BILA MUHYIDDIN DAPAT DISINGKIRKAN? 18 MEI, JULAI, NOVEMBER, 2021 ATAU 2023?

1 TSMY STRESS1 BODOH MELAYU1 UMNO TOLAK AZMIN.1 TUN M VS MUHYIDDIN

BILA MUHYIDDIN DAPAT DISINGKIRKAN? 18 MEI, JULAI, NOVEMBER, 2021 ATAU 2023?

Berdepan tekanan yang berterusan, khususnya daripada UMNO yang terus menagih pelbagai habuan dan jawatan, persoalan yang banyak dibualkan ketika ini ialah sampai bilakah kerajaan PN yang meletakkan Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ini mampu bertahan?

Sehingga ini, selain UMNO menuntut lebih banyak jawatan di peringkat Pusat, UMNO di Sabah, melalui surat Zahid Hamidi kepada Muhyiddin, mereka juga menuntut jawatan dalam kerajaan dan GLC untuk empat pemimpin negeri itu.

Dalam perkembangan mutakhir, di sebalik Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menolak tawaran jawatan dalam GLC, Ahli MT UMNO, Abdul Rahman Dahlan menegaskan, pemimpin nombor dua UMNO itu sepatutnya dilantik sebagai menteri atau timbalan perdana menteri oleh Muhyiddin.

Sekali fikir, kalau ditawarkan jawatan menteri, tentu mustahil Tok Mat Hasan menolaknya, apa lagi jika ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri.

Selain itu, kritikan beberapa pemimpin UMNO terhadap Azmin Ali berhubung penolakan 9 negeri untuk melaksanakan PKPB turit dilihat sebagai suatu bentuk tekanan secara tidak langsung terhadap Muhyiddin.

Dengan semua ini, hubungan UMNO dengan Muhyiddin dan Bersatu dalam PN, kalau pun belum retak, ia bolehlah dikata dalam keadaan suam-suam kuku situasinya.

Meskipun Muhyiddin mengatakan rakyat sudah muak dengan cerita-cerita politik, tetapi bagi UMNO, mereka tidak pernah muak melakukan tuntutan dan tekanan sehinggalah semua kehendak mereka dipenuhi.

Secara umumnya, sekurang-kurangnya ada lima cabaran di depan Muhyiddin yang boleh menyebabkan beliau hilang jawatannya dan dengan tekanan berterusan daripada UMNO, sampai bilakah kemampuannya untuk bertahan?

Pertama, sidang Parlimen 18 Mei depan ini adalah penangguhan daripada tarikh asal yang yang sepatutnya pada 9 Mac. Ia ditangguhkan berikutan Muhyiddin baru mengangkat sumpah pada 1 Mac dan kerana bimbang usul tidak percaya akan dikemukakan terhadapnya, beliau telah menangguhkannya kepada 18 Mei.

Oleh kerana wabak Covid-19 sedang melanda, sidang Parlimen 18 Mei nanti hanya diadakan selama sehari dan sesuai dengan surat pemberitahuan kepada Ahli-Ahli Parlimen bahawa tiada usul, pertanyaan lisan atau sessi soal jawatan, kemungkinan besar tiada usul undi tidak percaya dapat dikemukakan pada hari tersebut.

Tetapi, selain PH berterusan mendesak agar sidang Parlimen penuh selama 14 hari diadakan, terbaru, Ahli-Ahli Parlimen Bersatu yang pro Tun Mahathir Mohamad, Warisan dan PH telah pun bergabung tenaga membuat desakan yang sama.

Kesepakatan baru ini tentu saja tambah menggerunkan Muhyiddin, apalagi Tun Mahathir sudah memutuskan untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH di dalam Parlimen.

Untuk itu, sidang Parlimen 18 Mei ini, kalau pun usul undi tidak percaya tidak berjaya dikemukakan kerana keengganan Muhyiddin mengadakan sidang penuh, imej beliau sudah pun tambah merudum dan beliau lebih dilihat sebagai pemimpin yang penakut.

Kedua, sidang Parlimen seterusnya pada bulan Julai tidak dapat dielakkan daripada diadakan, selain untuk membentangkan banyak rang undang-undang yang tertangguh, ia juga perlu untuk membahas titah ucapan Yang Dipertuan Agong yang disampaikan baginda pada 18 Mei sebelumnya.

Dalam sidang itu nanti, sukar untuk Muhyiddin mengelakkan diri daripada berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya. Mahu tidak mahu, bellau mesti mempersiapkan 112 Ahli Parlimen cukup dengan habuan jawatan serta kedudukan sebelum bermulanya sidang Parlimen Julai yang dijadual pada 13 Julai hingga 27 Ogos.

Ada seorang dua yang berkecil hati atau berasa jawatan yang diberikan tidak sepadan dengan martabat diri, bererti kedudukan Muhyiddin berada dalam bahaya.

