ia menempatkan landasan kapal terbang tentera, pusat komunikasi, sistem peluru berpandu dan kemudahan tentera yang lain.
Seorang pakar memberitahu kabel fiber optik dasar laut itu adalah untuk kegunaan angkatan tentera China.
James Kraska, seorang professor di U. S Naval College berkata, kabel dasar laut itu kemungkinan adalah untuk komunikasi enkripsi (encrypted) bagi menghubungkan pelbagai pos-pos tentera China.
“Satu lagi kemungkinan adalah mereka (China) mempunyai jaringan sistem pemantauan bunyi dasar laut, untuk mendengar kehadiran bunyi kapal selam musuh,” katanya.
Kabel dasar laut itu akan memberikan mereka keupayaan memantau pergerakan di dasar Laut.
Bryan Clark, felo kanan di Hudson Institute di Washington juga mengesyaki kabel dasar laut itu sistem pemantauan dasar laut.
Sistem itu penting untuk Woody Island kerana kedudukannya yang terletak berhampiran dengan Hainan yang menempatkan pengkalan laut Yulin.
Pengkalan laut Yulin sebagaimana diketahui menempatkan armada kapal selam nuklear China.
Pengkalan laut Yulin yang tahap kerahsiaannya sentiasa dikawal ketat oleh China juga menempatkan kubu bawah tanah kapal selam bertujuan melindunginya daripada sebarang serangan udara serta serangan nuklear.
— DEFENCE SECURITY ASIA

KEJAYAAN DRONE TURKI DI LIBYA DAN SYRIA

Turkey drone strike pantsir S1 in Libya
Turkey drone strike assad regime in Syria
Sedikit berita luar negara. Russia cpai genjatan senjata smentara dgn Turki di Libya dalam perang proksi antara GNA kerajaan yg sah dsokong Turki dgn pemberontak LNA haftar brpusat di Tobruk,timur Libya dsokong russia, mesir, uae dn ngara salib.
Russia tergamam kali kedua. Kali pertama 2 buah pantsir S1 air defence system stiap satunya berharga 65 juta dollar dihancurkan Turki di Utara Syria dn dlm srangan itu telah mmbunuh 1000 askar syiah sosialis assad. Slepas serangan dron di Syria, Russia cpai genjatan snjata dgan Turki di Utara Syria. Kali ini sebuah pantsir S1 milik Russia dihancurkan oleh dron Turki di Libya dengan bantuan alat perosak elektronik dan radar buatan Turki iaitu radar koral jammed electronic warfare system yg menganggu sistem radar pantsir S1 yg tidak dapat mngesan kehadiran dron Turki.
Slepas srangan dron Turki di Libya mghncurkan sistem pertahanan udara pantsir S1. Russia capai genjatan senjata sementara dengan Turki di Libya. Perang proksi.
Strategi erdogan di kala Turki berseorangan brdepan ngara kuasa besar di perang akhir zman di Syria dn Ketika berdepan amrika Turki brkawan ngn russia, di blakang mreka brperang mggunakan proksi msing msing. Russia dgn ideologi pnjualan snjata dn pluasan pngaruh blok kmunis dan sosialis. Turki pula mahu mlindungi kpentingan ngara Islam utk djadikan skutu blok Islam baru (impian utk stukan smuanya sprti zman Khilafah Uthsmaniyah) dri dhncurkan musuh stelah mlihat msuh brjaya hncurkan Iraq, Afghanistan, rmpasan kuasa di Sudan dn mnjadikan beberapa ngara Arab sbagai boneka barat. Erdogan cuba mghalang msuh dri terus melebarkan pngaruh ke ngara Islam yg lain.

CHINA SEMAKIN HAMPIR UNTUK ISYTIHAR ADIZ DI LAUT CHINA SELATAN ?

