Menteri agama diadukan ke polis kerana didakwa langgar PKP

1 RUU 355 1

Sekurang-kurang terdapat lima laporan polis dibuat terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Mohamad, kerana didakwa melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP).

Berdasarkan beberapa laporan polis yang dilihat Malaysiakini, pengadu membuat laporan itu berhubung tindakan Zulkifli yang dikatakan mengundang beberapa individu ke pejabatnya di Putrjaya ketika PKP sedang berlangsung.

Laporan berkenaan dibuat di Selangor, Johor dan Kelantan dengan sebahagiannya dibuat awal bulan ini.

Menurut aduan, pengadu antara lain mempersoalkan tindakan Zulkifli mengadakan pertemuan dengan anggota Majis Tertinggi (MT) Umno Fathul Bari Mat Jahya; dua pensyarah universiti, Dr Rozaimi Ramle serta Dr Ahmad Kamilin Jamilin dan beberapa individu lain.

Pertemuan itu dikatakan bagi membincang projek menterjemah kitab yang sedang dirancang. Pertemuan tersebut turut dimuat naik di laman sosial bekas mufti Wilayah Persekutuan itu.

Pengadu yang enggan namanya didedahkan berkata, tindakan menteri agama itu jelas bertentangan dengan peraturan PKP, justeru pihak berkuasa wajar menjalankan siasatan.

“Gambar yang dimuat naik di Facebooknya jelas menunjukkan mesyuarat berlangsung seperti biasa tanpa menjaga penjarakan sosial.

“Begitu juga ada individu yang datang berjumpa beliau dengan melakukan perjalanan lebih 10 kilometer ketika PKP masih berkuat kuasa.

“Jadi, satu sisatan terperinci perlu dilakukan dan tidak sewajarnya perlu diambil jika beliau didapati melanggar PKP,” katanya kepada Malaysiakini.

Malaysia melaksanakan PKP fasa pertama bermula 18 Mac lalu dan dijadual berakhir 31 Mac lalu bagi memutuskan penularan rantaian wabak Covid-19.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin kemudiannnya melanjut PKP dan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun depan.

Pada 28 April lalu, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali dijatuhi hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret Gerik kerana melanggar PKP dengan menghadiri satu jamuan di sebuah pusat tahfiz di Perak.

Turut dikenakan hukuman sama ialah Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak, Razman Zakaria, serta 13 individu lain.

Pada 5 Mei lalu, anak presiden Umno, Nurulhidayah Ahmad Zahid, didenda RM800 selepas didapati bersalah melanggar PKP pada 20 April lalu. Suaminya, Saiful Nizam Mohd Yusoff turut dikenakan denda sama atas kesalahan itu.

NurulHidayah dan suami didakwa melakukan kesalahan itu apabila hadir ke Putrajaya bagi berjumpa Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad.

Malaysiakini cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan maklum balasnya, namun sehingga kini masih gagal mendapat sebarang respon.

https://www.malaysiakini.com/news/525531

Dr Zulkifli gariskan panduan solat Jumaat, Aidilfitri dan berjemaah di Wilayah Persekutuan bermula esok

1 RUU 355 11 MCA RUU 355

Dr Zulkifli gariskan panduan solat Jumaat, Aidilfitri dan berjemaah di Wilayah Persekutuan bermula esok
Najmi Syahiran Mamat, Astro Awani | Published Mei 14, 2020 17:05 MYT
KUALA LUMPUR: Semua masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih yang terletak di zon hijau di Wilayah Persekutuan boleh mendirikan solat Jumaat, solat berjemaah setiap waktu termasuk solat sunat tarawih dan solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula esok.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata pelaksanaaan itu, bagaimanapun, perlu diikuti dengan bilangan jemaah tidak kurang dari tiga orang tidak termasuk imam dan tidak lebih dari 30 orang.

Katanya, lain-lain solat secara berjemaah di masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) boleh dilaksanakan secara berperingkat bermula selepas solat Jumaat pada esok.