Begitu pun, kejayaan usul undi tidak percaya itu juga bergantung kepada sejauh mana Tun Mahathir, Anwar Ibrahim dan PH dapat mencapai persefahaman untuk bekerjasama semula.

Gerakan Tun Mahathir secara sendirian atau Anwar secara sendirian, tidak mungkin mampu membuahkan kejayaan untuk menjatuhkan Muhyiddin dan mahu tidak mahu, mereka mesti bergabung semula.

Tetapi dengan kesediaan Tun Mahathir untuk duduk di barisan pembangkang bersama PH dan setujunya beliau mengeluarkan kenyataan media bersama PH serta Warisan menuntut sidang Parlimen semalam dengan sendirinya memperlihatkan persefahaman dengan Anwar hampir pasti terjalin semula.

Ketiga, sekiranya usul undi tak percaya kepada Muhyiddin tidak berjaya dibawa pada Sidang Parlimen Julai disebabkan Speaker tidak memberi laluan kerana mahu mendahulukan usul-usul kerajaan, usul tersebut boleh dibawa semula pada Sidang Parlimen seterusnya yang dijadual 28 September hingga 26 November.

Namun, jika kerajaan terus berhelah tidak membenarkannya juga, pihak pembangkang atau PH boleh melakukannya dengan cara tidak menyokong kelulusan Belanjawan 2021.

Jika pembangkang berjaya menolak kelulusan Belanjawan 2021, kerajaan yang dipimpin oleh Muhyiddin selaku Perdana Menteri akan tumbang dengan sendirinya.

Keempat, tahun 2021 adalah tahun pemilihan bagi UMNO dan tahun tersebut adalah kritikal bagi Zahid Hamidi dari segi mempertahankan jawatannya selaku Presiden UMNO.

Kiranya menjelang tahun 2021 iaitu tahun depan, belum ternampak tanda-tanda Muhyiddin sedia campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain pemimpin UMNO, ramai yang percaya bahawa UMNO akan menarik diri keluar daripada PN.

Keghairahan UMNO menggugat kerajaan PH sehingga ia tumbang bukanlah kerana faktor DAP, Melayu terancam, Islam tergugat atau apa-apa sebab yang lain, sebaliknya faktor terbesarnya ialah kerana kes mahkamah yang sedang dihadapi beberapa pemimpinnya, terutama Zahid Hamidi dan Najib Razak.

Harus disedari bahawa tanpa kesediaan Muhyiddin untuk campurtangan dalam kes mahkamah yang sedang dihadapinya, Zahid Hamidi hampir pasti akan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya jika beliau dicabar oleh pemimpin lain yang ada jawatan menteri dalam kerajaan.

Dalam budaya UMNO, di mana ada gula, disitulah banyak semut akan datang.

Setelah bersusah payah bekerjasama menyokong Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, Zahid Hamidi pasti tidak mahu ia akhirnya akan menyebabkan beliau kerugian dengan kehilangan jawatan Presiden UMNO yang disandangnya sekarang.

Pemimpin UMNO lain yang ada kes mahkamah juga lebih mungkin bersama Zahid Hamidi dalam perkara ini.

Situasi kelima iaitu PRU15 yang dijangka bakal diadakan pada tahun 2023 adalah merupakan tarikh mati yang tidak dapat dielakkan bagi PN berdasarkan pengesahan Timbalan Presiden UMNO, Tok Mat Hasan yang mengatakan parti itu hanya mahu bekerjasama dengan Pas melalui Muafakat Nasional dalam pilihanraya tersebut.

Dengan UMNO, BN dan Pas bakal bergabung dalam MN untuk berhadapan dengan PH yang dalam PRU15 akan datang, Bersatu pro Muhyiddin yang sekarang bersama UMNO, Pas dan GPS membentuk kerajaan PN tanpa berdaftar, hanya akan terbiar sendirian tanpa teman yang meyakinkan untuk memenangi pilihanraya.

Berdasarkan lima situasi cabaran tersebut, sampai ke tahap manakah Muhyiddin mampu bertahan?

Paling ramai menjangkakan, terutama melihat tekanan UMNO yang makin mencengkam, Muhyiddin diramal tidak mungkin mampu membawa hayat politiknya melepasi tahun 2021. (ShahbudinHusin 05/05/2020).

Di celah² kehidupan

1 RUU 355 11 KAPAL CINA VS AMERIKA

Di celah² kehidupan

Aku kerja polis ,Kerja kat Penang.
Tak payah aku mention balai mana,
Masa tgh kerja dapat call, utk ambil satu tangkapan kes curi di Tesco (tesco mana tak payah aku mention).

