HARI ULANGTAHUN TERKUBURNYA UMNO DI.PUTRAJAYA

1 PAS CELAKA

HARI ULANGTAHUN TERKUBURNYA UMNO DI.PUTRAJAYA

Semalam, 09 Mei 2020 rakyat merayakan hari ulangtahun kedua “kematian” Umno sebagai parti tunjang pemerintah di Putrajaya. Sehingga kini Umno masih tidak bangkit kecuali rohnya yang tergantung di awangan meresap masuk merasuk ke dalam kerajaan pintu belakang pengkhianat.

Rekod dan sejarah diukir sepanjang zaman bahawa satu-satunya parti yang berjaya mencabut nyawa Umno dan Bn di Putrajaya adalah gabungan PH. Sejarah turut mengukir nama Umno sebagai sebuah parti yang menjadi sebahagian dari kerajaan di Pusat tanpa mandat rakyat. Di situ bermulalah sejarah Umno yang dilihat hilang maruah dan jati dirinya. Umno yang dulu dilaungkan sebagai parti keramat kini hanya dikenali sebagai parti khianat.

Selama ini mereka menuduh Dap komunis atau kapir harbi, paling tidak Dap lebih bermaruah kerana tidak pernah mencuri mandat rakyat. Kerajaan Dap di P.Pinang tidak pernah menjadi kerajaan tanpa mandat rakyat. Dap kuburkan Gerakan dan Bn di P.Pinang bermula tahun 2008 adalah hasil dari mandat rakyat. Maruah Dap lebih terserlah berbanding Umno dan Pas di dalam aspek menjunjung demokrasi.

Semalam, kita merayakan hari sedih dan malang Umno/Bn. Umno sepatutnya mengadakan majlis tahlil arwah mereka, tetapi mungkin kerana wabak Covid-19, mereka tidak dapat lakukan.

PH berjanji kepada rakyat agar menentukan Umno akan bersemadi selama-lamanya. Biarpun roh jahat mereka masih berkeliaran bersama kerajaan pintu belakang sekarang, kita penuh yakin akan dapat menghalau roh jahat itu kembali ke pusaranya agar lebih tenang di sana.

Apa yang telah dapat kita buktikan adalah tanpa Umno, orang-orang Melayu dan Islam masih makan nasi bukan makan ubi kayu seperti yang selalu mereka dendangkan.

Kerajaan sekarang adalah kerajaan tidak bernama. Bukan kerajaan Bn, bukan juga kerajaan Muafakat Nasional, bahkan bukan kerajaan Pengkhianat Nasional (PN) kerana nama PN itu pun tiada dalam fail di ROS. PN tidak pernah wujud di dalam kertas undi, jauh sekali logo parti sewaktu di dalam PRU14 yang lalu. Satu-satunya kerajaan yang tidak mempunyai manifestonya.

PM sekarang adalah Wakil Rakyat yang menang pada PRU14 dengan menggunakan logo Keadilan. Saya tidak tahu bagaimana beliau boleh hidup tanpa maruah? Jika dahulu beliau sanggup dipecat dari Umno kononnya atas dasar prinsip dan maruah, tetapi kini maruahnya telah berjaya direntap oleh Umno apabila beliau sanggup bersekongkol dengan parti keris telanjang tidak bersarung itu demi kepentingan serta nafsunya sendiri.

WFAUZDIN NS

ADUN Sidam & Lunas keluar PKR | Nasional | Berita Harian 12/05/2020

SUNGAI PETANI: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Kedah mengumumkan keluar parti dan menyokong kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di peringkat Pusat.

ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee mengumumkan peletakan jawatan mereka pada sidang media bersama yang diadakan di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sidam tengah hari ini.

https://helloworld-i4ln6sgakq-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRjh4NGp0Yy5jbiUyRnI2Q2lGOUhXZGN4aA%3D%3D#

Jihad Ekonomi Islam, Mas Kargo Mencatat Keuntungan RM60 Juta Barangan China.

JIHAD EKONOMI MUSLIM
#BuyMuslimFirst #BMF Forever

Jihad Ekonomi Islam, Mas Kargo Mencatat Keuntungan Besar RM60 Juta, Hasil Barangan China. (Sumber Dalam Mas Kargo)

👍ISTIQOMAH KEMPEN MEMBELI PRODUK MUSLIM
“HalalSuciBersih” + “Halal Toyyiban”
“Syarikat Muslim Bayar IncomeTax, Zakat, Sedekah Jariah Fakir Miskin, Derma Tabung Masjid, Derma Tabung Anak Yatim, Wakaf”
Kemaskini: 1/5/2020

🍱🍞MAKANAN

1. Beras : Faiza, Bernas, Era, Juara, Langsat, Super, Fikri, Fais, Era Bayam.

2. Roti : Gardenia, Ikhwan, Federal, Produk Muslim Tempatan.

3. Bihun : Tayba, 3Teratai, Taqwa, AgroMas, Ikhwan, Faiza, Chef Ustazah, SajiMee, Juara.

4. Mee Kuning & Kuey Teow : Ikhwan, Sufi, Afrina’s, Gardenia, Produk Muslim Tempatan.

5. Marjerin, Jem, Kaya, Mayonis : Chunky, Adela, Pelangi, Super Creamlite, Mariana, Alif, Palm 365, SajiMayo, KipasUdang, Partima, CH,

6. Minyak Masak : Alif (Sime Darby), Saji (Felda), Adela (Felda) Juara, Lesong, Hafeez, Tiara, Tiga Udang, Sofia, Syed, Kijang, Olife, De’Ibu (Felcra), RasaRiang, Duyung Mas, Hanna.

