KISAH RAJA BARU MELAKA?

1 UMNO HAIWAN1 KITA BUKAN HAIWAN1 KKM BUKAN HAIWAN1 MELAYU MUNAFIK

KISAH RAJA BARU MELAKA?

1. Orang UMNO Melaka sememangnya dah tahu betapa rapatnya hubungan Rauf dengan Presiden UMNO, Zahid Hamidi.

2. Sebab itulah Rauf sangat berkuasa di Melaka sekarang ini.

3. Orang UMNO Melaka kata, kalau nak dapat jawatan, jumpalah Rauf. Kalau nak dapat projek, jumpalah Rauf.

4. Kata mereka, Sulaiman (Ketua Menteri Melaka sekarang ni) hanyalah boneka Rauf. Memang pedih tapi itulah kebenarannya. Dia nak buat apapun kena dapat restu dari Rauf dulu.

5. Semua kroni Rauf dah dapat habuan masing-masing. Ada yang dah dapat jadi CEO, jadi senator dan lain-lain lagi. Sebab itulah berlumba-lumba orang UMNO nak cium tangan Rauf sekarang ni.

6. Apa yang Rauf buat sekarang ni bukanlah sesuatu yang pelik. Semua politikus yang oppoturnis memang akan bertindak begitu untuk mengukuhkan empayarnya.

7. Tapi tak semua orang UMNO Melaka setuju dengan tindak-tanduk Rauf.

8. Sudah mula kedengaran cerita tak puas hati orang lama UMNO dengan perangai Rauf ni. Bagi mereka Rauf ni kalau tak dibendung, dia boleh jadi macam Najib. Sekarang ni pun dia dah macam Rosmah.

9. Pendapat orang² lama UMNO ni nampaknya turut disokong oleh beberapa ADUN UMNO. Khabarnya kerusi DUN Melaka sekarang ni pun dah 14-14. Bila-bila masa boleh berubah tangan.

10. Sebab itulah khabarnya Rauf tengah usaha keras nak jadikan Ali Rustam sebagai TYT Melaka. Dia fikir dengan jadikan Tok Ali sebagai TYT, maka senanglah nak runding kalau ada usaha nak tumbangkan Ketua Menteri dia. Adakah usaha dia untuk jadikan Tok Ali sebagai bonekanya yang kedua akan berjaya?

11. Adakah impiannya untuk menjadi Raja Melaka akan berjaya?

Tunggu episod seterusnya.

Siapa Manusia Bernama Muhyiddin Sebenar ?

1 TSMY JAHAT

1 KEJI 6 JAHANAM1 AL-KHWARAZMI1 MELAYU MUNAFIK1 NILAI MELAYU

Mari kita baca Nafsu anak imam Bernama Muhyiddin. Dendam jawatan rupanya sejak Tun lantik dia di KBS lagi rupanya

Kisah Muhyiddin Yassin Yang Menghairankan (Bahagian II)
May 15, 2020

Di Sheraton Hotel pada awal pagi 10 Mei 2018, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dikenali dengan budi pekertinya yang lemah lembut, menarik saya dan Lim Kit Siang ke tepi untuk meminta DAP menyokong calon Bersatu bagi jawatan Menteri Besar Johor. Beliau memerlukan bantuan supaya sumbangan beliau dalam menukar undi negeri tersebut kepada Pakatan Harapan diperakui.

Walaupun DAP telah memenangi bilangan kerusi yang terbesar di Dewan Undangan Negeri, iaitu 14 kerusi, berbanding dengan Amanah (9), Bersatu (8), dan PKR (5), DAP tidak menuntut jawatan Menteri Besar. Kit Siang terbuka untuk berbincang. Selepas Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berbincang dengan Presiden Amanah Mohamad Sabu, DAP bersetuju untuk menyokong calon Muhyiddin bagi jawatan Menteri Besar.

Pada 11 Mei 2018, DYMM Sultan Johor telah menitahkan sebuah kapal terbang untuk menjemput Muhyiddin dari Kuala Lumpur untuk menghadap baginda. Saya turut serta mengikuti beliau. Itu merupakan kali pertama saya menaiki jet peribadi.

