Rasuah & Korupsi Kembali Subur Di Bumi Malaysia

1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA

1 PN BEBASKAN PEROMPAK NEGARA 2

1 TSMY 26 BILION

1 MCA WANITA

1 MCA WEE KA SIONG.

Rasuah & Korupsi – Bahagian 1
1. Di waktu kemelut politik dan sosial bertubi-tubi melanda masyarakat ini, saya akui tak semenggah jika kita keterlaluan berpolitik.

2. Namun begitu, peranan rakyat sebagai pemantau berkecuali di dalam sistem tadbir awam Negara tetap berterusan walau bagaimana terdesak pun keadaan dunia.

3. Perkembangan terkini politik negara di mana ahli-ahli Yang Berhormat dilantik mengetuai Korporat-korporat Berkaitan Kerajaan (“Government Linked Corporations” atau “GLC”), semestinya perlu diberi keutamaan di dalam agenda pemantauan berkecuali tadbir awam tersebut.

4. Terutama sekali memandangkan berkuatkuasanya S17A Akta Suruhanjaya Pencegah Rasuah 2009, di mana amalan-amalan rasuah dan korupsi oleh badan-badan korporat yang termasuk GLC boleh dianggap jenayah korporat, selanjutnya menjadikan pengarah-pengarah serta pihak pengurus atasan dan mereka-mereka yang berkaitan dengan korporat itu bertanggungjawab secara peribadi bagi jenayah tersebut.

5. Di sini ingin saya tekankan bahawa perbuatan rasuah dan korupsi merangkumi perbuatan-perbuatan salah guna kuasa oleh pemimpin dan syarikat dan bukan hanya perbuatan songlap duit semata-mata.

6. Ini kerana rasuah dan korupsi secara prinsipnya adalah berkenaan penyalahgunaan kuasa dan pengaruh ke atas sumber-sumber dan aset-aset korporat atau apa-apa badan, organisasi atau agensi korporat termasuk badan, organisasi dan agensi kerajaan.

7. Di dalam konteks ini, pelantikan politik ke Lembaga Pengarah GLC atas dasar “scheme of things” berpotensi besar membawa kepada penyalahgunaan kuasa dan pengaruh bagi tujuan politik dan politik wang.

8. Lebih-lebih lagi apabila pakej-pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan memerlukan sumber kewangan yang sangat-sangat besar, walaupun belanjawan bagi pakej-pakej ini belum dibentangkan oleh Kerajaan “Scheme Of Things” apatah lagi diluluskan oleh Parlimen lagi selaras undang-undang negara.

9. Selanjutnya laporan-laporan dari rakyat yang menyatakan inisiatif-inisiatif yang dijanjikan tidak diagihkan sepenuhnya. Lebih-lebih lagi, apabila umum TIDAK mengetahui siapakah yang bertanggungjawab memantau pengagihan ekonomi yang dijanjikan kepada Mak Cik Kiah dan Kak Radhiah.

10. Di sini, teramat penting bagi kita mengambil iktibar dan pengajaran dari salah guna kuasa dan sumber negara oleh rejim Najib dan BN yang dibuat melalui GLC-GLC tak lama dulu.

Tariq Ismail Bin Mustafa
Ahli 0051
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s