Sampai kat tesco, masuk guard room tengok ada satu laki melayu duduk atas kerusi.
Atas meja depan dia ada 2 bungkus roti gardenia.
Dapat info laki ni curi roti tu.
Nilai roti tak sampai rm10.
3x aku tanya guard tu, “takkan nak tangkap juga? Nilai curi tak smapai rm10?”.
Guard cakap kena tangkap jugak, arahan pihak atasan tesco.

So, bawa jugak la laki tu naik kereta.
Dlm kereta aku tanya kenapa curi?
Dia cakap tak ada duit nk beli, curi pun utk bgi anak dia makan kat rumah.
Terkedu aku dengar.
Dia cakap lagi, anak dia dh 2 hari tak makan nasi, dia cuma mampu bagi anak dia makan keropok mamee sahaja.
Keropok mamee yg harga 20sen sebungkus tu..

Lepas aku dengar, bergenang air mata. Terbayang anak kat rumah.
Sampai kat balai, guard tu dh sampai dulu sekali dgn roti gardenia 2 bungkus, barang curi tu.
Dh depan EO nk buat report.
Kebetulan timbalan ketua balai (AOCS) baru sampai.
Bila AOCS aku dapat tahu cerita ni, apalagi kena maki guard tu.

Tapi guard tu tak boleh buat apa, dia pun cuma ikut arahan atasan dia kata.
AOCS aku suruh call atasan dia datang.
Dlm 20minit datang 1 pompuan melayu, incharge guard tesco tu
Apa lagi berbakul2 lagi pompuan tu kena maki.
Dh insaf kena maki,
Pompuan tu kata kalau nk settel jugak, laki tu kena bayar 10x ganda dari harga barang yg dicuri.

AOCS aku dengar, dia terus bayarkan 10x ganda nilai roti tu.
Dh selesai urusan, melutut laki tu menangis terima kasih kat AOCS aku dlm balai.
AOCS aku cakap apa “Sekarang ni Allah bukan uji hang, tapi ALLAH tgh uji aku sekarang, utk tgok apa aku boleh buat dgn pangkat yg aku ada utk bantu sama saudara yg tgh susah”

Laki tu baru kena buang kerja kilang.
Bini lari, ada anak laki sorang umur 5 tahun.
Aocs aku siap bagi duit poket utk dia survive 2 beranak.
Selang berapa bulan lepas tu, laki tu datang balik kat balai, cari Aocs aku, dia kata dh dapat kerja baru, dia nk bayarkan balik apa yg Aocs aku tolong dia dulu. Tapi Aocs aku dh pindah ke balai di Nibong Tebal.

Sampai sekarang aku ingat apa yg Aocs aku pesan kat aku
Kalau nampak org tgh susah, jangan ingat Allah tgh uji orng tu, sebaliknya Allah tgh uji kita, Allah nk tengok apa yg kita boleh buat utk tolong org susah tu”

Salute kat Aocs aku Sarjan Mejor Shahruddin.

Kredit : Mohd Rosli Wahab

UNIT-UNIT DALAM PDRM SEBENARNYA SUDAH KENAL SEBAHAGIAN BESAR KETUA PEROMPAK, KETUA DADAH, BUDAK2 PIL KUDA, BUDAK2 BOHSIA DAN SEBAGAINYA, TETAPI JIKA SEMUA DITANGKAP NANTI PDRM TAK ADA KERJA PULA, LAGI PUN PENJARA SUDAH PENUH SEHINGGA MELEBIHI KAPASITI YANG DIHADKAN, PUSAT SERENTI SUDAH JADI MACAM PERKARA BIASA. KELUAR DAN MASUK PUSAT AADK SEPERTI KELAUR MASUK-MASUK ASRAMA PENUH.

KOS SARA HIDUP DAN RAWATAN DALAM PENJARA DAN PUSAT SERENTI KERAJAAN YANG TANGGUNG, APA SUSAH-SUSAH NAK DIFIKIRKAN ?

JADI PANDAI-PANDAILAH BERLAKON DENGAN RAKYAT. LAMA-LAMA BUAT OPS SEKALI. DADAH YANG DIRAMPAS BANYAK TETAPI SUNYI SEPI SELEPAS TU… SEDIH DENGAN KEADAAN UMAT NABI MUHAMMAD SAW.

KELANTAN BERKHALWAT, DI BULAN BERKAT. DI BUMI SERAMBI MEKAH

1 MCA ANTI HUDUD1 PAS TAAT MCA1 UMNOPAS TOTO1 PERBEZAAN PH DAN PN1 PAS TOTO1 RUU 355 1

KOTA BHARU – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) menahan 25 individu termasuk 10 pasangan kekasih melalui operasi khalwat di sekitar daerah ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Ramadan.

Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa JAHEAIK, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, penahanan 12 individu lelaki dan 13 wanita bujang berusia di antara 20 hingga 50 tahun itu dilakukan selepas menerima aduan daripada orang awam.

“Terdapat satu kes membabitkan sekumpulan lima individu terdiri daripada lelaki dan wanita berada di dalam satu rumah manakala yang lain ialah pasangan kekasih.

“Tahanan pasangan kekasih yang berkhalwat tersebut kesemuanya tidak membabitkan mereka yang berstatus isteri atau suami orang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, operasi JAHEAIK dilakukan di beberapa kali lokasi termasuk hotel, rumah penginapan, apartmen dan di dalam kereta.

“Kami mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. Ketika ditahan mereka gagal memberikan alasan munasabah dan boleh menimbulkan syak,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, mereka ditahan mengikut Seksyen 9 (1),(2), (3) dan (4) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan kerana berkhalwat.

Menurutnya, kesemua mereka sudah dibebaskan selepas memberi keterangan dan perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, sehingga 11 Ramadan JAHEAIK belum menahan individu yang tidak berpuasa dalam operasi yang dilaksanakan.

“Kedua-dua operasi, khalwat dan membanteras individu tidak berpuasa tetap diteruskan dari masa ke masa khususnya bagi memastikan umat Islam menghormati bulan mulia ini,” katanya.

https://www.sinarharian.com.my/article/82106/EDISI/Kelantan/25-ditahan-khalwat-termasuk-penjawat-awam-di-Kelantan

APA HALATUJU GENG-GENG MUNAFIK PENGKHIANAT ?

1 HADI MUNAFIK1 6SEMBURIT JAHANAM1 RAKYAT MENANGIS1 HADI WAJIB BOHONG1 BODOH MELAYU1 RUU 355 1

APA HALATUJU GENG-GENG PENGKHIANAT ?

Saya sebenarnya rasa kelakar dengan tindakan geng-geng pengkhianat terutama sekali yang lompat dari PKR ke Bersatu macam Azmin, Saifudin Abdullah dan Zuraidah. Dengar ura-ura yang mereka hendak masuk Parti Gerakan dan hijack, lepas tu yang pemuda mereka pula sibuk buat NGO pemuda negara yang pakai logo nasik kandar.

Jenis yang suka mengkhianat ini adalah yang tak berfikir panjang. Saya anggapkan nasib mereka ini lebih kurang macam nasib Ibrahim Ali waktu dia khianat dengan ATGANA dan 3 ekor katak yang lompat di perak tahun 2008. Masuk PRU mereka ini sendiri akan kalah bertanding dan yang saya pasti akan hilang sekali dengan deposit.

Politik rakyat Malaysia ini masih lagi tertakluk kepada politik perkauman dan batang tubuh pemimpin, kalau dia ingat hijack Parti Gerakan nak masuk bertanding PRU15, jangan mimpi nak menang. Unless kalau Gerakan masuk bertanding dalam bendera BN; which begs the question, ingat UMNO dan PAS nak bagi laluan percuma?

UMNO dan PAS sendiri pun masih lagi kabur kerjasama, kerusi pun tak bahagi. Yang kata tak puas hati Mat Said Terengganu hari tu hanya tip of the ice-berg.

Bersatu? Kalau Yidin menang jadi Presiden maknanya bye-bye lah PRU15. Dengan satu kabinet yang incompetent dan sudah tiada DAP untuk jadi kambing hitam, apa lagi yang Bersatu hendak buktikan?

Yang pasti ekonomi akan teruk, kadar pengganguran akan jadi lebih dari 2 juta orang. Saya masih gagal nampak macam mana Bersatu hendak menang di kerusi yang mereka sendiri bertanding sebab itu semua kerusi campuran bukan kerusi melayu.

Untuk menteri agama pun saya tengok dah macam ahli politik, sibuk berkempen sana sini, cuma kalau nak masuk bertanding pilihanraya kena masuk bertanding dalam parti dahulu. Kalau nak selamat masuk la PAS tapi PAS kalau bertanding kat pantai barat memang la bungkus.

Jadi boleh la mula lobi jawatan kat pantai timur. Cuma nak tanya, bila nak gazet RUU355, Prof Kangkung kata nak pinda, kata hanya makan beberapa minggu sahaja. Jadi boleh la dahulukan RUU355 dari projek hadis atau jumpa anak ahli politik.

Geng-geng pengkhianat ini mereka belum lagi sah mendapat mandat selagi belum diuji di parlimen. Tu yang tak ada orang respect dan terpaksa ugut nak bagi orang hormat. Kalau pun geng pengkhianat ini ada majoriti, maybe dalam 114 kerusi, sangat-sangat razor thin. Tu yang Timbalan dan Naib Presiden UMNO sendiri kritik PN. Kalau 3 orang tarik undi pasal kes mereka masih diteruskan di mahkamah pun dah runtuh kerajaan atap ini. Sudah tentu menteri yang ada kes SPRM ini mana-mana PM pun suka senang nak timbal balik sokongan, tengok lebai PAS tertunduk puji PM7 punya takut kes 90 juta kena tarik. Tapi itulah bila ada kuasa taknak buat, simpan…sekarang mereka sudah jadi ular yang patuk tangan.

