KERAJAAN PN BAGAIKAN ISTANA PASIR

1 BINATANG PELIHARAAN MCA

KERAJAAN PN BAGAIKAN ISTANA PASIR

Benar seperti kata Fahmi Fadzil pelantikan perdana menteri bukan selepas pilihan raya umum bukan pertama berlaku. Pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai PM ke-8 adalah kali ketiga berlaku dalam hal seperti itu.

Pertama ialah pelantikan Hussein Onn menggantikan Tun Razak yang meninggal dunia tahun 1976, kedua pelantikan Abdullah Ahmad Badawi tahun 2003. Bagaimana pun kedudukan atau pelantikan mereka itu kemudian disahkan dalam parlimen, maksudnya usul telah dibentangkan kemudian diluluskan.

Pengesahan Hussein sebagai PM diluluskan 12 hari kemudian manakala Abdullah disahkan selepas tiga hari.

Muhyiddin juga tidak boleh tidak harus melalui prosedur yang sama. Mungkin semasa sidang parlimen singkat tempoh hari, usul berkenaan tidak dapat dibawa, tetapi usul bagi mengesahkan kedudukanya sebagai PM, seperti mana berlaku ke atas Hussein Onn dan Abdullah Badawi itu perlu dilakukan.

Jika tidak ia akan jadi tempang.

Kecuali parlimen di era “new normal” ini mahu mengubahnya. Jadi dalam ertikata lain jika diambil kira kepada precedent di atas tadi kedukan Muhyiddin hari sebagai PM masih belum sahkan lagi oleh parlimen.

Kedudukannya itu bolehlah disifatkan sebagai dalam keadaan “makruh” begitu juga orang-orang dilantiknya dalam keadaan makruh. Kondisi itulah menyebabkan kerajaan PN yang dibentuk itu bagaikan Istana Pasir yang boleh roboh bila-bila masa sahaja. Trims.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1262018053968938&id=100004822655567

*TSMY n PN ni mau rendahkan martabat Parlimen ke tahap sampah? Woi! Biar reti baser sikit. Negara ini ialah DEMOKRASI BERPARLIMEN & RAJA BERPERLEMBAGAAN. Apa ler ni bodoh lebih pd lembu lagi*

KAMARUL DISARAN TINGGALKAN KERJAYA AKADEMIK, MASUK GELANGGANG POLITIK SECARA BERMARUAH.

1 PAS KHADAM MCA1 UUM SESAT SESAL1 UMNO JUAL TANAH

 

*KAMARUL DISARAN TINGGALKAN KERJAYA AKADEMIK, MASUK GELANGGANG POLITIK SECARA BERMARUAH, BUKAN MENJADI CYBERTROPER DI DADA MEDIA MEROSAKKAN FIKIRAN MASYARAKAT DENGAN SIRI KARYA FITNAHNYA*

1. Tular di laman sosial berkait tindakan seorang pensyarah daripada Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) yang telah membuat kenyataan di akaun Facebook Kamarul Yusoff bertajuk:

*”KETUA WANITA AMANAH YANG HIPOKRIT”* (25 Mei 2020)

2. Kandungan paparan tersebut yang memperlihatkan satu tuduhan yang tidak benar telah diberikan kepada Ketua Wanita Parti Amanah Negara (AMANAH) dengan merujuk kepada video yang telah dipotong sebelum dimuat naik dan mengatakan bahawa :

_”Waktu dalam PAS dahulu, Ketua Wanita AMANAH, Aiman Athirah Al-Jundi, adalah yang terkedepan di dalam mencadangkan tahaluf (kerjasama politik) antara PAS dan UMNO”_ (25 Mei 2020, FB Kamarul Yusoff)

3. Selepas itu, beliau membuat kesimpulan dangkal dengan menyifatkan Ketua Wanita AMANAH bersifat hipokrit dengan mengatakan bahawa :

_”Malangnya setelah meninggalkan PAS dan menyertai AMANAH, bila PAS melaksanakan tahaluf dengan UMNO seperti yang dicadangnya, Aiman Athirah pula terkedepan mengecamnya._

_Inilah hipokritnya pemimpin politik kita sedangkan, jika beliau jujur berpegang dengan konsep Islam dan Melayu pastilah beliau terkedepan membawa AMANAH menyertai PN.”_ (25 Mei 2020, FB Kamarul Yusoff)

4. Melihat kepada paparan yang telah dikeluarkan oleh seorang ahli akademik, beliau telah memberikan satu persepsi yang salah kepada Ketua Wanita AMANAH, YB Senator Hajah Aiman Athirah Sabu dan berniat untuk menjatuhkan imej beliau selaku seorang Pemimpin dan Ahli Dewan Negara.

