Kenyataan Akhbar KPK 3 Mei 2020 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

 

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 87 kesyang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 4,413 kes (­­­­­70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Screen Shot 2020-05-03 at 5.55.36 PM

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 3 Mei 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat 122 kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak6,298 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 1,780 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan bahawa daripada 122 kes baharu yang dilaporkan hari ini, 52 kes adalah kes import. Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 70 kes.

Sehingga kini, seramai 27 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Daripada jumlah tersebut, 13 kes memerlukan bantuan pernafasan.

BM DATA KES SETIAP NEGERI 3 mei-01

Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre(CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan dua (2) lagi kes kematian berkaitan COVID-19. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 105 kes (1.66 peratus daripada jumlah keseluruhan kes):

  • Kes kematian ke-104 (kes ke-5539) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 82 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Beliau telah dirawat di Hospital Sungai Buloh pada 22 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 2 Mei 2020 jam 6.29 petang.
  • Kes kematian ke-105 (kes ke-5837) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 64 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang. Beliau telah dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban pada 27 April 2020 dan disahkan meninggal dunia pada 3 Mei 2020 jam 9.46 pagi.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Screen Shot 2020-05-03 at 5.55.53 PM

IMPLIKASI COVID-19 KEPADA WARGA EMAS

Seperti yang pernah dimaklumkan sebelum ini, golongan warga emas didapati agak terjejas dengan wabak COVID-19 di mana terdapat banyak kes jangkitan dan kematian berkaitan COVID-19 di kalangan kumpulan umur 60 tahun ke atas. Warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk mendapat komplikasi dan kematian akibat jangkitan COVID-19 kerana faktor umur dan juga penyakit kronik. Ini merupakan satu isu global yang dihadapi oleh negara-negara yang terjejas dengan wabak ini.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui kajian kematian (mortality review) ke atas 99 daripada 105 kes kematian yang telah dilaporkan di Malaysia, kumpulan umur yang mempunyai bilangan kematian COVID-19 yang tertinggi adalah di antara 61 sehingga 70 tahun (iaitu 32 kes, 32.2 peratus) dan kumpulan umur kedua tertinggi adalah di antara 71 sehingga 80 tahun (iaitu 19 kes, 19.2%).

Walaupun kita belum memahami sepenuhnya jangkitan COVID-19, apa yang jelas ialah risiko jangkitan meningkat mengikut usia, dan individu yang mempunyai penyakit kronik atau penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases atau NCD; seperti kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, penyakit buah pinggang dan barah) dan faktor risiko penyakit NCD (sepert merokok dan obesiti) adalah lebih berisiko untuk mendapat gejala jangkitan COVID-19 yang lebih teruk dan risiko kematian yang lebih tinggi.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Mengambil kira statistik ini, adalah terbukti bahawa kumpulan warga emas merupakan kumpulan berisiko tinggi yang perlu dilindungi daripada dijangkiti COVID-19 oleh semua pihak. Kepatuhan dan tanggungjawab sosial rakyat adalah amat penting demi memastikan keselamatan dan kesihatan golongan warga emas.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 12.23.37 PM

Harus diingati bahawa virus ini tidak kelihatan di mata kasar. Bagi ahli keluarga adalah menjadi tanggungjawab mereka misalnya anak atau penjaga yang tinggal bersama warga emas supaya memastikan golongan warga emas terjaga dan dilindungi daripada penularan jangkitan COVID-19. Ahli keluarga warga emas adalah digalakkan untuk kekal mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 kerana mereka adalah berpotensi untuk menyebarkan jangkitan COVID-19 kepada kepada ibubapa atau datuk nenek mereka. Pastikan juga mereka di bawa untuk mendapat rawatan segera jika didapati tidak sihat, pastikan bekalan ubatan mencukupi dan patuhi temujanji rawatan.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 12.23.37 PM (1)

Berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang akan bermula pada 4 Mei 2020, KKM menyeru kepada warga emas agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan mengelak keluar daripada rumah, kecuali untuk urusan-urusan yang penting sahaja. Elakkan 3C: iaitu kawasan yang sesak (Crowded place), kawasan yang sempit (Confined space), bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

Sekiranya perlu ke kawasan umum, mereka digalakkan untuk memakai topeng hidung dan mulut (face mask) di samping mengambil langkah-langkah pencegahan. Pengamalan tahap kebersihan diri yang tinggi mesti diteruskan, misalnya dengan kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan cecair pembasmi kuman(hand sanitisers) serta amalkan jarak sosial yang selamat (social distancing) sekurang-kurangya 1 meter.