CHINA SEMAKIN HAMPIR UNTUK ISYTIHAR ADIZ DI LAUT CHINA SELATAN???
Salam sahabat semua,
Beijing nampaknya semakin hampir untuk mengisytiharkan Air Defence Indentification Zone (ADIZ) atau Zon Identifikasi Pertahanan Udara di Laut China Selatan.
Ini berdasarkan laporan oleh akhbar South China Morning Post (SCMP) yang dimiliki oleh Ali Baba Group semalam.
ADIZ di Laut China Selatan menurut SCMP itu akan meliputi Pulau Pratas berhampiran Taiwan, Pulau Paracel dan Pulau Spratly, kata seorang pegawai kanan Tentera China kepada akhbar terbabit.
Akhbar kepunyaan billionair Jack Ma itu memang dikenali memiliki hubungan rapat dengan kepimpinan tentera China.
Kenyataan pegawai kanan tentera China itu hanya mengiyakan dakwaan oleh Kementerian Pertahanan Taiwan pada 4 Mei lepas bahawa Beijing bakal mengisytiharkan ADIZ di Laut China Selatan.
Dakwaan ADIZ di Laut China Selatan itu sememangnya ada asasnya kerana infrastruktur untuk menguatkuasakan ADIZ telah pun siap dibina oleh China.
Infrastruktur itu merujuk kepada pulau-pulau buatan manusia yang dibina oleh Beijing di Laut China Selatan.
Selepas beberapa tahun ditambak, batuan-batuan maritim yang dahulunya tidak mampu menampung penempatan manusia kini telah menjadi pulau-pulau yang lengkap dengan landasan kapal terbang dan hangar berhawa dingin untuk menempatkan pesawat pejuang, kelengkapan radar dan sistem komunikasi serta peluru berpandu.
Ia juga memiliki jeti untuk persinggahan kapal-kapal perang China.
Misi-misi pemintasan (intercept) oleh China terhadap pesawat-pesawat asing yang menceroboh ADIZ Laut China Selatan ini berkemungkinan besar akan dilancarkan dari pulau-pulau buatan manusia China seperti, Fiery Cross Reef, Mischief Reef dan Subi Reef.
Sebab itulah Beijing tidak mengisytiharkan ADIZ di Laut China Selatan, selagi usaha membina pulau-pulau buatan manusia itu dan melengkapkannya dengan pelbagai kemudahan belum lagi siap.
Kini apabila pulau-pulau buatan manusia itu telah siap, maka kita semua bolehlah menjangkakan bahawa ADIZ di Laut China Selatan itu bakal membuat “kemunculannya” pada bila-bila masa.
Terutamanya ketika ini, sedang semua negara sedang sibuk bergelut dengan pandemik COVID-19.
Kemungkinan pengisytiharan ADIZ di Laut China Selatan itu akan berlaku tidak lama lagi telah hangat diperkatakan apabila Beijing mula menempatkan pesawat-pesawat peronda maritim KQ-200 dan pesawat amaran awal KJ-500 di pulau-pulau buatan manusia itu.
Pesawat-pesawat ini merupakan elemen ISR (Intelligence, Surveillance and Recconaisance).
Kehadiran pesawat-pesawat terbabit yang merupakan elemen penting dalam usaha untuk menguatkuasakan ADIZ di Laut China Selatan itu berjaya dikesan oleh Imej-imej satelit baru-baru ini.
Ini diperakui sendiri oleh Li Jie, seorang pakar tentera laut dan bekas Kolonel dalam PLA yang berkata kepada SCMP bahawa negara yang mahu mengisytiharkan ADIZ selalunya akan menunggu selepas infrastruktur yang akan menyokong penguatkuasaannya telah siap.
Walauapapun, kita boleh menjangkakan bahawa sebarang pengumuman Beijing untuk mewujudkan ADIZ di Laut China Selatan akan meningkatkan lagi ketegangan antara Washington serta negara-negara Asean termasuk Malaysia dengan Beijing.
Amerika Syarikat dan sekutunya termasuk negara-negara pesisir Laut China Selatan sudah semestinya tidak akan menerima ADIZ yang diisytiharkan secara unilateral oleh Beijing itu.
Laut China Selatan itu adalah laluan utama perdagangan dunia dan tidak ada negara yang akan membenarkan Beijing menguasainya.
— DEFENCE SECURITY ASIA

TUDM JADIKAN SKUADRON KE-11 SEBAGAI SKUADRON UAS (UNMANNED AIRCRAFT SYSTEM)

 

