Muhyiddin tidak akan bubar Parlimen, kerana ia akan hancurkan Bersatu

1 TSMY PAS SESAT1 ISLAM DALAM BAHAYA1 HADI KHADAM MCA1 ISLAM BUKAN MELAYU TERBAIK1 PAS IBLIS

1 PARTI SYAITAN1 Ikatan Beruk PN

Muhyiddin tidak akan bubar Parlimen, kerana ia akan hancurkan Bersatu


Muhyiddin tidak akan bubar Parlimen, kerana ia akan hancurkan Bersatu
🆙💢
Oleh MALAYSIA DATELINEMay 27, 2020 1:59 pm

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan membubarkan Parlimen buat masa sekarang kerana jika beliau berbuat demikian bermakna dia membunuh parti beliau sendiri iaitu Bersatu.
Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Abd Samad berkata, membubarkan Parlimen buat masa sekarang bermakna membubarkan Bersatu.
Khalid mengulas desas desus yang mengatakan Muhyiddin akan mencadangkan kepada Yang Dipertuan Agong agar Parlimen dibubarkan selepas wabak Covid-19 reda ekoran kegagalan beliau untuk mengekalkan kerajaan yang ada.
“Bubar parlimen, Bersatu akan hancur. Yang nak bubar Parlimen adalah Umno dan Pas, bukan Muhyiddin,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.
Ini kerana, kata beliau, kerusi yang ditandingi oleh Bersatu akan bertindih dengan kerusi yang hendak ditandingi oleh Pas dan Umno.
“Selama ini, Umno dan Pas berebut kerusi yang sama. Kalau tambah Bersatu satu lagi, bermakna tiga parti berebut kerusi sama,” katanya.
Menurut beliau, antara kebimbangan Muhyiddin juga sekarang sehingga tidak berani membenarkan undi tidak percaya dibincangkan di Dewan Rakyat adalah kemungkinan Umno dan Pas mengkhianati beliau.
“Muhyiddin bimbang Umno dan Pas khianat beliau jika benarkan undi tidak percaya sebab mereka hendak Parlimen dibubarkan,” kata beliau.
Menurut Khalid, PH bersedia untuk hadapi mana-mana sahaja samada undi tidak percaya di Parlimen atau pilihan raya semula.
“Nak bubar atau tidak, kita sedia hadapi. Kita yakin PH akan cukup majoriti jika undi tidak percaya diadakan,” kata beliau.
Khalid juga yakin, jika Parlimen di bubarkan, ramai ahli Parlimen yang bertanding atas tiket PH sebelum ini akan kembali kerana mereka tidak akan yakin menang bertanding atas tiket PN atau lain-lain parti.
“Jika bubar Parlimen, saya yakin ramai MP yang risau akan hilang kerusi… jadi mereka akan kembali kepada PH,” kata beliau.

BERILAH AMANAH MEMERINTAH NEGERI KEPADA YANG ARIF BUKAN KEPADA KUMPULAN RUWAIBAH

1 AKHLAK KEJI ORANG PAS1 PARTI SYAITAN1 AZMIN SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT

BERILAH AMANAH MEMERINTAH NEGERI KEPADA YANG ARIF BUKAN KEPADA KUMPULAN RUWAIBAH

Sebenarnya, Kedah, Terengganu dan Kelantan sama saja isu dia. Permohonan proses tukar tanah dari pertanian ke kediaman lembab. Tak kiralah siapa pun memerintah. Cuma Mukhriz dia tak tumpu pada tanah dia tumpu pada industri berat sebab dia pernah jadi menteri MITI. Justeru, Kedah mendapat banyak pendapatan dari cukai pelaburan dalam industri berat di Kulim.

Dalam isu pengurusan tanah saya di Kedah. Permohonan Kebenaran Merancang saya bagi tanah lot saya di Kuala Ketil memakan masa 8 tahun baru dapat geran. Begitu juga di di Kuala Nerang dari zaman Ustaz Azizan sampai skrg tanah saya masih di peringkat Kebenaran Merancang. Perbezaan undang-udang tanah di Kedah dan negeri Selangor memberi kesan besar kepada permohonan KM saya.

