Bagaimana Rasulullah Menangani Tekanan Hidup?

1 JAMBATAN RAKYAT

1 DOA HANCUR UMNO

1 MCA BERTUAH

1 JAM TSMY

1 ISLAM DALAM BAHAYA

1 ISLAM BUKAN MELAYU TERBAIK

1 KKM BUKAN HAIWAN

1 UMNO HAIWAN

1 NILAI MELAYU

 

Bagaimana Rasulullah Menangani Tekanan Hidup?
============
1. Penularan wabak Covid-19 benar-benar menguji kekuatan mental dan fizikal manusia. Ada dikalangan pelajar yang masih terperangkap di asrama telah mula menghubungi talian khidmat kaunseling. Mereka merasakan jiwa semakin kosong bahkan pemikiran menjadi terbelenggu dek terperangkap dalam kesunyian.

2. Walaupun sebahagian kita menganggap isu ini hanyalah perkara yang remeh sahaja, namun permasalahan psikologi seharusnya tidak boleh dipandang ringan. Ini kerana, setiap manusia mempunyai kapasiti yang berbeza untuk menghadapi tekanan hidup mereka.

3. Perhatikan Sirah Rasulullah dalam menangani tekanan dan cabaran. Lihat bagaimana seorang anak kecil membesar tanpa ayah dan ibu, Baginda kemudian tinggal bersama pakciknya Abu Talib.

Menurut Sheikh Muhammad al-Ghazali, Abu Talib bukanlah seorang yang kaya, malah dia memiliki anak yang ramai. Kesusahan hidup ini membina jiwa yang kental. Sejak usia yang muda Baginda sudah “survive” sendiri mengembala kambung dan menyertai peperangan.

4. Ketika memulakan dakwah, Baginda diludah, diejek, dilumur dengan kotoran bahkan diancam untuk dibunuh. Teknik pertama yang diaplikasikan oleh Rasulullah dalam menangani tekanan adalah dengan berfikiran positif.

5. Ya! Berfikiran positif. Ingatkah kita bagaimana Rasulullah menghadapi tekanan yang sangat dahsyat ketika berdakwah di Taif. Perkara ini diakui sendiri oleh Baginda Nabi ketika Saidatina Aisyah bertanya:

هل أتى عليك يوم كان أشد من يوم أحد؟

“(Aisyah bertanya) Wahai Rasulullah, pernahkah engkau alami hari yang lebih dahsyat dari Perang Uhud?” Rasulullah lantas menceritakan pengalaman ngeri Baginda ketika berdakwah di Taif kepada Bani Ibn Abd Yalayl. (HR al-Bukhari)

6. Tekanan dakwah di Taif amat dahsyat sehingga Allah menghantar bantuanNya melalui malaikat yang menawarkan untuk menghancurkan kaum tersebut. Tetapi bukan itu yang diminta oleh Rasulullah. Baginda sangat berfikiran positif. Dengan tenang Nabi memujuk:

بل أرجو أن يخرج الله من أصلابهم من يعبد الله وحده لا يشرك به شيئا

“(tidak perlu dihempap mereka dengan bukit), Bahkan aku berharap agar lahir dari sulbi (keturunan) mereka kumpulan yang menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya.” (HR al-Bukhari)

 

Covid-19 dan Hadis Tebuk Kapal atau Tebuk Atap

1 AZMIN SYAITAN

1 PENGAWASAN ALLAH SWT A

1 MENGADU KEPADA ALLAH

1 PERLINDUNGAN

1 KEJI 6 JAHANAM

1 MEMALI

1 UMNO HAIWAN

1 KKM BUKAN HAIWAN

 

Covid 19 dan Hadis Tebuk Kapal atau Tebuk Atap
============
1. Penularan wabak Covid19 ini mendidik kita tentang apa yang dimaksudkan dengan erti kebebasan sebenar. Pada hakikatnya tiada kebebasan yang mutlak. Manusia terikat dengan peraturan yang telah ditentukan oleh Allah. Andai ada diantara kita yang melanggar peraturan, maka manusia yang lain akan terdedah kepada kebinasaan.

