Ikhlas daripada Penjawat Awam yang bekerja tatkala PKP

1 PN BEREBUT DEDAK1 MELAYU BODOH1 TAHNIAH FRONLINER

Amaran: Post ni agak panjang. Kalau malas baca, janga inn mulakan.

Jangan risau. Post ni bukan untuk mengecam, jauh sekali membenci. Sekadar berkongsi dengan Encik Faisal Nasimuddin Naza Corporation Holdings dan Encik Ameer Ali Mydin MYDIN Malaysia berkaitan penjawat awam ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Baik. Biar saya kongsikan bagi beberapa contoh. Beberapa saja sebab nak siapkan kerja. Nak e-mel ke bos kejap lagi.

Anda rasa siapa yang merangka, menyusun dan melaksana Bantuan Prihatin Nasional yang rakyat Malaysia dapat tu? Lepas tu, bantuan kepada syarikat, PKS dan lain-lain. Anda rasa yang PM umum tu PM buat sendirian ke? Atau Menteri Kewangan saja? Tak. Group yang merangka, menyusun dan melaksana bantuan yang anda dapat tu semua penjawat awam daripada pelbagai gred. Bersengkang mata, perah idea, dari peringkat atas sehinggalah ke bawah, bertungkus lumus nak pastikan dasar yang dirangka dapat dilaksanakan dengan jayanya, supaya anda semua dapat DUIT ratusan juta ringgit. Ingat ya, nak bagi duit kepada jutaan rakyat dan ribuan syarikat dan PKS bukan perkara mudah seperti anda menulis senarai barang kepada suami supaya beli di pasaraya MYDIN.

Team kewangan pula bertungkus lumus untuk pastikan bayaran dibuat dalam tempoh PKP ni. Nak bayar kepada siapa? Kepada pembekal yang ada ikatan kontrak atau yang telah bagi servis kepada kerajaan. Siapa pembekal ni? Pembekal ni adalah syarikat-syarikat bukan kerajaan. Team kewangan ni nak pastikan supaya syarikat sustain, ada duit nak rolling bayar gaji pekerja mereka dan sebagainya. Siapa je yang terlibat dalam team kewangan? Penjawat awam dari gred atas sehinggalah ke gred bawah. Perlu diingat, proses kewangan bukan proses semudah anda membayar barangan di kaunter MYDIN. It involves documentations, approval etc. Kenapa banyak prosedur? Sebab team kewangan ini bertanggungjawab ke atas WANG RAKYAT iaitu hasil cukai negara. Mereka uruskan duit rakyat dan perlu pastikan tahap integriti menguruskan duit tersebut.

Team perolehan (procurement) pula lain cerita. Pening kepala nak bersidang dalam keadaan yang sangat strict. Eh, kenapa pula bersidang bagai ni? Sebab nak pastikan syarikat-syarikat bukan kerajaan ni DAPAT JOB. Job ni untuk pastikan syarikat sustain, tak buang pekerja. Pekerja ni siapa? Pekerja ni orang yang bukan penjawat awam. Supaya orang-orang ini dapat membayar hutang beli kereta NAZA (lepas tempoh morotarium). Perolehan ni melibatkan penjawat awam juga dari atas sampailah bawah. Tak boleh buat kerja di pejabat, bersidang online, buat video/ voice conference. Stress siapkan documents dan macam-macam lagi. Sebab nak pastikan proses perolehan ini dilaksanakan dengan telus, adil dan berintegriti.

Team komunikasi korporat. Anda rasa berita yang anda dapat online dan sidang media tu siapa yang siapkan? Menteri sahajakah? Tidak. Penjawat awam dari pelbagai peringkat yang uruskan, bersengkang mata nak pastikan data dan fakta betul. Buat kerja sampai ke sahur sebab nak edarkan kepada wartawan supaya wartawan dapat hebahkan kepada rakyat. Siapa rakyat? SEMUA warganegara Malaysia dan juga antarabangsa. Ingat ya, nak siapkan data dan fakta bukan macam sales person pujuk anda nak beli kereta NAZA.

Team bawa pulang rakyat Malaysia dari luar negara. Anda rasa siapa yang uruskan mereka? Penjawat awam dari pelbagai peringkat. Bilik operasi 24 jam buka, terima panggilan daripada rakyat dalam dan luar negara, siapkan rekod untuk pelan dirangka dan tindakan sewajarnya dilaksanakan. Penjawat awam ni bukan sahaja yang ada di dalam negara, bahkan di pejabat-pejabat luar negara. Bertungkus lumus pastikan rakyat selamat pulang. Nak bawa pulang rakyat dari luar negara bukan semudah memandu kereta NAZA dari KL ke Perlis ya, hanya berbekalkan minyak petrol, duit tol, kad pengenalan dan lesen memandu. Banyak prosedur kena patuh.

