PAS BERJAYA MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM

1 PARTI SYAITAN

1 PERISTIWA MEMALI BERDARAH

1 AZMIN SYAITAN1 MEMALI BERDARAH

_*A Kadir Jasin*_

1. Pas yang kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah dalam PRU 2018 kembali berkuasa di negeri itu dengan izin dan ihsan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.

2. Maka dengan itu hilanglah sebuah lagi negeri yang diterajui oleh Menteri Besar dari Bersatu. Negeri pertama yang menyingkirkan MB Bersatu adalah Johor, negeri Muhyiddin sendiri.

3. Dengan penyingkiran Mukhriz Mahathir di Kedah itu maka makin jelaslah bahawa Muhyiddin telah memungkiri janji kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu untuk menjadikan Bersatu parti induk Perikatan Nasional (PN).

4. Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin berjanji, “…keluar daripada PH dan berpindah kepada campuran tetapi masih dalam kerajaan…dipimpin oleh Bersatu.”

5. Kalau ketika pemerintahan PH, Menteri Besar dan Exco Bersatu dihormati dan berpengaruh, hari ini mereka tidak lebih daripada melukut di tepi gantang dibuli oleh Umno. Tengok sajalah apa yang berlaku di Perak dan Melaka. Perwakilan Bersatu hanyalah untuk ambil syarat saja.

6. Selepas dua bulan setengah menumbangkan kerajaan PH melalui proses yang tidak demokratik, apa tinggal daripada Bersatu hanyalah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

7. Yang berkuasa dan menentukan agenda serta naratif kerajaan dan mengusai saluran komunikasi adalah panglima-panglima perang Umno dengan sekutu mereka dalam Muafakat Nasional iaitu Pas.

8. Kesimpulannya, manakala Muhyiddin berjaya memenuhi cita-cita terpendamnya untuk menjadi Perdana Menteri, Mohamed Azmin Ali berjaya menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri dan Hamzah Zainuddin berjaya menjadi “kingmaker”, Bersatu menjadi pemain biola nombor tiga dalam kerajaan PN yang tidak pun diiktiraf oleh Umno dan Pas.

Wallahuaklam. Terima kasih.

_#StayatHome_
_#KitamestiMenang_
_#TolakPengkhianat_
_#PHBangkit_

Kenapa orang Melayu dikatakan 70% bodoh?

1 KITA BUKAN HAIWAN

1 PARTI SYAITAN1 AZMIN SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT1 PENCURI1 RIZEB MELAYU

 

Kenapa orang Melayu dikatakan 70% bodoh dan mempunyai daya pemikiran yang sangat lemah dan tidak menggunakan akal yang diberikan Allah untuk berfikir?

1. Penyokong PH hanya lah 30% daripada jumlah pengundi Melayu yang mengundi dan merupakan golongan Melayu yang bijak pandai di Malaysia ini.

2. Berbanding dengan 70% dari bangsa Melayu yang tidak boleh berfikir ini merupakan mereka yang selesa ditipu oleh parti politik pujaan mereka di PN.

3. Mereka berjaya dimomokkan dengan cerita aneh makcik Kiah yang didendangkan oleh pm Malaysia ke 8, Muhyidin Yassin tentang bantuan rakyat yang akan diberikan kepada mereka dan kemudian mereka sedari ternyata akhirnya mereka telah ditipu dari banyak perkara.

4. Moratorium merupakan tipu daya yang jelas yang janji kan oleh Menteri kewangan Zafirul yang telah menipu rakyat dengan membuat u-turn beberapa kali mengenai faedah yang tidak dikenakan kepada mereka sepanjang tempoh moratorium ini. https://www-amalan-com.cdn.ampproject.org/v/s/www.amalan.com/my/blog/covid-19-bantuan-kewangan-untuk-rakyat-malaysia-akibat-perintah-kawalan-pergerakan?amp_js_v=a3&amp_gsa=1&hs_amp=true&usqp=mq331AQFKAGwASA%3D#aoh=15895791104748&referrer=https%3A%2F%2Fwww.google.com&amp_tf=From%20%251%24s&ampshare=https%3A%2F%2Fwww.amalan.com%2Fmy%2Fblog%2Fcovid-19-bantuan-kewangan-untuk-rakyat-malaysia-akibat-perintah-kawalan-pergerakan

