KEJAYAAN UMNO VERSI 2

KEJAYAAN UMNO VERSI 2

1) Berjaya tundukkan Pas, dgn isu2 hudud tidak lagi diheboh2kan ditempat ceramah2 serta kuliah2 dimasjid. Begitu juga amanat Hj Hadi tidak lagi dimain2kan oleh parti pas, semuanya senyap sunyi seperti kura2 menyorok kepala dalam badannya.

2) Berjaya memburuk2kan DAP walaupun tidak ada kena mengena dgn parti itu serta berjaya menggunakan Pas sbg jurucakap Umno spt suatu masa dahulu

3) Umno berjaya mengkaburkan mata org Melayu dgn kleptokratnya sbg perasuah dgn menutup kesalahannya melalui bantuan2, umrah2, pakej haji percuma yg dulunya ditentang keras oleh pimpinan pas dan walaun walauncai di bawah.

4) Umno berjaya menarik Pas berjuang atas dasar ASSOBIYAH yg diperjuangkan selama ini. Sebelum ini Pas bermati matian berjuang menghapuskan dasar Assobiyyah yg jelas tidak menepati ajaran islam

5) Umno berjaya membawa pelbagai watak dlm sandiwara murahan utk menunjukkan kpd rakyat bhw merekalah pejuang rakyat, tetapi rupanya itu hanya permainan utk mengkayakan diri, kaum kerabat serta kroni

6) Berjaya menipu umat Melayu islam dgn slogan2 Melayu dan islam, tetapi kehidupan Melayu dan Islam semakin tidak terbela Ini dapat dilihat apabila Pulau Pinang jatuh ke tangan Gerakan, di salahnya pembangkang, begitu juga di Singapura , disalahnya orang lain. Begitu juga dgn Pulau Batu Putih Johor.

7) Kejayaan Umno juga dpt memecah belahkan org Melayu menjadikan byk parti2 melayu ditubuh spt Pas, Pkr, dan Bersatu. Umno akan sepak terajang tokoh2 yg berwibawa, dan sifat cemburu sesama sendiri terutamanya kerana niat perjuangan hanya pangkat dan jawatan.

8) Kejayaan terbesar umno adalah dpt mengharumkan nama Malaysia sbg negara KLEPTOKRASI yg dipimpin oleh Bossku Najib Razak

9) Berjaya menghilangkan rasa sifat malu pada pimpinannya yg rasuah. Cukup dgn slogan “Malu Apa Bossku” sehingga ustaz2 dan ahli2 agama pun terikut2 menyebutnya Menjadi satu kebanggaan pulak bila dapat menyebut depan PM serta dpt berselfie dgn muka tersengeh2 tanpa rasa malu

10) Berjaya menjatuhkan kerajaan sendiri dgn projek2 besar yg menaikkan kemarahan rakyat spt GST, dan 1mdb

11) Berjaya bersengkongkol dgn puak2 pengkhianat, utk menubuhkan gabungan Pengkhianat Negara PN, bagi merealisasikan sebuah Kerajaan Pengkhianat yg tidak mendapat mandat rakyat tetapi melalui percaturan sesama pimpinan khianat utk merebut pangkat dan harta ghanimah yg tersembunyi

12) Berjaya melahirkan macai2 umno yg sgt patuh arahan walaupun pimpinan atasannya adalah perasuah, penyanggak dan penyamun terkenal

13) Berjaya memberi dedak dan habuan dunia kpd pimpinan Pas , walaupun sebelum ini pimpinan pas bermati-matian melawan rasuah berupa dedak terutamanya bila dekat pilihanraya. Rupanya pimpinan2 pas juga telah terjerat dgn umpan ini kononnya berjuang atas nama islam, tetapi rupanya perjuangan mereka adalah utk perut dan isinya (taikk )

14) Umno berjaya melahirkan Penyamun2 dan penyanggak2 berkaliber dan pandai mencari projek2 yg boleh mendpt habuan ribu2an , juta2an ringgit dalam sekelip mata

*15) Kejayaan memperbodohkan rakyat yg bodoh tetapi gagal membodohkan rakyat yg cerdik *

#phbangkit
#pnpengkinatnegara

MENUTUP KESALAHAN DIRI DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN. ITULAH PROPAGANDA LICIK UMNO PAS

1 CINA CURI HARTA TANAH MELAYU1 CINA CURI SENYAP21 CINA CURI TANAH M,SIA1 BANGSA PEROMPAK

Siapakah yang masih percayakan DAP?

