Maaf, saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan ini. Persidangan 1 Hari Parlimen

1 PN LEBIH BOROS

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/persidangan-parlimen-18-mei-ini-sah-pakar-perlembagaan-242988
®️🆙❓❓

■Maaf, saya tidak dapat bersetuju dengan pandangan ini.

Persidangan 1 Hari Parlimen

1. Pandangan bahawa persidangan 1 hari menepati Art 55 adalah dilihat melalui lensa yg jumud & teknikal semata-mata. Undang2 Perlembagaan perlu analisis substantif & komprehensif.

2. Saya cadangkan Prof Madya hadamkan dahulu keputusan Mahkamah Agung UK dalam kes Prorogasi Parlimen Brexit.

Ianya memutuskan bahawa penangguhan Parlimen oleh PM (yang meskipun boleh dilakukan dari segi teknikal) dengan akibat menghalang Parlimen daripada menjalankan tanggungjawabnya untuk menyelia Eksekutif adalah tidak sah dalam undang-undang.

3. Jika Prof Madya berkesempatan, saya sudah huraikan secara komprehensif analisis ini dalam artikel saya di sini: https://t.co/rlvAMIfpw9?amp=1

Pendek kata, kesahan tindakan Eksekutif harus dilihat secara menyeluruh dlm sistem demokrasi berparlimen, bukan berpegangkan formalisme sempit.

Usul Undi Tidak Percaya

4. Pandangan Prof Madya bahawa “usul undi tidak percaya akan diletakkan di akhir agenda” juga adalah salah.

5. Cuba Prof Madya baca Aturan 14 yang jelas menyatakan bahawa “usul bagi perkara kepentingan kepada orang ramai yang berkehendak disegerakan” diberi prioriti berbanding usul Kerajaan.

6. Selain itu, Aturan 14 juga menyatakan bahawa Majlis Mesyuarat (the House) boleh mengubah aturan urusan Dewan Rakyat. Ini bermakna seorang MP boleh mengusulkan untuk undi tidak percaya dibahaskan terlebih dahulu daripada urusan Kerajaan, dan jika berjaya, harus diikuti.

Sekian.

kredit Lim Wei Jiet.

SIAPA SEBENARNYA YANG BEBASKAN ANAK TIRI NAJIB?

1 UMNO HAIWAN1 MELAYU MUNAFIK

1 PN TIADA MARUAH

SIAPA SEBENARNYA YANG BEBASKAN ANAK TIRI NAJIB?

Isu pembebasan tanpa dilepaskan anak tiri Najib Razak, Riza Abdul Aziz daripada tuduhan penggubahan wang haram bernilai AS$248 juta (RM1.25 bilion) sebagaimana yang diumumkan semalam, terus menjadi pertikaian ramai.

Pada mulanya, pembebasan Riza itu dimaklumkan oleh Gopal Sri Ram yang merupakan Timbalan Pendakwaraya kes tersebut.

Katanya, ia adalah berikutan suatu persetujuan telah dicapai antara pihak pendakwa dengan tertuduh di mana Kerajaan Malaysia akan menerima sejumlah wang daripada penyelesaian tersebut.

SPRM dalam kenyataan medianya kemudian mengumumkan bahawa jumlah wang yang akan diterima oleh Kerajaan Malaysia daripada penyelesaian itu adalah berjumlah AS$107.3 juta atau RM465.3 juta.

Tertuduh juga dikehendaki membayar sejumlah kompaun kepada kerajaan sebagaimana dibenarkan di bawah Seksyen 92 Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 yang mana ia adalah bersifat punitif sebagai alternatif kepada pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan ke atasnya.

SPRM turut memaklumkan, persetujuan membebaskan Riza itu adalah keputusan yang telah dipertimbangkan dan dipersetujui oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas.

Bagaimanapun, hanya beberapa ketika selepas kenyataan SPRM itu, Tommy Thomas telah tampil menafikan sebarang penglibatannya dalam membebaskan Riza.

Katanya, beliau memang tahu peguam Riza ada membuat representasi kepada Pejabat Peguam Negara berhubung perkara itu dan telah menyerahkannya kepada Gopal Sri Ram yang merupakan Timbalan Pendakwaraya kes berkenaan untuk membuat semakan.

“Saya telah bersara dua setengah bulan yang lalu dan setakat itu, tidak ada sebarang perjanjian untuk menggugurkan pertuduhan ke atas Riza.

“Justeru, adalah tidak benar sama sekali dan merupakan pemalsuan untuk mengatakan saya bersetuju untuk membebaskan Riza.

“Saya amat kecewa apabila SRRM terpaksa membuat kenyataan palsu tersebut,” tegas Tommy Thomas lagi.

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki tetap bertegas bahawa keputusan berkaitan Riza itu adalah keputusan yang mendapat persetujuan daripada Tommy Thomas.