Kalau pendapat peribadi saya biar 108 kerusi pembangkang ini terus kekal membangkang at least sampai belanjawan 2021. Sebab golongan ruwaibidhah ini kalau depa tak tengok sendiri yang khalifah depa tak reti mentadbir, depa akan hidup dalam penafian.

Cuma cons dia lebai PAS pula jadi kerajaan. Lebai ini ikut track record lagi zalim dari UMNO. Depa jentera kerajaan semua buat macam jentera parti. Itu yang bagi ikan termenung pakai duit kerajaan pun depa gagah bubuh nama parti.

Nampaknya sidang parlimen yang betul maybe dalam julai dan sidang dewan negara dalam oktober, jadi apa-apa rang undang-undang contoh akta 333 ka hanya boleh gazet dalam November. Kalau ada polis yang kena langgar dengan pemabuk lagi ini semua salah kerajaan PN sebab tangguh sidang parlimen. Tapi by Julai rasanya mewaun semua dah lembik tak tau buah apa dah nak kalih tolong cover kerajaan atap.

Mana taknya…kerja kena buang, bantuan pula tak kunjung tiba, yang PM duk hype tak tentu hala puji bantuan dah sampai kat makcik kiah dan pakcik salleh.

MMMS

SAMBUTAN HARI BOMBA DAN ROH ARWAH ADIB TANPA PEMBELAAN.

1 ADIB1 BODOH MELAYU

 

 

Semalam sambutan hari Bomba..Kalau tahun lepas, masa hari Bomba..bersepah gambar Arwah Adib..bersepa
Mei 5, 2020 oleh From
Semalam sambutan hari Bomba..Kalau tahun lepas, masa hari Bomba..bersepah gambar Arwah Adib..bersepah video2 serangan kuil..mana pi Pejuang2 Arwah Adib..tahun ni senyap sunyi.. s
ampaikan bapa Adib Mohd Kassim berseorangan terpaksa mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC)..apakah bapa arwah Adib hanya dipergunakan pihak tertentu..
Sebab apa senyap ? sebab sentimen kaum dan agama.. dah takda keperluan bagi kelompok ashabiyah hari ini….sama dengan sentimen dan isu arak..Hudud..RUU 355..Dong Zong..Sekolah Vernakular…LTTE…semua ni cuma jadi alat kelompok Ashabiyah untuk bangkitkan sentimen perkauman agama dan kaum.. matlamat depa, mahu bangkitkan Kemarahan orang melayu membenci Kerajaan PH..
Jadi sekarang ni, Peguam Negara dikalangan bani Melayu..Pergi lah cari siapa pembunuh Adib.. dah jumpa ? pergilah buat pendakwaan..apapun..berdasarkan keterangan pakar perubatan dan Polis dalam Inkues..aku tetap menganggap kematian Adib akibat kemalangan, Bukan dibunuh.. biarpun Koroner berpandangan sebaliknya..
Ya kalau kita ambil keterangan Koroner kematian Adib sebab dibunuh..Jadi carilah Pembunuh tersebut..dakwa mereka..aku dalam kes Adib ini juga berbeza dengan sahabat PH yg lain..Sebab aku cenderung untuk percaya setelah mendengar seluruh kenyataan pakar perubatan..Adib mati sebab pelanggaran..soal sapa yg langgar..wallahua’lam..
Tapi aku lebih berminat nak tahu bukan pembunuh adib..Aku sampai hari ini nak tahu..Syarikat hartanah mana yang didakwa.. Peguam mana yang dikatakan mengupah penyerang..Kongsi gelap mana..Kelompok mana penyerang Kuil pada malam sebelum kejadian.. itupun sampai hari ini, Misteri masih belum terjawab…
Semoga selepas ini Allah membuka satu lagi misteri dan kebenaran sebagaimana sentimen2 kaum yg dimainkan kelompok Ashabiyah sebelum ini.. 🙂
Ipohmali

PN Pertubuhan Haram Tetapi Telah Menggunakan Berbilion Dana Negara Tanpa Kelulusan Parlimen ?

MGF06122019_ZAHID-RASMI-PAU07-1

KUALA LUMPUR – Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang bermesyuarat baru-baru ini sebulat suara menolak cadangan penubuhan Perikatan Nasional (PN) dan sebarang idea untuk menyertainya.

