UMNO desak kerajaan segera tubuh RCI siasat pemberian Mykad

1 TAUKE MYKAD

1 PROJEK IC ZAHID C1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 ZAHID JUAL IC1 ZAHID CINA1 BODOH MELAYU

KERAJAAN PN PERLU TUBUHKAN SURUHANJAYA SIASATAN DI-RAJA (RCI) BAGI MENYIASAT PEMBERIAN KEWARGANEGARAAN (MYKAD) YANG DIRAGUI

Pada 12 September 2019, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pernah mengeluarkan kenyataan tegas mendesak Kerajaan Pakatan Harapan waktu itu untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI bagi menyiasat isu-isu berkaitan kelonggaran prosedur dan pelbagai dakwaan penyelewengan terhadap kes pemberian Kewarganegaraan (MyKad) yang diragukan.

Dengan pembentunan kerajaan baharu dengan nama Perikatan Nasional kini, sekali lagi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ingin tegaskan keperluan menubuhkan RCI ini bagi menjernihkan segala polemik yang terus menular dalam masyarakat berkenaan dengan pemberian kewarganegaran secara sewenang-wenangnya.

https://www.tuncarlos.com/2020/05/umno-desak-kerajaan-segera-tubuh-rci.html

BERSATU AKAN LONDEHKAN UMNO, UMNO DAH MULA MENCURI WANG RAKYAT.

1 UMNO HINA BERSATU1 ROMPAK RM30 JUTA MASA PKP

Kenyataan Media Pemuda AMANAH Nasional

6 Mei 2020

PEMUDA AMANAH MENYAMBUT BAIK PENDIRIAN ARMADA, PEMUDA UMNO USAH ‘SYOK SENDIRI’

1. Pemuda AMANAH menyambut baik pendirian Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) untuk kembali bekerjasama dalam koalisi Pakatan Harapan (HARAPAN). Pendirian ini selari dengan pandangan yang telah disuarakan oleh Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

2. Sebagai mengangkat prinsip perjuangan untuk membina Malaysia Baharu, Pemuda AMANAH juga merasakan perlu di peringkat kepimpinan tertinggi Pemuda HARAPAN untuk menetapkan terma-terma bagi mengukuhkan kerjasama ini agar ketumbukan anak muda mampu bergerak dengan kesepakatan yang lebih utuh dan mantap.

3. Di sisi yang lain, Pemuda UMNO tidak perlu ‘syok sendiri’ dengan kenyataan mempersenda pendirian ARMADA itu kerana mereka menjadi kerajaan hari ini pun tanpa melalui peti undi yang dipilih rakyat. Bagaimana kerajaan tanpa mandat rakyat boleh berpesan agar orang lain bertindak memenuhi mandat rakyat? Pesanan itu tidaklah salah, cuma sekali baca dan dengar kelihatan kelakar dan menghiburkan.

SHAZNI MUNIR MOHD ITHNIN
Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Skandal RM30 juta kini dihalakan kepada Datuk Dr Noor Hisham, KSU dan PH

 

Skandal RM30 juta kini dihalakan kepada Datuk Dr Noor Hisham, KSU dan PH

1 RM30 JUTA COVID1 KENYATAAN 21 KENYATAAN 41 SKANDAL MAKMAL

Ketika pelbagai dakwaan dihalakan kepada para pegawai kanan lantikan politik di Kementerian Kesihatan Malaysia, ekoran pecah skandal RM30 juta di kementerian itu, para pegawai kanan kementerian serta Pakatan Harapan (PH) kini yang menjadi mangsa.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min kini yang didakwa terlibat secara langsung dalam skandal RM30 juta pembinaan makmal dan pembelian peralatan kesihatan itu.

Seorang petugas media sosial Umno, Hafizi Harris,  mendakwa Ketua Pengarah Kesihatan adalah pihak yang terlibat dalam mengawal teknikal projek manakala KSU menandatangani pesanan itu (LOA) di samping menyindir mereka adalah lantikan Pakatan Harapan.

Sambil meletakkan gambar kedua-duanya bersama surat kelulusan projek yang ditandatangani oleh KSU Datuk Seri Chen itu, Hafizi mendakwa syarikat berkenaan mendapat projek RM30.5 juta.

“KP Kesihatan mengawal teknikal projek, KSU menandatangani LOA. Syarikat dapat projek RM30.5 juta dan lebih hebat dapat ‘advance’ RM15.2 juta.

“Syarikat hartanah bukan bumiputera dapat projek makmal secara rundingan terus. Hebat pegawai era zaman PH.

“Tulah dulu sepatutnya tukar tapi..,” tulis Hafizi dalam facebook beliau yang kini menjadi tular di media sosial.

Ekoran itu, ramai aktivis media sosial yang mengulas dakwaan itu. Antaranya menulis, “Baik punya spin.”

Sebelum ini, lima pegawai kanan Pejabat Menteri Kesihatan didakwa ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) ekoran terdedahnya skandal RM30 juta itu.

Namun begitu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Sri Ahmad Khusairi Yahaya memaklumkan berita berkenaan adalah palsu.

Serangan kepada Datuk Noor Hisham dan Datuk Seri Dr Chen bermula di satu laman web bernama Sabahkini2.

Laman itu mendakwa, KP Kesihatan mengawal teknikal projek, KSU menandatangani LOA. Syarikat dapat projek RM30.5 juta dan lebih hebat dapat ‘advance’ 15.2 juta.

Syarikat hartanah bukan bumiputera dapat projek makmal, kata laman itu.

Sebelum ini, blogger dan aktivis Umno Wilayah Persekutuan, Zaharin Mohd Yassin antara pihak yang awal menulis tentang skandal RM30 juta ini.