Katanya, ia adalah keputusan pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Tommy Thomas kerana kes Riza merupakan kes yang sedang berjalan di mahkamah, jadi apa-apa keputusan adalah dibuat oleh Timbalan Pendakwaraya.

“Tidak mengapalah kalau bekas Peguam Negara hendak nafikan perkara itu, ia terpulang kepadanya. Saya OK dan kami teguh dengan kenyataan kami,” kata Azam Baki lagi.

Berdasarkan renteten ini, siapa sebenarnya yang membuat keputusan setuju menerima representasi daripada Riza dan seterusnys membebaskan beliau daripada pertuduhan penggubahan wang haram?

Adakah Timbalan Pendakwaraya, Gopal Sri Ram secara sendirian yang membuat keputusan tersebut kerana terbukti Tommy Thomas tidak pernah terlibat dalam sebarang keputusan berkaitan Riza sewaktu memegang jawatan Peguam Negara dahulu?

Jika benar keputusan itu telah dipersetujui Tommy Thomas, mengapa hanya setelah dua bulan setengah beliau bersara, baru ia diumumkan?

Kenapa tidak diumumkan sejak dulu lagi?

Ataukah Gopal Sri Ram membuat keputusan itu setelah mendapat restu, lampu hijau dan kebenaran daripada Peguam Negara baru, Idrus Harun?

Dan sekarang, bolehkah Idrus segera tampil memberi penjelasan untuk menjernihkan keadaan?

Berdasarkan kenyataan Azam Baki bahawa ini adalah kes yang sedang berjalan dan hanya Timbalan Pendakwaraya yang boleh membuat apa-apa keputusan untuk melepas atau membebaskan tertuduh, adalah penting sebenarnya Pejabat Peguam Negara tidak mengambil masa yang terlalu lama untuk tampil memberi penjelasan berserta sebab-sebabnya.

Jika tidak, kepercayaan umum ialah tindakan membebaskan Riza ini merupakan arahan pihak eksekutif kepada Pejabat Peguam Negara yang dilihat sebagai “hadiah” UMNO menjadi kerajaan semula serta permulaan kepada usaha-usaha membebaskan tertuduh-tertuduh lain yang ada kaitan dengan pemimpin parti itu yang dilakukan era PH dahulu? (ShahbudinHusin 15/05/2020).

KERAJAAN PINTU BELAKANG TUTUP PINTU PERSIDANGAN PARLIMEN.

1 PN LEBIH BOROS

1 PAS SYIAH1 MEMALI BERDARAH1 MEMALI

KERAJAAN PINTU BELAKANG TUTUP PINTU PERSIDANGAN PARLIMEN.

1. Tindakan membatalkan Persidangan Parlimen selepas titah di Raja pada 18 Mei ini disaat terakhir adalah satu tindakan terdesak desperado kerajaan PN yang memalukan.

2. Tindakan ini akan mencemarkan lagi nama Malaysia di peringkat antarabangsa bukan hanya sebagai kerajaan kleptokrasi tetapi juga kerajaan dayus tahap moral terendah mengamalkan proses demokrasi tulen. Negara lain bolih bersidang terus atau secara virtual tetapi kita takut nak bersidang walaupun untuk satu hari.

3. Begitulah rendahnya tahap kehinaan dalam demokrasi di capai oleh Malaysia hari ini. Demokrasi tidak dimakmurkan dan dihidupkan untuk rakyat tetapi ianya dinodai dan di peralatkan oleh kerajaan untuk PN lari dari semak imbang dan demokrasi.

4. DYMM Yang Di Pertuan Agong telah dipersilakan untuk berangkat merasmikan Parlimen dengan diadakan titah ucapan Tuanku di Parlimen pada awalnya. Sekarang tiada pula persidangan yang akan menyusul selepas titah Tuanku.

5. Titah DYMM Yang DiPertuan Agong di benarkan supaya Parlimen tidak terbubar untuk menyelamatkan Kerajaan tetapi bukan untuk menghidupkan roh konsep sidang Parlimen sebenarnya yang di batalkan di saat terakhir.

6. Institusi Raja berpelembagaan kita patut di hormati secara menyeluruh untuk kedaulatan serta kesejahteraan memelihara roh demokrasi bagi kesejahteraan rakyat dan jangan benarkan ahli politik memanipulasi sistem tersebut.

7. Ada sebabnya Presiden MCA tidak bersetuju kerajaan hari ini dipanggil kerajaan Melayu Islam kerana dia telah nampak kelemahanya. Insiden ini menunjukan betapa lemah dan ketandusan roh serta semangat Melayu dan Islam dalam kerajaan PN ini. Patutlah UMNO dan PAS tidak membantah cemuhan MCA kerana mereka sedar ada kebenaran tuduhan lemahnya nilai Melayu dan nilai Islam dalam PN .