“Pihak masjid, Surau Jumaat dan surau-surau terpilih perlu memastikan adanya kawalan daripada pihak berkuasa seperti polis dan pihak berkuasa agama negeri untuk mengawal keadaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berikut merupakan garisan panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian itu:
Melaksanakan penjarakan sosial (social distancing) di dalam dan luar masjid.
Jarak antara ahli jemaah adalah sejauh 1 meter antara satu sama lain dan jemaah wajib memakai pelitup muka.
Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga penjarakan yang terkawal.
Jemaah yang mengidap penyakit kronik, warga emas yang berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah umur 15 tahun tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid.
Semua ahli Jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah masing- masing sebelum hadir ke masjid.
Jemaah dipastikan terus bersurai dalam keadaan tenang.
Tiada perkumpulan dibenarkan selesai solat Jumaat samada di dalam atau di luar masjid.
Dalam masa yang sama, pihak berkuasa agama negeri-negeri juga diminta untuk mengambil serius beberapa perkara berikut.
Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran Jemaah.
Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wudhu’ sebelum dan selepas solat.
Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa.
Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang.
Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran
Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan.

Penasihat khas PM cadang laksana semula PKP pada hari raya

1 PENASIHAT KHAS PM

Penasihat khas perdana menteri mengenai kesihatan awam, Dr Jemilah Mahmood mencadangkan perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan semasa Hari Raya Aidilfitri sebagai langkah mencegah lonjakan kes Covid-19 di negara ini.

Beliau berkata demikian berikutan terdapat peningkatan kes Covid-19 di Korea Selatan dan Jerman.

“Sangat bimbang melihat peningkatan kes di Korea Selatan dan Jerman dan bagaimana perjumpaan berbuka puasa boleh menyebabkan maut.

“Jika kita tidak mengambil langkah untuk mencegah penyebaran (Covid-19), kita mungkin kalah daripada semua yang telah dibuat. Tuhan melarang. Mari berjaga-jaga.

“Mungkin lockdown semasa Hari Raya adalah langkah pencegahan yang baik? Mari kita laksanakannya dengan progresif, ”kata Jemilah dalam tulisan di Twitter hari ini.

Beliau juga meletakkan tanda (tag) pada akaun Twitter Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran berkenaan.

Semalam, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yakob berkata lawatan pada Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai dan pesta Kaamatan hanya dibenarkan pada hari pertama dan hanya di kalangan ahli keluarga.

Jumlah maksimum tetamu yang dibenarkan sepanjang hari berkenaan adalah  seramai 20 orang.

Pada 10 Mei lalu, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengumumkan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan sehingga 9 Jun.

Beliau berkata perjalanan rentas negeri pada Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai tidak dibenarkan.

Bagaimanapun orang ramai masih boleh meraikannya di kalangan ahli keluarga dan jiran terdekat yang tinggal di negeri yang sama.

https://www.malaysiakini.com/news/525679

Kelantan dapat RM400Juta tetapi ada keluarga duduk dalam kawasan pembuangan sampah

1 KOPIAH TERBANG1 GLC JADI ALI BABA

1 Nik Amar Golok

1 LEBAI MEWAH

*PAS Kelantan & Rantau Panjang Terima Kejutan Besar Bila Ustaz Ebit Lew Ziarah Keluarga Duduk Dalam Kawasan Pembuangan Sampah Tidak Mampu Diselesaikan oleh Kerajaan Negeri.* – Komen Anak Perantau.

Kata Membangun Bersama Islam?

Kritik orang No 1, tapi badan sendiri penuh kudis tidak nampak.

Rakyat Malaysia terkejut! Lagi terKejut PAS bila Utz Ebit Lew g tgk rumah daif di kwsn pembuangan sampah @ Kg Cherang Hanggus di Parlimen Rantau Panjang.

Habis kelam kabut Pas Rantau Panjang, Pejabat Tanah Pasir Mas, Jabatan Kebajikan Masyarakat dll.

Negeri yang dikatakan berkebajikan dan Membangun Bersama Islam, realitinya rakyat Negeri sendiri pun merempat tiada tanah, cari makan dengan kutip sampah sarap untuk sara keluarga.

YB Zailah, YB Rozi, Ajk2 Pas Kawasan, Pemuda Pas Rantau Panjang, Penghulu dl nampaknya gelabah semua komen2 di Media Sosial nak counter balik. Nak Kaunter apa? Dah berpuluh tahun benda itu berlaku. Ramai yang tahu.

YB Zailah Timbalan Menteri Wanita sekarang, Jabatan Kebajikan Masyarakat dibawah kelolaan beliau. Sepatutnya kerja nya lebih efektif; Bukannya datang lawat dan agih beras dan akanan dll, kemudian biar sahaja mereka disitu berpuluh-puluh tahun.