Ini kerana PN bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional (BN) sebaliknya penyertaan UMNO tidak lebih daripada persefahaaman dalam menyelamatkan Malaysia ketika krisis politik teruk melanda negara.

Menurut sumber kepada MalaysiaGazette, kepimpinan dalam UMNO sebenarnya sebulat suara menolak cadangan penyertaan atau penubuhan PN itu.

“Tidak ada kompromi dalam perkara itu. Semua tolak cadangan tersebut malah selama ini pun UMNO tidak pernah sertai PN seperti entiti politik BN. Semua tidak mahu.

“Kita akan adakan semula mesyuarat khas membabitkan kesemua ahli Parlimen dari UMNO dan juga pemimpin komponen BN dalam masa terdekat bagi membincangkan dan muktamadkan perkara ini.

“Ingat ya, UMNO adalah parti politik terbesar masyarakat Melayu untuk sekian lama dan ianya sangat terikat dengan semangat setiakawan antara gabungannya seperti MCA, MIC, PBRS.

“Kita tidak pernah ada apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN jauh sekali antara PPBM dan GPS. Kita bersatu melalui satu persefahamaan selamatkan Malaysia dengan mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri. UMNO berkorban demi rakyat dan negara.

“Tetapi setahu saya, pengamatan saya sememangnya tidak, tidak ada sesiapa yang berminat dengan penubuhan PN sebagai satu entiti politik atau gabungan seperti BN. Tidak mungkin impian itu akan menjadi realiti,” katanya.

UMNO TIDAK PERNAH DILEMA DALAM PN- TOK MAD

Antara yang menjadi penyebab penolakan ini termasuklah isu-isu berkaitan pembahagian kerusi antara parti-parti persefahaman PN terutamanya parti Bersatu dan UMNO.

Ini termasuklah kerusi-kerusi tradisional UMNO yang kini sudah menjadi ‘milik’ Bersatu selepas wakil rakyat UMNO melompat ke parti tersebut sejurus selepas kalah pada Pilihan Raya Umum lepas.

Malah krisis dalaman politik Bersatu masih lagi menjadi tanda tanya dan ianya hanya boleh diselesaikan melalui pilihan raya parti yang sehingga kini belum lagi nampak tanda-tanda akan berlaku pada masa terdekat.

KENAPA TIMBALAN PRESIDEN UMNO MACAM TAK SENANG DENGAN BERSATU? – RAIS

Baru-baru ini juga, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan dengan lantang menegaskan, parti itu tidak pernah menyertai PN sebaliknya ianya hanya satu persefahamaan menyelamatkan Malaysia.

Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu, kata Mohamad.

Persefahaman itu berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional (MN) kerana kerjasama itu diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

TIDAK PERLU TERGESA-GESA JADIKAN PN ENTITI POLITIK BERDAFTAR – VIGNESWARAN

Selain daripada Mohamad Hasan, Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran juga melahirkan rasa tidak senang beliau dengan segelintir pemimpin mendesak supaya disegerakan penubuhan PN atau MN sebagai satu entiti politik berdaftar seperti BN.

Jelas Vigneswaran, tidak ada keperluan untuk begitu tergesa-gesa dalam cuba membubarkan BN dan menjadikan PN sebagai satu entiti poliitk ketika kini lagi-lagi dengan pelbagai kemelut serta krisis masih lagi tidak selesai sehingga kini. –MalaysiaGazette

TERIMALAH KENYATAAN UMNO TIDAK PERNAH SERTAI PN

MIC Bagaikan anak tiri yang ditidak dihargai dalam PN ?

V-Gunalan-e1588695537237

MIC tidak ‘puas hati’ dengan PN

KUALA LUMPUR – Bagaimanakah nasib masyarakat India di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN)?

Parti terbesar masyarakat India, MIC seolah-olah tidak mempunyai jawapan tentang hala tuju di bawah kerajaan baharu ini.

Kemelut politik yang sedang melanda negara tidak begitu menonjol kerana sibuk memerangi wabak Covid-19 pada masa ini, bagaimanapun keretakan tampak jelas.

Sebagai contoh, MIC yang juga sebahagian daripada kerajaan, seolah-olah terpinggir apabila hanya diberikan satu jawatan Menteri.

Walhal ketika Pakatan Harapan (PH) masih menerajui negara, sekurang-kurangnya empat jawatan Menteri diberikan untuk menangani isu-isu berkaitan komuniti itu.

Ketua Penerangan MIC Kebangsaan, V Gunalan berkata, beliau sendiri tidak pasti bagaimana dia boleh memberi gambaran masa depan masyarakat India.

Kata Gunalan, MIC yang berjuang untuk masyarakat India untuk sekian lama, malah sebelum kemerdekaan lagi, seolah-olah hilang ‘suara’ dan haknya dalam kerajaan hari ini.