Team uruskan pelajar IPT (kira berapa banyak IPT di Malaysia) semasa di kampus. Anda rasa siapa yang uruskan mereka? Pekerja MYDIN atau NAZA? Tidak. Penjawat awam yang uruskan kebajikan mereka. Dari peringkat perolehan dan pembayaran (nak beli makanan mereka dapat tu melalui proses perolehan dan pembayaran ya. Bukan order macam tu je di MYDIN) sehinggalah kebajikan dan keselamatan mereka.

Team uruskan penghantaran pulang pelajar IPT. Siapa yang uruskan mereka? Pekerja MYDIN atau NAZA? Tidak. Penjawat awam. Dari merangka perancangan, bilik operasi 24 jam, pemandu bas, semuanya penjawat awam.

Team mahkamah pun kerja. Siapa mereka? Penjawat awam. Berita 7 hakim bersidang online tu. Anda rasa hakim-hakin tu sahajakah bekerja? Tidak, melibatkan penjawat awam lain. Nak setting kamera tu pun perlukan orang ICT. Siapa orang ICT? Penjawat awam. Belum masuk documentation lagi. Semua ni dibuat sebab nak pastikan sistem kehakiman negara terus kukuh walaupun PKP.

Tu belum masuk pengawal bertugas, pemandu, Pembantu Operasi, Pembantu Awam yang bekerja dan tugas harian mereka untuk pastikan operasi berjalan semasa PKP.

Banyak lagi team penjawat awam lain yang buat kerja belakang tabir dalam tempoh PKP ni secara bergilir-gilir kerana perlu mematuhi PKP. Di pejabat dan dirumah. Nak senaraikan siapa dan apa mereka buat sangat panjang, dan tak perlu pun sebenarnya. Aku tulis ni pun sekadar nak berkongsi dengan Encik Faisal Nasimuddin dan Encik Ameer Ali Mydin. Maka berkongsilah kita ya. Tidak lah kata kami hanya duduk di rumah melepak tengok Netflix, masak-masak lepas tu post dalam group masak tak jadi. Hehe.

Nak dijadikan cerita, dalam keadaan begini, janganlah cetuskan onar. Cukuplah Malaysia ada SENIMAN Persatuan Seniman Malaysia dan Vivy Yusoff FashionValet.com

Terima kasih.

Ikhlas daripada Penjawat Awam yang bekerja tatkala PKP dan juga merupakan pembayar cukai setiap bulan tanpa kompromi.

Bank selalu untung, BNM perlu berpihak kepada rakyat, kata Ku Li – (Bank Memang Menipu dan Mencuri).

PETALING JAYA: Bekas menteri kewangan era 80-an Tengku Razaleigh Hamzah berkata Bank Negara Malaysia perlu mengambil pendirian yang memihak kepada peminjam, di sebalik kontroversi akibat kekeliruan mengenai moratorium pinjaman bank baru-baru ini.

“Apalah sangat jumlah pendapatan beberapa bulan yang hilang daripada faedah pinjaman sewa beli yang tidak kemas ini? Bertimbang rasalah,” katanya kepada FMT.

“Sepatutnya sebagai sebuah badan penyelia kewangan, BNM, di waktu sebegini, perlu berada di sisi peminjam.”

Kontroversi timbul selepas pengumuman BNM dan Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia (ABM) mengenai tawaran moratorium pinjaman sewa beli baru-baru ini yang mencetuskan kemarahan peminjam.

Loading…

Kenyataan mereka dilihat berbeza daripada apa yang difahami sebelum ini oleh peminjam yang mengambil tawaran moratorium bagi pinjaman sewa beli, susulan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu.

Soalan lazim atau FAQ diedarkan BNM Mac lalu antara lain dikatakan menyatakan bayaran bulanan sewa beli tidak akan berubah sebelum dan selepas tempoh moratorium 6 bulan.

Bagaimanapun, ABM baru-baru ini menggariskan 2 pilihan kepada peminjam yang memilih moratorium.

Ia sama ada mereka membayar penangguhan ansuran terkumpul 6 bulan bersama ansuran Oktober 2020 tanpa dikenakan faedah tambahan, atau memilih untuk meneruskan pembayaran ansuran selepas Oktober 2020 dengan lanjutan 6 bulan tempoh bayaran balik selepas tarikh matang.

Ini bermakna terdapat faedah ke atas faedah yang tertangguh bayaran kerana mengambil tawaran moratorium.

Loading…

Kenyataan ABM kemudiannya disahkan BNM yang turut mengumumkan perubahan prosedur moratorium pinjaman perjanjian sewa beli (HP) dan pembiayaan Islam berkadar tetap.

Menurut BNM, peminjam perlu melengkapkan dokumen untuk memberikan kebenaran menyertai moratorium supaya sah di bawah Akta Sewa Beli 1967.

