CARA MUDAH MEMAHAMI ISU MORATORIUM – ZUNAR.

1 PN BANK A

1 PN BANK D

 

Faedah moratorium: Rakyat makin resah ditipu PN

Faedah moratorium: Rakyat makin resah ditipu PN

Oleh SITI NUR ZAWANI MISCONMay 1, 2020 12:00 am
Wanita Muda AMANAH (WARDA) Nasional mengecam tindakan kerajaan menerusi kenyataan mengejut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini yang memaklumkan bakal mengenakan faedah kepada peminjam yang memilih moratorium selama enam bulan.
Pengarah Komunikasinya, Fatihah Salahuddin menegaskan, keputusan kerajaan itu jelas bercanggah dengan janji mereka sebelum ini bahawa tiada faedah bakal dikenakan.
“Rakyat telah ditipu hidup-hidup oleh Perikatan Nasional (PN). Sudahlah tidak mendapat mandat rakyat, ditipunya rakyat hidup-hidup.
“Apakah pilihan yang ada bagi golongan yang bekerja sendiri, yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap?,” bidasnya dalam satu kenyataan hari ini.
®️😉
Terdahulu, kenyataan BNM yang dianggap pusingan U mengejutkan ramai pihak apabila memutuskan untuk mengenakan kadar faedah tambahan bagi tempoh enam bulan moratorium yang diberikan sebelum ini, bermula 1 April hingga 30 September depan.
Menurut Persatuan Bank Malaysia (AMB), pelanggan yang memilih untuk mengambil penangguhan pembiayaan kini mempunyai dua pilihan.
Pertama, peminjam boleh membayar jumlah ansuran terkumpul enam bulan, bersekali dengan pembayaran ansuran untuk bulan Oktober 2020, dan mereka tidak akan dikenakan faedah.
Pilihan kedua, peminjam meneruskan pembayaran ansuran bulanan bermula dari Oktober 2020 dengan tambahan faedah selama enam bulan.

Menurut laporan RinggitPlus, institusi perbankan negara bakal berdepan dengan kerugian berbilion ringgit sekiranya cuti enam bulan tanpa faedah dilaksanakan.
Sehubungan itu, Fatihah mengkritik pengumuman BNM yang menyifatkan ketiga-tiga pilihan tersebut bukan sahaja menggigit, bahkan mencengkam rakyat secara zalim dan kejam.
Beliau turut membangkitkan persoalan tentang nasib golongan tidak berkemampuan yang sukar menjana pendapatan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa.
“Apakah pilihan yang ada bagi golongan yang berpendapatan rendah ini terutamanya bagi mereka yang tidak mampu melakukan dua atau tiga kerja sampingan kerana PKP?” soalnya lagi.

LAUTAN POLITIK SELAT TEBRAU BEROMBAK?

1 TUN M VS MUHYIDDIN1 TSMY STRESS1 PADAH KERAJAAN PN1 UMNO TOLAK AZMIN.1 BODOH MELAYU

 

Daripada FB Mohd Sayuti Omar

LAUTAN POLITIK SELAT TEBRAU BEROMBAK?

Negeri mula-mula membentuk kerajaan baru apabila berlaku muafakat kudeta kerajaan PH FebruarI lalu ialah negeri Johor. Sebelum kerajaan PN peringkat Persekutuan dibentuk, negeri Johor sudah pun diumumkan kerajaan PH tumbang dan nama MB baru disebut untuk angkat sumpah.

Tumbangnya kerajaan PH Johor dianggap drastik apabila pihak Istana telah memanggil kesemua Adun Johor hadir menghadap untuk menentukan sokongan para Adunnya kepada pihak mana PN atau PH. Apabila semua Adun dipanggil menghadap angka tidak cukup dipihak PH apabila seorang Adunnya tidak dapat hadir kerana menghadapi Yang diPertuan Agong pada masa dan waktu sama yang berlaku di Johor.

Lantaran tidak cukup sokongan kerana musaqah seorang Adun PH itu, maka jatuhkan kerajaan PH Johor, dan nama baru untuk jadi MB pun disebut dan diberikan perkenan kemudian dipanggil untuk mengangkat sumpah sebagai MB.