Persoalan saya kenapa Selangor boleh meningkat pendapatan negeri berbanding 3 negeri ini adalah disebabkan Selangor memantapkan pengurusan pejabat majlis daerah mereka. Mesyuarat Kebenaran Merancang dua kali sebulan.

Kebenaran Merancang saya di Kuang, Sungai Buloh memakan masa 8 bulan sebelum keluar geran pada tahun 2008 dan 6 bulan di Olak Lempit Banting, Selangor. Perbezaan cukai tanah untuk dua ekar tanah pertanian: tanah pertanian RM25 dan tanah kediaman dua ekar RM1,772.

Mungkin ada sedikit peningkatan disebabkan beza tahun cukai tanah. Tapi apa yang saya tunjukkan adalah status tanah dalam geran pemilikan individu akan memberikan pendapatan yang besar kepada kerajaan negeri. Kerajaan Selangor di Zaman Khalid Ibrahim membuktikan sebuah negeri boleh mampu mentadbir dengan baik jika pengurusan pendapatan negeri dalam hasil cukai tanah diurus dengan baik.

Kalau saya MB dari Pakatan Harapan. Langkah pertama saya adalah memanggil mesyuarat tanah negeri dan membentuk task force bagi melihat kemungkinan permohonan KM bagi tanah-tanah pertanian ke kediaman di permudahkan. Ketika ini di Kedah, lot lidi atau lot boyan bermahajelela kerana perubahan status tanah adalah lembab atau penwartaan zoning kawasan kediaman adalah diwar-warkan dengan jelas.

Kedua, melaksanakan pelan makanan negara iaitu memperuntukkan belanjawan baru bagi pembangunan tanah di kawasan utara dan selatan yang kaya dengan kawasan lapang bagi pembangunan kawasan pertanian negeri. Kedah adalah negeri yang landai dan tidak seperti negeri perak, pahang dan lain-lain negeri.

Sepatutnya pelan dasar makanan negeri diwujudkan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat dan pada masa yang sama meningkatkan pendapat annak syarikat negeri.

Pembangunan kawasan pertanian negeri akan memberi banyak manfaat kepada rakyat dan pendapatan negeri kerana ketika Covid 19 bekalan makanan dalam negara dijangka menghadapi masalah disebabkan kedudukan kewangan negara yang meruncing.

Kelantan tidak menghadapi masalah kewangan walaupun ketika itu kelantan ditindas oleh UMNO adalah kerana TGNA memberi tanggungjawab pengurusan tanah negeri kepada saudara Husam. Mengikut rekod sejarah kelantan. Proses pertukaran status tanah di zaman TGNA dan Saudara Husam adalah tertinggi dalam sejarah Kelantan.

Justeru, pendapatan dari premium tanah meningkatkan pendapatan negeri di samping pengurusan berjimat TGNA. Ladang rakyat pula adalah cara Husam mengurangkan beban orang miskin. Saya adalah insan yang sangat kecewa ketika beliau disisih dan dipecat dari PAS kerana kunci pembangunan Kelantan banyak datang dari buah fikiran beliau. Lihatlah Kelantan selepas beliau dipecat. Sedih.

Kaedah husam dalam ladang rakyat adalah membuka kawasan balak untuk premium tanah dan ditanamkan kawasan balak tersebut dengan ladang sawit dan getah yang keuntungannya dikongsi di antara syarikat swasta dan kerajaan negeri. Keuntungan kerajaan negeri diberikan kepada rakyat miskin melalui pelbagai dasar untuk rakyat.

Sebenarnya, saya tak nampak kerajaan PAS dapat membangunkan ketiga negeri tersebut sebab best brain dalam PAS dulu semuanya berada di dalam Amanah dan PKR. Serta Exco Kedah yang banyak membantu Ustaz Azizan dan bijak melaksanakan tugas mereka pun semuanya berada dalam Amanah. Yang tinggal dan masih jadi exco adalah individu yang tak perform dan hanya pandai menghabiskan duit negeri.

Disertakan dua contoh cukai tanah di Selangor. Satu berstatus tanah pertanian dan satu berstatus tanah kediaman. Bayangkan jika kedua tanah ini berjaya dijadikan tanah lot banglo. Maka, banyak lagi pendapatan kepada pejabat majlis daerah melalui cukai pintu jumlah pekerjaan yang boleh diwujudkan jika majlis daerah berjaya meningkatkan pendapatan mereka.