Keputusan itu dianggap U-turn oleh beberapa pihak yang mempersoalkan jika pihak berkuasa kini menyebelahi bank yang menanggung kerugian kerana menawarkan moratorium ini.

Tengku Razaleigh yang bersimpati dengan orang ramai, mengingatkan bank komersial bahawa industri perbankan adalah satu-satunya industri yang sentiasa untung.

“Dengan ‘lockdown’ atau separa ‘lockdown’, sama ada kita kerja mahupun tidak, sebenarnya sewaktu semua orang sedang tidur, mereka sedang menjana keuntungan,” katanya.

“Meskipun dengan moratorium, industri bank mendapat keuntungan daripada pinjaman yang lain. Mereka tidak mungkin rugi melainkan mereka mencuri atau menipu.”

https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/bank-selalu-untung-bnm-perlu-berpihak-pada-rakyat.html
Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/05/bank-selalu-untung-bnm-perlu-berpihak-pada-rakyat.html#ixzz6LGrDaPQX

 

KU LI GESA KERAJAAN TUBUH RCI KAJI KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA

KU LI GESA KERAJAAN TUBUH RCI KAJI KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA

1 PN PAU RAKYAT1 PN BARU

BERAPA KOS GAJI 72 MENTERI KeraJAAN PINTU BELAKANG MELAYU/ISLAM RASIS  SEBULAN ?

Ahli Parlimen Gua Musang, YB Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali sebagai Ku Li setuju dengan cadangan agar satu siasatan rapi dan mendalam dilakukan segera bagi menyiasat kedudukan kewangan kerajaan Persekutuan dan negara.

Menurut Ku Li, jika ada sebarang penipuan dan pembohongan yang dilakukan oleh kerajaan sebelum ini dengan memutarbelitkan fakta dan keadaan yang sebenar, sehingga mengakibatkan rakyat, pelabur dalam dan luar negara serta institusi permodalan luar negara hilang keyakinan terhadap pimpinan dan ekonomi negara.

Malah mereka yang bertanggungjawab mesti diadili oleh Jawatankuasa Keistimewaan Parlimen dan rakyat Malaysia dengan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) dengan segera yang mengandungi terma yang jelas termasuk menghukum mereka yang telah secara langsung atau tidak langsung menjejaskan ekonomi negara.

Justeru rakyat amat mengharapkan agar kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri dapat melakukan pembaharuan dalam negara dengan berani melaksanakan RCI demi kepentingan rakyat dan negara.

KU LI GESA KERAJAAN TUBUH RCI KAJI KEDUDUKAN KEWANGAN NEGARA

Waspada watak iblis dalam diri kita.

1 PENGKHIANAT BERDOA B1 RENUNGAN MELAYU

JIKA engkau bertanya mengenai al-Quran kepada iblis, maka iblis akan menerangkan dengan jelas, kerana iblis tahu bila ayat itu turun dan mengapa diturunkan.

Jika engkau bertanya mengenai ilmu Hadis kepada iblis, maka iblis juga pandai menjelaskannya, kerana iblis tahu asbabul wurud dari Hadis.

Jika engkau bertanya mengenai cerita para Nabi, iblis akan menceritakannya dengan tepat kerana iblis sudah ada sebelum Nabi Adam dicipta.

Advertisement

Iblis ahli al-Qur’an.
Iblis ahli Hadis.
Iblis ahli riwayat.
Iblis alim pelbagai ilmu.

Namun iblis tidak menjadi kekasih Allah, bahkan menjadi musuh Allah, kerana dalam diri iblis ada kalimat;

“Aku lebih baik dari dia!”

Janganlah sedikit ilmu yang dititipkan Allah di hati kita, menjadikan kita sombong.

Yang kita takut, hati kita kian mengeras dan sukar menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

Yang kita takut, kita merasa paling benar, sehingga merendahkan yang lain.

Yang kita takut, ego kita tinggi, hingga merasa paling baik di antara yang lain.

Yang kita takut, kita lupa bercermin diri, namun sibuk berprasangka buruk kepada yang lain.

Yang kita takut, ilmu kita membuatkan kita menjadi sombong, memandang orang lain hina.

Yang kita takut, lidah kita lincah membicarakan aib orang lain, namun lupa dengan aib diri.

Yang kita takut, kita hanya hebat dalam berkata namun buruk dalam berbuat.

Yang kita takut, kita hanya cerdas dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbaiki diri sendiri.

Yang kita takut, kita membenci dosa orang lain, namun saat kita sendiri buat dosa, kita enggan membencinya.

Bertuahlah kiranya Allah sentiasa menyedarkan diri kita, sehingga lebih sibuk mengurus diri daripada mengurusi orang lain yang mungkin perilaku dan tutur katanya lebih baik dari diri kita.

