Benarkah Azmin sedang guna Zahid untuk masuk UMNO?

1 AZMIN MUNAFIK1 AZMIN SYAITAN1 PARLIMEN JADI MUZIUM PN1 KERAJAAN IBU SEGALA JENAYAH1 NAJIB ISTIDRAJ A

 

Mendengar desas desus Azmin akan menggunakan Zahid Hamidi sebagai batu loncatannya untuk masuk kedalam UMNO. Dengan membawa naratif melayu Islam Azmin sudah pun berdiri di premis itu pasca PRU 14 yang lalu Azmin berpotensi menuju ke arah itu.

Kenapa UMNO?

Azmin akan kekal untuk memenjarakan Najib Razak. Kemudian dia juga akan berbuat demikian kepada Zahid selepas tangan yang dihulur kepada Azmin. Zahid juga akan mengikut jejak langkah Najib Razak ke Sungai Buloh.

Siapa yang akan bantu Azmin?

Yang akan membantu Azmin ialah Hishamudin Hussien. Beliau akan menolak Azmin untuk memangku jawatan Presiden yang ditinggalkan oleh Zahid Hamidi. Maka Azmin dan Hishamudin akan membawa UMNO ke landasan asal mereka.

Muhyiddin kemana nanti?

Bersatu akan jadi persis Semangat 46. Muhyiddin juga hanya nak menjadi Perdana Menteri dan beliau sudah mencapainya. Begitulah Azmin Ali yang beranggapan politik ini adalah marathon dan bukan lari pecut.

Jangan cepat berlari akhirnya penat tetapi kekalkan stamina untuk mendapatkan apa yang dicitanya.

Muhyiddin dikuarantin, Ismail Sabri jadi pemangku PM?

1 TSMY PAS SESAT

PM Muhyiddin Yassin menjalani kuarantin di rumah selama dua minggu mulai hari ini, demikian menurut kenyataan media Jabatan Perdana Menteri (JPM).‬

‪Ini berikutan seorang pegawai tinggi Jabatan Kerajaan yang hadir dalam mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan Muhyiddin pada 20 Mei lalu telah disahkan positif COVID-19.‬

‪Tidak pula kenyataan media JPM menyebut Menteri-menteri lain, samada turut hadir atau juga dikuarantin dua minggu. Lazimnya, mesyuarat pasca-Kabinet yang dipengerusikan oleh PM akan turut disertai beberapa Menteri dan Timbalan Menteri.‬

‪PM Muhyiddin telah menjalani ujian saringan dan didapati negatif COVID-19. Namun demikian, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak COVID-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Muhyiddin perlu dikuarantin selama dua minggu.‬

‪Dua minggu adalah suatu jangka masa yang panjang dalam politik dan pentadbiran kerajaan.‬

‪Ini bererti Muhyiddin perlu memutuskan samada beliau perlu melantik seorang anggota Kabinet untuk memangku jawatan dan menjalankan tugas-tugas Perdana Menteri.‬

‪Muhyiddin tidak menamakan sesiapa menjadi Timbalan Perdana Menteri hingga kini. Beliau cuma melantik Kabinet dengan telah mengumumkan empat orang Menteri sebagai Menteri Kanan.‬

‪Apakah kini ada kewajaran untuk melantik Timbalan Perdana Menteri? Jika tidak demikian, apakah kini ada kewajaran untuk melantik salah seorang daripada empat Menteri Kanan itu sebagai pemangku Perdana Menteri?‬

‪Terdapat empat Menteri Kanan dalam Kabinet Muhyiddin, iaitu:-‬

‪Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Azmin Ali (BERSATU)‬

‪Menteri Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob (UMNO)‬

‪Menteri Kerja Raya, Fadillah Yusof (GPS-PBB)‬

‪Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin (BERSATU)‬

‪Jika dilantik sesiapa daripada empat Menteri Kanan itu untuk memangku jawatan Perdana Menteri, aku lebih cenderung menyatakan Ismail Sabri Yaakob akan dilantik, sejajar dengan kekuatan UMNO dalam Perikatan Nasional. Beliau sudah ketara terdedah kepada umum sebagai suara Kabinet mewakili Majlis Keselamatan Negara sejak penularan wabak COVID-19.‬

‪Dari luar Jemaah Menteri, aku tidak menolak kemungkinan calon pemangku Perdana Menteri yang berpotensi dilantik ialah Presiden PAS, Abdul Hadi Awang yang kini memegang jawatan sebagai Duta Khas ke Timur Tengah bertaraf Menteri.‬

‪Aku tidak nampak Azmin Ali dan Mohd Radzi Md Jidin mungkin dilantik kerana Azmin cuma anggota biasa Bersatu dan Radzi hanyalah seorang Senator. Manakala, Fadillah Yusof tidak mungkin dilantik kerana dia dari GPS Sarawak.‬

‪Dalam seminggu yang pertama Muhyiddin berada dalam kuarantin mungkin tak ketara berbangkit keperluan melantik pemangku Perdana Menteri kerana negara akan bercuti menyambut Idilfitri. Tetapi, dalam minggu yang kedua, pelantikan tersebut menjadi suatu keperluan untuk menjalankan tugas-tugas harian Perdana Menteri dan mempengerusikan mesyuarat mingguan Jemaah Menteri.‬

‪Inilah masanya dan peluang keemasan yang terbuka kepada UMNO sebagai komponen terbesar PN untuk mengorak langkah. ‬

Abd Malek Hussin

Muhyiddin dikuarantin, Ismail Sabri jadi pemangku PM?

PN Melaka berantakan, Idris Haron bakal dipecat?

PN Melaka berantakan, Idris Haron bakal dipecat?

Desas desus daripada sumber pimpinan akar umbi UMNO mengatakan Datuk Seri Utama Idris akan dipecat daripada Exco Kerajaan Negeri atas sebab Idris Haron keluar Persidangan Dewan kerana tidak setuju pelantikan Ab Rauf Yusof sebagai Speaker dan Ali “Pasir” sebagai Senator.

