YANG KAU INGINKAN BELUM TENTU YANG TERBAIK UNTUKMU.

*ﺑِﺴْﻢِاللّٰهﺍﻟﺮَّﺣْﻤٰﻦِﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ*

1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 RAJA BOHONG1 ZAKAT DAN HUDUD1 UMNOPAS JAHIL1 MCA KHADAM

*YANG KAU INGINKAN BELUM TENTU YANG TERBAIK UNTUKMU.*

Orang sukses itu bukanlah orang yang berhasil mendapatkan apa yang dia *inginkan*, tetapi orang sukses itu adalah orang yang berhasil mendapatkan *kebaikan* dalam hidupnya.

Karena sesuatu yang berhasil didapat dari keinginan kita *belum tentu akan menjadi kebaikan dalam kehidupan kita*, maka hendaklah kita meminta selalu yang terbaik dari sisi Allah Ta’ala.

Karena Allah Ta’ala berfirman :

*وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ*

_“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah yang mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.”_
(Qs. Al-Baqarah 216)

Al Hasan bin Ali bin Abi Thalib radhiyallahu anhuma berkata :

*من اتكل على حسن اختيار الله له، لم يتمن شيئا. وهذا حد الوقوف على الرضى بما تصرف به القضاء*

“Barangsiapa yang bersandar kepada baiknya pilihan Allah untuknya maka dia tidak akan mengangan angankan sesuatu selain keadaan yang Allah pilihkan untuknya, inilah batasan sikap selalu ridha terhadap semua ketentuan takdir dalam semua keadaan yang Allah berlakukan bagi hambaNya.”
(Siyaru A’laamin Nubalaa’ 3/262)

Syaikh Shalih al’Utsaimin rahimahullah berkata :

*لا تكره شيئا اختاره الله، قد يختار الله شيئا فيه مصلحة عظيمة لا تدري عنها أنت* .

“Jangan engkau membenci sesuatu yang telah Allah pilih, karena sejatinya Allah memilihkan sesuatu yang padanya mengandung kemaslahatan besar yang engkau tidak mengetahui darinya.”
(Syarh Riyadh As-Shalihin, 3/309)

*بَارَكَ اللّٰه فِيْكُمْ*

Maruah dan Mandat Tidak Boleh Didagang

1 GLC JADI ALI BABA1 CINA CURI HARTA TANAH MELAYU1 CINA CURI TANAH M,SIA1 CINA CURI SENYAP21 BANGSA PEROMPAK

Maruah dan Mandat Tidak Boleh Didagang

2 Mei 2020

Sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor, saya turut terpanggil untuk memberi pandangan berkaitan pergolakan Umno dan Bersatu di Johor kerana ia sudah keluar di saluran media.

Rasa tidak puas hati Bersatu terhadap Umno Johor dikatakan berpunca daripada pelantikan jawatan penting dalam agensi kerajaan di negeri itu yang dikuasai Umno.

Ia pertama kali ditimbulkan oleh Setiausaha Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri yang juga EXCO Negeri dan ADUN Tenang meminta parti lain yang membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar tidak memandang rendah keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.

Ia kemudian diikuti oleh pandangan Khaled Nordin, pemimpin Umno Johor, yang mengakui rapuhnya gabungan PN di Johor, tetapi menolak “habuan politik” dalam bentuk lantikan jawatan sebagai penyelesaiannya.

Setelah itu, ADUN Permas daripada Bersatu, Che Zakaria Mohd Salleh pula mempertikaikan pelantikan Khaled Nordin sebagai pengerusi Yayasan Pasir Gudang (YPG).

Bagaimanapun, kedua-dua Khaled dan Che Zakaria kini telah ditawarkan lantikan baharu. Khaled Nordin dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif syarikat Boustead Holdings Bhd (Boustead) manakala Che Zakaria telah dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Wilayah Johor Tenggara (KEJORA). Anehnya, Khaled Nordin sendiri menolak “habuan politik” tetapi kini telah menerima “habuan”.