8. Dimana letaknya semangat kepahlawanan gagah berani Melayu dalam tindakan pengecut pendekar UMNO-PBBM membatalkan sidang Parlimen walaupun untuk hanya satu hari?

9. Dimana letaknya nilai tanggung jawap beramanah kerajaan mengikut tuntutan Islam dari PAS untuk meneruskan sidang yang di janjikan mengikut peraturan Parlimen?

10. Ini semata mata kerana takut berhadapan dengan undi tidak percaya secara demokrasi.

11. Paling anehnya kalau wabak Covid-19 adalah alasannya, kenapa makin banyak kebebasan di luar boleh dibenarkan sementara Parlimen makin dikekang dan disempitkan?

12. Kalau dahulu PN menuntut mempunyai cukup undi majoriti menubuh kerajaan pintu belakang, kenapa sekarang takut menghadapi proses pengundian di Parlimen sebagai pendekar Melayu yang berani dan Ulama Islam yang jujur?

13. Adakah maklumat PN tentang bilangan MP yang di kemukakan semasa penubuhan kerajaan dahulu tidak memberi gambaran sebenarnya?

14. Dimanakah letak nilai kepahlawanan Melayu serta ketelusan ulama Islam dalam Kerajaan PN untuk menghadapi undi tidak percaya di Parlimen jika mereka benar cukup bilangan MP ?.

15. PN tidak lagi boleh dikenali sebagai Perikatan Nasional. Rakyat akan mengenali PN hari ini sebagai “Pengecut Nasional” yang khuathir berada di penghujung hayatnya takut menghadapi penghukuman undi tidak percaya melalui sistem demokrasi di Parlimen.

16. Kerajaan pintu belakang hari ini menutup pintu Parlimen pula untuk mengagalkan Parlimen bersidang walaupun hanya untuk satu hari.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
14 Mei 2020

TSMY yang saya kenal dahulu bukanlah TSMY yang sekarang – Exco Armada

TSMY yang saya kenal dahulu bukanlah TSMY yang sekarang – Exco Armada

 

Saya salah seorang Exco ARMADA yang hadir ke perjumpaan bersama YAB Tan Sri Muhyiddin.

Saya dijemput untuk hadir dan sememangnya inilah saat yg saya nanti-nantikan, untuk mendengar dan menilai sendiri apa yang saya perjuangkan selama ini.

Saya ke sana bukan untuk mendapatkan projek mahupun bermain banyak kolam, saya ke sana dengan hati terbuka bagi mendengar penjelasan daripada badan Tan Sri sendiri berkenaan dengan kemelut yang berlaku.

Untuk pengetahuan, YB Ketua ARMADA, YB Syed Saddiq, Timbalan Ketua ARMADA, Aizad Roslan dan Ketua Penerangan ARMADA, Sdr Ulya Husamudin, tidak dijemput/tidak dibenarkan hadir perjumpaan ini.

Selesai sahaja perjumpaan ini, saya rasa sedih kerana TSMY yang saya kenal dahulu bukanlah TSMY yang sekarang.

Saya gembira kerana pilihan saya untuk percaya dan berdiri teguh dengan prinsip merupakan pilihan yang betul dan tepat buat hemat saya.

Sekian.

 

 

TSMY yang saya kenal dahulu bukanlah TSMY yang sekarang – Exco Armada

Janji BPN RM800 tapi dapat RM500, rakyat berang diperbodohkan PN

Janji BPN RM800 tapi dapat RM500, rakyat berang diperbodohkan PN

Janji BPN RM800 tapi dapat RM500, rakyat berang diperbodohkan PN

1 PN PAU RAKYAT

1 PAS SYIAH

Laman media sosial heboh memperkatakan mengenai Bantuan Prihatin Nasional (BPN) fasa kedua yang diumumkan kerajaan semalam.

Ramai yang merungut dan mendakwa bantuan yang sepatutnya dijanjikan berjumlah RM800, bagaimanapun hanya menerima RM500 sahaja.

“Siapa BPN yang baru dapat lulus dan sepatutnya dapat RM800 tapi diberitahu RM500, mohon balas sini.

“Kita tak mahu kita diperkotak-katikkan macam moratorium tempohari. Sudahlah kelulusan ambil masa tiga purnama,” catat pengguna Twitter, Ocenbe yang meminta warga maya lain memanjangkan hantaran agar gesaan mendapat perhatian pihak kerajaan khususnya Kementerian Kewangan.

Hantaran yang mendapat lebih 7,100 perkongsian dan 6,100 tanda suka itu berjaya mendapat perhatian pengguna Twitter yang lain.

Kesal dengan bantuan yang diharapkan tidak seperti dijanjikan, rata-rata merungut kerana gaji mereka di bawah RM2,000 sebagaimana ditetapkan.