“Isu rasuah di Kementerian Kesihatan jika di tutup dengan batu konkrit. Adakah anda fikir bau busuk tidak keluar,” tulis Zaharin pada 4 Mei.

Pada hari yang sama, Zaharin menulis lagi, “Khabar seorang pegawai Menteri kata.. ‘Saya buat utk boss’. Dari segi moral apa yang berlaku kes rasuah di satu Kementerian itu arahan Menteri. Punya bongkak pegawai khas menteri ini.”

Beliau juga menulis, “Kerajaan Mahyuddin Yasin jangan cuba melindungi apa juga penyalah gunakan kuasa oleh sesiapa sama Menteri dan jajaran pegawai dalam pejabat Menteri. Benarkan SPRM dengan tugasnya. Jangan di halang. Itu sahaja saya nak cakap.”

Sebelum ini juga, pelbagai pihak menggesa agar SPRM dan polis menyiasat dakwaan skandal ini dengan segera dan telus.

Timbalan Ketua Pemudanya, Shazni Munir Ithnin mempersoalkan bagaimana sebuah syarikat dengan skop perniagaan dalam bidang pembangunan hartanah, boleh menerima projek yang memerlukan kepakaran khusus dalam bidang kesihatan.

Beliau juga meminta agar siasatan dilakukan secara adil dan menyeluruh serta melakukan pendakwaan segera terhadap semua pihak telibat.

Skandal RM30 juta kini dihalakan kepada Datuk Dr Noor Hisham, KSU dan PH

Apa yang dikejar Muhyiddin sebenarnya

1 TSMY STRESS1 MUHYIDDIN KDN1 TUN M VS MUHYIDDIN1 BODOH MELAYU

Apa sebenarnya yang dikejar Muhyiddin dalam kerjaya politiknya? Apa yang diimpikan buat partinya, Bersatu?

Saya tidak mengenali dari dekat sosok yang secara tiba-tiba menjadi perdana menteri melalui “rampasan kuasa” ini. Cuma keberaniannya menentang Najib Razak, dalam skandal mega 1MDB mengujakan.

Namun, saya rasa dia keletihan mengawal anggota kabinetnya; masing-masing lebih pentingnya diri dan parti sendiri, selain berdepan pandemik Covid-19.

Dia bawa keluar Bersatu dari PH kerana takut kalah dalam PRU15, mungkin alasannya DAP nampak terlalu dominan dalam PH.

Keputusan PRK Tanjung Piai barangkali menyentaknya. Masyarakat Melayu berjaya ditakutkan bahawa Islam terancam di bawah PH. Sedangkan pengundi bukan Melayu khususnya Cina di wilayah paling selatan daratan benua Asia itu pun mengundi calon BN. DAP hanya jadi kambing hitam atas kelemahan Bersatu.

Daripada segi ini, nampak Muhyiddin bukan watak seorang pejuang sejati dan pemimpin bertanggungjawab. Dia lari daripada berdepan realiti yang rencam. Dia turut terpengaruh dengan tohmahan yang sarat rasis. Sepatutnya isu berkaitan DAP itu ditangani secara holistik dan bijaksana, bukan dengan bakar kelambu.

Ya, impian jadi PM sudah tercapai meskipun terpaksa khianati mentornya, Mahathir. Tapi apa masa depan partinya, Bersatu?

Mungkin dia boleh pertahan jawatan presiden Bersatu atas kapasiti seorang perdana menteri.

Seperti dia mengagihkan habuan buat pemimpin komponen Perikatan Nasional, apalah sangat untuk mengikat sokongan dalam parti?

Tetapi apa akan jadi pada Bersatu dalam PRU15 nanti. Umno awal-awal lagi menzahirkan rasa tidak hormat padanya.

Umno terima jawatan kabinet, menteri besar, ketua menteri, ketua agensi kerajaan, pengerusi GLC dan tangkas bolot peluang daripada projek2 besar, tapi tak mahu bersekutu dalam Perikatan Nasional. Apa sudah jadi ini? Apa punya kredibiliti sebuah parti?

Umno tidak segan-silu mahu kembalikan warisan BN dahulu, yang penuh korup itu. Umno tak mahu berkongsi kuasa secara adil dengan parti-parti lain.

Umno akan bunuh parti-parti saingannya, seperti Bersatu, terutama di konstituensi Melayu. Pengalaman sekejap Pas dalam BN dulu menjadi bukti kecil.

Umno bersama dalam kerajaan pintu belakang ini hanya kerana kepentingan dan survivalnya.
Umno mahu selamatkan pemimpinnya yang sedang didakwa di mahkamah.  Umno mahu dapatkan balik dana untuk hadapi PRU15.

Umno mahu pastikan, saingan utamanya, Pakatan Harapan, berentap dalam PRU15 bukan atas kapasiti kerajaan.

Umno percaya parti kerajaan ada kelebihan dalam pilihan raya. Umno manipulasi segalanya demi survival politik.

Jadi, apa yang Muhyiddin dapat selepas ini?

Mampukah dia berlawan dengan Umno atau dia sekarang sedang ditarik perlahan-lahan ke dalam Umno semula?

Di antara tiga parti Melayu — Bersatu, Umno dan Pas — parti bunga raya itu merupakan parti paling lemah, belum berpengaruh, tiada pengalaman, kurang sokongan akar umbi. Bersatu mungkin hilang dalam lipatan sejarah dalam waktu singkat di bawah Muhyiddin.