Terang-terang di depan mata kita DAP adalah perosak negara, yang masih menaruh harapan kepada DAP ketika ini hanyalah puak-puak PKR diketuai Anwar dan puak-puak PAN yang diketuai Mat Sabu.

Pada masa yang sama, ada satu puak Bunga yang diketuai Mahathir anak beranak pula, masih di dalam dilema, hilang punca seperti segumpal benang yang berserabut tenggelam punca untuk memilih sama ada mahu menyertai PH atau PN.

Manakala sebahagian besar bumiputera dan separuh non bumiputera mula serik setelah melihat dan merasa penangan 22 bulan PH menjadi kerajaan.

Lalu apa akan jadi kepada DAP sekarang? Mereka amat-amat kecewa dengan kegagalan PH yang tumbang sebelum sempat tiba separuh penggal pemerintahan. Hanya kerana tiba-tiba PM ke7 letak jawatan dan kuasa politik kembali dikuasai bumiputera islam dalam PN.

Ini menyebabkan DAP kecewa setelah perancangan licik mereka tersungkur ditengah jalan. Sebelum ini DAP cukup yakin dan bongkak dengan strategi sendiri, sebab itu DAP cuba memerintah negara dengan sifat angkuh sehingga berani ambil risiko menggadaikan segala aset negara dan sengaja menjatuhkan ekonomi negara demi kepentingan mereka sendiri.

Kerana mereka percaya dengan kesempatan mempergunakan peluang menyalahkan segala-galanya kepada DS Najib Razak yang dilambakkan pelbagai pertuduhan mahkamah walaupun tanpa bukti yang kukuh. Semua ini boleh menjadikan DAP dapat pertahankan kuasa sehingga berabad lamanya seperti mana yang berlaku di negara jiran.

Dalam masa yang sama DAP cuba mengubahsuai perlembagaan negara melalui ICERD dan Statute Rom tetapi kedua-dua ini berjaya digagalkan tetapi tetap tidak ambil iktibar kemarahan orang-orang melayu ketika itu.

DAP makin berani hingga melampaui batas mahu mengubah pemikiran orang-orang melayu dengan slogan Malaysia Baru yang mana hak kesaksamaan rakyat harus dipraktikkan.

Sebab itu DAP masih berani dan sengaja melebihi apa jua keuntungan kepada puak-puaknya sehingga mengabaikan dan menidakkan banyak kepentingan islam dan bumiputera. Ini untuk mempraktikkan hak sama rata sedangkan kedudukan orang-orang melayu dan bumiputera masih ketinggalan dalam pelbagai sudut terutama dari segi ekonomi.

DAP sengaja melakukan segala ini diawal pemerintahan dengan harapan akan U-turn 360 darjah ketika tiba masa hampir PRU15.

Iaitu menjelang kempen PRU15, DAP akan lambakan segala bantuan kepada islam bumiputera untuk beli jiwa dan cuba mencipta persepsi baru yang mereka sudah pulihkan ekonomi negara. Dengan ini DAP akan dianggap sebagai hero yang menyelamatkan Malaysia.

Tetapi perancangan licik ini gagal sebelum sempat menyempurnakan setengah penggal pemerintahan. Akibatnya DAP meninggalkan rekod terburuk dalam sejarah pemerintahan negara iaitu:

1. Ekonomi negara jatuh merudum, para pelabur lari meninggalkan negara secara besar-besaran.

2. Aset negara terutama aset bumiputera habis digadai dan dipindahkan.

3. Rizab dan kekayaan negara hampir habis dikikis.

4. Semua sektor GLC dan institusi bumiputera di bawah masuk puak-puak DAP sehingga Tabung Haji sendiri mencipta sejarah diletakkan akauntan bukan islam hingga memindahkan 19 bilion aset umat islam keluar dari Tabung Haji.

5. Meletakkan puak-puak DAP dalam portfolio perundangan hingga mereka boleh mencabul undang-undang mengikut kepentingan DAP sesuka hati, termasuk membebaskan kes rasuah Lim Guan Eng secara tergesa-gesa melalui pintu belakang.

6. Yang paling dahsyat DAP berani tipu rakyat dengan lancar tabung harapan memulihkan negara tetapi duit entah kemana, menipu Manifesto, menipu cara pemerintahan dan salah guna kuasa berluasa tanpa terkawal.

7. Semua portfolio penting kerajaan di masuk puak-puak DAP hinggalah portfolio agama dilantik menteri yang lebih mesra DAP dari islam.