7. Ayam : Ayam Ikhwan, Ikhwan Butcher, Az Zain, Ladangku, Bismi, Sufi, HPA, Mumtaz, Ayamas, Hijrah, Dr Zainol, Ayam Pasar milik Bumiputera Muslim Tempatan.

8. Tepung : Ikhwan, Faeza, Bidara, 1Malaysia, HPA, Adabi, Kristal, Masyitah.

9. Gula Pasir : CSR, GPT, Perlis, Prai FGV, Krystal.

10. Garam : Adabi, Faiza, Halagel, HPA, Tamin, Coop1, Himalaya, Nevgel, Gu Awa 593.

11. Rempah : Adabi, Brahim’s, Agromas, ‘O’, HPA, RasaBonda, Mak Siti, Faiza, Peladang, Puteri Ayu, Ihsan & Son, One, Sherwan, Suri, Iman’s, Ikhwan, Chef Ustazah, Al-Waqiah, Seri Tanjung, SY Foods, Bunga Ros.

12. Makanan Tin (cth Sardin, Mayo dsb) : Adabi, Agromas, Pertima, King Cup, HPA, Classfoods, Ikhwan, Sardines.

13. Kopi & Teh : Ikhwan, Hang Tuah, Agromas, Radix, Tamar Cocoa, Cocomix, Mudim, Gantang, Eman Cafe, Che Nah, Orang Kampung, MyCoklat, Mahkota Dewa, Produk Muslim Tempatan.

14. Susu Tin : Alif (Sime Darby), Saji (Felda), Era.

15. Biskut & Kurma : Goodkiss (Noraini’s Cookies), Agromas, Cholette Choc, Kurma Yusuf Taiyoob, Mahnaz Food, Syarifah, Taybah, Maryami, Ajwa, Safawi, Mabroom, Produk Muslim Tempatan.

16. Sos & Cuka (Cili, Tomato dsb) : Ikhwan, Adabi, Pelangi (Felda), Sufi, Tamin, Mudim, HPA, Taybah, Life, BumiHijau, Jayyad, Habhal’s, Jalen, Enaq.

17. Kicap : Ikhwan, Kipas Udang, HPA, Taybah, Jalen, Produk Muslim Tempatan.

18. Sejuk beku (Burger, Nugget, Frozen) : Ramly, Nafas, Ayamas, Azmy, Pau Ain, Produk Muslim Tempatan.

19. Kordial & Air Tin : Sunquick, Jalen, Radix HPA, Safina, Ikhwan, Produk Muslim Tempatan.

20. Produk-Produk Bumiputera Muslim Tempatan yg HalalSuciBersih.

💄💊KOSMETIK, DIRI & SUPPLEMENT
✔D’Herbs
✔Nurrasya
✔Almas Beauty- Nusantara
✔Pamoga & Vida Beauty
✔D’Exandra Perfume
✔Orang Kampung
✔Ratu Jamu Malaya
✔HPA
✔RCC Stevia
✔AlFateh Junior
✔Int3tree
✔Pharmaniaga
✔Najwa
✔Mu’min
✔Ikhwan
✔Taybah, Ubat Gigi
✔Miswakgel
✔Suchi
✔Susu C2Joy
✔Kedai Gunting Rambut Muslim.
✔Produk Muslim Tempatan.

🚌✈PENGANGKUTAN
✔Proton
✔Perodua
✔MAS
✔KTMB, MRT, LRT
✔Bas Transnasional
✔Konsortium Bas Ekspress
✔Teksi
✔MISC
✔MyCar
✔Bengkel Muslim Tempatan.

📬📮POS/KURIER
✔Pos Malaysia
✔ABX Ekpress
✔NationWide Express
✔BungkusIT

🏨🏡PENGINAPAN
✔Hotel Seri Malaysia
✔Hotel TabungHaji
✔Hotel milik GLC/Kerajaan
✔Homestay Muslim Tempatan
✔Rest House Majlis Daerah

🏄🏊TAMAN TEMA WATERPARK & PELANCONGAN
✔Tmn Tema WaterPark dan Pelancongan milik GLC/Kerajaan @ JV Kerjasama Swasta. (Cth: BukitMerah LT, Legoland, MAPS)
✔Zoo Negara
✔Zoo Johor
✔Zoo Taiping

🍤🍗RESTORAN
✔Restoran milik Muslim
✔Catering & Bridal Muslim
✔KFC (Malaysia) milik JCorp
✔PizzaHut (Malaysia) milik JCorp
✔McDonald’s (Malaysia) diuruskan Gerbang Alaf milik Lionhorn Pte Ltd (Reza Group)

⛽🚥MINYAK/GAS
✔Petronas
✔BHP (Milik LTAT)
✔Smart (Milik FELDA)

⚽🎳SUKAN
✔Kelab Sukan Negeri/Daerah
✔Al Ikhsan Sport

🏢👕PASARAYA/GEDUNG
✔Mydin
✔Sakan
✔Koperasi, IMCOOP
✔D’Mart FELDA
✔Ikhwan
✔Jakel
✔PERNAMA
✔Kohalal
✔KR1M
✔Taybah Mart
✔Az-Zain
✔SRM
✔D’Halal Shoppe
✔UO
✔Kedai Serbaneka RM2
✔Pak Aji
✔Tesco (Malaysia) dimiliki SimeDarby
✔MCG
✔MalakatMall
✔FAMA
✔Kedai Runcit Tempatan milik Muslim

🏥💉KESIHATAN
✔Hospital/Klinik Kerajaan
✔Klinik/Farmasi milik Bumiputera Muslim
✔Hospital Pakar KPJ milik JCorp
✔Pusat Rawatan Islam milik Muslim

🎓🔬PENDIDIKAN
✔Sekolah Kebangsaan
✔Sekolah Agama
✔Pusat Tahfiz
✔Pusat Tuisyen Bumiputera Muslim
✔Universiti/Kolej Tempatan
✔IKM, IKBN, Politeknik
✔Agensi Usahawan Bumiputera

📚📒UNDANG-UNDANG
✔Peguam Bumiputera Muslim
✔Peguam Syarie
✔Pesuruhjaya Sumpah Muslim

📡☎TELEKOMUNIKASI/MEDIA
✔Telekom
✔ONEXOX
✔CELCOM
✔ALTEL
✔RedTone
✔TV1, TV Al-Hijrah
✔Media Prima
✔Utusan, Kosmo, Metro, Harakah
✔Filem/Drama Muslim
✔Majalah/Buku keluaran Bumiputera Muslim.