5. Bantuan kewangan yang dijanjikan oleh muhyiddin juga telah berjaya di tipu oleh pm dengan cerita dongeng makcik Kiah.

6. Asalnya mereka dijanjikan untuk diberikan bantuan ini untuk seluruh rakyat Malaysia dan akhirnya telah dibuat u-turn bahawa mereka yang mempunyai perniagaan dan berdaftar dengan SSM tidak akan diberikan bantuan mak cik Kiah.

7. Tidak cukup dengan itu, bukan semua mereka yang layak menerima bantuan seperti yang dijanjikan.

8. Bantuan RM500 pemandu grab juga hanya diberikan untuk batch yang pertama dan bakinya yang ternyata berada di Sabah dan Sarawak dan segelintir di Semenanjung telah ditipu oleh kerajaan Melayu Isle pimpinan PN ini.

9. Disebabkan kecewa dan merasa malu kerana ditipu oleh pm Malaysia ke 8, mereka telah menghina bantuan RM30 yang diberikan oleh kerajaan PH dalam bentuk e-wallet.

10. Biar lah sedikit tetapi dapat daripada banyak tetapi tidak diberikan kepada mereka.

11. Semoga 70% Melayu yang tidak bijak ini bersyukur dengan bantuan e-wallet RM30 yang telah diberikan kepada mereka dan tidak menutup aib mereka dengan menyalahkan PH disebabkan daya fikiran mereka yang lemah ini. C&P.

Segerakan Undang-Undang Mengikat Integriti Wakil Rakyat

1 AZMIN SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT1 PARTI SYAITAN

 

Selagi mana Malaysia tidak ada akta berkaitan mengikat intergriti YB daripada dijual beli & khianat mandat rakyat , maka selamanya Malaysia akan dihidang dengan politik cacamerba .

Sejak 1961 isu ini tidak pernah selesai.

1961 – Kerajaan Pas Terengganu dikhianati
1977 – Kerajaan Pas Kelantan dikhianati
1985 – Kerajaan PBS Sabah diberi tekanan
1994 – Kerajaan PBS Sabah dikhianati
2008 – Kerajaan PR Perak Dikhianati
2020 – Kerajaan PH Pusat dikhianati , Kerajaan PH Melaka , Johor , Perak Kedah dikhianati

semua pengkhianatan ini bukan berdiri atas asas kukuh samada rasuah , rompak atau curi duit rakyat. Tapi hanya kerana nafsu sarakah , bergaduh sesama parti dan hilang jati diri . Dan inilah corak kepimpinan yang dilakar oleh orang tua hari ini untuk diceritakan kepada anak cucu kelak. Mereka diberi amanahb, kemudian mereka khianat tanpa rasa berdosa. Malah ada yang juak berkata ” padan muka sifulan , kami lompat tinggai dia..” tanpa sedikit rasa bersalah terhadap rakyat yang memberi kepercayaan. Apabila dipersoal , pandai mereka menyorok dibelakang singgahsana Tuanku .

” Ampun Tuanku beribu ampun , Sembah derhaka patik atas keputusan tuanku sekalian menghalalkan terus menerus kerja jahat politikus murahan ini..”

Sekali lagi , Rakyat harus mendesak agar digubal satu akta agar Wakil Rakyat yang dipilih tidak memainkan pilihan dan kepercayaan mejoriti rakyat. Mohon dicadang satu peraturan agar kerusi wakil rakyat itu harus berdiri atas satu parti yang kukuh , barulah SPR membenarkan parti itu bertanding . Jika wakil itu khianat atau mati , kerusi itu kekal milik parti dan boleh diganti oleh individu berkelayakan yang lain . Ini lebih wajar dan waras bagi mengekang kegilaan ahli politik dulu dan kini.