Khabarnya di Kawasan Pembuangan Sampah itu juga jadi ‘kawasan gelap’ bagi orang kampung, kerana ramai anak muda terlibat dengan kegiatan jual beli Pil Kuda. Ini juga masalah kronik No 1 di Kelantan, dah jadi Kerajaan Pusat pun benda ini masih tidak di ambil berat.

Itu belum lagi kes HIV AIDS yang banyak orang tempatan ke Golok, Thailand sempadan Rantau Panjang. Jika tak silap YB Ustaz Nik Abduh pula pernah bagi statement komen Pentadbiran Selatan Thai dulu kes itu, waktu beliau jadi Ahli Parlimen Pasir Mas.

YB Kak Lah pun dah berapa puluh tahun jadi YB situ. YB Abdul Rosol pula Adun situ, sebelum ini Hj Abdul Fatah Harun.

Tempat pembuangan sampah tu ramai penduduk kampung buat bantahan; kerana isu bau dan waktu banjir sampah sarap hanyut ke rumah orang kg. Nilai tanah jadi merosot, isu sosial bertambah dan pencemaran meningkat.

Banyak isu telah dibangkitkan, keluar surat khabar dan media sosial; Pihak Kerajaan hanya diam membisu. Sampah tetap dibuang, hingga membukit. Soalah-olah tiada cara lain pelupusan sampah. Menteri Alam Sekitar pun Timbalan Presiden PAS sekarang; takkan tidak boleh selesai? Gaji mahal. Dah la jadi Ahli Parlimen di Kelantan.

Majlis Daerah Pasir Mas buat pekak badak aduan rakyat, pembuangan sisa sampah dibawah kelolaan mereka. Mungkin sebab ramai orang politik Pas jadi Ahli Majlis Daerah, jadi tidak efektif. Bab melawat/melancong Luar Negara nampak selalu ada. Tapi tiada result untuk rakyat.

Orang tu sudah lebih 20 tahun duduk situ, tanah tiada nak buat rumah, menumpang tanah orang. Tanah Kerajaan, tempat pembuangan sampah tu telah dipagar. Bukan satu keluarga, berberapa keluarga duk situ. Semua susah.

Kerajaan Pas sentiasa duk agih lot lot tanah, antaranya tanah yang Felcra teroka sekitar Pejabat Pas Rantau Panjang, dan yang terkini tanah rizab haiwan di Mukim Repek. Agih kat orang politik aje ke? Makcik tu takleh?

Banyak sangat isu tanah orang kg, yang bayar premium/Permohonan tanah baru, akhirnya bertukar tangan kepada orang-orang yang ada kabel politik dan pejabat tanah? Tanya.

Soal orang kg, pada siapa mereka agih tanah? Sedangkan rakyat susah tidak dapat.

Orang kg sekitar situ tahulah bertapa ‘mewah’ nya tanah orang-orang politik Rantau Panjang. Boleh rujuk isu isu tanah sebelum ini. Bayar resit kuning, lepas bertahun-tahun dapat tahu tanah lot yang dibayar dapat pada orang lain itu biasa.

Duit RM400 JUTA yang Kerajaan dulu bagi buat apa agaknya? Duit hasil minyak pun dah masuk Akaun Kerajaan Negeri dan Majlis Agama Islam Kelantan lebih RM50 juta setahun. Kemana duit itu dibelanjakan. Takkan nak bayar sewa rumah untuk keluarga tu macam Ustaz Ebit buat pun tak boleh?

Mb, Tmb, Exco haritu dapat kereta Mercedes Mewah sebijik seorang, dapat pula Elaun RM50,000 seorang. Waktu COVID 19, bantuan tunai hanya diberikan kepada kakitangan Kerajaan Negeri dan orang politik sahaja, rakyat tak dapat apa. Kemana duit itu dibelanjakan?

Duit banyak, Takkan nak bayar sewa rumah untuk keluarga tu macam Ustaz Ebit buat pun tak boleh? Jawab lah depan Allah Swt nanti.

Dulu PAS boleh la jaja Kerajaan tiada duit, sekarang dah jadi Kerajaan Pusat dan dah dapat duit, takkan takda hasil juga? Masalah Air belum masuk lagi, raya dah dekat. Air kuning dan keluar angin ja musim PKP aritu.

Apa nak jdi dengan Negeri Kelantanku? Sedih. Laungan Islam tu hanya di slogan, tidak di amalan.

Anak Perantau Kelantan Sedih