DS Mukriz Mahathir tidak letak jawatan MB, Kerajaan Kedah kekal dibawah PH.*

1 MUKHRIZ

 

*Update: DS Mukriz Mahathir tidak letak jawatan MB, Kerajaan Kedah kekal dibawah PH.*

Rabu | 13 Mei 2020

“Saya masih lagi Menteri Besar dan kerajaan negeri masih beroperasi seperti biasa”.

Pihak pembangkang tidak boleh mengumumkan pertukaran kerajaan negeri dengan hanya membuat sidang media dan tindakan menukar Menteri Besar perlu melalui proses tertentu.

Katanya, pembangkang sepatutnya mengusulkan undi tidak percaya ke atas beliau melalui Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dan bukannya dengan mengumpul Akuan Bersumpah dalam kalangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Takut melalui Dewan Yg Mulia (Parlimen & DUN) ni mmg betul2 dayus ler. Ingat, negara kita bersistem Demokrasi Bparlimen & Raja Bperlembagaan. Apa2 hal/isu bsr mesti diselesaikan melalui dewan 1st & diikuti merujuk kpd Raja/Sultan/YDPA. X mau gunakan dewan yg mulia, berjadah apa ada sistem Demokrasi Berparlimen?

DAP HANCUR MELAYU !!!

1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 RAJA BOHONG1 BODOH MELAYU1 UMNO GADAI TANAH PINANG1 ADIB1 HADI WAJIB BOHONG1 HADI SESAT 31 HADI SESAT 21 HADI SESAT 1

DAP HANCUR MELAYU

1. Saya amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan hancurkan kita orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia.

2. Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah. Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu.

3. Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancur mereka?

4. Ya. Dahulu kita dijajah oleh British. Tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga. Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

5. Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di lain-lain tempat. British ambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka.

6. Lepas Perang Dunia II, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka. Mereka mencadang menubuh Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London. Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu. MacMichael paksa Raja-Raja Melayu serah negeri-negeri mereka kepada British.

7. Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union. Ringkasnya British, suatu kuasa dunia yang baru menang perang terpaksa tunduk kepada orang Melayu, terpaksa batal Malayan Union hanya dua tahun selepas diisytihar.

8. British ingat mudah untuk rampas negeri Melayu seperti mereka rampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi. Percubaan untuk rampas negeri Melayu, untuk sebenarnya hancurkan bangsa Melayu gagal. Gagal kerana orang Melayu menentang.

9. Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu tuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu tuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

10. Melayu tolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu tolak.

11. Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, Kerajaan pimpinan Melayu perkenal dasar “Buy British Last”. Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia. Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu.

12. Demikian juga dengan kuasa besar yang lain. Biasanya tiap pemimpin baru negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik akan minta untuk pergi mengadap Presiden Amerika. Kita tidak. Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, hanya pergi Amerika Syarikat (US) tiga tahun selepas dilantik walaupun duta Amerika Syarikat cuba mendapat temujanji sesudah sahaja Perdana Menteri baru Malaysia mengambil alih.

13. Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur selewengan kuasa besar kepada Israel.

14. Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk Kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank. Badan-badan ini menawar pinjaman jika Malaysia letak ekonomi Malaysia dibawah mereka.

15. Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah keturunan nilai Ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan muflis – bankrap. Tetapi tidak. Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran Melayu.

16. Dan banyak lagilah peristiwa yang menunjuk orang Melayu tidak mudah dihancurkan.

17. Tetapi orang Melayu boleh hancur. Mereka akan hancur apabila membenar penyangak jadi pemimpin. Pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan hancurkan orang Melayu.

18. Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia.

19. Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 May 2018, parti ini kalah.

20. Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri.

21. Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu.

22. Maka dimomok orang Melayu sehingga ada yang begitu takut kepada DAP. Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP. Takut kepada Guan Eng. Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

23. Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?

24. Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

25. Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

26. Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?

27. Saya malu. Amat malu.

28. Rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

29. DAP tidak mungkin hancur Melayu tetapi mereka akan hancur kerana orang Melayu memilih penyangak sebagai pemimpin.

C&P.

Melayu hancur kerana pilih penyangak sebagai pemimpin, bukan dihancurkan DAP

1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 MELAYU BODOH1 BANGSA PEROMPAK1 RM30 JUTA COVID1 ROMPAK RM30 JUTA MASA PKP

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, DAP tidak mungkin menghancurkan orang Melayu tetapi orang Melayu akan hancur apabila mereka memilih penyangak sebagai pemimpin.

Kata beliau, rupa-rupanya ada orang Melayu yang begitu takut kepada DAP sehingga sanggup mengkhianati rakyat yang beri mandat kepada mereka.

Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau amat malu apabila ramai orang Melayu percaya DAP akan menghancurkan orang Melayu jika ia berada dalam Kerajaan Malaysia.

“Ya. Saya mengaku orang Melayu mempunyai banyak kelemahan. Mereka tidak berjaya dalam bidang perniagaan dan perusahaan. Kita dapati ramai juga orang Melayu yang miskin, yang terlibat dengan dadah, jenayah-jenayah tertentu dan rasuah.

“Dalam penjara pun terdapat ramai banduan Melayu.

“Tetapi benarkah orang Melayu begitu lemah sehingga sebuah parti politik boleh hancurkan mereka?” tulis beliau dalam blognya Chedet hari ini.

Kata Tun Mahathir, dahulu negara ini dijajah oleh British, tetapi negara sebesar India pun dijajah oleh British juga.

“Kita (negeri-negeri Melayu) tidak ditawan oleh British, walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis dan kemudian Belanda.

“Kita jemput British untuk nasihat kita dalam bidang pentadbiran. Tetapi seperti di lain-lain tempat, British ambil alih pentadbiran seolah-olah kita sudah jadi jajahan takluk mereka,” katanya.

Jelas beliau, selepas Perang Dunia II, British kembali ke Malaya dan merancang untuk benar-benar menjadikan negeri-negeri Melayu milik mereka.

Mereka kata beliau, mencadang menubuhkan Malayan Union yang ditadbir secara langsung dari Whitehall London dan Raja-raja Melayu akan hanya menjadi pentadbir agama Islam dan adat istiadat Melayu.

“MacMichael paksa Raja-Raja Melayu serah negeri-negeri mereka kepada British.

“Tidak ada rundingan dengan orang Melayu sama sekali. Tetapi kita tahu, orang Melayu bangun dan menentang Malayan Union.

“Ringkasnya British, suatu kuasa dunia yang baru menang perang terpaksa tunduk kepada orang Melayu, terpaksa batal Malayan Union hanya dua tahun selepas diisytihar,” katanya.

Katanya lagi, tidak mudah bagi British untuk merampas negeri Melayu seperti mereka merampas Palestin untuk diberi kepada Yahudi.

Percubaan untuk merampas negeri Melayu, untuk sebenarnya menghancurkan bangsa Melayu gagal waktu itu kerana orang Melayu menentang, katanya.

“Mungkin sekarang ada Melayu bacul. Tetapi Melayu dahulu berani. Susulan kepada penolakan Malayan Union, Melayu tuntut kemerdekaan. Pemuda Melayu tuntut kemerdekaan pada 1957. British bersetuju kemerdekaan diberi pada 1959.

“Melayu tolak dan tetapkan kemerdekaan pada 1957. Dan 1957 menjadi tarikh kemerdekaan. Banyak syarat yang cuba dikenakan tetapi Melayu tolak.

“Apabila British terbang pesawat Concorde tanpa izin dari Malaysia, Kerajaan pimpinan Melayu perkenal dasar “Buy British Last”.
“Kita beli Syarikat Guthrie milik British dalam satu “Dawn Raid” yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara di dunia.

“Semua syarikat penjajah dibeli oleh Malaysia kerana diarah oleh pemimpin Melayu,” tambah beliau,

Beliau selanjutnya berkata, biasanya setiap pemimpin baharu negara-negara kecil di dunia, apabila dilantik akan minta untuk pergi mengadap Presiden Amerika, tetapi Malaysia tidak.

Jelasnya, Perdana Menteri Malaysia yang menjadi Perdana Menteri pada tahun 1981, hanya pergi Amerika Syarikat (US) tiga tahun selepas dilantik walaupun duta Amerika Syarikat cuba mendapat temujanji sesudah sahaja Perdana Menteri baru Malaysia mengambil alih.

“Pemimpin Melayu Malaysia sering menegur kuasa-kuasa besar apabila mereka melaku kezaliman ke atas negara yang lemah. Suara pemimpin Melayulah yang lantang menegur selewengan kuasa besar kepada Israel.

“Percubaan dibuat oleh penyangak matawang untuk Kerajaan pimpinan Melayu Malaysia mengemis bantuan International Monetary Fund (IMF) dan World Bank. Badan-badan ini menawar pinjaman jika Malaysia letak ekonomi Malaysia dibawah mereka.

“Kita tolak. Kita cipta cara kita sendiri untuk mengatasi masalah keturunan nilai Ringgit. Maka pakar-pakar kewangan dunia pun berkata kita akan muflis – bankrap. Tetapi tidak.

“Kita pulih semula dengan cepat walaupun pemimpin Malaysia ini orang Melayu, jentera pentadbiran Melayu.

