AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Anfaal Saari

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Biro Antarabangsa Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional menzahirkan solidariti buat rakyat Amerika Syarikat, George Floyd yang mati selepas didakwa menjadi mangsa perkauman di negara itu.

Ketuanya, Anfaal Saari berkata, keadilan seharusnya diberikan kepada semua tanpa mengira perbezaan ras, warna kulit dan agama.

Menurutnya, walaupun pegawai polis tersebut, Derek Chauvin, yang menyebabkan kematian lelaki kulit hitam itu telah dijatuhkan hukuman membunuh, namun dunia tidak mahu melihat insiden tragis itu berulang lagi.

“Protes menuntut keadilan dengan slogan Black Lives Matter kini merentasi Minneapolis ke seluruh Amerika Syarikat dan sebahagiannya bertukar menjadi pertempuran ganas dengan pihak polis.

“Hak asasi manusia wajib dihormati sebagaimana termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

“Ironinya nyawa dan kehormatan bangsa kulit hitam tidak dimartabatkan di Amerika Syarikat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Floyd, 46, meninggal dunia pada petang 25 Mei lalu, sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa.

Chauvin kemudian ditahan empat hari selepas itu dan didakwa atas kesalahan membunuh.

Dalam pada itu, Anfaal menasihatkan agar peserta demonstransi menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak mengakibatkan keadaan bertambah huru-hara.

Ini kerana tegasnya, dunia sama sekali tidak akan menjadi aman damai dengan keganasan.

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s