5. Sebagai seorang ahli akademik yang memiliki disiplin dan etika profesional seharusnya beliau memberikan kenyataan yang bersifat akademik hasil daripada kajian-kajian atau bacaan umum yang tidak bersifat kepentingan peribadi. Bukan bertindak seperti seorang ‘cybertrooper’ dan ‘walaun’ yang memuat naik video yang telah dipotong, tidak tahu hujung pangkal persoalan, dan seterusnya membuat kenyataan provokasi kepada individu dan pihak yang tidak sehaluan dengannya.

6. Amat malang kepada masyarakat dan negara sekiranya ahli akademik yang sepatutnya memberikan penumpuan dan nilai tambah dalam mencorakkan pemikiran masyarakat, akhirnya terjebak dengan tindakan yang boleh membawa kepada perpecahan dan kekeliruan dalam minda masyarakat. Seharusnya ahli akademik lebih vokal dalam memberikan wacana dan idea-idea baru kepada kerajaan dan masyarakat dalam bersama-sama membina pemikiran masyarakat dan negara yang lebih maju.

7. Dalam suasana pandemik COVID-19 yang secara jelas dan menyeluruh telah menjejaskan pendidikan anak-anak bangsa terutama yang berada di luar bandar, seharusnya ahli akademik seperti Kamarul tampil dengan inovasi baru yang lebih segar bagi memastikan tidak ada keciciran dalam pendidikan anak-anak bangsa. Bukan sebaliknya sibuk menjaga urusan ahli politik yang sememangnya politik itu adalah kerjaya dan tanggungjawab mereka tanpa terhad waktu kerana itulah tugas hakiki mereka untuk memastikan sesuatu yang terbaik untuk negara dan rakyat.

8. Justeru, saranan saya kepada Dr Kamarul Zaman Yusoff, hentikanlah tindakan tidak beretika dan berdisiplin kamu dalam memberikan kenyataan kepada umum dan fokus kepada tugas sebenar kamu secara lebih beretika. Atau berhenti sahaja daripada menjadi ahli akademik bias yang tidak membawa sebarang nilai tambah kepada sektor pendidikan negara dan sertai kami dalam gelanggang politik yang lebih rata!
*ANIS AFIDA MOHD AZLI*
Pengarah Komunikasi
Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional
Parti Amanah Negara (AMANAH)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1183270042009462&id=194523567550786&sfnsn=mo

Obsesi orang Melayu dengan kayu ni memang satu macam. Cuba fikirkan..

1 PAS KHADAM MCA1 Ikatan Beruk PN1 AKHLAK KEJI ORANG PAS1 KERAJAAN CELARU1 PARLIMEN JADI MUZIUM PN1 MEMALI BERDARAH1 TANGAN PENGKHIANAT1 PARTI SYAITAN

Twitter (https://twitter.com/the_mamu/status/1265245196410740737?s=12)
The Mamu™🇲🇾
Obsesi orang Melayu dengan kayu ni memang satu macam. Cuba fikirkan.. tongkat ali, tongkat waran, tongkat ali, tongkat khutbah, kayu balak, kulit kayu manis, referee kayu. Apa lagi?

Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf

1 UUM SESAT SESAL1 Ikatan Beruk PN1 PAS KHADAM MCA

Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf https://malaysiadateline.com/dakwa-ketua-awan-hipokrit-pensyarah-kanan-uum-mohon-maaf/#.Xs0T8LgYwik.whatsapp

*Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf*

May 26, 2020 8:36 pm

Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini memohon maaf selepas didakwa menyiarkan satu tulisan yang tidak benar terhadap Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional, Aiman Athirah Al Jundi.

Menurut kenyataan tuntutan Aiman petang tadi, Dr Kamarul Zaman Yusoff dikatakan memuatnaik tulisan melabel Aiman dengan ayat ‘Ketua Wanita AMANAH yang hipokrit’.

Malah, Aiman turut memberikan tempoh 48 jam untuk Kamarul memohon maaf secara terbuka dan menarik semula tuduhan terhadap senator Dewan Negara itu.

Walau bagaimanapun tulisan berkenaan telah dipadam dari akaun penganalisis politik terbabit.

Kamarul dalam satu posting di Facebooknya berkata, beliau sedar akan kekhilafannya menafsir ucapan Aiman dalam satu video yang didakwa hanya diambil dari sebahagian ucapan sahaja.

Difahamkan, dalam posting tersebut, Kamarul memuatnaik video rakaman Aiman Athirah menanyakan soalan kepada Presiden Pas mengenai isu tahaluf dalam satu majlis Pas pada awal tahun 2015.