Sekiranya diperlukan khidmat nasihat, warga emas serta orang ramai boleh menghubungi Virtual Health Advisory melalui portal KKM dari 8.30 pagi hingga 5.00 petang setiap hari.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 5.25.45 PM

Warga emas yang perlu mendapat rawatan penyakit kronik di klinik kesihatan, mereka dinasihatkan agar datang untuk rawatan susulan mengikut tarikh dan masa temujanji yang ditetapkan. Bagi mengurangkan kekerapan kedatangan dan kesesakan di klinik untuk mengambil bekalan ubat separa, KKM telah menyediakan perkhidmatan farmasiValue Added Service seperti Ubat Melalui Pos (UMP), Locker2U, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) dan Farmasi Pandu Lalu mengikut kesesuaian perkhidmatan yang ditawarkan.

Memandangkan warga emas adalah kumpulan berisiko tinggi untuk jangkitan COVID-19, KKM telah memutuskan untuk menjalankan ujian saringan COVID-19 kepada pekerja dan penghuni pusat jagaan warga emas. Saringan ini akan dijalankan secara berfasa, dimulakan dengan 17 buah Rumah Sri Kenangan dan Rumah Ehsan di bawah seliaan Jabatan Kebajikan Masyarakat. Seterusnya akan dijalankan saringan di 357 buah pusat jagaan yang berdaftar di bawah Akta 506 dan 26 buah nursing homes yang berdaftar di bawah Akta 586.

KKM maklum bahawa terdapat hampir atau lebih 1,000 buah pusat jagaan warga emas swasta yang tidak berdaftar di bawah mana-mana Akta. Pihak Pejabat Kesihatan Daerah diarah untuk mengenalpasti pusat jagaan warga emas swasta termasuk institusi pondok agama di daerah masing-masing bagi memastikan liputan saringan COVID-19 adalah menyeluruh. Justeru itu pengusaha pusat jagaan swasta digalakkan untuk berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

KKM akan terus memantau kejadian jangkitan COVID-19 di Malaysia. Penduduk Malaysia dinasihatkan untuk kekal duduk di rumah dan hanya keluar rumah untuk urusan-urusan yang perlu sahaja. Teruskan amalkan kebersihan diri yang tinggi seperti kerap membasuh tangan dengan air dan sabun, dan amalkan jaraksosial yang selamat iaitu sekurang-kurangnya 1 meter (social distancing). Ini penting dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 di dalam masyarakat.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

 

3 Mei 2020 @ 4.30 petang

 

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 3 MEI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERI BILANGAN KES BAHARU *(   ) BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS 0 18
KEDAH 0 95
PULAU PINANG 0 121
PERAK 0 253
SELANGOR 11 1,529
NEGERI SEMBILAN 71 (50) 592
MELAKA 3 204
JOHOR 0 667
PAHANG 0 305
TERENGGANU 0 110
KELANTAN 0 155
SABAH 1 316
SARAWAK 5 523
W.P. KUALA LUMPUR 30 (1) 1,308
W.P. PUTRAJAYA 1 (1) 86
W.P. LABUAN 0 16
JUMLAH KESELURUHAN 122 (52) 6,298

 *(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

3 May 2020 – The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 87 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 4,413 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (70% of total cumulative cases).

NEW-Purple-Update-case-number-covid-19 (16)

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

3 May 2020, 12 pm – A total of 122 additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 6,298 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 1,780 active and infective COVID-19 cases. They have been isolated and provided treatment.

Of these 122 additional cases reported today, 52 are imported cases. The remaining 70 cases are due to local transmission whereby 24 cases are from Enhanced Movement Control Order clusters.

Screen Shot 2020-05-03 at 5.55.53 PM

Currently, 27 confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICU), and of these, 13 cases are on ventilation support.

Regretfully, two (2) additional COVID-19 deaths were reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 105 COVID-19 deaths in Malaysia (1.66% of total cumulative cases):

  1. Death #104: Case 5,539 is an 82 year-old Malaysian man with a history of hypertension and heart disease. He was admitted into Sungai Buloh Hospital on 22 April 2020 and was pronounced dead on 2 May 2020 at 6.29 pm.
  2. Death #105: Case 5,837 is a 64 year-old Malaysian man with a history of diabetes, hypertension and kidney disease. He was admitted into Tuanku Ja’afar Hospital, Negeri Sembilan on 27 April 2020 and was pronounced dead on 3 May 2020 at 9.46 am.

MOH conveys condolences to all the family members.

CONFIRM CASE BY STATE baru 3 mei-01

COVID-19 and Older Adults

As previously mentioned, older adults are more affected by COVID-19, with a higher number of infections and COVID-19 deaths amongst individuals age 60 years and over. Older adults are a high-risk group for complications and deaths due to COVID-19 because of the age factor as well as pre-existing chronic diseases. This is a global issue faced by all countries affected by this pandemic.

Based on data from the mortality review on 99 out of the 105 deaths reported in Malaysia, the age-group with the highest COVID-19 deaths is the 61 to 70 years (32 cases, or 32.2%), and the second highest age-group is the 71 to 80 years (19 cases, or 19.2%).