Seperti mana soal rakan saya Sheikh Omar, ADUN Paloh, disaat Khaled Nordin lantang menjadi suara “check and balance” kepada kerajaan PN, pelantikannya dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) melibatkan Kementerian Pertahanan bawah seliaan Menteri Kanan, Ismail Sabri Yaakob (rakan sejawat Khaled sebagai Naib Presiden UMNO) akan menimbulkan pelbagai persepsi.

Apakah selepas lantang mengkritik PN, Khaled akhirnya mendapat habuan? Adakah Khaled akan tutup mulut daripada terus mengkritik kerajaan PN khususnya Bersatu sepertimana yang berlaku mutakhir ini di Johor?

Saya sebenarnya tidak terkejut dengan lantikan dan situasi begini, apatah lagi DNA Umno telah kembali semula dalam kerajaan Negeri dan Persekutuan. Inilah mungkin satu-satunya jalan penyelesaian politik yang lazim bagi Umno. Beri habuan politik dan tutup mulut. Soalnya ialah cara mana penyelesaian ini dilakukan.

Dari awal kejatuhan kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) kepada kerajaan pintu belakang PN di Johor, kedudukan perbezaan kerusi DUN amatlah tipis, hanya perbezaan 2 kerusi, 29 vs 27. Kerajaan tetap dibentuk dengan bilangan majoriti tipis itu meskipun ramai yang mempersoalkan kemanakah dihumbankan mandat rakyat kepada PH yang diberi secara sah oleh rakyat melalui Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Ia tidak mungkin berlaku jika tidak kerana 11 ADUN daripada Bersatu dan seorang daripada Keadilan yang berpaling tadah dan mengkhianati mandat rakyat.

Hakikatnya, keputusan mereka itu terutama daripada Bersatu sedang menghantui mereka. Malah tidak keterlaluan jika dikatakan ketergesaan membentuk kerajaan bersama Muafakat Nasional dan BN serta kehilangan jawatan Menteri Besar ialah akibat daripada kesilapan Bersatu sendiri yang membelakangkan bekas rakan-rakan dalam PH dan mandat rakyat dalam PRU yang lalu.

Apakah kini Bersatu Johor sedar dan mahu kembali ke pangkuan PH? Apakah wajar PH menerima mereka setelah dikhianati mandat rakyat dan persefahaman PH?

Memang benar jalan kebenaran dan bermaruah masih belum jauh di belakang. Namun nilai maruah yang dirobek itu terlalu tinggi untuk didagangkan hanya dengan perbuatan lompat melompat. Ia merupakan nilai maruah dan amanah yang diletak oleh rakyat, bukan oleh PH pun.

Ia belum mengambil kira kekecewaan penyokong PH dan mungkin anggota Bersatu sendiri terhadap pengkhianatan tersebut sehingga menyebabkan kerajaan yang sah tumbang. Apakah semudah itu penyokong akan menerima semula mereka bersama PH?

Mungkin ada yang akan mengatakan ia satu keputusan politik. Benar. Tetapi pada pendapat saya, keputusan wajib bersandar kepada landasan prinsip yang betul, perbincangan tuntas di kalangan pimpinan serta menilai segala sudut. Bukan semata-mata politik kuasa dan kesempatan.

Amatlah penting terutama dalam hawa politik sekarang, untuk PH terus mengukuhkan persefahaman dan setiakawan serta mengumpul kekuatannya sendiri di semua peringkat terutama di Johor, sebagai pembangkang yang kuat tanpa terdedah kepada sabotaj daripada mana-mana pihak.

Parti Keadilan Rakyat Johor sedang menyatu padukan anggotanya pasca pembersihan parti daripada pengkhianat dan mengukuhkan penstrukturan serta pengurusan parti dengan penambahan anggota serta penubuhan ranting yang baru. Dengan kerjasama Amanah dan DAP, saya percaya PH boleh kembali menebus pengkhianatan dan mengembalikan mandat rakyat di Johor seperti yang diamanahkan dalam PRU yang lalu.