Tiga bulan sebelum itu, pada 8 Februari 2018, saya dan Muhyiddin membuat perjalanan bersama menaiki penerbangan tambang rendah Malindo sejurus selepas mesyuarat Pakatan Harapan Johor. Beliau memberitahu saya bahawa, ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri, satu pesawat kerajaan khas telah ditugaskan untuk perjalanan beliau.

Sebagai salah satu pemimpin pembangkang yang tidak memiliki apa-apa hak istimewa, Muhyiddin berasa senang hati melihat penghargaan rakyat terhadap perjuangan kami. Ketika beliau masih menganggotai Barisan Nasional, beliau tidak pernah mengalami situasi di mana orang ramai menawar diri untuk membayar makanan beliau di kedai kopi ataupun warung sebagai tanda sokongan mereka. Semangat rakyat ketika itu cukup memberangsangkan.

Ketika penerbangan pada May 2018 itu, seorang pegawai Muhyiddin telah memberitahu saya bahawa itulah kali pertama mereka menjejak kaki semula dalam jet peribadi semenjak bos mereka dipecat daripada jawatan TPM pada Julai 2015. Mereka berasa bangga dengan PRU14 kerana kami telah mencipta sejarah ketika itu dengan mengambil tindakan yang betul demi negara, walaupun, secara peribadi, Muhyiddin mengalami kehidupan yang sukar antara 2015 dan 2018.

Pada hari seterusnya, iaitu 12 May 2018, Pakatan Harapan telah memilih Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri, Mat Sabu sebagai Menteri Pertahanan, dan Guan Eng sebagai Menteri Kewangan.

Pada 13 May 2018 pula, saya berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya; hanya kami berdua sahaja. Beliau berasa murung ketika itu. Beliau ingin meletakkan semua jawatan pada malam sebelumnya kerana kecewa tidak dilantik menjadi Menteri Kewangan oleh Dr. Mahathir. Beliau telah dipujuk untuk terus kekal dengan jawatannya.

Beliau turut memberitahu saya, pada 1995, ketika beliau merupakan Naib Presiden UMNO yang meraih bilangan undi terbesar, dan setelah berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor selama sembilan tahun, beliau berharap untuk memegang portfolio ekonomi kanan di peringkat kerajaan persekutuan. Akan tetapi, Dr. Mahathir yang merupakan PM ketika itu hanya melantik beliau sebagai Menteri Belia dan Sukan, suatu jawatan yang paling rendah. Kemudian, beliau diberitahu oleh Anwar untuk bersabar dan menunggu sehingga 1998, memberi bayangan bahawa Muhyiddin akan menjadi pilihannya untuk Timbalan Perdana Menteri.

Dalam renungan beliau pada pagi yang tenang itu, Muhyiddin mengajukan soalan kepada saya, setelah 20 tahun lebih, setelah beliau telah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri selama enam tahun (2009-2015), adakah wajar beliau menjadi timbalan kepada Anwar sekiranya berlakunya peralihan kuasa daripada Dr. Mahathir ke Anwar? Hanya kesepian menyahut persoalan itu.

Muhyiddin telah dikesan dengan penyakiti kanser pada Julai 2018. Saya menziarahi beliau di Hospital Mount Elizabeth, Singapura. Kali pertama saya pergi seorang, kali kedua saya mengikuti Guan Eng. Saya menganggap Muhyiddin sebagai sahabat berusia dan sangat bimbang dengan kesihatan beliau.

Ketika beliau sedang beransur pulih, dalam kebanyakan pertemuan kami, beliau telah mengadu kepada saya tentang keinginannya untuk meletak jawatan. Penyakit tersebut telah mengubah perspektif beliau terhadap kehidupan.