Waspada watak iblis dalam diri

Waspada watak iblis dalam diri

MALAYSIA NEGARA CACA MERBA

1 PROJEK IC ZAHID A1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 ZAHID CINA1 ZAHID JUAL IC1 PROJEK IC ZAHID C

MALAYSIA NEGARA CACA MERBA

Isu Rohingya, IC palsu dan pendatang asing, telah menjadikan Malaysia negara CACA MERBA. Dimana KEDAULATAN nya Malaysia ni, yg dulu dulu katakan sebagai negara merdeka yg berdaulat? Malaysia dah hilang taraf negara berdaulat bila pendatang2 asing sudah byk berjuta2 dan berlambak tanpa kawalan. Rohingya, Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia, Myanmar, Vitenam, Arab dan lain2. Jalan Silang, Kota Raya hari Sabtu dan Ahad sudah jadi mini DACCA. Buta ke pemimpin Melayu ni, buta ke pihak penguatkuasa ni?

Sebelum PRU 14, ada seekor Menteri BN cakap nak bawak 1.5 juta Bangladesh lagi nak masuk Malaysia. Nasib baik BN kalah PRU ke 14, PH batalkan syarikatnya dan tidak ada permit baru lagi dikeluarkan. Kalau tidak byk menimbulkan berbagai masalah. Tidak ada negara dalam dunia ini sebodoh pemimpin2 Melayu, menjahanam negara sendiri sampai macam ni.

Dimana kononya negara ini KESELAMATAN nya terjamin aman dan damai? Perairan negara pun boleh diceroboh oleh pendatang asing dgn boat pancung dan boat kayu buruk jea. Sehingga penguakuasa tak tahu langsung. Kakitangan JPN dan beberapa barua lain boleh keluarkan IC palsu kpd pendatang asing. Apa semua ni? Negara sudah hancur berkecai dibuat oleh TANGAN2 BANGSA SENDIRI.

Siapakah yang masih percayakan MCA yang menentang hudud dan RUU 355 ?

1 RUU 355 11 MCA IKRAR BANTAH HUDUDzulkifli-heiniken1 HADI WAJIB BOHONG1 RIDHUAN TEE MCA1 KERA SUMBANG 31 KERA SUMBANG 2

Siapakah yang masih percayakan MCA & PN yang menentang hudud dan RUU 355 ?

Terang-terang di depan mata kita MCA adalah perosak negara, yang masih menaruh harapan kepada MCA ketika ini hanyalah puak-puak PN diketuai HADI dan puak-puak PN yang diketuai ZAHID.

Pada masa yang sama, ada satu puak bunga yang diketuai HADI Jemaah Melayu Rasis pula, masih di dalam dilema, hilang punca seperti segumpal benang yang berserabut tenggelam punca untuk memilih sama asa mahu menyertai PN atau UMNO.

Manakala sebahagian besar bumiputera dan separuh non bumiputera mula serik setelah melihat dan merasa penangan 62 tahun menjadi kerajaan.

Lalu apa akan jadi kepada MCA sekarang? Mereka amat-amat berkuasa dengan menyertai PN yang baru tumbuh, sebelum 3 bulan sudah memperolehi berbagai kuasa di GLC dan pelabuhan-pelabuhan utama negara. Sudah tiba masanya TSMY meletak jawatan sebelum MCA menguasai negara dengan sepenuhnya melalui pintu belakang politik. Dengan terang-terang MCA memberi amaran agar tiada kuasa melayu Islam  dalam  Pakatan Nasional. Memerangi Hudud dan RUU 355 akan menjadi egenda utama MCA.

MCA  tidak pernah kecewa dan satu demi satu kerusi BN diambil alih oleh MCA , tanpa disedari umno telah banyak kehilangan kerusi di PRK2 yang lalu. Sebelum ini MCA menjadi bongkak dengan strategi secara senyap menguasai ekonomi dan politik di negara Malaysia dan sebelum MCA menguasai keseluruhan GLC dengan membeli semua aset negara melalui perkongsian secara sulit dengan pelabur-pelabur China. Maka amatlah wajar UmnoPas mengurangkan kuasa politik MCA dengan melaksanakan RUU 355 dan Hudud secara berperingkat. MCA adalah musuh dalam selimut BN yang amat bahaya kepada negara dan agama Islam. Kini Jutawan Cina di Malaysia terdiri daripada pari MCA.

Kerana mereka percaya dengan kesempatan mempergunakan peluang menyalahkan segala-galanya kepada Sri Najib Razak dengan dilambakkan pelbagai pertuduhan mahkamah . Semua ini boleh menjadikan MCA berpeluang menyusun dan mengemas jentera MCA untuk terus menjadi kuasa utama dalam BN dan kuasa politik dan ekonomi orang melayu yang ada pada umno dapat dihapuskan sedikit demi sedikit tanpa disedari oleh masyarakat Melayu/Islam.