Adakah anda yakin orang PAS dan kerajaan PAS boleh melakukan? Jawapan saya “tidak” kerana pengalaman saya dalam melihat politik PAS, mereka rajin menyimpan tapi yang pandai berbelanja adalah Pemimpin di atas. Cuba tengok tabung pilihanraya mereka. Sapa yang simpan dan siapa yang pakai.

Claire Brown dedah cerita sebenar saman Hadi, tak malukah Duta Khas ini?

1 HADI KHADAM MCA

1 BINATANG PELIHARAAN MCA

1 PARTI SYAITAN

1 AZMIN SYAITAN

1 AKHLAK KEJI ORANG PAS

Ekoran temubual Iswardy Morni dengan Claire Rewcastle Brown malam tadi, aku macam nak menulis panjang sebagai ulasan, tapi aku rasa ramai yang turut menonton dan faham keseluruhan cerita – jadi aku istirehat dan biar masing-masing mengulas secara sendiri.

Selama ini kita cuma membaca dari media UK dan di Malaysia sahaja mengenai perjalanan dan kronologi kes, tapi malam tadi tuan tubuh sendiri bercerita secara live.

Menonton penerangan 1st hand dari orang yang terlibat disaman oleh Hj Hadi (dalam kes Hadi Awang VS Claire Rewcastle Brown), dan kenapa Hj Hadi minta selesaikan di luar mahkamah dengan bayaran sebanyak RM1.4 juta kepada Claire membuat aku terfikir-fikir..

Tak malukah jadi Haji penipu di Malaysia sedangkan di UK kau terpaksa bayar kos guaman sebanyak £2.5juta (hampir 14 juta ringgit) – orang kata pay for nothing, tambahan bayar lagi denda tarik saman 1.4 juta kepada Claire.

Sedangkan di Malaysia duk gelembong dekat penyokong kununnya kau dah menang melawan Claire. Oii malunya alahai.. Tapi muka macam Hadi mana dia reti malu!

Seperti lain-lain walaun yang biasa kita baca kesungguhan mereka melepaskan peluru fitnah, apabila terkantoi selamba je mereka tak ada perasaan malu. Apa lagi tarik kenyataan dan minta maaf!

Claire Brown dedah cerita sebenar saman Hadi, tak malukah Duta Khas ini?

PN dan MCA beri RM58 juta pada sekolah Cina, maruah Melayu tergadai?

1 HADI KHADAM MCA1 ISLAM DALAM BAHAYA

PN dan MCA beri RM58 juta pada sekolah Cina, maruah Melayu tergadai?

PH kasi RM2 juta sekolah swasta Cina,
PN kasi RM58 juta sekolah swasta Cina.

Tahniah Cina Komunis MCA kerana berjaya membiulkan Melayu UMNO PAS.

Di zaman PH terdahulu, satu negara diterbalikkan oleh malaun-malaun Melayu Muslim UMNO PAS apabila RM6 juta disalurkan kepada 3 buah sekolah Cina swasta. Menggadai semangat nasionalisme menggadai maruah kata malaun-malaun tersebut.

Di zaman PN kini, RM58 juta diagih kepada sebuah sekolah Cina swasta. MCA kata keputusan ini menerbalikkan polisi PH. Maksudnya, MCA dengan bangganya mengaku bahawa dulu PH cancel peruntukan peruntukan berpuluh puluh juta kepada sekolah Cina swasta. MCA juga dengan bangganya mengaku bahawa pembatalan PH itu telah diterbalikkan oleh MCA. Kini MCA mendabik dada dan menghebohkan kepada seluruh negara bahawa merekalah yang mengembalikan peruntukan berpuluh-puluh juta kepada sekolah swasta Cina.

SYABAS MCA! Bersenjatakan hanya dua orang YB Cina, MCA Cina telah berjaya membaruakan 100 Melayu

Sumber:

https://web.facebook.com/adrianlimcheeenofficial/posts/552499925448788

PN dan MCA beri RM58 juta pada sekolah Cina, maruah Melayu tergadai?