🔩🔨KEJURUTERAAN, HARTANAH & LADANG
✔DRB-HICOM
✔UEM
✔MMC
✔SPNB
✔Sime Darby
✔FELDA, FELCRA
✔TH Plantations, TH Engineering
✔Koperasi Hartanah Bumiputera
(Contoh: KOHAB, KPATB, KKHM, UKHWAH).
✔Perunding Hartanah (REN) Muslim
(Contoh: Ziyad, True Vest, iReality)
✔Cat Bangunan – Bina Paint
✔Kontraktor Bumiputera Muslim Tempatan

💳💲KEWANGAN & PELABURAN
(Patuh Syariah, Tiada Riba’)
✔Perbankan Islam
(Contoh: BIMB, Maybank, BSN, Bank Muamalat, CIMB, Perwira Affin, RHB, MBSB, B.Rakyat, AlRadji)
✔Koperasi
(Contoh: K.Tentera, K.Polis, K.Guru, K.JPA, K.Angkasa, K.Negeri, K.FELDA, K.FELCRA)
✔Tabung Haji
✔PNB
(Contoh: ASB, ASN, ASW)
✔Unit Trust Dana Islamik
(Contoh: Pelaburan Mara Berhad, CWA, AHB)
✔Takaful
(Contoh: T.Etiqa, T.Ikhlas, T.Malaysia)
✔UTC
✔MARA
✔AIM, SKM
✔Tekun
✔PTPTN
✔AmanahRaya
✔Wasiat Agensi
✔Pusat Zakat

**Sumber: Internet
**Kredit: ABATA

halalmall.org malakatmall.com
kedaimuslims.com
beliprodukmuslim.wordpress.com
https://www.buymuslimfirst.com
https://bengkelkeretamuslim.wordpress.com
http://1stopmuslim.blogspot.com
http://www.mnymalaysiahomestay.com
http://www.halal.gov.my
———————————–
🇲🇾Jumlah Penduduk Malaysia: 32.4juta
👪Melayu/Bumi: 23juta (69.1%).
👪Cina: 6.69juta (23%).
👪India: 2.01juta (6.9%).
👪Lain-Lain: 324ribu (1%).
**Nisbah: 7:2:1

#PerlembagaanNegara
#JihadEkonomiMuslim #BuyMuslimFirst #BMF
#MTM #KempenBeliProdukMuslim
#UMMAH #JATIDIRI
#PPIM #MalakatMall
#JAKIM
#DPIM
#DPMM
#HalalSuciBersih
#KuasaBeliMuslim 20juta65%
🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Carta Pecahan Kerusi ADUN Di Negeri-Negeri Diperintah PH Dan Kerajaan PiNtu Belakang.

🇲🇾Carta Pecahan Kerusi ADUN Di Negeri-Negeri Diperintah PH kini Bertukar Kepada Kerajaan Campuran Melayu@Bumiputera *PERIKATAN NASIONAL@MN
*Kemaskini: Selasa 12/5/2020

PN MEMBAWA KEHANCURAN KEPADA MALAYSIA

ADUN peringkat Negeri

🚦Kedah
PN=21+👍
PH=15 (Mukhriz vs Bersatu)

🚦Negeri Sembilan
PN=16+👍
PH=14
*PKR=6 (Anuar vs Azmin)

🚦Selangor (Kekal PKR)
PN=11+
PH=24
*PKR=21 (Anuar vs Azmin)

🚦Sabah (Kekal Warisan)
GBS+PN=28
WARISAN+PH=29 + 4
*PKR=3 (Anuar vs Azmin)

🚦P.Penang (Kekal D4P)
PH=21
PN=5
*PKR=14 (Anuar vs Azmin)

🇲🇾PERAK, MELAKA, JOHOR, PERLIS, KELANTAN, TERENGGANU DAN PAHANG DITERAJUI OLEH GABUNGAN PERIKATAN NASIONAL@MN.
———————————————————-
🇲🇾PERIKATAN NASIONAL@MN (MELAYU@BUMIPUTERA)
🇲🇾32.4juta Rakyat Malaysia
👪Melayu/Bumiputera: 23juta (69.1%)
👪Cina: 6.69juta (23%)
👪India: 2.01juta (6.9%)
👪Lain-lain: 324ribu (1%)
#ABATA #BMF #JATIDIRI
🌎🇲🇾🌎🇲🇾🌎🇲🇾🌎🇲🇾🌎🇲🇾

4 jenis kategori manusia yang ada di dunia ni.