Kebuntuan di Johor

Pada 24 April 2019, setelah Muhyiddin dan Dr. Mahathir bercanggah berkenaan pemilihan Mazlan Bujang sebagai ketua Bersatu di Johor, saya berjumpa dengan Muhyiddin di pejabatnya di Kementerian Dalam Negeri. Sekali lagi, beliau menzahirkan keinginannya untuk meletak jawatan kerana Dr. Mahathir tidak menerima pandangannya walaupun Johor merupakan negeri beliau. Muhyiddin merupakan pengerusi Majlis Pakatan Harapan Johor.

Muhyiddin berasa kecewa tetapi tidak menghalang pelantikan Mazlan. Beliau beritahu kepada saya, menurut perlembagaan Bersatu, selaku presiden beliau mesti berunding dengan dan menerima keputusan pengerusi, iaitu Dr. Mahathir.

Ketika mesyuarat-mesyuarat kami pada bulan-bulan seterusnya, beliau berulang kali menyatakan kekecewaannya terhadap pemilihan Mazlan Bujang oleh Pengerusi Bersatu.

Pada 2 Syawal (6 Jun 2019), Muhyiddin telah memberitahu saya, beliau sudahpun hampir pulih daripada penyakitnya. Doktor beliau turut menyatakan perkara yang sama ketika majlis rumah terbuka anak lelaki Muhyiddin. Saya cukup lega menerima berita itu.

Imbas ke hadapan, pada bulan Oktober 2019. Percubaan untuk merampas kuasa oleh trio Azmin Ali, Hishammuddin Hussein, dan Hamzah Zainuddin telah menyemarakkan lagi api perkauman bagi pihak Melayu dan bukan Melayu. Usaha tersebut bertujuan mewujudkan satu kerajaan gabungan perpaduan Melayu baharu tanpa melibatkan DAP dan Amanah.

Muhyiddin sangat bimbang akan “perbezaan pandangan antara kita kerana perbezaan ideologi dan kepercayaan kian jelas sekarang’. Daya maju hubungan gabungan Bersatu-DAP sedang dipersoalkan dengan serius dan terdapat banyak tekanan daripada pihak yang agresif dalam Bersatu agar beliau bertindak menentang DAP.

Beliau menganjurkan makan malam kecil-kecilan antara pemimpin tertinggi Bersatu dan DAP pada 29 Oktober 2019 bagi mencari jalan menyelamatkan gabungan parti. Kedua-dua parti bersetuju bahawa naratif melampau Melayu dan bukan Melayu menyebabkan kita menderita di jalan tengah. Kita harus lakukan lebih banyak lagi untuk menyelamatkan gabungan ini.

Mesyuarat tersebut berjaya mengatasi cubaan rampasan kuasa pada Oktober oleh trio Azmin, Hishamuddin dan Hamzah yang menggunakan DAP sebagai momokan. Tetapi kejayaan ini hanyalah untuk sementara.

Imej Pakatan Harapan tidak ditambah baik, terutama sekali apabila dimanipulasi pihak lawan dengan isu perkauman.

Pada malam 16 November 2019, saya berada di bilik gerakan bersama Muhyiddin dan beberapa orang dalamannya untuk menyaksikan siaran langsung keputusan Piihan Raya Kecil Tanjong Piai. Muhyiddin yang kecewa mengatakan “ini lebih buruk daripada tsunami.”

Pergerakan mencurigakan, Motif menghairankan

Majlis Presiden Pakatan Harapan khas diadakan pada 23 November 2019 dengan satu agenda untuk membincangkan pembentangan oleh Muhyiddin sebagai ketua Jawatankuasa Kempen Pilihanraya Pakatan.

Beliau menggariskan beberapa cabaran politik yang berikut:

Isu sentimen perkauman memberi kesan negatif terhadap PH
Orang Melayu menganggap PH dikuasai DAP
Orang Cina mengganggap PH dikuasai Bersatu dan Dr Mahathir
Isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 menyebabkan rakyat beranggapan kerajaan PH tidak stabil
Kabinet PH dilihat tidak cekap
Cadangan beliau buat Pakatan

Tangani isu kaum dan agama secara bijaksana dengan mengambil sikap yang lebih moderat dan berhemah
Kikis imej anti-Melayu DAP ; anti-Cina Bersatu
Kuatkuasakan tindakan disiplin terhadap ahli parti yang mengkritik sesama sendiri atau mengkritik pimpinan parti anggota yang lain
Tangani isu peralihan kuasa antara PM7 dan PM8 secara bijaksana
Rombak kabinet supaya kabinet PH dilihat berprestasi tinggi
Muhyiddin mencadangkan agar Pakatan berusaha untuk mencapai tahap penilaian penerimaan 60% dalam jangka masa setahun.