2. Perkara ini pernah disampaikan oleh Rasulullah melalui sebuah hadis. Baginda memberikan perumpamaan bahawa kita semua berada dalam satu kapal. Ada yang berada bahagian atas kapal dan ada yang berada di bawah.

3. Mereka yang berada di bawah berhasrat untuk mengambil air tetapi tidak mahu mengganggu kumpulan yang berada di atas kapal. Lalu mereka bercadang untuk menebuk bahagian bawah kapal itu supaya mereka boleh mengambil air dari bahagian bawah. Sabda Rasulullah:

لَوْ أَنَّا خَرَقْنَا فِي نَصِيبِنَا خَرْقًا وَلَمْ نُؤْذِ مَنْ فَوْقَنَا, فَإِنْ يَتْرُكُوهُمْ وَمَا أَرَادُوا هَلَكُوا جَمِيعًا, وَإِنْ أَخَذُوا عَلَى أَيْدِيهِمْ نَجَوْا وَنَجَوْا جَمِيعًا

(Kata mereka yang berada dibahagian bawah kapal): “Kalaulah kita pecahkan sedikit bahagian bawah kapal ini, kita ada boleh mendapatkan air dan kita tidak mengganggu mereka yang duduk di atas kapal.”

4. Lalu Rasulullah menegaskan: “Andai mereka membiarkan kumpulan yang bawah ini menebuk bahagian bawah, maka semua mereka akan binasa. Andai mereka berjaya mencegah kumpulan ini dari menebuk kapal, mereka semua akan selamat.” (HR al-Bukhari)

5. Perhatikan disini bagaimana Rasulullah memberikan perumpamaan yang jelas. Andai semua memberikan kerjasama mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan, maka kita semua akan selamat.

6. Begitulah kita dalam kehidupan ini. Pada hakikatnya tiada kebebasan mutlak seperti yang didakwa oleh golongan pemikiran liberal. Perjuangan menuntut kebebasan mutlak hanya membuka ruang untuk manusia liberal melakukan sesuatu yang telah dicegah oleh agama. Andai kita gagal mendidik mereka, maka kita juga mungkin akan turut terkena tempiasnya.

7. Perhatikan juga bagaimana sebahagian penduduk dunia telah mula menuntut kebebasan dari dikawal dan diperintah untuk berkurung dalam suasana Covid19 ini. Kata mereka: “Tubuh mereka adalah hak mereka!” Mereka enggan mematuhi arahan pihak berkuasa agar memakai topeng muka.

8. Inilah slogan yang biasa kita dengar sebelum ini. “Tubuh kami adalah hak kami!” Barangkali inilah kesan daripada didikan liberal yang memperjuangkan hak kebebasan manusia, mereka akhirnya gagal mengawal keselamatan rakyat sendiri.

9. Kerosakan ideologi liberal yang mendidik manusia menuntut kebebasan mutlak serta menjauhkan diri dari agama akhirnya memakan diri sendiri. Taatilah perintah agama serta patuhilah undang-undang Allah. Sesungguhnya agama itu adalah fitrah yang membimbing manusia ke arah kebaikan.

10. Kerajaan PN yang diasaskan melalui perbuatan tebuk atap semasa rakyat menghadapi wabak covid-19 dengan jelas telah meruntuhkan ekonomi negara yang telah dibina dengan baik oleh kerajaan PH.  Rakyat Malaysia akan menghadapi masa depan yang amat gelap dan berpanjangan apabila khazanah negara yang terkumpul telah dihabiskan secara rakus oleh kerajaan tebuk atap. Rompakan dalam KKM yang bernilai puluhan juta ringgit membuktikan kerakusan kerajaan tebuk atap menghabiskan dana negara tanpa mempedulikan penderitaan rakyat. Telah terbukti dengan jelas kerajaan tebuk atap sanggup melakukan berbagai jenayah seperti melantik semua MP2 mereka sebagai CEO syarikat-syarikat dibawah naungan GLC. Rakyat menghadapi  covid-19 tanpa makanan dan pekerjaan kesan PKP tetapi pemimpin negara hidup mewah dan bebas bergerak tanpa sekatan.

