Muflis Walaupun Berpuasa Kerana Merompak Wang Rakyat Semasa Rakyat Menderika PKPB Covid-19 ?

1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA

ulamak yang mencari kesenangan dengan memutar belitkan hukum agama mengikut hawa nafsu.

1 UMNOPAS JAHIL

Sidang Parlimen tanda mendaulatkan YDPA dan menghormati Perlembangaan Persekutuan.

 

Perkongsian Hadith: Muflis Walaupun Berpuasa.

أَنَّ رَسُـــولَ اللَّـــهِ ﷺ قَـــالَ: ”أَتَـــدْرُونَ مَا الْمُفْلِـــسُ؟“ قَـــالُوا: الْمُفْلِـــسُ فِـــينَا مَـــنْ لَا دِرْهَـــمَ لَهُ وَلَا مَتَـــاعَ. فَقَـــالَ: ”إِنَّ الْمُفْلِـــسَ مِـــنْ أُمَّتِـــي يَأْتِـــي يَـــوْمَ الْقِيَـــامَةِ بِصَـــلَاةٍ وَصِيَـــامٍ وَزَكَـــاةٍ، وَيَأْتِـــي قَدْ شَتَـــمَ هَـــذَا، وَقَـــذَفَ هَـــذَا، وَأَكَـــلَ مَـــالَ هَـــذَا، وَسَـــفَكَ دَمَ هَـــذَا، وَضَـــرَبَ هَـــذَا؛ فَيُـــعْطَى هَـــذَا مِـــنْ حَسَنَـــاتِهِ، وَهَـــذَا مِـــنْ حَسَنَـــاتِهِ، فَإِنْ فَنِيَـــتْ حَسَنَـــاتُهُ قَبْـــلَ أَنْ يُقْضَـــى مَا عَلَـــيْهِ؛ أُخِـــذَ مِـــنْ خَطَايَـــاهُمْ فَطُـــرِحَتْ عَلَـــيْهِ، ثُمَّ طُرِحَ فِي النَّـــارِ“.

Rasūlullāh ﷺ bersabda:

“Tahukah kalian siapakah yang disebut sebagai muflis?” Para Sahabat menjawab: “Muflis sepanjang pengetahuan kami ialah orang yang tidak mempunyai wang dan harta”. Nabi ﷺ bersabda: “Muflis bagi umatku ialah seseorang datang pada hari Qiyāmah dengan membawa amalannya iaitu solat, puasa dan zakat. Pada masa sama juga dia membawa dosa-dosa mengutuk, memfitnah, mengambil harta, membunuh dan memukul orang. Maka diambil pahala dari kebajikannya lalu diberi kepada orang yang dizaliminya. Andainya pahala yang dibawanya belum cukup, akan diambil dosa-dosa mangsa yang dizaliminya, lalu dibebankan di atas kepalanya, kemudian dia dicampak ke dalam neraka”.

[HR. Muslim: 2581]

Ulasan:

1. al-Imām an-Nawawī ketika mensyarahkan hadith ini, beliau menyebutkan:

معناه: أن هذا حقيقة المفلس، وأما من ليس له مال، ومن قل ماله فالناس يسمونه مفلسا، وليس هو حقيقة المفلس؛ لأن هذا أمر يزول وينقطع بموته، وربما ينقطع بيسار يحصل له بعد ذلك في حياته.

“Maksud daripada hadith ini ialah: Inilah hakikat seorang yang muflis. Adapun (sebahagian manusia menyangka bahawa) orang yang muflis itu ialah orang yang tidak mempunyai atau memiliki sedikit harta, sedangkan ia bukanlah hakikat sebenar muflis. Hal ini kerana perkara ini (kesempitan hidup) akan hilang dan terhenti dengan kematiannya dan adakala ia terhenti dengan keluasan rezeki yang dia (mampu) dapatkan setelah itu di dalam kehidupannya”.

Beliau menyambung,

وإنما حقيقة المفلس هذا المذكور في الحديث فهو الهالك الهلاك التام، والمعدوم الإعدام المقطع، فتؤخذ حسناته لغرمائه، فإذا فرغت حسناته أخذ من سيئاتهم فوضع عليه، ثم ألقي في النار، فتمت خسارته وهلاكه وإفلاسه.