Apa yang dikejar Muhyiddin sebenarnya

8 MEI PERGINYA 2 INSAN MULIA

8 Mei: Perginya dua tokoh, Yusof Rawa dan Ismail Kamus

8 Mei: Perginya dua tokoh, Yusof Rawa dan Ismail Kamus

LUMRAH hidup manusia berputar antara kelahiran dan kematian. Keduanya adalah ujian untuk melihat manakah antara kita yang baik amalannya bila bertemu Pencipta manusia.

2. Hari ini 8 hb Mei seorang ulamak yang amat dikenali sejak awal 80an suaranya kedengaran di radio dan TV Malaysia. Majlis ilmunya memenuhi masjid dan majlis resmi menjelaskan bagaimana cara hidup Islam dipraktikkan. Suara umpama permata itu sudah tiada pada hari ini, hari ke 15 umat Islam berpuasa.

3. Namanya umpama tuan tubuh seperti ‘Kamus’ menjelaskan makna setiap kehidupan kita perlu berlandaskan syariat. Beliau ialah Ustaz Ismail Kamus sentiasa membuatkan orang tak kering gusi mengikuti kuliahnya, mendalam nasihatnya. Pedas kritikan sosialnya disulam dengan panduan adab-adab bermasyarakat dalam Islam.

4. Saya sempat mengenalinya secaral bersemuka pada hujung tahun 70an apabila beliau dijemput berceramah di Masjidĺĺ Melayu Lebuh Acheh Pulau Pinang atas jemputan Allahyarham ayahanda Haji Yusof Rawa. Pada umur persekolahan, saya sudah tertarik dengan gaya kupasannya yang mudah dan bernas. Saya membeli bukunya beberapa tahun kemudian antaranya ialah Hidup Bersyariat. Allahyarham meninggalkan bekas mendalam kepada ramai rakyat Malaysia dan antara perintis awal era kesedaran Islam di Malaysia sejak 70 an lagi.

5. Pada hari ini juga 8hb Mei, tarikh yang sememangnya senantiasa tersemat dalam diri saya kerana ia adalah hari kelahiran ayahanda saya Tuan Guru Haji Yusof Rawa iaitu 98 tahun yg lalu. Sentuhan didikannya amat mendalam kepada kami kesebelasan adik beradik. Hidupnya yang penuh keilmuan, keusahawanan dan perjuangan membawa beliau merantau dunia dan berkhidmat untuk negara dan watan tercinta.

6. Pernah bertugas sebagai wakil Malaysia ke PBB New York tahun 1973, Timbalan Menteri 1974-75 dan Duta Besar Malaysia ke Iran 1976-79. Dari sudut perjuangan politik bermula dari bawah sebagai ahli PAS pada awal penubuhannya hinggalah ke jawatan tertinggi Presiden dan Mursyidul Am. Amat berendah diri tetapi tegas dengan prinsip Islam sederhana dan menolak sebarang ideologi keras dan takfiri.

7. Apa yang menarik kepada kedua tokoh ini ialah mereka amat menitikberatkan zikrullah sebagai asas kekuatan. Ayahanda Haji Yusof Rawa sering ingatkan kami tentang perlunya solat dijaga, zikir sentiasa membasahi bibir dan jangan berhenti dari melakukan kebaikan kepada manusia. Tuan Guru Datuk Ismail Kamus dalam banyak nasihatnya kepada anak muridnya tidak ketinggalan mengingatkan perkara yang sama dan secara khusus menyebut ‘banyakkan sedekah’ dalam kehidupan.

8. Bawa diri masing-masing bertemu Allah melalui amalan sendiri maka dibekalkan wirid dan doa pada setiap kali memberi nasihat adalah cara berdakwah kedua tokoh ini.

9. Setiap tanggal 8 Mei dan hari-hari berikutnya adalah tanda sebuah kelahiran sebagaimana ia adalah juga tanda sebuah kematian. Bezanya 8 Mei bagi saya ialah kehadiran dua tokoh ini dalam berbaki kehidupan saya. Keduanya memberi kesan kepada saya dari sudut pengertian hidup bersyariat, berzikir sebagai ikhtiar kekuatan dalaman dan mempertahankan kehidupan Islam atas landasan Rahmatan Lil Alamin.

10. Mati kita hanya sekali, hidup kita dua kali. Kehidupan pertama sementara sedangkan keduanya kekal abadi. Kehilangan Tuan Guru Datok Ismail Kamus pada hari ini pasti terpahat di ambang kita memasuki era normal baru. Kelahiran Tuan Guru Haji Yusof Rawa pula pada hari ini adalah ingatan kepada apakah bakal corak perjalanan kehidupan kita nanti. Untuk keduanya marilah kita doakan ke hadrat ilahi mereka dikurniakan syurga dan keampunan dari Pencipta kehidupan dan kematian. Al Fatihah!

————————————

Penulis adalah Naib Presiden AMANAH yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar

8 Mei: Perginya dua tokoh, Yusof Rawa dan Ismail Kamus

Pemuda Umno ‘gelabah’ selepas Armada umum mahu kembali bersama PH

Pemuda Umno ‘gelabah’ selepas Armada umum mahu kembali bersama PH

“Kenyataan Ketua Pemuda Umno ini dilihat tidak mencerminkan jiwa kepimpinan yang sayangkan negara dan lebih kepada perasaan ‘gelabah’ diatas apa yang diputuskan oleh Armada itu yang boleh menggoncangkan lagi kekuatan Kerajaan PN yang semakin lemah,” kata Abbas.

Ketua Pemuda Umno, Dr Asyraf Wajdi Dusuki disindir sebagai ‘gelabah’ selepas Pemuda Bersatu (Armada) Pusat mengumumkan mahu kembali bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).

