Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

1 A 250 BILION1 Dr Nor Hisham1 DR ZUL CAKAP BENAR

Kenapa Kita Harus Bersyukur Dengan Cara Pengendalian COVID-19 Di Malaysia

KISAH PUAN ZABITHA BERSAMA PEMBANTU RUMAH DARI FILIPINA
Pembantu rumah saya ini orang Filipina. Dialah jadi kawan buat bersembang. Kadang-kadang bila saya menonton perutusan atau ada apa-apa perkembangan yang dimaklumkan kerajaan, selalu saya kongsikan dengannya.

Dia cakap untunglah jadi rakyat Malaysia sebab polis dan tentera masih baik kerana Presiden Filipina sudah umumkan, siapa ingkar perintah akan ditembak.
Di Filipina, berlaku rusuhan kerana bantuan makanan tidak sampai kepada penduduk sejak 2 minggu selepas perintah berkurung kerana Covid-19. Mereka lapar. Mereka menunjukkan bantahan dan berkumpul sehingga tercetusnya pergaduhan.

Kata Presiden Filipina, sesiapa yang ingkar arahan “Tembak mereka hingga mati, arahan saya adalah kepada polis, tentera dan pegawai di kampung. Jangan cabar kerajaan. Kau akan kalah!”

Minggu lepas, mereka perlu dapatkan bekalan ubat dari kota untuk ibunya. Sumpah, suaminya tidak berani keluar untuk ambil bekalan ubat dari kota. Katanya, jika mereka menaiki pengangkutan awam, mereka perlu melalui sekatan jalan di setiap kampung sebelum sampai ke kota.

Mereka akan diarahkan membuka kasut, dan merendamkan kaki dalam cecair seperti klorox di setiap sekatan jalan raya. Fuh! Tentera mereka juga, memang tegas. Tiada kompromi.

Katanya lagi, kerajaan ada juga hulurkan wang bantuan kepada keluarga miskin tetapi bantuan memang tidak akan sampailah pada keluarga miskin kerana pihak atasan sudah masuk poket mereka dulu. Dia kata untunglah orang Malaysia serba serbi dapat. Dilayan baik pula oleh polis dan tentera.

Filipina ini, memang miskin sehingga mereka terpaksa menjual buah pinggang untuk kelangsungan hidup. Kalau jual buah pinggang, mereka hanya dapat RM10,000 sahaja ditangan. Sepatutnya dapat lebih tinggi tetapi sudah disapu oleh agen dan suap sana sini sikit.

Dia paling takut kalau saya hendak keluar rumah. Disuruhnya saya berhati-hati, itu dan ini. Kalau balik rumah terus dia basuh barang-barang. Dicuci segala baju.

Katanya kalau saya keluar dan apa-apa berlaku, apalah nasibnya dan Nadra nanti. Dia juga takut kalau saya bawa balik kuman, sebab Nadra masih kecil, takut berjangkit. Dia juga takut terkena, katanya orang miskin macam dia pasti tidak akan dirawat rapi dan pasti mati. Itu katanya.

Dia selalu rasa orang Malaysia ini beruntung, serba-serbi ada. Di kampungnya hendak basuh baju pun perlu pam air dengan tangan. Untunglah sistem pengairan kita bagus. Serba serbi orang Malaysia cukup.

Kadar kemiskinan di Malaysia tidak seperti Filipina. Mereka betul-betul miskin. Ada sekelompok mereka yang tinggal di atas kawasan kubur dan buat penempatan. Tidur di atas batu marmar kubur, memasak di situ, makan di situ.
Disebabkan kemiskinan, juga dia terpaksa meninggalkan dua anaknya dan suami dan mencari kerja di Malaysia.

Waktu bulan pertama dia datang dulu, saya selalu lihat matanya merah baru lepas menangis. Dia cuba sembunyikan. Dia banyak termenung. Masa mula-mula video call dengan anaknya berusia 4 tahun, merajuk anaknya melihat Nadra.

Kata anaknya “Baby siapa itu? Kenapa tinggalkan saya untuk baby itu?”. Menangis anak itu berlari tidak mahu cakap dengan ibunya. Berhari-hari juga anaknya merajuk, tidak mahu bercakap dengan video call.