TUDM JADIKAN SKUADRON KE-11 SEBAGAI SKUADRON UAS (UNMANNED AIRCRAFT SYSTEM)
Salam sahabat semua.
Kita ulas sedikit perkembangan dalam negeri pula.
Semalam Panglima Tentera Udara Malaysia Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad mengumumkan sebuah skuadron UAS (Unmanned Aircraft System) di dalam TUDM.
Selaras dengan perkembangan terkini teknologi peperangan yang menonjolkan tentang betapa pentingnya pesawat tanpa pemandu ini, maka skuadron yang khusus untuk UAS memang amat dinanti-nantikan.
Kemampuan terbaru TUDM itu akan dikendalikan oleh SKUADRON ke-11 yang pada kini mengendalikan pesawat pejuang Su-30MKM.
Skuadron Su-30MKM kini akan dipindah ke 12 Skuadron.
Panglima TUDM tidak memberitahu jenis sistem UAS yang akan dioperasikan oleh anggota 11 Skuadron. (ia mestilah jenis Medium Altitude Long Endurance – MALE)
ScanEagle yang kita terima dari Amerika Syarikat akan dioperasikan oleh TLDM.
Admin harap cepat-cepatlah dibekalkan, tanpa lengah kerana ATM memang amat memerlukannya. Apa sahaja yang akan membantu “mata dan telinga” kita adalah amat dialu-alukan.
Sejak 2018, beberapa syarikat pembuat sistem UAS telah tampil ke depan (menerusi syarikat wakil tempatan mereka) untuk menyatakan minat bagi memenuhi keperluan Malaysia itu.
Banyak daripada syarikat terbabit itu turut terlibat dengan pameran LIMA 2019 untuk memikat hati pegawai-pegawai negara.
Ok, di antara sistem UAS yang telah memasuki tender untuk membekal sistem mereka kepada Kementerian Pertahanan Malaysia adalah seperti berikut:
Admin akan hanya sentuh secara ringkas kemampuan setiap sistem UAS itu bagi membolehkan penilaian sahabat semua.
GAMBAR 1 – Anka buatan Turkish Aerospace Industries (TAI). Tempoh operasi 24 jam dan terbang setinggi 30,000 kaki.
GAMBAR 2 – Predator B buatan General Atomics. Tempoh Operasi 30 jam dan berkemampuan terbang setinggi 50,000 kaki.
GAMBAR 3 – Wing Loong 2 buatan Chengdu Aircraft Industry Group. Tempoh operasi 20 jam dan berkemampuan terbang setinggi 16,000 kaki.
GAMBAR 4 – Patroller buatan Safran Electronics and Defense. Tempoh operasi 20 jam dan berkemampuan terbang setinggi 20, 000 kaki.
GAMBAR 5 – CH-4 buatan syarikat China Aerospace Science and Technology Corporation. Tempoh operasi 30-40 jam dan jarak operasi 5,000km.
GAMBAR 6 – Watchkeeper buatan syarikat Thales. Tempoh operasi 20-30 jam.
GAMBAR 7 – Orion-E buatan syarikat Kronstadt Technologies. Tempoh operasi 24 jam dan terbang setinggi 7,500 meter.
GAMBAR 8 – Falco Evo buatan buatan syarikat Leonardo. Tempoh operasi 14 jam dan berkemampuan terbang setinggi 16,000 kaki.
GAMBAR 9 – Aurora keluaran syarikat VisionGen Amerika Syarikat. Tempoh operasi 30 jam dan 20,000 kaki.
Nampak gaya, frontrunner kepada persaingan untuk memenuhi keperluan TUDM ini adalah sistem UAS Anka daripada Turkish Aircraft Industries.
Bagaimanapun, kita tidak boleh ketepikan saingan daripada Amerika Syarikat dan China.
Ok, sistem UAS manakah pilihan sahabat semua?
— DEFENCE SECURITY ASIA

PETRONAS BAKAL MENEMUI KEHANCURAN BERSAMA KERAJAAN PINTU BELAKANG (PN)

No photo description available.

1 PENJENAYAH BEBAS DI MALAYSIA1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA

Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas)  Insan yang telah memajukan Petronas.