Semua itu menyebabkan DAP dilabelkan sebagai perosak negara. Akhirnya DAP kecewa kerana kebodohan mereka sendiri.

Sedangkan ketika menang PRU14 mereka hampir-hampir diangkat sebagai hero negara. Ini akan menjadi realiti jika DAP berjaya memonopoli perundangan negara dengan menjadi DSN bersalah dalam semua pertuduhan walaupun tanpa bukti kukuh.

Sekarang DAP terjerat dengan agenda jahatnya sendiri. DAP sendiri bunuh jenama DAP yang gah sebelum PRU14, setelah ambil risiko bekerjasama dengan Mahathir.

Sekarang DAP amat terdesak untuk memulihkan imej DAP dengan mencipta propaganda menjatuhkan kerajaan PN. DAP masih menggunakan kaedah yang sama seperti mana mereka menjatuhkan DS Najib.

Persoalannya adakah rakyat akan terjun ke dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya?

Fikir2kan…

Lepas baca… Sebar luaskan.

 

MENUTUP KESALAHAN DIRI DENGAN MENYALAHKAN ORANG LAIN. ITULAH PROPAGANDA LICIK UMNO PAS

Untuk generasi baru yang tak paham propaganda politik orang jahat…ni aku kasi satu contoh..
KOMUNIS dulu ada orang Melayu dan Cina…tapi mereka yang berpolitik salahkan kaum cina saja untuk propaganda politik mereka…
Sama juga isu RBA yang TAK WUJUD .mereka cipta watak RBA demi POLITIK JAHAT mereka NAK LAGAKAN KAUM..
Benda macam ni bukan baru…tahun 70 dulu BILA SESAMA MELAYU BERGADUH mereka main isu lain seperti SOKONG UMNO KAPIR atau PAS PARTI AJARAN SESAT..
Waktu dulu isu kaum tak jadi isu kerana kaum cina kuat sokong BN dan MCA…
Sama juga Pas dan umno…sekarang isu kapir dan parti sesat DAH TAK JADI ISU kerana MEREKA DAH BERSAMA
Itu semua propaganda UNIT PERANG SARAF nak lagakan untuk politik mereka….
ALLAH BAGI AKAL..banyakkan membaca dan kembangkan minda…jangan hancurkan negara demi kepentingan POLITIK TAKSUB DAN MENJIJIKKAN…

#pnkhianat
#pHbangkit

ORANG MELAYU MEMANG SUKA KENA TIPU

ORANG MELAYU MMG SUKA KENA TIPU

Itu cara orang melayu berfikir. Suka pada retorik tak suka pada fakta. Bila kerajaan bg bantuan sikit dan PM baca doa masa kt TV itu lah kerajaan yg terbaik.

Tp utk jd kerajaan yg baik harus lebih dari itu. Harus melihat jauh dari itu. Seperti kata Queen Victoria of England 1863: kita mesti melihat kelangsungan bangsa kita 100 tahun ke hadapan.

Sbb tu negera mereka sudah berpuluh tahun masih mampu membayar elaun bulanan kpd rakyat nya yg kehilangan kerja. Tak tunggu Covid19, kerana 200 tahun dulu Kerajaan Inggeris telah meletakan asas ekonomi bangsa nya di landasan yg tepat dgn kepentingan ekonomi mereka tersebar ke seluruh dunia.

Berbalik kpd melayu yg kata Kerajaan PH tipu kata negara tk ada duit. Tiba2 kerajaan skg boleh keluarkan 250billion plk.

Orang melayu mmg mudah dan suka di tipu

1. 250billion tu mmg dah ada dlm bajet 2020 yg di luluskan di parlimen bulan oktober 2019. Duit tu mng dah ada.

2. Pakej rangsangan ekonomi kerajaan PN kalau di kira hanya mengambil tambahan 25billion shj. Itu pun dah duk u-turn sehari dua ni. Tak ada apa pun. Gebang kari jer

3. Dlm bajet 2020 (di luluskan 2019) termasuk lah bajet utk KKM telah di naikan sebanyak RM2billion tanpa mengambil kira pun serangan Covid19. Sbb bajet di luluskan pada oktober 2019, serangan Covid-19 masih belum kelihatan & di luar jangkaan setiap orang.

4. Kenapa kerajaan PH kata kita kena berjimat. Sbb kerajaan tk ada byk duit. Padahal dlm perbendaharaan ada 400billion

5. Di sebab kan hutang negara yg tinggi lebih dari 1trillion, tinggalan BN, kerajaan terpaksa membuat dasar kewangan yg berhati2 supaya negara tidak terlebih anggaran.