Oleh itu, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional, Abbas Azmi berkata, Istilah bahawa Armada tidak mempertahankan mandat rakyat adalah kenyataan yang tidak relevan dan sukar diterima.

“Kenyataan Ketua Pemuda Umno ini dilihat tidak mencerminkan jiwa kepimpinan yang sayangkan negara dan lebih kepada perasaan ‘gelabah’ diatas apa yang diputuskan oleh Armada itu yang boleh menggoncangkan lagi kekuatan Kerajaan PN yang semakin lemah,” kata Abbas dalam satu kenyataannya.

 

Abbas turut berkata, Asyraf mungkin terlupa bahawa Umno yang sebenarnya telah ditolak rakyat, manakala Bersatu sebelum ini telah pun menjadi kerajaan bersama PH dengan mandat yang sah dari rakyat.

“(Sementara) pembentukan PN hanyalah dari hasil suntikan perkauman dan agama sempit. Maka langkah menumbangkan kerajaan PH dilakukan sekaligus kerajaan ini yang menidakkan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) yang lalu.

“Langkah Sheraton telah mengumpulkan sokongan ahli Parlimen yang terlupa mereka dipilih oleh rakyat. (Tetapi) mereka pula memberi mandat kepada pembentukan kerajaan tanpa pilihanraya.

“Mahu membela rakyat tapi membentuk kerajaan tanpa mandat mereka? Umno juga terlibat secara lansung dengan pembentukan kerajaan ini sekaligus memperlihatkan kerakusan mereka mahu berkuasa sehingga tidak mempedulikan peranan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, Asyraf “mengalu-alukan” cadangan Pemuda Bersatu (Armada) yang mahu memutuskan kerjasama dengan mereka jika bersungguh-sungguh mahu kembali bersama Pakatan Harapan (PH).

Namun, beliau mendakwa, jika mereka berbuat demikian, rakyat akan menghukum mereka kerana mempermainkan mandat rakyat dengan sewenang-wenangnya ketika orang ramai gelisah menghadapi Covid-19.

Dalam pada itu, Abbas berkata, sewajarnya Asyraf mengucapkan syabas kepada pimpinan Armada yang faham dan sayangkan sistem pemerintahan negara yang diamalkan sekian lama.

Malah katanya, adalah lebih baik Asyraf memfokuskan untuk membuat tawaran segera kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyertai Umno dengan mengambil kira faktor percaturan politik untuk menstabilkan parti itu.

Tambahnya, jika ia menjadi realiti, pembentukan PN malah tidak lagi diperlukan.

“Hanya dengan koalisi Muafakat Nasional antara BN dan Pas, sudah cukup untuk memerintah Malaysia. Keadaannya tetap sama, kerajaan tanpa mandat rakyat,” ujarnya.

Pemuda Umno ‘gelabah’ selepas Armada umum mahu kembali bersama PH

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof menerima usul yang dikemukakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin tidak mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

Dalam satu kenyataannya yang didedahkan oleh Bernama Radio melalui twitternya itu, Mohamad Ariff berkata, usul Tun Dr Mahathir di bawah Peraturan Mesyuarat 27(3) diterima untuk dibawa ke mesyuarat Dewan Rakyat yang dijangka bersidang 18 Mei ini.

“Selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat, saya perlu meneliti dan memastikan segara usul yang dikemukakan hendaklah menepati serta mematuhi peruntukan peraturan-peraturan majlis mesyuarat yang sedia ada kerana pada hemat saya ia sebahagian dari keluhuran undang-undang,” kata Ariff dalam satu kenyataan yang tarikhnya adalah 9 Mei 2020, iaitu esok itu.

Namun ia kemudiannya diperbetulkan kepada 8 Mei 2020, hari ini.

Dalam kenyataan itu, Ariff menyebut beliau telah menerima usul dari tiga Ahli Parlimen iaitu Datuk Liew Vui Keong (Batu Sapi), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna) dan Tun Dr Mahathir Mohamad (Langkawi).

Dr Mahathir telah mengemukakan dua usul iaitu meminta Yang Dipertua Dewan yang ada dikekalkan hingga dibubarkan dan usul tidak percaya lepada Perdana Menteri.

Usul kekalkan Yang Dipertua Dewan iaitu beliau sendiri telah ditolak oleh Ariff.

Dalam kenyataannya Ariff memaklumkan, mesyuarat pada 18 Mei ini akan dimulakan dengan Istiadat Perasmian Parlimen dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong.

Ia kemudiannya akan disusuli dengan mesyuarat Dewan Rakyat yang hanya akan membincangkan Usul Urusan Kerajaan dan Rang Undang-undang.

Sebelum ini, seorang peguam Perlembagaan, Dr Zulqarnain Luqman yakin, jika Ariff menerima usul ini bermakna ia akan dibahaskan.

“Mengenali Mohamad Ariff, saya yakin jika usul ini diterima oleh beliau, bermakna ia akan dibawa ke dalam mesyuarat 18 Mei ini kerana beliau orang yang mengikut undang-undang bukan mengikut kehendak pihak-pihak tertentu,” kata Zulqarnain.

Namun begitu, Malasiakini melaporkan, jika usul dari kerajaan banyak, boleh jadi usul dari Tun Dr Mahathir ini tidak sempat dibahaskan kerana kebiasaannya Speaker akan mengutamakan urusan kerajaan.

Speaker sahkan usul tidak percaya kepada PM diterima untuk dibahas

Perbezaan Hukum Arak Pada Pemuda Pas Dan Hukum Arak Pada Menteri Agama ?