Semoga Allah membimbing kita.

Pemandu Mabuk: Berapa Nyawa Lagi Akan Terkorban, Kenapa Kelantan Masih Menghalalkan Arak ?

1 ARAK HALAL KN

1 ARAK KELANTAN

 

1 DOA HANCUR UMNO

Pemandu Mabuk: Berapa Nyawa Lagi Akan Terkorban?
==============
1. Kali ini seorang anggota polis pula dilaporkan meninggal dunia akibat dilanggar pemandu mabuk. Apa yang menyedihkan insiden sebegini terkadang mengorbankan nyawa yang tidak bersalah. Berapa banyak nyawa lagi yang harus dikorbankan sebelum kita mengambil tindakan tegas berhubung perkara yang melibatkan arak?

2. Satu tindakan tegas mestilah dilaksanakan bagi menangani kejadian yang tidak dingini seperti ini berulang lagi. Sekiranya pemandu tersebut disahkan dibawah pengaruh alcohol, tindakan tegas mestilah dikenakan agar menjadi pengajaran kepada semua. Begitu juga dengan kesalahan yang melibatkan nyawa yang lain.

3. Barangkali prosedur penjualan arak juga perlu diperketatkan. Semua langkah yang dilihat membantu mengawal kemunculan pemabuk di atas jalan mestilah dipertingkatkan supaya kejadian seperti ini tidak berulang.

4. Ketegasan Umar Abdul Aziz dalam isu ini mesti dijadikan contoh. Umar Abdul Aziz diriwayatkan pernah mengarahkan supaya orang kafir tidak menzahirkan aktiviti arak mereka. al-Imam al-Bayhaqi ketika menghuraikan tentang syarat-syarat ahli zimmah (non Muslim) yang tinggal bersama Muslim, beliau menyebutkan:

كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ: أَلَّا يُظْهِرُوا الْخَمْرَ

“Umar Abdul Aziz pernah menulis surat supaya majlis arak (bagi non Muslim) seharusnya tidak dizahirkan” (tidak diheboh, didedah dan berlaku secara tertutup). (al-Bayhaqi, Ma’rifa al-Sunan wa al-Athar, 13/383).

4. Bahkan, Umar Abdul Aziz dilihat cuba menyekat kemasukan dan kebebasan aktiviti import/eksport penjualan arak. Perkara ini direkodkan oleh Ibn Zanjaweh di dalam kitab al-Amwal:
كَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ إِلَى عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ وَهُوَ عَامِلُهُ عَلَى الْكُوفَةِ: أَنْ «لَا تُحْمَلَ الْخَمْرُ مِنْ رُسْتَاقٍ إِلَى رُسْتَاقٍ.

“Umar Abdul Aziz menulis surat kepada Abdul Hamid ibn Abdul Rahman iaitu Gabenor beliau di Kufah: (kata Umar) Jangan dibawa arak dari satu bandar atau wilayah (rustaq) kepada bandar atau wilayah yang lain.” (Ibn Zanjaweih, al-Amwal, 1/282).

6. Menyedari betapa bahayanya kerosakan arak ini, Rasulullah, para sahabat serta khalifah terdahulu bertindak tegas menanganinya. Jangan pula ada dikalangan kita yang melihatnya sebagai dosa peribadi yang kita tidak perlu masuk campur. Dari perkara peribadi inilah ia merosakkan nyawa orang lain.