1 HUTANG 1MDB

1 CEO PETRONAS

UPAHAN KERAJAAN PINTU BELAKANG (PN) YANG BAKAL MERUNTUHKAN PETRONAS

1 TSMY RM 295 BILION

 

PERIHAL PETRONAS : BILA KEBIJAKSANAAN TEKNOKRAT TEWAS JUGA DI TANGAN POLITICAL MASTERS
Oleh Jim Kari Ventura
Desas desus mengenai perletakan jawatan Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin, Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Berhad (Petronas) semakin kuat. Beberapa agensi dan outlet berita tempatan dan asing seperti Bernama, The Edge, The Star, Astro Awani, Reuters dan Bloomberg sudah mula pick up story ni.
Kenyataan rasmi dari pihak PR Petronas kepada pihak media ialah Petronas tidak memberi sebarang komen tentang khabar angin atau spekulasi pasaran dan mereka akan membuat pengumumun (sekiranya ada) kelak. Itu ialah bahasa standard orang-orang PR. Biasa lah tu.
Apapun, pokok tak akan bergoyang kalau takde angin. (Ini bukan angin lagi dah, macam ribut dah)
Tan Sri Wan Zul ialah career man di Petronas, dah telah berkhidmat selama 37 tahun di syarikat minyak dan gas kebangsaan yang kita amat saya sayangi dan banggakan. Beliau memang seorang professional industri minyak dan gas yang memiliki segala kelayakan dari segi akademik dan pengalaman untuk menerajui salah satu syarikat minyak dan gas yang amat disegani di persada dunia.
The only Malaysian company in the Fortune 500 list dan setaraf dengan pemain-pemain industri minyak dan gas global seperti ExxonMobil, Shell, Chevron, Total, Saudi Aramco, BP dan CNPC.
Sebelum menjadi CEO, beliau pernah memegang beberapa jawatan penting di Petronas seperti CEO Petronas Gas Berhad, Naib Presiden Urusniaga Gas, Naib Presiden Urusniaga Gas dan Janakuasa dan masa zaman muda beliau, merupakan Pengurus Projek yang membina Loji Pemprosesan Gas di Kertih dan Paka di Terengganu.
So, apa sudah jadi? Admin rasa jawapannya sudah nyata. Tak lain dan tak bukan campurtangan politik dalam tadbir urus syarikat.
Maklumlah, Petronas ni syarikat yang kaya raya, keuntungan berbilion dolar Amerika. Petronas ni ibarat gadis cantik yang pandai dan kaya pulak tu – ramai lah jejaka yang teringin nak menawannya (tak tau lah nak tawan apa). Menggunakan analogi tersebut, Petronas ni memang dah lama dan sering menjadi sasaran kerakusan orang-orang politik untuk agenda masing-masing. Cuma sebelum ni, mungkin ketegasan Perdana Menteri-Perdana Menteri terdahulu bejaya membendung “political infiltration” ini daripada berleluasa. Untuk makluman sahabat semua, Petronas terletak di bawah direct reporting kepada YAB Perdana Menteri Malaysia. Ini bermakna, CEO Petronas punya boss ialah PM. CEO Petronas ni sebenarnya de facto oil minister di Malaysia (lebih kurang la, nanti takut ada penyokong ahli politik tertentu marah pulak).
Tan Sri Wan Zul mungkin dah fed up dengan campurtangan tidak munasabah dari tuan-tuan politiknya (political masters). Kita jangan lupa, kejayaan Petronas selama ini sejak ia ditubuhkan ialah kerana ia diberikan autonomi untuk beroperasi sebagai syarikat perniagaan sepenuhnya (full-fledged business entity). Ya betul, sekali sekala mungkin jugak lah ada elemen-elemen politik yang cucuk jarum, tapi masih under control. Tapi nampaknya sejak kebelakangan ni, dah out of control. Admin kata out of control sebab contohnya, Petronas didakwa telah ditekan dan dipaksa untuk menyerahkan hak-hak eksklusif carigali dan pembangunan hasil-hasil minyak dan gas di Sarawak dan juga coming soon Sabah.
Of course lah Tan Sri Wan Zul bengang sebab Petronas ketika ditubuhkan pada tahun 1974 (melalui Akta Pembangunan Petroliam 1974 – akta Parlimen ya bang) diberikan hak milik eksklusif yang mutlak untuk aktiviti-aktiviti carigali dan pembangunan hasil-hasil hydrokarbon di seluruh pelusuk negara. Ini untuk memastikan Malaysia dapat “nationalize” industri minyak dan gas kita dan untuk ambik semula concession-concession minyak yang dipegang oleh syarikat-syarikat minyak asing iaitu Shell dan Esso ketika itu.
Bukannya Petronas ambik hasil-hasil ni buta buta je. Petronas bayar royalti kepada kerajaan-kerajaan negeri di mana ia beroperasi untuk aktiviti-aktiviti huluan (upstream) – Terengganu, Sabah dan Sarawak. Bukannya sikit pulak tu. Berbillion-billion ringgit. Tapi memang lumrah dan adat manusia tidak pernah puas. Bagi betis nak peha. Bagi peha, nak apa pulak?
Hampir sepuluh tahun yang lalu, CEO Petronas paling ikonik dan hebat, Tan Sri Hassan Marican pun “was asked to leave” gara gara campurtangan politik. Kini, Tan Sri Wan Zul pulak. Tapi sekurang-kuranya Tan Sri Wan Zul memilih untuk pergi atas dasar prinsip. Orang-orang teknokrat yang bijaksana seperti beliau tak de masa lah nak menari dengan permainan atau percaturan mengarut politik.
It will be a great loss to Petronas and the nation. Jangan sampai syarikat lain seperti Saudi Aramco atau ADNOC curi Tan Sri Wan Zul jadi ahli Lembaga Pengarah mereka. Baru padan muka…
— DEFENCE SECURITY ASIA
JOM LIKE AND SHARE….
PETRONAS menjadi mangsa kerakusan politik sesetengah pihak?
Kenapa kita nak musnahkan sebuah entiti yang telah banyak berjasa kepada kita semua, rakyat Malaysia.
Politikus oh Politikus.. C&P.