“Saya tak tahu tapi gaji saya bawah RM2k tau, bukan atas RM2k. Tambah pula saya tak pernah bayar cukai pun lagi. Apa ni,” luah pengguna bernama Atiqah Soleha.

Selain itu, ada kalangan warga maya tidak faham bagaimana pemilihan dibuat kerajaan terhadap mereka yang masih bujang namun dikatakan permohonannya ditolak kerana bersama ‘pasangan’ di dalam permohonan sama.

“Saya belum mempunyai pasangan, tapi alasan gagal sebab “pemohon sebagai pasangan.”

“Pasangan mana ni, tak pasal-pasal saya gaduh dengan teman wanita pagi ni,” tulis Muhamad Anwaruddin Ahmad lalu mendapat reaksi ketawa daripada pengikut Twitter lain.

Hafiz Haziq juga menyatakan nasib sama menimpa rakannya yang gagal permohonan gara-gara dikatakan berpasangan serta memiliki perniagaan.

“Member sudahlah bujang. Pasangan mana pun tak tau mana datang. Nak kata berniaga sendiri pun mana ada (daftar) SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia).

Seorang lagi pengguna Twitter, Siti Suhaida terkejut setelah gagal mendapat BPN fasa pertama lalu namun kali ini alasan rayuannya ditolak disifatkan tidak masuk akal sebaik menyemaknya di dalam talian.

“Ini macam mana? Gaji aku bukan 4k!” rungut Suhaida dengan mengepil tangkap layar semakan itu. Menerusi gambar itu, bantuan fasa pertama ditolak kerana status mendakwa dia seorang pelajar manakala rayuan ditolak kerana dikatakan berpendapatan melebihi RM4,000.

Suhaida mendakwa menerusi ciapan balas di bebenang bahawa dia menerima gaji kurang RM3,000.

Sehubungan itu, kebanyakan warga maya lain memberi cadangan kepada pihak berkenaan agar menghubungi talian dan e-mel Kementerian Kewangan serta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi membantu menyelesaikan masalah tersebut.

Sebanyak 2.3 juta permohonan baharu dan rayuan BPN diluluskan melibatkan jumlah RM1.7 bilion seperti diumumkan kerajaan semalam.

Kelulusan dibuat selepas LHDN selesai membuat semakan ke atas permohonan baharu dan rayuan serta pembayaran kepada pihak yang layak akan dibuat secara sekaligus mulai 15 Mei.

Berita penuh :https://www.projekmm.com/news/berita/2020/05/09/janji-rm800-tapi-dapat-rm500-pemohon-bpn-bingung-dipermainkan-macam-isu-mor/1864652

Janji BPN RM800 tapi dapat RM500, rakyat berang diperbodohkan PN

Ahli Parlimen digesa jangan membisu terhadap Muhyiddin, angkat maruah Parlimen

Ahli Parlimen digesa jangan membisu terhadap Muhyiddin, angkat maruah Parlimen

Ada yang tidak kena di Parlimen Malaysia sekarang ini sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ahli-ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum dan juga para senator perlu menyedari perkara yang tidak kena itu. Satu jalan mundur yang berbahaya sedang cuba dibawa oleh PM Muhyiddin Yassin. Jika tidak diperbetulkan mulai sekarang akan menghancurkan institusi Parlimen di Malaysia.

Pada mulanya, Kerajaan PH yang lalu melalui surat bertarikh 7 Oktober 2019 ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat ketika itu Datuk Roosme Binti Hamzah memaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Takwim Bagi Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas Tahun 2020 ditetapkan selama 24 hari bermula 9 Mac hingga 16 April 2020.

Tetapi Kerajaan PH tumbang pada 24 haribulan Februari 2020. Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah Perdana Menteri pada 1 haribulan Mac 2020. Kabinet dibentuk beberapa hari kemudiannya. Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin telah memutuskan supaya Takwim Parlimen Bagi Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas Tahun 2020 yang dijadualkan bermula pada 9 Mac 2020 telah dipinda ke tarikh baharu selama 15 hari bermula dari 18 Mei hingga 23 Jun 2020 bagi Dewan Rakyat (Surat Setiausaha Dewan Rakyat bertarikh 4 Mac 2020). Notis Penangguhan Mesyuarat tersebut dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat yang baru Riduan Bin Rahmat, juga bertarikh 4 Mac 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan oleh Kerajaan PN bermula pada 18 haribulan Mac 2020. Keputusan Kerajaan menangguhkan sidang parlimen kepada 18 Mei 2020 diterima dengan sangka baik dan menasabah memandangkan penularan wabak penyakit Covid-19 yang membimbangkan.