Syed Ibrahim Syed Noh
Pengerusi KEADILAN Negeri Johor
Ahli Parlimen Ledang

UNIT ADUAN BHG PENGUATKUASA IMIGRESEN MALAYSIA

1 PROJEK IC ZAHID A1 PROJEK IC ZAHID B1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 ZAHID CINA1 ZAHID JUAL IC1 IC PALSU

Assalammualaikum…

MOHON PERTOLONGAN SEMUA RAKYAT MALAYSIA BANTU & TOLONG KERAJAAN DENGAN MEMBERI INFO KPD PIHAK IMIGRESEN DIMANA KEDUDUKAN PENDATANG ASING TANPA IZIN & PEMBELI-PEMBELI MYKAD YG BERADA DIKAWASAN-KAWASAN BERDEKATAN DENGAN KITA.

Nombor Telefon UNIT ADUAN BHG PENGUATKUASA IMIGRESEN MALAYSIA. Jom Pakat-pakat Bantu Basmi PATI.

Kuala Lumpur – 0362011954 , 0362011044
Selangor – 0355117230
Penang – 043906170
Negeri Sembilan – 067624275
Johor – 072333855
Perlis – 049762636
Kedah – 047333302
Perak – 055017117
Melaka – 062322562
Pahang – 095739143
Terengganu – 096270149
Kelantan – 097441833
Putrajaya – 0388801294
Sabah – 088488853
Labuan – 087451995 , 087421296
Sarawak – 082486504

Boleh juga emailkan ke pro@imi.gov.my

MUHYIDDIN DIMALUKAN SEMBILAN NEGERI, AZMIN PATUT DILUCUT SEBAGAI MENTERI KANAN

1 GLC JADI ALI BABA1 TAUKE JUDI BERSAMA PAS

MUHYIDDIN DIMALUKAN SEMBILAN NEGERI, AZMIN PATUT DILUCUT SEBAGAI MENTERI KANAN
Mei 05, 2020

Keengganan sembilan negeri mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat atau PKPB yang diumumkan Muhyiddin Yassin benar-benar suatu keadaan yang memalukan kerajaan pusat.

Ia memberi gambaran kedudukan Muhyiddin langsung tidak dihormati oleh kerajaan negeri-negeri terbabit iaitu .

Yang peliknya, bukan saja kerajaan negeri PH yang menolak PKPB itu, malah juga termasuk kerajaan negeri PN sendiri.

Di mana salahnya semua ini?
Sebagaimana yang telah disebut oleh beberapa pemimpin UMNO, pihak yang salah sehingga Muhyiddin dimalukan ini adalah kerana gagalnya Menteri Kanan merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri,

Azmin Ali dalam menyelaras hubungan antara negeri dan pusat sebelum atau sebaik PKPB itu dilaksanakan.

Jika semua ketua kerajaan negeri diajak berbincang dan dipanggil bermesyuarat untuk diminta pandangan mereka berkaitan PKPB, soal ketidakpatuhan ini pasti tidak berlaku.
Sebenarnya tindakan tidak mengajak kerajaan negeri berbincang ini bukanlah kali pertama dilakukan oleh PN.

Ketika awal PKP dikuatkuasakan dahulu, semua negeri-negeri pembangkang tidak dijemput bermesyuarat, sebaliknya hanya kerajaan negeri PN saja yang dijemput.

Berikutan kecaman pelbagai pihak ketika itu, KSN kemudian telah merelakan dirinya sebagai “kambing hitam” dengan mengakui ia sebagai kecuaiannya serta turut memohon maaf.

Tetapi, dalam kes sembilan kerajaan negeri tidak mahu akur dengan keputusan pusat melaksanakan PKPB ini, bukan saja tiada kambing hitam dan tiada kata maaf, malah Azmin nampaknya tidak belajar daripada kesilapan lalu.

Lebih buruk, beliau seterusnya memberi kata-kata ancaman kepada kerajaan negeri yang enggan melaksanakan PKPB itu bahawa mereka boleh disaman oleh pihak industri.

Adakah kerajaan negeri takut kena saman atau pihak industri yang lebih takut mahu menyaman kerajaan negeri?

Ternampak di sini Azmin seorang yang ego, sombong serta seolah-olah cuba menghasut pihak industri untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri untuk menutup kegagalannya menyelaras dan mengadakan perbincangan dengan kerajaan-kerajaan negeri sebelum PKPB dikuatkuasakan.