Dalam masa terdekat DSUIH akan dipecat dan digantikan dengan Datuk Hasan Rahman, Ketua Bahagian UMNO/ADUN Sungai Rambai sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.

Ini berikutan ketidakpuasanhati oleh Ab Rauf Yusof (Speaker) dan Sulaiman Md Ali (Ketua Menteri) atas beberapa tindakan Idris ketika Persidangan DUN yang terbaru.

Mengikut sumber dalaman Idris Haron juga tidak dijemput untuk hadir ke Pre-Council Exco untuk membincangkan agenda Persidangan DUN khususnya tentang isu perlantikan Speaker dan Senator.

Idris Haron tidak ber

https://inforakyat.net/pn-melaka-berantakan-idris-haron-bakal-dipecat/

PAS UMNO mula hilang sokongan pengundi Melayu

1 ULAMAK BALAK1 BALAK PAS

1 PAS SYURGA

1 HADI KHADAM MCA1 KELANTAN KOMUNIS 2

1 AZMIN MUNAFIK

1 MCA RASIS 21 PETRONAS BAHAYA

Penulis akan membuat sedikit analisa sokongan pengundi Melayu kepada PH , Umno dan Pas selepas kejatuhan kerajaan PH. Sebelum PRU 14, banyak analisa yang penulis buat menetapi jangkaan yang dibuat berdasarkan suasana yang berlaku pada masa berkenaan .

Semasa pemerintahan PH, serangan terhadap PH menggunakan sentimen kaum dan agama sangat berjaya digunakan pembangkang pada masa itu. Mengapa berjaya? Kerana sememangnya , pembangkang terutama Umno dan Pas mewakili majoriti pengundi Melayu. Manakala PH memenangi PRU 14 berbekal undi Melayu sekitar 30 peratus sahaja

Justeru itu, adakah benar PH tidak mendapat sokongan orang Melayu semasa memerintah? Bukan hanya semasa memerintah , sebelum memerintah pun sokongan Melayu kepada PH adalah sekitar 30 peratus.

Pada PRU 14, PH mendapat hanya 15 ke 25 peratus undi Melayu di kawasan luar bandar. Manakala undi Melayu PH di kawasan bandar adalah 25 hingga 35 peratus sahaja. Kemenangan PH pada PRU 14 adalah disebabkan sokongan pengundi Cina adalah 85 peratus dan sokongan pengundi India sebanyak 70 peratus.

Kerusi campuran

Oleh kerana itu, PH memenangi banyak kerusi majoriti Cina dan kerusi campuran. PH telah memenangi sebanyak 113 kerusi berbanding BN sebanyak 79 kerusi selebihnya dimenangi PAS, Warisan dan Bebas. PH membentuk kerajaan dengan sokongan Warisan.

Sokongan pengundi Cina kepada PH sebenarnya kekal selepas PRU 14 , walaupun pada PRK Cameron Highlands dan Tanjung Piai mereka mengundi BN. Pengundi Cina boleh bertukar semasa PRK tetapi pada PRU undi ini kembali kepada PH.

Sebab itulah, selepas PH ditumbangkan berikutan krisis dalaman dalam PPBM dan PKR kemudian Tun M meletak jawatan . Pengundi Cina kembali menyokong PH sama seperti PRU 14 malah semakin besar kerana mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan PH dijatuhkan.

Begitu juga, pengundi Melayu asal PH yang agak termakan dengan serangan isu kaum dan agama yang dimainkan oleh Umno dan Pas. Namun, apabila jatuhnya PH, mereka kembali menyokong PH kerana kecewa mandat yang diberikan oleh mereka dicuri.

Sebenarnya, kekuatan Umno dan Pas nampak terjalin rapi melalui Maufakat Nasional. Kedua-dua parti ini sudah berkira akan menang besar pada PRU 15. Umno dan Pas sudah berangan-angan menang banyak kerusi kerana apabila dicampur undi BN dan Pas berjaya mengatasi undi PH di banyak kerusi yang dimenangi PH

Keseronokan sementara

Sebanyak 29 kerusi PH di Semenanjung yang akan jatuh ke tangan Maufakat Nasional jika berlaku PRU 15. Namun, keseronokan Umno dan Pas tersentak setelah Pas dan Umno memberi sokongan kepada pembetukan kerajaan Perikatan Nasional.

Pengundi Cina dan India yang sudah ada riak menyokong BN dan Pas sudah menarik kembali sokongan. Manakala , pengundi Melayu terutama di kawasan bandar juga sudah mula mengalih sokongan kepada PH kerana tidak bersetuju kerajaan PH dijatuhkan

Betulkah begitu, bukankah kita lihat di komen-komen facebook ramai orang Melayu yang menyokong kerajaan PN. Seperti yang dinyatakan tadi, sokongan kepada Umno dan Pas memang besar sebelum PRU 14 lagi. Jadi , tidak hairanlah sokongan kelihatan di komen-komen facebook.

Namun sebenarnya, sokongan Umno dan Pas telah mula berkurangan kepada 60 peratus sahaja. Kenapa berkurang ? Sokongan pengundi Melayu kepada PH bertambah sekitar 5 peratus berikutan parti-parti dalam PH menambah ahli dan cawangan parti semasa memerintah.

Semasa pemerintahan kerajaan PH, ramai yang sebelum ini tidak menyertai parti-parti dalam PH telah menyertainya dan terlibat sebagai dalam jentera kerajaan seperti MPKK dan sebagainya. Kebanyakan mereka sebelum ini adalah ahli dan penyokong Umno dan Pas.

Semasa PRU 14, PH masuk pilihanraya dengan bantuan petugas pilihanraya dari sukarelawan , Invoke dan NGO. Namun percayalah pada PRU 15 , parti-parti dalam PH terutama Amanah dan PKR akan menggunakan petugas pilihanraya parti sendiri berikutan penubuhan cawangan parti semasa memerintah.