Dalam masa yang sama MCA cuba mengubahsuai perlembagaan negara melalui ICERD dan Statute Rom sebelum PRU 14 yang lalu tetapi kedua-dua usaha ini berjaya digagalkan oleh kemenangan kerajaan PH dan umno cuba mengambil hati dan menarik sokongan undi orang melayu/Islam, maka umno gunakan ICERD Dan Statute Rom sebagai senjata untuk melawan PH. Kini MCA boleh aktiv dan menuntut kembali ICERD dan Statute Rom secara tersembunyi sebagaimana sebelum PRU ke 14 dan pasti Umnobn akan bersetuju sebagai umno telah menerima kembali Dong Zong sebagai penggubal bersama kokirukulum di Kementerian Pelajaran Malaysia.

MCA makin berani hingga melampaui batas mahu mengubah pemikiran orang-orang melayu dengan menjadikan penolakkan hudud dan RUU 355 misi utama dalam pembentukan BN dan PN yang ada sekarang bukanlah sebuah pertubuhan yang berdaftar sebagaimana BN. BN lebih utama berbanding PN yang belum berdaftar dan belum menerima keputusan bersama.

Sebab itu MCA dengan terang-terangan memberi amaran agar PN yang belum berdaftar jangan jadikan Melayu Dan Islam sebagai jenama baru dalan PN. MCA sudah lama mengecapi nikmat ekonomi negara secara diam-diam, berbagai peruntukan MCA telah berjaya rampas dari orang-orang melayu, walaupun pada zahir tendar-tendar tertulis kontrakter melayu/umno tetapi pekerja dan peralatan yang digunakan adalah dari MCA semuanya. Umno tidak boleh menidakkan MCA dalam semua bidang perniagaan. MCA telah melayani semua kehendak pemimpin-pemimpin melayu/Islam sudah berzaman dan Pas yang menjadi kera sumbang dalam PN tidak boleh menyekat kehendak MCA yang memang licik dan bijak berpolitik.

MCA sudah lama mengawal kerajaan Malaysia melalui kuasa ekonomi dan tak mungkin PN dapat melakukan segala tindakan tanpa melibat MCA. Kerajaan PN yang amat lemah dan tidak berpengalaman pasti akan terus bergantung kepada MCA, tiupan angin melayu/Islam tetapi tidak boleh meninggalkan MCA & MIC membuktikan kerajaan PN amatlah rapuh dan MCA mampu menguasai Malaysia tanpa bersusah payah. PRU15 bakal ditempuhi tidak merisaukan MCA, kerana kedudukan MCA  amat selesa dan PN terutama dalam sektor ekonomi negara Malaysia yang semakin lemah, memberi ruang untuk MCA terus mengembangkan perniagaan dalam kerajaan Malaysia menerusi kuasa GLC yang telah MCA perolehi. MCA memiliki pakar-pakar ekonomi dan pemilikan aset-aset yang MCA mampu kendalikan dengan sendiri secara mudah. Umno tidak mampu menggerakkan GLC tanpa bantuan MCA.

Iaitu menjelang kempen PRU15, MCA akan lambakan segala bantuan kepada umno untuk beli jiwa dan cuba mencipta persepsi baru yang mereka sudah pulihkan ekonomi negara. Dengan ini Umno akan dianggap sebagai hero yang menyelamatkan Malaysia, sedangkan pada hakikatnya MCA yang berada di belakang Umnobn.

Tetapi perancangan licik umnobn (MCA) ini gagal sebelum sempat menipu rakyat Malaysia. Akibatnya Umnobn terutama MCA berteraskan Najib meninggalkan rekod terburuk dalam sejarah pemerintahan negara iaitu:

1. Ekonomi negara jatuh merudum, para pelabur lari meninggalkan negara secara besar-besaran.

2. Aset negara terutama aset bumiputera habis digadai dan dipindahkan

3. Rizab dan kekayaan negara hampir habis dikikis

4. Semua sektor GLC dan institusi bumiputera di bawah masuk puak-puak Cina/MCA sehingga Tabung Haji sendiri mencipta sejarah diletak akauntan bulan islam hingga memindahkan 19 bilion aset umat islam keluar dari tabung haji.

5. Meletakkan puak-puak Umnobn dalam portfolio perundangan hingga mereka boleh mencabul undang-undang mengikut kepentingan Umnobn sesuka hati, termasuk melindungi kes rasuah Najib secara tergesa-gesa melalui pintu belakang.

6. Yang paling dahsyat Umnobn berani tipu rakyat dengan lancarkan GST memulihkan negara tetapi duit entah kemana, menipu Manifesto, menipu cara pemerintahan dan salah guna kuasa berluasa tanpa terkawal.

7. Semua portfolio penting kerajaan di masuk puak-puak Umnobn hinggalah portfolio agama dilantik menteri yang terlibat dengan skandal rasuah dan pevcah amanah.