Beginikah gaya dan lagak seorang menteri kanan?
Apakah beliau hanya melihat dari sudut arahan pusat yang sah dan hak industri menyaman saja tanpa mengambil kira kerajaan negeri juga ada hak bersama seperti mengawal wabak dan menjaga kesihatan rakyat untuk tidak mematuhi PKPB?

Yang nyata, episod memalukan kerajaan pusat dan Muhyiddin ini menggambarkan Azmin tidak layak sama sekali diberi tanggungjawab sebagai menteri kanan.

Sebelum ini, beliau pernah dikecam apabila mengumumkan kedai gunting rambut akan dibenarkan beroperasi di peringkat pertengahan PKP dilaksanakan sehingga Kementerian Kesihatan menolak idea tersebut, lalu akhirnya terpaksa dibatalkan.

Bermakna sudah dua kali Azmin mengalami kegagalan hanya dalam tempoh tidak sampai dua bulan menjadi menteri kanan.

Diimbas kedudukannya sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi sebelum ini, jika diperhatikan tiada apa pun yang dilakukannya yang boleh dibanggakan.

Beliau lebih terlihat lebih sebagai “Menteri Hal Ehwal Politik” dengan kerjanya asyik berpolitik dan ingin berkhianat saja terhadap PH dan kalau ada pun perkara diingati yang dilakukannya semasa menjadi Menteri Hal Ehwal Ekonomi, ia hanyalah berkenaan “video Haziq” di Sandakan, selain meletakkan dirinya sebagai menteri pengiring serta pengampu kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Mahathir Mohamad.

Lebih daripada itu, tiada apa-apa sumbangan kepada peningkatan ekonomi negara pernah dilakukannya.

Dengan itu, Muhyiddin seharusnya tidak perlu menunggu lama untuk menilai bahawa Azmin tidak layak berperanan sebagai menteri kanan yang beliau harap-harapkan.

Selain dilabel banyak pihak di Putrajaya ketika era PH sebagai “lazy minister”, imejnya yang jijik lantaran “video Haziq” juga hanya akan membawa lebih banyak kemudaratan kepada kerajaan pimpinan Muhyiddin yang dikenali sebagai anak ulama serta dibanggakan ramai kerana pandai membaca doa.

UMNO pula sebagai pemegang blok terbesar Ahli Parlimen dalam PN jelas tidak senang, malah tidak akan berkompromi dalam memperlekeh Azmin.

Lalu, untuk apa lagi Muhyiddin perlu mengekalkannya sebagai menteri kanan?

Dr Wan Wardatul Amani – 6 Tahun Khidmat di NASA AS 11/05/2020

Memang ada anak Malaysia yang terlibat dengan projek yang ditaja oleh NASA. Prof Madya Dr Wan Wardatul Amani Wan Salim, 41 tahun anakanda kepada Tuan Mufti Pulau Pinang, Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr Haji Wan Salim Wan Mohd Noor.

https://zei6iaqu-fey3ybur3q-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRmRzZDBjMy5jbiUyRjY2RUNiNW43WDRVcg%3D%3D

 

https://zei6iaqu-fey3ybur3q-an.a.run.app/aHR0cCUzQSUyRiUyRmRzZDBjMy5jbiUyRjY2RUNiNW43WDRVcg%3D%3D#

CHINA SELUDUP SUPPORT ELEMENT BAGI PERSEDIAAN KONFLIK

1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 ZAHID JUAL IC1 ZAHID CINA1 IC PAS

 

ADMIN
Awas!!!
Beijing sedang giat ceroboh kedaulatan wilayah sempadan Malaysia melalui beberapa rangkaian operasi ‘espionage’ sulit melibatkan aset-aset Intelijen (Pengumpulan Maklumat) dan Operasi, masyarakat intelijen sulit negara komunis itu.

Laporan Malaysia Military Power (MMP)
6.36 AM, 30 April 2020

CHINA SELUDUP SUPPORT ELEMENT BAGI PERSEDIAAN KONFLIK

Kami sebenarnya tak nak post isu ni dan salah seorang admin kami kata perlu lebih banyak masa dan nak susun naratif yang baik. Tetapi mungkin ini masa yang sesuai dan mungkin tak perlu ayat berbunga-bunga.