Although we do not yet fully understand the COVID-19 infection, what is clear is that the risk of infection increases with age, and individuals with chronic or non-communicable diseases (NCDs; such as diabetes, hypertension, heart disease, kidney disease and cancer) and NCD risk factors (such as smoking and obesity) are at greater risk of developing more severe COVID-19 infection symptoms and death.

Health Advisory on COVID-19

Considering the above statistics, it is evident that older adults are a high-risk group that must be protected against COVID-19 infection by all parties. Compliance and social responsibility of the public is very important in ensuring the safety and health of older adults.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 12.23.37 PM

We must keep in mind that this virus is not visible to the naked eye. For family members, it is the responsibility of the adult children or caregivers living with the older adults to ensure that they are cared for and protected from the spread of the COVID-19 infection. Family members (including children) are encouraged to constantly take preventive and precautionary measures against COVID-19 as they can potentially spread COVID-19 infection to their older parents or grandparents. In addition, family members must ensure that older adults seek early treatment if they are unwell, have adequate supply of medications and attend treatment follow-up appointments.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 12.23.37 PM (1)

Following the Conditional Movement Control Order (CMCO) that will commence on 4 May 2020, MOH urges that all older adults must continue to comply to the Movement Control Order (MCO) and refrain from leaving the house except for unavoidable important matters. Please avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close (face-to-face) conversations.

If out in crowded public areas, older adults are encouraged to wear face masks as well as take precautionary measures. The practice of high levels of personal hygiene must be continued, for example by regular hand washing with water and soap or using hand sanitisers; and practising safe social distancing of at least 1 metre from others.

For any health advice, older adults and the general public can contact the Virtual Health Advisory via the MOH portal from 8.30am to 5.00 pm daily.

WhatsApp Image 2020-04-16 at 5.25.45 PM

Older adults requiring follow-up treatment for their chronic diseases in health clinics are advised to attend their follow-ups on the date and time of their appointments. To reduce the attendances and congestion at health clinics for repeat medication prescriptions, MOH has provided pharmacy Value Added Services such as Medication through Post (Ubat Melalui Pos or UMP), Locker2U, Integrated Drug Dispensary System (Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu or SPUB) and Drive-through Pharmacy (Farmasi Pandu Lalu) at selected MOH hospitals and health clinics based on the suitability for the availability of these services.

As older adults are considered a high-risk group for COVID-19 infection, MOH has decided to conduct COVID-19 screening tests for employees and residents of elderly-care centres. This screening will be conducted in phases, starting with the 17 facilities (Rumah Sri Kenangan and Rumah Ehsan) under the supervision of the Social Welfare Department (Jabatan Kebajikan Masyarakat). The screening will then be conducted at 357 elderly-care centres registered under Act 506 and 26 nursing homes registered under Act 586.

MOH is aware that there are nearly 1,000 private elderly-care centres not registered under any Acts. The District Health Offices have been directed to identify all private elderly-care centres, including religious-affiliated centres (institusi pondok agama) in their respective districts to ensure comprehensive coverage of COVID-19 screening. As such, the operators of all private elderly-care centres are encouraged to contact the nearest District Health Office.

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation in Malaysia. The public are advised to continue to stay at home and leave the house only for essential matters and business. The public must also maintain high levels of personal hygiene at all times, such as regular hand washing with water and soap, and practice safe social distancing of at least 1 metre away from others. These measures are important to break the transmission chain of COVID-19 infection in the community.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

3 May 2020 @ 4.30 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 3 May 2020, 12 pm)

State No. of New Cases * Cumulative
Perlis 0 18
Kedah 0 95
Pulau Pinang 0 121
Perak 0 253
Selangor 11 1,529
Negeri Sembilan 71 (50) 592
Melaka 3 204
Johor 0 667
Pahang 0 305
Terengganu 0 110
Kelantan 0 155
Sabah 1 316
Sarawak 5 523
WP Kuala Lumpur 30 (1) 1,308
WP Putrajaya 1 (1) 86
WP Labuan 0 16
Total 122 (52) 6,298

*(   ) refers to imported confirmed COVID-19 cases

Satu kesalahan besar untuk membuka semula ekonomi pada saat kritikal ini dalam pertarungan Covid-19 Sarawak -Seorang pakar perubatan

1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA1 HADI MUNAFIK1 RAKYAT MENANGIS1 TAHNIAH FRONLINER1 MENTERI SEGALA MENTERI

Sarawak party: Federal govt’s decision to re-open Malaysia’s economy shows ‘love of money
over love of lives’ |