1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 RAJA BOHONG1 ZAKAT DAN HUDUD1 HADI MATI1 MCA KHADAM1 MCA ANTI 61 MCA ANTI 51 MCA ANTI 41 MCA ANTI 31 MCA ANTI 21 MCA ANTI 1

4 jenis kategori manusia yg ada kt dunia ni. 1- Allah rezekikan dia harta dan ilmu (Hat ni tak ramai tapi Mmg terbaik). 2. Allah tak rezekikan dia harta tetapi rezekikan dia ilmu (terbaik). 3. Allah rezekikan dia harta tetapi Allah tidak rezekikan dia ilmu (hat jenis ni ramai). 4. Allah tidak rezekikan dia harta dan tidak rezekikan dia ilmu (Malang dunia tak dpt akhirat pun xdpt). Kita je yg tahu kita jenis camne..

‎يَٰقَوۡمِ إِنَّمَا هَٰذِهِ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا مَتَٰعٞ وَإِنَّ ٱلۡأٓخِرَةَ هِيَ دَارُ ٱلۡقَرَارِ

“Wahai kaumku! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan (untuk sementara waktu sahaja), dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal.

Surah Ghafir, Ayat 39

#TadabburAyatAlQuran

Pas memperdagang Islam apabila persoal akidah, berbohong dan memfitnah

1 PAS CELAKA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 ZAKAT DAN HUDUD

Pendekatan politik Pas dilihat bukannya perjuangan demi Islam seperti yang dicanangkan sebaliknya memperdagang Islam.

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin berpendapat pelbagai perkembangan semasa menyaksikan Pas berdiam diri tidak seperti ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

“Jika Pas mahu berpolitik sehingga sanggup bekerjasama dengan sesiapa sahaja pun, nak tulis surat dalam bahasa apa kepada sesiapa pun, itu hak Pas dan terpulang kepada Pas.

“Cuma apabila Pas mendakwa kerja buatnya demi Islam, dicanang di sina-sini sampai sanggup mempersoalkan aqidah orang Islam lain dan berbohong serta memfitnah, ini bukan lagi demi Islam.

“Ini namanya memperdagang Islam,” tegas Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) itu dalam akaun Facebook miliknya.

Untuk rekod, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat berbahasa Arab bertarikh 22 Mac lalu mengaitkan kerajaan PH dengan gerakan Zionis, Freemason dan liberalisme serta mendakwa AMANAH bersifat Islam liberal.

“Presiden Pas menulis surat kepada pemimpin gerakan Islam di Timur tengah menyebut kelompok itu sekular, kelompok ini liberal dan memfitnah Anwar Ibrahim. Memfitnah demi Islam?” bidas Ustaz Zolkharnain.

Beliau juga mempersoalkan tindakan Pas berkempen untuk MCA dalam PRK Parlimen Tanjung Piai pada November tahun lalu walaupun MCA secara terbuka menolak hudud yang disebut oleh Pas sebagai nyawa.

“Demi Islam juga? Sehingga kini Pas diam apabila ketua MCA menyebut, pemandu mabuk naiklah Grab.

“Semasa belum berada dalam kerajaan, Pas begitu lantang menyerang PH dengan isu ini. Ini pun demi Islam juga?” soalnya.

Menurutnya, Pas juga sekarang sudah tidak bersuara tentang Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 selain berkerjasama dengan Umno yang pernah dikafirkan melalui Amanat Haji Hadi pada 1981.

“Pas berhimpun di Padang Merbok untuk tuntut pindaan RUU 355. Kini sudah senyap bahkan tidak disebut langsung seperti diratib sebelum ini. Hal ini pun demi Islam?

“Kini Pas gigih sekali bersama Umno, parti yang dikafirkan oleh Pas suatu masa dulu. Setelah Umno tumbang, Pas beri nyawa kembali. Demi Islam semua ini?” tempelaknya.

Turut dikritik Ustaz Zolkharnain ialah tindakan Pas mengkafirkan sesama umat Islam atau takfiri serta bersekongkol dengan dalang kudeta politik yang dinamakan sebagai “Langkah Sheraton” sekali gus meranapkan kerajaan PH pada Februaru lalu.

“Pemimpin Pas jiratkan pemimpin PH. Ada yang dipukul, dimaki dan dikafirkan padahal semua pemimpin PH tadi adalah Muslim. Kafirkan orang Islam pun demi Islam?

“Pas merestui bahkan terlibat dengan Langkah Sheraton untuk jatuhkan kerajaan sah PH melalui pintu belakang dan tebuk atap. Sokong kleptokrat sebegitu pun demi Islam?” hujahnya lagi.

Terdapat sejumlah pemimpin Pas di pelbagai peringkat sebelum partinya menjadi komponen kerajaan tebuk atap PN memang dikenali menggunakan bahasa kasar di media sosial dalam menyerang PH.

‘Menjiratkan’ pemimpin PH misalnya merujuk pada ‘fatwa’ Yang Dipertua Pas Padang Serai, Kedah, Shaharuddin Ibrahim terhadap pihak yang dianggapnya tidak menyokong RUU355 yang dibawa Presiden partinya.

“Kak Wan, Kak Wan kena angkat tangan (sokong usul Abdul Hadi). Kalau Kak Wan tak angkat tangan, boleh menyebabkan jatuh iman.

“Kalaulah ditakdirkan lepas angkat tangan itu (Kak Wan) mati, kami tanam jirat,” katanya yang merujuk kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Shaharuddin sebelum itu dalam ceramahnya pada Jun 2016 pula pernah menuduh kerajaan Pulau Pinang melarang azan dikumandangkan di negeri itu.

MIER melaporkan sekitar 1.4 juta akan kehilangan pekerjaan Dan Negara akan kehilangan anggaran 72 bilion GDP

1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA

1 MELAYU BODOH

MIER melaporkan sekitar 1.4 juta akan kehilangan pekerjaan.

Kalau purata 1.4 juta itu ketua keluarga yg ada 4 org tanggungan, bermakna 1.4 × 4 = 5.6juta

Ini bermakna 5.6 juta rakyat akan menerima impak secara direct..