Pada 17 April 2020 keluar satu Notis Pemberitahuan dari Setiausaha Dewan Rakyat dengan menggunakan Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat 9(2)(a) iaitu Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas akan diadakan pada 18 Mei 2020 hanya satu hari mesyuarat sahaja.Ini bermakna ketetapan untuk mengadakan mesyuarat selama 15 hari dari 18 Mei hingga 23 Jun 2020 dibatalkan.

Di dalam Notis bertarikh 17 April 2020 dinyatakan oleh Setiausaha Dewan Rakyat bahawa pada 18 Mei 2020, jam 10.00 pagi dilakukan Istiadat Perasmian Parlimen oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.Selepas keberangkatan Yang di-Pertuan Agong meninggalkan Majlis, maka Mesyuarat Dewan Rakyat selama satu (1) hari itu akan bermula.Dinyatakan juga di dalam surat tersebut bahawa persidangan Dewan Rakyat akan diadakan bagi membincangkan Rang Undang-Undang dan Usul Urusan Kerajaan sahaja. Selanjutnya dimaklumkan bahawa TIADA sesi pertanyaan Jawab Lisan, tiada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri, tiada Usul-Usul daripada Ahli-ahli Parlimen.

Pemimpin parti-parti dari blok pembangkang yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tun Dr Mahathir Mohamad, Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, Mohamad Sabu, Presiden Amanah dan Dato’ Shafie Afdal, Presiden Warisan telah menghantar notis permohonan bersama kepada Speaker Dewan Rakyat menuntut supaya jumlah hari Parlimen bersidang ditambah kerana satu hari bersidang itu terlalu suntuk dan tidak menasabah. Banyak perkara perlu dibahaskan seperti perlaksanaan pakej rangsangan ekonomi dan pemulihan ekonomi serta usaha-usaha pencegahan wabak penyakit Covid-19.

Pertubuhan-pertubuhan madani atau Civil Societies seperti ALIRAN juga telah membuat petisyen kepada Speaker Parlimen supaya hari bersidang pada 18 Mei 2020 itu ditambah jumlah hari yang menasabah supaya cukup masa untuk membincangkan dan membahaskan isu-isu penting sejak tertubuhnya Kerajaan baru PN pada awal Mac 2020.

Adalah tugas Parlimen untuk menyemak dan meneliti dasar-dasar dan tindakan kerajaan yang memerintah selaku pihak Eksekutif. Tempat semakan dan penelitian itu ialah di parlimen.Parlimen bukanlah tempat adat istiadat dan pentas rasmi-rasmian sahaja.Parlimen adalah tempat cabang perundangan atau legislatif melakukan semakan ke atas Eksekutif yang kini diketuai oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Pagi tadi 14 haribulan Mei 2020 apabila saya datang ke Parlimen untuk menjalani Ujian wajib Covid-19 bagi setiap Ahli Parlimen untuk hadir Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Parlimen pada 18 Mei ini telah diserahkan kepada saya satu surat atau Notis bertarikh 13 Mei 2020 yang ditandatangani oleh Riduan Bin Rahmat, Setiausaha Dewan Rakyat yang menyatakan bahawa YAB. Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat telah memaklumkan Tuan Yang di-Pertua pada 12 Mei 2020 di bawah Peraturan Mesyuarat 11(2) dan 15(2), Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat supaya Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga, Parlimen Keempat Belas yang akan berlangsung pada Isnin, 18 Mei 2020 jam 10.00 pagi hanya bagi urusan Titah Diraja oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Selanjutnya disebut di dalam Notis itu ialah Tiada sidang selepas Titah Diraja. Notis bertarikh 13 Mei 2020 mrupakan notis terbaru yang membatalkan Notis bertarikh 17 April 2020. Soalan saya: Berapa banyak kali penangguhan, pindaan dan pembatalan hendak dilakukan ke atas suatu persidangan Parlimen yang penting ini?

Pada hemat saya, pindaan terbaru ini adalah pindaan yang ketiga.Pindaan ini dibuat dengan tergesa-gesa dan tidak mengikut kaedah peraturan mesyuarat Dewan Rakyat, kerana tempoh Notis dikeluarkan tidak mematuhi syarat.Jika pada peringkat awal saya bersangka baik tentang perubahan tarikh Sidang Parlimen tetapi dengan pindaan-pindaan yang tidak masuk akal ini, saya mulai berasa syak wasangka.Ada niat tidak baik atau ‘’malice’’ di pihak Perdana Menteri Mahyuddin Yassin dan Kerajaan PN.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menggunakan kuasanya sebagai Ketua Majlis Dewan Rakyat dengan sewenang-wenangnya mengubah agenda mesyuarat Parlimen. Ini tidak betul.

Sekarang jelas pada saya bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin telah melanggar konvensyen prinsip Pengasingan Kuasa (Separation of Powers) dalam institusi bekerajaan di negara kita. Muhyiddin yang mengetuai Cabang Eksekutif sebagai Perdana Menteri mestilah menghormati institusi Speaker dan juga Parlimen terutamanya Dewan Rakyat yang seramai 222 orang dipilih oleh rakyat melalui suatu pilihanraya umum berdasarkan Perkara 46(1) Perlembagaan Persekutuan.