Dia selalu buat saya rasa bahawa bertuah jadi rakyat Malaysia. Dia hairan melihat kemeriahan masakan di rumah kita, tidak putus-putus lauknya, terutama hari raya dan puasa.

Saya selalu bergurau dengannya, Malaysia ini orang tidak akan mati kerana tak makan tetapi selalunya mati kerana makanan (penyakit). Makanlah sebanyak mana dia hendak makan.

Benarlah. Orang Malaysia amat beruntung cuma segelintir kita masih tak mahu menghargai.

Siap Gali Ratusan Kubur Supaya Rakyat Takut COVID-19 – Dnipro,Ukraine.

1 HIDAYAH CENTRE

Siap Gali Ratusan Kubur Supaya Rakyat Takut COVID-19 dan Duduk Rumah Diam-Diam

Sebuah bandar di negara Ukraine, Dnipro, setakat ini hanya mencatatkan 13 kes jangkitan COVID-19. Namun ia tidak bermaksud mereka boleh selesa menjalani kehidupan seperti biasa.

Disebabkan mahu penduduk di bandar tersebut kekal berada di rumah agar rantaian COVID-19 ini dapat diputuskan, Datuk Bandar Dnipro, Borys Filatov, telah mengarahkan pihak berkuasa agar menggali ratusan kubur sebagai peringatan awal kepada orang ramai.

Bandar Dnipro mempunyai kira-kira satu juta penduduk setakat ini dan masih belum ada sebarang kes kematian akibat COVID-19 dilaporkan.

“Kami sudah bersedia untuk yang paling teruk. Ada 600 kubur digali di kawasan perkuburan bandar ini andai ada kematian dilaporkan. Sebanyak satu ribu beg mayat juga telah disediakan untuk menyimpan mayat tersebut.

“Ini bukan untuk panik, sebaliknya satu persediaan awal andai berlaku sebarang musibah,” kata datuk bandar itu di laman Facebook beliau.

Covid-19: Mekah, Madinah catat kes tertinggi semalam

1 NILAI AKHLAK

Covid-19: Mekah, Madinah catat kes tertinggi semalam

RIYADH – Kota suci Mekah dan Madinah antara empat lokasi di Arab Saudi yang mencatatkan kes positif Covid-19 tertinggi semalam apabila masing-masing mencatatkan 78 dan 89 kes.

Memetik laporan Arab News, secara keseluruhan semalam sebanyak 355 kes jangkitan baharu wabak tersebut dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Dua lokasi lain di negara tersebut iaitu Riyadh dan Jeddah pula masing-masing mencatatkan 83 dan 45 kes.

Dengan pertambahan kes baharu itu, secara keseluruhan, sebanyak 3,287 kes jangkitan wabak tersebut dilaporkan setakat semalam.

Jumlah kematian yang dilaporkan pula mencecah 44 kes manakala pesakit yang telah sembuh ialah sebanyak 666 orang.

Sejak kelmarin, Arab Saudi telah menguatkuasa perintah ‘lockdown’ selama 24 jam di bandar-bandar utama negara tersebut bagi mengurangkan penularan wabak tersebut.

Antara lokasi yang terlibat dalam perintah berkurung itu ialah ibu negaranya, Riyadh, Jeddah, Dammam, Dhahran, Tabuk, Hofuf, Taif, Al Qatif and Khobar.

BANTU UMAT ISLAM PALESTIN MENGHADAPI COVID 19.

1 COVID 10 PALESTIN

💪🏻AMAN PALESTIN RAYU SUMBANGAN💪🏻
.
📌KUALA LUMPUR: Sejumlah RM500,000 diperlukan Aman Palestin Berhad (Aman Palestin) bagi membeli kelengkapan kesihatan untuk diagihkan ke hospital yang bertungkus-lumus mengekang penularan wabak COVID-19.
.
📌Sehubungan itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Awang Sufian Awang Piut, merayu orang ramai menyalurkan sumbangan wang ke Tabung Perwira COVID-19 yang dilancarkan Aman Palestin, semalam.
.
📌Katanya, antara kelengkapan amat diperlukan hospital dan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan ialah pembersih tangan, penutup mulut dan hidung, apron, jangka suhu serta pendingin hawa bergerak.
.
📌Laporan penuh Anwar Patho Rohman, Berita Harian di pautan di bawah:
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/03/667561/covid-19-aman-palestin-rayu-sumbangan
.
————————————————
.
⚡️Jom kita lakukan sumbangan TABUNG PERWIRA COVID-19 melalui kaedah yang lebih mudah dengan klik di pautan di bawah:
https://bit.ly/tabungperwiracovid19AP
https://bit.ly/tabungperwiracovid19AP
https://bit.ly/tabungperwiracovid19AP
.
⚡️Muat turun aplikasi JOM MENYUMBANG di:
👉🏻Google Play Store!
http://bit.ly/jommenyumbangAP
.
👉🏻Apple App Store!
http://bit.ly/jommenyumbangAPB
.
#AmanPalestin
#JomMenyumbang
#10forsmiles