Beliau berkata, orang Melayu boleh hancur apabila mereka membenarkan penyangak jadi pemimpin kerana pemimpin seperti ini walaupun Melayu akan menghancurkan orang Melayu.

“Kita tubuh sebuah Parti Melayu untuk memperjuang nasib orang Melayu. Parti ini berjaya; berjaya kalahkan British, capai kemerdekaan, bangun negara sehingga menjadi Harimau Asia.

“Parti ini tidak pernah kalah. Tetapi pada 9 May 2018, parti ini kalah.

“Kenapa? Kerana parti bertuah ini mendapat penyamun sebagai pemimpin. Saya tak payah ulang apa yang pemimpin penyangak ini buat. Dari sebuah negara yang dihormati, negara ini menjadi kleptokrasi – negara yang diperintah oleh pencuri.

“Maka hancurlah parti ini kerana ahlinya sedia disogok dan tidak lagi utama perjuangan orang Melayu,” tambah beliau.

Katanya, disebabkan kekalahan parti itu, orang Melayu dimomokkan sehingga ada yang begitu takut kepada DAP.

Ujarnya, Orang Melayu dan pemerintahan Melayu yang berani melawan British, kuasa-kuasa besar IMF dan Bank Dunia sekarang takut kepada DAP, takut dihancur oleh DAP, takut kepada Guan Eng.

“Orang Melayu takut kepada Guan Eng.

“Dari mana datang bacul ini. Nak dapat perlindungan dari siapa? Dari Najib? Dari Kerajaan Melayu Islam pimpinan penyangak?

“Ada yang kata, walaupun penjenayah, dia Melayu. Semasa dia memimpin dia lindung Melayukah? Dia kalah kerana melindung Melayukah?

“Tepuk dada, tanya selera. Boleh main golf dengan Trump adalah bukti kekuatan untuk lindung Melayukah?

“Pemuda Melayu dahulu lawan dengan British. Tak takut. Pemuda yang sokong Najib ini mencari perlindungan dari Najib. Sudah jadi baculkah?

“Saya malu. Amat malu,” kata beliau.

Melayu hancur kerana pilih penyangak sebagai pemimpin, bukan dihancurkan DAP

DALAM SEJARAH PN SELAMA 2 BULAN, ROMPAKAN RM30 JUTA SEMPENA COVID-19 DI MALAYSIA

1 ROMPAKAN DALAM KKM

1 MELAYU BODOH1 RM30 JUTA COVID1 3 MENTERI KESIHATAN.

Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba menjelaskan sama ada beliau terlibat dalam skandal perolehan bernilai RM30 juta yang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut C4, carian di laman web Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan terdapat hubung kait antara pemegang saham dengan syarikat yang menawarkan kontrak dengan syarikat lain yang mempunyai saham di klinik swasta milik Adham, Klinik Adham.

“C4 menuntut Adham memberikan penjelasan penuh demi kepentingan umum mengenai kontrak perolehan dan juga pelantikan kontraktor.

“Memandangkan krisis yang belum pernah terjadi sebelumnya, meletakkan sistem penjagaan kesihatan, keselamatan dan ekonomi di bawah tekanan yang sangat besar, sangat penting bahawa ketelusan dan kebertanggungjawapan terus menjadi intipati bagi tindak balas terhadap dasar negara,” katanya dipetik The Malaysian Insight.

C4 minta Menteri Kesihatan jelaskan kenapa kliniknya terlibat dengan kontrak RM30 juta

C4 minta Menteri Kesihatan jelaskan kenapa kliniknya terlibat dengan kontrak RM30 juta
Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) meminta Menteri Kesihatan Datuk Seri Adham Baba menjelaskan sama ada beliau

BEBASKAN DIRI DARI KEMUNAFIKAN

 

1 HADI MUNAFIK1 6SEMBURIT JAHANAM1 HADI MAKAN HARTA HARAM1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA1 JANGAN BILA PENGKHIANT

1 PAS CELAKA1 GLC JADI ALI BABA1 HADI MATI1 MCA KHADAM1 BANGSA PEROMPAK1 RM30 JUTA COVID1 MCA ANTI HUDUD1 PAS TOLAK HUDUD1 RUU 355 11 PADAH KERAJAAN PN1 TSMY STRESS1 NILAI AKHLAK1 MCA IKRAR BANTAH HUDUD

BEBASKAN DIRI DARI KEMUNAFIKAN

1. Sahabat Seperjuanganku …

Sifat munafiq merosakkan jati diri seorang pejuang. Allah murka dan manusia pun benci. Dakwah rosak dan perjuangan kita hilang nusrah.