Malay Mail

Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan berkata seorang pakar perubatan memberitahunya bahawa adalah satu kesalahan besar untuk membuka semula ekonomi pada saat kritikal ini dalam pertarungan Covid-19 Sarawak. – Gambar oleh Sulok Tawie
Presiden Parti Bumi Kenyalang (PBK) Voon Lee Shan berkata seorang pakar perubatan memberitahunya bahawa adalah satu kesalahan besar untuk membuka semula ekonomi pada saat kritikal ini dalam pertarungan Covid-19 Sarawak. – Gambar oleh Sulok Tawie
KUCHING, 2 Mei – Parti Bumi Kenyalang (PBK) hari ini mendesak pemerintah Sarawak untuk berhati-hati terhadap pembukaan semula industri dan perniagaan di bawah perintah kawalan pergerakan bersyarat (CMCO), seperti yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.Presidennya Voon Lee Shan mengatakan tidak setiap arahan mengenai pembukaan semula sektor ekonomi dari pemerintah pusat atau perdana menteri harus dipatuhi ketika negara itu masih memerangi pandemi Covid-19.”Seorang rakan saya yang merupakan pakar perubatan asing telah memberitahu saya bahawa pembukaan semula industri dan perniagaan pada masa ini adalah kesalahan besar,” katanya.”Kerajaan negeri mesti tahu bahawa kita sedang berperang melawan Covid-19 dan perang itu belum pernah dimenangkan dengan banyak barisan depan telah dijangkiti virus mematikan ini,” katanya, menekankan bahawa Covid-19 adalah musuh yang tidak dapat dilihat dan berbahaya.Voon menyatakan ketakutannya bahawa pembukaan semula sektor ekonomi pada saat penting ini boleh mengakibatkan lonjakan kes Covid-19 secara tiba-tiba, sambil menambah bahawa tidak semestinya selamat untuk meringankan MCO.Dia menambahkan bahawa virus itu dapat menyebar dengan cepat di dalam masyarakat, yang pada gilirannya menyebabkan mobilisasi sumber daya secara besar-besaran untuk membendungnya.Voon mendakwa bahawa keputusan kerajaan persekutuan untuk membiarkan sektor ekonomi dibuka semula sekarang adalah disebabkan oleh “cinta wang berbanding cinta nyawa”.”Kehilangan pendapatan yang disebabkan oleh Covid-19 ini harus dianggap sebagai berkat oleh semua orang dengan cara yang positif.”Kami berhutang besar dan dengan uang tunai sangat sedikit, inilah masanya bagi pemerintah untuk mengikat tali dan memberitahu rakyat untuk melakukan hal yang sama,” katanya.Dia menyarankan agar pemerintah negeri mulai mulai memberikan penjatahan barang-barang keperluan, dengan mengatakan bahawa juga menjadi tanggungjawabnya untuk mencari jalan untuk mengurus keperluan harian masyarakat.

KEBENARAN APA LAGI YANG KAU NAK DUSTAKAN?

1 PENGKHIANAT BERDOA B

DENGAN JELAS PAS BERSAMA UMNO PENJENAYAH.

1 HADI MUNAFIK

DENGAN JELAS HADI PENGKHIANAT AGAMA ISLAM BERSAMA KETUA LGBT

1 MCA RASIS1 MCA NIKAH

1 MCA IKRAR BANTAH HUDUD

DENGAN JELAS MCA MENENTANG HUDUD DAN BANGSA MELAYU.

1 RIDHUAN TEE MCA

DENGAN JELAS WARGA CHINA TIDAK MEMPERCAYAI BANGSANYA SENDIRI TETAPI UMNOPAS YANG BERAGAMA ISLAM BERBANGSA MELAYU LEBIH PERCAYA KEPADA BANGSA CHINA MCA.

 

1 KERA SUMBANG 31 KERA SUMBANG 2

MCA SUDAH LAMA DALAM BN, MEMANG TAHU BENAR CARA UMNO MENCURI DAN MEROMPAK WANG RAKYAT. SEPATUT UMNO MALU BERCAKAP TENTANG PERJUANGAN BANGSA MELAYU DAN BERCAKAP TENTANG AGAMA ISLAM DENGAN MCA.

1 MCA TAMBAH KUASA

MCA SUDAH MENGAWAL EKONOMI MALAYSIA DAN POLITIK NEGARA DENGAN SELESA DALAM BN.

1 PROJEK IC ZAHID A1 PROJEK IC ZAHID B

TERBUKTI DENGAN MUDAH BN MEMBENARKAN WARGA CHINA MEMASUKI MALAYSIA.

1 KERA SUMBANG 1

KEBENARAN APA LAGI YANG KAU NAK DUSTAKAN?

Badai terus melanda PN, satu demi satu perbuatan jelik PAS dan UMNO terpapar. Kredibiliti dan maruah parti PN, kini ditahap memalukan setelah usaha persengkongkolan merampas kuasa bersama pengkhianat2 berhasil.

Hanya dengan kerja khianat ini sahaja mereka dikatakan pejuang rakyat, sedang mereka merobek dan mengoyak demokrasi secara undang2. Perbuatan MENIPU AGONG DENGAN JUMLAH MP YANG CUKUP, adalah satu perbuatan yg tidak bermaruah..