“Keterkhilafan saya adalah kerana menganggap soalan yang ditanyakan oleh Aiman Athirah ini adalah berbentuk cadangan, iaitu supaya diwujudkan tahaluf antara Pas dan Umno.

“Atas keterkhilafan saya ini, saya memohon maaf kepada Aiman Athirah atas apa-apa masalah yang berbangkit daripadanya,” katanya.

Dalam posting permohonan maaf itu juga, Kamarul mendakwa beliau sedikit keliru dengan pendirian politik sebenar Aiman Athirah sewaktu krisis dalaman Pas pada tahun 2015.

Beliau berkata, seingatnya pada peringkat awal, Aiman pernah menafikan terlibat dengan kumpulan penentang Presiden Pas.

“Saya juga sebelum ini memandang agak positif Aiman Athirah kerana beliau pernah dilapor menegaskan di dalam Konvensyen PH pada 12 November 2016 bahawa PH perlu menyediakan dokumen agenda Melayu Islam.

“Saya tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap Aiman Athirah. Malah, jika saya berniat tidak baik pastilah saya tidak akan menyertakan sama video rakaman tersebut.

“Tetapi saya sedikit terkesan dengan posting Aiman Athirah pada hari raya pertama yang berbunyi ‘dosa tebuk atap adalah dosa kepada pengundi yang bagi mandat kepada PH tapi kau lari pi bentuk PN’ dan ‘dosa ini kekal sehingga mereka yang kau khianati itu maafkan kau’,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pakatan Harapan itu mendakwa Kamarul memuatnaik kandungan video yang diambil secara sebahagian dan mengelirukan.

Ulasannya yang disertakan juga dikatakan menyerang beliau terbuka secara tidak tepat dan tidak benar.

“Komen-komen di bawah status berkenaan sangat buruk dan jahat terhadap saya,” kata Aiman lagi.
[26/05 22:18] DatinSriRahmah: Pohon maaf bkn atas keinsafan tp skdr mau lari dari disaman.

Ucapan suntingan yg diambil serta x reti beza antara soalan n cdgn serta x reti beza bahasa sindiran adalah kbodohan yg nyata.

*Komen…… Quran jika dibaca skerat ayat pun bleh mnimbulkan kekeliruan juga spt dlm ayat yg bmksud, “Kecelakaan bagi org yg solat…..” tanpa dihabiskan sambungan ayat tu,mafhumnya, ….yg lalai dlm solatnya.”*

Malaysia Dateline (https://malaysiadateline.com/dakwa-ketua-awan-hipokrit-pensyarah-kanan-uum-mohon-maaf/)
Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf
Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini memohon maaf selepas didakwa menyiarkan satu tulisan yang tidak

BUKTI MELAYU/ISLAM DALAM UMNOPAS MEMBANTU PARTI KOMUNIS.

 

Mohon bantu sebarkan. Versi whatsapp dan FB akan tersedia esok, iA

Twitter (https://twitter.com/LagaCawan/status/1265252398684975104?s=19)
Laga Cawan
Bagaimana Parti Komunis China menyusup masuk ke negara kita? Siapa talibarut yang membantu mereka? Siapa orang-orang melayu dari parti UMNO dan PAS yang terlibat? Ikuti [THREAD] berikut untuk jawapan beserta bukti

YANG KALAH SAMAN BALAK RM1 BILION KERAJAAN PAS TERENGGANU TAPI KEDAH JUGA TERPALIK ?

1 HUKUM ALLAH SATU PERMAINAN.1 MUAFAKAT NASIONAL.1 Ikatan Beruk PN1 PAS KHADAM MCA

YANG KALAH SAMAN BALAK RM1 BILION KERAJAAN PAS TERENGGANU

Tetapi….

KERAJAAN PAS KEDAH PULA KECOH DENGAN SAMAN BALAK RM1 BILION YANG TAK UJUD 😁😁😁

Rakus sungguh lebai² ni….

Kerajaan PAS yang baharu beberapa hari membentuk kerajaan di Kedah hendak membuka semula konsesi balak konon untuk mengelak bayaran saman berjumlah RM1 bilion.

Sedangkan saman tersebut tidak ujud pun ❗️

Kedah sedia pertimbang buka kembali konsesi balak – MB

Sebaliknya yang kena saman, kalah saman di mahkamah dan kena bayar RM1 bilion ialah Kerajaan Pas Terengganu di bawah pimpinan Hj Hadi Awang sebagai menteri besar pada penggal 1999-2004.

