Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang, YB Tan Sri Noh Omar yang telah dilantik sebagai Pengerusi MISC.

1 NOH OMAR 21 NOH OMAR

Twitter (https://twitter.com/datukhensem/status/1267407991407431680?s=12)
Datuk Jahat Hensem
Tahniah diucapkan kepada Ahli Parlimen Tanjung Karang, YB Tan Sri Noh Omar yang telah dilantik sebagai Pengerusi MISC. Berapakah pendapatan (fees dan elaun) tahunan Pengerusi MISC? Pengerusi

UEC: PINTU DEPAN DITUTUP, PINTU BELAKANG DIBUKA

1 MCA BERTUAH

1 UEC

Bukti Umno Iktiraf UEC Pada 11/3/2016

UEC: PINTU DEPAN DITUTUP, PINTU BELAKANG DIBUKA

Umum mengetahui bahawa Universiti Awam seperti UM, UKM, UIA, UniSZA, UUM, USM dan sebagainya semuanya TIDAK MENGIKTIRAF UEC. Bukan sahaja tiada biasiswa UEC, malah masuk pakai UEC pun tak boleh.

Jadi MCA pimpinan Dewa Wee Ka Siong buat apa?

Dewa Wee Ka Siong yang menjaga portfolio pengangkutan melangkaui batas portfolio pengangkutannya dan mula campur tangan dalam Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan.

Menteri Pengangkutan Cina MCA ini suruh Menteri Kewangan Melayu dan Menteri Pendidikan Melayu naikkan peruntukan kepada institusi swasta TAR yang dimiliki MCA.

Akhirnya institusi swasta TAR yang dimiliki MCA berjaya dapat peruntukan yang lebih tinggi (RM58 JUTA). Dewa Wee Ka Siong pun dengan bangga membuat pengumuman tersebut.

Institusi swasta TAR milik MCA buat apa dengan RM58 JUTA ini?

Dia agih unlimited punya biasiswa UEC.
Saya ulang. UNLIMITED PUNYA BIASISWA UEC.

Pendorongan pengambilan UEC melalui pengagihan biasiswa UEC secara unlimited bakal menaikkan lagi minat terhadap UEC.

Maka jangan hairanlah jika di tahun-tahun akan datang, UEC menjadi semakin popular manakala STPM menerima kurang sambutan. Sebab UNLIMITED PUNYA BIASISWA UEC sudah dijamin oleh MCA pimpinan Dewa Wee Ka Siong.

Dengan UEC semakin menjadi semakin popular, tuntutan mengiktiraf UEC akan menjadi semakin kuat. Bermula dengan IPTA lain, kemudian masuk jabatan perkhidmatan awam.

Itulah yang dinakkan. Kan?

Al Fatihah saya ucapkan kepada macai-macai UMNO PAS yang dulu lantang memperjuangkan sistem pendidikan kebangsaan dan sistem pendidikan satu aliran. Arwah dulu baik orangnya.

Pautan posting asal bagi membuktikan ini bukan fake news

UNIVERSITI MCA LEBIH PENTING BERBANDING PENGAJIAN PONDOK DAN TAHFIZ DI ZAMAN MELAYU/ISLAM RASIS

1 MCA BERTUAH

Tulisan: Dr Ridhwan Tee

Apakah jasa PN akan dikenang dengan bantuan tambahan RM58 juta?

Membaca berita bantuan RM58 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) memang amat menyakitkan hati. Selepas ini, akan diikuti dengan bantuan kepada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Sekolah Persendirian Cina dan lain-lain.

Ketika di bawah PH, bantuan disalurkan melalui Alumni mereka. Kini di bawah PN, terus secara langsung kepada Lembaga pengurusan mereka. Hanya kerana mereka adalah orang MCA. Tidak hairan, ketika PRU14, lembaga ini pun tidak mengundi BN.

Jangan haraplah undi Cina ultra kiasu akan beralih kepada PN meskipun berapa banyak pun bantuan diberikan kepada Sekolah Persendirian Cina, TAR UC dan UTAR. Ini MCA baru ada dua kerusi parlimen, bayangkan selepas ini ada banyak kerusi? Malas nak fikir semua ini. Menang pula di kawasan majoriti Melayu.

Melayu menangkan MCA, MCA bantu sesama mereka. Jika tidak mana mungkin MCA dan Gerakan mempunyai bangunan konglomerat mereka sendiri, dan jutawan demi jutawan yang dilahirkan melalui syarikat yang ditubuhkan.

Jika nak bantu sangatpun, bantulah sekadar berpada-pada, tetapi bukan sehingga menenggelamkan bantuan kepada Sekolah Agama dan Sekolah Swasta yang jelas haknya dalam perlembagaan, berbanding dengan institusi yang terkeluar daripada senarai perlembagaan, tetapi masih terus dibantu.