Hutang negara waktu itu
A. Hutang secara langsung 680billion ( kadar maksima yg di benarkan oleh undang2 )
B. Jaminan hutang oleh kerajaan 340billion. Termasuk 1MDB, HSR, ECRL, Bandar Malaysia dsb nya. ( Cara berhutang mengelak implikasi undang2. Tp Najib bijak guna jalan belakang )

6. Waktu kerajaan PH juga kerajaan sedang buat penyusunan semula sektor ekonomi dan GLC. Penstrukturan ekonomi akan memakan masa. Bukan boleh terjadi semalaman. Dua ke lima tahun pemulihan yg cukup besar adalah perkara biasa

Ini terbukti nya setelah 2 tahun TH, Khazanah, PNB mencatat kan keuntungan tertinggi dlm sejarah. Tp malang nya masa di umum kan PN dah rampas kuasa.

7. Kenapa kerajaan PH kata tk ada duit??
Mcm kita lah. Ada duit 400, nk belanja isi rumah 250, tinggal 150. Itu spare utk sebarang kemungkinan.
Dan waktu yg sama kena bayar hutang dan bunga hutang. Jd ada lah perlu utk berjimat cermat supaya negara tk semkin parah.

8. Mana PN dpt duit skg utk bg bantuan dlm keadaan Covid-19 skg?
A. Rezab sedia ada dan rezab khas kerajaan
B. “Pinjam” dari dana cash tabungan rakyat. KWSP, KWAP, LTAT, SOCSO, AMANAHRAYA, PNB, TABUNG HAJI. Di situ ada duit cash. Kerajaan nk bayar balik mcm mana?? Waullahualam .. boleh diam jer pun tk per. Sbb caruman KWSP KWAP SOCSO sentiasa ada caruman setiap bulan. Nak tau, minta YB tuan2 tanya dlm sidang parlimen akan datang.

9. Duit kita jugak di rolling. Duit kita anak2 kita, cucu2 kita, setiap bulan mencarum tp depa ambil bg ke kita balik dgn perkataan “bantuan utk rakyat / rangsangan ekonomi”

10. Kerajaan boleh jer nk bagi duit pada rakyat tiap2 bulan. Tp kesan nya membahayakan ekonomi negara secara jangka panjang.

11. Bila kerajaan tak ada duit Kerajaan akan buat tiga perkara. Dan tuan2 akan dpt lihat salah satu atau semua ini akan berlaku dlm waktu terdekat.
A. Pinjaman dana luar atau dana rakyat ( dari badan yg saya sebut di atas )
B. Kerajaan akan naik kan cukai atau perkenal kan cukai baru
C. Kerajaan akan cop duit banyak2. Masa tu inflasi akan meningkat.

TAMBAHAN
OK kecoh org UMNO & PAS ttg duit RM30 tu ya??
Itu bukan duit bantuan. Itu inisiatif kerajaan PH utk menggalakan seramai mungkin rakyat aktif kan e-wallet. Kenapa e-wallet.??

Sbb rakyat malaysia masih jauh ketinggalan dlm menafaat kan gig-econmy berbanding Thailand, Singapore, Indonesia dan lebih2 lagi China.

Sbb tu kita masih guna sistem kuno. Masih beratur depan BSN beratus2 orang bila kerajaan kata dpt BPN. Kalau setiap orang ada e-wallet, semua bantuan di salurkan k dlm e-wallet cepat pantas dan selamat.

Pembayaran apa pun skg byk e-wallet. Temasuk pasar malam di bandar2 utama pun dah guna ewallet. Supermarket kecil2 pun dah guna e-wallet dan QR pay. Grab, grabfood, online transaction, penghantaran wang dsb nya

payah nk faham??
Bermakna anda dh tua dan dunia ini kita harus siapkan utk generasi muda .. dunia dah berubah

JJdaLoneWolf
Kuala Lumpur
01 May 2020

Covid-19 Sepatutnya Mengajar Umnopas Untuk Mencari Penawar Bukan Merompak RM30 Juta Wang Rakyat.

1 COVID 19 81 RM30 JUTA COVID1 MENTERI BANK MALAYSIA1 SKANDAL MAKMAL

Rayulah Rahmat Allah di Sebalik Covid-19

Rahmat Allah kepada manusia, muslim dan non muslim amat luas dalam kehidupan di dunia. Kita melihat Allah mencipta penyakit dan Allah juga mencipta penawarnya.