Pertumbuhan ekonomi diunjur menguncup negatif 1 persen.

Negara akan kehilangan anggaran 72 bilion GDP.

Dgn fenomena harga minyak dunia yg semakin menggerunkan… Negara dijangka kehilangan pendapatan berpuluh bilion lagi dari hasil minyak…

Dlm keadaan duit yg semakin mengecil, impot makanan pula dijangka meningkat ke angka RM54 bilion..

Mak Cik Kiah tahu ker ni?

Rakyat Kelantan Puasa Tanpa Bekalan Air!, Semua MP Pas Duduk Selesa Dalam GLC.

1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA

1 MELAYU BODOH

ADUAN RAKYAT KELANTAN

Kehadapan,
YAB Menteri Besar Kelantan.
YB Timb Menteri Besar Kelantan
YB-YB Barisan EXCO Negeri Kelantan
YB-YB Seluruh Negeri Kelantan

Mohon Tak Payah Bayar Bil Air April hingga Julai 2020 Bagi Kawasan Yang Tiada Air

Buleh ko dop bil air 4 bulan ni xpayah bayar? Buka paip tubik angin jah tapi meter jalan. Dalam hukum fekah royat guana YB??? Mugo ramai Tok Guru dalam saf Kerajaan Kelantan ni.

Pahtu ambo arini ‘keje’ mato smeta beli taki, sbb berharap AKSB wat mai air. Air utk guna menyucikan diri bukan wat makan minum.

Setiap hari RM20 peruntukan tadah air, bukan beli air mineral, kalu beli air mineral duk rasa RM80 xcukup utk guna mandi, masak, basuh kecing beghok, wuduk dan sbgnya.

Tak sir mitok ganti rugi (muga tau xdilayan) cuma mitok MB wat penjelasan masalah dan cadangan nak atasi masalah air ni.

Ambo doakan sekalian pemimpin Negeri ISLAM Kelantan ada air dumoh mereka, sebab susah sangat kalu takdop air ni. 3 trik YB ambo punggoh air… male kakre lepas buko posa skali lagi.. siye ari panas ambo poso po YB gak.

Semoga Aidilfitri nanti masalah ni selesai.

Ameen

https://www.facebook.com/groups/InfoRakyatDalamKelantanIRDK/permalink/1566673123500143/

Kenapa saya tak peluk agama suci ini lebih awal lagi?

1 SOLAT BERSYARAT

Nama saya Hafiz Lee. Saya berasal dari Jitra Kedah. Tahun 2020 ni, sudah masuk 5 tahun saya peluk agama Islam. Cuma hari ini saya menyesal.

Kenapa saya tak peluk agama suci ini lebih awal lagi?

Saya teringat detik ketika saya masih belum Islam. Waktu tu saya masih remaja lagi, umur masih belasan tahun. Hati saya selalu terasa lunak dan lembut bila sahaja terdengar laungan azan di TV3. Merdu sekali.

Muzik apakah ini ? Saya tertanya-tanya.

Dari maklumat rakan-rakan Melayu saya, barulah saya tahu itu adalah sebahagian dari agama Islam. Menarik. Namun saya tak berusaha untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Islam. Sehinggalah beberapa tahun kemudian…

Saya bekerja di sebuah syarikat dan saya berkawan baik dengan Ridhwan. Ridhwan ini lain dari rakan Melayu yang saya kenal sebelum ini. Beliau sentiasa berzikir sebut Subhanallah, Alhamdulillah. Dia selalu cerita tentang Islam, rukun iman, rukun Islam. Kisah kebaikan nabi dan sahabat-sahabat. Dia bukan sekadar bercakap sahaja. Akhlaknya pun bagus. Sangat berdisplin waktu bekerja.

Terkesan dengan akhlak dia, saya rasa segan. Saya cuba mendalami Islam. Saya berusaha untuk tidak minum arak, tidak makan babi. Saya juga pernah cuba berpuasa dengan Ridhwan. Banyak kali saya putus asa. Memang susah kerana saya memang dah biasa dengan semua itu. Tetapi saya ingin berubah !

Entah kenapa, satu hari dia tanya, “Lee, jom masuk Islam”

Sangkaan saya, dia sedang bergurau. Saya pun respon untuk melayan gurauan dia, “Jom. Boleh juga. Apa perlu saya buat?”

Tapi, dia serius rupanya. Saya pun tanya kembali, kali ini saya pun serius. Mungkin, Allah telah lunakkan pintu hati saya waktu ini, “Apa yang perlu saya buat untuk masuk Islam?”

Siapa sangka, dari pertanyaan yang ringkas tu, beberapa hari kemudian, selepas beberapa jam berlatih, saya mengucap dua kalimah syahadah dengan disaksikan oleh dua orang sahabat. Salah seorangnya ialah Ridhwan. Sebak.

Alhamdulillah Allah Maha Penyayang.

Selepas masuk Islam, Allah telah permudahkan segala urusan saya dalam ibadah. Dahulu saya susah nak tinggalkan minum arak dan makan babi. Susah nak berpuasa. Sebut bacaan Al Quran sangat susah. Lidah saya pelat ma. Namun selepas masuk Islam, tiba-tiba boleh pula tinggalkan semua perkara haram itu walaupun pada awalnya sangat susah. Dan boleh pula menjaga solat 5 waktu sehari semalam dan berpuasa di bulan Ramadan.

Alhamdulillah Alhamdulillah.

Atas dasar sayangkan agama Islam ini, kini saya bekerja separuh masa bersama Hidayah Centre Foundation (HCF) Kedah. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam mendekati dan menyantuni mualaf juga sebagai pusat rujukan orang bukan Islam untuk mengetahui lebih lagi mengenai agama Islam.