APA PERANAN WARGA NEGARA CHINA YANG HILANG JIKA PERANG MELETUS?

1 ZAHID CINA1 ZAHID JUAL IC1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 BODOH MELAYU1 KETUA PENGARAH IMEGRESEN

APA PERANAN WARGA NEGARA CHINA YANG HILANG JIKA PERANG MELETUS?

Konflik di antara Negara China dan Amerika Syarikat yang sedang memuncak di Laut China Selatan berupaya melarat menjadi peperangan yang meluas.

Menurut Al Jazeera, Tentera Laut Amerika telah mengesahkan pada 20 April lepas 2 kapal perang mereka, USS America dan USS Bunker Hill sedang beroperasi berhampiran dengan perairan yang dituntut oleh Malaysia dan China.

Minggu lepas, kapal penyelidik China, Haiyang Dizhi 8, telah dilihat berada berhampiran kapal milik Petronas, West Capella. Kejadian ini membuat Amerika menggesa China supaya tidak membuli di perairan yang dipertikaikan dan berhenti memprovokasi operasi mencari gali minyak dan gas.

Pada 20 April lepas, Vietnam telah memprotes kerana China telah mewujudkan 2 daerah pentadbiran di 2 buah pulau yang dipertikaikan iaitu Pulau Paracel dan Pulau Spratly. Pada tahun 1974, China dan Vietnam ( ketika itu Vietnam Selatan ) telah berperang untuk merebut Pulau Paracel. China telah berjaya menguasai pulau itu di dalam pertempuran yang mengorbankan 53 tentera Vietnam dan 18 tentera China.

Jabatan Negara Amerika ( US State Department ) telah mendakwa China mengambil kesempatan ketika dunia memberi tumpuan kepada usaha-usaha melawan pandemik Covid-19. Sementara China telah melaporkan angkatan tentera mereka telah berjaya menghalau kapal perang Amerika, USS Barry, dari perairan Pulau Paracel. Mereka mendakwa provokasi oleh Amerika ini mencabulkan kedaulatan mereka dan meningkatkan lagi risiko keselamatan di rantau ini.

Januari lepas pula China telah membidas Amerika kerana mendakwa satu provokasi telah berlaku apabila kapal perang USS Montgomery belayar melalui perairan Kepulauan Spratly.

Akibat perkembangan-perkembangan terkini, terdapat mereka yang meramalkan Perang Dunia Ketiga boleh bermula akibat konflik di Laut China Selatan.

China begitu agresif mahu menguasai lautan tersebut dengan menuntut kepulauan-kepulauan kecil dan perairan di sekitarnya yang kaya dengan minyak dan pelbagai hasil galian. Sementara Amerika, sebagai kuasa besar sudah tentu tidak mahu ketinggalan dan melihat tindakan China sebagai usaha untuk menjadi “Big Brother” di rantau ini.

Perang dagang di antara kedua-dua negara dan dakwaan pentadbiran Trump terhadap China berhubung pandemik Covid-19 boleh melarat menjadi konflik yang lebih besar. Hanya satu insiden seperti berlaku berbalas tembak di antara 2 kapal perang boleh mencetuskan satu konflik dan akhirnya peperangan.

Jika ini berlaku kemungkinan besar ia tidak akan terhad di lautan tetapi kemungkinan besar akan melarat ke daratan dan melibatkan negara-negara di Asia Tenggara. Kedua-dua negara sudah tentu mahu mewujudkan pengkalan-pengkalan di darat mereka.