تداووا، فإن الله عز وجل لم يضع داء إلا وضع له دواء، غير داء واحد الهرم

“Berubatlah. Sesungguhnya Allah tidak mencipta penyakit kecuali Dia mencipta juga penawar bagi penyakit itu, kecuali satu penyakit iaitu penuaan.”
(Riwayat at-Termizi)

Manusia akhirnya akan jumpa juga penyembuh bagi Covid-19 sebagaimana mereka menemui penawar bagi ribuan penyakit lain sebelum ini. Samada satu pengetahuan Allah campakkan kepada manusia tertentu lalu mereka menemui penawarnya. Atau akhirnya berlaku immuniti berkelompok sebagaimana yang diramalkan oleh sebahagian pakar perubatan.

Apa yang jelas, manusia perlu pelajari bahawa semua itu hanya berlaku dengan izin Allah. Di tanganNyalah segala sumber ilmu dan Dialah Penentu kepada segala sesuatu. Dengan rahmatNyalah berlaku wabak dan dengan rahamtNyalah berlaku kesembuhan.

Beruntunglah umat Islam yang beriman dengan keimanan hakiki. Mereka mengimani kuasa Allah itu sepanjang kehidupan mereka. Datang Covid-19, tiada lain yang mereka lakukan kecuali berusaha berdasarkan peraturan alam dan tunduk menyerahkan nasib sepenuhnya kepada Allah. Yang sihat selamat. Yang sakit pun selamat. Yang meninggal dunia juga selamat. Apabila wabak masih tersebar mereka sabar. Apabila Allah buka rahsia alam lalu wabak berhenti mereka bersyukur. Rahmat Allah menyelubungi kehidupan mereka dalam apa juga keadaan sepanjang masa.

Jangan sesekali kita jadi seperti manusia tanpa Tuhan yang mengurus wabak dengan kebingungan dan tekanan jiwa yang melampau. Meletakkan beban sepenuhnya pada ikhtiar. Menyaksikan kematian di depan mata tetapi masih tidak mahu berserah nasib kepada Allah. Sampai masanya apabila jumpa penawar, masih lagi tidak akan tunduk kepada Allah. Lalu hati mereka akan makin keras dan jiwa makin sombong merasakan bahawa formula itu dijumpai hasil kecerdikan mereka. Ternafi dari mereka hikmah di sebalik setiap wabak yang Allah sebarkan kepada manusia.

فَلَوْلَا إِذْ جَاءَهُم بَأْسُنَا تَضَرَّعُوا وَلَٰكِن قَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَزَيَّنَ لَهُمُ الشَّيْطَانُ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

“Maka alangkah eloknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri (serta insaf dan bertaubat) ketika mereka ditimpa azab Kami (seperti wabak Covid)? Tetapi yang sebenarnya hati mereka keras (tidak mahu menerima kebenaran), dan syaitan pula memperhiaskan pada (pandangan) mereka apa yang mereka telah lakukan.
(Al-Alaam: 43)

Di sebalik kesengsaraan yang ditanggung, tersembunyi rahmat Allah yang maha luas. Tunduklah kepadaNya berserah diri agar sentiasa dirahmati dunia dan akhirat.

SIFAT MEROMPAK RM30 JUTA DAN MENERIMA RASUAH RM90 ADALAH SIFAT MAZMUMAH YANG PATUT MALU KERANA KITA ADALAH ULAMAH YANG MENGAKU MAKSUM SEPERTI MALAIKAT, TETAPI ULAMAK PALING JAHAT DALAM SEJARAH DUNIA ISLAM PADA HAKIKAT.

Umnopas janganlah merompak wang rakyat semasa rakyat menderita Covid-19 dan PKP !

1 RM30 JUTA COVID1 KENYATAAN 11 KENYATAAN 41 KENYATAAN 31 MENTERI BANK MALAYSIA

Ramai usahawan muslim dan bukan muslim yang banyak menyumbang untuk ummah/masyarakat. Bila masuk fasa ketiga PKP, sudah tentulah ramai di antara mereka yang terjejas teruk pendapatannya. Bahkan ada yang terpaksa menutup bidang lama dan menukar kepada bidang baru. Cuma yang luar biasanya adalah, mereka menyokong PKP dilanjutkan.

Berkait dengan tulisan semalam (Rayulah Rahmat Allah di Sebalik Covid-19), di sinilah kita lihat kesan iman dan kefahaman Islam kepada seseorang manusia.