Semua itu menyebabkan Umnobn dilabelkan sebagai perosak negara. Akhirnya Umnobn kecewa kerana kebodohan mereka sendiri.

Sedangkan ketika menang PRU13 mereka telah diangkat sebagai hero negara. Ini akan menjadi realiti jika Umnobn berjaya memonopoli perundangan negara dengan menjadi DSN tidak bersalah dalam semua pertuduhan walaupun terdapat banyak bukti-bukti kukuh.

Sekarang Umnobn terjerat dengan agenda jahatnya sendiri. Najib sendiri bunuh jenama Umnobn uang gah sebelum PRU13, setelah ambil resiko mengutamakan kehandak Najib.

Sekarang Umnobn amat terdesak untuk memulihkan imej Najib dengan mencipta propaganda menjatuhkan kerajaan PH. Umnobn masih menggunakan kaedah yang sama seperti mana mereka menjatuhkan Mahathir dahulu.

Persoalannya adakah rakyat akan terjun ke dalam lubang yang sama untuk kedua kalinya untuk menjadikan UmnoBN sebagai puaka di bumi Malaysia ?

WARGA CHINA YANG HILANG ADALAH AGEN PERANG CHINA BERKHIDMAT UNTUK MCA ?

1 ZAHID JUAL IC1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 PROJEK IC ZAHID A1 ZAHID CINA1 MCA IKRAR BANTAH HUDUD1 RIDHUAN TEE MCA1 KERA SUMBANG 31 MCA TONCANG.

 

WARGA CHINA YANG HILANG ADALAH EJEN PERANG?

1 MCA TAMBAH KUASA

CHINA YANG HILANG TIDAK MUSTAHIL BERADA DI GENTING HINGLAND DAN DI PELABUHAN-PELABUHAN MILIK MCA.

#KONFLIK di antara Negara China dan Amerika Syarikat yang sedang memuncak di Laut China Selatan berupaya melarat menjadi peperangan yang meluas.

Menurut Al Jazeera, Tentera Laut Amerika telah mengesahkan pada 20 April lepas 2 kapal perang mereka, USS America dan USS Bunker Hill sedang beroperasi berhampiran dengan perairan yang dituntut oleh Malaysia dan China.

Minggu lepas, kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8, telah dilihat berada berhampiran kapal milik Petronas, West Capella. Kejadian ini membuat Amerika menggesa China supaya tidak membuli di perairan yang dipertikaikan dan berhenti memprovokasi operasi mencari gali minyak dan gas.

Pada 20 April lepas, Vietnam telah memprotes kerana China telah mewujudkan 2 daerah pentadbiran di 2 buah pulau yang dipertikaikan iaitu Pulau Paracel dan Pulau Spratly. Pada tahun 1974, China dan Vietnam (ketika itu Vietnam Selatan) telah berperang untuk merebut Pulau Paracel. China telah berjaya menguasai pulau itu di dalam pertempuran yang mengorbankan 53 tentera Vietnam dan 18 tentera China.

Jabatan Negara Amerika (US State Department) telah mendakwa China mengambil kesempatan ketika dunia memberi tumpuan kepada usaha-usaha melawan pandemik Covid-19. Sementara China telah melaporkan angkatan tentera mereka telah berjaya menghalau kapal perang Amerika, USS Barry, dari perairan Pulau Paracel. Mereka mendakwa provokasi oleh Amerika ini mencabulkan kedaulatan mereka dan meningkatkan lagi risiko keselamatan di rantau ini.

Januari lepas pula China telah membidas Amerika kerana mendakwa satu provokasi telah berlaku apabila kapal perang USS Montgomery belayar melalui perairan Kepulauan Spratly.

Akibat perkembangan-perkembangan terkini, terdapat mereka yang meramalkan Perang Dunia Ketiga boleh bermula akibat konflik di Laut China Selatan.

China begitu agresif mahu menguasai lautan tersebut dengan menuntut kepulauan-kepulauan kecil dan perairan di sekitarnya yang kaya dengan minyak dan pelbagai hasil galian. Sementara Amerika, sebagai kuasa besar sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melihat tindakan China sebagai usaha untuk menjadi “Big Brother” di rantau ini.

Perang dagang di antara kedua-dua negara dan dakwaan pentadbiran Trump terhadap China berhubung pandemik Covid-19 boleh melarat menjadi konflik yang lebih besar. Hanya satu insiden seperti berlaku berbalas tembak di antara 2 kapal perang boleh mencetuskan satu konflik dan akhirnya peperangan.

Jika ini berlaku kemungkinan besar ia tidak akan terhad di lautan tetapi kemungkinan besar akan melarat ke daratan dan melibatkan negara-negara di Asia Tenggara. Kedua-dua negara sudah tentu mahu mewujudkan pengkalan-pengkalan di darat mereka.