7. Jangan juga ada dikalangan pemimpin kita yang menganggap ringan perkara ini sehingga melihat arak ini seumpama orang kafir yang “meminum teh sahaja.” Ini kerana kesan “teh” ini bukan sahaja merosakkan akal, bahkan mengorbankan nyawa Muslim.

Semoga Allah membimbing kita.

Orang-Orang Tua Berjubah Yang Berebut Kuasa

1 HADI KHADAM MCA

1 HADI DAN ZAHID BERBISIK

 

1 AMANAT TSMY1 TANGAN PENGKHIANAT

1 PARTI SYAITAN

1 PERLINDUNGAN

1 KEJI 6 JAHANAM

 

 

Orang-Orang Tua Yang Berebut Kuasa
============
1. Dalam kekalutan negara menghadapi serangan Covid19 yang mengorbankan ratusan nyawa, ada orang-orang tua berjubah yang tidak habis dengan perebutan kuasa mereka. Kedatangan Ramadan juga tidak meredakan nafsu yang tiada tarikh luputnya.

2. Rasulullah berpesan dalam satu hadis bahawa kegilaan manusia pada kuasa akan memusnahkan mereka. Mereka akan menyesal di akhirat akibat kerakusan mereka pada kuasa. Sabda Rasulullah:

إِنَّكُمْ سَتَحْرِصُونَ عَلَى الإِمَارَةِ وَسَتَكُونُ نَدَامَةً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَنِعْمَ الْمُرْضِعَةُ وَبِئْسَتِ الْفَاطِمَةُ

“Sesungguhnya akan ada dikalangan kamu yang bersungguh-sungguh gilakan kepimpinan sedangkan ia akan jadi satu penyesalan di Hari Kiamat. Ia hanya menyenangkan di dunia dan penyesalan di Akhirat. (HR al-Bukhari)

3. Rasulullah turut berpesan kepada Saidina Abd Rahman bin Samurah RA agar tidak meminta minta jawatan. Ketika menghuraikan hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa sikap terlalu mengejar jawatan ini adalah dibenci oleh Rasulullah. Ia adalah bebanan yang akan dituntut di akhirat kelak.

4. Ketika dilantik menjadi Khalifah, Saidina Umar bimbang andai sekiranya setiap perkara dibawah penguasaannya akan menuntut hak mereka dihadapan Allah kelak. Kata Umar:

لَوْ مَاتَتْ شَاةٌ عَلَى شَطِّ الْفُرَاتِ ضَائِعَةً، لَظَنَنْتُ أَنَّ اللهَ تَعَالَى سَائِلِي عَنْهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ

“Kalaulah mati seekor kambing di persisirsn Sungai Furat yang terbiar tanpa pembelaan, aku bimbang akan ditanya oleh Allah di akhirat kelak. (Abu Nu’aim, Hilya al-Auliya’)

5. Anehnya ada dikalangan manusia pada hari ini sangat gilakan bebanan ini, walaupun melalui jalan yang salah, sanggaup merampas kuasa melalui pintu belakang yang memalukan agama Islam dan dat sopan bangsa melayu. Segalanya sanggup dilakukan demi mencapai impian tersendiri. Sehingga mereka sanggup bersatu dengan para perompak dan penjenayah yang melakukan pecah amanah. Mereka lupa agama Islam bukan milik bangsa melayu tetapi mereka jadikan Islam/melayu sebagai selogan mereka. Mereka lupa agama Islam di Malaysia turut dianuti oleh bangsa cina dan india serta lain-lain bangsa di bumi Malaysia. Mereka sendiri tidak pasti apakah perjuangan mereka ini untuk memperjuangkan Islam dan nasib ummah atau kepentingan peribadi.

Semoga Allah membimbing kita.