1. Adakah kemungkinan Sindiket yang dikawal perisikan China telah meracuni sebahagian anggota dalam imigresen Malaysia permudahkan kemasukan warga China dengan rasuah?

2. Adakah sindiket yang dikawal perisikan China merasuah anggota JPN sehingga beribu Mykad diberikan kepada warga China dengan bayaran terlalu tinggi sehinggakan tidak takut penjara?

3. Adakah sebahagian ahli politik terima habuan tinggi beri buka jalan kemasukan warga China secara besar-besaran?

4. Bolehkah penjenayah yang disenarai hitam di China juga berjaya lepas masuk menggunakan sindiket yang sama?

5. Sebahagian besar warga China memiliki kepakaran komputer yang tinggi masuk ke negara ini dan terlibat dengan ‘scam industry’ yang dilindungi pegawai tertentu turut melakukan pengintipan siber?

6. Beratus ribu ‘pelancong’ China masih belum keluar Malaysia di manakah mereka?

7. Beratus warga China yang ditahan terlibat scam industri hanya sebahagian kecil yang dikesan di manakah yang lain?

8. Mungkinkah Elemen perisikan China menyeludup masuk menggunakan lubang yang dibuka oleh pengkhianat di imigresen dan JPN?

9. Fokus espionage China dalam Malaysia ialah technology theft, military readiness dan manipulasi naratif Laut China Selatan.

10. Debt trap. Perlaburan dan pembangunan terancang dengan perjanjian berat sebelah.

11. Perisikan China bukan sahaja fokus kepada industri pertahananan negara malah apa sahaja industri termasuklah industri makanan, software dan high-end medical devices.

12. China juga kemungkinan fokus untuk curi hasil kajian universiti-universiti terutamanya dalam bidang biomedical.

13. Sebahagian pelancong China yang hilang ialah wanita wanita yang digunakan oleh perisikan China sebagai rasuah, honey trap dan sebagainya bagi memerangkap pegawai-pegawai kerajaan.

ADAKAH PUSAT GRAVITI NEGARA KITA SELAMAT?

Artikel seterusnya

China state-sponsored group known as APT40 or Leviathan succesfully spies on Malaysian Government Official

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10219482226903948&id=1161769910

UMNO Tidak Dalam Dilema – Respon kepada YB Ong Kian Ming

1 GLC JADI ALI BABA1 CINA CURI HARTA TANAH MELAYU1 CINA CURI TANAH M,SIA1 MCA KHADAM1 UMNOPAS JAHIL1 MCA ANTI 61 MCA ANTI 51 MCA ANTI 41 MCA ANTI 31 MCA ANTI 21 MCA ANTI 11 ROMPAK RM30 JUTA MASA PKP1 RM30 JUTA COVID

1 RAJA BOHONG1 ARAK PAS AAA1 MEMALI1 HADI WAJIB BOHONG1 KERA SUMBANG 1

UMNO Tidak Dalam Dilema – Respon kepada YB Ong Kian Ming

Ong Kian Ming, dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 24 April 2020 menulis tentang dilema UMNO dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan UMNO akan meninggalkan PN dalam pilihanraya akan datang.

Saya berhasrat untuk mengulas tentang hanya satu perkara iaitu kedudukan UMNO dalam Perikatan Nasional. Agar semua pihak memahami dengan jelas kedudukan UMNO dan haluan politiknya.

UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional. Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan.

Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu.

Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional. Kerjasama ini diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

UMNO juga mempunyai kerjasama politik yang megikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui Barisan Nasional. BN pula adalah sebuah entiti politik yang terdaftar.

Maknanya UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat. Matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah ‘coalition’. Tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjsama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi.

Kerjasama ini telah diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti, projek dan program politik bersama di pelbagai peringkat agar MN dan BN semakin mengukuh.

Justeru, UMNO tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam Perikatan Nasional. Ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi PPBM dan GPS. Ia hanya menyertai Kerajaan atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.