Penubuhan kerajaan negeri Johor itu dilihat tergesa-gesa kerana pembentukan kerajaan PN masih belum dibentuk. Angka yang berpihak kepada PN itu juga boleh diragui? Semacam Johor ingin mencatat rekod pula sebagai negeri pertama melakukan perubahan kerajaan, ia mendahului Kuala Lumpur dan juga negeri-negeri yang beralih kerajaan seperti Melaka dan Perak. Kerajaan PN di Melaka dan Johor baru ditubuhkan setelah lebih seminggu pembentukan kerajaan PN.

Hari ini kerajaan PN Johor dikatakan bergolak. Lautan politik selat Tebrau diberitakan berdebur kuat. Dua parti yang berpakat untuk menumbangkan kerajaan PH, Umno dan Bersatu bercakaran kini. Mereka saling dakwa mendakwa sehingga sampai ada menyebut kemungkinan kemelut politik Johor itu membawa kepada pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.

Ada beberapa “butir sebab” kenapa berlaku pergolakan antara Umno dengan Bersatu. Umno dikatakan tidak bersikap adil dalam mengagihkan jawatan untuk Bersatu dalam kerajaan dan juga GLC. Ketidakadilan itu tentu Bersatu marah dan tersinggung kerana parti itu berkorban besar untuk menumbangkan kerajaan PH dan digantikan dengan kerajaan PN.

Semasa Bersatu bersama PKR, DAP dan Amanah menubuhkan PH, parti itu mendapat jawatan MB. Bukan seorang Adun Bersatu jadi MB, tetapi dua orang. Mula-mulanya Osman Sopian kemudian Dr Sahruddin Jamal.

Katanya pengorban besar Bersatu itu sehingga parti itu dianggap Pandir, tidak dihargai oleh Umno. Wajarlah kalau Bersatu berkecil hati dengan Umno mungkin boleh sampai berputus kasih sayang.

Kalau Johor jadi negeri mula-mula sekali menukar kerajaan daripada PH kepada PN, boleh jadi juga Johor akan catat satu lagi sejarah menjadi negeri mula-mula pula memusnahkan kerajaan PN. Yalim lim yalim. Trims.

Menteri Kewangan Yang Makan Gaji Dengan Bank ? YB Bank PN

1 YB PN WAKIL BANK

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221936345139794&id=1294492216

Apa khabar mak cik Kiah?

1. Pada 25 Mac 2020, kerajaan telah mengumumkan penangguhan pembayaran secara automatik pinjaman perumahan dan kereta selama 6 bulan kepada semua rakyat Malaysia.

2. Nilai yang ditanggung bank adalah sekitar RM100 bilion. Sebab itu pakej Stimulus kedua PRIHATIN berjumlah RM250 bilion kerana hampir separuh daripadanya adalah daripada nilai moratorium.

3. Kita diberitahu bahawa bank-bank mempunyai kecairan yang mencukupi bagi melaksanakan dasar ini. Tambahan pula, bank turut dibenarkan beroperasi di bawah kadar minima 100% Liquidity Coverage Ratio (LCR).

4. LCR merupakan satu ‘quantitative requirement’ yang memerlukan bank memegang aset-aset yang berkualiti tinggi dan cair bagi menempuh tekanan kecairan yang tinggi selama 30 hari. Jadi bank tidak terikat untuk memegang aset-aset tersebut untuk memenuhi piawaian 100% LCR.

5. Bank Negara berjanji akan memastikan wujudnya kecairan yang cukup kepada bank-bank melalui operasi pasaran terbuka, seperti jual beli reverse repo.

6. Pinjaman Perumahan, pembelian saham dan amanah saham akan turut dilonggarkan.

7. Ini bermaksud kesemua langkah ini dapat mengurangkan kesan kepada pendapatan bank ekoran perlaksanaan moratorium 6 bulan kepada jutaan rakyat Malaysia.

8. Lebih-lebih lagi moratorium ini bersifat automatik. Orang ramai tidak perlu apply. Hanya duduk rumah diam-diam. Mak cik Kiah boleh menarik nafas lega.

9. Bagaimana pula dengan kadar faedah selama 6 bulan moratorium ini? Untuk pinjaman kereta, tidak ada bayaran faedah tambahan manakala pinjaman perumahan bergantung kepada bank.

10. Selepas sebulan, Bank Negara Malaysia (BNM) membuat kenyataan bahawa moratorium untuk pinjaman kereta dan pinjaman produk Islamik tidak lagi automatik dan orang ramai perlu memohon kelulusan dari bank.

11. Mereka yang ingin terus menangguhkan pembayaran akan dikenakan bayaran faedah. Bermaksud peminjam akan bayar lebih. Ini berbeza dengan pengumuman sebelum ini.