Pas berjanji bayar saman tersebut sekiranya mereka menang pada PRU13.

Mereka sudah menang pada PRU14. Sudah bayar kah belum? Janji mesti ditepati. 😁

https://www.sinarharian.com.my/mobile/politik/mahu-penjelasan-isu-saman-rm1b-1.775847

http://dppwm.blogspot.com/2010/12/syarikat-menang-saman-rm1-billion.html?m=1

PAS MEROMPAK BALAK KEDAH ?

1 BALAK KEDAH 11 BALAK KEDAH 21 BALAK KEDAH 31 BALAK KEDAH 41 BALAK KEDAH 51 Ikatan Beruk PN

BILA PEMILIK KONSENSI BALAK
TUNTUTAN SAMAN RM 1 BILLION?

Saya terpanggil untuk turut mempersoalkan kenyataan yang telah di buat oleh YAB Menteri Besar Kedah Tuan Hj Sanusi Mohamad Nor berhubung kenyataan beliau yang sedang mempertimbangkan:

“Penebangan balak bagi membayar tuntutan saman hampir RM1 bilion yang dikemukakan syarikat pembalakan sebelum ini”.

PERSOLANNYA:

1. Bilakah wujudnya tuntutan saman RM1Billion tersebut daripada syarikat pembalakan sebelum ini?

2. Sepanjang penglibatan saya selama 24 bulan(2tahun) sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah tidak pernah jumlah sebanyak itu dibincangkan di dalam mesyuarat.

3. Apa yang pernah di bincangkan ialah mantan Menteri Besar Datuk Seri Utama Mukhriz(DSUM) sering mempertegaskan, pembalakan di Kedah akan hanya merosakan ekosistem negeri akibat penebangan hutan yang berleluasa.

3. Pelik bin ajaib apabila era pemerintah Pakatan Harapan(PH) yang baru berakhir tidak sampai 2 minggu secara tiba-tiba telah muncul kewujudan jumlah tuntutan sebanyak itu.

4. Sebagaimana pesanan dari mantan YAB Menteri Besar(MB) Kedah DSUM dalam ucapan ketika melepaskan jawatan telah memaklumkan agar tidak di buka kembali kawasan pembalakan di Kedah.

Ini menunjukkan sepanjang pemerintahan beliau selaku zaman pemerintahan PH selama 2 tahun tidak ada kawasan pembalakan di Kedah yang pernah di buka.

5. Saya bagi seluruh pihak rakyat Kedah merayu agar apa jua yang berlaku, kawasan pembalakan di negeri Kedah tidak akan di buka untuk sebarang apa jua tujuan supaya ekosistem alam sekitar Negeri Kedah tidak akan terjejas.

6. Mohon pihak pemerintah Pakatan Nasional(PN) memikirkan jalan yang terbaik buat rakyat Kedah selain dari mencari dana dengan mengambil pendekatan mudah dengan cara penebangan balak.

Sekian. Terimakasih.

Asmirul Anuar Aris
Rakyat Kedah

‘Biar Jasa Jadi Kenangan’

 

AL KISAH JAN 2018
( bukan aku yg ckp,org yg dlm gambar ni ckp 🤣)

“Siapa yang dimaksudkan ada kepentingan dalam konsesi balak di Compartment 40 Rimba Teloi tapi berpura-pura membela penduduk…?”, soal Sanusi berikutan pendedahan terbaru ADUN Jeneri.

………………………………………………

Kedah Selatan (Baling & Kulim), Kedah Utara (Padang Terap & Kubang Pasu), Kedah Tengah (Kuala Muda & Sik) akan terang benderang. Bukit bukau akan gondol, aliran air akan kering, habitat haiwan akan terancam, flora dan fauna akan musnah. Alam sekitar untuk masa depan sedang dijual untuk wang segera pemerintah yang tamak.

Beribu-ribu hektar hutan akan ditebang habis (gondol) menjelang PRU14. Menteri Besar Kedah Incorporated (MBI) sedang bermaharajalela. Hutan asli kini sedang ditukar dengan duit ringgit dan sen bernilai jutaan ringgit.

Tidak cukup lagi 1000 hektar Hutan Simpan Bukit Enggang digondolkan, 1000 hektar kompartmen 40 Rimba Teloi sedang menunggu hari, beribu-ribu hektar hutan lagi akan disapu licin.

Lesen tebangan sedang diproses. Surat kelulusan kawasan sudah lama keluar… Kerja gila ini takkan diumumkan, dalam senyap, khazanah negeri sedang dikaut.

Hentikan semua ini… Tamatkan pemerintahan UMNO- BN dalam PRU-14 nanti.