5% akan alih sokongan

Perlu diketahui bahawa tidak semua ahli dan penyokong Pas yang bersetuju dengan kerjasama dengan Umno. Terdapat 5 peratus yang menentang kerjasama dengan Umno tapi tetap mengundi Pas semasa PRU 14 kerana Pas bertanding bersendirian . Pada PRU 15, 5 peratus ahli dan penyokong Pas ini akan mengalih sokongan kepada parti yang menentang Umno kerana Pas sudah bekerjasama dengan Umno.

Adakah sokongan kepada Umno dan Pas akan mengurang lagi ? Ya, selagi Umno dan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Pas terutamanya akan menghadapi kehilangan sokongan ketara kerana tidak mampu mempertahankan pringsip perjuangan apabila berada dalam kerajaan.

Pengundi Melayu yang memberi sokongan kepada Pas kerana Pas sebelum ini konsisten memperjuangkan dasar Islam . Namun, baru beberapa bulan menjadi kerajaan semasa PKP Covid 19 , Pas diserang kerana gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Menteri dan Timbalan Menteri Pas setakat ini tidak berani bersuara menentang suara Menteri MCA dan MIC dalam kerajaan.

Ketara sekali apabila, Menteri MCA berani meminta kerajaan Perikatan Nasional tidak dipanggil kerajaan Melayu Islam, Pas tidak membantah. Wanita MCA berani membantah perkahwinan bawah umur yang disokong oleh Pas, Pas tidak membantah. Ada beberapa isu lagi, yang pengundi Melayu boleh lihat Pas tidak mampu bersuara seperti sebelum menjadi kerajaan. Malah, Netizen yang menyerang Menteri dan Timbalan Menteri Pas adalah dahulunya pengundi Pas.

Itu baru beberapa bulan, sanggupkah Pas berhadapan dengan pelbagai isu selepas PKP yang pastinya memerlukan Pas bertindak mempertahankan dasar Islam. Jika gagal, sokongan kepada Pas semakin hari semakin mengurang. Perlu diingat, terdapat hanya 30 peratus pengundi yang mengundi Pas adalah pengundi tegar. Selebihnya, adalah pengundi yang mengundi Pas kerana pringsip Islam yang diperjuangkan.

Pas bergerak solo

Sudah ada pemerhati politik yang meminta Pas kembali bergerak secara bersendirian supaya sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan kekal. Penglibatan Pas dalam kerajaan Perikatan Nasional tidak membawa manfaat yang besar kepada Pas.

Apa guna menjadi Menteri , Timbalan Menteri dan Pengerusi GLC jika Pas gagal membawa dasar Islam yang diperjuangkan. Lebih lama berada dalam kerajaan, Pas akan berhadapan dengan krisis kepercayaan pengundi Melayu kepada Pas.

Peratus kehilangan sokongan pengundi Melayu kepada Pas akan dapat dilihat secara jelas selepas setahun Pas bersama kerajaan Perikatan Nasional. Walaupun begitu, riak-riaknya sudah mula dapat dilihat walaupun baru beberapa bulan Pas berada dalam kerajaan Perikatan Nasional.

Semasa PRU 14, undi Melayu kepada Umno adalah rendah berbanding Pas. Sokongan undi Melayu kepada Umno ini pula sekarang ini sedang direbut oleh PPBM . PPBM yang mengetuai kerajaan Perikatan Nasional telah mendominasi jawatan utama Menteri dan GLC .

PPBM juga pastinya , meletakkan semua pemimpin PPBM menjadi Penyelaras Parlimen di kerusi Melayu dan campuran yang dimenangi PH dalam masa yang sama kerusi PPBM sudah bertambah kerana Ahli Parlimen Umno yang melompat ke PPBM.

Umno juga tidak boleh bergantung kepada undi Melayu yang ada pada Pas kerana Pas juga berhadapan dengan potensi kehilangan sokongan pengundi Melayu. Sudah kedengaran penyesalan pemimpin Umno kerana berada dalam kerajaan Perikatan Nasional. Umno yang sebelum ini boleh bergantung kepada Pas kini terpaksa bergelut sendiri menghadapi ancaman PPBM.

Pada waktu ini, pemimpin Perikatan Nasional sendiri kurang yakin dengan pembentukan Kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional . Ini kerana, parti-parti dalam Perikatan Nasional kehilangan sokongan orang bukan Islam yang sangat besar lebih teruk daripada semasa PRU 14.Berdasarkan analisa ini, jangkaan Umno dan Pas akan menang mudah melalui gabungan undi tidaklah semudah itu. Sokongan pengundi banyak bergantung kepada suasana politik yang berlaku dalam negara.

Selepas menyertai Perikatan Nasional , jangkaan menang mudah kini akan bertukar
sebaliknya sekiranya, Umno dan Pas tidak membuat keputusan yang betul demi kepentingan parti masing-masing.
Malaysia adalah negara majmuk yang memerlukan gabungan pemerintahan yang memerlukan sokongan semua kaum. Sudah ada kedengaran, pemimpin Perikatan Nasional dari kumpulan Azmin akan menubuhkan sebuah parti baru yang sama macam PKR.

Tujuannya adalah untuk menarik kembali sokongan pengundi bukan Melayu kepada kerajaan Perikatan Nasional. Mereka juga tidak boleh mengharapkan MCA dan MIC juga untuk menarik sokongan pengundi bukan Melayu.

PPBM, BN, Pas dan Kumpulan Azmin yang memerintah bersama dalam kerajaan Perikatan Nasional sedang menghadapi suasana yang saling tidak mempercayai antara satu sama lain. Masing-masing mempunyai agenda sendiri untuk dibawa dalam pemerintahan. Keadaan ini sebenarnya bukan sahaja tidak baik untuk sebuah pemerintahan malah, tidak baik untuk masa depan sesebuah parti.