Negara Lain Melarang Arak Ketika PKP

1 ARAK HALAL KN1 ARAK KELANTAN

 

Negara Lain Melarang Arak Ketika PKP
=============
1. Awal bulan ini kita digemparkan dengan kejadian seorang lagi anggota polis yang terbunuh akibat dirempuh pemandu mabuk. Ini bukanlah insiden pertama yang terjadi sejak Perintah Kawalan Berkurung (PKP) dilaksanakan. Bulan April sahaja sebanyak tiga insiden rempuhan sekatan jalan melibatkan pemandu mabuk di Ipoh, Petaling Jaya dan Bintulu.

2. Terkadang kita terlalu bimbang untuk mengenakan tindakan yang ketat dalam mengawal urusan jual-beli arak sedangkan negara lain telah mula mengorak langkah sedemikian sekalipun mereka bukanlah negara orang Islam. Afrika Selatan sebagai contoh telah mula mengharamkan penjualan arak dalam tempoh lockdown mereka.

3. Menteri Keselamatan Afrika Selatan, Bheki Hamilton Cele pada 26 Mac yang lalu telah melakukan pengumuman itu dengan justifikasi bahawa pengharaman penjualan arak dalam tempoh lockdown ini berupaya memutuskan rantaian penyebaran Covid19. Salah satu justifikasi yang diberikan adalah kerana alkohol dikatakan berupaya melemahkan sistem pertahanan badan seseorang.

4. Di Nuuk, ibu negeri Greenland turut mengenakan sekatan penjualan arak dalam tempoh lockdown ini. Martha Abelsen, Menteri Kesihatan tempatan menjelaskan bahawa sekatan penjualan arak ini adalah bertujuan menyelamatkan mangsa dera kanak-kanak yang berlaku sepanjang tempoh perintah kawalan berkurung yang berlaku di Greenland.

5. Begitu juga di Hong Kong, Ketua Eksekutif Carrie Lam telah mengumumkan penyekatan pengeluaran lesen arak bagi 8600 resteoran dan bar dalam menghadapi tempoh kedua gelombang Covid19 di Hong Kong.

6. Perhatikan bagaimana negara-negara yang tidak menjadikan Islam sebagai agama rasmi mereka boleh bertindak secara rasional dalam mengekang penjualan arak, mengapa tidak kita bertindak dengan tindakan yang sama. Apatah lagi perkara ini telah pun diajarkan oleh Baginda Nabi 1400 tahun yang lalu.

– Artikel penuh di Harian Metro hari ini 12 Mei 2020.

Semoga Allah membimbing kita.

Siti Kasim Cadang Tutup Sekolah Tahfiz Daripada Haramkan Arak

1 ARAK KELANTAN1 DEMOKRASI TSMY1 DEDAK TSMY1 AMANAT TSMY

1 MCA BERTUAH

1 AGAMA GAGAL

 

Siti Kasim Cadang Tutup Sekolah Tahfiz Daripada Haramkan Arak
==========
1. Ketika memberikan komentar tentang desakan rakyat agar arak diharamkan, Siti Kasim dilihat cuba mengalihkan isu dengan menyalahkan sekolah Tahfiz. Kata Siti Kasim:

“Alcohol is not the problem. The irresponsible drinkers are the problem. Just like the Tahfiz schools are not the problem. It is the management that managed the schools are the problem. You want to ban alcohol just because it suits you? Then ban Tahfiz schools too for causing much damage to our innocent children.” (FB Siti Kasim)

2. Ini adalah satu falasi yang jelas bahkan bertentangan dengan syarak. Al-Quran secara tuntas menerangkan bahawa arak adalah minuman yang membawa keburukan. Bagaimana Siti Kasim boleh mengatakan arak bukan satu masalah sedangkan al-Quran menafikannya. Adakah Siti Kasim cuba mempertikaikan al-Quran?