ABDULLAH SUADY RAMADHAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=581739532546693&id=133802037340447

https://mobile.facebook.com/story.php?story_fbid=581739532546693&id=133802037340447&_rdc=1&_rdr

Ahli Politik malaysia kebanyakannya cukup miskin jati dirinya

1 KABINET SIKATAK1 AZMIN SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT1 JANGAN PERCAYA UMNO

Ahli Politik malaysia ni kebanyakan rata2 cukup miskin jati dirinya. Sanggup membuat khianat kerana demi mencapai impian pribadinya.

Dengan jual nama rakyat utk dapat menghalalkan perbuatannya.

Dunia yg kita diami sebenarnya sudah terlalu tua maka itu nabi sebut zaman akhir nanti ramainya golongan khianat dan khawarij akan muncul di celah2 ummat manusia.

MAKNA KHIANAT
Khianat adalah lawan dari amanah. Kalau amanah berarti melaksanakan kewajiban yang sudah disanggupi, maka khianat adalah kebalikannya. Yaitu: berlaku curang atau mengurangi, atau membatalkan kewajiban.

Al-Munawi rahimahullah berkata, “Khianat adalah menyia-nyiakan amanah. Ada yang mengatakan, khianat adalah menyelisihi kebenaran dengan membatalkan perjanjian secara rahasia.” [At-Tauqîf, hlm. 162]

JIKA MUHYIDDIN YAKIN PUNYAI SOKONGAN KUAT DI PARLIMEN, MENGAPA BERDOLAK DALIK TAKUT BERHADAPAN DENGAN UNDI TAK PERCAYA ?

1 TANGAN PENGKHIANAT1 AZMIN SYAITAN

Saturday, May 16, 2020
Fb A Kadir Jasin

1. Kepada rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu yang celik, mahu belajar dan tidak rela ditipu, saya merayu tolonglah membaca, mengkaji dan berfikir HB.

2. Cuba dalami pertelingkahan di antara bekas Peguam Negara, Tommy Thomas, dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki, mengenai kes pengubahan wang haram Riza Shahriz Abdul Aziz.

3. Thomas kata tidak ada “deal” (persetujuan) dengan tertuduh tapi Azam kata ada.

4. Pertuduhan kata, Riza membuat pengubahan wang haram sebanyak AS$248 juta atau bersamaan RM1.25 bilion.

5. Tapi dia hanya setuju bagi balik kepada kerajaan AS$107 million (RM465.3 juta) sahaja.

6. Kerana itu dia dilepaskan daripada tuduhan tanpa dibebaskan.

7. Masuk akal atau tidak?

8. Cuba fikir. Daripada filem “Wolf of the Wall Street” saja, Riza dan kompani dia di Amerika buat kutipan “box office” AS$392 juta (RM1.7 bilion). Belanja mereka buat filem itu hanya AS$100 juta (RM435 juta). Maksudnya mereka buat lebihan/keuntungan sebanyak AS$292 juta (RM1.27 billion).

9. Itu tidak masuk harta dia yang lain yang disyaki dibeli dengan duit curi 1MDB.

10. Jadi nampak macam tak berapa masuk akal dia dilepaskan daripada pertuduhan dengan hanya membayar balik AS$107 juta atau RM465.3 juta.

Wallahuaklam.Terima kasih.

 

APA YANG NAK DITAKUTKAN?

Tamrin Tun Ghafar

Jumaat – 15/05/2020
( 1 – 25 )
1. 6 hari lepas iaitu pada 9hb Mei 2020 genap 2 tahun Pakatan Harapan atau PH mengingati HARI KEMENANGAN RAKYAT.

2. Tarikh itu 2 tahun yang lepas, buat pertama kali dalam sejarah negara rakyat telah menggunakan kuasa mereka menukar Kerajaan UMNO / BN sejak Merdeka 61 tahun dahulu.

3. Kebencian rakyat terhadap Kerajaan UMNO / BN yang diseliputi najis rasuah dan kezaliman tidak boleh dikawal lagi, justeru rakyat MENOLAK mereka.

4. Polis di bawah Khalid Bakar yang diberi gelaran Mr. Twitter ketika itu bagaikan ROBOT, bertindak keras termasuk menangkap dan mendakwa sesiapa saja yang lantang menentang pemimpin – pemimpin yang terang – terang MEROMPAK harta negara/ rakyat.