Berita Penuh :https://wrlr.blogspot.com/2020/05/sokongan-kepada-umno-pas-kian-merosot.html?m=1

https://inforakyat.net/pas-umno-mula-hilang-sokongan-pengundi-melayu/#.Xs7-7A18txw.whatsapp

TUN M DAN ANWAR SUDAH ADA CUKUP NOMBOR UNTUK JATUHKAN MUHYIDDIN

1 TUN D HQ BERSATU

TUN M DAN ANWAR SUDAH ADA CUKUP NOMBOR UNTUK JATUHKAN MUHYIDDIN
Shahbudin Husin
Sebagaimana yang sedia dimaklumi, Muhyiddin Yassin hanya mempunyai sokongan sebanyak 113 daripada 222 Ahli Parlimen pada pembukaan Sidang Parlimen 18 Mei lalu.

Bermakna, kelebihan yang ada pada Muhyiddin hanya dua undi saja.

Ini adalah kedudukan majoriti paling kecil dan paling lekeh pernah dikecap oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.

Lebih daripada itu, kelebihan hanya dua majoriti itu pula diraih setelah Muhyiddin melambakkan jawatan menteri, timbalan menteri, pengerusi GLC dan duta bertaraf menteri kepada Ahli-Ahli Parlimen blok penyokong kerajaan.

Jika diadakan undian pada hari tersebut, termasuk kemungkinan ada daripada pihak PN yang memberi sokongan dalam diam kepada pembangkang, adalah tidak mustahil Muhyiddin akan kecundang dibuatnya.

Tetapi, disebabkan Sidang Parlimen 18 Mei itu hanya terhad kepada titah perasmian Yang Dipertuan Agong semata-mata, maka terselamatlah Muhyiddin daripada dijatuhkan.

Dalam kenyataan kemudiannya susulan Sidang Parlimen yang pelik itu, Tun Mahathir Mohamad berkata, jika Muhyiddin terus mengelak-ngelak daripada membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan, pihak pembangkang akan sentiasa menguji kedudukan kerajaan dengan menolak kelulusan sebarang usul dan rang undang-undang yang mahu dibawa ke Parlimen.

“Pembangkang tidak akan berputus asa daripada berusaha untuk terus menumbangkan Muhyidrin,” tegas Tun Mahathir lagi.

Seterusnya, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim pula berkata, hampir mustahil untuk kerajaan PN yang diterajui Muhyiddin ini mampu bertahan sehingga PRU15 akan datang.

“Jika mereka yakin ada sokongan majoriti, mereka akan mengadakan Sidang Parlimen seperti lazimnya.

“Tetapi mereka tidak berbuat demikian dan ini membuktikan mereka sangat takut usul undi tidak percaya akan berjaya,” tambah Anwar lagi.

Kenapakah kedua-duanya, Tun Mahathir dan Anwar dilihat mempunyai keyakinan yang tinggi untuk menjatuhkan Muhyiddin?

Keyakinan kedua-duanya itu tidak lain adalah disebabkan sokongan mencukupi untuk menjatuhkan Muhyiddin sebenarnya sudah pun diperolehi sekarang ini.

Selain blok pembangkang yang sudah ada 113 undi, beberapa undi lagi adalah diperolehi daripada blok kerajaan yang selama ini dilihat memberi sokongan kepada Muhyiddin.

Melalui kerjasama semula antara Tun Mahathir dengan Anwar dan PH, mereka sudah pun menggembleng kekuatan untuk memastikan kejayaan benar-benar dapat diperolehi.

Kebersamaan mereka ialah untuk memastikan kuasa dapat dikembalikan semula kepada PH sebagaimana mandat yang telah diberi rakyat pada PRU14 lalu.

Pengakuan sokongan mereka itu sudah sedia ada di tangan Tun Mahathir dan Anwar serta hanya menunggu masa, seawalnya dalam Sidang Parlimen 13 Julai nanti untuk ia dibuktikan.

Awas Muhyiddin, masa kejatuhan kerajaan tebuk atap ini akan tiba tidak lama lagi. (Shahbudindotcom 27/05/2020)

MELAYU/ISLAM TELAH MEROSAKKAN NILAI SEBENAR AGAMA ISLAM SEHINGGA ORANG ISLAM BUKAN MELAYU TERPAKSA MENANGGUNG MALU KERANA KEBODOHAN, MELAYU/ISLAM.

1 AGAMA GAGAL1 ISLAM DALAM BAHAYA1 ISLAM BUKAN MELAYU TERBAIK1 TSMY PAS SESAT

Kredit: Tinta Merah

Dulu dulu diatas mempertahankan prinsip dan dasar perjuangan unggul parti Pas, maka pemimpin mereka berceramah dihadapan ahli dan penyokong Pas diseluruh pelusuk dunia, bahawa Pas sanggup tidak mempunyai kuasa pemerintahan diPutrajaya (alasan semata mata disebabkan Pas selalu kalah dalam PRU ) asalkan prinsip Islam Pas untuk menegakkan Negara Malaysia berlandaskan hukum Islam dapat dilaksanakan. Inilah “Nyawa Pas” kata Hadi.

Pas sanggup menentang sesiapa sahaja yang melawan prinsip yang Pas amalkan ini. Pas sanggup Syahid, malah jika ahli Pas menghadiri Mesyuarat Pas sekalipun dan mati ketika bermesyuarat maka ahli Pas sudah dianggap Syahid lebih afdhal jika mati dalam solat ketika sujud menghadap Allah (viral rakaman lobai Pas memberi tazkirah kepada ahli Pas) Hebat sekali darjat parti Pas.