Selepas mesyuarat khas itu dan Parlimen masuk ke sesi rehat, Muhyiddin pun pergi ke luar negara pada akhir tahun bulan Disember dan beberapa hari pada bulan Januari. Dia kembali kelihatan sangat segar dan dalam keadaan sihat.

Mat Sabu bertemu Muhyiddin pada 22 Januari. Pertemuan mereka membuatkan Mat Sabu berasa sangat hairan. Menteri Pertahanan ketika itu memberitahu kepada saya bahawa dia bimbang Muhyiddin mempunyai idea baharu yang bertentangan dengan prinsip asas Pakatan Harapan.

Nampaknya Muhyiddin memikirkan suatu bentuk pemerintahan perpaduan Melayu, dan beliau tidak lagi berminat dengan Anwar untuk menjadi PM berikutnya.

Pada 31 Januari 2020, saya dan Muhyiddin menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina di Grisek, kawasan Pagoh. Selepas itu, saya mengunjungi Muhyiddin di rumahnya untuk berbual panjang pada 5 Februari 2020.

Seperti biasa, beliau peramah dengan saya. Tetapi, saya dapat mengesan terdapat sesuatu perubahan dalam pandangannya. Bagi beliau, jika tiada perubahan dalam Pakatan, maka Bersatu akan kalah teruk untuk pilihan raya akan datang. Saya memberi hujah untuk menyanggah pendapat beliau, mengatakan Bersatu akan dimamah hidup-hidup oleh UMNO dan PAS dalam gabungan penyatuan Melayu. Malah, rakan terbaik Bersatu ialah DAP kerana pertindihan kawasan adalah minima.

Pada hari itu saya pulang dengan suatu perasaan bahawa sesuatu yang aneh telah berlaku, sesuatu telah berubah dalam dirinya tetapi saya percaya beliau masih mempertimbangkan pilihannya.

Saya berpandangan bahawa dalam sosok tubuh itu masih wujud Muhyiddin yang terhormat, individu yang selalu melihat gambaran yang lebih besar dan bersedia untuk beralah dengan Dr Mahathir seperti pada tahun 2017. Saya telah berharap agar Muhyiddin yang berulang kali berfikir untuk berhenti itu tidak tergoda oleh kedudukan duniawi tetapi akan memikirkan legasinya.

Namun, beliau hanyalah manusia. Mungkin, godaan tersebut terlalu hebat sehingga beliau tidak dapat menahannya. Boleh jadi, kekecewaan beliau terhadap Dr. Mahathir, dorongan daripada trio Azmin, Hishammuddin dan Hamzah, dan cita-citanya sendiri untuk menjadi PM akhirnya membuat beliau cenderung ke arah kudeta politik Sheraton pada 23 Februari 2020.

Saya sedih apabila sahabat lama saya yang berusia, Tan Sri Muhyiddin memilih jalan ini. Sikap baiknya ketika perlawanan epik menentang Najib sang kleptokrasi telah memberi laluan kepada gambaran perebutan kuasa tanpa keabsahan. Mungkin Dr. Jekyll telah bertukar menjadi Mr Hyde.

Terdapat beberapa pemimpin dan penyokong gabungan rapuh Perikatan Nasional diketuai Muhyiddin sekarang kembali dengan taktik jahat lama mereka dengan memomok DAP dalam usaha mereka membakar kebencian antara kaum.