Sedarkah PAS bahawa perbuatan khianat ini menyalahi islam dan tidak bermaruah.Ahli2 PAS yg taksub dgn kerja2 khianat ini menyokong dgn membabi-buta dan masih tidak mahu bertaubat dan insaf, malah mahu menegakkan benang yang basah kononnya pemimpin mereka berada dilandasan yg betul. Mereka sebenarnya tak tahu membezakan perbuatan khianat dengan hak mandat rakyat melalui pilihanraya. Allah menutupi hati kamu di atas perbuatan yg salah dan niat yg menyimpang dari kehendak Allah.

Org2 PAS sebenarnya terdidik dgn maki hamun, bagaimana nak datangnya hidayah Allah. Jika berlainan pendapat spt apa yg mereka kehendaki, kita terus dilabel dgn pelbagai kata2 kesat dan jijik . Apa sahaja yang keluar dari mulut pimpinan mereka akan diangkat ibarat ‘wahyu’. Kalau tidak masakan mereka boleh terima hujah orang lain seperti mana berlakunya kes menipu audio Nik Abduh, akhirnya terhasillah dalil baru iaitu wajib bohong syarie’, Kalau pimpinan kalian kata tahi itu makanan sunnah, rasanya kalian akan makan tahi dan rasanya diri kalian sedang melakukan pahala. Inilah tahap penyokong PAS yang masih berada dalam kepompong parti jumud , bagi kalian, orang2 lain yang tidak separti dgn kalian, maka tak setanding dengan Ulama’ PAS yang kalian puja.

Buat walaun semua, , sebenarnya kalian sedang diperbodohkan oleh UmnoBN dan darah kalian, dihisap sampai kering, derma yang kalian sangka derma jihad itu hanya memenuhi kehendak2 pimpinan yg telah lari dari perjuangan asal iaitu menegakkan islam atas muka bumi ini.
Tetapi sekarang perjuangan PAS, bersama2 dgn golongan UMNO yg jelas adalah perjuangan sekular.

Percayalah, terimalah hakikat. PAS menjadi balaci UMNO, MCA dan MIC. Mewujudkan kerjasama dalam PN adalah rapuh menanti belah. Umno sendiri akui bahawa PAS seringkali memperalatkan agama untuk kepentingan mereka sendiri. PAS terima duit UMNO itu benar, Nik Abduh sendiri akui di dalam audio yang beliau sendiri sahkan Semua ini benar, bukan fitnah, ianya adalah hasil dari kekotoran pimpinan kalian sendiri lakukan. Tak berbaloi kalian berjuang demi mereka, malah kalian turut berdosa atas subahat yg diberikan. Mempertahankan kejelikan pimpinan kalian ini dan kaitkan pula dengan perjuangan Islam. PAS adalah parti Islam, tetapi kepimpinan kalian langsung tiada kaitan atau tidak layak membawa imej Islam. Bangunlah dari tidur, berhentilah jadi lembu dicucuk hidung , wahai ahli PAS. Hatta lembu itu kebanyakannya dibela untuk disembelih, begitulah nasib kalian suatu hari nanti.

#stayathome
#tolakpengkhianat

KEMELUT BERSATU/UMNO DI JOHOR DAN PERAK SEDANG ANCAM KEDUDUKAN MUHYIDDIN?

1 TUN M VS MUHYIDDIN1 TSMY STRESS

1 RUU 355 11 BODOH MELAYU

Dua negeri yang mengikut arus perkongsian kuasa di peringkat Pusat antara Bersatu pro Muhyiddin Yassin dengan UMNO kini sedang dilanda badai yang menunjukkan ia boleh runtuh pada bila-bila masa.

Di Johor di mana perkongsian kuasa itu menyebabkan Menteri Besar bertukar daripada Dr. Shahrudin Jamal daripada Bersatu kepada Hasni Mohamed yang mewakili UMNO, adalah negeri yang paling awal berubah pucuk pimpinannya.

Perubahan kepimpinan di Johor berlaku sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri adalah semata-mata sebagai “barter trade” yang bertujuan untuk beliau mendapat sokongan yang padu daripada UMNO.

Dengan itu, 11 Adun Bersatu diarahkan keluar PH dan membentuk gabungan baru bersama BN dan Pas yang mempunyai 17 Adun serta turut disertai tiga Adun PKR yang keluar parti.

Oleh kerana kesediaan Muhyiddin menyerahkan kerusi Menteri Besar Johor kepada UMNO yang sebelumnya dipegang oleh Bersatu, itulah yang mengukuhkan lagi sokongan diterimanya untuk menjadi Perdana Menteri.

Tetapi, sebagaimana Johor menjadi negeri pertama berubah kepimpinan kerana keghairahan Muhyiddin mahu menjadi Perdana Menteri, ia juga akhirnya menjadi negeri pertama yang bergolak.

Pergolakan berlaku kerana Bersatu Johor tidak puas hati dengan pembahagian jawatan dalam GLC negeri kepada wakil parti itu yang tentunya semua pengagihan itu dilakukan atas percaturan atau pengetahuan Menteri Besar, Hasni Mohamed daripada UMNO.