12. Jika peminjam tidak mahu membayar faedah lebih, mereka boleh membuat bayaran sederap 6 bulan pada bulan ketujuh selepas tamat 6 bulan moratorium.

13. Ini tidak masuk akal. Hanya orang kaya yang berpeluang mengambil pilihan ini. Yang golongan kebanyakan, marhaen? Tidak ada pilihan selain bayar lebih.

14. Asas kepada langkah moratorium untuk memastikan rakyat boleh bernafas dan terus berbelanja apabila pendapatan mereka hilang kerana perintah berkurung.

15. Bagi mereka yang masih ada kerja dan gaji masih sama, bolehlah mereka menabung dan menyimpan hasil daripada duit 6 bulan tak perlu bayar pinjaman.

16. Kini nampaknya situasi sudah berbeza. Kerajaan melalui BNM telah membuat pusingan u-turn.

17. Sama ada mereka tidak kaji masak-masak sebelum membuat dasar ini ataupun mereka tunduk kepada desakan bank-bank di Malaysia.

18. Untuk makluman, hari ini saham Maybank naik 2.16%, CIMB naik 2.37% dan RHB 2.59% selepas pengumuman ini dibuat. Nampaknya pasaran melihat pendapatan bank akan lebih masyuk meskipun ada 6 bulan moratorium.

19. Tahniah bank. Kasihan Mak Cik Kiah.

C@P

BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

1 KADAR RIBA

 

Kadar interest adalah kadar kepanasan api neraka yang akan kita rasa di Akhirat nanti, kadar ini merupakan keputusan yang telah diputus oleh ulamak-ulamak yang telah dibeli oleh kesatuan bank-bank riba di dunia. (Penal Syariah Upahan Bank Riba)

1 YB PN WAKIL BANK

UPDATE TERBARU MORATORIUM, BERAPA LEBIHAN INTEREST PERLU DIBAYAR DAN PATUTKAH KITA MASIH AMBIL?

Kenyataan terbaru Bank Negara dan Persatuan Bank Malaysia mengatakan yang hire purchase & fixed rate loan akan dikenakan interest sepanjang tempoh moratorium jika kita pilih untuk ambil moratorium tersebut.

Bermaksud yang terlibat adalah loan kereta dan juga personal loan. Hutang rumah tak ada apa-apa perubahan.

Beza yang dulu dengan sekarang?

Dalam kenyataan sebelum ini, moratorium untuk loan kereta dan personal loan tak akan ada apa-apa bayaran tambahan. Cuma panjangkan tempoh bayaran loan selama 6 bulan. Umpama dapat loan holiday selama 6 bulan.

Sekarang interest akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan cuti bayar tu.

Jadi berapa jumlah extra yang kita kena bayar kalau ambil Moratorium?

Boleh guna formula ni untuk kira lebihan interest yang perlu dibayar,

Extra Interest = (Jumlah bayaran bulanan x 6 bulan) x interest rate x (baki tempoh pinjaman dalam tahun + 0.5)

Contoh untuk loan kereta,

Bayaran bulanan = RM1,000
Interest rate = 3%
Baki tempoh pinjaman = 5 tahun

Extra interest = RM1,000 x 6 bulan x 3% x (5 + 0.5) = RM990

Lebihan interest sebanyak RM990 ini perlu dibayar samada:

1. Terus bayar lump sum RM990 sebaik sahaja habis tempoh moratorium 6 bulan (October 2020). Tak perlu bayar lebih instalment seterusnya dan tempoh pinjaman masih sama.

2. Bayar jumlah instalment seperti biasa bermula October 2020, tapi tempoh bayaran akan dipanjangkan untuk tampung lebihan interest.

3. Bayar dengan jumlah instalment yang lebih tinggi setiap bulan bermula October 2020, tetapi tempoh pinjaman akan kekal sama.

Boleh rujuk dengan bank masing-masing untuk kaedah bayaran yang lebih tepat.

Sebelum ini memang “no brainer” punya pilihan untuk kita ambil moratorium untuk loan kereta & personal loan sebab tak ada kena bayar extra.

Tapi memandangkan sekarang dah kena charge, adakah masih sesuai untuk kita ambil?

Kalau tanya saya personally, saya memang akan tetap ambil juga moratorium ni.

Pun masih atas sebab yang sama seperti apa yang saya kongsikan sebelum ni.