3. Kesalahan kedua dilihat apabila Siti Kasim cuba menyamakan kelemahan pengurusan Sekolah Tahfiz dengan mudarat yang dibawa oleh pemabuk. Analogi atau perbandingan yang dibawa Siti Kasim ini menampilkan falasi yang sangat jelas. Mudarat arak telah disahkan di dalam al-Quran sedangkan kelemahan pentadbiran boleh diperbaiki. Pemabuk arak pula dalam banyak kes melibatkan kematian sedangkan kelemahan pentadbiran tahfiz jarang kedengaran melibatkan nyawa.

4. Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO-World Health Organization) sendiri mengesahkan bahawa tiada paras yang selamat buat minuman beralkohol. Ia langsung tidak boleh disamakan dengan kelemahan pentadbiran yang boleh diperbaiki dengan latihan pengurusan dan jalan lain.

Agak menghairankan bagaimana analogi begini dikeluarkan oleh orang yang berpendidikan. Atau apakah golongan liberal begitu anti dengan Maahad Tahfiz sehingga disamakan dengan keburukan pemabuk arak?

5. Jangan langsung disamakan isu pentadbiran Maahad Tahfiz dengan kemudaratan arak, memang wujud sebahagian ulamak jahat yang menggunakan Maahad Tagfiz bagi mengumpul dana tetapi diselewengkan untuk kegunaan peribadi. Inilah bahana kerangka pemikiran liberal/sekular umnopas yang begitu lantang mempertahankan hak arak sebelum ini sehingga dilihat memandang rendah institusi pendidikan Islam.

Semoga Allah membimbing kita.

Fitrah Pemimpin Lebih Banyak Memikirkan Tentang Kesempitan Rakyat Bukan Mengekalkan Kuasa.

1 TANGAN PENGKHIANAT

1 JAM TSMY

1 DEDAK TSMY

1 AMANAT TSMY

1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA

 

Fitrah Pemimpin Lebih Banyak Memikirkan Tentang Kesempitan Rakyat Bukan Mengekalkan Kuasa.
=========
1. Dalam banyak situasi, Rasulullah dilihat berusaha untuk menghayati kesusahan rakyat, membantu mereka sedaya yang termampu dan menyantuni keperluan mereka. Sifat ini adalah fitrah semulajadi yang dianugerahkan kepada Baginda. Perkara ini diceritakan sendiri oleh Saidatina Khadijah ketika wahyu mula-mula wahyu diturunkan. Kata Khadijah:

وَاللَّهِ مَا يُخْزِيكَ اللَّهُ أَبَدًا، إِنَّكَ لَتَصِلُ الرَّحِمَ، وَتَحْمِلُ الكَلَّ، وَتَكْسِبُ المَعْدُومَ، وَتَقْرِي الضَّيْفَ، وَتُعِينُ عَلَى نَوَائِبِ الحَقِّ

“Demi Allah, Allah tidak akan mensia-siakanmu. Sesungguhnya engkau adalah orang yang menghubungkan silaturrahim, membantu orang yang kesusahan, mengusahakan bagi yang kehilangan, menyantuni orang yang lemah, memuliakan serta membantu mereka yang menegakkan kebenaran. (Sahih al-Bukhari, no: 3)

2. Perhatikan bagaimana Khadijah menyebutkan satu-persatu karakter Rasulullah ketika Baginda pulang dalam keadaan menggigil kerana pertama kali berjumpa dengan Jibril pada wahyu pertama. Inilah karakter sebenar seorang pemimpin. Sebelum diangkat menjadi pemimpin lagi mereka adalah golongan yang amat suka membantu golongan yang susah dan memerlukan.

3. Sifat Rasulullah yang selalu menghayati kesusahan rakyat ini turut diselami oleh Saidina Umar. Menurut Saidina Anas bin Malik, ketika pemerintahan Umar, harga barangan telah naik mendadak sehingga Umar sendiri membeli roti murah yang biasa dibeli oleh rakyat bagi menghayati kesusahan mereka. (al-Tartushi, Siraj al-Muluk).