DRON TURKI BERJAYA MEMASUKI WILAYAH SYRIA DAN LIBYA

 

ERANG DRON DI LIBYA, BAYRAKTAR 🇹🇷 VS WING LOONG 🇨🇳
Puak Government of National Accord (GNA) yang diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) disokong oleh Turki, Qatar dan Itali menggunakan dron Bayraktar TB2.
Terdapat laporan mengatakan Turki mengerah kira-kira 20 dron Bayraktar TB2 ke Libya. (GAMBAR 1)
Turki juga dilaporkan menghantar dron Anka-S, tetapi sehingga kini peperangan dron di Libya didominasi oleh Bayraktar TB2.
Manakala tentera Libyan National Army (LNA) Khalifa Haftar yang disokong kuat oleh Russia, Mesir, Arab Saudi, Perancis dan UAE menggunakan dron Wing Loong 2 buatan China. (GAMBAR 2)
Sejak beberapa tahun, Khalifa Haftar telah menggunakan Wing Loong 11 sehingga berjaya menguasai sebahagian besar Libya.
Dengan bantuan Wing Loong dan kekuatan udara, tentera Haftar berjaya mara sehingga hampir ke Tripoli, ibu negara Libya yang merupakan seat of power bagi GNA.
Kejatuhan Tripoli akan menyebabkan kekalahan mutlak GNA di tangan Khalifa Haftar yang berpengkalan di timur Libya.
Bagaimanapun, itu sebelum Turki campur tangan dan mengerahkan dron Bayraktar TB2 ke Libya yang menyaksikan bagaimana tentera GNA berjaya menumpaskan tentera Haftar dengan teruk.
Beberapa bulan ini hasil bantuan Turki dan dron Bayraktar TB2, tentera Haftar terpaksa berundur daripada beberapa kedudukan strategik selepas mengalami kekalahan teruk di tangan tentera GNA.
Dron Bayraktar TB2 turut tapau sistem Pantsir Russia di Libya.
Bagaimanapun, konflik di Libya belum lagi menemui jalan penghujung.
Pelakon-pelakon utamanya masih mempunyai semangat dan tenaga untuk terus berperang.
–DEFENCE SECURITY ASIA