1. Kita perlukan tunai sebanyak mungkin sepanjang tempoh krisis ini.

2. Ada syarikat besar yang tersenarai dalam Bursa pun sudah mula potong gaji pekerja sebanyak 4%. Keadaan ekonomi masih belum pulih sepenuhnya.

3. Lebihan tunai itu boleh kita guna untuk hapuskan hutang jahat seperti kad kredit.

4. Jumlah interest lebihan yang dikenakan masih lagi munasabah. Kita hanya perlu bayar RM990 untuk dapat lebihan tunai RM6,000 selepas 6 bulan (guna contoh di atas)

5. RM6,000 itu saya boleh gandakan sebanyak paling kurang 10% sebulan di pasaran saham. Lepas 7 bulan dah boleh berkembang 100% menjadi RM12,000.

Terpulang kepada pilihan masing-masing untuk ambil atau tidak.

Ada orang malas nak pening-pening, dia bayar sahaja macam biasa.

Yang ada skill untuk melabur, memang dia akan ambil lebihan tunai tersebut.

Semoga pencerahan di atas mampu membantu anda membuat keputusan.

Boleh #kongsikan untuk bacaan orang lain.

KERAJAAN MELAYU/ISLAM RASIS PINTU BELAKANG (PN).

MCA SEMAKIN BERKUASA DALAM BIDANG EKONOMI DAN POLITIK

1 MCA IKRAR BANTAH HUDUD

1 PENGKHIANAT BERDOA B

1 MCA TAMBAH KUASA

1 BODOH MELAYU1 ZIKIR SESAT

 

Untuk info n pengetahuan am. Star 29/04/2020 ( tidak disiar dlm akhbar Melayu Sinar Harian ).

Menteri Pengangkutan Datuk Wee Ka Siong , presiden MCA telah melantik 3 orang drp MCA untuk menjadi pengerusi Pelabuhan terbesar di negara.

1. Port Klang Authority (PKA): Datuk Chong Sin Woon – MCA secretary-general

2. Penang Port Commision (PPC): Datuk Tan Teik Cheng – Penang MCA chairman n MCA vice president

3. Melaka Port Authority: Datuk Koh Hin Han – MCA central commitee member

TAHNIAH KHADAM MCA SEMUA … DENGAN HANYA KERUSI 2 PARLIMEN MACAM² CINA MCA NIE MELAYU ISLAM BAGI KAT DEPA….

Dalih Covid-19 cemari Parlimen tapi tak mampu sekat kerakusan politik

1 TSMY STRESS

1 TUN M VS MUHYIDDIN

1 KEPALA UMNO SUDAH SEMAKIN BESAR.

Dalih Covid-19 cemari Parlimen tapi tak mampu sekat kerakusan politik

Dalih Covid-19 cemari Parlimen tapi tak mampu sekat kerakusan politik
Pandemik koronavirus sememangnya memerlukan komitmen luar biasa dan tumpuan penuh semua pihak menanganinya. Bukan sekadar memerangi wabak maut itu tetapi juga impak dahsyatnya, termasuk kesan sosio-ekonomi untuk jangka panjang.

Berdepan agenda penting ini memerlukan pembabitan dan kerjasama yang jitu serta mantap. Sewajarnya setiap potensi terbaik, tanpa mengira perbedaan politik, dapat digembleng dan turut serta dalam proses memulihkan negara.

Namun begitu, satu hakikat yang nyata lagi terang, telah berlaku tragedi rampasan kuasa atau kudeta, ketika kita berdepan serangan wabak lebih dahsyat pada akhir Februari lalu. Malaysia tanpa jemaah menteri, hanya berketuakan perdana menteri interim, dan tumpuan dipusatkan kepada karenah politikus yang sibuk membeli sokongan serta meranapkan kerajaan pilihan rakyat.

Pakar ekonomi Dr Jomo Kwame Sundaram berkata krisis politik yang berlaku di tanah air pada akhir bulan Februari itu telah membazirkan masa negara untuk bersiap sedia menghadapi penularan wabak Covid-19.

“Kita hilang sekurang-kurang tiga minggu kerana ketidakpastian dan kekurangan kepemimpinan. Dan yang lebih penting lagi, kekurangan sumber tambahan yang sangat diperlukan untuk membeli peralatan ujian. Kita kehilangan tiga minggu di sana. Apa sahaja kemajuan yang kita ada dalam tindakan awal pada bulan Januari sebahagian besarnya hilang pada minggu-minggu ini,” kata Jomo.