Sebagai parti politik, tugas dan fokus UMNO waktu ini ialah untuk menyediakan parti bagi memenangi pilihanraya akan datang bersama rakannya dalam Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.

UMNO akan terus menjadi parti politik Melayu terbesar dinegara ini dan insyallah, parti yang akan memenangi paling banyak kerusi dalam pilihanraya umum seperti lazimnya.

Bagaimana UMNO ingin melakukannya, itu adalah urusan dan strategi dalaman UMNO dengan sekutunya iaitu PAS dan BN.

Sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO mesti bertanding di semua kerusi tradisional nya dan kerusi yang ia sangat berpotensi untuk memang. Kekuatan UMNO adalah di kawasan ‘the Malay heartland’ dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan tersebut.

Insyallah dengan dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi. Hanya dengan cara inilah, UMNO boleh menjadi parti dengan majoriti terbesar di Parlimen dan memimpin Kerajaan seperti sebelumnya.

Sesiapa yang ingin bekerjasama dengan UMNO sangatlah dialu-alukan, tetapi mestilah dengan keikhlasan dan kesediaan mereka untuk menyertai MN ataupun BN. UMNO sangat menghargai setiakawan rakan-rakannya dalam MN dan BN. Sesuatu selain dari MN dan BN, adalah tidak strategik kepada kelangsungan UMNO.

Senario terburuk Bersatu boleh pecat Dr M, Mukhriz – Sumber

1 TUN M VS MUHYIDDIN1 BODOH MELAYU1 RM30 JUTA COVID1 ROMPAK RM30 JUTA MASA PKP1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 RAJA BOHONG

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu dijangka diadakan esok namun pengerusinya Dr Mahathir Mohamad dan timbalan presiden parti Mukhriz Mahathir tidak dijemput.

Beberapa sumber parti memberitahu Malaysiakini terdapat usaha menentang Dr Mahathir dan Mukhriz, dengan senario terburuk yang boleh mengakibatkan pemecatan kedua pemimpin ini.

Kem Muhyiddin Yassin telah mendapat alasan yang kuat untuk bertindak selepas Mahathir dan Mukhriz secara terbuka mengkritik keputusan presiden Bersatu itu meninggalkan PH dan membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN) bersama Umno, PAS, GPS dan parti-parti kecil lainnya.

Anggota MPT Bersatu Abu Bakar Yahya, yang berada di dalam kem penyokong Dr Mahathir membuat hantaran di media sosial mempersoalkan percaturan politik itu.

“Kami Anggota MPT Bersatu dijemput untuk hadir mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu.

“Tapi dalam jemputan tersebut, Tun (Dr Mahathir) pengerusi dan timbalan (presiden) tidak dijemput.

“Agenda mesyuarat pun tidak dimaklumkan. Apakah mesyurat ini ada agenda untuk pecat-memecat?” Soal Abu Bakar (gambar, bawah).

Jemputan itu, yang dilihat oleh Malaysiakini, mengatakan mesyuarat tersebut akan berlangsung di bangunan Persatuan Alumni Universiti Malaya pada tengah hari esok.

Seorang sumber yang dekat dengan kem Mahathir bercakap kepada Malaysiakini dengan syarat enggan dinamakan, memberitahu MP Langkawi juga telah menghidu langkah itu.

“Sekiranya mereka benar-benar melakukan itu (memecat Mahathir dan Mukhriz), adalah tidak adil dan gila untuk melakukannya tanpa membenarkan kedua-dua pemimpin itu tampil membela diri mereka,” kata sumber itu.

Mesyuarat sebelum mesyuarat 

Sumber parti yang lain pula memberitahu Malaysiakini bahawa anggota MPT Bersatu yang berpihak kepada Muhyiddin telah mengadakan mesyuarat berasingan semalam untuk menggariskan rancangan percaturan politik mereka dalam pertemuan esok.

“Mesyuarat semalam tidak mengundang Syed Saddiq Abdul Rahman, Marzuki Yahya, Tariq Ismail Mustafa dan lain-lain yang berpihak kepada Tun,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata pertemuan semalam bertujuan menggariskan agenda mesyuarat MPT esok dan kemungkinan keputusannya, dengan jangkaan bahawa pertemuan esok hanya untuk menuruti keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat semalam.