Rakan-rakan usahawan saya ini faham yang berikut dengan kefahaman yang mendalam:

1. Nyawa lebih penting dari harta. Menjadi kaya adalah suatu yang afdhal tetapi menjaga nyawa adalah kewajipan.

2. Maslahat (kepentingan) umum yang berkaitan orang ramai/masyarakat mesti diutamakan melebihi maslahat peribadi. Islam bukan agama yang hanya mementingkan individu dan agama Islam semata-mata, sebaliknya Islam adalah agama yang menjaga kepentingan bersama dalam masyarakat.

3. Rezeki di tangan Allah. Rezeki paling rendah adalah harta. Rezeki paling tinggi adalah iman. Nyawa dan kesihatan juga rezeki. Keluarga juga rezeki. Ketenangan juga rezeki. Mereka yakin dalam keadaan perniagaan terbantut, rezeki Allah dalam bentuk lain masih melimpah ruah.

مَنْ أَصْبَحَ مِنْكُمْ آمِنًا فِي سِرْبِهِ ، مُعَافًى فِي جَسَدِهِ ، عِنْدَهُ قُوتُ يَوْمِهِ ، فَكَأَنَّمَا حِيزَتْ لَهُ الدُّنْيَا

“Sesiapa di antara kamu yang bangun pagi dalam keadaan dirinya aman, tubuh badannya sihat, ada makanan untuk dimakan hari itu, maka seolah-olah telah dikumpulkan dunia (seluruhnya) kepada beliau.”
(Riwayat at-Termizi)

4. Mereka tidak pernah lupa bahawa mereka pernah susah satu ketika dahulu. Dan mereka bersedia untuk susah lagi sekali bila-bila masa yang diperlukan. Siap siaga mereka tinggi. Mereka orang kaya yang ‘simple’, boleh naik BMW … dan bersedia balik ke Kancil.

5. Mereka sentiasa berharap dan berdoa kepada Allah agar belas kepada mereka dalam segenap ketetapan takdir yang Allah tetapkan atas perniagaan mereka. Boleh dilihat dari iltizam mereka dengan solat berjemaah, tilawah dan ibadah lain yang mereka lazimi dari dulu.

Maha suci Tuhan yang melepaskan hambaNya dari segala kesukaran
Maha suci Tuhan yang melepaskan hambaNya dari segala belenggu
Maha suci Tuhan yang mengeluarkan hambaNya dari segala kesedihan
Maha suci Tuhan yang mengetahui segala niat yang tersembunyi
Maha suci Tuhan yang mengalirkan air di sungai dan di laut
Maha suci Tuhan yang apabila berkehendak sesuatu ia berkata ‘kun’ lalu terjadilah ia
Maha suci Tuhan yang ditanganNya segala khazanah dan kepadaNyalah kembali segala urusan

Maha suci Tuhan yang memberi hidayah, berilah hidayah kepada umat Islam agar tidak rasis dan berlaku zalim terhadap kaum yang bukan Islam.

Maha suci Tuhan yang Maha Adil, memberi rezeki kepada semua makhluk, bukan hanya pada bangsa melayu yang sentiasa mendakwa Islam pada nama tetapi semua bangsa melayu, cina dan india serta semua makhluk ciptaNya.

Di Malaysia orang melayu ramai yang Islam tetapi penganut agama Islam di benua India dan China lebaik ramai daripada jumlah keseluruhan penduduk Malaysia.

Ya Allah, lapangkanlah hati kami dengan meredhai agama Islam bukan milik orang melayu tetapi untuk semua bangsa dan semua bahasa tanpa mengira warna kulit dan rupa.

Dengan kebesaran kuasaMu ya Allah, kami bermohon thabatkanlah semua rakan-rakan usahawan kami agar sentiasa rindu kepada syurgaMu dan takut kepada nerakaMu.

Jangan biarkan ya Allah dunia menghijab mereka dariMu. Jadikanlah pencarian mereka terhadap dunia hanya seumpama pencarian bekalan seorang pengembara menuju akhirat.

Wahai Tuhan yang mengubah keadaan dan hal, ubahlah keadaan mereka kepada keadaan yang lebih baik sebagaimana yang Engkau kehendaki

Allahumma amin ….