Episod penubuhan kerajaan pintu belakang ini merupakan detik hitam dalam proses pendemokrasian, yang sepatutnya semakin matang dan teruji selepas PRU14, Mei 2018. Bagi kalangan penyokong pentadbiran baharu ini, kewujudannya cuba dilegitimasikan dengan hujah-hujah dangkal, meskipun belum disahkan di Dewan Rakyat. Sehingga Presiden Pas terpaksa mengutus warkah panjang kepasa gerakan Islam di Timur Tengah bagi mempertahankan kerajaan tebuk atap itu.

Sidang Parlimen yang ditunda, daripada Mac kepada Mei depan, turut dicemari motif politik elit penguasa apabila hanya dihadkan sehari sahaja. Tentu alasan mudah dapat diberikan, iaitu wabak maut Covid-19, sehingga terhalang fungsi semak-imbang dan pemantauan terhadap perjalanan kerajaan.

Sepatutnya di zaman kritikal lagi genting ini, sidang Parlimen amat diperlukan untuk berbahas dengan tuntas banyak strategi dan pendekatan kerajaan, termasuk pakej rangsangan ekonomi dan inisiatif lain yang berkaitan.

Kita boleh faham jika sidang yang penting ini menutup serapatnya peluang untuk membawa usul tidak percaya kepada perdana menteri. Muhyiddin Yassin dalam posisi tidak selesa khususnya berdepan dengan sokongan ahli Parlimen Umno, yang merupakan kelompok majoriti dalam Perikatan Nasional. Umno secara terbuka melahirkan pandangan seolah-olah menjarakkan diri dengan kerajaan tebuk atap yang lebih dikuasai Bersatu itu.

Tetapi dengan tiadanya sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis, perbahasan titah diraja, maka peluang amat berharga untuk meneliti langkah-langkah berkesan negara berdepan impak besar koronavirus telah disia-siakan.

Langkah kerajaan membenarkan beberapa sektor ekonomi beroperasi penuh mulai 29 April – tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditentukan – sepatutnya membolehkan Dewan Rakyat bersidang sekurang-kurangnya dua minggu, kata Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Beberapa pindaan perlu dilakukan pada peraturan mesyuarat bagi membolehkan parlimen bersidang lebih lama.

Antaranya, kata PH, ialah mengenai sidang dalam talian dan penetapan jumlah anggota parlimen tanpa menjejaskan korum atau peratusan undian parti masing-masing.

“Masalah rakyat juga perlu perhatian khusus Parlimen, termasuk isu kebajikan, pekerjaan, malah juga semak dan imbang perjalanan kerajaan bagi menjamin ketelusan pengurusan dan kebertanggungjawaban pihak eksekutif,” kata kenyataan bersama tiga ketua parti komponen PH itu.

Semasa pemerintahan singkat PH, banyak juga diusahakan agenda pembaharuan, termasuk ke atas institusi Parlimen. Selepas bertukar kerajaan, kita tidak lagi mendengar ura-ura untuk menambaik baik sistem yang ada.

Langsung tidak berbunyi iltizam perubagan di mana-mana kementerian. Ya, kerajaan ini pun tertegak atas pengkhianatan dan tidak mempunyai manifesto atau komitmen politik untuk dilunaskan.

Pandemik Covid-19 sering dijadikan dalih untuk membantutkan demokrasi tetapi ia tidak pernah menghalang keghairahan melampau penguasa untuk membolot segala peluang, kedudukan, jawatan strategik dan sebagainya.

Percakaran sekutu yang saling syak wasangka sejak hari pertama, semakin serius. Muhyiddin kini diasak Umno dan menimbulkan rasa tidak senang partinya sendiri. Bersatu pula akan melalui proses pemilihan kepimpinan parti, termasuk jawatan presiden.

Perhatian tertumpu ke selatan tanahair, negeri pertama kerajaan PH tumbang sebelum angkara terhadap Putrajaya disempurnakan. Dalam PRU14 lalu, Johor juga merintis jalan berlaku perubahan besar.

Apakah kali ini pembelotan akan ditebus, juga bermula dari sana? Mampukah Muhyiddin, dengan kuasa seorang perdana menteri mengawal anak-anak buahnya sendiri berdepan asakan Umno yang menguasai sumber di Johor?