Saya ingin berpesan kepada sahabat lama saya yang berusia ini, Tan Sri Muhyiddin. Saya ahli DAP. Dalam empat tahun, dari tahun 2016 hingga 2020, setiap kali anda meminta pertolongan daripada DAP, kami tidak pernah mengecewakan anda, kami lakukan semua perkara semana mungkin untuk membantu anda. Dengan memainkan sandiwara anti-DAP sebagai justifikasi kewujudan gabungan Perikatan Nasional, ini hanyalah menunjukkan hipokrasi.

TAMAT

JUMLAH MENTERI DAH SATU KAMPUNG TAPI TAKUNG BERSIDANG?

1 PN SEKAMPUNG JADI MENTERI1 PM PN BERSAMA LIL GUAN ENG

MENTERI DAH RAMAI TAPI TAKUT BERSIDANG?

Apa keperluan bersidang ❓ Kenapa kerajaan PNipu takut sgt nak bersidang dgn hanya guna alasan Covis-19 ❓

𝗕𝗘𝗥𝗔𝗡𝗜 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥, 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 ‼

1️⃣ Ahli Parlimen dibayar gaji oleh pembayar cukai. Memang untuk menyelia, memantau dan melakukan kerja-kerja pentadbiran dengan menguatkuasakan polisi, akta & perundangan negara.

2️⃣ Mereka boleh buat kerja lain, tetapi tak boleh berbahas?

3⃣ Sektor ekonomi boleh ada SOP. Tetapi di Parlimen, tak boleh? Tak akan lah Ahli Parlimen dibayangkan akan langgar arahan & peraturan?

4⃣ Katanya kerajaan dah kukuh & stabil, usahlah takut berbahas. Usah juga takut pada usul Tun Mahathir. Kerana PN sudah ada majoriti. Dan sokongan yang kuat. 👍👍.

5⃣ Masuk la Parlimen, untuk berbahas masalah rakyat.

6⃣ Satu lagi, ada usul Tun tu, tak tentu menang tau. Silap-silap Tun kalah. Nak takut apa? Nak risau apa? Cuba la yakin sikit.

7⃣ Bersidanglah dengan SOP. Masalah rakyat neh banyak. Perlukan perhatian dan perbincangan dari semua pihak. Janganlah lari.

#PNipu
#PNakut

C&P.

LIVE: ADAKAH TINDAKAN MEMPERSOAL SIDANG DEWAN SEHARI TANPA BAHAS PENGHINAAN TERHADAP AGONG?

1 KEJI 6 JAHANAM

1 AL-KHWARAZMI

1 UMNO HAIWAN

Dewan Rakyat akan bersidang selama sehari pada 18hb Mei ini hanya bagi mendengar ucapan perasmian Yang di-Pertuan Agong.

Menurut Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, kerajaan memutuskan untuk tidak adakan mesyuarat selepas ucapan berkenaan bagi memberi keutamaan kepada ‘perang melawan Covid-19’.

Ariff memberitahu, beliau dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kerajaan hanya menyenaraikan ucapan pembukaan oleh Agong “kerana pandemik Covid-19 belum sepenuhnya dihapuskan”.

Tidak lama kemudian, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat satu rakaman video yang dimuat naik ke dalam akaun Facebbok rasmi beliau.

Dalam video berkenaan, Mahathir mendakwa persidangan 18hb Mei 2020 ini tidak menepati syarat-syarat persidangan Dewan Rakyat dan hanya merupakan mesyuarat untuk mendengar ucapan, bukannya mesyuara parlimen.

Menurut beliau, terpulang kepada pakar-pakar undang-undang menyatakan sama ada sesi parlimen itu benar-benar mengikut peraturan yang betul atau tidak.

Tidak sampai sejam selepas video berkenaan (bawah) dimuat naik, email saya (rj.rithaudeen@gmail.com) dibanjiri soalan pembaca TTF dan juga penonton sesi-sesi live saya.

Kesemua yang menghantar email bertanya samada tafsiran Mahathir adalah benar, yakni samada persidangan parlimen yang bakal diadakan tidak menepati syarat-syarat persidangan Dewan Rakyat.

Perkara ini akan saya sentuh menerusi satu sesi live 9 malam ini (Sabtu), bersamaan 16hb Mei 2020, menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI).