Kerja kuat tapi Allah swt tidak menerima segala amalan yang bersalut elemen munafiq.

2. Sahabatku …

Pastikan sifat-sifat munafiq ini tidak tempias pada diri kita sekalipun pada pakaian kita.

Malah jangan juga biarkan terpercik ke stokin kita. Sila teliti senarai sifat tersebut pada ayat ini :

‎الْمُنَافِقُونَ وَالْمُنَافِقَاتُ بَعْضُهُم مِّن بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمُنكَرِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمَعْرُوفِ وَيَقْبِضُونَ أَيْدِيَهُمْ نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ إِنَّ الْمُنَافِقِينَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain;

🔹mereka menyuruh perkara yang jahat,

🔹mereka melarang perkara yang baik,

🔹 mereka menggenggam tangannya (bakhil)

🔹 Mereka melupakan Allah dan Allah pula melupakan mereka.

Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.

Surah At Taubah : 67

3. Sahabatku …

Elemen munafiqin ini kadangkala sangat keliru dan sering menjangkiti mangsa dengan pelbagai wajah. Sukar membaca puncanya dengan pembaca meter biasa.

Ia juga perlu kepada detector yang lebih canggih untuk menjejak simptomnya. Hanya iman dan taqwa menjadi alat paling efektif untuk mengesan simptom munafiqin.

4. Sahabatku …

Melurus peribadi berasaskan manhaj Qurani dan senantiasa tajdid (memperbaharui) iman dan muhasabah (analisa) amal akan menyelamatkan kita dari jangkitan sifat munafiq pada diri, sedang sifat munafiq itu adalah suatu sifat keji yang menjadikan kita berpura-pura dalam perjuangan dan bermuka-muka dalam persahabatan.

5. Sahabat Seperjuanganku …

Sifat munafiq adalah sifat yang sangat ditakuti oleh para sahabat Rhm dan juga para salafus soleh justeru sifat inilah yang akan mengheret kita ke neraka.

Kita yang terlibat dengan gerakan Islam juga selayaknya bebas dari karat munafiq yang membinasakan ini.

Ramadhan Al Mubaarak

Sekian.

Raudhah Grocer Xpress Di Sejsyen 24, Shah Alam Dibawah Seliaan Saudara Firdaus Wong.

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri?” Fussilat :33

And who is better in speech than one who invites to Allah and does righteousness and says, “Indeed, I am of the Muslims.”

 Et qui profère plus belles paroles que celui qui appelle à Allah, fait bonne œuvre et dit: «Je suis du nombre des Musulmans?»

Chi mai proferisce parola migliore di colui che invita ad Allah, e compie il bene e dice: “Sì, io sono uno dei Musulmani”?

¿Y qué mejor palabra que la de aquel que llama (a los demás) a Allah, obra con rectitud y dice: Yo soy de los musulmanes?

 

BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَىٰ تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (11يَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَيُدْخِلْكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ وَمَسَاكِنَ طَيِّبَةً فِي جَنَّاتِ عَدْنٍ ۚ ذَٰلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (12وَأُخْرَىٰ تُحِبُّونَهَا ۖ نَصْرٌ مِّنَ اللَّهِ وَفَتْحٌ قَرِيبٌ ۗ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

(10) Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih?
(11) (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui.
(12) Niscaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dan (memasukkan kamu) ke tempat tinggal yang baik di dalam jannah ‘Adn. Itulah keberuntungan yang besar.
(13) Dan (ada lagi) karunia yang lain yang kamu sukai (yaitu) pertolongan dari Allah dan kemenangan yang dekat (waktunya). Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman.
(10) O you who have believed, shall I guide you to a transaction that will save you from a painful punishment?
(11) [It is that] you believe in Allah and His Messenger and strive in the cause of Allah with your wealth and your lives. That is best for you, if you should know.
(12) He will forgive for you your sins and admit you to gardens beneath which rivers flow and pleasant dwellings in gardens of perpetual residence. That is the great attainment.
(13) And [you will obtain] another [favor] that you love – victory from Allah and an imminent conquest; and give good tidings to the believers.
AS-SAF : 10-13.

 

Dengan Rendah Diri Kami Meminta  Para Sahabat Yang Dikasihi Untuk Subscribe Channel  Youtube Ihya Assunnah Solution https://www.youtube.com/channel/UCyC4FMCfTqhfqsSdw4qKe_w/videos

Sebagai Tanda Sokong Usaha Berdakwah Di Jalan Allah SWT Dan Berkongsi Pahala Di Akhirat Sebagai Amal Jariah Setelah Kita Tiada Nanti.