5. Ramai Pegawai Tinggi Kerajaan seperti Peguam Negara sama ada dipecat atau ditukarkan ke Jabatan lain.

6. Selain Tun Mahathir yang DIHALANG meneruskan ucapan di Majlis ‘Nothing To Hide’ , polis juga pernah merakam kenyataan Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang ketika itu sudah pun berusia 92 tahun kerana menghadiri Perhimpunan Wanita di Kuala Lumpur membantah kenaikan harga barang dan lain – lain lagi.

7. Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO dibuang begitu saja seperti sampah oleh Najib dan Majlis Tertinggi UMNO kerana MENDEDAHKAN cerita sebenar 1MDB; begitu juga nasib yang sama yang menimpa Shafie Apdal yang pada masa itu Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

8. Saya sendiri bersama rakan – rakan lain seperti Tian Chua, Hishamuddin Rais, Adam Adli dan Peguam Haris Ibrahim dicampakan ke dalam lokap Balai Polis Jinjang kerana tak puas hati dengan keputusan Pilihanraya.

9. Peristiwa RAMPASAN KUASA yang dilakukan oleh Muhyiddin dan Azmin terhadap Tun pada 23hb Februari 2020 mengingatkan kembali peristiwa yang berlaku di Italy di zaman The Roman Empayar kira – kira 1000 tahun dahulu di mana Brutus dan rakan – rakan MENIKAM Julius Caesar sampai mati.

10. “Et Tu Brute ?” atau Kau Juga Brutus ?” – apakah soalan sama Tun terhadap Azmin yang dianggap sebagai ANAK EMAS beliau sehingga SANGGUP BERSUBAHAT MENIKAM DARI BELAKANG?

11. Jika dikaji, rampasan kuasa itu tidak berlaku dalam sekelip mata, sebenarnya TELAH DIRANCANG lebih awal lagi dengan cermat dan teliti yang melibatkan UMNO dan PAS – masakan Tun pernah menyatakan beliau berbangga mempunyai sokongan hampir keseluruhan Ahli – Ahli Parlimen.

12. Bagi mengelak diri dari dituduh, Muhyiddin, Azmin dan seorang dua lagi dari tuduhan MENIKAM TUN DARI BELAKANG mereka telah menggunakan ‘orang tertentu’ sebagai ‘pendinding atau alibi’ seolah – olah orang inilah yang bertanggungjawab ‘menjatuhkan’ seorang Perdana Menteri yang mempunyai pengelaman amat luas.

13. Sejak tertularnya rakaman suara siri 1 dan 2 mesyuarat MPT BERSATU yang berlangsung pada 23 dan 24hb Februari 2020 barulah RAKYAT SEDAR siapakah SEBENARNYA yang BERBOHONG – Tun atau Muhyiddin?

14. Sejak Mengangkat Sumpah Jawatan Perdana Menteri pada 1hb Mac 2020 sehingga sekarang sebahagian rakyat masih percaya cakap – cakap KONONNYA Muhyiddin TIDAK BERMINAT Jawatan Perdana Menteri.

15. Ramai juga yang bertanya :

i. Jika tidak berminat mengapa SANGGUP membawa BERSATU keluar dari Pakatan Harapan atau PH dan bergabung dengan UMNO dan PAS yang telah ditolak rakyat dalam Pilihanraya dahulu?

ii. Jika benar tidak berminat mengapa tidak bawa kembali BERSATU ke PH dan serahkan Jawatan Perdana Menteri tersebut pada yang berhak, Tun?

iii. Bagi MENENTUKAN kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri TIDAK TERGUGAT, seramai hampir 80 Ahli Parlimen dilantik sebagai Menteri dan Timbalan, ini selain dari melantik Ahli – Ahli Parlimen dan beberapa Ketua Bahagian UMNO dan Parti – Parti yang menyokongnya sebagai Pengurusi GLC.

