PAS BACUL ?

1 KITA BUKAN HAIWAN1 NILAI MELAYU1 KEJI 6 JAHANAM1 PARLIMEN MENJADI MUZIUM1 BAJU ISLAM SBENAR

PAS PERLU FAHAM ERTI BACUL

1. Semalam Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad, telah menuduh Tun Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) bacul kerana bekerjasama dengan DAP.

2. Banyak ironis atas tuduhan tersebut dua hari sebelum Parlimen pertama di bawah Perikatan Nasional (PN) dipanggil tanpa persidangan perbahasan diadakan.

3. Kalau sekadar memanggil pertemuan, supaya Parlimen tidak terbubar, tanpa perbahasan dibenarkan bukankah itu suatu tindakan bacul yang memalukan parti-parti komponen PN termasuk parti Pas sendiri di mata negara-negara antarabangsa?

4. Bukankah cara tertubuhnya Kerajaan PN melalui pintu belakang juga satu tindakan tidak bermaruah dan bacul kerana mereka tidak bersedia memerintah dengan restu rakyat melalui pilihan raya umum terbuka.

5. Kerajaan PN ditubuh melalui pintu belakang yang menunjukkan kebaculan mereka tidak bersedia mendapat mandat rakyat melalui pintu depan biasa melalui pilihan raya. Pas juga menyatakan masuk melaui tebuk atap rumah pun diizinkan tanpa melalui pintu hadapan dengan tidak memberi salam. Ini tidak mengikut ajaran Islam dan adat Melayu.

6. Ini adalah sikap bacul yang memalukan semua parti komponen PN.

7. Apabila MCA menemplak PN kerana mengelar PN Kerajaan Melayu Islam, Pas dan Umno hanya membisu.

8. Pas dan Umno yang mempunyai 56 orang MP di Parlimen berbanding dengan MCA yang mempunyai hanya 2 MP, tetapi mereka terlalu bacul untuk berhujah kembali dengan rakan minoriti MCA walaupun mereka mempunyai majoriti besar.

9. Dalam PH kami boleh berhujah secara demokratik dengan rakan-rakan lain tidak mengira bangsa, agama dan status. Tetapi dalam PN bilangan yang begitu besar MP dari Pas dan Umno tidak berarti kalau sikap bacul mereka seperti di atas diteruskan.

10. Siapakah Pas untuk menuduh Tun Mahathir bacul? Tun Mahathir telah berhujah dengan lantang dan berani di pentas dunia antarabangsa puluhan tahun berhadapan dengan kuasa besar dunia Amerika Syarikat, China dan Israel.

11. Rakyat di negara Arab dan Afrika serta dunia ketiga menyanjung tinggi keberanian Tun Mahathir bersuara bagi golongan tertindas dunia.

12. Sejak menjadi Kerajaan dan menteri ehwal Parlimen juga dari Pas, Pas yang dahulunya mendesak untuk kelulussn RUU 355 dan hukum hudud terus membisu dalam isu ini. Apabila kilang arak dibenarkan beroperasi semasa PKP, tiada ulama Pas yang membantah isu tersebut

13. Sekarang ini Pas kelihatan jaguh di kampung dan di luar bandar. Tetapi kalau berhadapan dengan 2 orang wakil MCA pun tidak berani dan mampu bersuara bukankah itu bacul namanya?

14. Janganlah hendak menidakkan pihak lain yang terbukti jauh lagi berani serta berjaya dihormati di persada antarabangsa selama puluhan tahun lamanya.

15. Rumusanya, tindakan PN tidak membenarkan apa-apa perbahasan langsung di Parlimen pada 18 Mei 2020 adalah tindakan yang teramat bacul.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
16 Mei 2020

Pas perlu faham erti bacul

Malaysia Dateline (https://malaysiadateline.com/pas-perlu-faham-erti-bacul/)
Pas perlu faham erti bacul
Semalam Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad, telah menuduh Tun Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) bacul kerana bekerjasama dengan DAP. Banyak ironis atas tuduhan tersebut dua

18 MEI 2020 PROGRAM BACAAN YASIN PERDANA UNTUK JAWATAN PM MUHYSIDDIN YASIN ?

1 TSMY JAHAT1 PARLIMEN MENJADI MUZIUM1 PN GAJI MENTERI1 BAJU ISLAM SBENAR

MAHYUDDIN YASSIN PM KERAJAAN MINORITI BUKAN MAJORITI

1. Esok, Isnin 18 haribulan Mei 2020 adalah satu tarikh yang penting. Majlis Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan dilakukan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

2. Parlimen adalah simbol demokrasi berfungsi di Malaysia, sebuah negara demokratik, bebas, berdaulat yang menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan.