Negeri yang Pas perintah adalah cuma Kelantan semenjak dari tahun 1990 lagi. Salah satu negeri termiskin yang ada diMalaysia. Jadi segala dasar parti Pas sememangnya selari dengan kemahuan rakyat diKelantan serta pemikiran rakyatnya sedikit tertutup pada waktu tersebut. Apatah lagi ketika itu bukannya dizaman kecanggihan IT dengan tiadanya bentuk hiburan dibenarkan malah panggung wayang keluarga juga diharamkan kononya tempat pembiakan maksiat, maka segala bentuk ceramah Pas menjadi medium hiburan utama bagi rakyat kelantan untuk menghilangkan kebosanan duduk diam diam di rumah. Ke sana ke sini… Ke sana ke sini……. diceramah Pas inilah anak anak muda Kelantan membanjirinya untuk mengisi masa lapang pada waktu malam.

Apatah lagi, ceramah Pas tentang negara Malaysia yang sekular, kafir, korup, yang mengikut perlembagaan penjajah British yang kafir dan tidak mengikut hukum Islam ataupun isu seperti Malaysia mempunyai pusat kasino perjudian terbesar diAsean ataupun Kilang arak dibuka dilembah Klang serta dibiarkan arak dijual secara berleluasa kepada rakyat selalu didendangkan oleh tok tok jogho Pas kepada anak muda Kelantan dan diselitkan dengan kata makian, cercaan dan lawak jenaka serta diselang selikan dengan laungan kalimah Allah Maha Besar untuk menaikkan semangat audians. Ia juga umpama satu bentuk perkaderan sarkas parti Pas kepada anak muda Kelantan.

Bila sampai masa perlukan pekerjaan selepas keluar daripada university, maka anak anak muda kelantan ini akan mencari pekerjaan diluar Kelantan, kerana dikelantan tiada pekerjaan setaraf yang ada berdasarkan kelayakan profesional mereka. Maka yang cerdik pandai lagi berkaliber mula bekerja diluar Kelantan. Ini hakikatnya sehingga sekarang. Mereka ini digelar Perantau yang mengecapi pembangunan pesat diLembah Klang namun meninggalkan kemunduran kepada keluarga mereka diKelantan.

Sehingga kini, isu bekalan air paip seperti berwarna air kencing dialami oleh rakyat kelantan yang mengunakan khidmat AKSB. Malah ketiadaan air paip bersih masih belum ada bentuk solusinya sehingga menjejaskan pembangunan bersepadu diKelantan. Bukti yang jelas, adalah menyebabkan penutupan hotel berjenama dunia bertaraf 6-star dalam bandar Kota Bharu.

Kononnya di atas alasan prinsip ingin menegakkan hukum hudud ini jugalah Pas telah mengambil keputusan drastik untuk keluar daripada blok pembangkang Pakatan Rakyat (PR), kononnya lagi Pas tidak bersetuju dengan alasan utama PR disebabkan negara Malaysia adalah negara majmuk, bukannya seperti di Brunei atau di Pakistan atau negara Arab yang 90% rakyatnya adalah Islam.

Halikatnya, itu adalah alasan budak sekolah pra-tadika semata mata. Ini kerana diSelangor, walaupun telah keluar daripada PR, Pas tetap bersama menerima gaji dengan kerajaan Negeri Selangor yang dikuasai oleh PKR demi kuasa/dunia seperti jawatan Exco Negeri, Ahli Majlis Perbandaran, lantikan diGlc kerajaan negeri seperti PKNS, lantikan sebagai tok penghulu/pengawa dan sebagainya. Bukannya disebabkan atas dasar dan prinsip parti Pas yang berjuang demi hukum hudud.

Setelah Pas merasa seronok dapat bersama memerintah sebuah negeri Selangor yang kaya raya sebagai pusat ekonomi negara, dimana Selangor mempunyai simpanan tunai melebihi rm3 billion dibawah pemerintahan PR ( untuk rekod, semasa Umno memerintah Selangor tiada simpanan malah defisit yang banyak dikumpul oleh kerajaan Umno) dibandingkan dengan negeri Kelantan yang miskin, maka pemimpin Pas mula merasai nikmat dan mencintai dunia, telah menjadi idaman bagi setiap pemimpin Pas serta ahlinya.

Maka lahirlah istilah “KING MAKER” oleh parti Pas. Demi kuasa, Mercedes-Benz dan laba dunia semata mata sehinggakan hudud, diumpamakan sebagai ‘nyawa’ Pas telah hilang didalam Manifesto parti Pas, edisi Pru-14. Namun waktu itu, imej Pas masih lagi bersih pada mata rakyat/perantau pantai timur dan kedah (negeri majoriti melayu) kerana Pas telah menipu pengundi kononya Pas tetap menentang Umno yang korup didalam Pru-14. Walaupun Pas menafikan, seramai 158 calonnya yang bertanding diparlimen adalah bertujuan untuk memecahkan undi kaum melayu (PH) serta memenangkan Umno. Namun Perancangan Allah Maha Agung, melebihi perancangan Hadi dan Jibby.

Sekarang, bilamana RM telah menguasai Pas maka sediki demi sedikit perjuangan Islam sebagai Addin telah dibuang oleh Pas. Kebanyakan larangan dahulunya , Pas sebagai jaguh ketika menjadi pembangkang, boleh dikatakan kesemuanya Pas sudah tidak melarangnya lagi. Adakah sekarang kalian ada mendengar pemimpin Pas atau Menteri Pas setelah menjadi kerajaan pusat sebagai pemerintah negara, mengesa atau memaksa kerajaan menutup pusat judi digenting, nombor ekor, penjualan arak secara terbuka di7 eleven/kedai 24 jam, penutupan kilang arak – malah Hadi tidak mengulas sedikit pun komen surat kebenaran Kerajaan untuk menjual arak dimusim MCO (secara rasmi telah menjadi khadam kafir MCA) , pusat urut pelacuran, pub disko, LGBT, mengharamkan riba malah ruu355/Hudud pun sudah dikuburkan oleh Hadi sendiri diTanjung Piai. Itu adalah sebahagian contoh perjuangan yang Pas dokong selama ini dihina sendiri oleh Hadi. Apatah lagi kononnya ahli Pas Memali Syahid ditipu oleh Hadi.