Jalan Kebenaran Dan Bermaruah Masih Belum Jauh Di Belakang – SALAHUDDIN HJ AYUB

1 BODOH MELAYU1 MELAYU MENDERITA KERANA UMNO1 UMNO GADAI TANAH PINANG1 ARAK PAS AAA

Jalan Kebenaran Dan Bermaruah Masih Belum Jauh Di Belakang.

1. Puaka dan saka Umno telah menjadikan betapa malangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) terutama di Johor yang menyaksikan begitu tragisnya lelongan ghanimah hasil rompakan yang menjadikan perjanjian “marriage of convenience” semakin rapuh dan luntur.

2. Sikap pimpinan Umno Johor yang masih sarat dengan warisan sakanya itu amat mustahil untuk berwajah adil kepada rakan-rakan Bersatu yang mereka anggap sebagai budak-budak suruhan kerana punca kuasa yang menjadikan mereka (PN) berkuasa di Johor itu sendiri adalah dengan cara yang paling tidak bermaruah dan tiada berintegriti.

3. Kepada rakan-rakan dalam kerajaan PN yang menang atas mandat Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya yang lalu, jalan kebenaran penuh bermaruah masih belum jauh di belakang. Kami kepimpinan PH bersedia untuk nenerima anda semua kembali ke dalam keluarga besar PH.

4. Saya yakin dan percaya, pengalaman kita bersama membina kerajaan PH jauh lebih mulia dan harmoni berbanding dengan apa yang sedang dialami oleh anda semua di dalam kerajaan PN yang semakin parah dengan prasangka dan sengketa. Kembalilah kepada jalan kebenaran. Biar mati berdiri, daripada hidup menghamba diri.
SALAHUDDIN HJ AYUB
Timbalan Presiden
Parti Amanah Negara (Amanah)
30 April 2020

“Apa beza mamak dan KFC dengan kami?” Soalan peniaga ini buat penguatkuasa terkedu

“Apa beza mamak dan KFC dengan kami?” Soalan peniaga ini buat penguatkuasa terkedu

Sebelum ini, kami menerima arahan tentang larangan berniaga di premis kami sendiri di Medan Selera. Kami dicadangkan untuk berniaga di rumah sahaja.

Hari ini kami didatangi oleh penguatkuasa Majlis Daerah Batu Gajah sebanyak dua kali. Kami pertama, penguatkuasa tersebut memaklumkan tidak salah berniaga di rumah, cuma jaga penjarakan sosial. Beliau siap tanya, kenapa tak berniaga di kedai je? Aku pelik. Aku cakap la sebelum ini aku tanya YDP MDBG, dia kata tak boleh sebab atas arahan MKN. Dia cakap berniaga je kt kedai, tak ada masalah. Kami pun lega, dan berkira-kira untuk berniaga di kedai semula.

Tak sampai sejam selepas itu, penguatkuasa itu datang balik. Dia kata, baru dapat tahu, berniaga di rumah juga tak boleh. Dia kata tak boleh pamerkan makanan, hanya masak di rumah untuk COD sahaja. Pembeli pun tidak boleh datang membeli di rumah. Beliau mengarahkan kami tidak berniaga di rumah selepas ini.

Aku tanya pada dia, apa beza kami pamerkan makanan dengan kedai mamak dan KFC pamerkan makanan di premis mereka? Dan apa beza pembeli datang beli di rumah dengan pembeli datang kedai mamak dan KFC? Penguatkuasa itu gagal memberi jawapan yang meyakinkan.

Aku pun pelik, arahan yang dikeluarkan kerajaan ini seolah-olah hanya memberi faedah kepada entiti besar sahaja dan membelakangi peniaga kecil yang berusaha mencari rezeki untuk meneruskan kelangsungan hidup. Adalah tidak adil kita membenarkan kedai-kedai besar berniaga tetapi tidak membenarkan peniaga kecil berniaga sedangkan peniaga kecil ini mengikut kriteria yang ditetapkan sama seperti kedai-kedai besar seperti KFC, McD, kedai mamak dan sebagainya.

Aku tidak salahkan penguatkuasa tersebut kerana beliau hanya menjalankan tugas, aku ucap terima kasih kepada mereka yang mengambil berat tentang kami. Tapi aku cakap, nk larang biarlah adil. Jangan kerana namanya restoran mereka dibenarkan berniaga tetapi peniaga kecil tidak boleh sedangkan tiada bezanya antara kami yang turut akan ikut segala kriteria yang diberikan. Janganlah double standard dalam penguatkuasaan.