Tuduh menuduh dan berbalas kenyataan kini sedang rancak berlaku antara Bersatu dan UMNO berikutan ketidak-adilan pengagihan harta karun tersebut.

Apa yang nyata, Bersatu kini mulai nampak bahawa perkongsian kuasa dengan UMNO sama sekali tidak menguntungkan mereka.

Sudahlah perkongsian kuasa itu hanya sehingga PRU15 saja di mana Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan telah mengesahkan bahawa UMNO hanya mahu bekerjasama dengan Pas dan meninggalkan Bersatu menghadapi pilihanraya akan datang, pembahagian harta samunan pula tidak dilakukan sama rata.

Logiknya, kalau menyamun bersama-sama tetapi pembahagian hasil samunan tidak sama rata, siapa pun pasti akan naik angin akhirnya.

Di Perak, walaupun belum heboh melalui media sebagaimana di Johor, pergolakan yang sama kerana berebut harta karun juga sedang berlaku dalam diam sebenarnya.

Kerajaan PH Perak tumbang apabila 25 Adun UMNO, 3 Adun Pas dan 4 Adun Bersatu bersetuju membentuk gabungan kerajaan baru, juga untuk menuruti arus yang berlaku di peringkat Pusat serta sebagai tanda sokongan kepada Muhyiddin.

Ahmad Faizal Azumu atau Peja akhirnya dikekalkan sebagai Menteri Besar Perak, meskipun hakikatnya beliau adalah satu-satunya Adun Bersatu yang menang dalam pilihanraya lalu di negeri itu.

Tiga lagi Adun Bersatu adalah daripada dua wakil rakyat UMNO dan seorang Adun PKR yang melompat menyertai parti itu.

UMNO yang memiliki 25 Adun bukan saja tidak puas hati kerana Peja terus kekal sebagai Menteri Besar, tetapi juga kerana hanya 3 jawatan Exco diberikan kepada mereka.

Lebih menyedihkan, portfolia Exco yang diberikan kepada UMNO juga tidak penting berbanding yang dipegang oleh Bersatu.

Pembahagian jawatan dalam GLC negeri juga menjadi isu hangat di mana Peja dikatakan hanya melantik orang-orang pilihannya serta mengenepikan sama sekali watak-watak daripada UMNO.

Sebagai pemegang blok terbesar iaitu 25 Adun, UMNO Perak difahamkan sudah sedia berputus arang dan meninggalkan kerajaan baru ini pada bila-bila masa saja.

Dikatakan juga, ada yang sudah pun menandatangani surat persetujuan menolak kepimpinan Peja serta mahukan jawatan Menteri Besar Perak diserahkan kepada UMNO.

Pokoknya, pengkongsian kuasa UMNO dan Bersatu melalui pintu belakang dan bukan melalui undi dalam pilihanraya adalah sesuatu yang tidak selamat dari segi kestabilan, baik di Johor mahu pun di Perak.

Apakah jika selepas tempoh PKP ini tamat, kemelut antara Bersatu dan UMNO terus berpanjangan dan ditakdirkan berlaku perubahan kepimpinan di Johor dan Perak, maka ia akan memungkinkan perkongsian kuasa di Pusat juga akan runtuh dan kedudukan Muhyddin turut berakhir?

Soalnya, bagi mereka di peringkat negeri, adakah kedudukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri lebih penting berbanding harta karun yang boleh dikaut? (ShahbudinHusin 30/04/2020)

TIMBALAN PRESIDEN UMNO SAHKAN PARTI ITU TIDAK BERSAMA PN DAN BERSATU DALAM PRU15 AKAN DATANG

Ong Kian Ming, dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 24 April 2020 menulis tentang dilema UMNO dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan UMNO akan meninggalkan PN dalam pilihanraya akan datang.

Saya berhasrat untuk mengulas tentang hanya satu perkara iaitu kedudukan UMNO dalam Perikatan Nasional. Agar semua pihak memahami dengan jelas kedudukan UMNO dan haluan politiknya.

UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional. Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan.

Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu.

Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional. Kerjasama ini diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

UMNO juga mempunyai kerjasama politik yang megikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui Barisan Nasional. BN pula adalah sebuah entiti politik yang terdaftar.

Maknanya UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat. Matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah ‘coalition’. Tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjsama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi.

Kerjasama ini telah diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti, projek dan program politik bersama di pelbagai peringkat agar MN dan BN semakin mengukuh.

Justeru, UMNO tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam Perikatan Nasional. Ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi PPBM dan GPS. Ia hanya menyertai Kerajaan atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.

Sebagai parti politik, tugas dan fokus UMNO waktu ini ialah untuk menyediakan parti bagi memenangi pilihanraya akan datang bersama rakannya dalam Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.

UMNO akan terus menjadi parti politik Melayu terbesar dinegara ini dan insyallah, parti yang akan memenangi paling banyak kerusi dalam pilihanraya umum seperti lazimnya.