Dulu saya disantuni, sekarang saya pula ingin menyantuni para mualaf dan orang bukan Islam. Saya pernah merasai kesusahan mereka, saya pernah mengalaminya.

Sebenarnya ramai masyarakat bukan Islam di Malaysia ini tertarik dengan agama Islam, cumanya tidak ramai pendakwah yang berani untuk mendekati dan menyantuni mereka.

HCF telah menyantuni ribuan mualaf di seluruh Malaysia dalam aspek kelas pengajian, tenaga pengajar, pembinaan surau, bantuan mualaf miskin dan mualaf dalam kesusahan. HFC telah membelanjakan lebih RM2 juta setahun bagi meneruskan usaha-usaha dakwah ini.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, berkongsi pahala bersama anda semua. Sesungguhnya dakwah kepada orang bukan Islam & menyantuni mualaf yang baru masuk Islam ini adalah kewajipan kita semua.

HCF memerlukan dana yang stabil untuk bergerak terus aktif dalam medan dakwah ini.

Sumbangan anda, sekecil mana pun pasti akan dapat melancarkan lagi gerak kerja dakwah kami. InsyaAllah tuan-tuan dan puan-puan akan mendapat ganjaran dari Allah SWT.

“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan. Dan baginda lebih dermawan lagi di bulan Ramadan” (Hadis Riwayat Bukhari)

Jom bersama berkongsi pahala dengan HCF dalam usaha menyampaikan Islam dan menyantuni mualaf :

Klik sini >> http://www.dahsedekah.com
Klik sini >> http://www.dahsedekah.com

Atau boleh transfer online ke:

📌 Maybank : 5622 0962 4421
The Trustees of Hidayah Centre Foundation Registered

📌 Bank Islam : 1211 3010 0494 33
Hidayah Centre Foundation

Sertakan resit sumbangan berserta nama dan email anda:
>> https://wa.me/60134668794 (Azrul)
>> sedekahramadan@hcf.org.my

Semoga Allah ampunkan dosa kita, murahkan rezeki kita dan rahmati kita semua. InsyaAllah AMIN.

P/S : Tolong sebarkan mesej ni pada yang lain juga ya. Saya percaya mereka yang sebarkan ataupun share kutipan ni pun insyaAllah dikira menyumbang juga di sisi Allah. Aminn.

URUTAN LENGKAP KHALIFAH dalam lintasan sejarah islam

1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 ZAKAT DAN HUDUD1 MELAYU BODOH1 RAJA BOHONG

URUTAN LENGKAP KHALIFAH dalam lintasan sejarah islam

Dalam sejarah kaum muslimin hingga hari ini, pemerintah Islam di bawah institusi Khilafah Islamiah pernah dipimpin oleh 104 khalifah.

Adapun nama-nama para khalifah pada masa khulafaur Rasyidin sebagai berikut:

1.Abu Bakar ash-Shiddiq ra (tahun 11-13 H/632-634 M)

2.’Umar bin khaththab ra (tahun 13-23 H/634-644 M)

3.’Utsman bin ‘Affan ra (tahun 23-35 H/644-656 M)

4.Ali bin Abi Thalib ra (tahun 35-40 H/656-661 M)

5.Al-Hasan bin Ali ra (tahun 40 H/661 M)

Setelah mereka, khalifah berpindah ke tangan Bani Umayyah yang berlangsung lebih dari 89 tahun. Khalifah pertama adalah Mu’awiyyah. Sedangkan khalifah terakhir adalah Marwan bin Muhammad bin Marwan bin Hakam.

Masa kekuasaan mereka sebagai berikut:

1.Mu’awiyah bin Abi Sufyan (tahun 40-64 H/661-680 M)

2.Yazid bin Mu’awiyah (tahun 61-64 H/680-683 M)

3.Mu’awiyah bin Yazid (tahun 64-68 H/683-684 M)

4.Marwan bin Hakam (tahun 65-66 H/684-685 M)

5.’Abdul Malik bin Marwan (tahun 66-68 H/685-705 M)

6.Walid bin ‘Abdul Malik (tahun 86-97 H/705-715 M)

7.Sulaiman bin ‘Abdul Malik (tahun 97-99 H/715-717 M)

8.’Umar bin ‘Abdul ‘Aziz (tahun 99-102 H/717-720 M)

9.Yazid bin ‘Abdul Malik (tahun 102-106 H/720-724 M)

10.Hisyam bin Abdul Malik (tahun 106-126 H/724-743 M)

11.Walid bin Yazid (tahun 126 H/744 M)

12.Yazid bin Walid (tahun 127 H/744 M)

13.Ibrahim bin Walid (tahun 127 H/744 M)

14.Marwan bin Muhammad (tahun 127-133 H/744-750 M)

Masa kepemimpinan Bani Umayyah berakhir pada tahun 132 H. Ini terjadi setelah Marwan bin Muhammad mengalami kekalahan dalam Perang Zab, melawan pasukan yang dipimpin Abu Abbas as-Saffah dari Bani Abbasiyah. Sejak saat itu kekhilafahan beralih ke Bani Abbasiyah. Masa kepemimpinan Bani Abbasiyah berlangsung selama kurang lebih 783 tahun. Khalifah pertamanya adalah Abu Abbas as-Saffah dan yang terakhir adalah al-Mutawakkil ‘Alallah. Masa kepemimpinan Bani Abbasiyah dapat dibagi menjadi dua periode, yaitu periode Kekhilafahan Abbasiyah yang berpusat di Irak dan yang berpusat di Mesir.