3. Menjelang sidang Parlimen esok, persoalan yang masih menunggu jawapan ialah : Bilakah Undi Tidak Percaya terhadap Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan dibentangkan di Parlimen?

4. Selagi Perdana Menteri Muhyiddin Yassin belum lepas dan belum lulus ujian Undi Tidak Percaya yang telah dikemukakan ke Dewan Rakyat dan diterima oleh Speaker, maka status Muhyiddin masih kekal sebagai Perdana Menteri kerajaan minoriti.Kabinetnya ialah kabinet kerajaan minoriti.

5. Sebuah kerajaan minoriti hanya bersifat sementara keabsahannya (legitimacy).Muhyiddin mesti dalam masa yang segera pada peluang yang ada membuktikan beliau mempunyai cukup ahli parlimen menyokongnya untuk menunjukkan bahawa kerajaannya adalah sebuah kerajaan majoriti, hatta dengan majoriti yang mudah seramai 112 orang sahaja.

6. Muhyiddin Yassin dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 berdasarkan peruntukan Perkara 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan iaitu ‘’Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu;’’

7.Ukuran standard yang diguna pakai dalam Perkara 43 (2)(a) itu ialah ukuran subjektif bukannya objektif. Perkataan di dalam peruntukan Perlembagaan itu ialah ‘’ pada hematnya mungkin..’’

8.Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri kerajaan minoriti mesti melalui satu ujian objektif iaitu menghadapi dengan seberapa segera usul Undi Tidak Percaya yang telah dibawa oleh Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad, di mana usul tersebut telah diterima oleh Parlimen sebagai satu usul Dewan Rakyat.

9. Bolehkah Muhyiddin Yassin bersandar keabsahan (legitimacy) kerajaannya hanya kepada alasan bahawa beliau telah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 43(2)(a)? Dengan rendah hati, penuh hormat dan beradab jawapan saya ialah: Tidak boleh.

10. Mengapa tidak boleh? Jawapan kepada soalan ini adalah penting. Malaysia ialah sebuah negara demokratik yang mengamalkan dwi-fungsi iaitu Sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Malaysia tidak mengamalkan Sistem Raja Mutlak (absolute monarchy).

11.Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan itu merupakan pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap kuasa institusi raja di Malaysia. Tetapi kuasa itu tidaklah lengkap dan tidak mutlak dalam soal perlantikan seorang Perdana Menteri.

12. Mengapa saya berhujah demikian? Kerana dengan jelas Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan hal berkenaan Keanggotaan Dewan Rakyat iaitu: ‘’ Dewan Rakyat hendaklah terdiri daripada dua ratus dua puluh dua orang ahli dipilih.’’ Perkataan kunci di sini ialah perkataan ‘’dipilih’’. Dipilih bermaksud dipilih oleh rakyat di dalam pilihanraya melalui peti undi.

13. Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan itu adalah pengiktirafan Perlembagaan Persekutuan terhadap kuasa rakyat. Demokrasi Berparlimen adalah demokrasi yang lahir dari peti undi dan pilihanraya.Kuasa rakyat yang sebenarnya memilih kerajaan.Kuasa rakyat juga seperti kuasa raja adalah suatu institusi yang diiktiraf oleh undang-undang dan Perlembagaan.

14. Sebagai seorang ahli Parlimen secara ikhlas dan jujur saya menyeru kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya segera menyelesaikan krisis perlembagaan ini yang menyentuh keabsahan kerajaan pimpinannya. Lagi cepat lagi baik supaya krisis perlembagaan ini tidak berleret-leret yang akan merugikan rakyat dan negara.

Sebagai suatu Bangsa Malaysia dan sebuah negara Malaysia yang kita sayangi, maka kita perlu segera bangun dan bergerak ke hadapan.

Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Ahad 17 Mei 2020

HARGA AYAM NAIK 5 KALI GANDA TETAPI PARLIMEN SUDAH JADI MUZIUM NEGARA ?

1 BODOH NO 11 HUKUMAN HUDUD PERTAMA1 PARLIMEN MENJADI MUZIUM

*Harga ayam dah mula naik*

16/May/2020, hmetro.com.my
Adnan Ibrahim

*TINJAUAN di beberapa kedai runcit dan pasar awam di sekitar bandar Kluang, Johor mendapati harga ayam standard mula mengalami kenaikan harga mendadak.*

*Sekilogram ayam standard kini dijual pada harga RM8.20 hingga RM8.50 sekilogram berbanding RM5.50 hingga RM6.80 sekilogram minggu lalu.*

*Seorang peniaga ayam mahu dikenali sebagai Hamdan, 30-an, berkata, dia terpaksa menaikkan harga jualan berikutan harga oleh pembekal terlalu tinggi.*

Katanya, antara alasan yang diberikan pembekal adalah bekalan ayam tidak mencukupi dan ia dapat dilihat apabila ayam yang diterima terlalu kecil berbanding sebelum ini.

“Kami berniaga, jika pembekal beri harga tinggi, kami juga perlu untung sedikit.

“Kami harap perkara dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat ini bagi memastikan harga tidak melambung tinggi apatah ketika menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Di Pasar Awam Kluang ayam standard dijual pada harga RM7.50 sekilogram berbanding sekitar RM5.50 hingga RM6.00 minggu lalu.

Sementara itu, seorang pengguna, Rosnah Ahmad, 42, berkata dia terkejut dengan kenaikan mendadak harga ayam.

Katanya, dia bimbang jika kenaikan harga itu didorongi sifat rakus pihak tertentu untuk keuntungan lebih.

yang lebih dekat.

“Pihak berkuasa perlu bertindak bagi memastikan tiada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga ayam terutama menjelang musim perayaan,” katanya.
Read original
💟ı|ı🔥GAK☆ORG🔥ı|ı ﷽
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10158597168857052&id=211591442051

PBT KELANTAN HALANG PONDOK BURUK DIDEKATI SELEPAS KEHADIRAN USTAZ EBIT LEW – SUBHANALLAH.

1 PBT KN BODOH1 PONDOK BURUK1 BAJU ISLAM SBENAR1 BODOH NO 11 BANGSA BODOH

*Lebai PAS Kelantan Semakin GilaBabi?*

Apakah ini sifat dan perangai pemerintah Serambi Mekah yang menobatkan diri sebagai ulama.

Mereka mengutuskan petugas PBT untuk merentang Line Kuning supaya tiada penderma luar yang cuba menghampiri pondok buruk dan menyampaikan sumbangan atau pindahkan ke penempatan yang lebih baik di negeri Membangun Bersama Islam.

Ajaran kitab mana yang menghalang orang susah dibantu?  C&P.

REZA CURI RM1.8 BILION DENDA HANYA RM465.5 JUTA – TAHNIAH UMNOPAS PINTU BELAKANG.

1 PN BODOH1 PN NIAGA BODOH1 NAJIB BOLEH EJAH 21 NAJIB BOLEH EJAH1 PN TIADA MARUAH

 

Saya telah di temuramah oleh TV3 untuk mengetahui bagaimana kerajaan boleh mendapatkan semula wang-wang yang telah “hilang” sebanyak RM28billion dari transaksi 1MDB ini. Saya ringkaskan melalui 3 sumber:

1. Dengan mengambil tindakan undang-undang sivil kepada Goldman Sachs terhadap kegagalan mereka menasihati 1MDB.

2. Membawa IPIC syarikat Abu Dhabi ke mahkamah timbangtara untuk memulangkan segala bayaran yang telah dibuat kepada mereka.

3. Merampas semua harta-harta yang dimiliki oleh mereka yang telah mendapat menafaat dari penipuan keatas 1MDB.

Jika tidak, kerajaan akan terpaksa menanggung hutang-hutang 1MDB sebanyak US$6.5billion atau RM28billion menjelang tahun 2022/2023 ini.