NOTA :
a ) Amerika Syarikat yang maju dengan jumlah penduduk lebih 300 juta orang HANYA mempunyai 18 orang Menteri sahaja.

b ) China dan India yang maju dan masing – masing mempunyai seramai lebih 1.2 Billion rakyat HANYA diwakili tak lebih 40 orang Menteri sahaja.

c ) Jiran kita Indonesia hanya mempunyai tak lebih 30 Menteri yang memberi khidmat kepada hampir 300 juta rakyat yang tinggal merata 7000 pulau negara tersebut.

16. Pada mulanya Sidang Parlimen yang sepatutnya diadakan pada pertengahan bulan Mac telah ditangguhkan ke 18hb Mei ini atas alasan memberi ruang kepada Menteri – Menteri baru terutama Menteri yang kurang cerdik dari Parti Lebai menyiapkan diri.

17. Atas desakan Ahli – Ahli ‘Pembangkang’ yang sebenarnya ‘Kerajaan’ , Speaker telah bersetuju membenarkan usul melanjutkan hari PERDEBATAN daripada hanya 1 hari ke 8 hari.

18. Atas SEBAB – SEBAB PENTING UNTUK RAKYAT dan PERLU DIBAHASKAN maka Usul Undi Tak Percaya Ahli Parlimen Langkawi , Tun Dr. Mahathir terhadap Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri juga diterima untuk dimasukkan dalam aturun peraturan Mesyuarat Parlimen.

19. Difahamkan Menteri Undang – Undang yang juga bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen TELAH memaklumkan kepada wakil PH Agenda Mesyuarat Sidang Parlimen 18 Mei ini.

20. Tiba – tiba tanpa ambil kira penerangan Menteri Undang – Undang kepada wakil PH, ATAS ARAHAN PERDANA MENTERI, Speaker TERPAKSA menghadkan masa Sidang Parlimen ini HANYA bagi mendengar Titah Yang DiPertuan Agong sahaja TANPA sebarang perbahasan sehinggalah bulan Julai akan datang.

21. Memandangkan berkemungkinan alasan wabak COVID 19 ini boleh menjangkiti mana – mana Ahli Parlimen dan mungkin terkena pada YDP Agong sendiri, maka YDP Agong boleh mengeluarkan Perintah atau Arahan agar Perasmian Sidang Parlimen pada Isnin 18hb Mei ini diadakan secara ‘LIVE’ – YDP Agong jika perlu mengenakan Pakaian Rasmi yang lengkap dan bertitah dari Istana Negara.

22. Adalah AMAT ANEH Agong dan 222 Ahli Parlimen TERMASUK Speaker dan pegawai – pegawai Parlimen yang bertugas TERPAKSA memakai ‘face mask’ semasa berucap dan hadir nanti.

23. Difahamlan hampir semua Ahli Parlimen termasuk dari Sabah dan Serawak sudah berada di Kuala Lumpur lebih awal dari 18hb Mei ini.

24. Bayangkan jumlah kos termasuk tiket kapalterbang, hotel, makan minum dan elaun hadir mesyuarat bagi 222 orang Ahli Parlimen yang mesti hadir lebih awal begitu besar sedangkan rakyat TERPAKSA menunggu ehsan bantuan Kerajaan.

25. Persoalannya JIKA MUHYIDDIN YAKIN PUNYAI SOKONGAN KUAT DI PARLIMEN, MENGAPA BERDOLAK DALIK TAKUT BERHADAPAN DENGAN UNDI TAK PERCAYA ?

Wassalam
Terima Kasih.

BUKTI UMNOPAS MENGGADAI TANAH REZAB MELAYU

1 RIZEB MELAYU1 KITA BUKAN HAIWAN1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 CINA CURI TANAH M,SIA1 CINA CURI HARTA TANAH MELAYU1 CINA CURI SENYAP21 MCA KHADAM

Kersna inilah saya marshkan UMNO. Penjusl maruah bangsa dan agama. Siapa penjual IC kpd pendatang asing. Siapa yg bawa masuk PATI( izin pintu belakang). Diapa memamah tanah rezab melayu. Siapa yg menganugerahkan tanah hutan kpd bangsa lain, hinggakan pemilikan tanah mereka jauh melebihi kita. Geran dan insentif petniagaan jgn dikira lagi. C&P.