Sekolah agama seperti melukut ditepi gantang. Sekolah Tahfiz usahlah cerita. Malah dihina lagi. Kita terus berdiam diri.

Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan sama seperti status Sekolah Kebangsaan, pun tidak dapat menambat hari mereka, malahan Persatuan Ibu dan Guru (Dong Jiao Zong), menjadi semakin ultra kiasu. Saban kali mengugut kerajaan untuk iktiraf segala sijil mereka meskipun tidak layak berbuat demikian.

Pendek kata, semakin banyak bantuan diberikan, semakin mantap kedudukan mereka, semakin ultra kiasu mereka, sebab ultra kiasu sudah menjadi terlalu kuat. Bermandikan duit.

Tidakkah semua sedar bahawa boleh dikatakan majoriti 1300 SJKC yang ada di seluruh negara mempunyai bangunan tambahan sendiri, termasuk dewan yang canggih, selain daripada bangunan yang disediakan sepenuhnya oleh kerajaan. Dari mana mereka dapat wang yang begitu banyak kalau bukan majoriti jutawan mereka menderma kepada sekolah tersebut.

Saya sudah lama katakan bahawa tanpa bantuan kerajaan pun, institusi Pendidikan mereka tidak akan ada masalah langsung, kerana komitmen jutawan dan ibu bapa mereka sangat tinggi.
Kita tidak pernah belajar daripada apa yang berlaku sebelum ini.

Saya secara konsisten mengingatkan tetapi tidak pernah diendahkan. Sedangkan dengan mengingatkan melalui tulisan ini, terlalu mahal harga yang perlu dibayar. Ugutan demi ugutan, kecaman demi kecaman, penghinaan demi penghinaan diterima. Saya terima sahaja dengan harga yang perlu dibayar.

Sejak zaman Pak Lah, tidak ketinggalan zaman Najib Razak lagi saya lantang bersuara, sebanyak mana pun bantuan diberikan, undi mereka tidak akan beralih. Malah saya berani katakan semakin banyak bantuan diberikan, semakin ramai ultra kiasu yang akan dilahirkan. Undi tidak akan pergi kepada MCA atau Gerakan, tetapi kepada DAP. Bukan sedikit tetapi lebih banyak.

Apakah kita sudah lupa bantuan bulan bintang yang Najib Razak telah berikan kepada kepada Sekolah Persendirian Cina dan Universiti Cina ketika kempen PRU14. Saya sudah ingatkan berkali-kali, hingga akhirnya BN kecundang.

Paling terkesan, kelulusan pemberian 1.2 hektar tanah kepada Sekolah Persendirian Cina Chong Hwa, Sentul, bagi tempoh 99 tahun, pembinaan kompleks sukan ketika kempen PRU14? Akhirnya, geran dia dapat, undi pergi kepada ultra kiasu, PRU14 BN tumbang. Sudah lupa? Hairan saya, kenapa masih tidak belajar, walaupun sudah dipatuk dua kali.

Ingin saya tegaskan di sini, institusi yang dibantu dengan banyak ini, tidak membantu pembangunan negara bangsa dan jati diri negara bangsa. Bayangkan semua Cina berkumpul di suatu tempat tanpa bercampur dengan bangsa asal atau majoriti.

Sudahlah sejak kecil kita dipisahkan dengan sekolah berbeza. Sampai ke peringkat pengajian tinggi pun kita dipisahkan. Dengan bantuan yang diberikan, institusi Pendidikan mereka semakin canggih, penggunaan bahasa Melayu selaku bahasa kebangsaan ibarat melukut di tepi gantang. Sejarah Tanah Melayu diperlekehkan, sejarah Tanah Besar China dilebihkan.

Apakah kita sudah lupa, Universiti Awam yang dihuni bersama dengan majoriti pun mereka begitu berani. Sudah lupa peristiwa tunjuk perasaan membawa plakad ketika istiadat majlis konvokesyen Universiti Malaya tahun lepas. Desakan mahukan Naib Canselor UM dipecat. Tidak ada apapun tindakan dikenakan oleh PH. Lepas begitu sahaja. Banyak lagi kes lain.

Nampaknya, kita tidak pernah mahu belajar. Kita berpolitik kerana kemarukkan undi bukan mahu membina negara bangsa. Jika beginilah keadaannya, PH ker memerintah, PN ker memerintah, seolah-olah tidak ada beza. Semua nak mengambil hati orang lain. Hati sendiri terluka tiada siapa yang ambil tahu. Berbaloikah politik sebegini?

_*Maaf dipohon, Eid Mubarak…*_

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Anfaal Saari

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

Biro Antarabangsa Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional menzahirkan solidariti buat rakyat Amerika Syarikat, George Floyd yang mati selepas didakwa menjadi mangsa perkauman di negara itu.