HANIFF KHATRI: SIDANG DEWAN TANPA BAHAS LANGGAR KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

 

1 KEJI 6 JAHANAM

1 AL-KHWARAZMI

Mohamed Haniff Khatri Abdulla

حنيفف خطري: سيدڠ ديوان تنڤا بحث لڠڬر كلوهورن ڤرلمباڬان، كدولتن اوندڠ-اوندڠ

Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera

1. Tidak dinafikan langsung, bahawa gejala COVID-19 yang menghantui kesejahteraan, kesihatan dan ekonomi rakyat Malaysia, WAJIB diperangi kesemua kita tanpa berbelah bahagi, dengan menyokong arahan-arahan kesihatan dan pergerakan yang dikeluarkan dan dikemas kini dari masa ke semasa oleh pakar-pakar kesihatan kita yang diterajui Ketua Pengarah KKM berserta pasukan “front liners” yang bertungkus lumus dan bertarung sehabis-habisan tanpa mengenal penat lelah sejak berbulan lalu.

2, Namun, ini tidak bermakna bahawa panggilan pihak-pihak tertentu agar Kerajaan Persekutuan dan Dewan Rakyat untuk mematuhi KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG bermaksud bahawa pihak itu kononnya membelakangkan bahaya COVID-19, dan seolah-olah pihak ini juga kononnya masih “hendak main POLITIK.”

3. Perlu ditegaskan dengan keras bahawa panggilan untuk pematuhan KELUHURAN PERLEMBAGAAN & KEDAULATAN UNDANG-UNDANG tidak boleh disamakan langsung dengan retorika jahat, iaitu kononnya “hendak main POLITIK.”

4. Oleh kerana inilah, saya telah meletakkan tajuk saya dalam penulisan ini seperti TAJUK di atas, iaitu:

“Sebahaya COVID-19 sekalipun, ianya TIDAK BOLEH mengatasi PEMATUHAN KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG.

5. Kesemua urusan tadbir urus negara Malaysia, walaupun berhadapan dengan apa jua musibah mahupun bahaya masih wajib dilaksanakan dalam pematuhan tegas KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG, dan sekiranya tidak, ianya boleh menjadi TIDAK SAH dan TERCABAR serta WAJIB DIPERBETULKAN kelak, dengan Rakyat yang sekali lagi perlu mengalami kesan buruk dan kerugian nanti. Itulah peri penting untuk Rakyat tidak beremosi dalam melemparkan tohmahan salah seolah-olah panggilan untuk Kerajaan Persekutuan dan Dewan Rakyat supaya mematuhi KELUHURAN PERLEMBAGAAN dan KEDAULATAN UNDANG-UNDANG adalah satu permainan POLITIK sahaja.

6. Dengan penjelasan di atas, saya kini kembali kepada tujuan sebenar penulisan saya dalam Siri : 2092 ini, iaitu berkaitan Laporan MYMETRO 13.05.2010 bertajuk “Sidang Dewan Rakyat 18 Mei ini dipinda”, di mana ianya dilaporkan :

“SIDANG Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung 18 Mei ini hanya bagi urusan Titah Diraja Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen oleh Yang di-Pertuan Agong.

Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah menerima surat pemakluman ditandatangani Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ketua majlis.

HANIFF KHATRI: SIDANG DEWAN TANPA BAHAS LANGGAR KELUHURAN PERLEMBAGAAN, KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

Pemimpin Sabah isytihar ‘sokong padu’ kepimpinan Shafie Apdal

1 KEJI 6 JAHANAM1 DARAH MEMALI1 CAKAP KOSONG

KOTA KINABALU: Barisan pemimpin kerajaan di Sabah menempelak usaha ‘pihak tertentu’ yang menyebar khabar angin bahawa pentadbiran negeri akan bertukar.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, khabar angin yang disebarkan di media sosial baru-baru ini adalah tidak benar.

Jelas beliau, pihaknya kekal dengan pendirian menyokong kepimpinan Ketua Menteri,

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk terus menerajui kerajaan negeri.