Mentaliti pemimpin Pas juga agak MEWA didalam urusan pentadbiran negara/negeri. Dimana pemerintahan dinegeri Pas pun caca merba. Arahan penutupan pawagam seperti dikelantan alasannya akan mendatangkan masalah sosial remaja, hotel yang tidak mengasingkan kolam renang lelaki dan perempuan, penutupan aurat dimedia utama atau iklan, pengasingan laluan lelaki dan wanita dikaunter pembelian pasaraya, tidak membenarkan wanita bekerja pada waktu malam, tidak boleh duduk bersebelahan dengan bukan muhrim dalam pengangkutan awam adalah nampaknya selari dengan gaya pemikiran Timbalan Menteri Pas, sehingga kan ditegur oleh Big Boss Pas sendiri iaitu MCA. Sedangkan dinegeri Pas yang lain dibenarkan pula larangan ini malah pemakaian bikini yang separuh bogel oleh pelancong asing pun dibenarkan oleh exco kerajaan negeri Pas atas alasan hak bukan Islam atau non muslim… … Abisss tu yang Pas dok bising dulu sebab DAP bantah Hudud tu kenapa..Lagipun depa bukan non muslim pun seperti Pas selalu kata DAP tu kan kapir.. Dah memang hak depa la kan.

Nah sekarang, bila pemimpin Pas dah mula kelabu mata melihat dedak yang diberikan oleh jibby sebelum pru14, pemimpin Pas yang belum cukup puas dengan nikmat dedak Jibby, secara pelahap dan rakus pula untuk merasai nikmat Ghanimah. Demi keadilan kepada pemimpin Pas yang tiada tempat didalam kabinet kerajaan pusat maka Pas amat menantikan jawatan Pengerusi GLC pula seperti yang dijanjikan kepada Ahli Parlimen Pas selari dengan langkah Sheraton, umpama kata nitezen hari ini…masyukkkkkk..masyukkk .

Rakyat sekarang yang cerdik sudah nampak lakonan Pas. Dahulu amat sukar untuk melihat lakonan drama Melayu pemimpin Pas kerana tiada bukti Pas sebegitu. Lagipun waktu itu Pas masih bersih sebagai Pembangkang yang tiada ujian material lagi daripada Allah Yang Maha Esa. Difikiran ahli Pas yang telah didoktrinkan pemimpin Pas adalah umpama Malaikat yang tiada satu pun cacat celanya. Lagipun menurut Pas Malaikat selalu turun untuk mengundi bagi pihak Pas. Malah jika dizaman Nabi ada, Nabi pun mungkin kalah jika nak dibandingkan dengan pemimpin Pas. Nabi tidak berbohong tapi pemimpin Pas boleh berbohong kerana dibenarkan dalam Islam, dalil Pas.

Itulah kelebihan pemimpin Pas. Ayat ayat Quran dipermainkan, dimanipulasikan demi menghalalkan cara tingkah laku pemimpin Pas. Umpama Al-Quran itu ekslusif atau diberikan khas buat parti Pas sahaja. Malah dakwa Hadi juga, parti Pas adalah “Parti Allah” seperti yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 1986. Oleh itu, gesaan supaya semua ahli Pas memboikot akhbar rasmi kerajaan adalah supaya berita melibatkan pemimpin Pas dan parti Pas tidak diketahui oleh ahli Pas yang MEWA. Sebagai contoh, berita yang disiarkan oleh Utusan Malaysia pada tahun 2001 dan akhbar Berita Harian pada tahun 2013 iaitu keputusan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja Raja Melayu dan JAKIM yang telah bersetuju untuk mefatwakan “Amanat Hadi” adalah salah, songsang dan sesat tidak diketahui oleh majoriti ahli Pas.
Lagipun Hadi sendiri berkata ahli Pas sepatutnya tidak boleh cerdik daripada pemimpin Pas. Ahli Pas patut dilahirkan bodoh supaya senang nak minta derma Tin Milo. Ini diakui pula setelah Menteri Pas, sebagai Timbalan Presiden Pas sendiri menukarkan Kementeriannya sendiri dengan singkatan kepada nama MEWA, mengikut kamus Bahasa Melayu adalah BODOH.

Sekarang setelah Pas telah mempunyai kuasa sebagai Pemerintah di Putrajaya dan sebagai Menteri, sebagai CEO, sebagai Pengerusi GLC, sebagai lembaga pengarah GLC, sebagai mana mana lantikan politik nescaya dan pasti dan logiknya Pas akan mengikut tanpa bantahan kata Bigg Boss besar, mengikut kata Kapitalis, mengikut kata Sekular, mengikut kata Penjajah malah mengikut kata Pelabur yang menjanjikan komisen/syer, sudah pasti Hudud atau undang undang Islam yang ingin ditegakkan sebagai nyawa Pas akan dikuburkan. Kalau ada pun cuma wayang lakonan tok tok jogho Pas semata mata.

Kenapa ? Kerana Dunia kini sudah menjadi milik Pas, sebelum ini Pas adalah Fakir Miskin yang selalu mengkritik kerajaan.

SPR PERLU PANTAU MALAIKAT DAN JIN YANG TURUT MENJADI PENYOKONG PARTI PAS ?

1 PAS IBLIS1 MUAFAKAT NASIONAL.

Malaikat dan syaitan juga mereka heret untuk politik keji mereka.

Adalah hak PAS untuk bermuafakat dengan siapa sahaja termasuk tumbuh tumbuhan mahupun haiwan. Sekiranya batu yang bersifat jamadat itu mampu dibawa berkawan, mereka boleh sahaja bermuafakat.

Tetapi, bagaimana Mokhtar Senik tahu perjanjian Muafakat Nasional yang dimetrai mereka disokong malaikat di langit lalu mereka bertakbir menyokong nya? Adakah Mokhtar Senik menerima wahyu bisikan dari langit melalui Jibril?