“Dan sesungguhnya hakikat seorang yang muflis yang disebutkan di dalam hadith ini ialah seseorang yang binasa dengan kebinasaan yang sempurna dan seseorang yang kerugian dengan kerugian yang pasti. (Iaitu) dipindahkan pahala kebaikan (yang dilakukannya) kepada orang lain yang dizaliminya. Kemudian, jika kebaikannya habis, maka diambil pula dosa keburukan (dari orang yang dizaliminya), lalu dihimpapkan ke atasnya, seterusnya dimasukkan dia ke dalam api neraka. maka sempurnalah kerugian, kehancuran dan kemuflisannya” (al-Minhaj: 16/135).

2. Terdapat sebuah hadith yang hampir sama maknanya di dalam Sahih al-Bukhārī, iaitu,

مَنْ كَانَتْ لَهُ مَظْلَمَةٌ لأَحَدٍ مِنْ عِرْضِهِ أَوْ شَىْءٍ فَلْيَتَحَلَّلْهُ مِنْهُ الْيَوْمَ، قَبْلَ أَنْ لاَ يَكُونَ دِينَارٌ وَلاَ دِرْهَمٌ، إِنْ كَانَ لَهُ عَمَلٌ صَالِحٌ أُخِذَ مِنْهُ بِقَدْرِ مَظْلَمَتِهِ، وَإِنْ لَمْ تَكُنْ لَهُ حَسَنَاتٌ أُخِذَ مِنْ سَيِّئَاتِ صَاحِبِهِ فَحُمِلَ عَلَيْهِ.

“Sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap kehormatan seseorang atau apa-apa (kezaliman), maka hendaklah dia meminta halal (ampun) darinya sekarang, sebelum tidak ada satu dinar dan dirham pun (yang mampu menebus kesalahannya). Sesungguhnya jika dia mempunyai amal soleh (pahala), nescaya akan diambil darinya mengikut kezaliman yang dilakukannya dan jika dia tidak mempunyai pahala, nescaya diambil dari keburukan orang yang dizaliminya lalu diletakkan di atasnya” (HR. al-Bukhārī: 2449).

3. al-Mārizī pula berkata:

زعم بعض المبتدعة أن هذا الحديث معارض لقوله تعالى: {ولا تزر وازرة وزر أخرى} [الأنعام: 164] وهو باطل وجهالة بيّنة لأنه إنما عوقب بفعله ووزره فتوجه عليه حقوق لغريمه فدفعت إليه من حسناته فلما فرغت حسناته أخذ من سيئات خصمه فوضعت عليه فحقيقة العقوبة مسببة عن ظلمه ولم يعاقب بغير جناية منه.

Sebagian ahli bid’ah menyangka bahawa hadith ini bertentangan dengan firman Allah ﷻ: “Dan seseorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain” (al-An‘ām: 164). Dakwaan ini adalah satu kesalahan dan kebodohan yang nyata, kerana orang yang berbuat zalim itu dihukum disebabkan perbuatan dan dosanya. Dia dihadapkan hak-hak untuk orang yang dihutanginya (dizaliminya), kemudian diberikan kepada kepada mereka kebaikannya, jika kebaikannya sudah habis, diambil pula dari keburukan (dosa) mereka, lalu diletakkan di atasnya. Justeru itu, hakikat balasan ini adalah disebabkan kezalimannya dan ia tidak dihukum tanpa ada dosa darinya” (Irshād as-Sārī: 4/258, dan al-Minhaj: 16/136).

Kesimpulannya, segala amalan yang dilakukan akan menjadi sia-sia sekiranya berlaku zalim terhadap manusia sebagaimana di dalam hadith iaitu, mengumpat, memfitnah, mengambil harta secara salah, membunuh dan memukul manusia. Bahkan lebih parah jika dosa-dosa mereka ditanggung pula oleh kita. Justeru itu, pada bulan Ramadhān ini, tingkatkan amalan kita dan elaklah daripada melakukan hal-hal yang menghilangkan pahala puasa kita.

Selaraskan perbuatan dan percakapan anda agar rakyat boleh percaya dengan hati mereka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s