Tanpa menyatakan siapakah ‘pihak tertentu’ dimaksudkan, beliau yang juga Ketua Whip Kerajaan Sabah turut menjelaskan pihaknya UPKO bersama-sama pemimpin Warisan dan Pakatan Harapan (PH) terus teguh mempertahankan Mohd Shafie.

“Kita tidak tahu siapa yang buat ini, tapi kita dapati dalam media sosial, dikeluarkan dalam media sosial jadi siapa yang buat ini memanglah ada pihak-pihak tertentu.

“Ada yang menyebarkan pelbagai penulisan dan sebagainya tetapi hari ini kita mahu tunjukkan kepimpinan kita adalah berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media khas di Maggelan Sutera Harbour,  pada Jumaat.

Hadir sama dalam majlis itu adalah seramai 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Warisan, UPKO dan PH.

Turut hadir adalah dua Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Jaujan Sambakong dan Datuk Christina Liew.

Pemimpin Sabah isytihar ‘sokong padu’ kepimpinan Shafie Apdal

Kandungan surat Hj Hadi penuh dengan fitnah dan buruk sangka. – Ustaz Ridwan Abu Bakar

YouTube (https://youtu.be/i-DbdrmI8Xs)
Kandungan surat Hj Hadi penuh dengan fitnah dan buruk sangka. – Ustaz Ridwan Abu Bakar
Kandungan surat Hj Hadi penuh dengan fitnah dan buruk sangka. – Ustaz Ridwan Abu Bakar ————————- SUBSCRIBE: https://www.youtube.co

SENATOR PINTU BELAKANG DIHALANG KE LUAR NEGARA?

1 RUU 355 1

SENATOR PINTU BELAKANG DIHALANG KE LUAR NEGARA?

Hasil semakan di Portal Jabatan Imigresen Malaysia mendapati Senator Pintu Belakang perlu merujuk ke Pejabat Imigresen terdekat jika mahu ke luar negara. Orang seperti ini tidak ditapis & boleh diangkat untuk menjadi Senator.

Seterusnya, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad ini telah dicadang dan disokong oleh ADUN-ADUN Perikatan Nasional dalam Persidangan DUN Melaka yang tidak sah dan diteruskan walaupun selepas ditangguhkan oleh Speaker.

Kredibiliti Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka merangkap Ketua Bahagian UMNO Tangga Batu ini sebagai Senator yang mewakili Melaka diragui apabila pemimpin UMNO ini mempunyai 14 saman PDRM yang belum diselesaikan.

PRASANTH KUMAR BRAKASAM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=927769544332928&id=354599241649964

SATU KAMPUNG JADI MENTERI KERAJAAN PiNtu BELAKANG

1 PN SEKAMPUNG JADI MENTERI1 PN GAJI MENTERI1 KEJI 6 JAHANAM

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207846291513291&id=1775445379

Nampaknya kegilaan melantik ahli parlimen menjadi Duta Khas belum berakhir. Khabarnya yang terakhir ialah pelantikan Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur. Sebelum ini Tiong King Sing dilantik sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke China dan TGHH sebagai Duta Khas bertaraf menteri ke Timur Tengah.

Mungkin selepas ini ahli parlimen Baling Datuk Abdul Azeez Abd Rahim boleh dilantik menjadi Duta Khas ke Asia Selatan. Seterusnya semua ahli parlimen bolehlah dilantik menjadi duta khas ke semua region di dunia sebagai tambahan kepada duta ke setiap negara seperti sekarang. Eloklah dilantik duta khas ke Asia Tengah, duta khas ke Eastern Europe, duta khas ke Western Europe, duta khas ke Scandinavian Countries, duta khas ke Iberian Peninsula, duta khas ke Baltic States, duta khas ke Africa (North, South, East, West dan Central), duta besar ke Amerika Utara, duta besar ke Amerika Selatan dan sebagainya.

Benarlah seperti kata Perdana Menteri ‘no one will be left behind’. Mungkin yang perlu hanya sedikit ugutan untuk merubah sokongan, seperti yang telah dibuat oleh Richard Riot Mac lepas? Gamaknya….