Bagi Malaysia ini amat membimbangkan kerana sekurang-kurangnya 76,258 warga China yang telah masuk ke negara kita dan tidak ada rekod mereka meninggalkannya. Adakah kehilangan ini di atas sebab-sebab ekonomi, politik, peribadi atau terdapat sebab-sebab lain yang boleh mengancam keselamatan negara?

Sebelum Jepun menduduki Malaya pada Perang Dunia Kedua, ramai rakyat Jepun telah datang dan menetap di negara kita. Menurut Brian Bridges dalam “Britain and Japanese Espionage in Pre-War Malaya: The Shinozaki Case” (1986), pada permulaan abad ke 20 terdapat hanya 1,000 rakyat Jepun di Malaya tetapi pada awal tahun 30an bilangan ini telah meningkat kepada lebih 6,000 orang. Mereka menjadi nelayan, tukang gunting, tukang gambar dan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan.

Ian Morrison di dalam Malayan Postscript (London, 1942) menulis di hampir setiap bandar atau kampung yang penting di seluruh Malaya akan terdapat satu atau dua kedai Jepun. Setelah Jepun berjaya menduduki Malaya dalam tahun 1942 baharulah disedari ada di antara mereka yang merupakan pegawai tentera Jepun atau pengintip yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat untuk tentera Jepun.

Justeru itu kerajaan tidak boleh memandangkan ringan kehilangan warga negara China itu. Di zaman yang begitu canggih hari ini mana-mana negara tidak perlu menghantar rakyat mereka untuk melakukan kerja-kerja risikan kerana ia dapat dilakukan menggunakan peralatan jarak jauh seperti satelit. Walau bagaimanapun selagi kita gagal menjejaki mereka selagi itu keselamatan negara dihantui dengan pelbagai persoalan. Tambahan pula jika meletus peperangan.

Kita perlu belajar dari sejarah kerana sesiapa yang enggan belajar dari pengalaman lampau maka mereka akan terperangkap untuk kali kedua.

DATO’ ISKANDAR ABDUL SAMAD
Ketua Penyelaras
Pusat Sumber Untuk Kemajuan Masyarakat Dan Perumahan / Resource Centre For The Advancement Of The Community And Housing ( REACH)

April 29, 2020

Warga China yang hilang adalah ejen perang?

CHINA SELUDUP SUPPORT ELEMENT BAGI PERSEDIAAN KONFLIK

1 ZAHID JUAL IC1 PROJEK IC ZAHID A1 ZAHID CINA1 IC PALSU

CHINA SELUDUP SUPPORT ELEMENT BAGI PERSEDIAAN KONFLIK

Kami sebenarnya tak nak post isu ni dan salah seorang admin kami kata perlu lebih banyak masa dan nak susun naratif yang baik. Tetapi mungkin ini masa yang sesuai dan mungkin tak perlu ayat berbunga2.

1. Adakah kemungkinan Sindiket yang di kawal perisikan China telah meracuni sebahagian anggota dalam imigresen malaysia permudahkan kemasukan warga china dengan rasuah?

2. Adakah sindiket yang dikawal perisikan China merasuah anggota JPN sehingga beribu mykad di berikan pada warga china dengan bayaran terlalu tinggi sehinggakan tidak takut penjara?

3. Adakah sebahagian ahli politik terima habuan tinggi beri buka jalan kemasukan warga china secara besar besaran?

4. Bolehkah penjenayah yang di senarai hitam di China juga berjaya lepas masuk menggunakan sindiket yang sama?

5. Sebahagian besar warga china memiliki kepakaran komputer yang tinggi masuk ke.negara ini dan terlibat dengan scam industry yang di lindungi pegawai tertentu turut melakukan pengintipan siber?

6. Beratus ribu ‘pelancong’ china masih belum keluar malaysia dimanakah mereka?

7. Beratus warga china yg di tahan terlibat scam industri hanya sebahagian kecil yg di kesan dimanakah yang lain?

8. Mungkinkah Elemen perisikan china menyeludup masuk menggunakan lubang yang di buka oleh pengkhianat di imigresen dan JPN?

9. Fokus espionage China dalam malaysia ialah technology theft, military readiness dan manipulasi naratif laut china selatan

10. Debt trap. Perlaburan dan pembangunan terancang dengan perjanjian berat sebelah.

11. Perisikan China bukan sahaja fokus kepada industri pertahananan negara malah apa sahaja industri termasuklah industri makanan, software dan high-end medical devices.

12. China juga kemungkinan fokus untuk curi hasil kajian universiti2 terutamanya dalam bidang biomedical

13. Sebahagian pelancong China yang hilang ialah wanita wanita yang digunakan oleh perisikan China sebagai rasuah, honey trap dan sebagainya bagi memerangkap pegawai2 kerajaan.

ADAKAH PUSAT GRAVITI NEGARA KITA SELAMAT?