4. Begitulah sifat yang ditunjukkan oleh Rasulullah dan para sahabat agar dapat dijadikan teladan buat para pemimpin. Dalam kemelut penyebaran wabak hari ini, ramai yang ditimpa kesusahan. Ada yang putus mata pencarian, ada yang dibuang kerja, ada yang ditimpa sakit malah ada juga yang terkorban dilanggar pemandu mabuk.

5. Namun, dalam kesukaran yang dihadapi rakyat ini, ada juga pemimpin yang kelihatan masih sibuk dengan kemelut politik mereka melantik semua MP2 sebagai pengerusi GLC. Ratib harian mereka masih tentang mengekalkan kuasa pintu belakang yang Allah SWT haramkan. Benarlah kata Sufyan al-Thauri, kecintaan manusia pada kuasa menenggelamkan jiwanya dari yang lain.

Semoga Allah membimbing kita ke arah kebenaran yang sebenar.

Semakin Tua, Semakin Cinta Dunia

1 DEDAK TSMY

1 AMANAT TSMY1 HADI KHADAM MCA

1 KELANTAN KOMUNIS 2

1 JAM TSMY

1 HADI DAN ZAHID BERBISIK

1 ULAMAK BALAK

1 Ikatan Beruk PN

1 MUAFAKAT NASIONAL.

1 PERISTIWA MEMALI BERDARAH

1 TANGAN PENGKHIANAT

1 MAZA PEROMPAK

Semakin Tua, Semakin Cinta Dunia
==========
1. Dalam sebuah hadis, Rasulullah berpesan kepada kita bahawa akan ada dikalangan manusia ini yang jiwanya semakin terpaut kepada dunia sekalipun sudah semakin tua. Sabda Rasulullah:

لاَ يَزَالُ قَلْبُ الكَبِيرِ شَابًّا فِي اثْنَتَيْنِ: فِي حُبِّ الدُّنْيَا وَطُولِ الأَمَلِ

““Hati orang tua itu akan sentiasa merasa muda dalam dua perkara: (1) Cintakan Dunia, (2) Panjang Cita-cita.” (Sahih al-Bukhari, no: 6420)

2. Dalam lafaz yang lain pula, Rasulullah menggambarkan bagaimana ada sebahagian manusia yang apabila semakin tua, dia semakin cintakan harta dan berharap agar dipanjangkan lagi umurnya. Sabda Rasulullah:

يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ: حُبُّ المَالِ، وَطُولُ العُمُرِ

“Semakin tua usia anak Adam itu, semakin besar (cintanya) kepada dua perkara: (1) Cintakan harta dan (2) berharap agar dipanjangkan usianya. (Sahih al-Bukhari, no: 6421)

3. Ketika menghuraikan tentang hadis ini, al-Imam Ibn Hajar menjelaskan bahawa pada hakikatnya tidak salah berusaha untuk dunia dan mempunyai cita-cita. Namun, yang dilarang adalah kerana pautan terhadap dunia menggelamkan persediaan mereka untuk akhirat. Kata Ibn Hajar:

وَإِنَّمَا الْمَذْمُومُ مِنْهُ الِاسْتِرْسَالُ فِيهِ وَعَدَمُ الِاسْتِعْدَادِ لِأَمْرِ الْآخِرَةِ

“Dan adapun yang dikeji itu adalah sikap memanjangkan (cita-cita dunia) sehingga mengabaikan persediaan untuk akhirat.