Di dalam Notis terbaru bertarikh 13 Mei 2020 yang ditandatangani oleh Setiausaha Dewan Rakyat telah merujuk YAB Perdana Menteri selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat. Saya lihat inilah yang menjadi punca masalah.Justeru itu Parlimen Malaysia perlu melakukan reformasi.Bagaimana kita hendak menjadikan Parlimen Malaysia suatu institusi perundangan atau legaslatif yang bebas, merdeka dan berwibawa sekiranya di dalam buku peraturan mesyuarat Dewan Rakyat atau Standing Order bahawa Perdana Menteri diberi kedudukan sebagai Ketua Majlis Dewan Rakyat? Siapa yang jadi ketua di Dewan Rakyat, Speaker atau Perdana Menteri? Sudah 63 tahun amalan berjalan di mana Perdana Menteri diangkat menjadi Ketua Majlis Dewan Rakyat yang menentukan perjalanan Dewan Rakyat.

Di dalam konvesyen prinsip Pengasingan kuasa, tiga badan iaitu Parlimen (legislatif atau perundangan), Kerajaan (Eksekutif) dan Kehakiman (Judiciary) mempunyai bidang kuasa masing-masing yang perlu dihormati dan dijaga serta tidak menceroboh bidang kuasa pihak yang lain.

Sebagai contoh, Perdana Menteri tidak boleh melakukan sesuka hati mengikut kehendaknya terhadap sistem kehakiman di Malaysia. Ketua Hakim Negara adalah ketua institusi kehakiman.Sebarang pencerobohan pihak Eksekutif terhadap kebebasan Mahkamah akan dianggap sebagai perbuatan menghina mahkamah, suatu kesalahan yang boleh mengundang hukuman di sudut jenayah.

Tetapi kenapa dibiarkan di dalam institusi Parlimen suatu kedudukan yang bercanggah di mana Perdana Menteri diberi kedudukan sebagai Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat? Di mana kuasa Speaker Dewan Rakyat?

Kita menyedari bahawa Parlimen Malaysia tidak mempunyai status ‘’supremacy of parliament’’ seperti Parlimen di United Kingdom. Di Malaysia, yang ‘’supremacy’’ ialah Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, ahli-ahli Parlimen Malaysia perlu melakukan reformasi ke atas institusi Parlimen supaya kuasa Perdana Menteri menentukan urusan di parlimen ditamatkan.

Lihat betapa mencengkamnya kuasa Perdana Menteri Malaysia. Ini mengancam konvensyen prinsip pengasingan kuasa. Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekarang Perdana Menteri PN. Beliau mengetuai Eksekutif dan mengetuai Kabinet. Menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri yang juga merupakan ahli parlimen frontbenchers adalah terikat dengan Perdana Menteri Muhyiddin di bawah prinsip collective responsibility bagi kabinet.Ertinya, menteri-menteri dan timbalan menteri tidak boleh bercanggah pendirian dengan Perdana Menteri di Parlimen. Jika hendak melawan pendirian Perdana Menteri, mereka terpaksalah terlebih dahulu meletakkan jawatan.

Ramai ahli-ahli Parlimen PN sekarang yang tidak menjadi menteri atau timbalan menteri dilantik menjadi ketua-ketua GLC atau agensi-agensi penting kerajaan. Ini satu cara lagi PM Muhyiddin Yassin mengikat ahli-ahli parlimen PN dan menutup mulut serta suara mereka dari mengkritik dan menentang kerajaan PN dan Muhyiddin Yassin sendiri sebagai Perdana Menteri.

Tidak tahu sebenarnya berapa ramai anggota parlimen yang menyokong Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. Cukupkah 112 orang? Adakah 114 orang? Berapa jumlah sebenarnya yang Muhyiddin Yassin ada sokongan dari kalangan ahli parlimen di Dewan Rakyat untuk beliau layak dan sah menjadi Perdana Menteri.Sangat malang jika Malaysia mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak sah taraf sebagai Perdana Menteri kerana terdapat was-was, kekaburan, tidak pasti dan tidak telus boleh dihitung. Tempat sebenar untuk mempastikan sokongan ahli parlimen selepas Yang di-Pertuan Agong melantik Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 lalu ialah di Parlimen.Ujian ini Muhyiddin perlu lalui. Jika ia lulus baik untuknya dan juga PN.Jadilah Perdana Menteri dan Kerajaan sehingga tamat penggal keempat belas Parlimen sekarang, sebelum Pilihanraya umum ke-15 sekiranya anda ada majoriti sah yang cukup.