Arak dibenar jual ikut nisbah bukan Islam, kata Pemuda Pas

 

 

Pas ketika berada dalam kerajaan pada masa ini dilihat langsung tidak memperjuangkan pengharaman penjualan arak tidak seperti semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Naib Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi dalam rakaman video lengkap muzik latar dramatik sebaliknya memberitahu kilang arak sebenarnya sudah lama ada di negara ini.

“Arak juga dilaporkan menjadi sebahagian cukai yang tinggi di Malaysia.

“Sebenarnya, bukan isu sudah berapa lama ada kilang arak, berapa cukai yang dapat daripada arak ini. Bukan isu itu.

“Isunya, di Malaysia sudah berlaku beberapa kemalangan jalan raya yang diakibatkan oleh pemandu-pemandu yang mabuk dan melanggar orang sampai mati,” katanya dalam kenyataan video rasmi yang dimuatnaik Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin di Facebook.

Malah, Afnan berkata, mengikut hukum Islam penjualan arak dibenarkan dengan syarat mengikut nisbah bukan Islam yang minum arak di sesuatu kawasan.

“Janganlah orangnya sedikit yang minum tetapi arak dijual melampau-lampau seolah-olah kita menggalakkan semua orang mabuk,” katanya yang tampil mengenakan topi dan berkemeja-T warna hijau lambang parti itu.

Sehubungan itu, Afnan menyebut tiga gesaan Dewan Pemuda Pas iaitu kerajaan perlu segera melaksanakan pindaan terhadap akta pengangkutan jalan yang memberikan hukuman lebih berat kepada pemandu mabuk sehingga menyebabkan kematian.

“Kedua, PBT (pihak berkuasa tempatan) mesti menggubal undang-undang kecil supaya menghadkan jumlah jualan arak di tempat tertentu.

“Ketiga, siasat pelaku dengan tegas bagaimana pemandu boleh memandu dalam keadaan PKP pada tengah malam,” ujarnya lagi.

Rata-rata menganggap gesaan Pas berhubung penjualan arak itu terlalu lunak dan tidak relevan memandangkan kuasa sudah ada di tangan dengan pelantikan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang).

Pendirian Pas itu juga dilihat jauh berbeza ketika kerajaan PH apabila lantang mendesak supaya arak diharamkan.

AMANAH khususnya menjadi sasaran Pas terutama Pengarah Komunikasi parti, Khalid Abdul Samad yang juga Ahli Parlimen Shah Alam.

Dalam satu ciapan di Twitter oleh Khairil Nizam pada 20 September 2018 misalnya, penegasan tentang perjuangan mengharamkan arak dinyatakan secara terus-terang.

“Ayuh sama-sama kita perjuangkan supaya arak diharamkan terus dari Malaysia. Arak merosakkan manusia,” kata Khairil Nizam.

Arak dibenar jual ikut nisbah bukan Islam, kata Pemuda Pas

 

BAYAN LINNAS SIRI KE-117 : HINDARI BAHAYA ARAK

1 RUU 355 1

1 MCA RUU 355

Mukadimah

Baru-baru ini, negara dikejutkan dengan penganjuran ‘Better Beer Festival 2017’ yang dirancang diadakan pada 6 dan 7 Oktober depan di Publika, Kuala Lumpur. Ia telah menimbulkan pelbagai pandangan dan ulasan daripada pihak yang menyokong dan membantah. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur pula mengambil langkah dengan mengharamkan penganjuran pesta arak ini.

Kami melihat, isu ini perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak berwajib. Oleh itu, kami nyatakan dalam Bayan Linnas kali ini satu penjelasan berhubung arak di sisi Islam dengan tajuk Hindari Bahaya Arak. Kami juga mengambil maklum bahawa arak juga dilarang dalam agama-agama lain di Malaysia. Maka, sewajarnya hal ini diambil cakna oleh seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Bayan Linnas kali ini memberi pencerahan yang tuntas akan mudaratnya arak kepada kehidupan peribadi dan juga masyarakat.

Kedudukan Arak dalam Syariat Islam

Dalam Fiqh al-Manhaji (3/75-81), para penulis menjelaskan kedudukan arak dalam Islam.

Haram meminum minuman yang memabukkan sama ada arak (خمر), iaitu yang dibuat daripada perahan anggur atau bukan arak, iaitu yang dibuat daripada benda lain.

Ini berdasarkan firman Allah SWT:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.”
(Surah al-Maidah: 90)

Arahan supaya menjauhi arak adalah lebih kuat daripada tegahan meminumnya. Hal ini kerana tegahan sahaja tidak termasuk tegahan lain yang berkaitan dengannya, seperti melayan seseorang minum, membeli atau menjualnya.

Sementara, arahan menjauhinya pula bermaksud, amaran supaya menjauhi segala perkara yang berkaitan dengan arak, termasuk minum dan sebagainya.

 

Setiap Perkara yang Memabukkan Adalah Haram

Ayat al-Quran terdahulu mengharamkan arak yang dibuat daripada anggur sahaja, tetapi pengharaman tersebut termasuklah semua benda yang memabukkan.

Ini berdasarkan hadith daripada Nabi SAW:

كُلُّ شَرَابٍ أَسْكَرَ فَهُوَ حَرَامٌ

Maksudnya: “Semua yang memabukkan adalah haram.”
Riwayat Bukhari (5263) dan Muslim (2001)

Hadith ini menjelaskan maksud arak, iaitu semua perkara yang memabukkan. Semua benda yang memabukkan walau apa pun namanya, hukum meminumnya adalah sama dengan hukum arak, iaitu haram.