Artikel seterusnya

China state-sponsored group known as APT40 or Leviathan succesfully spies on Malaysian Government Official

MMP

MCA MENGAWAL PINTU PERDAGANGAN NEGARA, TAHNIAH KHADAM MCA MELAYU/ISLAM(PN) SEMUA..!!

1 MCA TAMBAH KUASA

1 MELAYU BODOH1 PN BEREBUT DEDAK1 MENTERI BULUH 11 KERA SUMBANG 11 RUU 355 1

 

TAHNIAH…!!!KHADAM MCA SEMUA..!!!

Untuk info n pengetahuan am. Star 29/04/2020 ( tidak disiar dlm akhbar Melayu Sinar Harian ).

Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong , presiden MCA telah melantik 3 orang drp MCA untuk menjadi pengerusi Pelabuhan terbesar di negara.

1. Port Klang Authority (PKA): Datuk Chong Sin Woon – MCA secretary-general

2. Penang Port Commision (PPC): Datuk Tan Teik Cheng – Penang MCA chairman n MCA vice president

3. Melaka Port Authority: Datuk Koh Hin Han – MCA central commitee member

TAHNIAH KHADAM MCA SEMUA … DENGAN HANYA KERUSI 2 PARLIMEN MACAM² CINA MCA NIE MELAYU ISLAM BAGI KAT DEPA…

Ini semua salah Cina DAP..😂

Hidup Melayu!!!👏👏

 

Corona virus yang menyerang dunia bukan virus semulajadi -Professor Dr. Tasuku Honjo (Jepun)

Tasuku Honjo 201311.jpg

BERANI DAN MENGEJUTKAN

Seorang Professor Perubatan Jepun (Professor Physician-Sceintist and Immunologist), Professor Dr. Tasuku Honjo telah mengejutkan media hari ini dengan pendapatnya tentang Covid-19.

Beliau mengatakan bahawa Corona virus ini bukan terbentuk secara semulajadi. Jika ia semulajadi, ia tak akan menyerang seluruh dunia seperti hari ini.

Secara semulajadi, suhu tempat virus itu muncul merupakan satu faktor utama dan faktor cepatnya ia merebak. Jika ia muncul di China, sepatutnya ia hanya merebak dan menyerang negara yang suhunya hampir sama dengan China.

Ini tidak, ia telah menyerang seluruh dunia termasuk tempat sejuk seperti Switzerland dan tempat yang sangat panas seperti di gurun. Jika ia semulajadi dan muncul di tempat sejuk, ia akan mati bila terdedah di tempat yang panas.

Saya telah berkecimpung dalam kajian tentang haiwan dan Virus selama lebih 40 tahun. Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia telah dicipta dan dengan bahasa mudahnya adalah buatan manusia.

Saya sendiri juga pernah bekerja di Makmal Wuhan di China. Dan saya sangat kenal dengan semua rakan-rakan setugas saya di sana.

Sebaik sahaja isu Corona Virus ini berlaku, saya telah cuba menghubungi rakan setugas semasa di Makmal Wuhan dahulu. Tapi semuanya gagal di kesan. Semua talian mereka telah tiada perkhidmatan sejak 3 bulan yang lalu. Di sini saya faham, bahawa mungkin mereka semua telah mati.

Berdasarkan kepada semua pengetahuan dan semua kajian saya tentang virus hingga ke hari ini. Saya percaya dan yakin 100% bahawa, Corona Virus ini bukan semulajadi. Ia bukan datangnya daripada Kelawar. Tetapi ia telah dicipta dan dihasilkan oleh China.

Jika apa yang saya katakan ini adalah salah, sebelum atau selepas saya mati, saya benarkan kerajaan menarik semula semua Hadiah Nobel yang pernah saya terima.

Tetapi China telah menipu seluruh dunia dan penipuan ini akan terbongkar. Percayalah suatu hari nanti, kebenaran ini pasti akan diakui oleh semua manusia.

https://en.m.wikipedia.org/wiki/Tasuku_Honjo

Darjat Orang Berilmu

يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمْ
وَالَّذِينَ أُوتُواْ الْعِلْمَ دَرَجَـتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِير

“Allah meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (al-Mujadilah : 11)

Kenapa orang bukan Islam, Allah SWT berikan ilmu kepada mereka ?

Kenapa orang Islam hanyalah menjadi penonton kepada nikmat ciptaan Allah SWT sahaja ?

Kenapa orang Islam suka mencari kekuasaan, darjat dan pangkat secara kotor dan jijik sedangkan pada perkara kotor tidak ada keberkatan di dunia dan Akhirat ?

Kenapa Ulamak Islam sanggup menjadi keldai tunggangan sekular dan asobiyah demi mencapai kehendak nafsu ? Sedangkan kita lihat orang-orang bukan Islam berlumba-lumba mencari ilmu dan teknologi secara sihat dan berhemah.