Para Khalifah masa Abbasiyah yang berpusat di Irak

I. Dari Bani ‘Abbas :

1.Abul ‘Abbas al-Safaah (tahun 133-137 H/750-754 M)

2.Abu Ja’far al-Mansyur (tahun 137-159 H/754-775 M)

3.Al-Mahdi (tahun 159-169 H/775-785 M)

4.Al-Hadi (tahun 169-170 H/785-786 M)

5.Harun al-Rasyid (tahun 170-194 H/786-809 M)

6.Al-Amiin (tahun 194-198 H/809-813 M)

7.Al-Ma’mun (tahun 198-217 H/813-833 M)

8.Al-Mu’tashim Billah (tahun 218-228 H/833-842 M)

9.Al-Watsiq Billah (tahun 228-232 H/842-847 M)

10.Al-Mutawakil ‘Ala al-Allah (tahun 232-247 H/847-861 M)

11.Al-Muntashir Billah (tahun 247-248 H/861-862 M)

12.Al-Musta’in Billah (tahun 248-252 H/862-866 M)

13.Al-Mu’taz Billah (tahun 252-256 H/866-869 M)

14.Al-Muhtadi Billah (tahun 256-257 H/869-870 M)

15.Al-Mu’tamad ‘Ala al-Allah (tahun 257-279 H/870-892 M)

16.Al-Mu’tadla Billah (tahun 279-290 H/892-902 M)

17.Al-Muktafi Billah (tahun 290-296 H/902-908 M)

18.Al-Muqtadir Billah (tahun 296-320 H/908-932 M)

II. Dari Bani Buwaih:

19.Al-Qahir Billah (tahun 320-323 H/932-934 M)

20.Al-Radli Billah (tahun 323-329 H/934-940 M)

21.Al-Muttaqi Lillah (tahun 329-333 H/940-944 M)

22.Al-Musaktafi al-Allah (tahun 333-335 H/944-946 M)

23.Al-Muthi’ Lillah (tahun 335-364 H/946-974 M)

24.Al-Thai’i Lillah (tahun 364-381 H/974-991 M)

25.Al-Qadir Billah (tahun 381-423 H/991-1031 M)

26.Al-Qa’im Bi Amrillah (tahun 423-468 H/1031-1075 M)

III. dari Bani Saljuk :

27. Al Mu’tadi Biamrillah (tahun 468-487 H/1075-1094 M)

28. Al Mustadhhir Billah (tahun 487-512 H/1094-1118 M)

29. Al Mustarsyid Billah (tahun 512-530 H/1118-1135 M)

30. Al-Rasyid Billah (tahun 530-531 H/1135-1136 M)

31. Al Muqtafi Liamrillah (tahun 531-555 H/1136-1160)

32. Al Mustanjid Billah (tahun 555-566 H/1160-1170 M)

33. Al Mustadhi’u Biamrillah (tahun 566-576 H/1170-1180 M)

34. An Naashir Liddiinillah (tahun 576-622 H/1180-1225 M)

35. Adh Dhahir Biamrillah (tahun 622-623 H/1225-1226 M)

36. al Mustanshir Billah (tahun 623-640 H/1226-1242 M)

37. Al Mu’tashim Billah ( tahun 640-656 H/1242-1258 M)

Pada masa kepemimpinan al-Mu‘tashim Billah terjadi peristiwa tragis yang menimpa kaum Muslim.

Peristiwa itu adalah serangan tentara Tartar, pada tahun 656 H, ke jantung Ibu Kota Negara Khilafah, di Baghdad.

Tentara Tartar yang dipimpin Hulagu ini menyerang kaum Muslim secara biadab. Perang yang berlangsung selama 40 hari itu, selain berhasil membunuh Khalifah, juga membunuh anak-anak dan pamannya. Sebagian dari mereka ada yang ditawan.

Dikisahkan, tidak seorang pun yang selamat dari pembantaian sadis tentara Tartar, kecuali mereka yang bersembunyi di sumur atau di kolong jembatan. Diperkirakan lebih dari satu juta penduduk menjadi korban kebiadaban pasuka Tartar.

Akibat serangan ini, kaum Muslim tidak memiliki khalifah selama kurang lebih tiga setengah tahun.

Pada tahun 658 H, tentara Tartar meyeberangi sungai Furat dan mereka sampai di Halb. Di tempat itu mereka menghunus pedang dan melanjutkan perjalanan ke Damaskus. Bersamaan dengan itu, kaum Muslim yang ada di Mesir tengah mengkosolidasikan kekuatan untuk menyongsong tentara Tartar dengan semangat jihad yang membara.

Saat itu, kaum Muslim dipimpin oleh Saifuddin Quthuz al-Mu‘izzi, yang menjadi sultan di Mesir, dengan gelar al-Malik al-Muzhaffar.

Al-Muzhaffar dan panglimanya, Ruknuddin Baybars al-Bandaqadari, memimpin pasukan Islam untuk menyambut serangan orang Tartar. Mereka bertemu di ‘Ayn Jalut. Kedua pasukan ini terlibat dalam pertempuran sengit pada hari Jumat, 15 Ramadhan.

Tentara Tartar akhirnya kalah telak dalam pertempuran yang sangat monumental di dalam catatan sejarah kaum Muslim.

Memasuki tahun 659 H, Dunia Islam belum juga memiliki seorang khalifah.

Akhirnya, didirikanlah kekhilafahan di Mesir. Al-Muntanshir-lah yang diangkat sebagai khalifah pertama Bani Abbasiyah di Mesir.

Dia adalah seorang keturunan Bani Abbasiyah, yang berhasil lolos dari pembantaian tentara Tartar, dan berhasil menyelamatkan diri ke Mesir. Sejak saat itu, pusat kekuasaan Islam berpindah ke Kairo.

