PANGGILAN SYURGA DAN AYAT-AYAT CINTA DARI ALLAH SWT.

1 COVID 10 PALESTIN

ZikruLlah

Ketahuilah syurga memanggil-manggil dengan suara rindu mereka yang istiqamah membaca al-Qur’an. Di mataf ganjarannya berganda. Satu huruf membawa 10 kebaikan, contohnya;
ب س م ا ل ل ه ا ل ر ح م ن ا ل ر ح ي م
terdapat 19 huruf x 10 x 100,000
=19 juta baraqah.

Dan, sesungguhnya seluruh al-Qur’an itu terkandung didalam al-Fatehah; manakala seluruh al-Fatehah itu terkumpul manfa’atnya di kalimah :
بسم الله الرحمن الرحيم
.
Kemudian dibaca ayat satu huruf,
ن .

maka sempurnalah 20 juta kebaikan.

Alangkah bahagianya membaca al-Qur’an di mataf; ini antara sunnah Nabi s.a.w dalam solat yang semakin ditinggallkan ya’ani membaca surah al-Fatihah ini ayat demi ayat. Ummu Salamah r.a. pernah ditanya tentang cara bacaan RasuluLlah s.a.w. dalam solat maka dia berkata:

“Sesungguhnya RasuluLlah s.a.w memutuskan bacaan al-Qur’annya ayat demi ayat.”

Namun begitu apa yang sering kita lihat tentang tatacara pembacaan Fatihat al-Kitab ini, seringkali ianya disambungkan dua atau tiga ayat sekaligus, malah ada yang boleh menghabiskan bacaannya dengan sekali nafas sahaja terutamanya ketika solat Qiyam al-Ramadhan (Solat Taraweh). Sesungguhnya amalan ini bercanggah dengan sunnah Nabi s.a w sebagaimana yang dikhabarkan oleh Ummu Salamah r.a dalam riwayat di atas. Seharusnya bacaan Fatihat al-Kitab ini diperhatikan dengan bersungguh-sungguh kerana setiap baris ayat yang diucapkan itu merupakan do،’a dan akan ALlahSubhanahu wa Ta’ala perkenankan do’a tersebut dengan ucapan-Nya yang sungguh indah sebagaimana pesan Baginda Nabi s.a.w dalam sebuah Hadis Qudsi :
قَالَ اللَّهُ تَعَالَى:

قَسَمْتُ الصَّلاَةَ بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي نِصْفَيْنِ وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

فَإِذَا قَالَ الْعَبْدُالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى؛ حَمِدَنِي عَبْدِي

وَإِذَا قَالَ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ

قَالَ اللَّهُ تَعَالَى؛ أَثْنَى عَلَيَّ عَبْدِي

وَإِذَا قَالَ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ قَالَ مَجَّدَنِي عَبْدِي

وَقَالَ مَرَّة؛ً فَوَّضَ إِلَيَّ عَبْدِي

فَإِذَا قَالَ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ

قَالَ هَذَا بَيْنِي وَبَيْنَ عَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ

فَإِذَا قَالَ اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ

قَالَ هَذَا لِعَبْدِي وَلِعَبْدِي مَا سَأَلَ.

آمين
Mafhumnya; ALlah Ta’ala berfirman:

“Aku telah membahagi al-Fatihah menjadi dua bahagian, untuk-Ku dan untuk Hamba-Ku. Separuh untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku dan hamba-Ku akan mendapat bahagian dari permohonan yang diucapkannya.”

(RasuluLlah s.a.w meneruskan):
“Bila hamba ku membaca AlhamduliLlahirabbil’alamiin,
ALlah Ta’ala menyahut ‘Hamba-Ku memuji-Ku’.

Bila hambaku membaca Arrahmaanirrahiim,
ALlah Ta’ala menyahut ‘Hamba-Ku menyanjung-Ku’.

Bila hambaku membaca Malikiyawmiddiin,
ALlah Ta’ala menyahut, ‘Hamba-Ku memuliakan-Ku.

Bila hambaku membaca
Iyyaakana’budu Waiyyaakanasta’iin, (ALlah menyahut): ‘Ini bahagian-Ku dan bahagian hamba-Ku akan dapat apa yang dimintanya.’

Bila hambaku membaca:
Ihdinas shiraathal mustaqiim Shiraathaladzina an’amta’alaihim ghairilmaghdhuubi ’alaihim waladhdhaaliin,
(Maka ALlah menyahut):
Itu adalah hak hamba-Ku, dia akan dapat apa yang dimintanya.”
.
Ameen

~ Ustazah Zai Zakiah ~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s