Adakah juga Mokhtar Senik hidup dalam alam ghaib mengetahui kiraan dan caturan politik mereka itu membuatkan syaitan iblis kecewa meraung duka? Bukan sahaja itu…malah hanya mendengar nama MUAFAKAT NASIONAL menakutkan syaitan!!! Setaraf ayat al-Kursi kah ia?!

Bukankah ayat dan keyakinan seperti ini membawa kepada kerosakan akidah? Atau ia adalah bibit kesesatan apabila dengan jazam pasti sebuah urusan politik pilihan mereka disokong malaikat mulia dan dilawan syaitan terlaknat?

Adakah ada mana-mana jabatan agama atau majlis fatwa bersedia mengeluarkan fatwa tentang dakwaan songsang bersifat akidah ini?

Semoga politik keji menghina dan menginjak kemurniaan agama ini bakal mati dan terkubur secepatnya!

Lelaki Kelantan malas, suka lepak di warung kopi, kata Ku Li

1 KELANTAN KOMUNIS 21 ISLAM DALAM BAHAYA

1 ISLAM BUKAN MELAYU TERBAIK

Lelaki Kelantan malas, suka lepak di warung kopi, kata Ku Li

AuthorDianKdejaLv.7 Revolutioner
3106291422-3-2014 09:54 PM
Tengku Razaleigh Hamzah (gambar) hari ini mengakui lelaki Kelantan malas dan menjadikan wanita atau isteri mereka sebagai “ketua” keluarga dengan bekerja mencari rezeki serta memenuhi keperluan hidup keluarga.

Bekas menteri kewangan itu berkata, daripada pemerhatiannya situasi itu membanggakan kerana melihatkan kehebatan wanita Kelantan dengan menikmati kebebasan yang merupakan sesuatu perkara yang dituntut dan diperjuangkan oleh wanita Barat.

“Kita sering dipaparkan dengan gambaran mengenai kegigihan wanita Kelantan berniaga dan bercucuk tanam sedangkan suami mereka melepak di warung, menghabiskan waktu dengan aktiviti tidak bermanfaat dan tidak menepati keutamaan.

“Kenyataan ini menghina lelaki Kelantan dan saya sebagai salah seorang yang terkait tidak suka dengannya tetapi terpaksa menerima kerana sememangnya terdapat lelaki Kelantan yang begitu sikapnya,” katanya semasa merasmikan pelancaran buku Persatuan Kemajuan Wanita Kelantan di Petaling Jaya hari ini.

Beliau yang juga mesra dengan panggilan Ku Li berkata, bekas menteri besar Kelantan sendiri pernah mengeluarkan kata-kata pedih menyindir lelaki Kelantan yang malas bekerja dan tidak bertanggungjawab.

Katanya, senario itu lebih ketara pada waktu dahulu dan ia masih wujud di zaman sekarang walaupun sudah tidak begitu ketara.

Jangan perkecilkan kemampuan Tun Dr Mahathir

1 TUN D HQ BERSATU

MASA AKHIRAT

1 ISLAM DALAM BAHAYA1 ISLAM BUKAN MELAYU TERBAIK

1 TUN M DAN PN

Jangan perkecilkan kemampuan Tun Dr Mahathir
DR MAZLAN ALI

Kekurangan yang ketara bagi pengkritik-pengkritik tegar Tun Mahathir seperti Abg KY adalah cuba membina naratif baru berdasarkan persepsi dan cakap-cakap politik yang tidak berdasarkan fakta dan data analitikal yang sepadan.

Saya telah agak lama membuat kajian terhadap pemikiran dan politik Tun Mahathir dan sehingga kini saya masih belum dapat memposisikan mana-mana satu tokoh politik yang dianggap sepadan dengan ketokohan Tun Mahathir sekalipun Anwar Ibrahim, yang dianggap seorang ikonik politik yang sangat berpengaruh dan cemerlang rekod pencapaiannya sama ada dalam belia, Umno dan pasca pemecatannya dari Umno pada tahun 1998 lalu.

Naratif Abg KY yang memperlekehkan keupayaan Tun Mahathir kelihatan tidak disertakan dengan fakta yang meyakinkan.

Berikut saya menyenaraikan beberapa faktor yang saya yakin Tun Mahathir mampu menggugat dan meruntuhkan kerajaan TSMY tidak lama lagi.

(1) Tun sejak awal mengatakan beliau mempunyai bilangan yang cukup untuk membentuk kerajaan berbanding TSMY. Walaupun TSMY memiliki segala kelebihan sebagai PM, yang mampu untuk melakukan tawar menawar terhadap ahli-ahli Parlimen untuk menyokongnya, namun sehingga sidang sehari pada 8 Mei yang lalu, Tun dipercayai mempunyai sokongan yang setanding dengan TSMY sehingga terdapat satu sumber yang boleh dipercayai mengatakan bahawa kedudukan sokongan TSMY dan Tun Mahathir adalah 50-50 (111 vs 111) di Parlimen.

(2) Walaupun Tun Mahathir dituduh sebagai penyebab keruntuhan kerajaan PH, namun sehingga kini Tun masih mampu mengemukakan alasan yang menyakinkan mengapa beliau bertindak demikian (meletakkan jawatan), dan banyak pihak boleh menerima alasan beliau dan malah menjelang 8 Mei 2020 yang lalu, Tun berjaya mendapatkan sokongan tidak berbelah bahagi dari Datuk Seri Anwar (PH) dan juga Syafie Apdal.

Tun Mahathir juga berjaya mendapatkan kelulusan Speaker Dewan Rakyat untuk mengemukakan undi tidak percaya kepada TSMY, walaupun akhirnya sidang 8 Mei hanya sekadar mendengar titah Ke Bawah DYMM SPBYDPA sahaja.

Selepas sidang ringkas 8 Mei, YB Kujat dari Sarawak menyatakan sokongan kepada Tun Mahathir sementara YB Baru Bian, MP Bebas kelihatannya mula memainkan peranannya dalam politik Sarawak yang berpotensi untuk memecahkan gabungan GPS.

