Najib Razak titipkan kata-kata semangat buat Ebit Lew

Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan sikapnya yang sering menyantuni golongan-golongan susah di negara ini kebelakangan ini diserang oleh Pakatan Harapan (PH) dan golongan yang tidak senang dengan kerja amal yang dilakukannya.

Beberapa pemimpin dari PH membuat klip video parodi yang menghina kerja-kerja amal Ust Ebit. Pegawai khas Menteri Besar Kedah memburukkan beliau di media sosial. Seorang individu yang menggunakan nama Ustaz Abu Syafiq pula menuduh Ust Ebit riak dan seleweng wang sumbangan untuk membeli kereta.

Hingga sampai satu peringkat Ustaz Ebit dipanggil ke Bukit Aman kerana ada aduan ke atas dirinya dalam siri jelajahnya memperjuangkan nasib golongan miskin.

Loading…

Disebabkan itu, ramai orang yang tampil memberikan sokongan moral kepada Ustaz Ebit agar tidak patah semangat dengan dugaan tersebut dan terus bangkit meneruskan kerja-kerja membantu orang ramai.

Tidak terkecuali, figura yang tidak asing lagi bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut membuat satu hantaran di facebook miliknya memberikan kata-kata semangat kepada Ustaz Ebit Lew.

Menerusi kiriman terbaru Datuk Seri Najib berterima kasih kepada Ustaz Ebit Lew kerana pernah menghadiahkannya buku.

Loading…

Beliau juga menyatakan sokongannya kepada usaha Ust Ebit dan meminta agar bersabar dengan ujian.

“Terima kasih Ustaz Ebit Lew atas hadiah bermakna ini.

“Berbuat baik ini kadangkala penuh dugaan. Allah sayang Ustaz sebab itu Ustaz diberi ujian sebegini.

“Yakinlah, ramai di luar sana menyokong kerja-kerja Ustaz Ebit. Dan kerja-kerja ini adalah untuk kebaikan.

“Ujian dalam hidup hanya kerana Allah sayang. Kita semua menuju perkara yang sama iaitu keredhaan Allah SWT.

“Teruskan kerja-kerja, Ustaz.” coretan Ahli Parlimen Pekan semalam. – Cinca

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/04/najib-razak-titip-kata-semangat-ebit.html#ixzz6Kx5E1TAl

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s