UMNOPAS SANGGUP MENCURI DISAAT RAKYAT MENDERITA COVID-19

1 UMNO HINA BERSATU1 KENYATAAN 41 KENYATAAN 11 KENYATAAN 31 RM30 JUTA COVID1 MENTERI BANK MALAYSIA1 ROMPAK RM30 JUTA MASA PKP

Falsafah sesuatu negara akan menentukan cara bagaimana negara diurus. Beberapa persoalan asas dan cara fikr yang membezakan antara kita di Malaysia dan warganegara di US dalam menangani wabak Covid-19.

– Adakah nyawa manusia lebih penting dari harta ATAU aktiviti ekonomi lagi penting dari nyawa?

– Siapakah penentu kepada polisi negara; elit kapitalis ATAU kabinet?

– Rakyat terikat dengan peraturan yang dikenakan oleh pihak berkuasa ATAU rakyat berhak untuk memaksa pandangan mereka di dalam menentukan segala peraturan?

– Negara perlu mendidik dan memastikan rakyat mempunyai ketahanan diri yang tinggi ATAU negara cuma perlu memberikan kemudahan dan prasarana untuk rakyat mencapai apa yang mereka mahu?

– Rakyat perlu dididik untuk melihat tentera dan polis sebagai pelindung negara ATAU tentera dan polis boleh dibiarkan dilihat sebagai musuh yang mengekang rakyat?

Dan banyak lagi persoalan lain yang merupakan hasil dari falsafah yang menjadi dasar negara.

Bersyukurlah kerana Malaysia mengambil Islam sebagai asas kenegaraan. Walau pun tidak sepenuhnya dapat dilaksanakan, tetapi sebahagian yang dilaksanakan mampu menyelamatkan nyawa ribuan manusia.

Benci dan sayang kepada manusia biar berpada-pada.Kesederhanaan lebih baik dari perlampauan emosi.

1 ARAK PAS AAA1 ADIB1 HADI WAJIB BOHONG1 RENUNGAN MELAYU

Benci dan sayang kepada manusia biar berpada-pada.Kesederhanaan lebih baik dari perlampauan emosi.

Orang yang tubuhnya jijik, jangan diceritakan jijiknya itu kepada semua orang.Bukan semua aib manusia halal didedahkan secara bermewah-mewah.

Pelaku jenayah, serahkanlah kepada pihak berkuasa. Mereka akan bertindak, mengadili dan menghukum. Apa yang bukan tugas kita, janganlah kita lakukan.

Ada maklumat, kita cerita setakat yang pasti. Tak da maklumat, lebih baik diam dari tersilap berdusta tanpa sedar. Bukan semua yang didengari sesuai untuk disebarkan.

Macam mana keadaan kita masa susah akan bergantung macam mana cara kita masa senang.Hidup ini ada pusingannya, ada masa di atas dan ada masa di bawah. Belas yang ada dalam hati kita terhadap orang lain, akan menimbulkan belas dalam diri orang kepada kita di masa kita susah. Dan begitulah sebaliknya dengan perasaan benci.

Negara kita ketika susah dulu dipertahankan oleh datuk nenek moyang kita ….. bukan kita. Tak perlu bangga berlebihan kerana kemampuan kita belum pun diuji. Negara kita akan diuji …. isu Laut China Selatan dsb menunggu masa untuk meletup. Apa yang kita buat ketika negara susah, akan dinilai pula oleh cucu kita.

Jangan habiskan masa terlalu banyak di media sosial. Ini bulan Ramadhan. Kejarlah ganjaran Allah dalam bulan ini. Elakkan dari terbatal pahala sebab amal lagho yang kita buat.

Moga Allah menunjukkan saya dan pembaca sekelian ke arah yang diredhaiNya.

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

1 PADAH KERAJAAN PN1 ZIKIR SESAT

Ar-Rayyan Pintu Khas Syurga Untuk Orang Berpuasa

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Daripada Sahl RA, Nabi SAW telah bersabda: “Sesungguhnya dalam syurga ada satu pintu yang diberi nama Ar-Rayyan, iaitu pintu masuk bagi orang yang berpuasa di hari kiamat nanti. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut kecuali orang yang berpuasa. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana orang yang berpuasa?, maka orang yang berpuasa berdiri menghadap (memasukinya). Tidak akan ada seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada lagi seorang pun yang masuk melewati pintu tersebut”. (HR Bukhari No: 1896) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar dan kedudukannya di sisi Allah SWT sangat mulia di mana Allah SWT menyediakan pintu khas memasuki syurga yang dinamakan Ar-Rayyan kepada orang yang berpuasa. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke dalam syurga melaluinya dan tiada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak sahaja.