Perlu diingat satu usul tidak percaya terhadap PM Muhyiddin Yassin telah dikemukakan oleh Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir Mohamad. Usul itu telah diterima oleh Speaker Dewan Rakyat sebagai satu agenda mesyuarat Parlimen yang akan diadakan pada 18 Mei 2020 ini. Sama ada usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyidddin Yassin itu akan dibentangkan pada 18 Mei ini atau akan ditangguhkan kepada mesyuarat selanjutnya bermula pada 13 Julai sepatutnya ditentukan oleh Speaker bukannya Perdana Menteri.Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin takut dengan bayang-bayangnya sehingga mesyuarat Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk mendengar Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong? Selepas itu Dewan Rakyat ditangguhkan dan semua ahli-ahli parlimen balik ke kawasan masing-masing dan Perdana Menteri selamat dari berdepan dengan ahli parlimen pembangkang yang ada pelbagai usul untuk dibawa, selain usul tidak percaya itu.Hendak jadi apa Parlimen Malaysia kini di bawah Muhyiddin Yassin?

Sebagai Ahli Parlimen Pasir Gudang, saya menyeru rakan-rakan ahli parlimen seluruhnya, sama ada dari PH dan blok pembangkang, juga dari kalangan ahli parlimen PN di pihak kerajaan sekarang supaya menegur dan membetulkan tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang cuba mengawal Parlimen sehingga akhirnya nanti Parlimen Malaysia hanya akan menjadi semacam boneka dan rubber stamp sahaja.

Parlimen Malaysia mesti diselamatkan dan diangkat maruahnya, kebebasannya dan kedaulatannya supaya benar-benar menjadi suatu institusi perundangan atau legislatif yang menjadi punca kuasa bagi menggubal undang-undang, meminda perlembagaan, memansuhkan undang-undang yang lapuk dan zalim, meluluskan belanjawan dan cukai, menggubal dasar-dasar penting negara serta menjadi badan yang menyemak dan menilai prestasi dan tindakan kerajaan atau pihak Eksekutif.

Runtuhnya institusi Parlimen di negara kita ini, jika tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin tidak dibendung dari awal akan membawa keruntuhan demokrasi yang telah dibina oleh rakyat dan pemimpin terdahulu selama lebih 63 tahun.

Cabaran adalah kepada seluruh Ahli Parlimen di Malaysia sekarang. Berdiam diri membisu atau berbuat sesuatu? Menyerah kalah kepada sebarang bentuk kediktatoran yang berselindung dibawah jubah institusi parlimen yang terkongkong bukanlah suatu option.

Hassan Abdul Karim
Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen
Hubungan Negeri-Negeri dan Persekutuan

Ahli Parlimen Pasir Gudang
Sumber:

Ahli Parlimen digesa jangan membisu terhadap Muhyiddin, angkat maruah Parlimen

Berpada-padalah berpolitik, biar ada sempadannya – Titah Sultan Nazrin

Berpada-padalah berpolitik, biar ada sempadannya – Titah Sultan Nazrin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang terdiri daripada ahli-ahli Dewan yang mewakili Pakatan Harapan.

Titahnya, mereka masing-masing telah berusaha sedaya mungkin memberikan khidmat terbaik selama tempoh 22 bulan menjunjung amanah Beta dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat.

Sultan Nazrin bertitah, persidangan Dun kali ini menyaksikan perubahan susunan tempat duduk sebahagian besar ahli-ahli Dewan.

Titahnya, susulan berlakunya polemik politik pada awal tahun ini, kerajaan yang mendapat perkenan Tuanku yang dibentuk pasca PRU14 telah kehilangan majoriti.

“ADUN Chenderiang yang telah Beta perkenan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak, telah menyembahkan warkah peletakan jawatan pada 10 Mac 2020.

“Perkenan Beta menerima peletakan jawatan Ahli Dewan Negeri Chenderiang sebagai Menteri Besar, mengakibatkan Kerajaan yang Beta perkenan dibentuk pada 12 Mei 2018, dengan sendirinya bubar,” titahnya.

Baginda bertitah ketika Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan, disini hari ini.

Tuanku turut bertitah agar kerajaan yang telah diperkenankan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh jujur dan ikhlas, berteraskan undang-undang serta berlandaskan perlembagaan.

“Kepercayaan Beta yang mahukan sebuah pentadbiran yang amanah
dan berintegriti hendaklah senantiasa dijunjung, harapan rakyat yang mahukan barisan pemimpin yang bersih dan tidak menyalahgunakan kuasa, wajib dipenuhi.

“Berpada-padalah berpolitik, berpolitik biar ada sempadannya, kebajikan rakyat jangan dikorbankan dan masa hadapan negeri jangan dimusnahkan kerana kepentingan peribadi, kerana percaturan politik yang keterlaluan, atau kerana dorongan sifat tamak dan haloba untuk mengumpulkan kekayaan diri, bagaikan tidak mengenal batasan,” titah Tuanku.