“Jadi saya sendiri tidak begitu pasti apakah pula nasib keseluruhan masyarakat India di negara ini, apakah hala tuju mereka dan adakah kebajikan serta hak mereka akan terjamin selepas ini, saya tidak tahu bagaimana hendak menjawab soalan anda.

“Saya boleh berikan kepada anda contoh apa yang sedang berlaku dengan MIC sendiri. Setakat ini, kami hanya diberikan satu jawatan Menteri, lain-lain termasuk Timbalan Menteri mahupun Ahli Dewan Negara juga tidak diberikan seperti kebiasaan.

“Jangan cerita tentang jawatan lain termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sedangkan jika sebelum ini tidaklah kami di anak tirikan seperti ini. Bukanlah kami ‘tergilakan’ jawatan, bukankah ini satu pengiktirafan kepada kami dan masyarakat India?

“Apa yang peliknya pula, ada juga parti lain dalam PN dilonggokkan pula dengan pelbagai jawatan kerajaan, GLC dan yang lain-lain, adakah mereka sahaja yang akan berjuang untuk rakyat sedangkan politik dalaman sendiri tunggang langgang.

“Rata-rata masyarakat India sendiri juga menyedari tentang perkara ini dan pernah banyak kali menyoal tentangnya namun kita sendiri tidak ada jawapan,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Menurut Gunalan, kemelut politik dalaman masih lagi menghantui PN, dan kepimpinan kerajaan ketika ini tidak seperti yang di harapkan.

“Ingat lagi bagaimana kami dari MIC bertungkus lumus membawa balik rakyat kita yang terkandas di India ketika penularan Covid-19 di seluruh negara?

“Bukan sahaja pelajar dari dalam kalangan masyarakat India di India, Nepal, Bangladesh dan Sri Lanka, sebaliknyua kaum lain juga di bawa pulang dengan selamat melalui pelbagai rundingan dan peruntukan berjuta-juta datangnya dari MIC bukannya kerajaan.

“Apa maksudnya itu? Anda langsung tidak bantu kami ketika ada krisis dan berharap kami selesai sendiri, pastinya kami tidak berharap sebaliknya pastikan rakyat kita dibawa pulang melalui peruntukan MIC dan dana melalui MIC serta selain sumbangan umum. Kamu harap kami selesai sendiri sedangkan ini adalah isu rakyat Malaysia secara keseluruhan.

“Ketika krisis Covid-19, kami sendiri turun padang, gunakan segala dana serta tenaga kami sendiri tanpa sebarang campur tangan mahupun bantuan daripada kerajaan. Kami tidak diberikan apa-apa sebenarnya.

“Jadi nasihat kepada saya kepada masyarakat India, jangan begitu bergantung harap dengan kerajaan ketika ini, saya sehingga kini kabur apakah jenis peruntukan telah diperuntukan untuk komuniti kita.

“Saya juga tidak begitu pasti apakah jenis perancangan, kebajikan, hala tuju untuk mengangkat serta membela masyarakat India yang juga merupakan kaum ketiga terpenting negara ini sedangkan suara kami juga tidak didengari,” ujarnya.

Dalam pada itu, Gunalan berkata, MIC akan kembali fokus dalam memperkasakan ahli-ahli parti itu dan berjuang menjaga kebajikan komuniti India di negara ini.

“Itu yang kami lakukan ketika menjadi pembangkang. Sekarang rasanya itulah yang terbaik boleh kami lakukan, akhir sekali ahli-ahli partilah yang menjadi tunjang dan kepentingan kami.

“Biarlah kerajaan yang ada kini selesaikan semua isu serta kebajikan masyarakat India, saya pasti mereka ada perancangan, jadi biarlah mereka sahaja lakukan itu dan kami fokus dalam jaga parti kami.

“Saya akan bawa usul ini dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) tidak lama lagi, seperti rakyat di luar, kami juga tidak mahu tertunggu-tunggu atau ‘mengemis’ jawatan mahupun peruntukan, biarlah kami jaga parti kami sendiri.

“Mungkin kita juga perlu berbincang apakah yang perlu dilakukan seterusnya dalam kerajaan PN yang pada saya sebenarnya tidak menghormati mahupun mengiktiraf masyarakat India secara keseluruhannya.

“Mungkin kita akan berbincang dalam mesyuarat adakah masih perlu untuk kami terus berada dalam PN jika keadaan ini berterusan seperti ini, kami telah beberapa kali menyuarakan isu-isu berkaitan masyarakat India kepada PN, ianya tidak diberi fokus atau di titikberatkan selama ini. ” tegasnya. –MalaysiaGazette

MIC tidak ‘puas hati’ dengan PN

5 org telah di tahan SPRM

1 SKANDAL MAKMAL

1 PN ROMPAK COVID

1 CURI COVID UNTUK BOS

 

1 MCA ANTI HUDUD1 PAS TOLAK HUDUD1 PERBEZAAN PH DAN PN1 PN GADAI NEGARA.1 BODOH MELAYU

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendapat kontrak secara tidak layak bagi menyediakan kelengkapan makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Sumber SPRM berkata, ia turut termasuk sebuah syarikat pembinaan yang didakwa memperolehi projek pembinaan makmal Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber itu, siasatan kini terarah kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan.