Selepas itu, jiran aku yang turut berniaga datang tanya aku, macam mana ni? Esok boleh ke berniaga lagi. Aku kasihan pada mereka. Mereka berusaha juga untuk berniaga mencari rezeki untuk keluarga, namun turut ‘diganggu’ oleh sang penguasa sedangkan kedai-kedai mamak, KFC dan sebagainya tenang meneruskan operasi tanpa dengan tenang tanpa takut dengan apa-apa gangguan dan ancaman!

Sumber:

Umno tidak pernah sertai Perikatan Nasional – Mohamad Hasan

1 PADAH KERAJAAN PN1 HILANG PEKERJAAN

Ong Kian Ming, dalam artikelnya yang diterbitkan oleh Malaysiakini pada 24 April 2020 menulis tentang dilema UMNO dalam Perikatan Nasional dan kemungkinan UMNO akan meninggalkan PN dalam pilihanraya akan datang.

Saya berhasrat untuk mengulas tentang hanya satu perkara iaitu kedudukan UMNO dalam Perikatan Nasional. Agar semua pihak memahami dengan jelas kedudukan UMNO dan haluan politiknya.

UMNO tidak pernah menyertai Perikatan Nasional kerana Perikatan Nasional bukan satu entiti politik yang berdaftar seperti Barisan Nasional. Hubungan UMNO dengan PN ialah hanya satu persefahaman untuk menyelamatkan Malaysia kerana kemelut politik yang dicetuskan sendiri oleh kelompok tertentu dalam Pakatan Harapan.

Secara mudahnya, ia adalah persefahaman untuk membentuk Kerajaan dan mentadbir Malaysia kerana kegagalan PH dan tidak lebih dari itu.

Persefahaman ini berbeza dengan kerjasama politik UMNO dengan Pas yang dikenali sebagai Muafakat Nasional. Kerjasama ini diurus secara rasmi melalui Piagam Muafakat Nasional dan telah melalui pelbagai proses sumbangsaran, termasuk dibincangkan di Perhimpunan Agung sebelum Piagam tersebut dimeterai.

UMNO juga mempunyai kerjasama politik yang megikat antara MCA, MIC serta PBRS melalui Barisan Nasional. BN pula adalah sebuah entiti politik yang terdaftar.

Maknanya UMNO dan Pas serta UMNO dan BN mempunyai perjanjian kerjasama politik yang teratur, kemas dan terikat. Matlamatnya ialah untuk membentuk kerjasama politik dan memenangi pilihanraya sebagai sebuah ‘coalition’. Tetapi jika tidak berjaya sekalipun, kerjsama politik itu akan tetap kekal dan berfungsi.

Kerjasama ini telah diterjemahkan melalui pelbagai aktiviti, projek dan program politik bersama di pelbagai peringkat agar MN dan BN semakin mengukuh.

Justeru, UMNO tidak akan menghadapi apa jua dilema tentang kedudukannya dalam Perikatan Nasional. Ia tidak mempunyai apa-apa perjanjian dalam bentuk apa jua dengan PN apatah lagi PPBM dan GPS. Ia hanya menyertai Kerajaan atas dasar mendukung Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk menyelesaikan kemelut politik Malaysia.

Sebagai parti politik, tugas dan fokus UMNO waktu ini ialah untuk menyediakan parti bagi memenangi pilihanraya akan datang bersama rakannya dalam Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.

UMNO akan terus menjadi parti politik Melayu terbesar dinegara ini dan insyallah, parti yang akan memenangi paling banyak kerusi dalam pilihanraya umum seperti lazimnya.

Bagaimana UMNO ingin melakukannya, itu adalah urusan dan strategi dalaman UMNO dengan sekutunya iaitu PAS dan BN.

Sebagai parti politik Melayu terbesar, UMNO mesti bertanding di semua kerusi tradisional nya dan kerusi yang ia sangat berpotensi untuk memang. Kekuatan UMNO adalah di kawasan ‘the Malay heartland’ dan ia akan menguatkan pengaruh, keterlihatan dan khidmatnya di semua kawasan tersebut.

Insyallah dengan dukungan jutaan ahli parti, orang Melayu serta seluruh rakyat Malaysia, UMNO akan bekerja keras untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi. Hanya dengan cara inilah, UMNO boleh menjadi parti dengan majoriti terbesar di Parlimen dan memimpin Kerajaan seperti sebelumnya.