Menurut ijma’ ulama’, pengharaman arak adalah kerana ia memabukkan. Oleh itu, pengharaman tersebut mestilah sama atas semua minuman yang memabukkan tanpa perbezaan walau apa jua asalnya.

Ini berdasarkan hadith daripada Abu Malik bin al-Asy’ari RA, dia mendengar Rasulullah SAW bersabda:

لَيَشْرَبَنَّ نَاسٌ مِنْ أُمَّتِى الْخَمْرَ يُسَمُّونَهَا بِغَيْرِ اسْمِهَا

Maksudnya: “Demi sesungguhnya manusia di kalangan umatku akan minum arak yang mereka menamakannya dengan nama yang lain.”
Riwayat Abu Daud (3688) dan Ibn Majah (4020)

 

Pengertian Mabuk

Maksud mabuk ialah pemikiran terlalu kacau, yang menghalang fungsi akal kerana tidak dapat mengawal dengan bijak dan sepatutnya. Maksud memabukkan pula ialah sesuatu yang diminum itu biasanya menyebabkan seseorang mabuk tanpa mengira kadarnya. Oleh itu, tidak harus sama sekali mengambil sesuatu yang pasti memabukkan peminumnya sama ada kadar yang diminum itu sampai had yang memabukkan ataupun tidak, dan sama ada peminum itu mabuk ataupun tidak.

Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA:

مَا أَسْكَرَ كَثِيرُهُ فَقَلِيلُهُ حَرَامٌ

Maksudnya: “Apabila benda yang banyak memabukkan, maka yang sedikit pun adalah haram.”
Riwayat Abu Daud (368), al-Tirmizi (1866) dan Ibn Majah (3393)

Hadith seterusnya daripada Aisyah R.Anha, katanya, sabda Rasulullah SAW:

كُلُّ مُسْكِرٍ حَرَامٌ مَا أَسْكَرَ الْفَرَقُ مِنْهُ فَمِلْءُ الْكَفِّ مِنْهُ حَرَامٌ

Maksudnya: “Setiap yang memabukkan adalah haram, sesuatu yang kadarnya satu faraq (فرق) boleh memabukkan, maka segenggam daripadanya pun haram.”
Riwayat al-Tirmizi (1867) dan Abu Daud (2687)

 

Minuman yang Memabukkan Adalah Najis

Menurut Mazhab al-Syafie, arak dan minuman yang memabukkan adalah najis. Ini berdasarkan firman Allah SWT (yang bermaksud):

“Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji).”
(Surah al-Maidah: 90)

 

Perkataan rijsun dengan makna kotor dan najis.

 

Hikmah Pengharaman Minuman yang Memabukkan

Allah SWT mengurniakan nikmat yang berbagai-bagai kepada manusia dan yang paling utama ialah nikmat akal yang membezakan manusia, bahkan memuliakannya berbanding dengan makhluk yang lain.

Kestabilan hidup manusia sama ada sebagai individu atau sebagai anggota masyarakat bergantung kepada kesempurnaan dan kekuatan akal.

Semua minuman yang memabukkan merosakkan akal dan menyebabkan manusia kehilangan banyak faedah dan kelebihannya. Hal ini mengakibatkan jiwa mereka menjadi lemah, dikuasai oleh hawa nafsu, timbul rasa benci-membenci dan persengketaan di kalangan orang Islam, sehingga putus hubungan persaudaraan dan hilang rasa kasih sayang.

Lebih dahsyat lagi, kesan minum arak menghalang manusia mengingati Allah dan menjauhi mereka daripada rahmat, kurniaan dan ihsan-Nya.

Hal ini berdasarkan firman Allah SWT:

إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ

Maksudnya: “Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu, dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”
(Surah al-Maidah: 91)

Begitu juga hadith daripada Rasulullah SAW:

اجْتَنِبُوْا الخَمْرَ فَإِنَّهَا مِفْتَاحُ كُلِّ شَرٍّ

Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak, sesungguhnya arak kunci segala kejahatan.”
Riwayat al-Hakim (4/145)

 

Begitu juga, hadith daripada Uthman RA secara mauquf:

اجْتَنِبُوا الْخَمْرَ فَإِنَّهَا أُمُّ الْخَبَائِثِ

Maksudnya: “Hendaklah kamu menjauhi arak kerana ia punca segala kejahatan dan kerosakan.”
Riwayat al-Nasaie (8/315)

 

Itulah sebahagian hikmah pengharaman arak dan semua jenis makanan atau minuman yang memabukkan.

 

Hukuman Peminum Arak

Selepas diterangkan maksud memabukkan dan diketahui hukum perkara yang memabukkan. Begitu juga, dalil dan hikmah. Maka di sini, diterangkan hukum berkaitan meminum perkara yang memabukkan. Peminum arak akan menghadapi dua hukuman yang berikut:

Pertama: Hukuman dari sudut perundangan dilaksanakan di dunia, iaitu hukuman hudud.

Kedua: Hukuman dari sudut agama yang dilaksanakan pada hari Kiamat.

Dari sudut agama, hukumnya berdosa. Perlaksanaannya terserah kepada Allah terhadap hamba-Nya yang sedikit pun tiada kaitan dengan undang-undang dunia. Walau bagaimanapun, ulama’ sepakat menyatakan bahawa meminum minuman yang memabukkan dengan sengaja adalah berdosa besar.