2. Imam al-Nawawi dalam Syarah Muslim menyebut: Hadis ini menunjukkan kelebihan puasa dan kemuliaan orang yang berpuasa.

3. Pintu tersebut dinamakan “Ar-Rayyan” yang berasal dari kalimah “Array” dari segi bahasa membawa maksud titisan air hujan yang pertama. Kiasan kepada orang yang berpuasa apabila memasukinya akan hilanglah segala kehausannya selama-lamanya sebagaimana apabila kita sesat di padang pasir yang panas dalam keadaan kehausan dan apabila disebutkan air maka akan terasa kehausan itu semakin berkurangan walaupun sebenarnya kita belum meminumnya lagi. Bayangkanlah apabila kita dapat menikmati air tersebut tatkala kehausan. Betapakah nikmatnya tidak dapat diperkatakan.

4. Al-Rayyan membawa maksud: Orang yang tidak merasa dahaga. Ia kalimah atau sifat yang sangat sesuai kepada orang yang berpuasa.

5. Berkata Mulla al-Qari: “Maksud al-Rayyan itu sama ada dirinya sendiri tidak merasa dahaga kerana terdapat banyaknya sungai-sungai yang mengalir dan buah-buahan yang berada di sampingnya atau kerana yang sampai kepadanya (memasukinya) akan hilang rasa dahaga pada hari kiamat.”

6. Syurga itu indah dan terlalu mahal harganya. Sudah pasti untuk memasukinya memerlukan rahmat Allah SWT yang Maha Luas. Di bulan Ramadhan ini, rahmat Allah SWT mencurah-curah untuk hamba-Nya yang berpuasa dan sudah disediakan kepada orang yang berpuasa satu pintu untuk memasukinya. Orang yang berpuasa Ramadan, pada hari kiamat akan memasukki syurga melalui pintu Ar-Rayyan (pintu yang dikhaskan kepada orang yang berpuasa).

Ayuh kita laksanakan ibadah puasa dengah sungguh-sungguh, semoga kita menjadi salah seorang yang akan memasuki syurga melalui pintu ar-Rayyan.

Semarak Ibadah Memacu Perubahan

Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa

1 MCA ANTI HUDUD1 PAS TOLAK HUDUD1 PAS TAAT MCA1 MCA RUU 355

Menghidupkan Malam Ramadan Menjadi Penghapus Dosa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Daripada Abu Hurairah RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa mendirikan Ramadhan (menghidupkan malam dengan solat sunat, tilawah, iktikaf, zikir dan lain-lain) kerana iman dan penuh keikhlasan (mengharap rahmat Allah), maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari No: 36) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Mendirikan Ramadan atas dasar iman bermaksud menghidupkan malam hari dengan solat sunat tarawih, solat witir, solat tahajud, tilawah al-Quran, iktikaf, berdoa, berwirid dan lain-lain amal solleh kerana meyakini akan amalan sunnah.

2. Ihtisab membawa maksud mengharap pahala semata-mata dari Allah SWT. Tidak merasa berat melaksanakan ibadah. Tidak dilakukan atas dasar riya’, mencari pujian atau hanya sekadar mengikuti kebiasaan orang sekitar.

3. Semoga ibadat qiam di malam hari sama ada untuk solat sunat, tilawah, zikir, doa, iktikaf mahupun bangun sahur, akan menjadi sebahagian daripada elemen menghapuskan dosa-dosa yang lalu

4. Antara ibadat di malam hari di bulan Ramadan ialah solat sunat Tarawikh. Orang yang solat sunat bersama imam hingga selesai solat, dituliskan baginya seolah-olah ia bersolat sepanjang malam. Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ ….. فَقَالَ إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الْإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ …

Daripada Abu Zar RA berkata, Rasulullah SAW bersabda: ‘Barangsiapa yang berdiri bersama imam (solat sunat malam), hingga selesai (hingga imam beredar) dituliskan baginya ganjaran pahala orang yang qiam sepanjang malam.’ (HR Tirmizi No: 734) Status: Hasan Sahih

Ayuh, pastikan kita dapat bersama solat tarawikh sama ada di masjid atau di rumah di musim PKP ini bersama imam hingga selesai kerana ganjarannya ditulis pahala seperti ia qiam sepanjang malam. Rugilah kita yang balik awal dari masjid atau tidak tunggu hingga selesai sedangkan imam masih bersolat.

Semarak Ibadah Memacu Perubahan