Bagi Malaysia ini amat membimbangkan kerana sekurang-kurangnya 76,258 warga China yang telah masuk ke negara kita dan tidak ada rekod mereka meninggalkannya. Adakah kehilangan ini di atas sebab-sebab ekonomi, politik, peribadi atau terdapat sebab-sebab lain yang boleh mengancam keselamatan negara?

Sebelum Jepun menduduki Malaya pada Perang Dunia Kedua, ramai rakyat Jepun telah datang dan menetap di negara kita. Menurut Brian Bridges dalam “Britain and Japanese Espionage in Pre-War Malaya : The Shinozaki Case” ( 1986 ), pada permulaan abad ke 20 terdapat hanya 1,000 rakyat Jepun di Malaya tetapi pada awal tahun 30an bilangan ini telah meningkat kepada lebih 6,000 orang. Mereka menjadi nelayan, tukang gunting, tukang gambar dan membuka kedai runcit secara kecil-kecilan. Ian Morrison di dalam Malayan Postscript ( London, 1942 ) menulis di hampir setiap bandar atau kampung yang penting di seluruh Malaya akan terdapat satu atau dua kedai Jepun.

Setelah Jepun berjaya menduduki Malaya dalam tahun 1942 barulah disedari ada di antara mereka yang merupakan pegawai tentera Jepun atau pengintip yang ditugaskan untuk mengumpul maklumat untuk tentera Jepun.

Justeru itu kerajaan tidak boleh memandangkan ringan kehilangan warga negara China itu. Di zaman yang begitu canggih hari ini mana-mana negara tidak perlu menghantar rakyat mereka untuk melakukan kerja-kerja risikan kerana ia dapat dilakukan menggunakan peralatan jarak jauh seperti satelit. Walau bagaimanapun selagi kita gagal menjejaki mereka selagi itu keselamatan negara dihantui dengan pelbagai persoalan. Tambahan pula jika meletus peperangan.

Kita perlu belajar dari sejarah kerana sesiapa yang enggan belajar dari pengalaman lampau maka mereka akan terperangkap untuk kali kedua. C&P.

MARI KITA TENGOK SEJARAH MELAYU MODEN DAN WAJAH-WAJAH MANUSIA YANG MEROSAKKAN SEJARAH MELAYU DAN AGAMA ISLAM DI BUMI MALAYSIA TERCINTA.

2 ROH ALTANTUYAKisahPembunuhanAltantuya1 KAPAL LAUT TAK SAMPAI

Menteri Pertahanan/KDN Melayu/Islam Rasis yang merompak aset pertahanan Malaysia tetapi masih hidup bebas sebagai menteri.

1 SERIK

1 3 MENTERI LAND SWAP1 6 ROMPAKAN UMNO ASWAJA1 UMNO KHIANAT ATM1 ATM UMNOPAS KHIANAT

Negara luar tidak gerun dengan menteri melayu/Islam yang terlibat dengan berbagai skandal, yang boleh dibeli dengan duit secara rasuah.

ASET NEGARA BERKURANG

Mengajar mereka yang baru memeluk Islam turut merompak khazanah negara.

1 ZALIM 4

1 HELI

Hanya menteri melayu/islam yang melakukan kerja terkutuk.

1 LTAT

Sepatut melayu/Islam lebih amanah dan bertanggunjawab tetapi dengan nama melayu/Islam mereka berdua dapat merompak negara dengan selesa.

 

1 PENIPU AAA

Mereka yang melambangkan kemuliaan Islam sepatutnya bertindak tegas dan menzahirkan nilai-nilai kemuliaan Islam.

1 PENIPU AA

Mereka yang bersepakat menghancurkan negara tanpa rasa bersalah.

1 KENCING AAAAAA1 HELI MARA1 BODOH MELAYU

BIAR GAMBAR YANG MENTAFSIR MARUAH MELAYU SEBENAR.

Kebenaran solat Jumaat, tarawih dibincangkan esok: Ismail Sabri

Imam Masjid Sri Sendayan Syed Abdul Waahid Qusyairi Syed Ahmad Johari (tengah) mengaminkan doa selepas menunaikan solat Zohor menggantikan solat Jumaat. – Foto Bernama

PUTRAJAYA – Semua kementerian akan terlibat pada Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) esok bagi membentangkan prosedur operasi standard (SOP) baharu termasuklah kebenaran bagi orang Islam menunaikan solat Jumaat atau tarawih di masjid.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh rakyat dan pengumuman berkaitan SOP tersebut akan diumumkan oleh beliau sendiri esok atau Jumaat ini.

