Nilailah sendiri Pengerusi Prasarana yang baharu, kata bekas Menteri Pengangkutan

Nilailah sendiri Pengerusi Prasarana yang baharu, kata bekas Menteri Pengangkutan

1 MELAYU BODOH

Bekas Menteri Pengangkutan,  Anthony Loke Siew Fook meminta rakyat menilai sendiri apakah kualiti Pengerusi baru Kumpulan Prasarana, Tan Sri Tajuddin Abdul Rahman yang baru sahaja dilantik berbanding tokoh yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini.

Beliau memaparkan satu poster yang membanding bekas Pengerusi Kumpulan Prasarana yang dipecat oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Zaharah Ibrahim yang merupakan bekas Hakim Besar Malaya sebelum itu.

“Saya memaparkan sedikit maklumat latarbelakang pengerusi yang dilantik sebelum ini dan pengerusi yang baharu dilantik,” katanya sambil memuat naik poster itu dalam laman facebook beliau.

Kumpulan Prasarana merupakan syarikat operasi pengangkutan awam milik kerajaan yang paling besar dan penting dalam negara ini.

Semua operasi termasuk MRT, LRT, Monorel dan perkhidmatan bas Rapid adalah di bawah Prasarana.

Menurut  Anthony Loke, pengerusi yang dilantik untuk menerajui syarikat ini mesti mempunyai kredibiliti dan integriti yang tinggi.

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini melantik Tan Sri Zaharah Ibrahim iaitu bekas Hakim Besar Malaya yang tidak pernah mewakili mana-mana partik politik sebagai Pengerusi Kumpulan Prasarana pada November 2019 oleh bekas Menteri Kewangan Lim Guang Eng.

Kini bagi menyahut seruan kerajaan Perikatan Nasional (PN) melalui Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Takiyuddin Hassan yang mahukan semua anggota parlimen kerajaan persekutuan yang tidak dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri akan dilantik mempengerusikan agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Justeru, Kerajaan PN dilaporkan telah melantik Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman iaitu Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno sebagai Pengerusi Prasarana yang baharu.

Tajuddin pernah dipecat oleh Majlis Tertinggi Umno pada tahun 1995 kerana disyaki terbabit dalam politik wang RM6 juta untuk jawatan Ketua Bahagian Pasir Salak, beliau diterima semula Umno pada tahun 1998.

“Terpulanglah kepada pengguna-pengguna pengangkutan awam dan stakeholders yang terlibat untuk membuat kesimpulan masing-masing,” kata Anthony Loke di hantaran Facebooknya.

Nilailah sendiri Pengerusi Prasarana yang baharu, kata bekas Menteri Pengangkutan

KENYATAAN MCA BERKAITAN HUDUD MENGHINA YDPA SEBAGAI KETUA TERTINGGI DALAM AGAMA ISLAM ?

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2020/05/10/kenyataan-mca-berkaitan-hudud-menghina-ydpa-sebagai-ketua-tertinggi-dalam-agama-islam/

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s