Sesiapa yang ingin bekerjasama dengan UMNO sangatlah dialu-alukan, tetapi mestilah dengan keikhlasan dan kesediaan mereka untuk menyertai MN ataupun BN. UMNO sangat menghargai setiakawan rakan-rakannya dalam MN dan BN. Sesuatu selain dari MN dan BN, adalah tidak strategik kepada kelangsungan UMNO.

Sumber :

Umno tegur Bersatu agar jangan cakap banyak, cermin diri dulu

Umno tegur Bersatu agar jangan cakap banyak, cermin diri dulu

1 BODOH MELAYU1 TSMY STRESS1 PADAH KERAJAAN PN1 KEPALA UMNO SUDAH SEMAKIN BESAR.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mengingatkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di negeri itu supaya mencermin diri sendiri dahulu sebelum boleh `cakap banyak’ menguar-uarkan kepentingan mereka dalam gabungan Perikatan Nasional (PN).

Malah, tegas Nur Jazlan, kalau pun ada cadangan Bersatu untuk menggantikan Menteri Besar Datuk Ir Hasni Mohammad dari UMNO, ia tidak memberi sebarang makna kerana parti itu tidak ada majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selain kerjasama yang rapuh dengan Pakatan Harapan (PH).

“Bersatu ni jangan cakap banyak. Lebih baik Tuanku bubar DUN. Dan keputusan itu akan jadi domino untuk kerajaan negeri lain tumbang dan akhirnya Kerajaan Pusat

“Sebenarnya dia orang harap Bersatu boleh diterima balik dengan syarat untuk gabung dengan UMNO. Tapi buat apa, pasal dia orang tak ada grassroot (akar umbi) pun.

“Kalau dia orang nak, kita (UMNO) boleh terima Tan Sri Muhyiddin seorang saja yang boleh sambung jadi Perdana Menteri. Yang lain masuk balik UMNO tanpa syarat.

“Kalau dia orang masih berkeras nak Bersatu masih wujud, kita lawan masa pilihan raya negeri dan pilihan raya umum. UMNO nothing to lose. Dah jatuhkan PH pun,” kata Nur Jazlan kepada SUARA MERDEKA menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Isnin lalu, Setiausaha Bersatu Johor, Mohd Solihan Badri meminta parti lain yang membentuk kerajaan PN agar tidak memandang enteng keberadaan mereka dalam gabungan berkenaan.

Kata Mohd Solihan, sebelas wakil rakyat parti itu serta seorang wakil bebas dalam DUN mempunyai peranan penting untuk menentukan gabungan PN terus utuh sehingga pilihan raya umum akan datang.

Nur Jazlan berkata, kedudukan dan peranan Bersatu dalam kerajaan PN juga bukan isu kerana beberapa pemimpin UMNO sebelum ini pun sudah menjelaskan setakat hari ini tiada perjanjian rasmi dalam menubuhkan gabungan PN.

“Ya, macam Najib, Zahid dan Mat Hassan cakap. Mana ada agreement rasmi tubuh Perikatan Nasional ini, lainlah Muafakat Nasional ada piagamnya,” kata beliau.

Pada 25 April lalu, Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menegaskan bahawa parti itu tidak pernah menyertai PN kerana gabungan itu tidak berdaftar seperti Barisan Nasional (BN).

Kata Mohamad, hubungan UMNO dengan PN hanya berbentuk persefahaman bagi “menyelamatkan Malaysia” daripada kemelut politik dicetukan kelompok tertentu dalam PH.

Bekas menteri besar Negeri Sembilan itu juga menegaskan, mana-mana parti yang di luar Muafakat Nasional – yang dibentuk bersama Pas dan BN tidak strategik untuk kelangsungan UMNO.

Sebelum ini, ahli Majlis Tertinggi parti UMNO, Tan Sri Noh Omar berkata, selepas dilantik semula ke jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, tumpuannya adalah untuk mengukuhkan Muafakat Nasional di negeri itu.

Beberapa insiden membabitkan pemimpin Bersatu juga mengundang kritikan daripada UMNO, termasuk kejadian membabitkan Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali yang menghadiri majlis makan di maahad tahfiz exco Perak di Lenggong baru-baru ini. – SM

Berita penuh : https://suaramerdeka.com.my/bersatu-jangan-cakap-banyak-kalau-berani-bubarlah-dun-johor-nur-jazlan/

Umno tegur Bersatu agar jangan cakap banyak, cermin diri dulu