“Kita faham ada ibu bapa bekerja dan tidak ada sesiapa menjaga anak mereka. Perkara ini akan dibincangkan esok oleh semua kementerian bagi mengeluarkan perincian SOP. Semua kementerian akan mencadangkan SOP mereka.

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad turut terlibat dalam mesyuarat bagi menyediakan SOP esok. Pelbagai persoalan ditimbulkan apabila terdapat kelonggaran dalam PKP keempat ini dan sebenarnya ia akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Ada juga yang bertanya adakah solat tarawih dibenarkan dengan syarat kita mengamalkan jarak satu meter dan begitu juga dengan solat Jumaat,” katanya pada Sidang Media (Non- Health) di sini hari ini.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau telah menerima surat cadangan dan permohonan menyambung semula kempen Liga Malaysia (Liga-M) daripada Kementerian Belia dan Sukan.

“Perkara ini juga akan kita bincangkan dan jika dibenarkan kita akan sediakan SOP. Namun seperti saya maklumkan sebelum ini buat masa sekarang perlawanan bola sepak Liga-M tidak dibenarkan,” katanya.

 

SALAM RAMADHAN
JOM TENGOK STATISTIK COVID19
29/4/2020
Kena jangkitan virus corrona
3.050.339 orang
KEMATIAN 211.327 orang.
JENUH BARISAN HADAPAN MENGURUS
PESAKIT lebih 3 juta
Kematian lebih 200 ribu.

1. USA kematian 56.253
2 Itali kematian 26.977.
3. Sepanyol mati 23.521
4.perancis mati 23.327
5.jerman mati 6126.
6. UK kematian21.157′
7. Rusia kematian 867.
8 malaysia kematian 100
9.israel kematian 208
10 vietnam Tiada kematian.

CUBA BAYANGKAN TERLALU SIBOK MENGURUS KAN RIBUAN JENAZAH.
MENGURUSKAN 3 juta pesakit

Stay at home
Pkp dan kekalkan jarak
Budaya baru

Langkah pencegahan terbaik

ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT

1 HADI WAJIB BOHONG1 UST SYAFIQ ASWAJA HINA US EBIT.1 US SYAFIQ RASUAH1 SOLAT BETUL XPAS.1 LIDAH SYAITAN1 AMANAT HADI

” ANTARA SEBAB-SEBAB AMALAN KITA TIDAK DITERIMA DI SETIAP LAPISAN LANGIT “…

1. Lapisan Langit Pertama: Mengumpat.
2. Lapisan Langit Ke-2 : Amalan untuk keuntungan dunia semata-mata.
3. Lapisan Langit Ke-3 : Sombong atau Takabbur.
4. Lapisan Langit Ke-4 : Ujub.
5. Lapisan Langit Ke-5 : Dengki.
6. Lapisan Langit Ke-6 : Tidak berbelas kasihan kepada orang lain.
7. Lapisan Langit Ke-7 : Riak.

Menurut Imam Al-Ghazali, riak boleh berlaku dalam 12 perkara iaitu:

1. Riak dalam ibadat.
2. Riak dalam ilmu.
3. Riak dalam amalan.
4. Riak dalam kata-kata.
5. Riak bila berzuhud.
6. Riak dengan harta.
7. Riak kerana pangkat.
8. Riak dengan pencapaian.
9. Riak dengan kebolehan.
10. Riak dengan kecantikan tubuh badan.
11. Riak dengan suara yang lunak merdu.
12. Riak dengan kumpulan yang disertai.

Akhir sekali, apabila amalan yang dihadapkan kepada Allah melepasi kesemua 7 lapisan langit, ada satu lagi sebab mengapa amalan kita ditolak oleh Allah SWT. Sebab amalan kita ditolak setelah melepasi 7 lapisan langit ialah amalan yang tidak disertai keikhlasan.

– [ Petikan Hadis daripada Majlis Ta’lim Masjid Muaz bin Jabal ]

Wallahu a’lam .

ياَ أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ (٣X) فَرِّجْ عَلَى الْمُسْلِمِيْنَ .

اللهم صلّ وسلم على سيدنا محمد نور ك الساري ومددك الجارى واجمعني به في كل اطواري وعلى آله وصحبه يانور .