Bagaimana UMNO ingin melakukannya, itu adalah urusan dan strategi dalaman UMNO dengan sekutunya iaitu PAS dan BN.

Sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO mesti bertanding di semua kerusi tradisional nya dan kerusi yang ia sangat berpotensi untuk memang. Kekuatan UMNO adalah di kawasan ‘the Malay heartland’ dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan tersebut.

Insyallah dengan dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi. Hanya dengan cara inilah, UMNO boleh menjadi parti dengan majoriti terbesar di Parlimen dan memimpin Kerajaan seperti sebelumnya.

Sesiapa yang ingin bekerjasama dengan UMNO sangatlah dialu-alukan, tetapi mestilah dengan keikhlasan dan kesediaan mereka untuk menyertai MN ataupun BN. UMNO sangat menghargai setiakawan rakan-rakannya dalam MN dan BN.

Sesuatu selain dari MN dan BN, adalah tidak strategik kepada kelangsungan UMNO.

Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan

Timbalan Presiden UMNO

25 April 2020.

TIMBALAN PRESIDEN UMNO SAHKAN PARTI ITU TIDAK BERSAMA PN DAN BERSATU DALAM PRU15 AKAN DATANG

ADUAN BERKAITAN SEBUAH ‘PERTUBUHAN’ YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.

1 PENGKHIANAT BERDOA B1 pembaziran pn

 

25 April 2020

Kepada
Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia
Aras 8 & 9, Block D7, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Perseketuan
42546, Putrajaya.

ADUAN BERKAITAN SEBUAH ‘PERTUBUHAN’ YANG DISYAKI BERGERAK SECARA HARAM.

1. Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sejak 1 Mac 2020, terdapat satu pertubuhan atau perikatan politik yang disyaki ‘haram’ telah beroperasi dalam negara Malaysia.

3. Pertubuhan / perikatan politik tersebut dikenali sebagai ‘Perikatan Nasional’, yang kononnya merupakan sebuah perikatan antara beberapa parti politik yang telah bertindak membentuk sebuah kerajaan ‘tebuk atap’ pada awal Mac yang lalu.

4. Maklumat berkaitan Perikatan Nasional adalah sebuah pertubuhan haram diperkuatkan oleh Timbalan Presiden UMNO yang mengesahkan bahawa Perikatan Nasional tidak pernah berdaftar seperti Barisan Nasional.

5. Pihak JPPM perlu bertindak tegas atas pertubuhan haram ini, kerana sudah ramai rakyat yang terpedaya dan ditakuti akan diikuti oleh rakyat dengan menjalankan aktiviti atas nama pertubuhan yang tidak didaftar ataupun pertubuhan haram.

6. Semoga aduan ini diambil perhatian sewajarnya dalam usaha menegakkan kedaulatan undang-undang di kalangan rakyat.

Saya yang melapor

RIDZWAN BIN ABU BAKAR
Rakyat Malaysia.

(surat ini akan dihantar kepada Ketua Pengarah JPPM pada hari isnin – ini merupakan salinan awam).

BAGAIMANA MUJAHADAHNYA NENEK MOYANG KITA MENGERJAKAN HAJI

1 RUU 355 11 ZIKIR SESAT1 ZAHID CINA1 ZAHID JUAL IC

BAGAIMANA MUJAHADAHNYA NENEK MOYANG KITA MENGERJAKAN HAJI

Haji Abdul Majid bin Zainuddin, Pegawai Haji Tanah Melayu yang pertama telah mencatatkan pengalamannya menunaikan haji pada tahun 1924. Antara catatan beliau yang menarik adalah seperti berikut:-

• Kos menunaikan haji sekitar 500 hingga 600 Ringgit Malaya.

• Jemaah haji akan bertolak / mula belayar pada bulan Rejab iaitu lima bulan sebelum bulan Haji (Zulhijjah)

• Sebelum berangkat menunaikan haji, kenduri doa selamat akan diadakan oleh orang yang ingin menunaikan haji.

• Ada dua pelabuhan untuk berangkat ke Mekah iaitu Singapura dan Pulau Pinang

• Pelayaran dari Tanah Melayu ke Mekah mengambil masa antara 13 hingga 17 hari.

• Sebelum kapal sampai ke pelabuhan Jeddah, kapal akan singgah di Pulau Camaran yang terletak sekitar 500 batu dari pelabuhan Jeddah terlebih dahulu untuk dikuarantinkan. Semua jemaah mesti mandi dengan air garam dan mereka mesti mencuci pakaian mereka dengan wap pembasmi kuman.

• Kapal laut hanya akan berlabuh sekitar 5 batu dari pelabuhan kerana pelabuhan Jeddah banyak batu karang.

• Dari kapal laut, jemaah haji akan menaiki perahu Arab yang dinamakan sebagai Dhow bersama semua barangan mereka menuju ke pelantar pelabuhan Jeddah.