“Tidak ada syarikat yang spesifik tetapi ada beberapa syarikat telah dipanggil untuk membantu siasatan termasuk syarikat pembinaan yang dikatakan memperoleh projek pembinaan makmal,” kata sumber itu kepada Astro AWANI pada Selasa.

 

Sebelum ini media melaporkan SPRM menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Dalam pada itu, sumber itu turut mengesahkan tiada tangkapan dibuat ke atas mana-mana pegawai kementerian tersebut sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

“Berita mengenai SRPM telah membuat tangkapan ke atas mana-mana pengawai kementerian adalah tidak benar,” katanya.

Sumber itu bagaimanapun menegaskan, pembelian berbentuk darurat bukan satu syarat untuk sewenang-wenangnya melantik mana-mana kontraktor tanpa garis panduan yang ditetapkan.

“Ia mesti terdiri daripada kontraktor yang mempunyai lesen, kelayakan dan kepakaran dalam bidang tertentu.

“SPRM akan melaksanakan siasatan secara menyeluruh. Kami minta agar hentikan sebarang spekulasi. Jika ada maklumat boleh terus salurkan kepada SPRM,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan terbabit.

Ini kerana, jelas beliau, sebarang bentuk spekulasi akan menganggu siasatan dan menjatuhkan imej organisasi dan individu yang ditohmah.

“Siasatan sedang dijalankan dan biarlah SPRM menjalankan tanggungjawab,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beberapa-syarikat-dipanggil-sprm-berhubung-kontrak-makmal-rm30-juta-241589

Setakat ini 5 org telah di tahan SPRM. Mereka adalah Pegawai Tugas-Tugas Khas 1, YBMK bernama Shukri, SUSK YBMK Sharil Abdullah (Kembar dia Shahar Abdullah- Sekrg Timb Menteri Kewangan) SUB Perolehan KKM En Wan, Timb SUB Perolehan KKM En Fauzi dan seorg kontraktor Ketua Pemuda UMNO Tg Piai En Yusri. Semua mereka ini telah kantoi dan ada transaction duit berjuta. Menteri Kesihatan Adham Baba juga terlibat dan sekrg cuba minta tolong SPRM dan PM utk gugurkan kes.

Dua SOP berbeza di Kelantan peningkan rakyat

1 UMNOPAS TOTO1 PAS TOTO

Menurut SOP KPDNKK sebagaimana yang diedarkan oleh Majlis Keselamatan Negara, terdapat beberapa garis panduan untuk sektor seperti berikut :

Restoran (SOP KPDNKK MKN) : waktu beroperasi = 6 pagi hingga 11 malam, waktu berniaga = 7 pagi hingga 10 malam

Kompleks Beli Belah (SOP KPDNKK MKN) waktu beroperasi = 8 pagi hingga 11 malam, waktu berniaga = 10 pagi hingga 10 malam

Manakala arahan JKKN Kelantan :

Restoran : waktu dibenarkan : 3.30 petang sampai 6.30 petang

Kompleks Beli Belah : waktu dibenarkan 9 pagi sampai 7 petang

Di akhir nota SOP JKKN Kelantan tu ditulis pulak huruf besar DIGUNA PAKAI SEBAGAIMANA YANG DIGARISKAN OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN.

ARAHAN MANA TERPAKAI DAN BERKUATKUASA NIH?

MEWA sungguh…

SEMUANYA AMALAN BERGANTUNG ATAS NIAT MASING-MASING – SERAMBI LAWYER BURUK.

Dua SOP berbeza di Kelantan peningkan rakyat

GRIT risau usaha kambinghitamkan PTD di KKM berkait isu rasuah

 

Isu yang hangat berkaitan siasatan SPRM terhadap KKM menarik perhatian seluruh Malaysia. Pelbagai spekulasi yang timbul sehingga sebuah badan pertubuhan risau dan bimbang siasatan SPRM terganggu.

Menerusi satu status yang dimuatnaik oleh pemilik akaun Abu Hafiz Salleh Huddin dipetik;-

GRIT pula bimbang berlakunya cover-up?

Semoga semua siasatan SPRM yang dilakukan mampu disempurnakan tanpa gangguan tangan-tangan gelap politik.

Semoga siasatan yang dijalankan oleh SPRM dipermudahkan.

Sumber:

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10220487333706520&set=a.1681593432839&type=3