Walaupun tidak mengiystiharkan sokongan terbuka, adalah dipercayai bahawa Baru Bian kini dilihat oleh pemerhati politik seolah-olah sebagai kuda trojan Tun Mahathir yang berperanan untuk melemahkan lagi solongan terhadap kerajaan PN.

Kesan dari kritikan Baru Bian terhadap ketidakseimbangan kuasa dalam GPS dan mendesak parti-parti kecil dalam GPS mengkaji semula kedudukan mereka dalam kolisi Sawarak tersebut, GPS pada 22 Mei lalu menyatakan mereka (GPS) bukan sebahagian dari anggota kolisi PN sepertimana yang difahami ramai sebelum ini.

(3) Meskipun banyak pihak mengatakan Tun enggan menyerahkan tampuk pemerintahan kepada DS Anwar Ibrahim sebelum kejatuhan PH tempoj hari, tetapi hakikatnya sorong tarik politik Tun Mahathir ini masih meletakkan beliau sebagai “pilihan wajar” bagi PH dan dilihat beliau (Tun) adalah faktor penting bagi PH untuk melakukan sesuatu bagi mengembalikan semula mandat rakyat 2018 yang lalu. PH sedar tanpa Tun, usaha untuk menentang TSMY dan menjatuhkannya hanyalah tinggal sekadar harapan semata-mata.

Oleh kerana itu, tidak ramai pemimpin PH secara terbuka menentang kerjasama sekali lagi dengan Tun Mahathir dalam politik negara. Ini bagi saya adalah satu kekuatan unik yang dimiliki Tun yang tidak dimiliki oleh sesiapapun.

(4) Sebagai seorang pemimpin dan negarawan ulung negara, tidak sesiapapun patut memperkecilkan keupayaan Tun Mahathir untuk melakukan gerak politik yang dijangka mampu menumbangkan sesiapa sahaja. Dan jangan memandang rendah pada kedua orang penasihat kanan beliau – Tun Daim dan Kadir Jasin. Dua individu ini adalah arkitek politik Tun dengan pemilikan pengaruh dan sumber yang tidak terhad.

Maka di atas beberapa faktor yang saya senaraikan di atas, maka wajar bagi musuh-musuh politik Tun Mahathir berwaspada dengan gerak serta tindakan politik beliau.

* Dr Mazlan Ali adalah Pensyarah Kanan Sekolah Perdana Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Mengapa orang melayu menuduh  DAP mempunyai agenda politik menghapuskan kepentingan Melayu ?

1 UMNO MENIPU

1 UMNO ISRAEIL

1 MCA RASIS 2

Mengapa orang melayu menuduh  DAP mempunyai agenda politik menghapuskan kepentingan Melayu ?

7.1 Orang Melayu selalu ditakutkan-takut kan oleh cybertrooper umno yang Dap mempunyai agenda tersendiri untuk menghapuskan kepentingan orang Melayu.

7.2 Ini adalah kerana DAP mengamalkan kesederhanaan untuk mewakili semua rakyat Malaysia, bukan satu kaum atau satu agama. Perkara ini tidak berlaku di dalam PN yang rata-rata nya hanyalah mengumpulkan kekayaan untuk diri sendiri, keluarga dan kroni mereka.

7.3 Walaupun pemimpin PAS menghina DAP, Lim Guan Eng meluluskan dana apabila kerajaan Kelantan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan persekutuan sebanyak dua kali yang  bertujuan membantu membayar gaji kakitangan awam negeri.
7.5 Disebabkan ketidakcekapan menguruskan ekonomi mereka (Kelantan), LGE segera meluluskan pinjaman berjumlah RM192 juta supaya penjawat awam di Kelantan akan terus mendapat gaji mereka.

7.6  Walaupun DAP menentang lawan politik  tetapi DAP tidak bersifat perkauman atau lebih ekstremis

7.7https://www.malaysiakini.com/news/503724

7.8 Berikut adalah peruntukan budget 2020 yang diperuntukan oleh DAP untuk orang Melayu

7.8.1 Kerajaan naikkan elaun Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) sebanyak RM100 sebulan kepada 33,200 guru KAFA dengan peruntukan tambahan sebanyak RM46 juta.

7.8.2 Kerajaan cadang beri bantuan khas one-off sebanyak RM500 kepada imam, bilal (Muazzin), tok siak/noja/merbot (penjaga masjid) dan guru takmir.

7.8.3 Kerajaan akan memperuntukkan RM10 juta kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk inisiatif Rahmatan Lil-Alamin bagi bangunkan pemahaman Maqasid Syariah.

7.9https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/616535/inti-pati-belanjawan-2020

7.10Memang ada juga pemimpin DAP yang rasis tetapi mereka telah berpindah ke PN, iaitu di Perak dan di Melaka.

7.11 https://www.sinarharian.com.my/article/73711/KHAS/Peralihan-Kerajaan/Mungkin-akan-ada-lagi-ADUN-PH-keluar-parti-Norhizam

7.12Dap juga memenangi banyak  kes saman fitnah terhadap mereka. Bukti mereka difitnah oleh Melayu Islam selama ini.

7.13 https://www-bharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.bharian.com.my/node/660322/amp?amp_js_v=a3&amp_gsa=1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15891028359252&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fberita%2Fkes%2F2020%2F02%2F660322%2Fguan-eng-menang-saman-isu-terowong

7.14 https://m.malaysiakini.com/news/184140

7.15 https://www-sinarharian-com-my.cdn.ampproject.org/v/s/www.sinarharian.com.my/ampArticle/73921?amp_js_v=a3&amp_gsa=1&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15891028359252&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.sinarharian.com.my%2Farticle%2F73921%2FBERITA%2FNasional%2FFitnah-anak-Guan-Eng-ambil-tindakan-saman

Wallahualam.

Faris Saleh.
Renungan Marhaen Kuala Lumpur.