Pada hari Kiamat, balasannya amat dahsyat selagi tidak mendapat pengampunan dan kemaafan daripada Allah SWT:

Ini berdasarkan hadith daripada Jabir RA , sabda Nabi SAW:

إِنَّ عَلَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ عَهْدًا لِمَنْ يَشْرَبُ الْمُسْكِرَ أَنْ يَسْقِيَهُ مِنْ طِينَةِ الْخَبَالِ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، وَمَا طِينَةُ الْخَبَالِ؟ قَالَ: عَرَقُ أَهْلِ النَّارِ أَوْ عُصَارَةُ أَهْلِ النَّارِ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menjanjikan azab kepada peminum arak dengan minuman lumpur kebinasaan (طينة الخبال). Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apakah lumpur kebinasaan itu?” Baginda menjawab: “Peluh penghuni neraka atau perahan ahli neraka.”
Riwayat Muslim (2002)

 

Hukuman Had bagi Peminum Arak

Hukuman peminum minuman yang memabukkan sama ada arak atau yang lainnya adalah dengan sebatan 40 kali dengan syarat-syarat yang akan dijelaskan. Pemerintah harus menjalankan hukuman tersebut hingga 80 kali sebatan sebagai tambahan dengan hukum ta’zir (تعزير). Ini berdasarkan hadith daripada Anas RA:

كَانَ يَضْرِبُ فِى الْخَمْرِ بِالْجَرِيدِ وَالنِّعَالِ أَرْبَعِينَ

Maksudnya: “Nabi SAW menyebat peminum arak sebanyak 40 kali sebatan dengan pelepah tamar dan selipar.”
Riwayat Muslim (1706)

Hadith yang lain, daripada Anas RA:

أَنَّ نَبِىَّ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَلَدَ فِى الْخَمْرِ بِالْجَرِيدِ وَالنِّعَالِ ثُمَّ جَلَدَ أَبُو بَكْرٍ أَرْبَعِينَ. فَلَمَّا كَانَ عُمَرُ وَدَنَا النَّاسُ مِنَ الرِّيفِ وَالْقُرَى قَالَ: مَا تَرَوْنَ فِى جَلْدِ الْخَمْرِ؟ فَقَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ: أَرَى أَنْ تَجْعَلَهَا كَأَخَفِّ الْحُدُودِ. قَالَ: فَجَلَدَ عُمَرُ ثَمَانِين

Maksudnya: “Nabi SAW menyebat peminum arak dengan pelepah tamar dan selipar sebanyak 40 kali. Abu Bakar juga pernah menyebat 40 kali. Pada zaman Umar RA, ramai orang dari pedalaman dan kampung datang ke Madinah, lalu Umar bertanya kepada para sahabat, katanya: “Apakah pendapat kamu tentang hukuman sebat atas peminum arak?” Jawab Abdul Rahman bin ‘Auf: “Aku fikir, kamu menjalankan hukum hudud yang paling ringan.” Abdul Rahman berkata: “Selepas itu, Umar RA menghukum 80 kali sebatan.”
Riwayat Muslim (4551)

Tindakan Umar tersebut menunjukkan bahawa sebatan yang melebihi 40 kali adalah ta’zir dan bukan hudud.

Ini berdasarkan hadith daripada Uthman RA:

فَاجْلِدْهُ يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ جَعْفَرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا. وَعَلِىٌّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ يَعُدُّ حَتَّى بَلَغَ أَرْبَعِينَ فَقَالَ أَمْسِكْ. ثُمَّ قَالَ جَلَدَ النَّبِىُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَرْبَعِينَ وَجَلَدَ أَبُو بَكْرٍ أَرْبَعِينَ وَعُمَرُ ثَمَانِينَ وَكُلٌّ سُنَّةٌ وَهَذَا أَحَبُّ إِلَى

Maksudnya: “Uthman RA memerintahkan al-Walid bin Uqbah bin Abu Muait disebat, lalu dilakukan oleh Abdullah bin Ja’far RA, manakala Ali RA pula mengiranya. Apabila sampai 40 kali sebatan, Ali memberitahu Abdullah supaya berhenti, seraya berkata: “Nabi SAW menyebat 40 kali, begitu juga Abu Bakar, akan tetapi, Umar RA menyebat 80 kali. Semuanya adalah sunnah. Namun, hukuman ini yang lebih aku suka.”
Riwayat Muslim (1707)

 

Maksud Ali ialah hukuman 40 kali sebatan sudah memadai kerana kadar itulah yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Kadar ini lebih selamat dalam pelaksanaan hukum daripada menambahnya yang ditakuti berlaku zalim. Ulama’ fiqh menyatakan bahawa hukuman 40 kali sebatan daripada Rasulullah SAW ialah hukuman asas. Adapun tindakan Umar RA menyebat 80 kali, Ali menjelaskannya seperti berikut:

نَرَى أَنْ تَجْلِدَهُ ثَمَانِينَ فَإِنَّهُ إِذَا شَرِبَ سَكِرَ وَإِذَا سَكِرَ هَذَى وَإِذَا هَذَى افْتَرَى

Maksudnya: “Kami berpendapat, engkau menghukum 80 kali sebatan adalah kerana apabila seseorang minum arak dia mabuk, ketika mabuk dia merepek, seterusnya berbohong.”
Riwayat Malik dalam al-Muwatta’ (1541)

Hukuman berbohong menuduh orang lain berzina ialah 80 kali sebatan. Justeru, hukuman minum arak yang melebihi 40 kali sebatan, sebagaimana yang dilaksanakan oleh Umar RA adalah sebagai ta’zir. Menurut Mazhab al-Syafie, hukuman yang lebih baik setakat 40 kali sebatan sahaja kerana itulah yang datang daripada Rasulullah SAW.