Berita penuh:https://perakinsights.com/2020/05/12/sultan-perak-zahir-penghargaan-dan-terima-kasih-kepada-exco-exco-pakatan-harapan/

Berpada-padalah berpolitik, biar ada sempadannya – Titah Sultan Nazrin

MANISNYA HUDUD DISEBALIK PERISTIWA BERDARAH MEMALI

 

1 MANISNYA HUDUD

1 MEMALI

Bapa Ustaz Ibrahim Libya Tidak Rehda Perjuangan Anaknya Taksub Kpd Amanat @hadiabdulawang #TolakPAS

1 MEMALI BERDARAH

1 MELAYU MUNAFIK

1 DARAH MEMALI

Kerana terlalu taksub kepada Amanat Hadi Awang, maka berlaku peristiwa Memali. Mereka sangkakan bahawa perjuangan mereka adalah jihad menentang kerajaan yang zalim. Walhal mereka telah terpesong kerana amanat Hadi Awang. Sekiranya ini perang jihad terhadap kerajaan, mengapa yang diletak menjadi benteng adalah wanita dan anak anak? Mengapakah yang lelaki duduk bersembunyi di dalam rumah? Malahan di dalam video, kita lihat bagaimana mereka menghantar seorang wanita untuk menyerang anggota polis yang sedang duduk berehat? Mengikut siasatan pihak polis, pengikut pengikut Ibrahim Libya dikatakan mereka ini kebal ! Ibrahim Libya sanggup menpergunakan wanita wanita dan anak anak dari diri ditangkap oleh pihak polis ! Kalau betul perjuangan mereka dianggap sebagai jihad untuk mati syahid tapi kenapa bacul meletakan wanita dan anak anak menjadi benteng?

Nasihat TM kepada semua yang tidak pernah menonton rakaman peristiwa Memali untuk mengambil peluang ini untuk mengetahui perkara yang sebenarnya berlaku !

http://taipanmaster.blogspot.com/2013/03/bapa-ustaz-ibrahim-libya-tidak-rehda.html

AGAMA ISLAM DI MALAYSIA TANPA AMANAH DAN MARUAH.

1 KKM BUKAN HAIWAN

Oghe Pas mana mau jawatan-jawatan ni. Katanya ini parti Isleiii. Puiii pemimpin PAS tak nak jawatan, had lebai-lebai serban ni lah lagi tergila-gila jawatan. Kiralah dalam kerajaan pusat atau kerajaan negeri.

Depa ingat depa ‘King Maker’ padahal depa ni ‘Burit Maker’. Tak payah nak pakai sarban tinggi kalau hati tu hitam dok tikam sana sini sebab nak jawatan, sebab nak duit. Sebelum dapat duit, bukan main dok palau orang UMNO, PKR dan Bersatu. Macam maksum sangat lahhh

Lepas dapat duit, depa telan balik seketul-seketul fatwa depa. Dan-dan boleh terima duit. Buat malu jaa…. pemimpin PAS ni jangam mengaku ISLAM la… biaq pi hangpa forever Isleiii Isleiii jaaa.

Orang Malaysia ni bodoh, pantang nampak had serban-serban tapi depa tak tau, had tu setan iblis dia lagi terukk. Macam pemimpin PAS laa.

Kat Kedah nun, bukan main depa kata Isleiii Isleiii. Tapi belakang-belakang tangan dok kira duit orang lain huloqq. Itu pasal Mukhriz pun dah penin.

Nak kawan dengan PAS ni memang kena pikir laaa 1001 kali. Depa pantang ada parti lain offer depa duit. Terus jadi bulldog had sarban… Depa punya jilat lain macam sikit. Sebab depa parti Isleiiii, mana had depa jilat duit tu kira suci. Tak dosa aiihhh.

Bila parti lain ada isu bab duit.. Haaaa had tu kira HAROMMMMM. Tang depa dok terima tu, HALALLLL. Itu la dia PAS Isleiii. Dah macam ajaran sesat dah.

Kita bukan Isleiii laa… ISLAM paham ke tak? Nak cakap Islam betul-betul pun punya payah, apatah lagi nak laksanakan.

Islam ni satu dia dok sebut betul ISLAM. Orang Afrika ke, Korea ke, China ke, Rusia ke… Depa bahasa lain-lain tapi bila sebut ISLAM. Sama je sebutannya.

Datang Pas Kelantan nanang ni. Abih tuka ikut depa ja.. ISLAM jadi ISLEIII. Bodoh Piang laaa.

Jangan buat malu Islam la orang PAS ooii… kot rasa belakang-belakang nak amik duit banyak jangan kata parti Islam lah….
Dosa tau dokk.. C&P.