Pembaiatan al-Muntanshir sebagai khalifah berlangsung pada tanggal 1 Rajab 659 H.

Para Khalifah masa Abbasiyah yang berpusat di Mesir :

1. Al Mustanshir billah II (taun 660-661 H/1261-1262 M)

2. Al Haakim Biamrillah I ( tahun 661-701 H/1262-1302 M)

3. Al Mustakfi Billah I (tahun 701-732 H/1302-1334 M)

4. Al Watsiq Billah I (tahun 732-742 H/1334-1354 M)

5. Al Haakim Biamrillah II (tahun 742-753 H/1343-1354 M)

6. al Mu’tadlid Billah I (tahun 753-763 H/1354-1364 M)

7. Al Mutawakkil ‘Alallah I (tahun 763-785 H/1363-1386 M)

8. Al Watsir Billah II (tahun 785-788 H/1386-1389 M)

9. Al Mu’tashim (tahun 788-791 H/1389-1392 M)

10. Al Mutawakkil ‘Alallah II (tahun 791-808 H/1392-14-9 M)

11. Al Musta’in Billah (tahun 808-815 H/ 1409-1426 M)

12. Al Mu’tadlid Billah II (tahun 815-845 H/1416-1446 M)

13. Al Mustakfi Billah II (tahun 845-854 H/1446-1455 M)

14. Al Qa’im Biamrillah (tahun 754-859 H/1455-1460 M)

15. Al Mustanjid Billah (tahun 859-884 H/1460-1485 M)

16. Al Mutawakkil ‘Alallah (tahun 884-893 H/1485-1494 M)

17. al Mutamasik Billah (tahun 893-914 H/1494-1515 M)

18. Al Mutawakkil ‘Alallah OV (tahun 914-918 H/1515-1517 M)

Masa kepemimpinan Bani Abbasiyah yang perpusat di Mesir berakhir tahun 918 H. Ini terjadi ketika kondisi politik saat itu sudah sangat tidak stabil. Di samping karena adanya konflik internal, yang menyebabkan persatuan khilafah lemah, juga karena adanya ancaman serangan orang-orang Portugis yang sudah sampai di Luat Merah. Pada saat itu, kekuatan Utsmani yang ada di Turki muncul di bawah pimpinan Sultan Salim. Akhirnya, khalifah Abbasiyah terakhir, al-Mutawakkil ‘Alallah (III) turun tahta dan menyerahkan kekuasaan kepada Sultan Salim.

Kepemimpinan Khilafah Utsmaniyah berlangsung dalam kurun waktu yang cukup lama, sekitar 424 tahun, dari tahun 918-1342 H (1512-1924 M). Khalifah pertamanya adalah Salim al-Ula dan yang terkahir adalah ‘Abdul Majid ats-Tsani. Banyak prestasi yang berhasil diraih Kekhilafahan Utsmaniah, di antaranya adalah penaklukan Konstantinopel. Mereka telah mendatangi Eropa sampai di Austria, lalu mengepungnya lebih dari dua kali. Negeri-negeri Eropa yang berhasil dikuasai antara lain Hungaria, Beograd, Albania, Yunani, Rumania, Serbia, dan Bulgaria. Mereka juga telah menguasai seluruh kepulauan di Laut Tengah dan menariknya ke dalam pangkuan Islam.

Para Khalifah masa Utsmaniyah :

1. Salim I (tahun 918-926 H/1517-1520 M)

2. Sulaiman al-Qanuni (tahun 916-974 H/1520-1566 M)

3. salim II (tahun 974-982 H/1566-1574 M)

4. Murad III (tahun 982-1003 H/1574-1595 M)

5. Muhammad III (tahun 1003-1012 H/1595-1603 M)

6. Ahmad I (tahun 1012-1026 H/1603-1617 M)

7. Musthafa I (tahun 1026-1027 H/1617-1618 M)

8. ‘Utsman II (tahun 1027-1031 H/1618-1622 M)

9. Musthafa I (tahun 1031-1032 H/1622-1623 M)

10. Murad IV (tahun 1032-1049 H/1623-1640 M)

11. Ibrahim I (tahun 1049-1058 H/1640-1648 M)

12. Mohammad IV (1058-1099 H/1648-1687 M)

13. Sulaiman II (tahun 1099-1102 H/1687-1691M)

14. Ahmad II (tahun 1102-1106 H/1691-1695 M)

15. Musthafa II (tahun 1106-1115 H/1695-1703 M)

16. Ahmad II (tahun 1115-1143 H/1703-1730 M)

17. Mahmud I (tahun 1143-1168/1730-1754 M)

18. “Utsman IlI (tahun 1168-1171 H/1754-1757 M)

19. Musthafa II (tahun 1171-1187H/1757-1774 M)

20. ‘Abdul Hamid (tahun 1187-1203 H/1774-1789 M)

21. Salim III (tahun 1203-1222 H/1789-1807 M)

22. Musthafa IV (tahun 1222-1223 H/1807-1808 M)

23. Mahmud II (tahun 1223-1255 H/1808-1839 M)

24. ‘Abdul Majid I (tahun 1255-1277 H/1839-1861 M)

25. “Abdul ‘Aziz I (tahun 1277-1293 H/1861-1876 M)

26. Murad V (tahun 1293-1293 H/1876-1876 M)

27. ‘Abdul Hamid II (tahun 1293-1328 H/1876-1909 M)

28. Muhammad Risyad V (tahun 1328-1339 H/1909-1918 M)

29. Muhammad Wahiddin II (tahun 1338-1340 H/1918-1922 M)

30. ‘Abdul Majid II (tahun 1340-1342 H/1922-1924 M