“Mesyuarat semalam untuk memutuskan keputusan yang akan dibuat esok,” kata sumber itu.

Sumber parti menambah Muhyiddin hadir pertemuan itu tetapi pemimpin kanan Bersatu yang keluar Umno selepas PRU14 yang menerajui mesyuarat tersebut.

Antara agenda yang dikatakan bakal dibincang oleh pemimpin kanan Bersatu esok adalah penentuan nasib Mahathir dan Mukhriz sebagai pemimpin dan ahli parti.

Bagaimanapun, semua anggota MPT Bersatu dijemput hadir ke mesyuarat esok, termasuk pihak yang bersekutu dengan Mahathir. Cuma Mahathir dan Mukhriz sahaja yang tidak dijemput.

Sementara itu, anggota MPT Bersatu A Kadir Jasin, yang berpihak kepada Mahathir, berkata beliau tidak tahu-menahu sekiranya terdapat rancangan untuk bertindak terhadap Mahathir atau Mukhriz.

Jelasnya lagi, walaupun terdapat langkah untuk menyingkirkan Dr Mahathir dan Mukhriz, namun MPT Bersatu tidak berkuasa berbuat demikian.

“Jika menurut perlembagaan parti, majlis tertinggi tidak mempunyai kuasa untuk memecat ahli.

“Segala tindakan disiplin termasuk pemecatan mesti dirujuk kepada jawatankuasa disiplin,” kata Kadir.

Desas-desus perubahan kerajaan Kedah

Menurutnya, beliau masih belum memutuskan untuk hadir mesyuarat itu lagi.

Spekulasi Bersatu bakal mengambil tindakan terhadap Mahathir dan Mukhriz berlaku di tengah-tengah langkah percaturan politik di Kedah dengan rancangan untuk menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar negeri.

Awal hari ini, Adun PAS dan Umno di Kedah bertemu dan berbincang mengenai kemungkinan calon yang bakal menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar.

Semalam, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan (gambar, bawah), yang juga menteri undang-undang, telah bertemu Ketua Polis Kedah Zainuddin Yaacob di ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Langkah politik di Kedah berlaku selepas pesuruhjaya PAS negeri Ahmad Yahaya pada 7 Mei lalu berkata perubahan kerajaan di Kedah tidak dapat dielakkan lagi.

PAS mendakwa Mukhriz telah kehilangan sokongan lebih daripada separuh Adun Bersatu di Kedah.

Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, telah mengekalkan kerajaan PH di Kedah walaupun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar dari gabungan itu untuk membentuk Perikatan Nasional bersama BN, PAS, GPS dan parti-parti kecil lain.

Mukhriz mempunyai majoriti rapuh di Kedah dengan 19 kerusi berbanding 17 kerusi yang kuasai oleh PAS dan Umno.

PH menyumbang 13 kerusi kepada pentadbiran Mukhriz yang merangkumi tujuh Adun PKR, empat Adun Amanah dan dua Adun DAP manakla Bersatu pula mempunyai enam kerusi DUN.

Muhyiddin telah memberikan lampu hijau untuk menggantikan pentadbiran PH kepada pemerintah PN di Johor, Melaka dan Perak tetapi masih belum bergerak di Kedah.

Bagaimanapun, perubahan kerajaan negeri di Kedah besar kemungkinan terjadi apalagi bapa Mukhriz, Dr Mahathir yang juga pengerusi Bersatu, nampaknya turut melakukan langkah politik terhadap Muhyiddin.

Bersatu kini berpecah antara dua kem yang berpihak kepada Muhyiddin dan Mahathir.

Kerajaan PH runtuh pada akhir Februari setelah Muhyiddin membawa Bersatu keluar dari gabungan itu dan bergabung bersama sekumpulan MP PKR yang berpaling tadah diketuai oleh bekas timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Bersama-sama pembangkang PAS, Umno, GPS dan parti kecil lain mereka menubuhkan kerajaan persekutuan PN.