Ditegah melaksanakan hukuman sebat ketika peminum arak sedang mabuk. Hal ini adalah kerana hukuman yang dijalankan ketika itu tidak mencapai tujuan pencegahan. Oleh itu, pelaksanaannya hendaklah ditangguhkan sehingga dia pulih supaya terhasil pencegahan mengambil arak semula.

Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan

Dalam isu ini, hendaklah dilihat antara dua kondisi ini;

  • Jika agama-agama selain Islam mengizinkannya, maka ia termasuk dalam kebebasan beragama dan kami tidak ada masalah dengannya.
  • Mengadakan pesta arak secara terbuka adalah tidak ada kewajarannya dari sudut pendirian yang matang kerana mempromosikan arak itu sendiri adalah satu hal yang tidak bermanfaat.

Kami mengambil kesempatan untuk menasihat seluruh rakyat Malaysia untuk menghindarkan diri daripada hanyut dengan arak. Arak telah terbukti menjadi ibu bagi segala kerosakan masyarakat, perpecahan dan keruntuhan rumahtangga. Malah di dalam Islam, perbuatan meminum arak adalah satu maksiat yang wajib ditinggalkan.

Di United Kingdom (UK), angka rasmi jenayah akibat meminum alkohol adalah 45-46 % kejadian jenayah, 39 % keganasan rumah tangga dan hampir 1 juta serangan ganas berlaku pada 2007 hingga 2008 berpunca daripada mabuk atau separuh mabuk. Ia jelas menunjukkan bahawa meminum arak bukanlah budaya yang baik dan sihat.

Semoga Malaysia terus maju ke hadapan dan meninggalkan budaya-budaya yang tidak bermanfaat kepada bangsa dan negara. Kami berpandangan, alangkah baiknya masyarakat Malaysia lebih meraikan pesta yang menyemarakkan semangat perpaduan sesama kita seperti pesta makanan dan minuman bangsa-bangsa di Malaysia. Ia juga lebih signifikan dan sesuai dengan masyarakat Malaysia yang tinggi dengan adab ketimuran.

Akhukum fillah

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/659-bayan-linnas-siri-ke-116-hindari-bahaya-arak

LAPORAN POLIS TERHADAP SPRM SERTA PEMBONGKARAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA ANWAR-DAP – SIDANG MEDIA

Raggie Jessy Rithaudeen

Gerakan Bangsa Nasional akan membuat dua laporan polis hari ini, bersamaan 25hb Jun 2019, di Ibu Pejabat Polis (IPD) Subang Jaya, Selangor.

Laporan pertama adalah bagi meminta pihak polis menyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mengenalpasti sekiranya berlaku konspirasi bersama-sama Peguam Negara, Tommy Thomas, untuk melindungi bekas ketua SPRM, Dato’ Seri Mohd Shukri Abdull, dan bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sr Zeti Akhtar Aziz.

Laporan kedua pula adalah bagi meminta pihak polis menyiasat SPRM bagi mengenalpasti sekiranya berlaku konspirasi untuk melindungi bekas pengerusi Bersih, Dato’ Ambiga Sreenevasan.

Kedua-dua laporan ini adalah susulan daripada lima laporan polis dan satu laporan SPRM yang pernah dibuat sebelum ini yang berkait secara langsung dengan Shukri, Ambiga, Zeti dan Thomas.

Laporan-laporan tersebut turut berkait dengan tindakan SPRM terbaru memfailkan permohonan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 (Amla) untuk mendapatkan semula wang berkaitan 1MDB berjumlah RM270 juta daripada 41 individu dan entiti.

Satu sidang media akan diadakan pada pukul 3.30 di perkarangan pintu pagar IPD Subang Jaya petang ini bagi menjelaskan kepada media secara terperinci hubungkait laporan-laporan tersebut dengan tindakan SPRM yang terbaru ini.

Pihak media turut akan diberikan huraian berkenaan komplot melibatkan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan DAP untuk mengusulkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, pada 1hb Julai ini.

Nama-nama bakal Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan serta pelan peralihan kuasa yang akan digunakan sekiranya komplot tersebut berjaya akan didedahkan kepada media.

 

SIDANG MEDIA: LAPORAN POLIS TERHADAP SPRM SERTA PEMBONGKARAN USUL UNDI TIDAK PERCAYA ANWAR-DAP

Haziq perlu segara melafazkan sumpah laknat berhubung pendedahan video Azmin – Rosdzaman

Haziq perlu segara membuat sumpah laknat bahawa dakwaan beliau terhadap Azmin dan juga Hilman adalah benar. Sumpah tersebut haruslah dilakukan menurut sisi Islam, dimana Haziq perlu menerusi proses mahkamah dengan empat kali bersumpah diikuti sekali sumpah laknat. Sumber (gambar): Fail TTF

Rosdzaman Mohd Yusof

Saya percaya umum sedia maklum berkenaan laporan qazaf yang dibuat semalam oleh Mohammad Hilman Idham di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Hilman merupakan Setiausaha Politik kepada Dato’ Seri Azmin Ali dan turut merupakan pegawai peribadi beliau.

Dari segi Bahasa, qazaf bererti melontar sesuatu. Dari segi istilah syarak pula, ianya membawa maksud melemparkan tuduhan zina (dan liwat menurut jumhur ulama’) kepada orang yang baik lagi suci tanpa membawa empat orang saksi lelaki.

Ianya merupakan satu kesalahan jenayah yang hukumannya sudah ditetapkan oleh syarak selaras dengan Firman Allah S.W.T dalam Ayat 4 Surah al-Nur yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada

 

Rosdzaman: Haziq perlu segara melafazkan sumpah laknat berhubung pendedahan video Azmin