Sindiket UmnoBn Terancang Yang Jual IC ?

1 ZAHID CINA1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 ZAHID JUAL IC1 BODOH MELAYU

Isu lambakan pelancongan asing dari China dan India yang tidak mempunyai rekod keluar dari negara ini amat membimbangkan. Perkara itu serius dan boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara jika tidak ditangani segera.

🧐Menurut laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, sepanjang 2016 sehingga 2018, sebanyak 79,799 data ketibaan warga China dan 41,243 warga India masuk Malaysia

Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) merekodkan 76,258 atau 95.6 operatus warga China dan 39,806 (96.5%) warga India tidak mempunyai rekod keluar 😤

🧐Pada 21 Ogos lalu pula, telah berlaku gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama tiga hari, yang menjadi catatan hitam dalam sejarah negara. Dalam tempoh tersebut, tular di media sosial segerombolan warga China masuk ke Malaysia atas tiket pelancong. Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan terancang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) membuat laporan kepada Jabatan Imigresen dan polis supaya menyiasat kegagalan rangkaian di KLIA.

😱Ketua Polis Pulau Pinang ketika itu, Datuk T. Narenasagaran mengatakan berlaku sindiket kad pengenalan, pasport dan sijil kelahiran palsu di Pulau Pinang menyebabkan lebih 20 suspek ditangkap termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang, beliau percaya sindiket itu bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang, malah di negeri lain dan percaya sudah lama beroperasi.

Jangan kerana kepentingan pihak tertentu untuk mempertahankan kuasa politik, kedaulatan dan keselamatan negara tergadai di tangan orang asing

Tiada rekod keluar pelancong China, India seolah-olah sindiket terancang

AMAT MENAKUTKAN BILA BACA ARTIKEL INI..

1 ZAHID CINA1 ARAK TAKITUDDIN A1 ARAK PAS AAA1 KERAJAAN MELAYU ISLAM NAZAK1 KERA SUMBANG 31 RIDHUAN TEE MCA1 MCA IKRAR BANTAH HUDUD

AMAT MENAKUTKAN BILA BACA ARTIKEL INI..

MALAYSIA BAKAL JADI TANAH CINA, BUKAN LAGI BUMI MELAYU

1. Portal berita antarabangsa scmp.com melaporkan penghijrahan beramai-ramai orang China ke Malaysia: “Why Are Chinese Moving To Malaysia By The Thousands?’

2. Dilaporkan, melalui Skim MM2H (Malaysia My Second Home), beribu-ribu warga China ini diberi hak kerakyatan untuk tinggal di Malaysia.

3. Jadi, bagaimana perkara ini bakal menyisihkan orang Melayu di bumi Melayu sendiri?

4. Orang-orang China yang datang beramai-ramai ini bukanlah buruh atau golongan miskin. Mereka adalah kaya-raya yang dan rata-rata adalah professional.

5. Mereka ini akan tinggal di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan tidak perlu berasimilasi dengan orang Melayu kerana populasi Cina sememangnya sudah majoriti di bandar.

6. Jadi, orang-orang Cina ini bergabung untuk menguasai ekonomi dengan tambahan “kekayaan baru” yang dibawa “pendatang baru” ini dari China.

7. Untuk pengetahuan anda yang masih belum ‘bangun tidur’, China kini bukan lagi seperti China yang dahulu.

8. Revolusi industri China telah meningkatkan taraf ekonomi rakyatnya, melahirkan 800 juta golongan kelas pertengahan. Ramai dari 800 juta ini mencari kehidupan baru di luar negara.

9. Antara negara yang menjadi pilihan mereka adalah Malaysia, kerana populasi Cina yang tinggi di bandar dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina Malaysia.

10. Orang-orang ‘Cina Baru’ ini memang dikenali sebagai sombong dan tidak mahu bergaul dengan orang lain. Mereka memandang rendah kepada kaum Melayu kerana merasakan negara asal China adalah negara yang jauh lebih hebat.

11. Sasaran mereka ialah bila mereka menguasai ekonomi dan populasi bandar besar nanti, automatik mereka akan mengawal ekonomi dan pengaruh politik Malaysia.