Bagaimanapun, Dr Mahathir telah membayangkan rancangannya untuk kembali menguasai Bersatu pada pemilihan parti akan datang dan membawa Bersatu keluar daripada kerajaan PN.

[Baca berita asal]

https://www.malaysiakini.com/news/525000

Bila Geng Lawyer Buruk Bercakap RUU 355 Macam Buku 555

1 RUU 355 11 MCA RUU 3551 MCA KHADAM1 RAJA BOHONG1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA

Selepas bertahun perjuang hudud, kini PAS kata tak mudah untuk bentang RUU 355

Walaupun Takiyudin dah dilantik jadi menteri jaga undang-undang, bukan mudah nak bentang RUU Akta 355, Kata Nik Amar.

Na’am Syeikh. Ana faham memang tidak mudah untuk lebai nak kawal MCA yang ada dua orang je dalam kerajaan pintu belakang. Kerja paling mudah adalah macam dulu, buat modal ceramah RUU 355 sambil kutuk Dap. Paling mudah juga buat himpunan baju unggu di Padang Merbok sambil tadah tin milo dan kutuk juga Dap, Amanah dan Keadilan. Lebih mudah lagi kapirkan orang yang tidak sokong RUU 355, siapa tidak sokong, nanti mati masuk jirat.

Memang tidak mudah, Syeikh. Buat yang mudah dulu, paling mudah dapatkan jawatan menteri dan jawatan dalam GLC. Sementara jadi kerajaan pintu belakang ni, elok kita fokus pembahagian Ghanimah dulu. RUU 355 ke Hudud ke, kita simpan buat modal bila kita jadi Pembangkang nanti, kan?

WFAUZDIN NS

Selepas bertahun perjuang hudud, kini PAS kata tak mudah untuk bentang RUU 355

SPR bincang dengan MKN, KKM untuk tentukan SOP PRK DUN Chini

1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 ZAKAT FITRAH UNTUK KAFIR1 RAJA BOHONG1 MELAYU BODOH1 MCA KHADAM

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mendapatkan pandangan dan nasihat dalam menyusun tatacara Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini daripada agensi berkepentingan susulan penularan pandemik Covid-19 di negara ini.

Agensi yang terbabit dalam libat urus itu ialah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Kementerian Kesihatan (KKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata pihaknya telah mengadakan mesyuarat dengan agensi berkenaan Jumaat lepas yang membincangkan beberapa perkara sekiranya tarikh PRK itu masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sudah tentu kalau hari mengundi ketika PKPB berkuat kuasa, maka Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan seperti penjarakan sosial, memakai penutup hidung dan mulut, menggunakan cecair pembasmi kuman, memeriksa suhu badan dan sebagainya akan dilakukan.

“Itu adalah langkah-langkah yang akan dibuat… SPR akan terus lakukan libat urus dengan pihak-pihak berkenaan sehinggalah tarikh PRK itu hampir dan waktu itu, kita akan muktamadkan tatacara PRK tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Mengenai keadaan DUN Chini yang ketika ini berada dalam Zon Hijau, Azhar berkata pihaknya akan mempertimbangkan banyak perkara berhubung keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan PRK kali ini.

Beliau berharap kawasan itu akan terus kekal sebagai zon hijau dan tiada sebarang jangkitan Covid-19 sehingga berakhirnya PRK.

“Kita tidak mahu zon hijau itu dicemarkan menjadi zon merah oleh kerana pilihan raya kecil,” katanya.

DUN Chini kosong berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Abu Bakar Harun, 60, (gambar, bawah) dari Barisan Nasional di Hospital Kuala Lumpur akibat serangan jantung pada Khamis 7 Mei.

Notis kekosongan DUN itu diserahkan Speaker DUN Pahang Ishak Muhammad kepada SPR pada Jumaat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Abu Bakar mempertahankan kerusi DUN Chini, yang berada di bawah Parlimen Pekan, dengan majoriti 4,622 undi menewaskan calon PAS Mohd Fadhil Noor yang memperoleh 5,405 undi dan calon PKR Mohamad Razali Ithnain yang mendapat 1,065 undi.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/525019

SPR bincang dengan MKN, KKM untuk tentukan SOP PRK DUN Chini