Ketuanya, Anfaal Saari berkata, keadilan seharusnya diberikan kepada semua tanpa mengira perbezaan ras, warna kulit dan agama.

Menurutnya, walaupun pegawai polis tersebut, Derek Chauvin, yang menyebabkan kematian lelaki kulit hitam itu telah dijatuhkan hukuman membunuh, namun dunia tidak mahu melihat insiden tragis itu berulang lagi.

“Protes menuntut keadilan dengan slogan Black Lives Matter kini merentasi Minneapolis ke seluruh Amerika Syarikat dan sebahagiannya bertukar menjadi pertempuran ganas dengan pihak polis.

“Hak asasi manusia wajib dihormati sebagaimana termaktub dalam Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948.

“Ironinya nyawa dan kehormatan bangsa kulit hitam tidak dimartabatkan di Amerika Syarikat,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Floyd, 46, meninggal dunia pada petang 25 Mei lalu, sejurus selepas Derek Chauvin, seorang pegawai polis kulit putih, menahannya dan menekan lututnya di leher mangsa.

Chauvin kemudian ditahan empat hari selepas itu dan didakwa atas kesalahan membunuh.

Dalam pada itu, Anfaal menasihatkan agar peserta demonstransi menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak mengakibatkan keadaan bertambah huru-hara.

Ini kerana tegasnya, dunia sama sekali tidak akan menjadi aman damai dengan keganasan.

AWAN bersolidariti buat mangsa perkauman di Amerika Syarikat

PH Johor cukup kerusi bentuk semula kerajaan

1 TUN D HQ BERSATU

Pakatan Harapan (PH) Johor hari ini yakin bahawa kerusi untuk mengambil semula kerajaan dari Perikatan Nasional (PN) mampu dilakukan.

Menurut Pemikir Parti Amanah Negara (AMANAH) Negeri Johor, Dr Mohd Zuhan Mohd Zain berkata bilangan kerusi yang diperlukan bagi membentuk kerajaan itu sudah diperolehi dan hanya menanti waktu yang sesuai untuk membuat tindakan.

Tegasnya, sebelum ini perbezaan antara kerajaan PN dan PH di Johor hanya terpisah dengan satu kerusi dan ia menggambarkan kerapuhan sebuah kerajaan yang dibina oleh PN.

“Dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini kita dapat lihat pergolakkan berlaku dan pastinya perkara itu terkesan di negeri ini.

“Hitungan serta susun gerak kerja yang dilakukan telah membuktikan bahawa kerajaan PN hari ini akan menjadi kerajaan terpendek dalam sejarah negeri Johor dengan kerapuhan dalam mereka membentuk kerajaan di negeri ini.

“Kita sudah kenal pasti beberapa Adun PN di Johor yang mampu untuk menunjukkan sikap berprinsip mempertahankan mandat rakyat bagi bertaut semula dengan PH di negeri ini.

“Senarai pendek yang diterima kita sudah cukup untuk membuktikan bahawa kerajaan PH akan terbentuk semula di Johor dengan bilangan yang lebih stabil berbanding dengan kerajaan PN hari ini,” tegasnya ketika dihubungi.

Beliau ketika ditanya tidak menjawab Adun dari parti mana yang akan membuat tindakan menyokong PH tersebut namun dalam pada masa yang sama beliau menyatakan bahawa PH sedia menerima mana-mana Adun dari PN yang mahu bersama.

“Kita hanya menegaskan bahawa bilangan itu cukup. Rakyat hanya perlu tunggu dan lihat keadaan ini berlaku.

“Kita tidak nafikan bukan sahaja Adun dari rakan lama PH sahaja yang akan menyokong PH malah ada juga dari kalangan parti-parti lain di kalangan mereka.

“PH bersedia untuk menerima sesiapa sahaja Adun dari PN bagi sama-sama menjalankan semula usaha memartabatkan rakyat setelah rakyat ditipu dengan janji manis mereka yang inginkan kuasa namun tidak memberi khidmat yang terbaik kepada rakyat,” tegasnya lagi.

Sehubungan dengan itu, Pengerusi AMANAH Negeri Johor, Aminolhuda Hassan dalam sidang media pagi tadi turut menyebut akan perkara tersebut.

“Berdasarkan kepada mandat rakyat, saya yakin dan percaya ada wakil rakyat (Adun) yang pro Tun M akan berpihak kepada kami (PH) dan Insya Allah dia akan bersama dengan kita.

“Pada kami, sekiranya Adun dari PKR yang menyokong PN sebelum ini mahu membuat keputusan bersama semula PH kami terima. Yang penting mereka sedar sekarang berlakunya kepincangan dalam pentadbiran dan sebagainya apabila kerajaan yang diambil hari ini secara tidak betul,” katanya.

PH Johor cukup kerusi bentuk semula kerajaan