4. Setelah menukilkan hadis ini, al-Imam Muslim menyebutkan pula hadis yang lain dimana Rasulullah memberi peringatan yang menyebutkan:

لَوْ كَانَ لِابْنِ آدَمَ وَادِيَانِ مِنْ ذَهَبٍ وَفِضَّةٍ، لَابْتَغَى إِلَيْهِمَا آخَرَ، وَلَا يَمْلَأُ بَطْنَ ابْنِ آدَمَ إِلَّا التُّرَابُ، وَيَتُوبُ اللهُ عَلَى مَنْ تَابَ

“Andai sekiranya anak Adam itu mempunyai dua lembah yang dipenuhi dengan emas dan perak, nescaya dia akan mecari (lembah) yang lain, dan tiada yang dapat memenuhkan perut anak Adam (sehingga puas) melainkan tanah (iaitu setelah ditimbus dengan tanah), namun Allah menerima taubat sesiapa yang bertaubat”. (Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dengan lafaz yang sedikit berbeza. Lafaz ini adalah lafaz Musnad Ahmad)

5. Ingatlah bahawa yang hanya akan memenuhi tubuh dan perut manusia ini hanyalah tanah… Peringatan buat diri sendiri.

Semoga Allah membimbing kita.

Pencerahan 3 Ulamak Pakar Putar Alam Berkaitan E-Tunai.

1 TARIKI E VALET

1 ULAMAK E VALET1 TARIKI E VALET

1 ulamak E 2

1 E V PAS

 

Agak2 ajaran pmimpin PAS seolah2 hnya hrm berzina sesama Islam n halal bzina dgn kafir sbgmna dlm kes hrm isytihar harta zmn PH, halal isytihar harta zmn PN & hrm e-wallet zmn PH & halal e-wallet zmn PN?

Samalah jika mereka kluarkan lesen premis arak d Klntn, Trg n Kedah, hukumnya halal. Jika bkn mereka/psetujuan puak mereka, hukumnya haram. Hukum halal haram ni ciptaan PAS jer. Bkn bersandarkan apa yg diajar Allah. Maknanya PAS lakukn syirik dgn mengambil alih kerja Allah dlm mnentukan halal hrm.

Agak2 ajaran pmimpin PAS seolah2 hnya hrm berzina sesama Islam n halal bzina dgn kafir sbgmna dlm kes hrm isytihar harta zmn PH, halal isytihar harta zmn PN & hrm e-wallet zmn PH & halal e-wallet zmn PN?

Samalah jika mereka kluarkan lesen premis arak d Klntn, Trg n Kedah, hukumnya halal. Jika bkn mereka/psetujuan puak mereka, hukumnya haram. Hukum halal haram ni ciptaan PAS jer. Bkn bersandarkan apa yg diajar Allah. Maknanya PAS lakukn syirik dgn mengambil alih kerja Allah dlm mnentukan halal hrm.

‘PM tebuk atap’ takut bentang pakej rangsangan ekonomi di parlimen’

1 PH MELAKA1 MAZA PEROMPAK1 DEDAK TSMY

Ketakutan menyelubungi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin apabila mengumumkan pakej rangsangan pemulihan ekonomi tanpa membentang dan membahaskannya di parlimen, kata Anggota Parlimen Sepang, Hanipa Maidin.

Menggelarkan Muhyiddin sebagai ‘PM tebuk atap’, Hanipa berkata dalam mana-mana negara demokrasi, kerajaan tidak sepatutnya mengumumkan pakej rangsangan ekonomi melibatkan perbelanjaan negara tanpa kelulusan parlimen.

“PM gomen tebuk atap umum pakej ransangan pemulihan ekonomi sekali lagi.

“Kali ini jumlahnya RM35 bilion. Masuk hari ini dah kali ketiga PM tebuk atap umum pakej ransangan. Tiga kali umum dalam keadaan pakej dua yang pertama pun masih belum pernah dibentang dan dibahas di Dewan Rakyat, jauh sekali diluluskan.

“Kesian. Ketakutan menyelubungi beliau. Apa pun, dalam sistem demokrasi berparlimen, nak isytihar apa pun isytiharlah tapi kena ingat, mesti kena bagi parlimen lulus,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Terdahulu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi merangsang ekonomi susulan wabak Covid-19.