12. Dari segi sosio-ekonomi pula, mereka ini hanya “preferred Chinese” dan hanya membuka peluang pekerjaan sesama mereka. Orang Melayu jangan haraplah untuk kerja berhijrah di bandar. Jika ada kerja pun, kerja bawahan sahaja.

13. Akhirnya, ini akan menyebabkan Melayu akan terus bergelut dengan kemiskinan di kampung, sambil hanya mampu melihat orang-orang Cina ‘baru’ dan ‘lama’ ini hidup mewah bergembira di Kuala Lumpur.

14. Sebab itulah orang Melayu kini perlu bersatu. Hentikan perbalahan sia-sia sesama sendiri.

Penduduk Malaysia akan tenggelam

.Source – https://m.scmp.com/week-asia/geopolitics/article/2080869/why-are-chinese-moving-malaysia-thousands

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=599030363863864&id=551409891959245
Thanks
t.me/PERPAD

C&P.

JOM SEMUA BACA ISU BONGKAR PANAS SEMASA – JUAL MYCARD 600K KEPADA WARGA CINA

1 VISA DAN IC PROJEK UMNOBN1 ORANG ZAHID JUAL IC1 ZAHID CINA1 IC PALSU1 ZAHID JUAL IC1 UMNO JUAL IC1 UMNO A JUAL IC

1 BODOH MELAYU

JOM SEMUA BACA ISU BONGKAR PANAS SEMASA – SEMOGA KITA SEMUA BANYAK DAPAT ILMU BERGUNA – TAJUKNYA JUAL MYCARD 600K KEPADA WARGA CINA

Selepas tangkapan pegawai JPN, Datuk Lai Chin di Pulau Pinang menjadi dalang sindiket jual MyKad sehingga RM600k kepada warga China kini terbongkar lagi bukan 8 tetapi 1000 MyKad.

Nampaknya bukan 8 tetapi 1000 MyKad. Harian Metro melaporkan lebih 1,000 warga asing memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing.

Sumber berkata, lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei dan tidak bagi tahun sebelumnya. Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini.

Katanya, pihak berkuasa menerima maklumat bahawa semua lelaki dan wanita warga asing ini datang dari beberapa negara dan memiliki MyKad sah yang dikeluarkan segelintir individu pengkhianat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersubahat dengan sindiket.

“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.

“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.

Menurutnya, dalam kejadian pada 16 Mei lalu seorang wanita warga China yang memiliki MyKad mahu memohon pasport negara namun gagal kerana tidak dapat berbahasa Melayu.

Sumber berkata, wanita berkenaan tidak datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri berseorangan, malah bersama beberapa wanita warga asing lain yang memiliki MyKad sah.

“Selepas wanita warga China berkenaan gagal memperdaya anggota dan pegawai yang bertugas bagi mendapatkan pasport, semua wanita yang datang bersamanya melarikan diri.

“Kumpulan wanita yang melarikan diri ini adalah antara 1,000 warga asing yang masih berada di dalam negara dan sedang mencari jalan untuk keluar atau terus bersembunyi di negara ini,” katanya.

Menurutnya, kumpulan wanita yang berjaya melarikan diri ini akan mencuba nasib memohon pasport di cawangan JIM lain seluruh negara.

Sumber berkata, sindiket akan menyediakan runner bagi membantu memberi tunjuk ajar atau perantara antara mereka dengan pihak berkuasa.

Menurutnya, kejayaan memberkas 20 individu termasuk seorang pegawai di JPN Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit dengan penjualan MyKad sah dan dokumen kelahiran baru-baru ini adalah permulaan kepada pendedahan yang lebih besar sindiket jenayah terancang ini.

Menurutnya, semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam.

“Mereka mempunyai niat tidak baik di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram.

“Selepas memiliki MyKad dan pasport Malaysia mereka bebas bergerak dan melarikan diri jika diburu pihak berkuasa menggunakan identiti lain,” katanya.

Harian Metro semalam turut melaporkan seorang Datuk berketurunan cina iaitu Datuk Lai Chin Wah, 56 bersama Faizul pegawai JPN dan beberapa cina Pulau Pinang lain iaitu Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34 mendalangi projek jual MyKad itu didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown

[http://sabahkini2.com/en/news/2224/mengejutkan-bukan-8-tetapi-1000-mykad-dijual-pegawai-jpn-januari-hingga-mei-kepada-warga-asing/view]