• Jemaah haji akan dipimpin oleh seseorang yang dinamakan sebagai Syeikh Haji yang mana bertindak sebagai mutawif dan pembimbing.

• Sampai di pelabuhan, barangan mereka akan diperiksa oleh kastam dan seterusnya mereka akan membawa barang mereka ke atas kereta keldai lalu di bawa ke rumah tumpangan yang telah disediakan.

• Kota Jeddah kotor, berdebu dan sempit serta banyak nyamuk dan lalat.

• Di situ ada telaga besar sebagai sumber air dan air di Jeddah tidak sebaik air di kampung-kampung Melayu.

• Jemaah haji tidak boleh tinggal di Jeddah lebih dari dua hari.

• Sebelum bertolak ke Mekah, jemah haji telah siap memakai ihram. Perjalanan dari Jeddah ke Mekah mengambil masa dua hari dengan menaiki unta. Seekor unta dinaiki oleh dua orang jemaah.

• Jemaah haji Tanah Melayu akan singgah bermalam di sebuah tempat yang bernama Bahra. Di sini terdapat orang-orang Arab Badwi yang menjual kayu api. Setiap jemaah akan memasak sendiri nasi dan lauk yang mereka bawa dari tanah air

• Masalah besar yang dihadapi oleh jemaah haji Tanah Melayu ialah bekalan air mereka sering dicuri oleh orang Arab ketika mereka bermalam. Ini menyebabkan mereka kehausan dalam perjalanan ke Mekah.

• Apabila sampai di Mekah, mereka akan menunaikan umrah terlebih dahulu yang dinamakan di kalangan orang Melayu sebagai ‘haji kecil’.

• Sumber air di Mekah jauh lebih bersih dari Jeddah kerana terdapat air yang dialirkan dari pergunungan Taif ke Mekah melalui terusan Zubaidah.

• Di sekeliling Kaabah, terdapat empat buah pondok iaitu tempat imam-imam bagi keempat-empat mazhab iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali.

• Pada satu dan dua Ramadan, jemaah haji Tanah Melayu akan berangkat ke Madinah bagi menziarahi masjid dan makam Nabi SAW.

• Selepas menunaikan tawaf wida’, jemaah haji Tanah Melayu akan menaiki unta untuk menuju ke Madinah.
Perjalanan ke Madinah mengambil masa 13 malam.

• Jalan dari Mekah ke Madinah ada dua yang pertama dinamakan sebagai Jalan Sultan dan yang kedua dinamakan sebagai Jalan Ghir.

• Jika jemaah haji melalui Jalan Sultan, maka mereka akan singgah di 11 buah perhentian untuk berehat iaitu Wadi Fatimah, Asfan, Dof, Qadimah, Rabigh, Mastura, Bir Syaikh, Bir Hassan, Bir Khalas, Bir Abbas dan Bir Darwish.

• Jemaah haji hanya akan melakukan perjalanan pada waktu malam kerana mengelak cuaca yang panas. Perjalanan setiap hari bermula sekitar pukul 4 petang dan singgah berhenti pada pukul 4 pagi.

• Sepanjang dalam perjalanan, jemaah haji tidak dibenarkan mengambil air telaga kerana telaga-telaga adalah milik puak-puak Arab Badwi. Maka mereka terpaksa membeli air-air yang dijual oleh Arab Badwi yang mana air-air itu dibawa dengan bekas kulit kambing.

• Walau bagaimanapun, di Wadi Fatimah terdapat saluran air semulajadi. Maka di sinilah rombongan jemaah haji berpeluang untuk mandi dan membasuh baju dengan percuma.

• Disebabkan perjalanan dilakukan pada waktu malam, rombongan jemaah haji terdedah dengan bahaya rompakan dan peras ugut dari puak-puak Badwi. Ramai jemah haji yang dirompak dan diperas ugut. Ada yang ditahan selama beberapa hari yang menyebabkan mereka tiba di Madinah lebih dari 13 malam. Malah ada yang dibunuh.

• Jemaah haji penulis sendiri ditahan di Bir Abbas selama 9 hari.

• Semasa zaman pemerintahan Khalifah Uthmaniyah, perkara ini tidak berlaku kerana setiap rombongan jemaah haji akan diiringi oleh tentera-tentera Uthmaniyah.

# Ada banyak lagi catatan yang menarik yang dikongsikan oleh Haji Abdul Majid terutamanya tentang peristiwa haji. Setakat ini dulu perkongsian saya buat kali ini. Jika ada waktu, saya akan kongsikan lanjutan catatan kisah mengerjakan haji oleh Haji Abdul Majid ini. Betapa mujahadahnya nenek moyang kita dulu mengerjakan haji. Itu belum lagi diceritakan tentang kesusahan semasa dalam pelayaran sehingga menyebabkan ramai yang meninggal dunia.

Credit :
Ustaz Hasanuddin Yusof
Maktab Penyelidikan
Tamadun Alam Melayu dan Islam